SlideShare a Scribd company logo
1 of 33
Download to read offline
TOKOH :
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ
NAMA :#################
TINGKATAN :##################
NAMA GURU :#################333
Yang teramat mulia
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PERTAMA
Kandungan
bil Kandungan Muka surat
1 isi kandungan 3
2 Biodata 4
3 Penghargaan 5
4 Objektif kajian 6
5 Kaedah kajian 7
6 Rumusan 8
7 Lampiran
NAMA ##############
K/P ##################
TINGKATAN ##########
SEKOLAH #####################
NAMA GURU #################
Tempoh berjawat
31.ogos.195722 september 1970
Raja : Abdul Rahman
Hisamuddin Alam Shah
Putra
Ismail Nasiruddin Shah
Timbalan : Abdul Razak Hussein
Didahului oleh ; Pejabat ditubuhkan
Digantikan oleh : Abdul Razak Hussein
Tarikh lahir : 8 Februari 1903
Tempat lahir : Alor Star, Kedah, British Malaya
Meninggal : 6 Disember 1990 (umur 87)Kuala Lumpur,
Malaysia
Parti politik : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti
Perikatan/National Front
Pasangan : Meriam Chong (1933 – 1935)
Violet Coulson (1935 – 1946)
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
Pekerjaan : Peguam
Agama : Islam
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah [8 Februari 1903-6
Disember 1990]merupakan perdana menteri Persekutuan
Tanah Melayu dan 1955 ,dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
pencapaiannya yang teragung.biasanya dikenali sebagai
“tunku”.beliau juga dikenali sebagai “Bapa
Kemerdekaan”dan “Bapa Malaysia”
i) kehidupan
peribadi
ii)
pendidikan
iii)
keluarga
i)kehidupan peribadi
dilahirkan di Istana Tiga Tingkat,Alor Setar ,Kedah .lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin ,tunku merupakan anak
lelaki yang ke-7 dan anak ke-20 kepada Sultan Abdul
Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke-24.Bondanya
Cik Menyelara ,isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara ,ialah anak perempuan Luang Naraborirak
[Kleb],seorang pengawai daerah Thailand.Kelahiran Tunku
disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah .
Semasa kecil,Tunku digelar Awang kerana rupa parasnya
tidak sesegak adik beradiknya yang lain.beliau
bebasbermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan
bola sepak kampung.Tunku melastik dan mengendap
burung ,serta bermain lumpur sehingga menghidapi
penyakit puru dikakinya .
ii)pendidikan
tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sekolah rendah
Melayu di Jalan Baharu,Alor Setar .Biasa berbahasa Siam di
rumah ,Beliau belajar bahasa melayu di sekolah itu .Seorang
guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa
inggeris.Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah
kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan Kolej
Sultan Abdul Hamid.beliau belajar di sekolah pada waktu
siang manakala petang beliau mengaji Al-Quran .
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun ,Tunku
dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf
ibni Sultan Abdul Hamid,abang sulungnya ,dan belajar di
Sekolah Thebsirintrawat .1915 ,tunku pulang dan
meneruskan pendidikannya di Penang Free School .
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku
menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk
menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan
Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan
tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit
berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada
William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya,
pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau
dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang
dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian
Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di
England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak
yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-
undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies
dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan
sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal
Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28
kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge.
Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah
Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu
peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada
sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England
untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge
kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama
dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai
Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai
Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau
dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh
Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937,
Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi
Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di
Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah
sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali
yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-
undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir.
Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana
terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah.
Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul
Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur
80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke
India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan
melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik
ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu
Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di
bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah,
Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan
Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti
Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula
ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan
Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor
dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada
tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal
sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata,
seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang
gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner
Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku
bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih
sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain,
dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih
sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai
"Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold
George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya
dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan
pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta
Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi
Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau
memegang sehingga 1976.
iii)Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam,
seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak
perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan
dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra
dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun
1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala
Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet
Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi
perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed
Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf
ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan
Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah,
seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed
Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab
yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan
ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil
tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam.
Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina
pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua
orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku
Noor Hayati dan Tunku Mastura.
i)kerjaya
politik
ii)laluan ke
kemerdekaan
iii)sebagai
perdana
menteri
i)Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949,
Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai
Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi
Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai
Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di
kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan
penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar
mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat:
Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada
Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan
Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan
Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau
memegang jawatan itu selama 20 tahun.
ii)Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan
perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan
yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku
dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC
yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti
Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke
London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya.
Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British
diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!".
Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat
naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan
lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
ii)SebagaiPerdanaMenteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik
Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan
besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan
Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam
ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia
Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16
September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut
kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk
dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian
kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua
UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti
Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan
sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew
kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi
kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan
sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee
di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP
akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya,
walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak
akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO.
Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak
supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen
Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah
mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura
daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen
harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan
sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan
sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding
kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan
PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi
rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia
Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya,
Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian
digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8
Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan
dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan
tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu
mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur.
Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh
Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis
itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa
darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan
keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar,
dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun
1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda'
yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr
Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian
masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.
Dengan pakaian rasmi.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang
rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan
Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan
untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri
kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan
Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada
"Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa"
yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan
daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan
pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada
tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai
Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian
menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah
institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan
Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara
dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.
Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik
The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di
Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-
ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan
"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis
kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr
Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini
menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku
dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan
sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi
pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang
menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong
Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO
yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau
berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya
telah merosot.
Meninggal dunia
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah
rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di
Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada
6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke
kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di
Makam Diraja Langgar, Alor Star.
Garis masa
 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga
Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin.
 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk
menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul
Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
Penang Free School.
 1919 (umur 16): Belajar di England.
 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari
sahabatnya Taib Andak.
 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana
keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya
yang lalu.
 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
undang-undang di Inner Temple.
 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji
sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya
sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
di Kuala Nerang.
 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis
kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor
Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak
perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni
Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama
Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin
dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang
Serai, Singapura.
 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh
Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan
Tunku dengan Violet kurang direstui.
 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di
Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim
daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani.
 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3
untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-
undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku
berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan
, Violet Coulson.
 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita
perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah
Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan
sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil
ke bar di Inner Temple.
 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada
mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-
undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk
bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya,
dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
 1946: Menyertai UMNO.
 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober
sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan.
Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran
peringkat negeri yang pertama di Kedah.
 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke
England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu
tidak berhasil.
 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan
Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul
Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah
Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London
diadakan.
 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang
dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira
ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar
Hilir, Melaka.
 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan
pertandingan bolasepak antarabangsa.
 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan
Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu
golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru
sebagai Muslim.
 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah
Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah
Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa yang pertama.
 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16
September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan
Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang
Sabah).
 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi
laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh
timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah
Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 –
1988).
 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan
disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
Penulisan
1. Challenging times : Tunku Abdul Rahman Putra /
Sunting oleh J.S. Solomon: Pelanduk Publications ,
2007
2. Malaysia : the road to independence : Pelanduk, 2007.
3. Political awakening : Pelanduk Publications, c1986.
4.Pandang Balik : Heinemann Educational Books, 1980.
5. Sudut Pandangan : Heinemann Educational Books,
1979.
6.Looking back : the historic years of Malaya and
Malaysia: Pustaka Antara, 1977.
7.Last we forget
*Penghargaan*
terlebih dahulu saya Mohd Izzunuddin bin Kassim ingin
merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Puan
Pengetua sekolah iaitu Pn.Misliah bt Masari yang
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini selepas waktu persekolahan .saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya ,
Encik Saiful bin Salim kerana
Telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam
menjalankan projek .Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua –dua ibu
bapa saya iaitu Tuan Kassim bin Hassanar dan Puan
Basilah bt Abdul Mulatif yang telah member dorongan dan
bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga
amat bersyukur kerana mendapat kerjasama dan
pertolongan daripada sahabat – sahabat saya .Akhir sekali
,tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada beberapa
pihak yang telah menolong saya bagi menyiapkan tugasan
ini .
*Objektif kajian*
Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . Saya
telah mendapat banyak pengalaman sepanjang melakukan
tugasan ini. Objektif kajian ini adalah untuk saya
menambahkan pengetahuan saya mengenai tokoh ini .
Malah saya telah ke Perpustakaan Desa di Pasoh 4 untuk
lebih mengenali tokoh ini .Selain itu , kajian ini bertujuan
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kita
mengenali tokoh-tokoh perdana menteri selain daripada
tokoh yang saya pilih iaitu Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj . Akhir sekali ,ia adalah intuk saya
menghargai dan menyanjungi jasa dan pengorbanan yang
dilakukan oleh mantan perdana menteri Almarhum Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj.
*Kaedah kajian*
Dalam menyiapkan kerja khusus ini ,saya telah membuat
kajian dengan cara melayari Internet di laman sesawang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman .
Dan akhir sekali saya telah mengimbas kembali keratan
akhbar di akhbar Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober
2008 mengenai Mantan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj .
*Rumusan*
Hasil kajian yang saya jalankan ,saya dapat mengenali
latar belakang tokoh tersebut dengan mengenali latar
belakang tokoh tersebut dengan lebih mendalam .Malah saya
memperoleh semangat patriotik apabila mengkaji
sumbangan yang telah dicurahkan oleh mantan perdana
menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj .Melalui
Kajian ini juga ,saya dapati ramai generasi masyarakat
tanpa mengira kaum menghormati ,menghargai,dan
mengenang jasa mantan perdana menteri Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj .Selain itu,kajian ini dapat member
kesedaran kepada generasi yang akan dating belia di
Negara kita tentang betapa besarnya sumbangan Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi membebaskan negara
kita daripada kuasa penjajah .Ia juga dapat memupuk jiwa
masyarakat supaya generasi masa kini dapat merangka
wawasan pada masa akan datang untuk mempertahankan
kedaulatan negara
*Lampiran*
Gambar di atas menunjukkan gambar Mantan Perdana Menteri Iaitu Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

