MTE 3112 YATI
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

MTE 3112 YATI

le

  • 3,927 vues

 

Statistiques

Vues

Total des vues
3,927
Vues sur SlideShare
3,927
Vues externes
0

Actions

J'aime
2
Téléchargements
350
Commentaires
3

0 Ajouts 0

No embeds

Accessibilité

Catégories

Détails de l'import

Uploaded via as Microsoft Word

Droits d'utilisation

© Tous droits réservés

Report content

Signalé comme inapproprié Signaler comme inapproprié
Signaler comme inapproprié

Indiquez la raison pour laquelle vous avez signalé cette présentation comme n'étant pas appropriée.

Annuler
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
  • Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saudari.
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
  • Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saudari.
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
  • Jutaan terima kasih saya ucapkan. Dengan adanya panduan saudari dapatlah saya menyiapkan tugasan saya. Terima kasih atas jasa baik saudari yang rela berkongsi ilmu bersama-sama.
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
Poster un commentaire
Modifier votre commentaire

MTE 3112 YATI Document Transcript

  • 1. Kursus MTE 3112 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkanpelajar dengan kemahiran – kemahiran pengujian dan penilaian dalam Matematik,membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak –kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluankhas kanak – kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikanteknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti ‘hands-on.’Tugasan MTE 3112 kali ini meminta pelajar menghasilkan sebuah esei secaraindividu tentang prinsip pembinaan item objektif dan esei dalam ujian Matematik dankebaikan dan kelemahan aplikasi teknologi dalam pentaksiran Matematik.Selain itu,pelajar juga diminta untuk menghasilkan satu portfolio secara berpasangan, menggubalsuatu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih dan mentadbir ujian yangtelah digubal kepada tiga puluh murid semasa menjalani praktikum.Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakanseperjuangan saya iaitu Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi. Beliau telah banyak membantusaya dalam memahami cara membuat analisis item. Saya rasa amat bertuah keranaberpeluang untuk membuat kerja berpasangan bersama beliau.Beliau merupaknseorang yang komited dengan tugasan yang diberikan.Terdapat banyak kebaikanmelaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan, antaranya ialahkami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah lebih bernaskerana ia dapat dibincangkan bersama. Kerja berpasangan ini juga dapat menjimatkanmasa, hal ini dapat dibuktikan apabila kami membahagikan tugasan yang perludilaksanakan.Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus AmalanPentaksiran Dalam Matematik.Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan baru denganpelaksanaan tugasan ini.Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai tanpamempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kuliah. Sebelum ini saya kurang fahamtentang analisis item dan sebagainya, namun setelah melaksanakan tugasan yangdiberikan ini, saya dapat memahami dengan baik cara membuat analisis item, apakahyang dikatakan dengan jsu dan sebagainya.
  • 2. Berdasarkan tugasan yang diberikan ini, ia membolehkan sayamengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Saya telah menggunakan ‘microsoftexcel’ bagi memasukkan data prestasi murid – murid. Pada mulanya saya menghadapimasalah dalam memasukkan data menggunakan Microsoft excel, namun setelahmendapat tunjuk ajar daripada rakan seperjuangan, akhirnya saya dapatmengaplikasikannya dengan baik sekali. Dengan pelaksanaan tugasan ini, sayamendapati bahawa dengan peredaran zaman yang semakin hebat hari ini, gurumemainkan peranan yang penting bagi menguasai kemahiran dalam komputer.Terdapat banyak kebaikan menggunakan komputer dalam pentaksiran. Antaranya ialahia cepat dan mudah. Dengan menggunakan