SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  21
BAHAGIAN A

1.0    PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-
murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.

       Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai
kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran
menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat,
objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa,
Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.

       Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Huraian
Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun mengandungi objektif khusus
pembelajaran sebagai rujukan guru untuk menentukan tahap pencapaian penguasaan murid.
Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga mengandungi Organisasi Kandungan yang
merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi tiga lajur iaitu lajur hasil
pembelajaran dan kemahiran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti.

       Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak
seharusnya terikat kepada cadangan - cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di
antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan



                                                                                            1
Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut
penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

       Kertas kerja ini berkaitan dengan menginterpretasikan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah 2003 dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi setiap peringkat umur di
sekolah rendah berfokuskan peribahasa yang terkandung di dalam Sistem Bahasa.



2.0    BAHAGIAN YANG DIINTERPRETASIKAN BERDASARKAN SUKATAN
PELAJARAN

Di bawah Organisasi Kandungan, Sistem Bahasa berfokus kepada lima eleman dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu tatabahasa, ejaan, sebutan
dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Bahagian yang dipilih untuk diinterpretasikan ialah
peribahasa. Peribahasa merupakan fokus terakhir dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) yang dikeluarkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum. Ia merangkumi jenis-jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan. Pemilihan
peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah,
keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.


3.0    INTERPRETASI OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BERFOKUS
PERIBAHASA

Objektif Bahasa Melayu Sekolah Rendah :

i.     mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
       dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
ii.    bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.
iii.   berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
       persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
iv.    membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
       teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
       maklumat secara kritis.
v.     memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
       pembelajaran berterusan.
                                                                                            2
vi.     memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan
        nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.
vii.    mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
        pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan
        betul.
viii.   menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan
        yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
ix.     menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
        berunsur ilmu.
x.      menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan
        perasaan cinta akan negara.


        Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(2003), objektif yang kelapan ialah menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif yang kelapan dalam Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003). Peribahasa dilihat melalui
Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula merupakan
keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
sesuai. Maka, secara tersiratnya, peribahasa itu terkandung dalam objektif yang kesembilan
iaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu.




4.0 INTEPRESTASI OBJEKTIF HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BERFOKUS
PERIBAHASA
Interpretasi Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa
Melayu berfokus Peribahasa ini melibatkan huraian sukatan tahun satu hingga tahun enam.
                                                                                        3
Interpretasi terhadap objektif huraian sukatan dilakukan dengan melihat aspek Peribahasa
secara tersurat dan tersirat.

4.1     Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu
Objektif Bahasa Melayu Tahun Satu:

i.      mendengar serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi
        formal.
ii.     bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara terancang.

iii.    mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik perbincangan.

iv.     membaca teks prosa dan puisi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

v.      membaca dan memahami teks serta merujuk pelbagai sumber.

vi.     menghasilkan karangan dengan menggunakan di antara 20-40 perkataan

        Terdapat enam objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu.
Berdasarkan keenam-enam objektif tersebut, peribahasa tidak terdapat dalam sebarang
objektif. Walaupun terdapat Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Menulis dalam objektif
pertama dan kedua iaitu dua kemahiran yang digunakan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran, namun peribahasa masih belum diajar pada tahun satu dalam Sukatan Mata
pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

4.2     Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua
Objektif Bahasa Melayu Tahun Dua:
i.      mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian
        dan situasi formal.
ii.     bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara
        bertatasusila.
iii.    berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.
iv.     membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.
v.      menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
vi.     menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 60 perkataan.
vii.    menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan
        sebutan yang betul.

                                                                                          4
viii.   mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.

        Terdapat lapan objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua
(2003). Interpretasi terhadap objektif huraian sukatan ini mendapati peribahasa bermula
diajar pada tahun dua. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran yang ketujuh iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa
kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang ke tujuh ini
dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.1 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut
aras iaitu aras 1, memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan
dan frasa yang jelas. Aras 2, menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang
betul. Aras 3, menyatakan kesimpulan awal tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
kata, frasa, dan ayat yang tepat. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan
Peribahasa ialah 4.0 iaitu Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila
dalam 4.1 iaitu mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat, dan tersusun. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1,
melahirkan perasaan berdasarkan topik yang ditentukan. Aras 2, mendengar pendapat dengan
teliti untuk memahami tajuk perbualan dan memberikan pendapat tentang tajuk yang
dibincangkan secara bertatasusila.

4.3     Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga
Objektif Bahasa Melayu Tahun Tiga :

i.      mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian
        dan situasi formal.
ii.     bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara
        bertatasusila.
iii.    berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.
iv.     membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.
v.      mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.
vi.     menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.
vii.    menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 70 perkataan.
viii.   mengklasifikasikan pelbagai ayat dalam teks.


                                                                                          5
ix.    menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan
       sebutan yang betul.
x.     mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotisme.


       Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Tiga (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran yang kesembilan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa,
kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kesembilan
ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.1 iaitu bercerita dengan menggunakan kata,
frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Huraian Hasil Pembelajarannya
adalah mengikut aras iaitu aras 1, menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, Aras 2 adalah mengenal pasti isi penting
daripada cerita yang didengar atau ditonton dan menyampaikan cerita berdasarkan isi
penting. Aras 3, bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya
penyampaian yang sesuai. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa
ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah,
betul, menarik dan berkesan dalam 3.2 iaitu menghuraikan maklumat dengan alasan yang
meyakinkan. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1 iaitu memberitahu
maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai. Aras 2 ialah
menyatakan idea tentang sesuatu topik dengan memberikan sebab serta Aras 3 ialah
mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab.


4.4    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat
Objektif Bahasa Melayu Tahun Empat :

i.     mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian
       dan situasi formal.
ii.    bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara
       bertatasusila.
iii.   berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.
iv.    membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.
v.     menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses penulisan yang
       sesuai.
                                                                                          6
vi.     menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
vii.    menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80 perkataan.
viii.   menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan
        yang betul.
ix.     mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.
x.      menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme.


        Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Empat (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran yang kelapan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa
kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kelapan ini
dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan
bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras
1 ialah menyampaikan sesuatu berita secara ringkas dengan bahasa yang betul, Aras 2 ialah
menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara dan Aras 3 ialah mengemukakan
cadangan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan sesuatu perkara dengan ayat yang jelas.
Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitu
menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik
dan berkesan dalam 3.3 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang
terancang. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, mempersembahkan idea
tentang sesuatu persoalan dengan diksi, ayat, dan gaya yang sesuai. Aras 2, mengemukakan
idea tentang sesuatu tema dengan wacana yang sesuai. Aras 3, membentangkan pendapat
tentang sesuatu persoalan dengan bahasa yang bertatasusila.




4.5     Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima
Objektif Bahasa Melayu Tahun Lima :

i.      mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam
        konteks perbualan harian dan situasi formal.
ii.     bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara
        bertatasusila dalam pelbagai situasi.

                                                                                         7
iii.    berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara untuk menyelesaikan
        masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan.
iv.     membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur
        ilmu.
v.      mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian.
vi.     menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan
        menggunakan proses penulisan yang sesuai.
vii.    menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang cantik dan kemas.
viii.   menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 100 perkataan.
ix.     menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan
        sebutan yang betul.
x.      menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan
        kewarganegaraan.


        Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Lima (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran yang kesembilan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa,
kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kesembilan
ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan
bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras
1, mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara. Aras 2, membentangkan hasil
rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang betul. Aras 3,
membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan terperinci. Selain itu, hasil
pembelajaran yang berkaitan dengan Peribahasa ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat
kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan dalam 3.3
iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Huraian
Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, mengemukakan hujah yang bernas tentang
sesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang betul. Aras 2, menyampaikan pengucapan
umum tentang sesuatu tajuk dengan menggunakan diksi, ayat, sebutan, intonasi, dan gaya
yang sesuai. Aras 3, melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan
sesuatu tema.

4.6     Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam
                                                                                          8
Objektif Bahasa Melayu Tahun Enam :
i.     mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian
       dan situasi formal.

ii.    bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara
       bertatasusila.

iii.   berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.

iv.    membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.

v.     menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses penulisan yang
       sesuai.

vi.    menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.

vii.   menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80 perkataan.

viii   menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, system ejaan dan
       sebutan yang betul.

ix.    mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.

x.     menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotisme.

       Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Enam (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran yang kelapan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa
kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kelapan ini
dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan
bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras
1, menyampaikan hasil pemerhatian yang dilakukan dengan menggunakan laras bahasa yang
sesuai . Aras 2, mempersembahkan hasil kerja dengan jelas, isi yang padat dan laras bahasa
yang sesuai. Aras 3, membentangkan tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.
Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitu
menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik
dan berkesan dalam 3.3 iaitu menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

                                                                                         9
Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, menghubungkaitkan sebab dan akibat
dengan member ikan alasan yang rasional. Aras 2, mengembangkan idea berdasarkan dapatan
dengan mengemukakan bukti yang sahih. Aras 3, mengulas fakta tentang sesuatu topik
dengan mengemukakan bukti yang wajar .


5.0    KEWAJARAN           PENERAPAN           PERIBAHASA         DALAM        PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Peribahasa merupakan bahagian dalam Sistem Bahasa. Peribahasa juga merupakan ungkapan
yang disampaikan sebagai satu bentuk peradaban dalam pertuturan. Pada peringkat sekolah
rendah, dua cabang peribahasa hendaklah diperkenalkan, iaitu simpulan bahasa dan
perumpamaan. Pemilihan simpulan bahasa dan perumpamaan yang hendak disampaikan
haruslah disesuaikan dengan kebolehan murid.

       Peribahasa wajar diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
peribahasa dilihat sebagai wadah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni yang menunjangi
pemikiran dan menjadi landasan kepada perbuatan dan kelakuan bangsa Melayu secara
umum. Kesejagatan nilai-nilai ini juga akan menjadi bahan bukti bahawa orang Melayu
mampu mencipta keindahan dalam susunan kata-kata untuk menyelitkan idea yang sarat
untuk mendidik anggota masyarakat sejak dari kecil lagi (Hishamudin, Mohamad Azmi &
Phat, 2007).

       Hampir setiap bangsa memiliki peribahasa mereka sendiri, begitu juga dengan orang
Melayu. Menurut Hishamudin, Mohd Azmi dan Phat (2007) menyatakan bahawa peribahasa
yang tersebar luas dalam masyarakat Melayu sebenarnya merakamkan tanggapan tentang
keindahan akal budi, bahasa dan nilai yang dikongsi bersama. Nilai-nilai yang diungkapkan
dalam genre peribahasa, sarat dengan nasihat, makna dan tanda-tanda yang perlu kepada
pentakrifan secara teliti dan bijaksana. Peribahasa merupakan satu susunan bahasa yang
menarik dan indah, yang digunakan sebagai teladan,     bandingan dan pengajaran kerana
peribahasa membawa pengertian yang cukup mendalam. Peribahasa digunakan dengan
meluas oleh orang Melayu lama dalam kehidupan sehari-hari dan terus kekal hingga ke hari
ini kerana sifatnya yang unit. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat secara
tidak langsung dapat membentuk generasi milenium yang mempunyai pemikiran dan akal
budi yang murni.

                                                                                      10
BAHAGIAN B

6.0   PERIBAHASA

6.1   Maksud Dan Konsep

Menurut Za’ba (2002), peribahasa ialah segala cakap yang pendek yang telah melekat di
mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya. Ishak
(1990) pula menyatakan peribahasa adalah cabang dalam Bahasa Melayu dan merupakan
ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Menurut Keris Mas (1988),

                                                                                  11
peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan
pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada
perasaan dan fikiran.

         Abdullah (1989) menyatakan bahawa peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa
sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal
peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dan yang buruk
perlu diadakan, untuk menjadi pembimbing tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup
sesama manusia. Muhammad Ariff (1990) mentakrifkan peribahasa sebagai rangkaian kata
yang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang tetap
dan tidak berubah susunannya, yang lekat di mulut (dapat disebut bila-bila masa sahaja) dan
yang luas maknanya lagi benar tujuannya.

