SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  24
PENDAHULUAN



       Bidang sastera seperti juga bidang sains adalah merupakan suatu pendekatan

manusia untuk memahami realiti kehidupan. Kalau karya sastera yang ditulis oleh

penulis/penyair lelaki lebih merupakan persepsi lelaki terhadap realiti kehidupan daripada

'kacamata' lelaki, karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair wanita mencerminkan

persepsi wanita. Oleh itu, di sinilah terletaknya kepentingan penglibatan penulis/penyair

wanita di dalam bidang sastera.

       Selain daripada itu, seperti yang telah kita sama-sama maklumi, sastera Melayu

sejak daripada tahun-tahun 50-an bukan sahaja disuburi dengan karya-karya penulis

penulis/penyair lelaki, malah penulis/penyair wanita jua telah turut terlibat sama.

       Menurut sesetengah pengkaji sastera Melayu, penyair wanita Melayu yang

pertama yang pernah diketahui sejauh ini ialah Syarifah Alawiah Bte Syed Al-Habsyi

yang menulis puisi 'Nasihat Perempuan'. Kemudian dalam 1917, muncul pula Cik Wok

Aminah yang telah menulis puisi 'Seligi Tajam Bertimbal'.

       Mereka berdua ini kemudian diikuti pula oleh kemunculan beberapa orang lagi

penyair wanita lain yang cuma sesekali menulis, sehinggalah pada tahun 50-an apabila

Salmi Manja muncul dengan begitu ketara.

       Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan. Mereka mempunyai

kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang

dihasilkan dalam pelbagai genre.

       Di antara penyair wanita Melayu, terdapat mereka yang telah mendapat

pendidikan hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh yang demikian, aliran




                                                                                            1
pemikiran yang dibawa dalam karya mereka mempunyai identiti yang tersendiri, sesuai

dengan idealisme yang didukung oleh pengkaryanya. Selain introspeksi diri yang begitu

mendominasi karya, persoalan kemanusiaan, alam ketuhanan, dan falsafah turut mengisi

tempat.

          Dalam tulisan ini, penulis akan meninjau penglibatan penyair wanita dalam arus

perkembangan sastera Melayu selepas tahun-tahun 50-an dalam dunia kususasteraan

tempatan. Penyair wanita yang telah dipilih untuk dibincangkan adalah penyair-penyair

wanita yang dianggap terpenting sejak daripada tahun 1950-an. Mereka ini masing-

masing telah memperlihatkan keterampilan mereka dan nama-nama mereka memang

menyerlah di dalam bidang puisi Melayu sesuai dengan beberapa kriteria seperti berikut:


i ) Penglibatan aktif serta konsisten dalam bidang puisi walaupun buat jangkamasa
singkat;

ii ) Telah mendapat perhatian daripada para pengkritik dan pengkaji sastera;

iii) Mempunyai cara dan identiti sendiri dalam berpuisi.

           Dalam tulisan ini juga, penulis telah sengaja memilih tahun selepas 50-an

sebagai masa mula-mula kemunculan penyair-penyair wanita kerana beberapa sebab;


1) Tahun 50-an boleh dikatakan sebagai suatu masa peralihan dalam bidang puisi Melayu
kerana pada masa itulah puisi Melayu moden (sajak) mula-mula mendapat tempat;

2) Tahun 50-an juga ialah suatu era titik-tolak mula-mula kelahiran begitu ramai
penulis/penyair Melayu termasuk penulis/penyair wanita.

           Ini bukanlah bererti bahwa sebelum tahun 50-an, puisi Melayu belum wujud

lagi dan penulis/penyair wanita belum ada yang muncul. Kalau diteliti dengan terperinci,




                                                                                           2
sebelum tahun 50-an lagi penyair wanita telah muncul cuma nama-nama mereka memang

kurang diketahui ramai.


       Meski terdapat ramai penyair wanita yang terkenal dan banyak memberi

sumbangan dalam dunia penulisan dan kesusasteraan melayu sehingga kini, namun

penulis sekadar memilih beberapa nama atas faktor kekangan ruang penulisan yang

terhad di atas kertas kerja ini. Objektif penulisan ini ialah mengupas :


       1) Latar kehidupan penyair wanita di Malaysia dan

       2) Sumbanagan mereka dalam Kesusasteraan Melayu

        Penyair yang dimaksudkan sebagai wanita yang dijulang sebagai penyair wanita

di Malaysia ini antaranya:


       1) Salmi Manja

       2) Siti Zainon Ismail

       3) Zurinah Hassan

       4) Zaihasra: dan

       Karya yang dihasilkan mereka menuju jalan yang benar, karya yang membangun

kejadiannya didalam benak fikiran, karya yang menampakkan kelibat kejujuran seorang

manusia penyair yang sebenar-benarnya.


       Bukan yang bertopengkan kata-kata puitis (tanpa halatuju yang jelas dan bernas)

dan semata-mata untuk menyenangkan audiencenya, mengglorifikasikan dirinya.


       Sastera telah digunakan sejak zaman Yunani, iaitu untuk melahirkan warga



                                                                                         3
bermoral dan berterima kasih kepada negara. Kedudukan sastera sinonim dengan


falsafah. Abad ke-5 Athen, pula meletakkankan sastera sebagai alat menjajah yang


lebih cepat dariapada senjata, Shakespeare di abad ke-16 memulakan per-tahta-an


orang Inggeris dalam kuasa sastera dunia. Kemudian kita menyaksikan setiap


negara Eropah berhasrat membina takhta sendiri-sendiri dalam sastera, dan yang


paling berjaya ialah Peranchis apabila berhasil meletakkan Paris sebagai kota jantung

sastera dunia.


       Dengan kelahiran dan sumbangan-sumbangan daripada para penulis yang yang


dikaji dalam kertas kerja inilah maka fungsi sastera dapat direalisasikan. Menurut Mana


Sikana dalam tulisannya melalui Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden


Sastera telah menjadi medan penyelidikan, tidak sahaja di kalangan ahli kemanusiaan


atau sains sosial, juga daripada disiplin ilmu yang lainnya. Sastera telah


menjadi primadona kajian, tanpa mengkaji sastera, tidak menemukan reality


kehidupan. Di sini penulis akan menghuraikan serba sedikit mengenai latar kehidupan


penyair wanita yang dikaji penulis bersama sumbangan – sumbangan mereka dalam


bidang penulisan. Walaubagaimanapun pemerincian latar kehidupan serta sumbangan




                                                                                          4
mereka adalah amat terhad memandangkan faktor kekangan dimensi ruang dalam kertas


kerja ini.




BAHAN KAJIAN


               Semasa menyiapakan kertas kerja ini, perbincangan adalah sumber

rujukan yang paling penting bagi penulis. Selain daripada bahan – bahan bertulis melalui

media cetak dan elektronik turut menyumbangkan peranan sepanjang tempoh penulis

mengkaji tajuk Penyair Wanita di Malaysia. Bahan – bahan dalam simpanan Dewan

Bahasa dan Pustaka samada melalui penulisan atau disimpan di alam maya juga menjadi

sumber rujukan yang utama selain daripada mengunjungi laman web – laman web dan

blog – blog yang banyak menyimpan info – info penting berkaitan dengan sejarah para

penyair wanita di Malaysia.