computer, guru dapat memasukkan datamurid ke dalam folder secara teratur, apabila guru hendak membuat semakan, guruhanya perlu membuka folder tersebut dan semua maklumat yang dikehendaki terdapatdi dalamnya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yangpenting dalam menguasai ilmu teknologi.Disamping itu, saya menyedari bahawa adalah menjadi tugas guru apabila muridmendapat keputusan yang rendah dan kurang memuaskan, guru hendaklah merancangaktiviti yang sesuai untuk pemulihan dan pengayaan. Melalui ujian yang dijalankan,saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasaisepenuhnya tajuk yang diuji. Oleh yang demikian, latihan pengukuhan perlulahdiberikan kepada murid ini agar mereka dapat menguasai sepenuhnya. Disampingmemberikan latihan pengukuhan, guru juga boleh berusaha mendampingi murid –murid yang menghadapi masalah dan menemubual mereka. Kadangkala murid – muridseperti ini memerlukan bimbingan, kaunseling dan motivasi daripada ibubapa dan guru.Menyedari kepentingan ini, sewaktu saya menjadi guru pada masa akan datang, sayaakan berusaha dengan sebaiknya bagi membolehkan murid – murid dapat memahamiapa yang diajar. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan bagimeningkatkan kefahaman murid – murid.
  • 3. Saya berasa amat seronok menimba pengalaman baru dalam merancang,mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Saya telah merancang pembinaanSoalan bersama rakan seperjuangan saya, Siti Nurfatihah. Kemudian kamimenjalankan ujian ini kepada murid – murid semasa praktikum. Setelah murid selesai,kami menjalankan analisis terhadap soalan yang digubal dan seterusnya mentafsirujaian yang dijalankan. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang amat bermaknakepada diri saya kerana saya dapat mengaplikasikannya sewaktu berada di sekolahsuatu hari nanti.Antara kekangan saya melaksanakan tugasan ini ialah kami menghadapimasalah dalam mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan ujian ini. hal ini adalahkerana semasa menjalani praktikum, kami sibuk dengan penyeliaan daripadapensyarah dan guru pembimbing, melakukan aktiviti – aktiviti yang dijalankan disekolah, mengecat mural dan sebagainya. Namun demikian, masalah ini dapat diatasidengan baik apabila kami mencari waktu kelas ganti untuk membuat ujian kepadamurid – murid. Pengurusan masa yang baik amatlah diperlukan bagi seseorang guru.Guru hendaklah menguruskan masa dengan baik supaya segala tugas yangdiamanahkan dapat dijalankan dengan baik.Secara kesimpulannya, di dalam konteks perkembangan profesionalismekeguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilikdarjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan danpenyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi danmemberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion ini. Usaha ini bolehdijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan ujian dalambilik darjah. Melalui ujian yang dijalankan, adalah menjadi peranan penting gurumelaksanakan ujian di sekolah. Melalui ujian yang dijalankan, guru dapatmengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran.Sekian. Terima kasih.Fatin Nasuha Binti Razali
  • 4. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya memperoleh banyak pengetahuan baru yangamat berguna. Ilmu yang saya peroleh ini merupakan bekalan kepada saya untukmenghadapi hari yang mendatang. Saya bersama rakan seperjuangan yang laindikehendaki membuat analisis pembinaan item.Bagi melengkapkan tugasan yang diberikan ini, saya telah menjalani kolaborasibersama guru pembimbing, setiausaha unit peperiksaan, dan juga rakan seperjuangan.Melalui kolaborasi yang dijalankan, saya mendapati, menjadi suatu perkara yang amatpenting yang guru harus tekankan ialah hubungan guru dengan rakan seperjuangan.Bagi menjalani kerja, guru hendaklah menjalinkan hubungan dengan baik. Saya telahmenemubual.Berdasarkan ujian yang dijalankan, saya mendapati terdapat ___ soalan dibuang. Halini adalah kerana soalan yang diuji _________.