         Awang (1992) menyatakan peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranan
istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bangsa, bahkan lebih penting daripada itu
memancarkan pendangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat
pengguna bahasa itu. Menurut S.Nathesan (1998), peribahasa mencerminkan pemikiran
kognitif masyarakat Melayu tradisional. Menurut Kamus Dewan edisi kelima (2005), ayat
atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian
tertentu.




6.2      Jenis-Jenis Peribahasa

6.2.1    Simpulan Bahasa

Menurut Za’ba (2002), simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan
mempunyai maksud khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna perkataan
dalam ungkapan.

      Contoh:      panjang tangan = suka mencuri
                   periuk nasi     = punca pencarian


                                                                                        12
Terdapat dua jenis simpulan bahasa dalam bahasa melayu ialatu simpulan bahasa
yang mempunyai dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud
yang sama. Contohnya;

        a) Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna
            Contoh: ada angin - mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan
                                sesuatu sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi
                              diri.
        b) Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama
           Contoh: Seseorang yang tidak mempunyai sebarang perasaan malu
           – muka talam, muka tebal, muka tembok


        Terdapat lima ciri-ciri yang terdapat dalam simpulan bahasa iaitu terbentuk daripada
penggunaan kata nama am, kata kerja, kata adjektif, kata nama khas dan nilai kepercayaan.
Menurut Za’ba (2002), simpulan bahasa terhasil berdasarkan 4 perkara iaitu:

        1. Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur
           Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang
        2. Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling
            Contoh: mandi kerbau, mata duitan
        3. Kepercayaan orang ramai
            Contoh: harimau berantai, buruk siku




6.2.2   Pepatah

Menurut Md. Said (1991), pepatah ialah perkataan Melayu yang tajam dan berterus-terang
maknanya dan tidak berlapis-lapis. Ia diguna sejak turun-temurun dan lazim digelar
‘bagaimana kata Melayu sepatah’. Menurut Amir hamzah (1993) pula, pepatah ialah
ungkapan yang biasa daripada pusaka adat resam dan makna yang ingin disampaikan tidak
berubah.

        Pepatah juga mempunyai ciri-ciri tertentu seperti Terdiri daripada patah-patah
perkataan dan terdapat pepatah yang tidak mengandungi pengajaran. Contoh pepatah:
                                                                                           13
a) Adat istiadat
        - biar mati anak, jangan mati adat

        b) Peraturan masyarakat
        - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
        b) Undang-undang
        - ditelan mati emak, diluah mati bapak


6.2.3   Perbilangan
Menurut Za’ba (2002), perbilangan merupakan susunan kalimah yang bertujuan menjadi
pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilangan
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi, setiap
rangkai terdiri daripada dua baris atau lebih, disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang
membuat perbilangan, ditutur bait demi bait, susunan kata yang berkerat-kerat dan berkait
rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Perbilangan juga
berfungsi sebagai unsur teladan dan pedoman hidupmasyarakat yang mengamalkan adat.
Contoh perbilangan:

        a) Adat istiadat - biar mati anak, jangan mati adat

        b) Undang-undang - ditelan mati mak, diluah mata bapak

        c) Peraturan masyarakat - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
         muafakat


6.2.4   Perumpamaan

Za’ba (2002) menyatakan bahawa perumpamaan ialah menyebut sesuatu maksud dengan
mengumpamakan dengan sesuatu yang lain. Ia tergolong dalam peribahasa berlapis iaitu
mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu pertama,
menyatakan perbandingan secara terang-terangan yang didahului oleh kata perbandingan
seperti bak, bagai, ibarat, macam, umpama. Contoh, bagai burung dalam sangkar dan seperti
katak bawah tempurung. Kedua, tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan
tidak didahului dengan kata perbandingan. Contoh, genggam bara api biar sampai jadi
arang dan diberi betis hendak peha.

                                                                                           14
Menghurai perumpamaan perlu memenuhi syarat agar ia tidak menjadi peribahasa
jenis lain. Perumpamaan haruslah luas dan menyeluruh, tiada pengkhasan sesuatu dan
maksud huraian hendaklah tepat.

         Contoh: bagai tikus jatuh ke beras
                    Tersurat - tikus yang jatuh ke longgok beras

                    Tersirat - Apabila sampai ke sesuatu tempat, diam sahaja, tidak berbunyi
                            atau tidak pergi ke tempat lain kerana sudah terjumpa sesuatu
                           yang memang kesukaannya.


6.2.5   Bidalan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), bidalan adalah kata-kata yang senang disebut
dan mengandungi        nasihat dan ajaran orang tua-tua. Pada kebiasaannya, bidalan
menggunakan kata biar, jangan dan ingat pada awal peribahasa. Contoh, biar lambat asalkan
selamat, jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak dan ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis. Selain itu, bidalan bermaksud ungkapan yang menjadi penduan nilai
sosial, mengandungi teladan dan nasihat.




6.2.6   Kata-kata Hikmat

Menurut Za’ba (2002), kata-kata hikmat bermaksud perkataan yang bijak, pendek, sedap,
benar dan berisi. Ia dipetik daripada buku, sastera atau percakapan orang bijak-bijak. Kata-
kata hikmat juga dikenali sebagai lidah pendeta. Lidah pendeta juga adalah kata-kata
pujangga yang mengandungi pengajaran atau falsafah hidup.

        Contoh: lidah manusia lebih tajam daripada mata pisau
                  hidup bahasa hiduplah bangsa

6.2.7   Kiasan


                                                                                            15
Seterusnya adalah kiasan atau bunga bahasa yang secara ringkasnya merupakan ungkapan
yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannya
adalah menjelaskan dan menegaskan lagi sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Malah,
menurut Nik Safiah dan Norliza (2003) dalam Dahlia et al. (2004) kiasan juga bertujuan
memaniskan kata ketika menyebut perkara yang tidak diingini oleh pendengar atau pembaca.
Kiasan biasanya menggunakan isyarat perbandingan dan tanpa isyarat          perbandingan,
contonhya;

          a) Isyarat perbandingan:
                 Mukanya terserlah seperti bulan purnama
                 Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu
          b) Tanpa isyarat perbandingan:
                 ayam tambatan
                 mandi kerbau
                 orang rumah

          Menurut Za’ba (1965) dalam Za’ba (2002), kiasan terpecah kepada beberapa
bahagian kecil iaitu kiasan sandar, contohnya, tidur ayam, kiasan terus, contohnya kutu
embun, kiasan berangkap. Contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula,
kiasan berbunga, kiasan pemanis, kiasan melompat, tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsil
ibarat.