Latar kehidupan

        Bahagian latar kehidupan dalam kertas kerja ini akan membincangkan serba

sedikit latar kehidupan, asal – usul dan latar pendidikan penyair atau penulis wanita yang

dikaji oleh penulis.



                                                                                        5
Salmi Manja misalnya, adalah nama pena kepada Saleha Abdul Rashid, yang

telah dilahirkan di Singapura. Salmi juga pernah menggunakan nama-nama pena seperti

Melati Desa dan Rashidah Saleh.


       Salmi mendapat pendidikan di Singapura, di Sekolah Arab Darul Maarif dan

Sekolah Tong Chai Tanjong Katong. Pernah bertugas sebagai guru agama dan

wartawan di Akhbar Semenanjung. Tugasnya sebagai wartawan banyak member

bimbingan dan pengetahuan di dalam bidang sastera.

Selain daripada itu, kegigihannya dalam bidang penulisan sastera juga telah disebabkan

oleh dorongan kuat daripada suaminya yang juga seorang penulis/penyair iaitu

sasterawan negara A. Samad Said.

       Penyair wanita yang kedua pula ialah Siti Zainon Ismail. Siti Zainon Ismail yang

merupakan Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini

adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah

keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua'

berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak,

Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan

seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968).

Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit.

       Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau



                                                                                         6
dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan

Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau

melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970

1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa

Kartini (1970 - 1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut

pameran menyertai keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas

sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976).

Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana

Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa.

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya

Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan

Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga

adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM

(1996-1999).

               Apabila memperkatakan tentang puisi dan penyair wanita, nama Zurinah

Hassan memang tidak asing lagi sama ada dalam kalangan peminat, mahu pun dalam

kalangan pengkaji-pengkaji puisi Melayu moden. Pada sekitar tahun 70-an, Zurinah

Hassan beriringan dengan penyair-penyair wanita lain seperti Siti Zainon Ismail dan

Zaihasra memonopoli dunia penulisan puisi.




                                                                                         7
Zurinah Hassan dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar pada 13 Jun 1949. Zurinah

mendirikan rumahtangga pada tahun 1978 dengan Encik Mohamed Said bin Abdul

Manap yang sekarang bertugas sebagai Pengurus Kanan Pos Malaysia Berhad dan

dikurniakan lima orang anak: Siti Raihani, Ainul Huda, Muhammad Taufiq, Muhammad

Faiz dan Aina Mastura.


       Kehidupan di kampung dan dibesarkan dengan seorang nenek di sebuah rumah

yang dikelilingi oleh pohon-pohon rimbun. Keadaan yang sunyi dan redup. Tidak

mempunyai ramai kawan dan jarang keluar bermain-main seperti kanak-kanak lain.

Banyak masa dihabiskan dengan duduk di rumah dan mendengar radio. Radio menjadi

teman rapatnya. Beliau amat suka mendengar lagu-lagu dan cepat menghafal seni kata.

Setelah pandai menulis, seni kata lagu ditulis dan dinyanyikan. Kegemaran mengutip

senikata lagu telah melatih Zurinah menggemari susunan kata-kata yang indah.

Sebahagian daripada seni kata lagu itu merupakan pantun-pantun lama yang mempunyai

makna yang mendalam. Walapun tidak menjadi seorang penyanyi kerana larangan

keluarga, namun keasyikan terhadap lagu dan seni kata telah menjadikannya seorang

pemenung, perenung alam dan membentuk kegemaran lain iaitu menulis puisi. Dari

sinilah minat Zurinah timbul dan menjadi akrab dengan unsur-unsur yang terdapat dalam

lagu-lagu tersebut.


       Pendidikan awal Zurinah Hassan secara formalnya di Sekolah Rendah Melayu

Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau

meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan

Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah. Seterusnya, melanjutkan pengajian




                                                                                   8
di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun

1974.


          Semasa belajar di sekolah Melayu Tikam Batu, (Zurinah Hassan, 2003: 23-24)

beliau menemui dua orang guru yang gemar bercerita. Sewaktu dalam darjah satu dan

dua, Zurinah dan kawan-kawan selalu mendengar cerita dari Cikgu Mariam. Beliau rajin

bercerita tentang puteri-puteri raja yang jelita. Begitu juga, dengan Cikgu Ghani yang

sering memberi ulasan yang berbeza tentang kisah-kisah lama terutama episod-episod

dari Sejarah Melayu. Ketika di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class, semasa di

tingkatan satu, Zurinah berkenalan dengan puisi Inggeris sebagai satu mata pelajaran

wajib. Zurinah gemar menghafal puisi-puisi William Shakespeare, S.T Coleridge,

H.W.Longfellow dan lain-lain serta menawarkan diri untuk membacanya di hadapan

kelas dan tidak lupa oleh kerana minat yang sangat mendalam Zurinah menterjemahkan

sajak-sajak Inggeris ke Bahasa Melayu. Ini melatihnya mencipta ungkapan-ungkapan

puitis.


          Semasa di tingkatan enam, guru Bahasa Inggerisnya membacakan puisi Khalil

Gibran. Baris-baris yang dibacakan tertusuk ke hati dan sejak dari itu cintanya terhadap

puisi tetap utuh sehingga melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (1970).


Mengikut Shafei Abu Bakar (1997), rangsangan yang diberikan oleh Zakry Abadi, ketika

itu editor Utusan zaman telah memberi laluan dan semangat buat Zurinah untuk terus

berkarya. Pada 15 Februari 1967, sajak Keputusan buat pertama kali telah diberi tempat

di Utusan zaman.




                                                                                       9
Di Universiti Sains Malaysia, Zurinah menumpukan pengajiannya dalam

pengkhususan kesusasteraan. Keilmuan pengetahuannya semakin meningkat, kepekaan

terhadap alam sekitar juga bertambah. Zurinah bukan sekadar mendengar sahaja tentang

teori ilmu, malah mempelajarinya, menghayatinya, dan memanfaatkannya. Pengajian

Zurinah tidak terhenti setakat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Beliau telah meneruskan

pengajiannya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

(UPM) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001, kemudian

menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian

Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun 2008.


       Dunia pekerjaan merupakan suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan

tentang Zurinah Hassan. Zurinah bermula dengan menjadi sebagai tenaga pengajar di

Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya tetapi cita-

citanya untuk menjadi tenaga akademik tidak tercapai. Selain daripada itu, beliau pernah

bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia (1982-1997).

Perkhidmatan yang memakan masa selama 15 tahun, akhirnya beliau bersara pilihan

demi meneruskan cita-cita dalam bidang penulisan dan menjadi penulis sepenuh masa.


       NAMA Zaihasra menyerlah dalam dunia penulisan tanah air sejak dua dekad

yang lalu dengan kelahiran puisi-puisinya yang merakamkan peristiwa dan rasa yang

menyentuh diri, cinta, kesepian, putus asa dan harapan. Zaihasra atau nama sebenarnya

Zaiton Abdullah. Zaihasra ialah penyair contoh yang bersikap individualistik di dalam

puisi-puisinya.




