Dokumen tersebut membahasikan penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Bahan produk seperti album peta bergambar dianggap lebih efektif dibandingkan bahan elektronik karena dapat meningkatkan partisipasi siswa secara aktif dan memfasilitasi pembelajaran melalui aktivitas. Penggunaan bahan visual juga dapat mempermudah pemahaman siswa dan meningkatkan daya ingat mereka.
1. 1.0 PENGENALAN
ANATOMI DAN
FISIOLOGI
anatomi
Bidang sains yang berkaitan dengan struktur
tubuh manusia
fisiologi
mengkaji fungsi struktur tubuh badan.
Rajah 1.0: Definisi anatomi dan fisiologi
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak
2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi
berasaldaripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah
anggotabadan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada
beberapa subdisiplin seperti anatomikasar an mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji
tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang,
paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan
mikroskop. FisiologiAnatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur
tubuh badan.Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur,
tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita
1
2. 2.0 TUGASAN 1
2.1 Esei Pendek (Keberkesanan Penggunaan Bahan Produk dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Pada Zaman
Teknologi Komputer)
Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke sehari. Dalam era
pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan
dijadikan sebagai jalan yang terbaik bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi
dan berpendidikan. Seiring dengan kepesatan teknologi masa kini, tidak hairanlah
bahan pengajaran berunsurkan teknologi menjadi pilihan utama yang digunakan oleh
guru. Namun, pernahkah guru menyedari bahawa bahan bukan elektronik adalah sama
pentingnya dengan bahan elektronik?
Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
meninggalkan kesan yang mendalam dalam memahami suatu matapelajaran itu.
Tetapi, bagaimana pula dengan matapelajaran yang menekankan kecergasan yang
sesuai dengan ciri dan keperluan murid seperti Pendidikan Jasmani? Pendekatan yang
dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti, eksperimen dan
amalan rutin. Oleh itu, penggunaan bahan produk adalah kaedah yang lebih berkesan
berbanding dengan penggunaan bahan elektronik di mana penyertaan aktif dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan.
Bagi memenuhi cita - cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan menyediakan rakyat menghadapi arus globalisasi serta eknomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke - 21, guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk
memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Penggunaan
bahan produk dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberi penekanan
kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai,
2
3. pembelajaran masteri dan pembelajaran kendiri.Bahan produk yang difokuskan di sini
ialah album peta bergambar bagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Menurut Objektif pembelajaran dan pengajaran individu yang dipaparkan
dalam Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Jilid 5), Pengurusan Bilik
Darjah, DBP 1992, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam
merancang pembelajaran dan pengajaran individu. Faktor ini meliputi faktor murid –
murid, aktiviti, masa, bahan dan ruang.
Perbezaan dari segi fizikal dan mental dalam kalangan murid - murid akan
mempengaruhi kemahiran asas dalam proses pembelajaran. Di sini, keberkesanan
bahan produk album peta bergambar dapat dilihat melalui penggunaannya sebagai
medium pengenalan terhadap suatu topik yang baru dalam Pendidikan Jasmani, iaitu
sebelum menjalankan amali di luar bilik darjah. Penggunaan gambar dan grafik sebagai
bahan pengajaran adalah lebih berkesan di mana ia mampu mengurangkan rasa bosan
murid - murid terhadap pengajaran guru. Atan Long (1980:174) berpendapat semakin
banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Biasanya,
penggunaan warna dan rajah yang menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, bahan produk album peta bergambar mampu memberi peluang
kepada pelajar untuk memperkembangkan kecenderungan mereka secara menyeluruh
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid – murid di dalam sebuah kelas,
biasanya terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan kecerdasan.Apabila guru
menggunakan bahan produk dalam pengajarannya, guru mampu melihat sendiri tahap
kecerdasan dan kecergasan murid – murid yang berada di hadapannya. Permasalahan
yang dikesan oleh guru dalam kalangan murid – muridnya akan menyumbang kepada
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan produk adalah lebih berkesan di mana guru akan menyelami satu
persatu anak muridnya dalam penyampaiannya dia dalam bilik darjah.
3
4. Kemudian, album peta bergambar bukan sahaja dapat menyerlahkan bakat dan
kreativiti guru tetapi juga memperkembangkan kemahiran murid – murid agar berfikir
secara kreatif dan kritis. Pendidikan Jasmani merupakan suatu matapelajaran yang
perlu membawa murid - murid ke arah pemahamanan yang mendalam tentang tubuh
badan manusia. Contohnya tajuk – tajuk dalam Pendidikan Jasmani yang boleh
menggunakan bahan produk album peta bergambar ialah sistem rangka, sistem otot,
sistem saraf, sistem respirasi dan juga sistem jantung. Apabila pelajar melihat sendiri
album bergambar bagi sistem respirasi contohnya, mereka dapat melihatnya dengan
lebih teliti sekaligus sifat inkuiri dalam diri pelajar timbul. Penggunaan “slide show” di
dalam bilik darjah adalah kurang sesuai di mana, pelajar tidak sempat melihat gambar –
gambar yang ditayangkan dalam masa yang lama.