BAHAGIAN C

7.0       APLIKASI DAN STRATEGI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Dalam Huraian Sukatan Bahasa Melayu, strategi pengajaran dan pembelajaran          (P&P)
merupakan elemen yang penting dalam menentukan hasil pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Strategi ialah kaedah yang digunakan oleh guru untuk memudahkan murid
memahami isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Antara strategi yang boleh
digunakan di dalam kelas adalah seperti pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik,
penggabungjalinan dan lain-lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P),
peribahasa boleh disampaikan dengan menggunakan pelbagai strategi.
                                                                                       16
7.1    Pendekatan berpusatkan murid

Pendekatan berpusatkan murid merupakan salah satu strategi dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengajar peribahasa. Tujuan utama pendekatan
ini digunakan adalah untuk membolehkan murid berinteraksi dan menguasai kemahiran
belajar melalui pengalaman sendiri serta secara tidak langsung ia dapat membina keyakinan
diri kepada murid untuk berbahasa. Pendekatan berpusatkan murid adalah selari dengan
konsep pembelajaran masteri. Pembelajaran masteri adalah berkonsep mengikut keupayaan
seseorang murid iaitu berdasarkan kebolehan murid dalam menguasai sesuatu topik yang
telah diajar. Melalui strategi pendekatan berpusatkan murid, sesuatu pengajaran mengenai
peribahasa di dalam kelas dapat disampaikan dengan berkesan. Contohnya, murid meneliti
peribahasa dalam nota edaran yang diberi oleh guru. Pada masa yang sama, guru boleh
membuat penilaian terhadap murid semasa melakukan aktiviti. Proses pengayaan boleh
dilakukan terhadap murid yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberi manakala proses
pemulihan akan dilakukan terhadap murid yang tidak berjaya melakukan tugasan yang
diberikan oleh guru.

7.2    Pendekatan pelbagai teknik

Selain itu, untuk melahirkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,
pendekatan pelbagai teknik boleh digunakan. Perkara ini amat penting untuk merangsang dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.
Merujuk    peribahasa, pendekatan strategi pelbagai teknik boleh disampaikan melalui
pembelajaran kooperatif dan sumbang saran. Pembelajaran kooperatif meliputi perbincangan
iaitu murid dapat berbincang sesama mereka mengenai lembaran kerja yang diedarkan
setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh guru. Lembaran kerja tersebut meminta
murid-murid untuk memadankan simpulan bahasa dan mecari maknanya. Seterusnya murid-
murid dikehendaki membina satu ayat daripada setiap padanan simpulan bahasa yag telah
diperolehi. Kertas mahjong digunakan bagi membentangkan ayat-ayat yang telah dibina oleh
setiap kumpulan tersebut.

7.3    Kepelbagaian sumber bahan

Kepelbagaian sumber bahan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas boleh difahami oleh murid. Antara sumber bahan yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran peribahasa ialah kamus peribahasa. Contohnya, aktiviti yang berkaitan
                                                                                       17
dengan pengajaran peribahasa dalam kelas ialah guru menyenaraikan beberapa perkataan,
kemudian murid akan menyemak perkataan tersebut dengan menggunakan kamus yang telah
disediakan. Dengan strategi ini, pengajaran berkaitan dengan peribahasa boleh disampaikan
secara berkesan kepada murid. Maka, murid dapat memperoleh berbagai-bagai jenis
maklumat secara umumnya dan secara khusus yang berkaitan dengan peribahasa.

7.4    Bacaan Luas

Membaca luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan
membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus
membaca. Bacaan luas telah dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan sastera
seperti kamus peribahasa.

7.5    Strategi penggabungjalinan

Seterusnya, strategi penggabungjalinan merupakan salah satu proses yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam strategi pengajaran peribahasa, dua kemahiran
digabungkan secara serentak iaitu kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran
menulis. Selain itu, aspek tatabahasa juga digabungjalinkan dalam pengajaran peribahasa.
Strategi ini sesuai dan berkesan untuk digunakan mengajar peribahasa terhadap murid di
dalam kelas.




7.6    Strategi penyerapan

Penyerapan ialah proses menyerapkan unsur-unsur tertentu seperti dalam bidang ilmu, nilai
murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa
seperti isi pelajaran yang diajarkan telah diterapkan pelbagai bidang ilmu iaitu Pendidikan
Moral dalam Tema Kemasyarakatan. Kemudian, diserapkan juga kemahiran Bernilai Tambah
seperti kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan
kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat.




                                                                                        18
8.0   LAMPIRAN




                 19
9.0   RUJUKAN

Abdullah Hussain. (1989). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
       Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan
      Paradigma Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Penerbitan Sarlis.

Amir Hamzah Shamsudin. (1993). Cerita Peribahasa (pepatah). Kuala Lumpur: Penerbitan
      Kintan Sdn. Bhd.

Awang Sariyan (1992). Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin. Kuala Lumpur: Dewan
     Bahasa dan Pustaka.

Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Mohd Ra’in Shaari
       dan Zulkifli Osman (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tanjong Malim:
       Universiti Pendidikan Sultan Idris.



                                                                                   20
Hishamudin Isam, Mohd Azmi Ab. Rahman dan Phat Awang Deng (2007). Bahasa dan
      Pemikiran Melayu/ Indonesia Menyongsong 2025: Menterjemah Nilai Murni Dalam
      Peribahasa Melayu Melangkau Era Milenium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
      Pustaka.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003).
      Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ishak Ramly (1990). Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu: Jurnal Dewan
       Bahasa Januari 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keris Mas (1988). Perbincangan Gaya Belajar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
       Pustaka.

Md. Said Hj Suleiman, (1991). Siri Koleksi Warisan: Perian Basa. Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka.