More Related Content

What's hot

Biodataperdanamenterimalaysia
BiodataperdanamenterimalaysiaBiodataperdanamenterimalaysia
BiodataperdanamenterimalaysiaIzny Atikah
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJAsri Mohad
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Nur Bazilah Amna
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriIeta Yahya
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdekaNana Aziz
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGMuhammad Fateh
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanUmi Jauhar
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaTompok Manggis
 
Biodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajarBiodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajarsiti fatimah
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMGuru Sejarah PraU
 
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Muhd Hafiz
 
Biography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmanBiography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmannaziraa
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADAsri Mohad
 

What's hot (20)

Biodataperdanamenterimalaysia
BiodataperdanamenterimalaysiaBiodataperdanamenterimalaysia
Biodataperdanamenterimalaysia
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
 
Presentation tunku abdul rahman
Presentation tunku abdul rahmanPresentation tunku abdul rahman
Presentation tunku abdul rahman
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Tok janggut
Tok janggutTok janggut
Tok janggut
 
Biodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajarBiodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajar
 
Dato' bahaman pahlawan pahang
Dato' bahaman pahlawan pahangDato' bahaman pahlawan pahang
Dato' bahaman pahlawan pahang
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
 
Tun tan cheng lock
Tun tan cheng lockTun tan cheng lock
Tun tan cheng lock
 
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
 
Biography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmanBiography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahman
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 

Viewers also liked

Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11
Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11
Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11Nurul Asmaa
 
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Malaysia National Interest (1957 1980)
Malaysia National Interest (1957 1980)Malaysia National Interest (1957 1980)
Malaysia National Interest (1957 1980)Pridhivraj Naidu
 
Korean War
Korean WarKorean War
Korean Warjbdrury
 
Current issues slideshow
Current issues slideshowCurrent issues slideshow
Current issues slideshowLynnCorliss
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Student Project: Vandalism
Student Project: VandalismStudent Project: Vandalism
Student Project: Vandalismicti
 
Vandalism powerpoint 2gc2
Vandalism powerpoint 2gc2Vandalism powerpoint 2gc2
Vandalism powerpoint 2gc2Judy Bepple
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
Sains Tingkatan 3, bab 4.9
Sains Tingkatan 3, bab 4.9Sains Tingkatan 3, bab 4.9
Sains Tingkatan 3, bab 4.9Nurul Asmaa
 
Qualities of Leadership - Indira Gandhi
Qualities of Leadership -  Indira GandhiQualities of Leadership -  Indira Gandhi
Qualities of Leadership - Indira GandhiNeha Nagulkar Ghorad
 

Viewers also liked (20)

Tutorial solution (chapter 11)[1]
Tutorial solution (chapter 11)[1]Tutorial solution (chapter 11)[1]
Tutorial solution (chapter 11)[1]
 
23. foreign policies
23. foreign policies23. foreign policies
23. foreign policies
 
Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11
Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11
Sejarah Tingkatan 2, bab 7.11
 