Pembelajaran yang menggunakan album peta bergambar dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani merupakan hasil penggabungan konsep bermain
dan belajar. Dalam proses pembelajaran bagi kanak – kanak, unsur permainan amat
penting. Hal ini demikian kerana otak kanak – kanak akan mengalami pertumbuhan
dalam setiap proses bermain. Pertumbuhan otak pada anak yang jarang bermain 20 –
30 % lebih kecil dari otak normal anak seusia mereka. Pendekatan guru dalam
menyampaikan bahan produk mereka dalam pelaksanaan aktiviti mampu
menggerakkan lagi pemahaman kanak – kanak dalam proses pembelajaran mereka.
Album ini boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti berkumpulan , berdua dan juga
individu. Semua pelajar berpeluang menggunakan bahan produk itu.
Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan produk
juga meningkatkan keyakinan diri dan motivasi belajar dalam diri murid – murid. Guru
harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh
melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Misalnya, guru
harus bijak menyampaikan proses yang berlaku dalam sistem pernafasan melalui
penggunaan bahasa yang sesuai. Persoalan yang timbul dalam diri murid – murid akan
4
5. meningkatkan kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan
kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri
dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses
interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani mampu meningkatkan daya ingatan murid – murid. Lagipun, istilah – istilah
dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah bebeza dengan matapelajaran yang
lain. Kanak – kanak lebih senang mengingati suatu pembelajaran yang berunsurkan
gambar kerana unsur warna dan bentuk grafik adalah lebih ringkas dan berkesan. Jika
dibandingkan, buku yang bergambar dan buku yang tidak bergambar, murid – murid
akan memilih buku yang bergambar. Menurut Jean Piaget, kanak – kanak mengenali
simbol terlebih dahulu dalam setiap penemuaannya. Oleh yang demikian, penggunaan
peta bergambar adalah patut dalam Pendidikan Jasmani.
Penggunaan bahan produk juga meningkatkan kemahiran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebelum membentangkan dna
menjalankan pengajaran menggunakan bahan produk yang dihasilkan, guru hendaklah
memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.
Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak
sepatutnya hanya menekankan kepada jantung dan penggunaannya, contohnya tetapi
harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar dalam memahami tajuk yang
dipelajari. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan
biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap
menukar strategi dari semasa ke semasa.
5
6. Penggunaan bahan produk dalam Pendidikan Jasmani mampu memenuhi keperluan
pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi. Dari segi luaran, bahan-bahan itu
haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna,
bahan produk itu boleh dirasai sendiri oleh murid – murid bagi menjawab persoalan –
persoalan yang mereka cipta di sepanjang pengajaran yang diadakan oleh guru. Dari
segi psikologi pula, bahan produk itu haruslah dapat memenuhi keperluan murid - murid
terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya. Di
sini, keberkesanan bahan produk adalah lebih kekal jika dibandingkan dengan bahan
elektronik.
Bahan produk juga lebih tahan, mudah alihdan memenuhi aspek – aspek
teknikal. Aspek teknikal yang dimaksudkan ini ialah album peta bergambar ini boleh
dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid –
murid belajar sendiri. Penggunaan bahan produk adalah lebih bererti jika bahan
tersebut digunakan oleh pelajar itu sendiri meskipun sesi pengajaran itu tamat. Album
ini sesuai dengan kemudahan bilik darjah kerana boleh didirikan di atas meja atau
digantungkan pada dinding. Jangka masa pengajaran atau aktiviti yang menggunakan
bahan produk boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Jika dibandingkan dengan
bahan elektronik, bahan produk adalah lebih dikendalikan dan tidak membazirkan masa
pengajaran guru itu. Hal ini dapat dilihat apabila pemasangan bahan elektronik sebelum
pengajaran dilakukan men
Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran juga
mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara
meluas dalam masyarakat. Pengetahuan murid – murid terhadap variasi – variasi
bahan membolehkan mereka memilih variasi – variasi yang sesuai untuk digunakan
dalam konteks dan situasi tertentu. Lagipun, menurut Jean Piaget perkembangan
kognitif kanak – kanak adalah lebih kuat jika menggunakan bahan pengajaran yang
6
7. berasaskan grafik dan gambar kerana ianya lebih mudah diingati jika dibandingkan
dengan bahan bacaan yang hanya mengandungi ayat – ayat panjang.
Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan
kemahiran bahasa dalam diri guru dan juga murid – murid. Apabila berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan eletronik, hanya komunikasi sehala
berlaku di dalam bilik darjah. Malah, hanya kemahiran pada aras penerimaan seperti
kemahiran membaca dan mendengar terjadi. Penggunaan bahan produk pula akan
melibatkan kemahiran pada aras penerimaan dan juga aras penglahiran seperti
kemahiran membaca, mendengar, menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus
dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya.
Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk
mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.
Penyerapan nilai dan pengetahuan juga mampu dilaksanakan melalui
pengajaran menggunakan bahan produk. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja
sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan
memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri,
masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang
mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang
bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan
pengajaran yang digunakan.
Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh
guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku
teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian
Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Anggapan bahawa penggunaan buku teks
sudah mencukupi adalah sebenarnya kurang wajar kerana seperti yang kita semua
7
8. sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang
tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, pengajaran menggunakan
produk yang kita hasilkan akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar
dan dapat mengurangkan masalah yang timbul.
Jika melihat kepada situasi sebenar pendidikan di Malaysia ini, masih ada lagi
sekolah – sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sumber elektrik.
Maka, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran elektronik tidak dapat
digunakan sama sekali. Di sini, bahan produk memainkan peranan yang penting dalam
proses penyampaian ilmu. Tidak dapat kita nafikan, penggunaan bahan produk dalam
pengajaran dan pembelajaran masih lagi mendapat tempat di hati murid – murid. Sifat
bahan produk yang menarik, realistik dan teknikal membawa kepada pembelajaran
yang secara menyeluruh, berbeza dengan pengguanan bahan elektronik.
Kesimpulannya, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala
dianggap sebagai media pengajaran atau „ media‟ yang boleh membantu guru dan
membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini
melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif
pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.Penggunaan bahan
produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah masih lagi
berkesan pada zaman teknologi komputer ini.
8
9. 3.0 RUMUSAN
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara – perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Tetapi, hanya
berlandaskan satu tujuan, iaitu utnuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
kepada murid – murid secara berkesan.
Pada umumnya, pengajaran merupakan suatu aktiviti yang meliputi seseorang
pengajar, disertai oleh aktiviti pembelajaran murid. Bagaimanapun, kini terdapat
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Walaupbagaimanapun, dalam proses pengajaran, pengajar wajib menimbulkan minat
pembelajaran murid, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan,
menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan
bahan pelajaran dan memupuk nilai – nilai murni di dalam diri.
Kini, pengajaran dan pembelajaran ditaksirkan sebagai :
i) Suatu proses
ii) Suatu bidang komunikasi
iii) Suatu bidang sains
iv) Suatu bidang seni
9
10. 4.0 REFLEKSI
Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Semester 3, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus Anatomi dan
Fisiologi(PJM3106) yang melibatkan penjelasan jenis – jenis penaksiran dan prosedur
yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi.Kerja kursus pendek ini sememangnya
memberi impak yang besar dalam pengetahuan saya tentang tentang anatomi dan
fisiologi. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah
nanti, sememangnya penting untuk mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada
pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan
amalan yang ada dalam kursus ini.
Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas
saya, PISMP Muzik Semester Tiga untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai
matlamat dalam melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan di mana
kami harus melihat ke hadapan dengan menghasilkan bahan produk yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah kelak.
Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri keberkesanan bahan
produk yang kumpulan saya hasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani pada zaman teknologi komputer. Sememangnya, tajuk ini agak membebankan
kerana seacra realitinya, gruu – guru zaman moden ini lebih banyak menggunakan
bahan elektronik di dalam proses pengajarannya di dalam bilik darjah.
Secara tidak langsung, saya meneroka sendiri kelebihan menggunakan bahan
produk di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan
kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru
Pendidikan Jasmani pada masa hadapan. Segala perkara yang diberi fokus ini
10
11. bukanlah perkara yang asing lagi bagi pelajar PISMP Semester 2. Hal ini demikian,
kami pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan peta bergambar (visual
map album) pada semester yang lalu. Kini, kami hanya perlu mengaplikasikan semua
pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga
– pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja
kursus ini. Selama ini, saya tidak pernah membuat sendiri bahan produk bagi proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya
berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri kewujudan bahan produk yang
dihasilkan sendiri oleh guru saya. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan
sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan
tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak
maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang kehendak
kerja kursus ini.
Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah
seperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja
kursus ini, iaitu sistem respirasi, saya telah meminjam beberapa buah buku di
perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Hampir keseluruhannya
adalah sumber yang berbentuk Bahasa Inggeris dan halangan pertama bagi saya
adalah, penukaran ayat – ayat Bahasa Inggeris tersebut kepada ayat Bahasa Melayu.
Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya yang fasih dalam Bahasa
Inggeris untuk membantu saya memahami sesetengah ayat atau perkataan.
Halangan seterusnya ialah, saya mengalami mengalami kesukaran dalam
mencipta bahan produk album peta bergambar yang sesuai dengan sasaran
pengajaran saya iaitu, pelajar sekolah rendah. Namun begitu, saya bersyukur kerana
11
12. mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan
hasil kerja bahan produk ini. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah
komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan proses
pembelajaran sekaligus membantu secara langsung dalam menyempurnakan kerja
kursus.
Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan
kerja kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap
individu yang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan
berkenaan dengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya
untuk mendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu
di dalam kerja kursus ini.
Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan
menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang
penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang
positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan, bekerja secara kumpulan dan
sebagainya.
12