Md. Said Haji Suleiman (1993). Jalan Basa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
      Pustaka.
Mohd Yusuf Mustafa (1965). Mestika Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Ariff Ahmad (1990). Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa.
     Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://www.scribd.com.doc/12904129/
     Perlunya-Pembakuan-Peribahasa

Peribahasa. Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://ms.wiktionary.org/wiki/
      Wiktionary

S.Nathesan (1998). Simpulan Bahasa: Satu Tinjauan Dari Sudut Makna, Jurnal Dewan
      Bahasa November 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala
      Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu Pengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala
       Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                                                                       21

Contenu connexe

Tendances (18)

RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2015
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2015RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2015
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2015
 
Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC
 
RPT BM KSSR TAHUN 4
RPT BM KSSR TAHUN 4RPT BM KSSR TAHUN 4
RPT BM KSSR TAHUN 4
 
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 4
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 4RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 4
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 4
 
Rpt bm kssr tahun 5 sjkc 2
Rpt bm kssr tahun 5 sjkc 2Rpt bm kssr tahun 5 sjkc 2
Rpt bm kssr tahun 5 sjkc 2
 
Rancangan tahunan-bm-sjkc-tahun-6-2016
Rancangan tahunan-bm-sjkc-tahun-6-2016Rancangan tahunan-bm-sjkc-tahun-6-2016
Rancangan tahunan-bm-sjkc-tahun-6-2016
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Rpt kssr-tahun-5-bahasa-malaysia
Rpt kssr-tahun-5-bahasa-malaysiaRpt kssr-tahun-5-bahasa-malaysia
Rpt kssr-tahun-5-bahasa-malaysia
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
Rpt bm thn 6 2016
Rpt bm thn 6 2016Rpt bm thn 6 2016
Rpt bm thn 6 2016
 
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
 
Wacana
WacanaWacana
Wacana
 
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
 
Rpt bmt4 kssr
Rpt bmt4 kssrRpt bmt4 kssr
Rpt bmt4 kssr
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Rpt bm th 4
Rpt bm th 4Rpt bm th 4
Rpt bm th 4
 
Rpt bm thn 4 sk
Rpt bm thn 4 skRpt bm thn 4 sk
Rpt bm thn 4 sk
 

En vedette

Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Keymah Colonial
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
Wei Fen Chua
 
kerangka pengajaran bm
kerangka pengajaran bmkerangka pengajaran bm
kerangka pengajaran bm
shely zainal
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
cik noorlyda
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
cikguniza2012
 
Rph psk thun 6
Rph psk thun 6Rph psk thun 6
Rph psk thun 6
adibazmi24
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
Stephanie Unsil
 

En vedette (17)

Puisi : Pengertian dan Contoh
Puisi : Pengertian dan ContohPuisi : Pengertian dan Contoh
Puisi : Pengertian dan Contoh
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
 
Kerangka kajian
Kerangka kajianKerangka kajian
Kerangka kajian
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
kerangka pengajaran bm
kerangka pengajaran bmkerangka pengajaran bm
kerangka pengajaran bm
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Kaidah kebahasaan dalam teks pantun
Kaidah kebahasaan dalam teks pantunKaidah kebahasaan dalam teks pantun
Kaidah kebahasaan dalam teks pantun
 
Kumpulan pantun
Kumpulan pantunKumpulan pantun
Kumpulan pantun
 
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
 
Rph psk thun 6
Rph psk thun 6Rph psk thun 6
Rph psk thun 6
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1
 
Presentasi puisi
Presentasi puisiPresentasi puisi
Presentasi puisi
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 

Similaire à interprestasi bahasa melayu

Similaire à interprestasi bahasa melayu (20)

Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Panduan Guru BM Tahun 2
Panduan Guru BM Tahun 2Panduan Guru BM Tahun 2
Panduan Guru BM Tahun 2
 
Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1
 
Hsp bm sjk 1_y1
Hsp bm sjk 1_y1Hsp bm sjk 1_y1
Hsp bm sjk 1_y1
 
Panduan guru bm sk tahun 2
Panduan guru bm sk tahun 2Panduan guru bm sk tahun 2
Panduan guru bm sk tahun 2
 
Panduan guru-bm-thn-2-sk
Panduan guru-bm-thn-2-skPanduan guru-bm-thn-2-sk
Panduan guru-bm-thn-2-sk
 
bmm31011
bmm31011bmm31011
bmm31011
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
 
Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4Pg bahasa malaysia sk thn 4
Pg bahasa malaysia sk thn 4
 
Sp bm kbsr
Sp bm kbsrSp bm kbsr
Sp bm kbsr
 
Sp bm kbsr
Sp bm kbsrSp bm kbsr
Sp bm kbsr
 
Sp bm ku
Sp bm kuSp bm ku
Sp bm ku
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 102   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
 
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
 
Dskp bm sjk tahun 4
Dskp bm sjk tahun 4Dskp bm sjk tahun 4
Dskp bm sjk tahun 4
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 102   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
 