Cnc final
Cnc finalCnc final
Cnc final
 
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Malaysia National Interest (1957 1980)
Malaysia National Interest (1957 1980)Malaysia National Interest (1957 1980)
Malaysia National Interest (1957 1980)
 
Korean War
Korean WarKorean War
Korean War
 
Pol pot
Pol potPol pot
Pol pot
 
Current issues slideshow
Current issues slideshowCurrent issues slideshow
Current issues slideshow
 
Achmed Sukarno
Achmed SukarnoAchmed Sukarno
Achmed Sukarno
 
Indira gandhi biography
Indira gandhi biographyIndira gandhi biography
Indira gandhi biography
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Student Project: Vandalism
Student Project: VandalismStudent Project: Vandalism
Student Project: Vandalism
 
Vandalism powerpoint 2gc2
Vandalism powerpoint 2gc2Vandalism powerpoint 2gc2
Vandalism powerpoint 2gc2
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Obesiti
ObesitiObesiti
Obesiti
 
Sains Tingkatan 3, bab 4.9
Sains Tingkatan 3, bab 4.9Sains Tingkatan 3, bab 4.9
Sains Tingkatan 3, bab 4.9
 
Qualities of Leadership - Indira Gandhi
Qualities of Leadership -  Indira GandhiQualities of Leadership -  Indira Gandhi
Qualities of Leadership - Indira Gandhi
 
Obesiti
ObesitiObesiti
Obesiti
 

Similar to (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Similar to (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN (20)

Tunku Abdul Rahman.ppsx
Tunku Abdul Rahman.ppsxTunku Abdul Rahman.ppsx
Tunku Abdul Rahman.ppsx
 
Folio sivik
Folio sivik Folio sivik
Folio sivik
 
Tokoh dato' onn
Tokoh dato' onnTokoh dato' onn
Tokoh dato' onn
 
ISLAM IN TURKI
ISLAM IN TURKIISLAM IN TURKI
ISLAM IN TURKI
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Syeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddinSyeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddin
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
Dato najib
Dato najibDato najib
Dato najib
 
Tun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin BabaTun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin Baba
 
Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Bab 3 sej t.2
Bab 3 sej t.2 Bab 3 sej t.2
Bab 3 sej t.2
 
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docxTOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)
Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)
Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysia
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 