                                                                                     10
Zaihasra lahir dari satu keluarga tani yang hidup dalam kesederhanaan. Beliau

berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan pernah bekerja sebagai kerani di salah sebuah

kilang getah di Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka. Kemudian beliau bertugas pula di

Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama tujuh tahun sebagai penerbit rancangan

sastera. Beberapa tahun kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan

dengan membuka syarikat pembekal keperluan pejabat secara kecil-kecilan. Atas

dorongan kecintaan kepada keindahan alam, Zaihasra meneroka bidang seni taman dan

lanskap dengan menubuhkan Syarikat Jitu Sdn. Bhd. bersama-sama seorang rakan

kongsi. Antara beberapa projek lanskap yang diusahakan oleh syarikatnya ialah di

Bulatan Semarak dan Projek Lembaga Letrik Negara di Pekan, Pahang.


       Nama Zaihasra adalah hasil gabungan beberapa singkatan nama seperti “Zai”

untuk Zaiton, “Has” untuk Hasnah, iaitu nama timang-timangan yang diberikan oleh

kedua-dua orang tuanya dan “Ra” adalah rahsia bagi dirinya. Selama penglibatannya

dalam dunia kesusasteraan, Zaihasra memilih ungkapan “pelarian” sebagai identiti

dirinya. Menerusi ungkapan ini, beliau telah menghasilkan tiga buah karya, iaitu Dalam

Pelarian Satu, Dalam Pelarian Tiga dan Dalam Pelarian Empat. Menurutnya, Dalam

Pelarian Kedua itu adalah gambaran tentang dirinya sendiri.


       Pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, Zaihasra telah menghembuskan

nafas yang terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang yang

dihidapinya sejak beberapa lama dulu. Jenazah beliau disemadikan di Taman

Greenwood, Gombak. Pemergian Zaihasra adalah suatu kehilangan yang besar dalam

dunia kesusasteraan Melayu tanah air.




                                                                                       11
Sumbangan


       Sekiranya membicarakan watak seorang penulis, sumbangan penulis terbabit

adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan. Sumbangan para penulis wanita di

Malaysia juga begitu mempengaruhi perkembangan dunia kesusasteraan hingga ke hari

ini.




Salmi Manja


                                                                                    12
Puisi-puisinya pernah dikumpulkan di dalam antologi cerpen/puisi yang bertajuk

'Daun-Daun Berguguran' yang telah diterbitkan dalam 1962. Kebanyakan puisi-puisinya

bertemakan cinta dan disampaikan dengan nada yang romantik. Persoalan yang sering

ditimbulkan seringnya menyetuh hal-hal yang dianggap 'istimewa' oleh wanita seperti hal

percintaan dan kasih sayang.


       Gaya dan bentuk puisinya masih terikat dengan unsur-unsur tradisional seperti

puisi penyair-penyair ASAS '50 yang sezaman dengannya ketika itu. Cara

penyampaiannya juga selaras dengan konsep ASAS '50. Sebab itulah puisi-puisinya cuma

merupakan suatu pengimitasi realiti; iaitu mencatat pengalaman dan realiti kehidupan

secara terang-terangan.


         Tema agama juga sering disentuh oleh Salmi seperti dalam puisi 'Sejambak Ros

Yang Dijanjikan'. Ini mungkin disebabkan oleh asas pendidikannya dari sekolah agama

dan pengalamannya sebagai guru agama (ustazah).


Siti Zainon Ismail


       Dalam puisi-puisinya, Siti Zainon rajin menggunakan berbagai-bagai teknik dan

sering merapkan aliran serta unsur-unsur baru yang menyimpang dari aliran-aliran puisi

konvensional.


        Gayanya cenderung ke arah penggunaan objek-objek tempatan serta fakta sejarah

dan hikayat-hikayat Melayu seperti dalam puisi 'Profil Cinta'.

       Puisi-puisi Siti Zainon telah dikumpulkan di dalam antologi 'Nyanyian Malam'

yang telah diterbitkan pada tahun 1976. Puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera


                                                                                       13
ialah puisi 'Romansa Petani Di Gunung'. Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus

aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni

budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976).

Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh,

Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-

1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London

(1986,1990,1992), Australia (1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia

(2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa

seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.




Zurinah Hassan


       Zurinah ialah seorang penyair wanita yang paling berpotensi, prolifik dan

beridentiti sendiri. Mungkin tidak keterlaluan kalau beliau dianggap puncak bagi

kepenyairan wanita sejauh ini.


       Banyak karya puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera, seperti 'Senja Di

Pelabuhan', 'Surat Hari Depan', 'Apabila Kata Menjadi Dosa', 'Hidup Dari Jendela

Keretapi', 'Bila Hujan Telah Reda', 'Duhai Pentafsir', 'Di Muka Laut', 'Satu Kebetulan',

'Salam Perempuan Dari Penjara' dan 'Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama'.



                                                                                           14
Zurinah ialah satu-satunya penyair wanita yang sangat sensitif melihat realiti

hidup. Sekecil-kecil perkara yang jarang disentuh oleh penyair lain menjadi bahan

renungannya, seperti dalam puisi 'Di Sebuah Kolam'.


       Dalam puisi tersebut, objek ikan, kolam dan kekitrannya menjadi renungan

Zurinah yang cuba berfalsafah bertolak daripada objek-objek tersebut. Perhatikan

sebahagian daripada puisi tersebut.


       Tema yang sering dibicarakan oleh Zurinah ialah sekitar tema kehilangan

kemanusiaan dan kompleksitinya. Zurinah sering menyoal tentang hakikat kewujudan

dan idealisme kehidupan dari jurus pandangan kewanitaan yang penuh dengan kehalusan

budi dan ketinggian moral. Ini jelas dapat dilihat di dalam puisinya yang berjudul

'Bahawa Aku Pernah Hidup', yang jelas menyoal kewujudan diri.


       Dari aspek stilistik dan bahasa, Zurinah boleh dianggap sebagai penyair yang

berjaya menguasai bahasa dan pintar dalam membentu imej di dalam puisi-puisinya.

Bahasanya mudah dan segar. Imejnya menarik kerana ketukangannya di dalam

menghidangkan sesuatu imej yang dipetik dari fenomena-fenomena alam seperti pasir,

ombak, laut, angin dan pantai.


       Misalnya dalam puisi 'Bahawa Aku Pernah Hidup' yang telah dibentangkan tadi,

kita dapat melihat bagaimana Zurinah menggunakan diksi-diksi yang bersumberkan

fenomena-fenomena alam seperti yang sering digunakan di dalam puisi-puisinya.


        Nada suaranya pula lembut dan 'manis', bersahaja (spontan) dan yang paling

penting sekali begitu 'memorable'. Fikiran dan gagasan yang ingin disampaikannya



                                                                                        15
seiringan dengan perasaannya, dan tidak terlalu sentimen seperti ramai penyair wanita

lain.


           Seperkara lagi yang unik tentang penyair ini ialah tentang suara kejujurannya

dalam puisi seperti yang dapat kita saksikan dalam puisinya, 'Apabila Kata-Kata Menjadi

Sebuah Dosa'. Sehingga ke hari ini Zurinah masih menghasilkan puisi-puisi yang baik.