interprestasi bahasa melayu

  • 1. BAHAGIAN A 1.0 PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid- murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru untuk menentukan tahap pencapaian penguasaan murid. Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga mengandungi Organisasi Kandungan yang merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi tiga lajur iaitu lajur hasil pembelajaran dan kemahiran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan - cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan 1
  • 2. Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini berkaitan dengan menginterpretasikan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi setiap peringkat umur di sekolah rendah berfokuskan peribahasa yang terkandung di dalam Sistem Bahasa. 2.0 BAHAGIAN YANG DIINTERPRETASIKAN BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN Di bawah Organisasi Kandungan, Sistem Bahasa berfokus kepada lima eleman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Bahagian yang dipilih untuk diinterpretasikan ialah peribahasa. Peribahasa merupakan fokus terakhir dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Ia merangkumi jenis-jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. 3.0 INTERPRETASI OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BERFOKUS PERIBAHASA Objektif Bahasa Melayu Sekolah Rendah : i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. 2
  • 3. vi. memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis. vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu. x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003), objektif yang kelapan ialah menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif yang kelapan dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003). Peribahasa dilihat melalui Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Maka, secara tersiratnya, peribahasa itu terkandung dalam objektif yang kesembilan iaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu. 4.0 INTEPRESTASI OBJEKTIF HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BERFOKUS PERIBAHASA Interpretasi Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu berfokus Peribahasa ini melibatkan huraian sukatan tahun satu hingga tahun enam. 3
  • 4. Interpretasi terhadap objektif huraian sukatan dilakukan dengan melihat aspek Peribahasa secara tersurat dan tersirat. 4.1 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu Objektif Bahasa Melayu Tahun Satu: i. mendengar serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara terancang. iii. mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik perbincangan. iv. membaca teks prosa dan puisi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. v. membaca dan memahami teks serta merujuk pelbagai sumber. vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan di antara 20-40 perkataan Terdapat enam objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu. Berdasarkan keenam-enam objektif tersebut, peribahasa tidak terdapat dalam sebarang objektif. Walaupun terdapat Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Menulis dalam objektif pertama dan kedua iaitu dua kemahiran yang digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran, namun peribahasa masih belum diajar pada tahun satu dalam Sukatan Mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 4.2 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua Objektif Bahasa Melayu Tahun Dua: i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu. v. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik. vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 60 perkataan. vii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul. 4
  • 5. viii. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. Terdapat lapan objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua (2003). Interpretasi terhadap objektif huraian sukatan ini mendapati peribahasa bermula diajar pada tahun dua. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran yang ketujuh iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang ke tujuh ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.1 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras 1, memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas. Aras 2, menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul. Aras 3, menyatakan kesimpulan awal tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata, frasa, dan ayat yang tepat. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan Peribahasa ialah 4.0 iaitu Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila dalam 4.1 iaitu mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat, dan tersusun. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, melahirkan perasaan berdasarkan topik yang ditentukan. Aras 2, mendengar pendapat dengan teliti untuk memahami tajuk perbualan dan memberikan pendapat tentang tajuk yang dibincangkan secara bertatasusila. 4.3 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga Objektif Bahasa Melayu Tahun Tiga : i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu. v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan cantik. vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 70 perkataan. viii. mengklasifikasikan pelbagai ayat dalam teks. 5
  • 6. ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul. x. mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotisme. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran yang kesembilan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kesembilan ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.1 iaitu bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras 1, menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, Aras 2 adalah mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton dan menyampaikan cerita berdasarkan isi penting. Aras 3, bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan dalam 3.2 iaitu menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1 iaitu memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai. Aras 2 ialah menyatakan idea tentang sesuatu topik dengan memberikan sebab serta Aras 3 ialah mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab. 4.4 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat Objektif Bahasa Melayu Tahun Empat : i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu. v. menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai. 6
  • 7. vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik. vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80 perkataan. viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul. ix. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran yang kelapan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kelapan ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras 1 ialah menyampaikan sesuatu berita secara ringkas dengan bahasa yang betul, Aras 2 ialah menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara dan Aras 3 ialah mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan sesuatu perkara dengan ayat yang jelas. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan dalam 3.3 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, mempersembahkan idea tentang sesuatu persoalan dengan diksi, ayat, dan gaya yang sesuai. Aras 2, mengemukakan idea tentang sesuatu tema dengan wacana yang sesuai. Aras 3, membentangkan pendapat tentang sesuatu persoalan dengan bahasa yang bertatasusila. 4.5 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima Objektif Bahasa Melayu Tahun Lima : i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila dalam pelbagai situasi. 7
  • 8. iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan. iv. membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu. v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian. vi. menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai. vii. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang cantik dan kemas. viii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 100 perkataan. ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul. x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan kewarganegaraan. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran yang kesembilan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kesembilan ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras 1, mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara. Aras 2, membentangkan hasil rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang betul. Aras 3, membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan terperinci. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan Peribahasa ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan dalam 3.3 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang betul. Aras 2, menyampaikan pengucapan umum tentang sesuatu tajuk dengan menggunakan diksi, ayat, sebutan, intonasi, dan gaya yang sesuai. Aras 3, melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan sesuatu tema. 4.6 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam 8
