1. KEMAHIRAN MEMBACA
Topik 10:
Penilaian Kemahiran Membaca
Mengenal Pasti Idea Keseluruhan
Mengesan Idea Utama dan Idea
Sokongan
Membuat Ramalan/Kesimpulan
Pembinaan Instrumen Penilaian.
2. Penilaian ialah suatu kaedah bagaimana
seseorang guru boleh mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan pengajarannya.
Dalam konteks pengajaran kemahiran
membaca,penilaian akan menjadi landasan
terhadap kaedah,pendekatan dan teknik
pengajaran yang digunakan.
Dalam hal ini, perbincangan meliputi persoalan
tentang tujuan, aspek dan pentadbiran dalam
penilaian, bentuk-bentuk penilaian, dan kriteria
soalan-soalan kefahaman.
3. Tujuan ,Aspekdan pentadbiran
penilaian
Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu suatu kaedah
bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu
kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti.
Dalam konteks kemahiran membaca, penilaian
bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca
memahami bahan yang dibaca.
Diperingkat rendah, penilaian juga dibuat untuk intonasi
dan sebutan dalam bacaan.
Dalam hal ini terdapat beberapa bentuk penilaian dan
instrumen yang boleh diguna pakai dalam pengujian
kemahiran membaca.
4. BentukPenilaian
Penilaian kendiri
Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang
dilakukan oleh pelajar atau pembaca itu
Sendiri berdasarkan senarai semak yang
diberikan oleh guru.
5. Penilaian rakan sebaya
Penilaian rakan sebaya dinamakan juga
penilaian berpasangan.
Dalam penilaian ini,pelajar secara
berpasangan akan menyemak dan menilai
bacaan sesama sendiri.
6. Pemerhatian
Pemerhatian dibuat untuk melihat
sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan.
Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu
menyediakan senarai semak yang
mengandung kriteria atau perkara-perkara
yang akan diperhatikan.
7. Pengujian
Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap
kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan.
Pengujian boleh dibuat dalam bentuk
memadankan perkataan dan ayat, ujian
bacaan,
Penyoalan terbuka, menyusun semula
petikan,ujian kloz dan ujian aneka pilihan.
8. Instrumen Ujian
Instrumen ujian kemahiran membaca boleh
terdiri daripada petikan atau bahan yang akan
dibaca dan difahamkan oleh pelajar.
Pada masa yang sama dokumen seperti
senarai semak dan skala kadar juga
digunakan sebagai instrumen ujian, terutama
yang melibatkan aspek efektif dan perlakuan
dalam kemahiran membaca seperti
intonasi,nada,tekanan suara dan sebagainya.
Tujuan utama instrumen adalah untuk
mendapatkan ukuran atau data berkaitan
dengan apa yang diuji.
9. Senarai semak
Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai
semak yang mengandung perkara dan kriteria
pemarkahan perlu disediakan.
Senarai semak yang mengandung criteria
tertentu juga akan menjadi panduan kepada
guru atau penilai untuk menilai dan
menentukan tahap kefahaman seseorang
pembaca.
10. Skala Kadar
Skala kadar ialah dokumen yang mengandung
kriteria yang menunjukkan tahap pencapaian
dalam kemahiran membaca.
Skala kadar kebiasaannya menetapkan
markah atau pencapaian tertentu berdasarkan
kriteria bacaan dan kefahaman yang
ditetapkan.