www.saujana.sg menyediakan pendidikan menengah dan tinggi yang berkualiti. Ia menawarkan pelbagai program matrikulasi, diploma dan ijazah untuk memenuhi keperluan pelajar dalam mencapai cita-cita mereka. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1987 dan terletak di Singapura.
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Daftar Homonim P4
1. www.saujana.sg
daftar kata
homonim
P4
Nama : ________________________________________
Darjah : _______________________________________
Sekolah : ______________________________________
2. DAFTAR PERKATAAN PELBAGAI MAKNA
Beberapa anggota tubuhnya calar-balar kerana
dicakar kucing.
01 ANGGOTA
Tiga orang anggota bomba cedera ketika
memadamkan api.
Orang itu mabuk kerana minum arak.
02 ARAK
Pengantin itu berarak ke sekeliling kampung.
Setiap petang, ayah balik ke rumah pada pukul
enam petang.
03 BALIK
Kami berdua sedang bersembunyi di balik pintu
itu.
Setelah bangun, kami segera mengambil wuduk
lalu bersalat subuh
04 BANGUN
Bangunan yang tingginya tujuh tingkat itu
runtuh.
Nenek dan datuknya baru pulang dari Makkah.
05 BARU
Rumah baru Kalam berharga empat juta dolar.
Penyakit nenek Johan bertambah berat .
06 BERAT
Beg yang dibawa oleh kawan sedarjah saya itu
berat.
Dia menggosok badannya agar dakinya hilang.
07 DAKI
Tiga orang askar hendak mendaki Gunung
Everest.
Rumah-rumah di sebelah kiri jalan itu berangka
ganjil.
08 GANJIL
Kejadian yang ganjil itu berlaku pada waktu
malam.
DAFTAR HOMONIM P4 / MND / 2009
3. Masa hadapan kita gelap jika kita tidak berilmu.
09 GELAP
Bilik bacaan di rumah saya gelap kerana
lampunya rosak.
Dia membuka halaman lima puluh buku cerita
itu.
10 HALAMAN
Setiap petang, nenek menyapu halamanrumah
saya.
Setelah bekerja, abang Halim jarang datang ke
rumah saya.
11 JARANG
Wanita itu tidak memeakai baju yang jarang.
Ajaran guru muda itu sangat jelas dan seronok.
12 JELAS
Orang itu telah menjelaskan hutangnya kepada
ayah saya.
Akibat sampah maut, kepala budak itu berdarah.
13 KEPALA
Dalam pendakian itu, Cikgu Bahar menjadi
kepalanya.
Walaupun tidak berada, pakaian-nya tetap
kemas dan bersih.
14 KEMAS
Mereka berkemas kerana penge-tua hendak ke
kelas mereka.
Dia dimarahi cikgu kerana kata-katanya sangat
kesat
15 KESAT
Meja itu sudah dikesat oleh kakak saya.
Pakaian pemuda bandar itu sangat ketat.
16 KETAT
Pameran barang-barang perhiasan itu dikawal
dengan ketat.
setelaj semua jualannya laku, dia pun pulang ke
rumah.
17 LAKU
Peristiwa itu berlaku ketika kami sedang tidur.
DAFTAR HOMONIM P4 / MND / 2009
4. Sudah lama saya tidak menemui Halim.
18 LAMA
Walaupun fesyen lama, pakaian itu tetap
digemari oleh mereka.
Koridor di flat lima bilik itu sangat lapang.
19 LAPANG
Kalau ada waktu lapang, datanglah ke rumah
saya.
Seluar budak itu melorot kerana sangat longgar.
20 LONGGAR
Peraturan itu dilonggarkan pada waktu malam.
Pada separuh masa pertama, psukan itu mendapat
dua mata.
21 MATA
Budak sekecil memakai kaca mata kerana
matanya rabun.
Saya membuang nasi lemak itu kerana mentah.
22 MENTAH
Walaupun sudah remaja, fikirannya masih
mentah.
Budak lelaki itu yang paling pandai di kelasnya.
23 PALING
Setelah saya memanggilnya, di berpaling ke arah
saya.
Kelapa yang dibeli ibu tadi telah diparutnya
24 PARUT
Di pipi kakak penjahat itu terdapat parut yang
agak panjang.
Ketika kami tiba di pantai, air laut sedang
pasang.
25 PASANG
Langsir jendela itu telah dipasang oleh kakak
saya.
Pohon kelapa itu tumbang pada masa ribut itu.
26 POHON
“Pohonlah kepada Tuhan agar kamu bahagia,”
kata ustaz.
DAFTAR HOMONIM P4 / MND / 2009
5. Kakak saya akan bersalin di Hospital Changi
Baru.
27 SALIN
Tiga rangkap pantun itu disalinnya ke dalam
buku.
Dia membaca novel baru itu sampai habis.
28 SAMPAI
Dia sampai di rumah saya pada pukul tiga tadi.
Hidup wanita tua itu senang kerana pada masa
mudanya beliau rajin.
29 SENANG
Katanya, soalan matematik itu sangat senang.
Jangan ganggu dia kerana dia tengah membaca
buku.
30 TENGAH
Budak kecil itu berlari ke tengah jalan raya.
DAFTAR HOMONIM P4 / MND / 2009