  • 9. Objektif Bahasa Melayu Tahun Enam : i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu. v. menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai. vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan cantik. vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80 perkataan. viii menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, system ejaan dan sebutan yang betul. ix. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotisme. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran yang kelapan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kelapan ini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras 1, menyampaikan hasil pemerhatian yang dilakukan dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai . Aras 2, mempersembahkan hasil kerja dengan jelas, isi yang padat dan laras bahasa yang sesuai. Aras 3, membentangkan tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan dalam 3.3 iaitu menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. 9
  • 10. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, menghubungkaitkan sebab dan akibat dengan member ikan alasan yang rasional. Aras 2, mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti yang sahih. Aras 3, mengulas fakta tentang sesuatu topik dengan mengemukakan bukti yang wajar . 5.0 KEWAJARAN PENERAPAN PERIBAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peribahasa merupakan bahagian dalam Sistem Bahasa. Peribahasa juga merupakan ungkapan yang disampaikan sebagai satu bentuk peradaban dalam pertuturan. Pada peringkat sekolah rendah, dua cabang peribahasa hendaklah diperkenalkan, iaitu simpulan bahasa dan perumpamaan. Pemilihan simpulan bahasa dan perumpamaan yang hendak disampaikan haruslah disesuaikan dengan kebolehan murid. Peribahasa wajar diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana peribahasa dilihat sebagai wadah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni yang menunjangi pemikiran dan menjadi landasan kepada perbuatan dan kelakuan bangsa Melayu secara umum. Kesejagatan nilai-nilai ini juga akan menjadi bahan bukti bahawa orang Melayu mampu mencipta keindahan dalam susunan kata-kata untuk menyelitkan idea yang sarat untuk mendidik anggota masyarakat sejak dari kecil lagi (Hishamudin, Mohamad Azmi & Phat, 2007). Hampir setiap bangsa memiliki peribahasa mereka sendiri, begitu juga dengan orang Melayu. Menurut Hishamudin, Mohd Azmi dan Phat (2007) menyatakan bahawa peribahasa yang tersebar luas dalam masyarakat Melayu sebenarnya merakamkan tanggapan tentang keindahan akal budi, bahasa dan nilai yang dikongsi bersama. Nilai-nilai yang diungkapkan dalam genre peribahasa, sarat dengan nasihat, makna dan tanda-tanda yang perlu kepada pentakrifan secara teliti dan bijaksana. Peribahasa merupakan satu susunan bahasa yang menarik dan indah, yang digunakan sebagai teladan, bandingan dan pengajaran kerana peribahasa membawa pengertian yang cukup mendalam. Peribahasa digunakan dengan meluas oleh orang Melayu lama dalam kehidupan sehari-hari dan terus kekal hingga ke hari ini kerana sifatnya yang unit. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat secara tidak langsung dapat membentuk generasi milenium yang mempunyai pemikiran dan akal budi yang murni. 10
  • 11. BAHAGIAN B 6.0 PERIBAHASA 6.1 Maksud Dan Konsep Menurut Za’ba (2002), peribahasa ialah segala cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya. Ishak (1990) pula menyatakan peribahasa adalah cabang dalam Bahasa Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Menurut Keris Mas (1988), 11
  • 12. peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Abdullah (1989) menyatakan bahawa peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pembimbing tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia. Muhammad Ariff (1990) mentakrifkan peribahasa sebagai rangkaian kata yang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang tetap dan tidak berubah susunannya, yang lekat di mulut (dapat disebut bila-bila masa sahaja) dan yang luas maknanya lagi benar tujuannya. Awang (1992) menyatakan peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranan istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bangsa, bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pendangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu. Menurut S.Nathesan (1998), peribahasa mencerminkan pemikiran kognitif masyarakat Melayu tradisional. Menurut Kamus Dewan edisi kelima (2005), ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu. 6.2 Jenis-Jenis Peribahasa 6.2.1 Simpulan Bahasa Menurut Za’ba (2002), simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna perkataan dalam ungkapan. Contoh: panjang tangan = suka mencuri periuk nasi = punca pencarian 12
  • 13. Terdapat dua jenis simpulan bahasa dalam bahasa melayu ialatu simpulan bahasa yang mempunyai dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama. Contohnya; a) Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna Contoh: ada angin - mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri. b) Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama Contoh: Seseorang yang tidak mempunyai sebarang perasaan malu – muka talam, muka tebal, muka tembok Terdapat lima ciri-ciri yang terdapat dalam simpulan bahasa iaitu terbentuk daripada penggunaan kata nama am, kata kerja, kata adjektif, kata nama khas dan nilai kepercayaan. Menurut Za’ba (2002), simpulan bahasa terhasil berdasarkan 4 perkara iaitu: 1. Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang 2. Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling Contoh: mandi kerbau, mata duitan 3. Kepercayaan orang ramai Contoh: harimau berantai, buruk siku 6.2.2 Pepatah Menurut Md. Said (1991), pepatah ialah perkataan Melayu yang tajam dan berterus-terang maknanya dan tidak berlapis-lapis. Ia diguna sejak turun-temurun dan lazim digelar ‘bagaimana kata Melayu sepatah’. Menurut Amir hamzah (1993) pula, pepatah ialah ungkapan yang biasa daripada pusaka adat resam dan makna yang ingin disampaikan tidak berubah. Pepatah juga mempunyai ciri-ciri tertentu seperti Terdiri daripada patah-patah perkataan dan terdapat pepatah yang tidak mengandungi pengajaran. Contoh pepatah: 13
  • 14. a) Adat istiadat - biar mati anak, jangan mati adat b) Peraturan masyarakat - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat b) Undang-undang - ditelan mati emak, diluah mati bapak 6.2.3 Perbilangan Menurut Za’ba (2002), perbilangan merupakan susunan kalimah yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilangan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi, setiap rangkai terdiri daripada dua baris atau lebih, disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan, ditutur bait demi bait, susunan kata yang berkerat-kerat dan berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Perbilangan juga berfungsi sebagai unsur teladan dan pedoman hidupmasyarakat yang mengamalkan adat. Contoh perbilangan: a) Adat istiadat - biar mati anak, jangan mati adat b) Undang-undang - ditelan mati mak, diluah mata bapak c) Peraturan masyarakat - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat 6.2.4 Perumpamaan Za’ba (2002) menyatakan bahawa perumpamaan ialah menyebut sesuatu maksud dengan mengumpamakan dengan sesuatu yang lain. Ia tergolong dalam peribahasa berlapis iaitu mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu pertama, menyatakan perbandingan secara terang-terangan yang didahului oleh kata perbandingan seperti bak, bagai, ibarat, macam, umpama. Contoh, bagai burung dalam sangkar dan seperti katak bawah tempurung. Kedua, tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan tidak didahului dengan kata perbandingan. Contoh, genggam bara api biar sampai jadi arang dan diberi betis hendak peha. 14
