2. Pengembangan dan Pengecutan Jirim
Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila
dipanaskan dan menyingkirkan (expels) haba apabila
disejukkan.
Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya
dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).
APABILA DIPANASKAN
• Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba
(heat energy) untuk menukarkannya kepada
tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy)
menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan
lebih cepat.
• Getaran ini menyebabkan zarah-zarah
bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan
meningkat.
APABILA DISEJUKKAN
• Zarah jirim kurang bergetar dan
kelajuannya juga berkurangan.
• Jarak antara zarah-zarah adalah
mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan
isipadu jirim juga turut berkurangan.
3. Aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim :
TERMOSTAT
RUANG
ANTARA
LANDASAN
KERETA API
ALAT
PENGGERA
KEBAKARAN
APLIKAS
I
KABEL
ELEKTRIK
TERMOMETER
PENGGOLEK
PADA
JAMBATAN
KELULI
4. a) Termostat digunakan untuk mengawal suhu dalam peralatan
elektrik seperti seterika dan peti sejuk.
b) Termostat mempunyai satu jalur dwilogam yang akan mengembang dan
membengkok ke atas ketika panas.Keadaan ini memutuskan litar
pemanasan. Jalur dwilogam yang digunakan sebagai termostat untuk
mengawal suhu sesuatu alat elektrik. Misalnya,jalur dwilogam
[TERMOSTAT} dalam seterika elektrik dan periuk nasi elektrik dapat
mengawal suhunya dengan memutuskan litar. Oleh itu,setrika elektrik
dan periuk nasi tersebut tidak menjadi lebih panas daripada suhu
yang ditetapkan.
5. a) Alat penggera kebakaran digunakan untuk memberi AMARAN
ketika berlakunya kabakaran.
b) Dalam keadaan panas, jalur dwilogam mengembang dan
membengkok ke arah skru untuk melengkapakan litar
elektrik. Kumprum mengembang lebih banyak daripada besi.
Arus elektrik mengalir dan loceng berbunyi.
6. MERKURI DALAM TERMOMETER
MENGEMBANG APABILA PANAS DAN
MENGECUT APBILA SEJUK.
HAL INI MENYEBABKAN MERKURI BERGERAK
NAIK ATAU TURUN DALAM TIUB KAPILARI.
MERKURI DIGUNAKAN DALAM TERMOMETER KERANA
MERKURI
IALAH SUATU KONDUKTOR
HABA YANG BAIK.
MERKURI MENGEMBANG DAN MENGECUT DENGAN CEPAT
APABILA
MENGESAN PERUBAHAN HABA. OLEH ITU,MERKURI SESUAI
DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR DARJAH KEPANASAN ATAU
SUHU
SUATU OBJEK. APABILA HARI PANAS, MERKURI DALAM BEBULI
TERMOMETER MENYERAP HABA DAN MENGEMBANG.
PENGEMBANGAN INI MENYEBABKAN ARAS MERKURI NAIK
DAN
MENUNJUKKAN KENAIKAN SUHU. APABILA HARI
8. Jambatan keluli mempunyai penggolek pada hujung untuk
membolehkannya mengembang atau mengecut.
Ini mengelakkan jambatan tersebut daripada bengkok
atau patah.
Kebanyakan jambatan modem dibina daripada konkrit dan
keluli. Ruang disediakan untuk pengembangan jambatan
keluli dalam cuaca panas.
Satu hujung jambatan ditetapkan, manakala hujung yang
satu lagi terletak di atas penggolek. Penggolek membenarkan
pengembangan dan pengecutan jambatan tanpa
memecahkan tembok landasannya.
10. Wayar atau label dipasang dalam keadaan yang
kendur untuk membolehkannya mengecut pada
cuaca sejuk.
Ini akan mengelakkan wayar atau kabel menjadi
terlalu tegang dan terputus.
Kabel penghantaran kuasa elektrik lazimnya
digantung secara mengendur di antara tiang-tiang.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan
kabel-kabel tersebut meregang dan menyebabkan
ia terputus akibat pengecutan pada waktu malam.
11. Ruang pada landasan kereta api membolehkan
landasan besi mengembang pada cuaca panas.
Ini akan mengelakkan landasan kereta api
menjadi bengkok.