Anak tikus melancong untuk memperluas pengetahuan. Ia bertemu ayam jantan dan kucing, tetapi lari dari kucing kerana takut dimakan. Ibu tikus memperingatkan anaknya bahawa kucing suka makan tikus.
20. Anak Tikus Melancong
Ibu tikus menyuruh anaknya melancong bagi memperluas
pengetahuan dan pengalamannya.
Anak tikus menceritakan pengalaman kepada ibunya
sekembalinya daripada melancong.
Kata anak tikus itu, “Saya ternampak seekor haiwan yang besar
dan cergas. Di atas kepalanya ada jambul yang besar dan suaranya yang
nyaring! "
"Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa lagi yang
kau temui? " tanyanya lagi.
Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor haiwan
yang lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai empat kaki, berekor panjang, dan
bulunya lembut serta cantik. Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' ,
ibu. "
"Adakah kamu menghampirinya?” tanya ibu tikus kebimbangan.
Jawab anak tikus itu, "Sebenarnya ia ingin memeluk saya, tetapi apabila saya
terdengar suara ayam jantan, saya melarikan diri kerana ketakutan, ibu! "
"Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah lembut sifatnya itu
ialah kucing. Ia suka menangkap dan makan kaum kita! Nyaris-nyaris kamu
ditipuinya."
Kata anak tikus sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, "Oh,
barulah saya faham sekarang, ibu! Lain kali apabila saya mendengar bunyi
'miao', saya akan melarikan diri, ibu!"
21. Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
1. Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya melancong ?
A Mencari makanan
B Menemui kawan-kawannya
C Menemui kucing
D Memperluas pengetahuan dan pengalaman
2. Anak tikus menceritakan haiwan pertama yang ditemuinya
ialah__________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
3. Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua yang ditemuinya
ialah___________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
4. Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap dan makan apa?
A ulat
B tikus
C ayam jantan
D itik
***Selamat Mencuba***
22. Kucing dengan Burung Nuri
Pada suatu hari, tuan rumah kucing telah membeli
seekor burung nuri. Burung nuri itu diperiharanya di dalam
sangkar.
Tuan rumah amat menyayangi burung nuri itu. Setiap
hari selepas makan, dia akan bermain dengan burung nuri itu
sambil mendengar nyanyiannya yang merdu itu.
Dia memberi burung nuri makanan yang lazat-lazat. Di
samping itu, dia sering memandikan dan mengusap-ngusap pelepah
burung kesayangannya itu dengan lembut.
Kucing yang dipelihara oleh tuan rumah itu berasa iri
hati. Ia pun memarahi burung nuri. " Setelah sekian lama
bertungkus-lumus menangkap tikus, aku hanya diberikan tulang
ikan sahaja, malah sering dipukul oleh tuan rumah. "
"Kamu yang tidak perlu bekerja dan hanya tahu
menyanyi sahaja lebih disayangi tuan rumah. Tidak adil ! Langsung
tidak adil kepada diri saya ! " sambung kucing.
Nuri pun menjawab, " Sebenarnya kamulah yang
beruntung kerana bebas, sedangkan aku terkurung di dalam
sangkar ini. Adakah kamu sudi menikmati kemewahan tanpa
kebebasan ?
Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah kucing
sedar bahawa ia lebih beruntung dan bahagia berbanding dengan
nuri.
23. Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
beruntung * sangkar * lazat * iri hati *
menyayangi
1. Burung nuri itu diperihara oleh tuan rumah kucing itu di
dalam
sebuah _______________.
2. Tuan rumah itu amat __________________ burung
nuri itu.
3. Burung nuri itu diberi makanan yang
________________ oleh
tuan rumahnya.
4. Kucing yang diperihara oleh tuan rumah itu berasa
_________________.
5. Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah ia sedar
bahawa ia
lebih _______________ dan bahagia berbanding
dengan nuri.
***Selamat Menjawab***