  • 15. Menghurai perumpamaan perlu memenuhi syarat agar ia tidak menjadi peribahasa jenis lain. Perumpamaan haruslah luas dan menyeluruh, tiada pengkhasan sesuatu dan maksud huraian hendaklah tepat. Contoh: bagai tikus jatuh ke beras Tersurat - tikus yang jatuh ke longgok beras Tersirat - Apabila sampai ke sesuatu tempat, diam sahaja, tidak berbunyi atau tidak pergi ke tempat lain kerana sudah terjumpa sesuatu yang memang kesukaannya. 6.2.5 Bidalan Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), bidalan adalah kata-kata yang senang disebut dan mengandungi nasihat dan ajaran orang tua-tua. Pada kebiasaannya, bidalan menggunakan kata biar, jangan dan ingat pada awal peribahasa. Contoh, biar lambat asalkan selamat, jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak dan ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Selain itu, bidalan bermaksud ungkapan yang menjadi penduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat. 6.2.6 Kata-kata Hikmat Menurut Za’ba (2002), kata-kata hikmat bermaksud perkataan yang bijak, pendek, sedap, benar dan berisi. Ia dipetik daripada buku, sastera atau percakapan orang bijak-bijak. Kata- kata hikmat juga dikenali sebagai lidah pendeta. Lidah pendeta juga adalah kata-kata pujangga yang mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Contoh: lidah manusia lebih tajam daripada mata pisau hidup bahasa hiduplah bangsa 6.2.7 Kiasan 15
  • 16. Seterusnya adalah kiasan atau bunga bahasa yang secara ringkasnya merupakan ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannya adalah menjelaskan dan menegaskan lagi sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Malah, menurut Nik Safiah dan Norliza (2003) dalam Dahlia et al. (2004) kiasan juga bertujuan memaniskan kata ketika menyebut perkara yang tidak diingini oleh pendengar atau pembaca. Kiasan biasanya menggunakan isyarat perbandingan dan tanpa isyarat perbandingan, contonhya; a) Isyarat perbandingan: Mukanya terserlah seperti bulan purnama Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu b) Tanpa isyarat perbandingan: ayam tambatan mandi kerbau orang rumah Menurut Za’ba (1965) dalam Za’ba (2002), kiasan terpecah kepada beberapa bahagian kecil iaitu kiasan sandar, contohnya, tidur ayam, kiasan terus, contohnya kutu embun, kiasan berangkap. Contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, kiasan berbunga, kiasan pemanis, kiasan melompat, tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsil ibarat. BAHAGIAN C 7.0 APLIKASI DAN STRATEGI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam Huraian Sukatan Bahasa Melayu, strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan elemen yang penting dalam menentukan hasil pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Strategi ialah kaedah yang digunakan oleh guru untuk memudahkan murid memahami isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Antara strategi yang boleh digunakan di dalam kelas adalah seperti pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, penggabungjalinan dan lain-lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), peribahasa boleh disampaikan dengan menggunakan pelbagai strategi. 16
  • 17. 7.1 Pendekatan berpusatkan murid Pendekatan berpusatkan murid merupakan salah satu strategi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengajar peribahasa. Tujuan utama pendekatan ini digunakan adalah untuk membolehkan murid berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri serta secara tidak langsung ia dapat membina keyakinan diri kepada murid untuk berbahasa. Pendekatan berpusatkan murid adalah selari dengan konsep pembelajaran masteri. Pembelajaran masteri adalah berkonsep mengikut keupayaan seseorang murid iaitu berdasarkan kebolehan murid dalam menguasai sesuatu topik yang telah diajar. Melalui strategi pendekatan berpusatkan murid, sesuatu pengajaran mengenai peribahasa di dalam kelas dapat disampaikan dengan berkesan. Contohnya, murid meneliti peribahasa dalam nota edaran yang diberi oleh guru. Pada masa yang sama, guru boleh membuat penilaian terhadap murid semasa melakukan aktiviti. Proses pengayaan boleh dilakukan terhadap murid yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberi manakala proses pemulihan akan dilakukan terhadap murid yang tidak berjaya melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. 7.2 Pendekatan pelbagai teknik Selain itu, untuk melahirkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pendekatan pelbagai teknik boleh digunakan. Perkara ini amat penting untuk merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi. Merujuk peribahasa, pendekatan strategi pelbagai teknik boleh disampaikan melalui pembelajaran kooperatif dan sumbang saran. Pembelajaran kooperatif meliputi perbincangan iaitu murid dapat berbincang sesama mereka mengenai lembaran kerja yang diedarkan setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh guru. Lembaran kerja tersebut meminta murid-murid untuk memadankan simpulan bahasa dan mecari maknanya. Seterusnya murid- murid dikehendaki membina satu ayat daripada setiap padanan simpulan bahasa yag telah diperolehi. Kertas mahjong digunakan bagi membentangkan ayat-ayat yang telah dibina oleh setiap kumpulan tersebut. 7.3 Kepelbagaian sumber bahan Kepelbagaian sumber bahan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas boleh difahami oleh murid. Antara sumber bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa ialah kamus peribahasa. Contohnya, aktiviti yang berkaitan 17
  • 18. dengan pengajaran peribahasa dalam kelas ialah guru menyenaraikan beberapa perkataan, kemudian murid akan menyemak perkataan tersebut dengan menggunakan kamus yang telah disediakan. Dengan strategi ini, pengajaran berkaitan dengan peribahasa boleh disampaikan secara berkesan kepada murid. Maka, murid dapat memperoleh berbagai-bagai jenis maklumat secara umumnya dan secara khusus yang berkaitan dengan peribahasa. 7.4 Bacaan Luas Membaca luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas telah dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan sastera seperti kamus peribahasa. 7.5 Strategi penggabungjalinan Seterusnya, strategi penggabungjalinan merupakan salah satu proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam strategi pengajaran peribahasa, dua kemahiran digabungkan secara serentak iaitu kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis. Selain itu, aspek tatabahasa juga digabungjalinkan dalam pengajaran peribahasa. Strategi ini sesuai dan berkesan untuk digunakan mengajar peribahasa terhadap murid di dalam kelas. 7.6 Strategi penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan unsur-unsur tertentu seperti dalam bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa seperti isi pelajaran yang diajarkan telah diterapkan pelbagai bidang ilmu iaitu Pendidikan Moral dalam Tema Kemasyarakatan. Kemudian, diserapkan juga kemahiran Bernilai Tambah seperti kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat. 18
  • 19. 8.0 LAMPIRAN 19
  • 20. 9.0 RUJUKAN Abdullah Hussain. (1989). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan Paradigma Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd. Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Penerbitan Sarlis. Amir Hamzah Shamsudin. (1993). Cerita Peribahasa (pepatah). Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. Awang Sariyan (1992). Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Mohd Ra’in Shaari dan Zulkifli Osman (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 20
  • 21. Hishamudin Isam, Mohd Azmi Ab. Rahman dan Phat Awang Deng (2007). Bahasa dan Pemikiran Melayu/ Indonesia Menyongsong 2025: Menterjemah Nilai Murni Dalam Peribahasa Melayu Melangkau Era Milenium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ishak Ramly (1990). Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu: Jurnal Dewan Bahasa Januari 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keris Mas (1988). Perbincangan Gaya Belajar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Md. Said Hj Suleiman, (1991). Siri Koleksi Warisan: Perian Basa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Md. Said Haji Suleiman (1993). Jalan Basa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Yusuf Mustafa (1965). Mestika Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Ariff Ahmad (1990). Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa. Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://www.scribd.com.doc/12904129/ Perlunya-Pembakuan-Peribahasa Peribahasa. Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://ms.wiktionary.org/wiki/ Wiktionary S.Nathesan (1998). Simpulan Bahasa: Satu Tinjauan Dari Sudut Makna, Jurnal Dewan Bahasa November 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu Pengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 21