Sejauh ini, karya-karya puisinya telah dibukukan di dalam antologi-antologi seperti

berikut:


    •   'Sesayu Jalan', diterbitkan pada 1974;
    •   'Di Sini Tiada Perhentian', diterbitkan pda 1977;
    •   'Keberangkatan', diterbitkan pada 1985.




ZAIHASRA


        Kekuatan puisi-puisi Zaihasra terletak pada pemilihan kekatanya yang bertenaga,

teliti dan cukup mengesankan. Sekali lagi puisi 'Lautan Di Waktu Subuh' itu merupakan

satu contoh yang baik. Tidak hairanlah kalau puisi tersebut pernah memenangi Hadiah

Sastera di samping sebuah lagi puisinya yang bertajuk 'Di Sini Waktu Yang Luka Sebuah

Cinta Semakin Lusuh'.


        Tahun 1970-an merupakan detik awal bermulanya kegiatan beliau dalam dunia

penulisan puisi, ditambah pula dengan penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun




                                                                                           16
1972. Puisi awal beliau yang berjudul “Mama” disiarkan dalam Dewan Sastera pada

tahun 1971.


       Dalam penghasilan puisi, Zaihasra lebih suka menarik perhatian pembaca kepada

realiti hidup. Beliau mendekatkan diri kepada alam, membandingkan kehidupan flora

dan fauna dengan dirinya sendiri dan mencari kebenaran kata-kata, bertunjangkan keiman

an dan harga diri. Kekuatan puisi Zaihasra terletak pada kematangan fikiran dan

perasaannya yang disatukan dengan fenomena alam seperti hukum kewujudan yang

sepatutnya. Tema cinta, setia, rindu, sepi dan konflik diri menjadi pilihan Zaihasra.


       Kehadiran beliau dalam dunia penulisan puisi telah menyerlah bakat serta

potensinya, terutama apabila dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, beliau telah

memenangi Hadiah Karya Sastera dengan puisi-puisinya berjudul “Lautan di Waktu

Subuh” pada tahun 1973, “Di Sini Waktu yang Luka”, “Sebuah Cinta Semakin Ungu”

dan “Satu Detik yang Teruji”. Ketiga-tiga buah puisinya termuat dalam kumpulan puisi

Dalam Pelarian Satu.


       Beliau juga pernah mendapat hadiah penghargaan dalam sayembara puisi anjuran

Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA). Selain itu, puisi beliau yang berjudul

“Penghayatan” telah memenangi Hadiah Khas Puisi Berita Minggu yang mengungkapkan

satu pengalaman rohaniah dan akaliah, iaitu memperlihatkan satu fasa hidup bara dalam

keresahan hidup dan ketenangan yang diperoleh melalui kebesaran Ilahi.


       Dalam Pelarian Satu mengandungi 40 buah puisi pilihan yang ditulis antara tahun

1972-1976. Dalam Pelarian Tiga pula, terdapat 30 buah puisi yang tidak mempunyai




                                                                                        17
tajuk tetapi hanya dicatatkan angka bilangan 1–30. Puisi-puisi dalam kumpulan ini

menggambarkan kehidupan penyair yang romantis serta peristiwa yang pernah beliau

alami.


         Zaihasra pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Penulis Malaysia

(PENA) untuk tempoh dua penggal iaitu 1984/85 dan 1986/87. Bersama-sama Siti

Zainon Ismail, beliau menghasilkan sebuah antologi puisi yang berjudul “Akuarium

Kota”. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan “Cindai Cinta”, iaitu kumpulan yang

mempersembahkan lagu-lagu puisi bersama penyanyi Junainah M. Amin dan Maisara.


         Zaihasra bersama-sama beberapa orang penyair lain sempat merakamkan

deklamasi puisi mereka dalam kaset “Puisi-puisi Malaysia” terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka. Puisi beliau berjudul “Suatu Senja Aku Berlari di Sini Menanti Keretapi Tiba

tapi Dia Telah Pergi” turut dirakamkan.

Kebanyakan puisi Zaihasra disiarkan dalam Dewan Sastera, Mastika, Dewan Masyarakat,

Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain.


         Dalam Pelarian Empat ialah novel sulung yang begitu menarik pengolahannya.

Novel ini menonjolkan satu falsafah yang amat berguna, iaitu kelembutan hari yang lalu

dan rakusnya kejadian yang serba berkemungkinan sering menjadikan manusia dewasa.




KESIMPULAN




                                                                                        18
Setiap penyair wanita di Malaysia selalu memperbaharui diri dan berusaha

meningkatkan kecapaian kesenian dan akademik dalam bidang yang diminati. Mereka

sentiasa mempunyai rasa tanggugjawab yang tinggi terhadap masa depan dunia

kesusasteraan melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah berputus asa dalam

menunjukkan kemampuan dalam menghasilkan karya-karya terutama puisi yang

bermutu. Seharusnya, kita akan melihat dan tertunggu-tunggu pengiktirafan Malaysia,

kepada sasterawan negara wanita yang memiliki pakej yang lengkap dan sempurna.


       Diharapkan juga usaha para penyair wanita ini dapat diteruskan walaupun negara

kita berjaya menginjak status sebagai negara maju menjelang tahun 2020 nanti.




BIBLIOGRAFI




1.     file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/MCM2/cat_siti.cfm.htm

2.     http://mlcd.myplace.nie.edu.sg/mana_sikana.pdf

3.     http://kbakti.multiply.com/journal

4.     Pyan Husayn & Suhaimi Hj Muhammad; Kembang Melati: Dewan Bahasa &

Pustaka, Malaysia, 1982




                                                                                  19
5.       file:///C:/Documents%20and

%20Settings/user/Desktop/MCM2/cat_siti.cfm.htm

6.       Mana Sikana, 2007. Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu. Bangi: Pustaka

Karya.

7.       Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.




                                                                                 20
LAMPIRAN




           21
PENDAHULUAN




              22
LATAR KEHIDUPAN




              23
SUMBANGAN




            24

Contenu connexe

Tendances

Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumJaf Hussin
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) NabihahNazri
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) cg.Teha Amran
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaauni farhana
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) cg.Teha Amran
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanAhmad Fahmi
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...syahidolly
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 

Tendances (20)

Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
 
Ragam ayat
Ragam ayatRagam ayat
Ragam ayat
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacana
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
 
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran SurealismeKarya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 

En vedette

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTINormarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUNormarjana Ibrahim
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangMomee Rain
 
Rainmakers digest volume 3 issue 1
Rainmakers digest volume 3 issue 1Rainmakers digest volume 3 issue 1
Rainmakers digest volume 3 issue 1Paralegal Rainmakers
 
Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17
Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17
Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17Rajesh Kumar
 
Szociális kompetenciák
Szociális kompetenciákSzociális kompetenciák
Szociális kompetenciákBCSN
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2Cristianav
 
Improve Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineImprove Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineParalegal Rainmakers
 
Social Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing DashboardSocial Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing Dashboarddavidwallsllc
 
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Peter Goodyear
 
Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222
Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222
Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222jeffreylancaster
 
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Anil Dhami
 
мат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местата
мат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местатамат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местата
мат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местатаVera Prosevska
 
직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나
직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나
직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나Seokhwan Ko
 
Kerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia Dini
Kerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia DiniKerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia Dini
Kerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia DiniJoni Masrul
 

En vedette (20)

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 
Rainmakers digest volume 3 issue 1
Rainmakers digest volume 3 issue 1Rainmakers digest volume 3 issue 1
Rainmakers digest volume 3 issue 1
 
Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17
Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17
Presented AITC Blockchain Framework @ NPC 17
 
Szociális kompetenciák
Szociális kompetenciákSzociális kompetenciák
Szociális kompetenciák
 
7 ways to use the Law of Attraction
7 ways to use the Law of Attraction7 ways to use the Law of Attraction
7 ways to use the Law of Attraction
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
 
Improve Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineImprove Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-line
 
Social Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing DashboardSocial Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing Dashboard
 
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
 
Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222
Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222
Data/Visualization - Digital Center Cohort - 13_0222
 
The First 10 Steps to Extreme Self Care
The First 10 Steps to Extreme Self CareThe First 10 Steps to Extreme Self Care
The First 10 Steps to Extreme Self Care
 
eDiscovery Rules & Process
eDiscovery Rules & ProcesseDiscovery Rules & Process
eDiscovery Rules & Process
 
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
 
мат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местата
мат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местатамат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местата
мат.што ке се случи ако множ.си ги заменат местата
 
직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나
직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나
직장인을 위한 연말정산 완전정복 세미나
 
Westlaw Research Strategies
Westlaw Research StrategiesWestlaw Research Strategies
Westlaw Research Strategies
 
Kerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia Dini
Kerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia DiniKerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia Dini
Kerja Sama Antar Satuan Pendidikan Anak Usia Dini
 
ELL Levels
ELL LevelsELL Levels
ELL Levels
 

Similaire à Wanita Dan Sastera

Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfnrrhdtlsfyh
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayuasihwiniy viniy
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayushamarsetia
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaSharifa Azreena
 
Mahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan Palestin
Mahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan PalestinMahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan Palestin
Mahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan PalestinKOSPATI UKM
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia ArifahAzlanShah2
 
5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)ShirleyEu1
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALMaryam Ahmad
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuinsansofiah
 
Asgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayuAsgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayuJuman Kidal
 
nota sastera.pdf
nota sastera.pdfnota sastera.pdf
nota sastera.pdfmonistars
 
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
Sejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaiSejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaimaliniazizan
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUnur fara
 

Similaire à Wanita Dan Sastera (20)

Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdf
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Bmm3104 a
Bmm3104 aBmm3104 a
Bmm3104 a
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah muda
 
Mahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan Palestin
Mahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan PalestinMahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan Palestin
Mahmoud Darwish: Perintis Puisi Penentangan Palestin
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia
 
5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENAL
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Asgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayuAsgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayu
 
nota sastera.pdf
nota sastera.pdfnota sastera.pdf
nota sastera.pdf
 
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
 
Sejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaiSejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajai
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
 

Plus de Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014Momee Rain
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiMomee Rain
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinMomee Rain
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungMomee Rain
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaMomee Rain
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYAMomee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16Momee Rain
 

Plus de Momee Rain (14)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

Wanita Dan Sastera

  • 1. PENDAHULUAN Bidang sastera seperti juga bidang sains adalah merupakan suatu pendekatan manusia untuk memahami realiti kehidupan. Kalau karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair lelaki lebih merupakan persepsi lelaki terhadap realiti kehidupan daripada 'kacamata' lelaki, karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair wanita mencerminkan persepsi wanita. Oleh itu, di sinilah terletaknya kepentingan penglibatan penulis/penyair wanita di dalam bidang sastera. Selain daripada itu, seperti yang telah kita sama-sama maklumi, sastera Melayu sejak daripada tahun-tahun 50-an bukan sahaja disuburi dengan karya-karya penulis penulis/penyair lelaki, malah penulis/penyair wanita jua telah turut terlibat sama. Menurut sesetengah pengkaji sastera Melayu, penyair wanita Melayu yang pertama yang pernah diketahui sejauh ini ialah Syarifah Alawiah Bte Syed Al-Habsyi yang menulis puisi 'Nasihat Perempuan'. Kemudian dalam 1917, muncul pula Cik Wok Aminah yang telah menulis puisi 'Seligi Tajam Bertimbal'. Mereka berdua ini kemudian diikuti pula oleh kemunculan beberapa orang lagi penyair wanita lain yang cuma sesekali menulis, sehinggalah pada tahun 50-an apabila Salmi Manja muncul dengan begitu ketara. Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan. Mereka mempunyai kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang dihasilkan dalam pelbagai genre. Di antara penyair wanita Melayu, terdapat mereka yang telah mendapat pendidikan hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh yang demikian, aliran 1
  • 2. pemikiran yang dibawa dalam karya mereka mempunyai identiti yang tersendiri, sesuai dengan idealisme yang didukung oleh pengkaryanya. Selain introspeksi diri yang begitu mendominasi karya, persoalan kemanusiaan, alam ketuhanan, dan falsafah turut mengisi tempat. Dalam tulisan ini, penulis akan meninjau penglibatan penyair wanita dalam arus perkembangan sastera Melayu selepas tahun-tahun 50-an dalam dunia kususasteraan tempatan. Penyair wanita yang telah dipilih untuk dibincangkan adalah penyair-penyair wanita yang dianggap terpenting sejak daripada tahun 1950-an. Mereka ini masing- masing telah memperlihatkan keterampilan mereka dan nama-nama mereka memang menyerlah di dalam bidang puisi Melayu sesuai dengan beberapa kriteria seperti berikut: i ) Penglibatan aktif serta konsisten dalam bidang puisi walaupun buat jangkamasa singkat; ii ) Telah mendapat perhatian daripada para pengkritik dan pengkaji sastera; iii) Mempunyai cara dan identiti sendiri dalam berpuisi. Dalam tulisan ini juga, penulis telah sengaja memilih tahun selepas 50-an sebagai masa mula-mula kemunculan penyair-penyair wanita kerana beberapa sebab; 1) Tahun 50-an boleh dikatakan sebagai suatu masa peralihan dalam bidang puisi Melayu kerana pada masa itulah puisi Melayu moden (sajak) mula-mula mendapat tempat; 2) Tahun 50-an juga ialah suatu era titik-tolak mula-mula kelahiran begitu ramai penulis/penyair Melayu termasuk penulis/penyair wanita. Ini bukanlah bererti bahwa sebelum tahun 50-an, puisi Melayu belum wujud lagi dan penulis/penyair wanita belum ada yang muncul. Kalau diteliti dengan terperinci, 2
  • 3. sebelum tahun 50-an lagi penyair wanita telah muncul cuma nama-nama mereka memang kurang diketahui ramai. Meski terdapat ramai penyair wanita yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam dunia penulisan dan kesusasteraan melayu sehingga kini, namun penulis sekadar memilih beberapa nama atas faktor kekangan ruang penulisan yang terhad di atas kertas kerja ini. Objektif penulisan ini ialah mengupas : 1) Latar kehidupan penyair wanita di Malaysia dan 2) Sumbanagan mereka dalam Kesusasteraan Melayu Penyair yang dimaksudkan sebagai wanita yang dijulang sebagai penyair wanita di Malaysia ini antaranya: 1) Salmi Manja 2) Siti Zainon Ismail 3) Zurinah Hassan 4) Zaihasra: dan Karya yang dihasilkan mereka menuju jalan yang benar, karya yang membangun kejadiannya didalam benak fikiran, karya yang menampakkan kelibat kejujuran seorang manusia penyair yang sebenar-benarnya. Bukan yang bertopengkan kata-kata puitis (tanpa halatuju yang jelas dan bernas) dan semata-mata untuk menyenangkan audiencenya, mengglorifikasikan dirinya. Sastera telah digunakan sejak zaman Yunani, iaitu untuk melahirkan warga 3
  • 4. bermoral dan berterima kasih kepada negara. Kedudukan sastera sinonim dengan falsafah. Abad ke-5 Athen, pula meletakkankan sastera sebagai alat menjajah yang lebih cepat dariapada senjata, Shakespeare di abad ke-16 memulakan per-tahta-an orang Inggeris dalam kuasa sastera dunia. Kemudian kita menyaksikan setiap negara Eropah berhasrat membina takhta sendiri-sendiri dalam sastera, dan yang paling berjaya ialah Peranchis apabila berhasil meletakkan Paris sebagai kota jantung sastera dunia. Dengan kelahiran dan sumbangan-sumbangan daripada para penulis yang yang dikaji dalam kertas kerja inilah maka fungsi sastera dapat direalisasikan. Menurut Mana Sikana dalam tulisannya melalui Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden Sastera telah menjadi medan penyelidikan, tidak sahaja di kalangan ahli kemanusiaan atau sains sosial, juga daripada disiplin ilmu yang lainnya. Sastera telah menjadi primadona kajian, tanpa mengkaji sastera, tidak menemukan reality kehidupan. Di sini penulis akan menghuraikan serba sedikit mengenai latar kehidupan penyair wanita yang dikaji penulis bersama sumbangan – sumbangan mereka dalam bidang penulisan. Walaubagaimanapun pemerincian latar kehidupan serta sumbangan 4
  • 5. mereka adalah amat terhad memandangkan faktor kekangan dimensi ruang dalam kertas kerja ini. BAHAN KAJIAN Semasa menyiapakan kertas kerja ini, perbincangan adalah sumber rujukan yang paling penting bagi penulis. Selain daripada bahan – bahan bertulis melalui media cetak dan elektronik turut menyumbangkan peranan sepanjang tempoh penulis mengkaji tajuk Penyair Wanita di Malaysia. Bahan – bahan dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka samada melalui penulisan atau disimpan di alam maya juga menjadi sumber rujukan yang utama selain daripada mengunjungi laman web – laman web dan blog – blog yang banyak menyimpan info – info penting berkaitan dengan sejarah para penyair wanita di Malaysia. Latar kehidupan Bahagian latar kehidupan dalam kertas kerja ini akan membincangkan serba sedikit latar kehidupan, asal – usul dan latar pendidikan penyair atau penulis wanita yang dikaji oleh penulis. 5
  • 6. Salmi Manja misalnya, adalah nama pena kepada Saleha Abdul Rashid, yang telah dilahirkan di Singapura. Salmi juga pernah menggunakan nama-nama pena seperti Melati Desa dan Rashidah Saleh. Salmi mendapat pendidikan di Singapura, di Sekolah Arab Darul Maarif dan Sekolah Tong Chai Tanjong Katong. Pernah bertugas sebagai guru agama dan wartawan di Akhbar Semenanjung. Tugasnya sebagai wartawan banyak member bimbingan dan pengetahuan di dalam bidang sastera. Selain daripada itu, kegigihannya dalam bidang penulisan sastera juga telah disebabkan oleh dorongan kuat daripada suaminya yang juga seorang penulis/penyair iaitu sasterawan negara A. Samad Said. Penyair wanita yang kedua pula ialah Siti Zainon Ismail. Siti Zainon Ismail yang merupakan Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau 6
  • 7. dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970 1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970 - 1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran menyertai keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999). Apabila memperkatakan tentang puisi dan penyair wanita, nama Zurinah Hassan memang tidak asing lagi sama ada dalam kalangan peminat, mahu pun dalam kalangan pengkaji-pengkaji puisi Melayu moden. Pada sekitar tahun 70-an, Zurinah Hassan beriringan dengan penyair-penyair wanita lain seperti Siti Zainon Ismail dan Zaihasra memonopoli dunia penulisan puisi. 7
  • 8. Zurinah Hassan dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar pada 13 Jun 1949. Zurinah mendirikan rumahtangga pada tahun 1978 dengan Encik Mohamed Said bin Abdul Manap yang sekarang bertugas sebagai Pengurus Kanan Pos Malaysia Berhad dan dikurniakan lima orang anak: Siti Raihani, Ainul Huda, Muhammad Taufiq, Muhammad Faiz dan Aina Mastura. Kehidupan di kampung dan dibesarkan dengan seorang nenek di sebuah rumah yang dikelilingi oleh pohon-pohon rimbun. Keadaan yang sunyi dan redup. Tidak mempunyai ramai kawan dan jarang keluar bermain-main seperti kanak-kanak lain. Banyak masa dihabiskan dengan duduk di rumah dan mendengar radio. Radio menjadi teman rapatnya. Beliau amat suka mendengar lagu-lagu dan cepat menghafal seni kata. Setelah pandai menulis, seni kata lagu ditulis dan dinyanyikan. Kegemaran mengutip senikata lagu telah melatih Zurinah menggemari susunan kata-kata yang indah. Sebahagian daripada seni kata lagu itu merupakan pantun-pantun lama yang mempunyai makna yang mendalam. Walapun tidak menjadi seorang penyanyi kerana larangan keluarga, namun keasyikan terhadap lagu dan seni kata telah menjadikannya seorang pemenung, perenung alam dan membentuk kegemaran lain iaitu menulis puisi. Dari sinilah minat Zurinah timbul dan menjadi akrab dengan unsur-unsur yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut. Pendidikan awal Zurinah Hassan secara formalnya di Sekolah Rendah Melayu Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah. Seterusnya, melanjutkan pengajian 8
  • 9. di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974. Semasa belajar di sekolah Melayu Tikam Batu, (Zurinah Hassan, 2003: 23-24) beliau menemui dua orang guru yang gemar bercerita. Sewaktu dalam darjah satu dan dua, Zurinah dan kawan-kawan selalu mendengar cerita dari Cikgu Mariam. Beliau rajin bercerita tentang puteri-puteri raja yang jelita. Begitu juga, dengan Cikgu Ghani yang sering memberi ulasan yang berbeza tentang kisah-kisah lama terutama episod-episod dari Sejarah Melayu. Ketika di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class, semasa di tingkatan satu, Zurinah berkenalan dengan puisi Inggeris sebagai satu mata pelajaran wajib. Zurinah gemar menghafal puisi-puisi William Shakespeare, S.T Coleridge, H.W.Longfellow dan lain-lain serta menawarkan diri untuk membacanya di hadapan kelas dan tidak lupa oleh kerana minat yang sangat mendalam Zurinah menterjemahkan sajak-sajak Inggeris ke Bahasa Melayu. Ini melatihnya mencipta ungkapan-ungkapan puitis. Semasa di tingkatan enam, guru Bahasa Inggerisnya membacakan puisi Khalil Gibran. Baris-baris yang dibacakan tertusuk ke hati dan sejak dari itu cintanya terhadap puisi tetap utuh sehingga melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (1970). Mengikut Shafei Abu Bakar (1997), rangsangan yang diberikan oleh Zakry Abadi, ketika itu editor Utusan zaman telah memberi laluan dan semangat buat Zurinah untuk terus berkarya. Pada 15 Februari 1967, sajak Keputusan buat pertama kali telah diberi tempat di Utusan zaman. 9
  • 10. Di Universiti Sains Malaysia, Zurinah menumpukan pengajiannya dalam pengkhususan kesusasteraan. Keilmuan pengetahuannya semakin meningkat, kepekaan terhadap alam sekitar juga bertambah. Zurinah bukan sekadar mendengar sahaja tentang teori ilmu, malah mempelajarinya, menghayatinya, dan memanfaatkannya. Pengajian Zurinah tidak terhenti setakat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Beliau telah meneruskan pengajiannya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001, kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun 2008. Dunia pekerjaan merupakan suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan tentang Zurinah Hassan. Zurinah bermula dengan menjadi sebagai tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya tetapi cita- citanya untuk menjadi tenaga akademik tidak tercapai. Selain daripada itu, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia (1982-1997). Perkhidmatan yang memakan masa selama 15 tahun, akhirnya beliau bersara pilihan demi meneruskan cita-cita dalam bidang penulisan dan menjadi penulis sepenuh masa. NAMA Zaihasra menyerlah dalam dunia penulisan tanah air sejak dua dekad yang lalu dengan kelahiran puisi-puisinya yang merakamkan peristiwa dan rasa yang menyentuh diri, cinta, kesepian, putus asa dan harapan. Zaihasra atau nama sebenarnya Zaiton Abdullah. Zaihasra ialah penyair contoh yang bersikap individualistik di dalam puisi-puisinya. 10
  • 11. Zaihasra lahir dari satu keluarga tani yang hidup dalam kesederhanaan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan pernah bekerja sebagai kerani di salah sebuah kilang getah di Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka. Kemudian beliau bertugas pula di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama tujuh tahun sebagai penerbit rancangan sastera. Beberapa tahun kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka syarikat pembekal keperluan pejabat secara kecil-kecilan. Atas dorongan kecintaan kepada keindahan alam, Zaihasra meneroka bidang seni taman dan lanskap dengan menubuhkan Syarikat Jitu Sdn. Bhd. bersama-sama seorang rakan kongsi. Antara beberapa projek lanskap yang diusahakan oleh syarikatnya ialah di Bulatan Semarak dan Projek Lembaga Letrik Negara di Pekan, Pahang. Nama Zaihasra adalah hasil gabungan beberapa singkatan nama seperti “Zai” untuk Zaiton, “Has” untuk Hasnah, iaitu nama timang-timangan yang diberikan oleh kedua-dua orang tuanya dan “Ra” adalah rahsia bagi dirinya. Selama penglibatannya dalam dunia kesusasteraan, Zaihasra memilih ungkapan “pelarian” sebagai identiti dirinya. Menerusi ungkapan ini, beliau telah menghasilkan tiga buah karya, iaitu Dalam Pelarian Satu, Dalam Pelarian Tiga dan Dalam Pelarian Empat. Menurutnya, Dalam Pelarian Kedua itu adalah gambaran tentang dirinya sendiri. Pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, Zaihasra telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak beberapa lama dulu. Jenazah beliau disemadikan di Taman Greenwood, Gombak. Pemergian Zaihasra adalah suatu kehilangan yang besar dalam dunia kesusasteraan Melayu tanah air. 11
  • 12. Sumbangan Sekiranya membicarakan watak seorang penulis, sumbangan penulis terbabit adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan. Sumbangan para penulis wanita di Malaysia juga begitu mempengaruhi perkembangan dunia kesusasteraan hingga ke hari ini. Salmi Manja 12
  • 13. Puisi-puisinya pernah dikumpulkan di dalam antologi cerpen/puisi yang bertajuk 'Daun-Daun Berguguran' yang telah diterbitkan dalam 1962. Kebanyakan puisi-puisinya bertemakan cinta dan disampaikan dengan nada yang romantik. Persoalan yang sering ditimbulkan seringnya menyetuh hal-hal yang dianggap 'istimewa' oleh wanita seperti hal percintaan dan kasih sayang. Gaya dan bentuk puisinya masih terikat dengan unsur-unsur tradisional seperti puisi penyair-penyair ASAS '50 yang sezaman dengannya ketika itu. Cara penyampaiannya juga selaras dengan konsep ASAS '50. Sebab itulah puisi-puisinya cuma merupakan suatu pengimitasi realiti; iaitu mencatat pengalaman dan realiti kehidupan secara terang-terangan. Tema agama juga sering disentuh oleh Salmi seperti dalam puisi 'Sejambak Ros Yang Dijanjikan'. Ini mungkin disebabkan oleh asas pendidikannya dari sekolah agama dan pengalamannya sebagai guru agama (ustazah). Siti Zainon Ismail Dalam puisi-puisinya, Siti Zainon rajin menggunakan berbagai-bagai teknik dan sering merapkan aliran serta unsur-unsur baru yang menyimpang dari aliran-aliran puisi konvensional. Gayanya cenderung ke arah penggunaan objek-objek tempatan serta fakta sejarah dan hikayat-hikayat Melayu seperti dalam puisi 'Profil Cinta'. Puisi-puisi Siti Zainon telah dikumpulkan di dalam antologi 'Nyanyian Malam' yang telah diterbitkan pada tahun 1976. Puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera 13
  • 14. ialah puisi 'Romansa Petani Di Gunung'. Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976). Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983- 1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992), Australia (1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia (2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia. Zurinah Hassan Zurinah ialah seorang penyair wanita yang paling berpotensi, prolifik dan beridentiti sendiri. Mungkin tidak keterlaluan kalau beliau dianggap puncak bagi kepenyairan wanita sejauh ini. Banyak karya puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera, seperti 'Senja Di Pelabuhan', 'Surat Hari Depan', 'Apabila Kata Menjadi Dosa', 'Hidup Dari Jendela Keretapi', 'Bila Hujan Telah Reda', 'Duhai Pentafsir', 'Di Muka Laut', 'Satu Kebetulan', 'Salam Perempuan Dari Penjara' dan 'Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama'. 14
  • 15. Zurinah ialah satu-satunya penyair wanita yang sangat sensitif melihat realiti hidup. Sekecil-kecil perkara yang jarang disentuh oleh penyair lain menjadi bahan renungannya, seperti dalam puisi 'Di Sebuah Kolam'. Dalam puisi tersebut, objek ikan, kolam dan kekitrannya menjadi renungan Zurinah yang cuba berfalsafah bertolak daripada objek-objek tersebut. Perhatikan sebahagian daripada puisi tersebut. Tema yang sering dibicarakan oleh Zurinah ialah sekitar tema kehilangan kemanusiaan dan kompleksitinya. Zurinah sering menyoal tentang hakikat kewujudan dan idealisme kehidupan dari jurus pandangan kewanitaan yang penuh dengan kehalusan budi dan ketinggian moral. Ini jelas dapat dilihat di dalam puisinya yang berjudul 'Bahawa Aku Pernah Hidup', yang jelas menyoal kewujudan diri. Dari aspek stilistik dan bahasa, Zurinah boleh dianggap sebagai penyair yang berjaya menguasai bahasa dan pintar dalam membentu imej di dalam puisi-puisinya. Bahasanya mudah dan segar. Imejnya menarik kerana ketukangannya di dalam menghidangkan sesuatu imej yang dipetik dari fenomena-fenomena alam seperti pasir, ombak, laut, angin dan pantai. Misalnya dalam puisi 'Bahawa Aku Pernah Hidup' yang telah dibentangkan tadi, kita dapat melihat bagaimana Zurinah menggunakan diksi-diksi yang bersumberkan fenomena-fenomena alam seperti yang sering digunakan di dalam puisi-puisinya. Nada suaranya pula lembut dan 'manis', bersahaja (spontan) dan yang paling penting sekali begitu 'memorable'. Fikiran dan gagasan yang ingin disampaikannya 15
  • 16. seiringan dengan perasaannya, dan tidak terlalu sentimen seperti ramai penyair wanita lain. Seperkara lagi yang unik tentang penyair ini ialah tentang suara kejujurannya dalam puisi seperti yang dapat kita saksikan dalam puisinya, 'Apabila Kata-Kata Menjadi Sebuah Dosa'. Sehingga ke hari ini Zurinah masih menghasilkan puisi-puisi yang baik. Sejauh ini, karya-karya puisinya telah dibukukan di dalam antologi-antologi seperti berikut: • 'Sesayu Jalan', diterbitkan pada 1974; • 'Di Sini Tiada Perhentian', diterbitkan pda 1977; • 'Keberangkatan', diterbitkan pada 1985. ZAIHASRA Kekuatan puisi-puisi Zaihasra terletak pada pemilihan kekatanya yang bertenaga, teliti dan cukup mengesankan. Sekali lagi puisi 'Lautan Di Waktu Subuh' itu merupakan satu contoh yang baik. Tidak hairanlah kalau puisi tersebut pernah memenangi Hadiah Sastera di samping sebuah lagi puisinya yang bertajuk 'Di Sini Waktu Yang Luka Sebuah Cinta Semakin Lusuh'. Tahun 1970-an merupakan detik awal bermulanya kegiatan beliau dalam dunia penulisan puisi, ditambah pula dengan penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 16
  • 17. 1972. Puisi awal beliau yang berjudul “Mama” disiarkan dalam Dewan Sastera pada tahun 1971. Dalam penghasilan puisi, Zaihasra lebih suka menarik perhatian pembaca kepada realiti hidup. Beliau mendekatkan diri kepada alam, membandingkan kehidupan flora dan fauna dengan dirinya sendiri dan mencari kebenaran kata-kata, bertunjangkan keiman an dan harga diri. Kekuatan puisi Zaihasra terletak pada kematangan fikiran dan perasaannya yang disatukan dengan fenomena alam seperti hukum kewujudan yang sepatutnya. Tema cinta, setia, rindu, sepi dan konflik diri menjadi pilihan Zaihasra. Kehadiran beliau dalam dunia penulisan puisi telah menyerlah bakat serta potensinya, terutama apabila dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, beliau telah memenangi Hadiah Karya Sastera dengan puisi-puisinya berjudul “Lautan di Waktu Subuh” pada tahun 1973, “Di Sini Waktu yang Luka”, “Sebuah Cinta Semakin Ungu” dan “Satu Detik yang Teruji”. Ketiga-tiga buah puisinya termuat dalam kumpulan puisi Dalam Pelarian Satu. Beliau juga pernah mendapat hadiah penghargaan dalam sayembara puisi anjuran Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA). Selain itu, puisi beliau yang berjudul “Penghayatan” telah memenangi Hadiah Khas Puisi Berita Minggu yang mengungkapkan satu pengalaman rohaniah dan akaliah, iaitu memperlihatkan satu fasa hidup bara dalam keresahan hidup dan ketenangan yang diperoleh melalui kebesaran Ilahi. Dalam Pelarian Satu mengandungi 40 buah puisi pilihan yang ditulis antara tahun 1972-1976. Dalam Pelarian Tiga pula, terdapat 30 buah puisi yang tidak mempunyai 17
  • 18. tajuk tetapi hanya dicatatkan angka bilangan 1–30. Puisi-puisi dalam kumpulan ini menggambarkan kehidupan penyair yang romantis serta peristiwa yang pernah beliau alami. Zaihasra pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Penulis Malaysia (PENA) untuk tempoh dua penggal iaitu 1984/85 dan 1986/87. Bersama-sama Siti Zainon Ismail, beliau menghasilkan sebuah antologi puisi yang berjudul “Akuarium Kota”. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan “Cindai Cinta”, iaitu kumpulan yang mempersembahkan lagu-lagu puisi bersama penyanyi Junainah M. Amin dan Maisara. Zaihasra bersama-sama beberapa orang penyair lain sempat merakamkan deklamasi puisi mereka dalam kaset “Puisi-puisi Malaysia” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Puisi beliau berjudul “Suatu Senja Aku Berlari di Sini Menanti Keretapi Tiba tapi Dia Telah Pergi” turut dirakamkan. Kebanyakan puisi Zaihasra disiarkan dalam Dewan Sastera, Mastika, Dewan Masyarakat, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain. Dalam Pelarian Empat ialah novel sulung yang begitu menarik pengolahannya. Novel ini menonjolkan satu falsafah yang amat berguna, iaitu kelembutan hari yang lalu dan rakusnya kejadian yang serba berkemungkinan sering menjadikan manusia dewasa. KESIMPULAN 18
  • 19. Setiap penyair wanita di Malaysia selalu memperbaharui diri dan berusaha meningkatkan kecapaian kesenian dan akademik dalam bidang yang diminati. Mereka sentiasa mempunyai rasa tanggugjawab yang tinggi terhadap masa depan dunia kesusasteraan melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah berputus asa dalam menunjukkan kemampuan dalam menghasilkan karya-karya terutama puisi yang bermutu. Seharusnya, kita akan melihat dan tertunggu-tunggu pengiktirafan Malaysia, kepada sasterawan negara wanita yang memiliki pakej yang lengkap dan sempurna. Diharapkan juga usaha para penyair wanita ini dapat diteruskan walaupun negara kita berjaya menginjak status sebagai negara maju menjelang tahun 2020 nanti. BIBLIOGRAFI 1. file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/MCM2/cat_siti.cfm.htm 2. http://mlcd.myplace.nie.edu.sg/mana_sikana.pdf 3. http://kbakti.multiply.com/journal 4. Pyan Husayn & Suhaimi Hj Muhammad; Kembang Melati: Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia, 1982 19
  • 20. 5. file:///C:/Documents%20and %20Settings/user/Desktop/MCM2/cat_siti.cfm.htm 6. Mana Sikana, 2007. Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu. Bangi: Pustaka Karya. 7. Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 20
  • 21. LAMPIRAN 21
  • 24. SUMBANGAN 24