  • 5. Bagi melengkapkan tugasan kedua dalam kursus ini, saya bersama rakanseperjuangan dikehendaki menggubal satu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topikyang dipilih kemudian menggubal 20 soalan objektif berdasarkan JSU yangdibina.Setelah itu, kami dikehendaki mentadbirkan ujian yang telah digubal kepada 30orang murid.Saya dan pasangan saya, Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi tidak mempunyaibanyak masalah kerana kami telah membuat pembacaan tentang prinsip-prinsippembinaan item.Bilangan murid di dalam kelas yang kami pilih iaitu 4 Berlian ialahsebanyak 30 orang.Namun, kami menghadapi masalah apabila mereka bercuti bergilir-gilir pada minggu UPSR.Kebanyakan antara mereka tidak hadir ke sekolah jadi sayatidak berpeluang untuk mentadbir ujian pada minggu tersebut.Mujur selepas minggutersebut saya mempunyai masa untuk mentadbir ujian tersebut.Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telahmelakukan proses yang pentingdalam merancang ujian iaitu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungimaklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluangmenjalankan kerja kurus ini. Hal ini adalah kerana ia merupakan pengalaman pertamasaya melaksanakan tugasan ini. Jadual Spesifikasi Ujian amat penting kerana ia dapatmemastikan ujian digubal secara sistematik. Selain itu, kesahan dari segi persampelansukatan pelajaran adalah terjamin.Berpandukan JSU yang telah dibentuk, item soalan telah dibina.Saya telahmenghasilkan soalan yang hendak diuji kepada murid – murid. Dalam pembinaansoalan, saya mendapati bahawa proses ini bukan merupakan satu proses yang mudah.Guru harus mengikut tahap pembelajaran murid. Soalan yang digubal hendaklahbermutu tinggi dengan menekankan aspek kerelevenan, keseimbangan, keobjektifan,aras kesukaran dan aras diskriminasi.Setelah menggubal soalan bersama pasangan praktikum, saya telah menyemaksoalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujianditadbirkan.Saya juga telah membuat semakan supaya arahan yang diberikan adalah
  • 6. jelas dan mudah difahamai dengan masa yang diperuntukkan adalah bersesuaiandengan bilangan soalan.Soalan yang diberikan mempunyai arahan yang jelas.Selepas kami memeriksa dan mendapat keputusan, kami telah menganalisisitem-item soalan yang telah kami gubal. Segala ilmu yang telah dipelajari untukmengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks Kesukaran (IK) telah kamiaplikasikan semasa menganalisis item-item. Terdapat beberapa item yang kamikenalpasti tidak baik dan perlu ditolak.Bukan itu sahaja, ada beberapa item yang perludiubahsuai untuk menjadi satu item yang baik.Melalui tugasan ini, saya sedar bahawamenggubal sesebuah soalan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukandengan sewenang-wenangnya.Banyak perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahajadari segi aspek tahap murid dan malahan dari segi pemilihan jenis soalan danmenentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira bagi menghasilkan satu itemyang baik dan satu proses pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik bagimengenalpasti tahap pengetahuan murid.Saya telah menjalinkan hubungan komunikasi dengan guru pembimbing danguru unit peperiksaan sekolah semasa menjalani praktikum.Berdasarkan temu bulabersama mereka, saya telah mendapat banyak pengetahuan baru tentang JadualSpesifikasi Ujian, Indeks Diskriminasi, Indeks Kesukaran dan sebagainya.Ilmupengetahuan yang diperoleh ini merupakan panduan kepada saya dan pasangan untukmenyiapkan tugasan. Selain itu, ilmu yang diperoleh ini akan saya aplikasikan sewaktuberada di sekolah kelak.Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan apa yang telah saya hasilkan.Walaupun ia bukan yang terbaik jika dibandingkan dengan hasil kerja yang lain tetapi iaadalah yang terbaik dari saya. Saya telah mempelajari banyak perkara dalam usahauntuk menyiapkan diri sebagai bakal guru di masa hadapan. Masih banyak yang perlusaya kecapi lagi kerana ‘learning is a continuous process’. Bukan itu sahaja.Ia jugamembantu untuk saya menyediakan diri untuk sesi praktikum yang akan datang.