(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

  • 1. TOKOH : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ NAMA :################# TINGKATAN :################## NAMA GURU :#################333
  • 2. Yang teramat mulia TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA
  • 3. Kandungan bil Kandungan Muka surat 1 isi kandungan 3 2 Biodata 4 3 Penghargaan 5 4 Objektif kajian 6 5 Kaedah kajian 7 6 Rumusan 8 7 Lampiran
  • 4. NAMA ############## K/P ################## TINGKATAN ########## SEKOLAH ##################### NAMA GURU #################
  • 5. Tempoh berjawat 31.ogos.195722 september 1970 Raja : Abdul Rahman Hisamuddin Alam Shah Putra Ismail Nasiruddin Shah Timbalan : Abdul Razak Hussein Didahului oleh ; Pejabat ditubuhkan Digantikan oleh : Abdul Razak Hussein Tarikh lahir : 8 Februari 1903 Tempat lahir : Alor Star, Kedah, British Malaya Meninggal : 6 Disember 1990 (umur 87)Kuala Lumpur, Malaysia Parti politik : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front Pasangan : Meriam Chong (1933 – 1935) Violet Coulson (1935 – 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990) Pekerjaan : Peguam Agama : Islam
  • 6. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah [8 Februari 1903-6 Disember 1990]merupakan perdana menteri Persekutuan Tanah Melayu dan 1955 ,dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu pencapaiannya yang teragung.biasanya dikenali sebagai “tunku”.beliau juga dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan”dan “Bapa Malaysia”
  • 8. i)kehidupan peribadi dilahirkan di Istana Tiga Tingkat,Alor Setar ,Kedah .lebih dikenali sebagai Istana Pelamin ,tunku merupakan anak lelaki yang ke-7 dan anak ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke-24.Bondanya Cik Menyelara ,isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara ,ialah anak perempuan Luang Naraborirak [Kleb],seorang pengawai daerah Thailand.Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah . Semasa kecil,Tunku digelar Awang kerana rupa parasnya tidak sesegak adik beradiknya yang lain.beliau bebasbermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung.Tunku melastik dan mengendap burung ,serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru dikakinya .
  • 9. ii)pendidikan tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,Alor Setar .Biasa berbahasa Siam di rumah ,Beliau belajar bahasa melayu di sekolah itu .Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa inggeris.Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid.beliau belajar di sekolah pada waktu siang manakala petang beliau mengaji Al-Quran . Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun ,Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,abang sulungnya ,dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat .1915 ,tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School . Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan
  • 10. tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok. Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang- undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
  • 11. 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku. Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang- undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di
  • 12. bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah. Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi
  • 13. Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976. iii)Keluarga Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina
  • 14. pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
  • 16. i)Kerjaya politik Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. ii)Laluan ke kemerdekaan Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA
  • 17. memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa. ii)SebagaiPerdanaMenteri Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut
  • 18. kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
  • 19. Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967. Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
  • 20. Dengan pakaian rasmi. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
  • 21. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya. Kehidupan kemudian Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang- ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr
  • 22. Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Meninggal dunia Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star. Garis masa  1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.  1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul
  • 23. Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.  1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.  1919 (umur 16): Belajar di England.  1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.  1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.  1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.  1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.  1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.  1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.  1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin
  • 24. dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.  1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.  1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.  1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang- undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.  1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.  1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.  1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.  1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
  • 25.  1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang- undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.  1946: Menyertai UMNO.  1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.  1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.  1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.  1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
  • 26.  1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.  1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).  1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.  1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.  1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).  1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.  1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.  1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
  • 27.  1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).  1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. Penulisan 1. Challenging times : Tunku Abdul Rahman Putra / Sunting oleh J.S. Solomon: Pelanduk Publications , 2007 2. Malaysia : the road to independence : Pelanduk, 2007. 3. Political awakening : Pelanduk Publications, c1986. 4.Pandang Balik : Heinemann Educational Books, 1980. 5. Sudut Pandangan : Heinemann Educational Books, 1979. 6.Looking back : the historic years of Malaya and Malaysia: Pustaka Antara, 1977. 7.Last we forget
  • 28. *Penghargaan* terlebih dahulu saya Mohd Izzunuddin bin Kassim ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Puan Pengetua sekolah iaitu Pn.Misliah bt Masari yang memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan .saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya , Encik Saiful bin Salim kerana Telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek .Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua –dua ibu bapa saya iaitu Tuan Kassim bin Hassanar dan Puan Basilah bt Abdul Mulatif yang telah member dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga amat bersyukur kerana mendapat kerjasama dan pertolongan daripada sahabat – sahabat saya .Akhir sekali ,tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada beberapa pihak yang telah menolong saya bagi menyiapkan tugasan ini .
  • 29. *Objektif kajian* Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . Saya telah mendapat banyak pengalaman sepanjang melakukan tugasan ini. Objektif kajian ini adalah untuk saya menambahkan pengetahuan saya mengenai tokoh ini . Malah saya telah ke Perpustakaan Desa di Pasoh 4 untuk lebih mengenali tokoh ini .Selain itu , kajian ini bertujuan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kita mengenali tokoh-tokoh perdana menteri selain daripada tokoh yang saya pilih iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . Akhir sekali ,ia adalah intuk saya menghargai dan menyanjungi jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
  • 30. *Kaedah kajian* Dalam menyiapkan kerja khusus ini ,saya telah membuat kajian dengan cara melayari Internet di laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman . Dan akhir sekali saya telah mengimbas kembali keratan akhbar di akhbar Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober 2008 mengenai Mantan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . *Rumusan* Hasil kajian yang saya jalankan ,saya dapat mengenali latar belakang tokoh tersebut dengan mengenali latar belakang tokoh tersebut dengan lebih mendalam .Malah saya memperoleh semangat patriotik apabila mengkaji sumbangan yang telah dicurahkan oleh mantan perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj .Melalui
  • 31. Kajian ini juga ,saya dapati ramai generasi masyarakat tanpa mengira kaum menghormati ,menghargai,dan mengenang jasa mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj .Selain itu,kajian ini dapat member kesedaran kepada generasi yang akan dating belia di Negara kita tentang betapa besarnya sumbangan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi membebaskan negara kita daripada kuasa penjajah .Ia juga dapat memupuk jiwa masyarakat supaya generasi masa kini dapat merangka wawasan pada masa akan datang untuk mempertahankan kedaulatan negara *Lampiran*
  • 32. Gambar di atas menunjukkan gambar Mantan Perdana Menteri Iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj