SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  21
1.0    Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti sumber manusia
supaya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat
global. Justeru itu, penilaian terhadap segala aspek yang berhubung kait dengan kualiti
pendidikan terus dipertingkatkan lagi. Salah satunya adalah penilaian yang dilakukan untuk
melihat pencapaian pelajar terutamanya di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia telah
mengikuti suatu kajian antarabangsa yang menilai mutu dan pencapaian pelajar dalam
pendidikan iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).

       TIMSS adalah suatu penilaian dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukur
tahap pencapaian pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 dalam pendidikan Matematik dan Sains di
peringkat antarabangsa. TIMSS ini telah dijalankan oleh International Association for the
Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan diuruskan oleh International Study Centre,
Lych School of Education, Boston College di Amerika Syarikat. Kajian ini telah dilaksanakan
empat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007
dan kini pada tahun 2011. Mesyuarat Penyelaras Pendidikan Nasional dijalankan dua kali
setahun dalam usaha merancang dan membuat laporan pada setiap peringkat proses,
melakukan perundingan dengan Statistik Kanada dan Pusat Pemprosesan Data IEA di
Hamburg.


1.1    Matlamat TIMSS
Matlamat TIMSS adalah untuk memberi maklumat perbandingan tentang pencapaian
pendidikan di seluruh negara yang menyertai TIMSS untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam Matematik dan Sains. Selain itu, kajian ini dapat memberikan
perbandingan perspektif mengenai trend pencapaian dalam konteks sistem pendidikan yang
berbeza, pendekatan organisasi dan amalan pengajaran setiap sekolah serta memahami
konteks pembelajaran pelajar yang berbeza.

       Melalui TIMSS, setiap negara yang terlibat dapat mempelajari dengan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruh
dunia. Daripada hasil penilaian yang diperoleh, sesebuah negara yang terlibat dapat membuat
penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada terutamanya dalam kurikulum,
kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian diajarkan dalam Matematik
dan Sains. Di samping itu, TIMSS juga dapat menggalakkan persaingan pada peringkat
antarabangsa dalam bidang pendidikan.

                                             1
1.2    Penilaian TIMSS
Item-item yang dinilai dalam TIMSS mencakupi 2 domain iaitu domain konten dan domain
kognitif. Dalam ujian TIMSS, objektif dan kemahiran yang dinilai merupakan analisis asas
kurikulum yang diambil oleh kebanyakan setiap negara yang menyertai kajian tersebut.
Domain konten berbeza untuk pelajar Tahun 4 dengan pelajar Tahun 8 kerana mencerminkan
sifat dan tahap kesukaran Matematik dan Sains yang diajar. Domain konten yang diajarkan
kepada pelajar adalah seperti dalam jadual.

               Content Domains                                       Topic areas
Mathematics Year 4
Number                                            Whole numbers
                                                  Fractions and decimals
                                                  Number sentences
                                                  Patterns and relationships
Geometric shapes and measurement                  Lines and angles
                                                  Two- and three-dimensional shapes
                                                  Location and movement
Data display                                      Reading and interpreting
                                                  Organising and representing
Mathematics Year 8
Number                                            Whole numbers
                                                  Fractions and decimals
                                                  Integers
                                                  Ratio, proportion and per cent
Algebra                                           Patterns
                                                  Algebraic expressions
                                                  Equations/formulas and functions
Geometry                                          Geometric shapes
                                                  Geometric measurement
                                                  Location and movement
Data and Chance                                   Data organisation and representation
                                                  Data interpretation
                                                  Chance

                            Jadual 1: Domain Konten Matematik

                                              2
Content Domains                                 Topic areas
Science Year 4
Life science                   Characteristics and life processes of living things
                               Life cycles, reproduction and heredity
                               Interaction with the environment
                               Ecosystems
                               Human health
Physical science               Classification and properties of matter
                               Physical states and changes in matter
                               Energy sources, heat, and temperature
                               Light and sound
                               Electricity and magnetism
                               Forces and motion
Earth science                  Earth’s structure, physical characteristics, and resources
                               Earth’s processes, cycles, and history
                               Earth in the solar system
Science Year 8
Biology                        Characteristics, classification, and life processes of
                               organisms
                               Cells and their functions
                               Life cycles, reproduction, and heredity
                               Diversity, adaptation, and natural selection
                               Ecosystems
                               Human health
Chemistry                      Classification and composition of matter
                               Properties of matter
                               Chemical change
Physics                        Physical states and changes in matter
                               Energy transformations, heat, and temperature
                               Light
                               Sound
                               Electricity and magnetism
                               Forces and motion
Earth science                  Earth’s structure and physical features
                               Earth’s processes, cycles, and history
                               Earth’s resources, their use and conservation
                               Earth in the solar system and the universe

                            Jadual 2: Domain Konten Sains

       Manakala domain kognitif pula melibatkan daya pemikiran pelajar dalam
menyelesaikan masalah dalam Matematik dan Sains. Domain kognitif dibahagikan kepada 3

                                           3
tahap iaitu mengetahui (knowing) di mana meliputi fakta, prosedur dan konsep yang perlu
pelajar ketahui, mengaplikasi (applying) iaitu memberi tumpuan kepada pelajar untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan konsep kefahaman dalam menyelesaikan masalah atau
menjawab soalan dan tahap ketiga adalah penalaran dan analisis (reasoning and analysis) di
mana pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan konteks yang kompleks dan masalah
yang melibatkan pelbagai langkah (multi-step problems).


1.3    Panduan Soalan Penyelidikan TIMSS
Selaras dengan konsep kurikulum TIMSS seperti yang berlaku pada tiga peringkat, tiga
daripada empat soalan umum penyelidikan yang membimbing pembangunan kajian memberi
tumpuan kepada tahap kurikulum iaitu kurikulum cadangan (intended curriculum), kurikulum
yang dilaksanakan (implemented curriculum) dan kurikulum yang ingin dicapaikan (attained
curriculum).

       Kurikulum cadangan adalah melibatkan keadaan pendidikan dan sosial negara.
Manakala kurikulum yang dilaksanakan adalah meliputi peranan guru kelas dan keadaan di
dalam bilik darjah. Kurikulum yang ingin dicapai adalah lebih kepada kesan kurikulum yang
dibentuk terhadap sahsiah dan pencapaian pelajar. Soalan penyelidikan umum yang keempat
adalah hubungan ketiga-tiga kurikulum terhadap sosial dan konteks pendidikan negara.

       Pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam Matematik dan Sains dinilai dalam setiap
soalan yang disediakan. Terdapat dua format soalan yang digunakan dalam penilaian TIMSS
iaitu soalan aneka pilihan dan soalan membina respon. Soalan aneka pilihan menyediakan
empat pilihan jawapan iaitu hanya satu sahaja jawapan yang betul. Bentuk soalan sebegini
adalah untuk menilai apa-apa tingkah laku dalam domain kognitif namun tidak beberapa
sesuai untuk menilai keupayaan pelajar dalam membuat lebih banyak tafsiran atau penilaian
yang lebih kompleks. Manakala soalan membina respon dibentuk untuk menilai aspek-aspek
pengetahuan dan kemahiran yang memerlukan pelajar menjelaskan fenomena atau mentafsir
data berdasarkan pengetahuan latar belakang dan pengalaman mereka.


1.4    Tahap Pengukuran Pencapaian TIMSS
TIMSS menggunakan penanda aras antarabangsa (international benchmarks) dalam
menentukan skala pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains melalui ujian yang
dijalankan. Penanda aras telah dikembangkan menggunakan scale anchoring techniques dan


                                            4
data pencapaian pelajar daripada setiap negara yang menyertai TIMSS. Pada peringkat
antarabangsa, pencapaian pelajar mestilah diukur pada empat tahap.

        Keempat-empat tahap yang merumuskan setiap pencapaian yang diperoleh oleh setiap
pelajar adalah:

   1. the ‘advanced international benchmark’, which was set at 625;
   2. the ‘high international benchmark’, which was set at 550;
   3. the ‘intermediate international benchmark’, which was set at 475; and
   4. the ‘low international benchmark’, which was set at 400.


              Jadual 3: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Matematik)
Tahun             Low International    Intermediate          High               Advanced
                    Benchmark          International     International        International
                                        Benchmark         Benchmark            Benchmark
                       (400)               (475)             (550)               (625)
Tahun 4
                  Pelajar          Pelajar   boleh      Pelajar   boleh   Pelajar       dapat
                  mempunyai        mengaplikasikan      mengaplikasikan   mengaplikasikan
                  sedikit          pengetahuan          pengetahuan dan   kefahaman      dan
                  pengetahuan asas asas Matematik       kefahaman         pengetahuan
                  Matematik.       dalam    soalan      dalam menjawab    dalam      pelbagai
                                   yang mudah.          soalan.           konteks      soalan
                                                                          yang     kompleks
                                                                          dan           dapat
                                                                          menjelaskan setiap
                                                                          jawapan       yang
                                                                          diberikan.
Tahun 8
                  Pelajar             Pelajar   dapat   Pelajar   dapat   Pelajar      boleh
                  mempunyai           mengaplikasikan   mengaplikasikan   mengorganisasikan
                  sedikit             pengetahuan       kefahaman dan     dan       membuat
                  pengetahuan         asas Matematik    pengetahuan       kesimpulan
                  mengenai nombor     dalam    soalan   dalam pelbagai    daripada
                  bulat dan titik     yang mudah.       konteks situasi   maklumat,
                  perpuluhan,                           yang kompleks.    membuat
                  operasi dan graf                                        generalisasi   dan
                  asas.                                                   menyelesaikan
                                                                          soalan non-rutin.


                                               5
Jadual 4: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Sains)
Tahun                Low               Intermediate                High              Advanced
                International          International           International       International
                 Benchmark              Benchmark               Benchmark           Benchmark
                      (400)                   (475)                (550)                 (625)
Tahun 4
              Pelajar                Pelajar          boleh Pelajar        boleh Pelajar         boleh
              mempunyai              mengaplikasikan         mengaplikasikan     mengaplikasikan
              sedikit                peengetahuan dan pengetahuan           dan pengetahuan dan
              pengetahuan asas kefahaman untuk kefahaman dalam memahami
              dalam           Sains situasi            yang menjelaskan          proses       saintifik
              Kehidupan        dan pratikal           dalam fenomena harian.     dan       hubungan
              Sains Fizikal          Sains.                                      dalam permulaan
                                                                                 penyiasatan
                                                                                 saintifik.
Tahun 8
              Pelajar         boleh Pelajar           dapat Pelajar        dapat Pelajar         boleh
              mengenal        pasti mengenal           pasti mendemostrasikan menunjukkan
              sedikit fakta asas dan                         kefahaman           kefahaman
              daripada        Sains berkomunikasi            konseptual kitaran mengenai
              Fizikal dan Sains tentang                      Sains, sistem dan beberapa
              Kehidupan.             pengetahuan             prinsip-            kompleks          dan
                                     saintifik         asas prinsipnya.          konsep        abstrak
                                     dalam       pelbagai                        dalam        Biologi,
                                     topik.                                      Kimia, Fizik dan
                                                                                 Sains Bumi.



2.0     Latar Belakang TIMSS 1995
TIMSS 1995 merupakan penilaian pertama dalam kitaran empat tahun dalam trend
pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains. Lebih daripada setengah juta pelajar diuji,
dan kajian melalui soal selidik telah mengumpul maklumat yang terperinci mengenai
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains termasuklah ribuan guru dan pengetua
sekolah. TIMSS 1995 juga menyiasat kurikulum Matematik dan Sains bagi negara-negara
yang mengambil bahagian melalui analisis panduan kurikulum, buku teks dan bahan

                                                  6
kurikulum lain. Sub-sampel pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 yang menyertai sesi ujian utama
akan dipilih untuk penilaian prestasi dan mereka akan menjalankan eksperimen,
memanipulasikan material, menguji hipotesis dan mencatat dapatan apabila menyiapkan
tugasan Matematik dan Sains. Pengumpulan data utama dijalankan dalam tahun 1994 hingga
1995.


2.1     Target Populasi
TIMSS dijalankan pada lima tahap gred iaitu:
        Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar
        berumur 9 tahun (gred 3 atau gred 4 bagi kebanyakan negara).
        Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar 13
        tahun (gred 7 dan gred 8 bagi kebanyakan negara).
        Pelajar dalam tahun akhir sekolah menengah. Sebagai pilihan tambahan, negara boleh
        menguji dua sub-kumpulan khas pelajar-pelajar ini: pelajar yang mengambil jurusan
        Matematik lanjutan dan/atau pelajar yang mengambil jurusan Fizik lanjutan.

Semua negara terlibat dalam penilaian pada gred 7 dan 8. Gred-gred lain adalah tidak wajib
untuk dinilai dalam TIMSS 1995. Negara-negara yang terlibat dalam TIMSS 1995 adalah
Argentina, Australia, Austria, Belgium (Flemish), Belgium (Perancis), Bulgaria, Kanada,
Colombia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, England, Perancis, Jerman, Yunani, Hong
Kong, Hungary, Iceland, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Kuwait, Latvia,
Lithuania, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Filipina, Portugal, Romania,
Persekutuan Rusia, Scotland, Singapura, Republik Slovak, Slovenia, Afrika Selatan,
Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, dan Amerika Syarikat.


2.2     Dapatan
        2.2.1 Gred Rendah
Dalam Matematik, Singapura dan Korea merupakan antara negara yang paling menonjol.
Jepun dan Hong Kong antara negara yang terbaik di dunia, begitu juga Netherlands, Republik
Czech dan Austria. Bagi Sains pula, tahap pencapaian tertinggi yang dikenal pasti ialah
Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Austria.

        Perbezaan jantina dalam pencapaian Matematik adalah sedikit atau tidak wujud. Bagi
Sains pula, lelaki lebih menonjol daripada perempuan bagi sesetengah negara, terutamanya
dalam Sains Bumi dan Sains Fizikal. Dalam hampir kesemua negara, majoriti lelaki dan
                                               7
perempuan dilaporkan bahawa mereka menggemari subjek Matematik dan Sains. Kajian
mendapati pelajar mempunyai sumber pendidikan di rumah seperti komputer, memiliki meja
belajar sendiri, mempunyai 200 buku atau lebih merupakan faktor utama penyumbang utama
dalam pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara.

       Majoriti negara, kelas Matematik lazimnya dibuat hanya tiga hingga empat jam
seminggu. Bagi Sains pula, terdapat perbezaan yang ketara. Sesetengah negara, subjek Sains
diajar kurang dari dua jam seminggu dan dalam satu perlima negara, pengajaran Sains
digabungkan dengan subjek yang lain. Jika dilihat dalam keseluruhan negara, pendekatan
yang paling kerap digunakan adalah bekerjasama sebagai satu kelas dengan guru yang
mengajar dalam sebuah kelas, dan pelajar melakukan tugas secara individu. Buku teks
merupakan sumber bertulis yang utama digunakan dalam menentukan topik yang akan diajar
kepada pelajar.


       2.2.2 Gred Pertengahan Sekolah
Sembilan daripada dua belas negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa bagi
Matematik di tahap sekolah rendah juga di gred 8. Negara-negara tersebut adalah Singapura,
Korea, Jepun, Hong Kong, Netherlands, Republik Czech, Austria, Slovenia dan Hungary.
Dalam Sains pula, keadaan yang serupa juga berlaku pada Korea, Jepun, Austria, Australia,
Republik Czech, England, Singapura dan Slovenia.

       Bagi kebanyakan negara, perbezaan jantina adalah sangat minimum dalam Matematik
tetapi tidak bagi Sains. Lelaki mempunyai pencapaian yang sangat tinggi, terutamanya dalam
Fizik, Kimia dan Sains Bumi. Juga seperti sekolah rendah, faktor-faktor persekitaran di rumah
seperti sumber-sumber pendidikan, buku-buku di rumah dan pendidikan dari ibu bapa
mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara
TIMSS.

       Dalam hampir setiap negara, majoriti pelajar mengatakan mereka telah melakukan
yang terbaik dalam Matematik dan Sains. Menariknya, beberapa buah negara dengan
pencapaian yang tertinggi adalah pelajarnya yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap
kejayaan, yakni Jepun, Korea dan Hong Kong.

       Kedua-dua kelas Matematik dan Sains dalam kebanyakan negara dibuat hanya 2
hingga 3.5 jam seminggu. Bagi beberapa buah negara pula jumlah ini adalah jumlah yang
tertinggi, iaitu 5 jam ke atas seminggu tetapi tiada pola yang boleh dikenal pasti jumlah jam


                                              8
dalam kelas pengajaran dengan pencapaian. Seperti mana sekolah rendah juga, bekerjasama
sebagai satu kelas dengan guru yang mengajar dan mempunyai pelajar yang melakukan
tugasan secara individu di bawah pengawasan guru merupakan kaedah pengajaran yang sering
digunakan. Dalam kebanyakan negara yang mengambil bahagian, guru dilaporkan
menggunakan buku teks bagi mengajar kedua-dua subjek Matematik dan Sains untuk lebih 95
peratus pelajar.


       2.2.3 Tahun Akhir Sekolah Menengah
Netherlands dan Sweden merupakan negara yang menunjukkan prestasi yang terbaik dalam
bidang Matematik manakala bagi bidang Sains pula negara teratas dalam pencapaian tertinggi
adalah Sweden, Netherlands, Iceland dan Norway.

       Dalam bidang Sains, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian tertinggi yang ketara
berbanding pelajar perempuan bagi semua negara kecuali Afrika Selatan. Bidang Matematik
pula, tiada perbezaan jantina yang ketara dalam prestasi pencapaian Hungary dan Amerika
Syarikat. Pelajar yang mengikuti program akademik mencapai pencapaian purata yang tinggi
berbanding pelajar yang mengikuti program vokasional. Pencapaian purata pelajar dalam
program teknikal pula lazimnya di antara pencapaian pelajar yang mengikuti program
akademik dan vokasional.

       Walaupun pendekatan pendidikan, struktur dan organisasi bagi keseluruhan negara
berlainan, ia jelas bahawa pendidikan ibu bapa berkait secara positif terhadap pencapaian
pelajar dalam bidang Matematik dan Sains.


       2.2.4 Tahun Akhir Sekolah Menengah: Matematik dan Fizik Lanjutan
Diketuai oleh Perancis, negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa dalam
Matematik lanjutan, juga melibatkan Persekutuan Rusia, Switzerland, Denmark, Cyprus, dan
Lithuania. Dalam Fizik lanjutan pula, pelajar Norwegian dan Sweden menonjol lebih baik
daripada pelajar negara lain yang mengambil bahagian. Persekutuan Rusia dan Denmark juga
menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa.

       Dalam Matematik lanjutan, pelajar lelaki lebih menonjol berbanding pelajar
perempuan bagi semua negara kecuali Yunani, Cyprus, Australia, Itali dan Slovenia. Dan
Fizik, pencapaian pelajar lelaki sememangnya tinggi daripada perempuan. Kebanyakan
pelajar akhir tahun yang mana telah mengambil Matematik lanjutan atau Fizik merancang



                                             9
untuk memasuki universiti. Pilihan yang popular untuk jurusan masa depan termasuklah
kejuruteraan, perniagaan, dan Sains Kesihatan.

3.0    Latar Belakang TIMSS 1999
TIMSS 1999 merupakan siri kedua pelajaran IEA untuk mengukur trend-trend dalam
pencapaian Matematik dan Sains pelajar. TIMSS 1999 mengukur kemajuan pembelajaran
Matematik dan Sains pelajar gred 8, dan menyediakan data-data trend tahap pendidikan
untuk pelajar pada negara-negara yang terlibat dalam penilaian TIMSS 1995.

       Tambahan, tempoh empat tahun dalam pengumpulan data yang pertama dan kedua
mengkaji populasi pelajar yang dinilai pada asalnya sebagai gred keempat ke gred lapan.
Pengembangan ini dibenarkan dalam beberapa negara yang mengambil bahagian dalam 1995
pada gred 4 berbanding prestasi pelajar gred 4 dalam tahun tersebut dengan prestasi sebagai
pelajar gred 8 dalam tahun 1999. Seperti mana dalam kajian 1995, TIMSS 1999 juga
menyiasat konteks pembelajaran Matematik dan Sains dalam menyertai negara menggunakan
soal selidik latar belakang. Maklumat telah dikumpul berkenaan dengan sistem pendidikan,
kurikulum, latihan pengajaran dan ciri-ciri pelajar, guru dan sekolah. Pengumpulan data
utama telah dijalankan dalam tahun 1998 hingga 1999.


3.1    Target Populasi
TIMSS 1999 telah menilai pelajar-pelajar dari gred 8 dan negara-negara yang menyertainya
adalah Australia, Belgium (Flemish), Bulgaria, Kanada, Chile, Taipei China, Cyprus,
Republik Czech, England, Finland, Hong Kong, Hungary, Indonesia, Iran, Israel, Itali, Jepun,
Jordan, Korea, Latvia, Lithuania, Macedonia, Malaysia, Moldova, Morocco, Netherlands,
New Zealand, Filipina, Romania, Persekutuan Rusia, Singapura, Republik Slovak, Slovenia,
Afrika Selatan, Thailand, Tunisia, Turkey dan Amerika Syarikat.


3.2    Dapatan
       3.2.1 Pencapaian dan Sikap Pelajar
Lima negara Asia iaitu Singapura, Korea, Taipei China, Hong Kong, Jepun merupakan negara
yang teratas dalam pencapaian Matematik. Semua negara ini mempunyai kira-kira 65% atau
lebih pelajar mencapai Tanda Aras Suku Tinggi. Pelajar yang mencapai tanda aras ini berjaya
mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan Matematik mereka dalam pelbagai situasi
kompleks yang berkaitan yang melibatkan pecahan, perpuluhan, ciri-ciri geometri dan
ungkapan algebra.

                                             10
Taipei China dan Singapura mempunyai lebih daripada separuh pelajar mereka
mencapai Tanda Aras Suku Tinggi dalam Sains, di mana pada tahap tersebut telah dicapai
hanya 25% oleh pelajar yang dinilai secara antarabangsa. Pelajar yang melepasi tanda aras ini
telah menunjukkan pemahaman konsepsi mereka berkenaan dengan kitaran Sains yang
pelbagai, sistem dan prinsip.


       3.2.2 Perubahan Masa
Dalam tahun 1995 hingga 1999, negara-negara yang menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian purata Matematik pada gred 8 adalah Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa
Latvia sebagai bahasa pengantara), Kanada dan Cyprus. Bagi Sains pula, peningkatan
pencapaian dipantau di Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa Latvia sebagai bahasa
pengantara), Lithuania, Kanada dan Hungary.


       3.2.3 Perbezaan Jantina
Dalam Matematik, kebanyakan perbezaan jantina diabaikan kecuali di Israel, Republik Czech,
Iran dan Tunisia. Kajian melaporkan bahawa tiada negara yang menunjukkan peningkatan
setakat ini manakala Korea pula menunjukkan penurunan berbanding pada tahun 1995. Dalam
subjek Sains, lelaki lebih menonjol berbanding perempuan dalam 16 buah negara. Penurunan
yang ketara antara tahun 1995 hingga 1999 dalam perbezaan jantina berlaku di Hong Kong,
Slovenia, dan Israel. Konsep kendiri yang positif dalam kebolehan menyelesaikan Matematik
dan Sains berkait dengan pencapaian yang tinggi. Biasanya, lelaki lebih mempunyai konsep
kendiri yang positif berbanding perempuan.


       3.2.4 Kurikulum dan Pengajaran
Dalam semua negara kecuali Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, spesifikasi untuk
matlamat kurikulum pelajar dikembangkan dalam kurikulum kebangsaan. 17 negara
menawarkan kursus yang berasingan dalam subjek Sains yang berlainan iaitu Sains Bumi,
Biologi, Kimia dan Fizik.

       Secara purata, peratusan masa pengajaran dirangka untuk pengajaran Matematik
dikekalkan sama dari gred 4 ke gred 8, tetapi menurun bila ke gred 8, iaitu dari 17% hingga
16% kepada 13%. Sebaliknya pula, masa pengajaran diperuntukkan bagi Sains pula
meningkat dari gred 4 ke gred 8, iaitu dari 11% ke 16%.



                                              11
Dalam kelas Matematik, terdapat dua aktiviti utama bagi kebanyakan negara yang
digunakan iaitu kuliah dan tutorial yang mana akan diisi hampir separuh masa kelas. Guru
Sains dilaporkan meluangkan masa hampir 25% masa kelas mereka untuk kuliah, dengan
15% masa kelas memberi sepenuh perhatian kepada eksperimen pelajar dan 14% masa kelas
untuk tutorial. Pelajar-pelajar di sekolah dilaporkan dididik dengan baik biasanya mempunyai
purata pencapaian Matematik dan Sains yang tinggi.


4.0  Latar Belakang TIMSS 2003
TIMSS 2003 adalah kitaran peringkat yang ketiga untuk mengukur trend dalam Matematik
dan Sains di kelas Tahun 4 dan Tahun 8. TIMSS sangat membantu negara-negara yang
menyertai untuk memperoleh informasi mengenai prestasi pelajar mereka. IEA, TIMSS,
PIRLS, dan     National Center for Education Statistics ( dari U. S Department of
Educations) bekerjasama dengan negara yang menyertai bagi menjelaskan secara terperinci
mengenai Matematik dan Sains tentang isi kandungan yang akan dinilai untuk memperbarui
hasil pembelajaran. Kerangka kerja yang diperbaharui telah diterbitkan dalam Kerangka
Penilaian TIMSS dan Spesifikasi 2003, 2nd Edition.


4.1    Aspek Yang Dinilai Dalam TIMSS 2003
       4.1.1 Kurikulum
 J.G Saylor dan W.M Alexander dalam buku Planning Curiculum for school (1974)
mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran
dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.
Kurikulum Matematik menekankan kemahiran menguasai asas memahami konsep dan prinsip
Matematik, mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan sebenar dan pengalaman dengan
kehidupan kumpulan yang berbeza. Kurikulum Sains merangkumi pengetahuan asas fakta
Sains, memahami konsep Sains, mempelajari tentang Sains Kehidupan dan mengaplikasikan
Sains dalam kehidupan.

       Contoh dalam subjek Matematik       peratusan keseluruhan topik yang diajar kepada
pelajar dalam TIMSS 2003 seperti nombor 83%, algebra 59%, pengukuran 53%, geometri
51% dan data 55%. Laporan penuh dalam TIMSS 2003 International Mathematics Report,
Singapura adalah negara yang mempunyai pencapaian yang tinggi bagi kedua-dua grade iaitu
Tahun 4 dan Tahun 8. Bagi Tahun Republic of Korea, Hong kong SAR dan China Taipei




                                            12
adalah antara negara yang mempunyai pencapaian tinggi termasuk Singapura. Bagi Tahun 4
Singapura, Hong Kong, Japan dan China juga mempunyai pencapaian tinggi.




       4.1.2   Ciri-ciri Guru
Kebanyakan guru yang mengajar adalah berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an.
Kesannya separuh daripada pelajar diajar oleh guru yang muda dan tidak berpengalaman.
Guru-guru yang mengajar terdiri daripada pemegang ijazah, pendidikan tingkatan 6 dan
pendidikan sekolah menengah. Bagi pengajaran Sains kebanyakan guru Sains major dalam
Pendidikan Am diikuti major subjek Sains, Sains Kehidupan, Kimia dan Fizik, major
Pendidikan Sains, major Matematik dan major bukan Sains. Jelas menunjukkan para pelajar
diajar oleh guru yang yang kurang pengetahuan dalam Sains.


       4.1.3 Strategi Pengajaran Guru
Sebagaimana yang sedia maklum bahawa para pendidik memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Wiseman, D.L., Cooner, D.D., Knight, S. L 1999;
Tickle, L. 1999).   Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan
penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagai
koleksi bahan-bahan tersebut seperti buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audio
video, dan sebagainya (Wiseman, D.L., Conner, D.D. & Knight, S.L. 1999). Pada tahun 2003
kebanyakan para pelajar menggunakan buku teks sebagai sumber tambahan berbanding yang
menjadikan buku teks sebagai sumber asas utama. Hal ini disebabkan buku teks tidak sesuai
dengan kurikulum yang ditetapkan pihak sekolah.


5.0    Latar Belakang TIMSS 2007

TIMSS 2007 adalah TIMSS keempat dalam penilaian yang bertujuan untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik dan Sains bagi pelajar di seluruh dunia.
Sebagai contoh, TIMSS 2007 mengumpulkan informasi terperinci tentang Matematik dan
Sains merangkumi kurikulum dan pelaksanaan, persiapan guru dan penggunaan teknologi.


5.1    Aspek Yang Dinilai Dalam TIMSS 2007
       5.1.1 Kurikulum
Topik yang diajar dalam Matematik bagi Tahun 4 adalah seperti nombor, geometri,
pengukuran dan data manakala Tahun 8 pula merangkumi nombor, algebra, geometri dan

                                           13
data. Subjek Matematik ini menekankan 3 kognitif domain iaitu mengetahui, aplikasi dan
sebab-sebab.




       5.1.2 Ciri-ciri Guru
Kebanyakan umur guru yang mengajar bagi Tahun 4 dan Tahun 8 adalah 30-an hingga 40-an
serta lingkungan 50-an. Guru yang lebih tua lebih banyak pengalaman bagi kedua-dua grade
iaitu antara 15-17 tahun pengalaman. Kelayakan guru yang mengajar Tahun 4 adalah 70%
ijazah, 70% pendidikan sekolah menengah tanpa major dalam Matematik dan Sains, serta
83% pendidikan sekolah rendah major Sains. Manakala bagi guru yang mengajar Tahun 8
adalah 81% ijazah, 81% major Sains (Biologi, Fizik, Kimia, Sains Bumi), dan 39% major
pendidikan Sains.


       5.1.3 Strategi Pengajaran Guru
Buku teks digunakan dalam pengajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 8.
Didapati 65% pelajar Tahun 4 dan 60% pelajar Tahun 8 menggunakan buku teks sebagai asas
utama dalam pelajaran. Manakala 30% pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 menggunakan buku teks
sebagai sumber rujukan tambahan. Perbandingan pelajar Tahun 4 yang menggunakan buku
teks sebagai asas utama atau sumber rujukan tambahan memberi kesan yang berbeza terhadap
keputusan mereka. Contohnya di negara Armena dan Iran kebanyakan pelajarnya
menggunakan buku teks peratusannya meningkat daripada 83% kepada 100%. Manakala di
England dan New Zealand yang mana pelajarnya menggunakan teks sebagai sumber
tambahan peratusannya menurun daripada 15% kepada 5%.


6.0    Pencapaian Pelajar Mengikut Negara Berdasarkan Laporan TIMSS
Laporan TIMSS pada tahun 1995 menunjukkan, pencapaian pelajar pada Tahun 4, negara
yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi ialan Singapura yang kemudiannya
diikuti oleh Korea (ke-2 tertinggi), Jepun (ke-3 tertinggi) dan Hong Kong (ke-4 tertinggi).
Manakala pencapaian murid bagi Tahun 8 pula, Singapura tetap menjadi negara yang
mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi diikuti seterusnya oleh Jepun, Korea dan
Hong Kong.

       Pada tahun 1999 pula, TIMSS melaporkan, sebanyak 38 buah negara telah mengambil
bahagian dalam kedua-dua penilaian iaitu penilaian untuk subjek Matematik dan Sains. Bagi

                                            14
subjek Matematik, hanya dilaporkan pencapaian bagi Tahun 8 sahaja iaitu negara Singapura
yang sekali lagi menjadi negara yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi dan
iikuti oleh Korea, Hong Kong dan Jepun. Bagi subjek Sains pula, negara yang mendapat
pencapaian Sains tertinggi ialah Taiwan (Taipei) dan Singapura diikuti kemudiannya oleh
Hungary, Jepun dan Korea.

       Tahun penilaian TIMSS seterusnya iaitu tahun 2003, melaporkan untuk pencapaian
penilaian subjek Matematik yang dijalankan pada Tahun 4, negara yang menunjukkan
pencapaian tertinggi ialah Singapura dan kemudiannya diikuti oleh Hong Kong, Jepun dan
Taiwan (Taipei) pada ranking teratas. Manakala pencapaian bagi Tahun 8 pula, Singapura
kekal dalam tempat pertama, mendahului negara-negara lain dengan mencapai purata
pencapaian tertinggi diikuti oleh Korea, Hong Kong dan Taiwan (Taipei).

       Laporan TIMSS 2003 juga turut menyatakan terdapat beberapa buah negara yang
menunjukkan peningkatan pencapaian sekiranya dibandingkan dengan pencapaian mereka
pada tahun 1995 dan 1999. Penilaian yang dilakukan pada Tahun 4, negara yang
menunjukkan peningkatan pencapaian ialah Hong Kong, Latvial (LSS), England dan New
Zealand manakala pada Tahun 8 pula, Korea, Hong Kong dan Amerika Syarikat turut
menunjukkan peningkatan yang baik bagi pencapaian pelajar-pelajar mereka. Walau
bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian mereka
seperti Netherlands, Norway dan daerah Quebec (bagi Tahun 4) serta Jepun, Belgium dan
Sweden (bagi Tahun 8).

       Pencapaian untuk subjek Sains dalam laporan TIMSS 2003 pula, pencapaian untuk
Tahun 4, Singapura tetap mencapai purata pencapaian tertinggi sekiranya dibandingkan
dengan negara-negara lain. Pencapaian untuk gred 8 pula, Singapura masih mengungguli
tempat pertama dalam rangking pencapaian diikuti dengan negara Taiwan (Taipei) dan Hong
Kong. Terdapat beberapa buah negara yang turut menunjukkan peningkatan pencapaian yang
signifikan seperti Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat, Malaysia, Jordan, Maldova dan
Filipina. Selain itu, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian
seperti Hungary, Sweden, Republik Slovak, Belgium (Hemish), the Russian Federation,
Norway, Bulgaria, Iran, Cyprus, Indonesia dan Tunisia.

       Berdasarkan laporan TIMSS 2007, sebanyak 37 buah negara yang menyertai penilaian
pada tahap Tahun 4 manakala 50 buah negara pada tahap Tahun 8. Mengikut pencapaian yang
direkodkan, penilaian pada tahap Tahun 4, Hong Kong dan Singapura mencapai purata

                                            15
pencapaian Matematik tertinggi diikuti dengan Taiwan (Taipei) yang mempunyai purata
pencapaian Matematik tinggi di antara semua negara yang terlibat. Penilaian pada tahap
Tahun 8 pula, purata pencapaian Matematik tertinggi tetap disandang oleh Taiwan (Taipei),
Korea dan Singapura diikuti dengan negara Hong Kong beserta Jepun.

       Mengikut pencapaian yang dilaporkan, pada tahap Tahun 4 bagi subjek Matematik,
sebanyak 10 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara
mendapat pencapaian yang rendah dan 8 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak
berubah. Bagi gred 8 pula, 10 buah negara juga menunjukkan purata pencapaian yang tinggi,
15 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang rendah dan 11 buah negara
menunjukkan pencapaian yang tidak berubah.

       Keputusan pencapaian bagi subjek Sains pula, Singapura tetap menunjukkan purata
pencapaian yang tertinggi bagi kedua-dua Tahun iaitu Tahun 4 dan Tahun 8, diikuti Taiwan
(Taipei), Hong Kong, Jepun dan Korea. Penilaian pada Tahun 4, 11 buah negara
menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara menunjukkan pencapaian yang
rendah dan 7 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah daripada penilaian
yang telah dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Pada Tahun 8 pula, 11 buah negara
menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 8 buah negara (purata pencapaian yang rendah)
dan 16 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah.


7.0    Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Segi Gender Dari Tahun 1995 Hingga Tahun
       2007

Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian
rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian
rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan
perempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan
untuk dikaji. Keputusan TIMSS (Trend International Issues In Mathematics and Science)
pada tahun 1995 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan
mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam subjek mata pelajaran
Matematik dan Sains pada peringkat gred 4 dan gred 8.

       Matematik dan Sains adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai
inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan


                                             16
negara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi
perbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan
perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar
perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegang
pendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaian
Matematik dan Sains di negara ini.


7.1      Faktor-Faktor Perbezaan Pencapaian Pelajar
Perbezaan pencapaian Matematik Dan Sains di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
merupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktor
penyebab berlakunya perkara ini. Antaranya ialah:


      7.1.1 Bakat Atau Minat Mereka Dalam Subjek Matematik Dan Sains
Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam
kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan
poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. Ini disebabkan mereka lebih berminat
kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara dua
satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan,
latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepada
melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir semata-
mata.

      Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih
cenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana
tidak formal berbanding pelajar perempuan. Di mana sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka
sesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Pelajar lelaki
sukar memberi tumpuan dalam satu jangka masa yang lama untuk mendengar pengajaran
guru berbanding pelajar perempuan.


      7.1.2 Sikap Pelajar Membuat Kerja Rumah
Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau
menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concrete
sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan
lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran,

                                             17
menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding
pelajar lelaki. Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudah memahami pelajaran dan
membantu meningkatkan pencapaian Matematik dan Sains mereka berbanding pelajar lelaki.

   Hasil daripada kajian, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor min
yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Hal ini bermaksud, pelajar perempuan lebih bersikap
positif dalam pembelajaran. Sikap ini membenarkan pelajar perempuan mempunyai kelebihan
dalam memahami dan menguasai pembelajaran dan boleh meningkatkan pencapaian mereka.

   Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik dan Sains seseorang pelajar di mana
sikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik dan Sains akan menyebabkan pelajar
tekun belajar Matematik dan Sains dan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding
pelajar yang mempunyai sikap yang negatif.


   7.1.3 Pendidikan Keluarga
Pendidikan keluarga di sini bermaksud keluarga yang mempunyai pendidikan yang baik dapat
membantu anak-anaknya mencapai kejayaan anak-anak mereka di masa hadapan. Ibu bapa
yang lepasan universiti dapat memberi pendapat dan idea kepada anak-anaknya dalam
membuat keputusan dan tugasan yang perlu disiapkan.

   Status ekonomi keluarga juga mempengaruhi kejayaan anak-anak. Bagi keluarga yang
kaya, mereka lebih mampu dalam membiayai keperluan anak-anak mereka. Mereka sanggup
menghabiskan wang demi mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka seperti
menyara anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, menghadiri kelas
tuisyen, membeli pelbagai rujukan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang bertaraf miskin,
mereka tidak mampu dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka.


   7.1.4 Sumber Rujukan Di Rumah
Sekarang ini, kemudahan internet amat penting bagi semua orang tidak kira tua atau muda.
Dengan adanya kemudahan internet, pelajar dapat mencari maklumat dengan cepat dan jimat
dari segi masa dan tenaga. Selain itu, untuk maklumat subjek Matematik dan Sains juga boleh
diperolehi sama ada dalam bentuk video, eksperimen dan kaedah atau teknik mengenai tajuk-
tajuk yang dipelajari. Buku rujukan di rumah yang masih boleh digunakan, janganlah kita
membuang begitu sehaja. Gunalah selagi masih boleh digunakan. Alat bantuan mengajar di



                                             18
rumah seperti bahan-bahan yang maujud boleh digunakan seperti benda yang nampak dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
      7.1.5     Masa Yang Diluang Selepas Sekolah
Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekeliling
mereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran, akan
mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan pelajaran.
Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan
berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajar
perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih
baik.

         Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua.
Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi
mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding
mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan
tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan-
rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang
dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka,
pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.


8.0      Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar Malaysia masih berada pada tahap yang bawah
dan jurang pencapaian pelajar kita dalam bidang Matematik dan Sains semakin meluas
berdasarkan kajian TIMSS yang telah dilakukan. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama,
kerana kualiti pendidikan tinggi berkorelasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam
jangka panjang. Sekiranya tiada usaha dijalankan untuk melonjakkan standard pendidikan ke
tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan
pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan.

         Melalui kajian ini, para pendidik dan pemerhati perlu meneliti semula kurikulum
negara dan membuat perbandingan dengan negara maju yang mana pelajar mereka
memperoleh pencapaian yang tinggi dalam Matematik dan Sains. Justeru itu, kajian TIMSS
dapat memberi panduan kepada setiap negara yang terlibat dalam penilaian tersebut agar
dapat memperbaiki sistem pendidikan terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.


                                             19
Bibliografi

Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J. et. al. (2004). Findings From IEA’s    Trends      in
      International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth      Grades.
      Diperoleh           pada            September          23,    2011       daripada
      http://timss.bc.edu/timss2003i/scienceD.html.
International Science and Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in International
       Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades (TIMSS 2007). TIMSS
       & PIRLS International Study Center, Lynch School of Education, Boston College,
       Chestnut Hill, Massachusetts, USA.
J.G Saylor dan W.M Alexander. 1974. Buku Planning Curiculum for school.

Martin, M.O., Mullis, I.V.S., et. al. (2000). TIMSS 1999 International Science Report:
       Findings from IEA's Repeat of the Third     International Mathematics and Science
       Study at the Eighth Grade. Diperoleh pada September       20,    2011    daripada
       http://timss.bc.edu/timss1999i/science_achievement_report.html.
Martin, M.O., Mullis, I.V.S., & Foy, P. et. al. (2008). TIMSS 2007 International Science
       Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study
       at the Fourth and Eighth     Grades. Diperoleh pada September 22, 2011 daripada
       http://timss.bc.edu/timss2007/sciencereport.html.
M.O., Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J., et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends in
      International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth
      Grades.Diperoleh          pada          September         20,    2011    daripada
      http://timss.bc.edu/timss2003i/mathD.html.
Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et. al (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report:
       Findings        from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at
       the Fourth and         Eighth Grades. Diperoleh pada September 20, 2011 daripada
       http://timss.bc.edu/TIMSS2007/mathreport.html.
Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et al. (2000). TIMSS 1999 International Mathematics Report:
       Findings from IEA's Repeat of the Third International Mathematics and Science
       Study at the Eighth Grade. Diperoleh        pada       September     19,       2011
       daripadahttp://timss.bc.edu/timss1999i/math_achievement_report.html.
Tickle, L. 1999. Teacher Induction: The Way Ahead. Buckingham: Open University Press.
Wiseman, D. L., Cooner, D. D., Knight, S. L. 1999. Becoming a Teacher in a Field-Based
    Setting: An Introduction to Education and Classrooms.USA:Wadsworth Publishing
    Company.




                                           20
LAMPIRAN




   21

Contenu connexe

En vedette

Mapping IUSTI presentation Sri Lanka
Mapping IUSTI presentation Sri LankaMapping IUSTI presentation Sri Lanka
Mapping IUSTI presentation Sri LankaDr Ajith Karawita
 
QMS for municipal services, ISO
QMS for municipal services, ISOQMS for municipal services, ISO
QMS for municipal services, ISOOlena Ursu
 
How tocrackcat
How tocrackcatHow tocrackcat
How tocrackcatDolly_29
 
ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月
ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月
ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月Kenichi Yoshida
 
ресурс нпо и рег. рынок труда
ресурс нпо и рег. рынок трударесурс нпо и рег. рынок труда
ресурс нпо и рег. рынок трудаDemanessa
 
Promo Crew #1 Output
Promo Crew #1 OutputPromo Crew #1 Output
Promo Crew #1 OutputJohnny Snowie
 
Creech r resume 101710
Creech r resume 101710Creech r resume 101710
Creech r resume 101710Bob Creech
 
Cropping assignment digital image
Cropping assignment digital imageCropping assignment digital image
Cropping assignment digital imagejaylene16
 
методические рекомендации по разработке рп цикла од.
методические рекомендации по разработке рп  цикла од.методические рекомендации по разработке рп  цикла од.
методические рекомендации по разработке рп цикла од.Demanessa
 
Story walk & Bremerton Beat
Story walk & Bremerton BeatStory walk & Bremerton Beat
Story walk & Bremerton BeatCecilie Burleson
 
The Design Process Presentation - Systems Thinking
The Design Process Presentation - Systems ThinkingThe Design Process Presentation - Systems Thinking
The Design Process Presentation - Systems Thinkingsophielam
 

En vedette (18)

Jingle bells ray
Jingle bells rayJingle bells ray
Jingle bells ray
 
管理英文
管理英文管理英文
管理英文
 
Mapping IUSTI presentation Sri Lanka
Mapping IUSTI presentation Sri LankaMapping IUSTI presentation Sri Lanka
Mapping IUSTI presentation Sri Lanka
 
QMS for municipal services, ISO
QMS for municipal services, ISOQMS for municipal services, ISO
QMS for municipal services, ISO
 
Poland hmc ppt 71
Poland hmc ppt 71Poland hmc ppt 71
Poland hmc ppt 71
 
Ideal OT Education
Ideal OT EducationIdeal OT Education
Ideal OT Education
 
How tocrackcat
How tocrackcatHow tocrackcat
How tocrackcat
 
ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月
ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月
ロボットサミットとは?in名古屋on2012年5月
 
ресурс нпо и рег. рынок труда
ресурс нпо и рег. рынок трударесурс нпо и рег. рынок труда
ресурс нпо и рег. рынок труда
 
Drupal 7 - Form API
Drupal 7 - Form APIDrupal 7 - Form API
Drupal 7 - Form API
 
Promo Crew #1 Output
Promo Crew #1 OutputPromo Crew #1 Output
Promo Crew #1 Output
 
Creech r resume 101710
Creech r resume 101710Creech r resume 101710
Creech r resume 101710
 
Ingles
InglesIngles
Ingles
 
Cropping assignment digital image
Cropping assignment digital imageCropping assignment digital image
Cropping assignment digital image
 
методические рекомендации по разработке рп цикла од.
методические рекомендации по разработке рп  цикла од.методические рекомендации по разработке рп  цикла од.
методические рекомендации по разработке рп цикла од.
 
Story walk & Bremerton Beat
Story walk & Bremerton BeatStory walk & Bremerton Beat
Story walk & Bremerton Beat
 
The Design Process Presentation - Systems Thinking
The Design Process Presentation - Systems ThinkingThe Design Process Presentation - Systems Thinking
The Design Process Presentation - Systems Thinking
 
Group6
Group6Group6
Group6
 

Plus de moshi89

Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifermoshi89
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasnamoshi89
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifahmoshi89
 
Math anxiety-part Syatini
Math anxiety-part SyatiniMath anxiety-part Syatini
Math anxiety-part Syatinimoshi89
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Fullmoshi89
 
Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayatimoshi89
 
Assignment Full-Group 2A
Assignment Full-Group 2AAssignment Full-Group 2A
Assignment Full-Group 2Amoshi89
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahmoshi89
 

Plus de moshi89 (8)

Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifer
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasna
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifah
 
Math anxiety-part Syatini
Math anxiety-part SyatiniMath anxiety-part Syatini
Math anxiety-part Syatini
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Full
 
Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
 
Assignment Full-Group 2A
Assignment Full-Group 2AAssignment Full-Group 2A
Assignment Full-Group 2A
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifah
 

Penulisan ilmiah

  • 1. 1.0 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti sumber manusia supaya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat global. Justeru itu, penilaian terhadap segala aspek yang berhubung kait dengan kualiti pendidikan terus dipertingkatkan lagi. Salah satunya adalah penilaian yang dilakukan untuk melihat pencapaian pelajar terutamanya di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia telah mengikuti suatu kajian antarabangsa yang menilai mutu dan pencapaian pelajar dalam pendidikan iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). TIMSS adalah suatu penilaian dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukur tahap pencapaian pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 dalam pendidikan Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa. TIMSS ini telah dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan diuruskan oleh International Study Centre, Lych School of Education, Boston College di Amerika Syarikat. Kajian ini telah dilaksanakan empat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007 dan kini pada tahun 2011. Mesyuarat Penyelaras Pendidikan Nasional dijalankan dua kali setahun dalam usaha merancang dan membuat laporan pada setiap peringkat proses, melakukan perundingan dengan Statistik Kanada dan Pusat Pemprosesan Data IEA di Hamburg. 1.1 Matlamat TIMSS Matlamat TIMSS adalah untuk memberi maklumat perbandingan tentang pencapaian pendidikan di seluruh negara yang menyertai TIMSS untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam Matematik dan Sains. Selain itu, kajian ini dapat memberikan perbandingan perspektif mengenai trend pencapaian dalam konteks sistem pendidikan yang berbeza, pendekatan organisasi dan amalan pengajaran setiap sekolah serta memahami konteks pembelajaran pelajar yang berbeza. Melalui TIMSS, setiap negara yang terlibat dapat mempelajari dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruh dunia. Daripada hasil penilaian yang diperoleh, sesebuah negara yang terlibat dapat membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada terutamanya dalam kurikulum, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian diajarkan dalam Matematik dan Sains. Di samping itu, TIMSS juga dapat menggalakkan persaingan pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan. 1
  • 2. 1.2 Penilaian TIMSS Item-item yang dinilai dalam TIMSS mencakupi 2 domain iaitu domain konten dan domain kognitif. Dalam ujian TIMSS, objektif dan kemahiran yang dinilai merupakan analisis asas kurikulum yang diambil oleh kebanyakan setiap negara yang menyertai kajian tersebut. Domain konten berbeza untuk pelajar Tahun 4 dengan pelajar Tahun 8 kerana mencerminkan sifat dan tahap kesukaran Matematik dan Sains yang diajar. Domain konten yang diajarkan kepada pelajar adalah seperti dalam jadual. Content Domains Topic areas Mathematics Year 4 Number Whole numbers Fractions and decimals Number sentences Patterns and relationships Geometric shapes and measurement Lines and angles Two- and three-dimensional shapes Location and movement Data display Reading and interpreting Organising and representing Mathematics Year 8 Number Whole numbers Fractions and decimals Integers Ratio, proportion and per cent Algebra Patterns Algebraic expressions Equations/formulas and functions Geometry Geometric shapes Geometric measurement Location and movement Data and Chance Data organisation and representation Data interpretation Chance Jadual 1: Domain Konten Matematik 2
  • 3. Content Domains Topic areas Science Year 4 Life science Characteristics and life processes of living things Life cycles, reproduction and heredity Interaction with the environment Ecosystems Human health Physical science Classification and properties of matter Physical states and changes in matter Energy sources, heat, and temperature Light and sound Electricity and magnetism Forces and motion Earth science Earth’s structure, physical characteristics, and resources Earth’s processes, cycles, and history Earth in the solar system Science Year 8 Biology Characteristics, classification, and life processes of organisms Cells and their functions Life cycles, reproduction, and heredity Diversity, adaptation, and natural selection Ecosystems Human health Chemistry Classification and composition of matter Properties of matter Chemical change Physics Physical states and changes in matter Energy transformations, heat, and temperature Light Sound Electricity and magnetism Forces and motion Earth science Earth’s structure and physical features Earth’s processes, cycles, and history Earth’s resources, their use and conservation Earth in the solar system and the universe Jadual 2: Domain Konten Sains Manakala domain kognitif pula melibatkan daya pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam Matematik dan Sains. Domain kognitif dibahagikan kepada 3 3
  • 4. tahap iaitu mengetahui (knowing) di mana meliputi fakta, prosedur dan konsep yang perlu pelajar ketahui, mengaplikasi (applying) iaitu memberi tumpuan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan konsep kefahaman dalam menyelesaikan masalah atau menjawab soalan dan tahap ketiga adalah penalaran dan analisis (reasoning and analysis) di mana pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan konteks yang kompleks dan masalah yang melibatkan pelbagai langkah (multi-step problems). 1.3 Panduan Soalan Penyelidikan TIMSS Selaras dengan konsep kurikulum TIMSS seperti yang berlaku pada tiga peringkat, tiga daripada empat soalan umum penyelidikan yang membimbing pembangunan kajian memberi tumpuan kepada tahap kurikulum iaitu kurikulum cadangan (intended curriculum), kurikulum yang dilaksanakan (implemented curriculum) dan kurikulum yang ingin dicapaikan (attained curriculum). Kurikulum cadangan adalah melibatkan keadaan pendidikan dan sosial negara. Manakala kurikulum yang dilaksanakan adalah meliputi peranan guru kelas dan keadaan di dalam bilik darjah. Kurikulum yang ingin dicapai adalah lebih kepada kesan kurikulum yang dibentuk terhadap sahsiah dan pencapaian pelajar. Soalan penyelidikan umum yang keempat adalah hubungan ketiga-tiga kurikulum terhadap sosial dan konteks pendidikan negara. Pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam Matematik dan Sains dinilai dalam setiap soalan yang disediakan. Terdapat dua format soalan yang digunakan dalam penilaian TIMSS iaitu soalan aneka pilihan dan soalan membina respon. Soalan aneka pilihan menyediakan empat pilihan jawapan iaitu hanya satu sahaja jawapan yang betul. Bentuk soalan sebegini adalah untuk menilai apa-apa tingkah laku dalam domain kognitif namun tidak beberapa sesuai untuk menilai keupayaan pelajar dalam membuat lebih banyak tafsiran atau penilaian yang lebih kompleks. Manakala soalan membina respon dibentuk untuk menilai aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran yang memerlukan pelajar menjelaskan fenomena atau mentafsir data berdasarkan pengetahuan latar belakang dan pengalaman mereka. 1.4 Tahap Pengukuran Pencapaian TIMSS TIMSS menggunakan penanda aras antarabangsa (international benchmarks) dalam menentukan skala pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains melalui ujian yang dijalankan. Penanda aras telah dikembangkan menggunakan scale anchoring techniques dan 4
  • 5. data pencapaian pelajar daripada setiap negara yang menyertai TIMSS. Pada peringkat antarabangsa, pencapaian pelajar mestilah diukur pada empat tahap. Keempat-empat tahap yang merumuskan setiap pencapaian yang diperoleh oleh setiap pelajar adalah: 1. the ‘advanced international benchmark’, which was set at 625; 2. the ‘high international benchmark’, which was set at 550; 3. the ‘intermediate international benchmark’, which was set at 475; and 4. the ‘low international benchmark’, which was set at 400. Jadual 3: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Matematik) Tahun Low International Intermediate High Advanced Benchmark International International International Benchmark Benchmark Benchmark (400) (475) (550) (625) Tahun 4 Pelajar Pelajar boleh Pelajar boleh Pelajar dapat mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengaplikasikan sedikit pengetahuan pengetahuan dan kefahaman dan pengetahuan asas asas Matematik kefahaman pengetahuan Matematik. dalam soalan dalam menjawab dalam pelbagai yang mudah. soalan. konteks soalan yang kompleks dan dapat menjelaskan setiap jawapan yang diberikan. Tahun 8 Pelajar Pelajar dapat Pelajar dapat Pelajar boleh mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengorganisasikan sedikit pengetahuan kefahaman dan dan membuat pengetahuan asas Matematik pengetahuan kesimpulan mengenai nombor dalam soalan dalam pelbagai daripada bulat dan titik yang mudah. konteks situasi maklumat, perpuluhan, yang kompleks. membuat operasi dan graf generalisasi dan asas. menyelesaikan soalan non-rutin. 5
  • 6. Jadual 4: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Sains) Tahun Low Intermediate High Advanced International International International International Benchmark Benchmark Benchmark Benchmark (400) (475) (550) (625) Tahun 4 Pelajar Pelajar boleh Pelajar boleh Pelajar boleh mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengaplikasikan sedikit peengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan asas kefahaman untuk kefahaman dalam memahami dalam Sains situasi yang menjelaskan proses saintifik Kehidupan dan pratikal dalam fenomena harian. dan hubungan Sains Fizikal Sains. dalam permulaan penyiasatan saintifik. Tahun 8 Pelajar boleh Pelajar dapat Pelajar dapat Pelajar boleh mengenal pasti mengenal pasti mendemostrasikan menunjukkan sedikit fakta asas dan kefahaman kefahaman daripada Sains berkomunikasi konseptual kitaran mengenai Fizikal dan Sains tentang Sains, sistem dan beberapa Kehidupan. pengetahuan prinsip- kompleks dan saintifik asas prinsipnya. konsep abstrak dalam pelbagai dalam Biologi, topik. Kimia, Fizik dan Sains Bumi. 2.0 Latar Belakang TIMSS 1995 TIMSS 1995 merupakan penilaian pertama dalam kitaran empat tahun dalam trend pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains. Lebih daripada setengah juta pelajar diuji, dan kajian melalui soal selidik telah mengumpul maklumat yang terperinci mengenai pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains termasuklah ribuan guru dan pengetua sekolah. TIMSS 1995 juga menyiasat kurikulum Matematik dan Sains bagi negara-negara yang mengambil bahagian melalui analisis panduan kurikulum, buku teks dan bahan 6
  • 7. kurikulum lain. Sub-sampel pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 yang menyertai sesi ujian utama akan dipilih untuk penilaian prestasi dan mereka akan menjalankan eksperimen, memanipulasikan material, menguji hipotesis dan mencatat dapatan apabila menyiapkan tugasan Matematik dan Sains. Pengumpulan data utama dijalankan dalam tahun 1994 hingga 1995. 2.1 Target Populasi TIMSS dijalankan pada lima tahap gred iaitu: Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar berumur 9 tahun (gred 3 atau gred 4 bagi kebanyakan negara). Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar 13 tahun (gred 7 dan gred 8 bagi kebanyakan negara). Pelajar dalam tahun akhir sekolah menengah. Sebagai pilihan tambahan, negara boleh menguji dua sub-kumpulan khas pelajar-pelajar ini: pelajar yang mengambil jurusan Matematik lanjutan dan/atau pelajar yang mengambil jurusan Fizik lanjutan. Semua negara terlibat dalam penilaian pada gred 7 dan 8. Gred-gred lain adalah tidak wajib untuk dinilai dalam TIMSS 1995. Negara-negara yang terlibat dalam TIMSS 1995 adalah Argentina, Australia, Austria, Belgium (Flemish), Belgium (Perancis), Bulgaria, Kanada, Colombia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, England, Perancis, Jerman, Yunani, Hong Kong, Hungary, Iceland, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Kuwait, Latvia, Lithuania, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Filipina, Portugal, Romania, Persekutuan Rusia, Scotland, Singapura, Republik Slovak, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, dan Amerika Syarikat. 2.2 Dapatan 2.2.1 Gred Rendah Dalam Matematik, Singapura dan Korea merupakan antara negara yang paling menonjol. Jepun dan Hong Kong antara negara yang terbaik di dunia, begitu juga Netherlands, Republik Czech dan Austria. Bagi Sains pula, tahap pencapaian tertinggi yang dikenal pasti ialah Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Austria. Perbezaan jantina dalam pencapaian Matematik adalah sedikit atau tidak wujud. Bagi Sains pula, lelaki lebih menonjol daripada perempuan bagi sesetengah negara, terutamanya dalam Sains Bumi dan Sains Fizikal. Dalam hampir kesemua negara, majoriti lelaki dan 7
  • 8. perempuan dilaporkan bahawa mereka menggemari subjek Matematik dan Sains. Kajian mendapati pelajar mempunyai sumber pendidikan di rumah seperti komputer, memiliki meja belajar sendiri, mempunyai 200 buku atau lebih merupakan faktor utama penyumbang utama dalam pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara. Majoriti negara, kelas Matematik lazimnya dibuat hanya tiga hingga empat jam seminggu. Bagi Sains pula, terdapat perbezaan yang ketara. Sesetengah negara, subjek Sains diajar kurang dari dua jam seminggu dan dalam satu perlima negara, pengajaran Sains digabungkan dengan subjek yang lain. Jika dilihat dalam keseluruhan negara, pendekatan yang paling kerap digunakan adalah bekerjasama sebagai satu kelas dengan guru yang mengajar dalam sebuah kelas, dan pelajar melakukan tugas secara individu. Buku teks merupakan sumber bertulis yang utama digunakan dalam menentukan topik yang akan diajar kepada pelajar. 2.2.2 Gred Pertengahan Sekolah Sembilan daripada dua belas negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa bagi Matematik di tahap sekolah rendah juga di gred 8. Negara-negara tersebut adalah Singapura, Korea, Jepun, Hong Kong, Netherlands, Republik Czech, Austria, Slovenia dan Hungary. Dalam Sains pula, keadaan yang serupa juga berlaku pada Korea, Jepun, Austria, Australia, Republik Czech, England, Singapura dan Slovenia. Bagi kebanyakan negara, perbezaan jantina adalah sangat minimum dalam Matematik tetapi tidak bagi Sains. Lelaki mempunyai pencapaian yang sangat tinggi, terutamanya dalam Fizik, Kimia dan Sains Bumi. Juga seperti sekolah rendah, faktor-faktor persekitaran di rumah seperti sumber-sumber pendidikan, buku-buku di rumah dan pendidikan dari ibu bapa mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara TIMSS. Dalam hampir setiap negara, majoriti pelajar mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik dalam Matematik dan Sains. Menariknya, beberapa buah negara dengan pencapaian yang tertinggi adalah pelajarnya yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap kejayaan, yakni Jepun, Korea dan Hong Kong. Kedua-dua kelas Matematik dan Sains dalam kebanyakan negara dibuat hanya 2 hingga 3.5 jam seminggu. Bagi beberapa buah negara pula jumlah ini adalah jumlah yang tertinggi, iaitu 5 jam ke atas seminggu tetapi tiada pola yang boleh dikenal pasti jumlah jam 8
  • 9. dalam kelas pengajaran dengan pencapaian. Seperti mana sekolah rendah juga, bekerjasama sebagai satu kelas dengan guru yang mengajar dan mempunyai pelajar yang melakukan tugasan secara individu di bawah pengawasan guru merupakan kaedah pengajaran yang sering digunakan. Dalam kebanyakan negara yang mengambil bahagian, guru dilaporkan menggunakan buku teks bagi mengajar kedua-dua subjek Matematik dan Sains untuk lebih 95 peratus pelajar. 2.2.3 Tahun Akhir Sekolah Menengah Netherlands dan Sweden merupakan negara yang menunjukkan prestasi yang terbaik dalam bidang Matematik manakala bagi bidang Sains pula negara teratas dalam pencapaian tertinggi adalah Sweden, Netherlands, Iceland dan Norway. Dalam bidang Sains, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian tertinggi yang ketara berbanding pelajar perempuan bagi semua negara kecuali Afrika Selatan. Bidang Matematik pula, tiada perbezaan jantina yang ketara dalam prestasi pencapaian Hungary dan Amerika Syarikat. Pelajar yang mengikuti program akademik mencapai pencapaian purata yang tinggi berbanding pelajar yang mengikuti program vokasional. Pencapaian purata pelajar dalam program teknikal pula lazimnya di antara pencapaian pelajar yang mengikuti program akademik dan vokasional. Walaupun pendekatan pendidikan, struktur dan organisasi bagi keseluruhan negara berlainan, ia jelas bahawa pendidikan ibu bapa berkait secara positif terhadap pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains. 2.2.4 Tahun Akhir Sekolah Menengah: Matematik dan Fizik Lanjutan Diketuai oleh Perancis, negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa dalam Matematik lanjutan, juga melibatkan Persekutuan Rusia, Switzerland, Denmark, Cyprus, dan Lithuania. Dalam Fizik lanjutan pula, pelajar Norwegian dan Sweden menonjol lebih baik daripada pelajar negara lain yang mengambil bahagian. Persekutuan Rusia dan Denmark juga menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa. Dalam Matematik lanjutan, pelajar lelaki lebih menonjol berbanding pelajar perempuan bagi semua negara kecuali Yunani, Cyprus, Australia, Itali dan Slovenia. Dan Fizik, pencapaian pelajar lelaki sememangnya tinggi daripada perempuan. Kebanyakan pelajar akhir tahun yang mana telah mengambil Matematik lanjutan atau Fizik merancang 9
  • 10. untuk memasuki universiti. Pilihan yang popular untuk jurusan masa depan termasuklah kejuruteraan, perniagaan, dan Sains Kesihatan. 3.0 Latar Belakang TIMSS 1999 TIMSS 1999 merupakan siri kedua pelajaran IEA untuk mengukur trend-trend dalam pencapaian Matematik dan Sains pelajar. TIMSS 1999 mengukur kemajuan pembelajaran Matematik dan Sains pelajar gred 8, dan menyediakan data-data trend tahap pendidikan untuk pelajar pada negara-negara yang terlibat dalam penilaian TIMSS 1995. Tambahan, tempoh empat tahun dalam pengumpulan data yang pertama dan kedua mengkaji populasi pelajar yang dinilai pada asalnya sebagai gred keempat ke gred lapan. Pengembangan ini dibenarkan dalam beberapa negara yang mengambil bahagian dalam 1995 pada gred 4 berbanding prestasi pelajar gred 4 dalam tahun tersebut dengan prestasi sebagai pelajar gred 8 dalam tahun 1999. Seperti mana dalam kajian 1995, TIMSS 1999 juga menyiasat konteks pembelajaran Matematik dan Sains dalam menyertai negara menggunakan soal selidik latar belakang. Maklumat telah dikumpul berkenaan dengan sistem pendidikan, kurikulum, latihan pengajaran dan ciri-ciri pelajar, guru dan sekolah. Pengumpulan data utama telah dijalankan dalam tahun 1998 hingga 1999. 3.1 Target Populasi TIMSS 1999 telah menilai pelajar-pelajar dari gred 8 dan negara-negara yang menyertainya adalah Australia, Belgium (Flemish), Bulgaria, Kanada, Chile, Taipei China, Cyprus, Republik Czech, England, Finland, Hong Kong, Hungary, Indonesia, Iran, Israel, Itali, Jepun, Jordan, Korea, Latvia, Lithuania, Macedonia, Malaysia, Moldova, Morocco, Netherlands, New Zealand, Filipina, Romania, Persekutuan Rusia, Singapura, Republik Slovak, Slovenia, Afrika Selatan, Thailand, Tunisia, Turkey dan Amerika Syarikat. 3.2 Dapatan 3.2.1 Pencapaian dan Sikap Pelajar Lima negara Asia iaitu Singapura, Korea, Taipei China, Hong Kong, Jepun merupakan negara yang teratas dalam pencapaian Matematik. Semua negara ini mempunyai kira-kira 65% atau lebih pelajar mencapai Tanda Aras Suku Tinggi. Pelajar yang mencapai tanda aras ini berjaya mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan Matematik mereka dalam pelbagai situasi kompleks yang berkaitan yang melibatkan pecahan, perpuluhan, ciri-ciri geometri dan ungkapan algebra. 10
  • 11. Taipei China dan Singapura mempunyai lebih daripada separuh pelajar mereka mencapai Tanda Aras Suku Tinggi dalam Sains, di mana pada tahap tersebut telah dicapai hanya 25% oleh pelajar yang dinilai secara antarabangsa. Pelajar yang melepasi tanda aras ini telah menunjukkan pemahaman konsepsi mereka berkenaan dengan kitaran Sains yang pelbagai, sistem dan prinsip. 3.2.2 Perubahan Masa Dalam tahun 1995 hingga 1999, negara-negara yang menunjukkan peningkatan dalam pencapaian purata Matematik pada gred 8 adalah Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa Latvia sebagai bahasa pengantara), Kanada dan Cyprus. Bagi Sains pula, peningkatan pencapaian dipantau di Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa Latvia sebagai bahasa pengantara), Lithuania, Kanada dan Hungary. 3.2.3 Perbezaan Jantina Dalam Matematik, kebanyakan perbezaan jantina diabaikan kecuali di Israel, Republik Czech, Iran dan Tunisia. Kajian melaporkan bahawa tiada negara yang menunjukkan peningkatan setakat ini manakala Korea pula menunjukkan penurunan berbanding pada tahun 1995. Dalam subjek Sains, lelaki lebih menonjol berbanding perempuan dalam 16 buah negara. Penurunan yang ketara antara tahun 1995 hingga 1999 dalam perbezaan jantina berlaku di Hong Kong, Slovenia, dan Israel. Konsep kendiri yang positif dalam kebolehan menyelesaikan Matematik dan Sains berkait dengan pencapaian yang tinggi. Biasanya, lelaki lebih mempunyai konsep kendiri yang positif berbanding perempuan. 3.2.4 Kurikulum dan Pengajaran Dalam semua negara kecuali Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, spesifikasi untuk matlamat kurikulum pelajar dikembangkan dalam kurikulum kebangsaan. 17 negara menawarkan kursus yang berasingan dalam subjek Sains yang berlainan iaitu Sains Bumi, Biologi, Kimia dan Fizik. Secara purata, peratusan masa pengajaran dirangka untuk pengajaran Matematik dikekalkan sama dari gred 4 ke gred 8, tetapi menurun bila ke gred 8, iaitu dari 17% hingga 16% kepada 13%. Sebaliknya pula, masa pengajaran diperuntukkan bagi Sains pula meningkat dari gred 4 ke gred 8, iaitu dari 11% ke 16%. 11
  • 12. Dalam kelas Matematik, terdapat dua aktiviti utama bagi kebanyakan negara yang digunakan iaitu kuliah dan tutorial yang mana akan diisi hampir separuh masa kelas. Guru Sains dilaporkan meluangkan masa hampir 25% masa kelas mereka untuk kuliah, dengan 15% masa kelas memberi sepenuh perhatian kepada eksperimen pelajar dan 14% masa kelas untuk tutorial. Pelajar-pelajar di sekolah dilaporkan dididik dengan baik biasanya mempunyai purata pencapaian Matematik dan Sains yang tinggi. 4.0 Latar Belakang TIMSS 2003 TIMSS 2003 adalah kitaran peringkat yang ketiga untuk mengukur trend dalam Matematik dan Sains di kelas Tahun 4 dan Tahun 8. TIMSS sangat membantu negara-negara yang menyertai untuk memperoleh informasi mengenai prestasi pelajar mereka. IEA, TIMSS, PIRLS, dan National Center for Education Statistics ( dari U. S Department of Educations) bekerjasama dengan negara yang menyertai bagi menjelaskan secara terperinci mengenai Matematik dan Sains tentang isi kandungan yang akan dinilai untuk memperbarui hasil pembelajaran. Kerangka kerja yang diperbaharui telah diterbitkan dalam Kerangka Penilaian TIMSS dan Spesifikasi 2003, 2nd Edition. 4.1 Aspek Yang Dinilai Dalam TIMSS 2003 4.1.1 Kurikulum J.G Saylor dan W.M Alexander dalam buku Planning Curiculum for school (1974) mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah. Kurikulum Matematik menekankan kemahiran menguasai asas memahami konsep dan prinsip Matematik, mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan sebenar dan pengalaman dengan kehidupan kumpulan yang berbeza. Kurikulum Sains merangkumi pengetahuan asas fakta Sains, memahami konsep Sains, mempelajari tentang Sains Kehidupan dan mengaplikasikan Sains dalam kehidupan. Contoh dalam subjek Matematik peratusan keseluruhan topik yang diajar kepada pelajar dalam TIMSS 2003 seperti nombor 83%, algebra 59%, pengukuran 53%, geometri 51% dan data 55%. Laporan penuh dalam TIMSS 2003 International Mathematics Report, Singapura adalah negara yang mempunyai pencapaian yang tinggi bagi kedua-dua grade iaitu Tahun 4 dan Tahun 8. Bagi Tahun Republic of Korea, Hong kong SAR dan China Taipei 12
  • 13. adalah antara negara yang mempunyai pencapaian tinggi termasuk Singapura. Bagi Tahun 4 Singapura, Hong Kong, Japan dan China juga mempunyai pencapaian tinggi. 4.1.2 Ciri-ciri Guru Kebanyakan guru yang mengajar adalah berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an. Kesannya separuh daripada pelajar diajar oleh guru yang muda dan tidak berpengalaman. Guru-guru yang mengajar terdiri daripada pemegang ijazah, pendidikan tingkatan 6 dan pendidikan sekolah menengah. Bagi pengajaran Sains kebanyakan guru Sains major dalam Pendidikan Am diikuti major subjek Sains, Sains Kehidupan, Kimia dan Fizik, major Pendidikan Sains, major Matematik dan major bukan Sains. Jelas menunjukkan para pelajar diajar oleh guru yang yang kurang pengetahuan dalam Sains. 4.1.3 Strategi Pengajaran Guru Sebagaimana yang sedia maklum bahawa para pendidik memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Wiseman, D.L., Cooner, D.D., Knight, S. L 1999; Tickle, L. 1999). Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagai koleksi bahan-bahan tersebut seperti buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audio video, dan sebagainya (Wiseman, D.L., Conner, D.D. & Knight, S.L. 1999). Pada tahun 2003 kebanyakan para pelajar menggunakan buku teks sebagai sumber tambahan berbanding yang menjadikan buku teks sebagai sumber asas utama. Hal ini disebabkan buku teks tidak sesuai dengan kurikulum yang ditetapkan pihak sekolah. 5.0 Latar Belakang TIMSS 2007 TIMSS 2007 adalah TIMSS keempat dalam penilaian yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik dan Sains bagi pelajar di seluruh dunia. Sebagai contoh, TIMSS 2007 mengumpulkan informasi terperinci tentang Matematik dan Sains merangkumi kurikulum dan pelaksanaan, persiapan guru dan penggunaan teknologi. 5.1 Aspek Yang Dinilai Dalam TIMSS 2007 5.1.1 Kurikulum Topik yang diajar dalam Matematik bagi Tahun 4 adalah seperti nombor, geometri, pengukuran dan data manakala Tahun 8 pula merangkumi nombor, algebra, geometri dan 13
  • 14. data. Subjek Matematik ini menekankan 3 kognitif domain iaitu mengetahui, aplikasi dan sebab-sebab. 5.1.2 Ciri-ciri Guru Kebanyakan umur guru yang mengajar bagi Tahun 4 dan Tahun 8 adalah 30-an hingga 40-an serta lingkungan 50-an. Guru yang lebih tua lebih banyak pengalaman bagi kedua-dua grade iaitu antara 15-17 tahun pengalaman. Kelayakan guru yang mengajar Tahun 4 adalah 70% ijazah, 70% pendidikan sekolah menengah tanpa major dalam Matematik dan Sains, serta 83% pendidikan sekolah rendah major Sains. Manakala bagi guru yang mengajar Tahun 8 adalah 81% ijazah, 81% major Sains (Biologi, Fizik, Kimia, Sains Bumi), dan 39% major pendidikan Sains. 5.1.3 Strategi Pengajaran Guru Buku teks digunakan dalam pengajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 8. Didapati 65% pelajar Tahun 4 dan 60% pelajar Tahun 8 menggunakan buku teks sebagai asas utama dalam pelajaran. Manakala 30% pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 menggunakan buku teks sebagai sumber rujukan tambahan. Perbandingan pelajar Tahun 4 yang menggunakan buku teks sebagai asas utama atau sumber rujukan tambahan memberi kesan yang berbeza terhadap keputusan mereka. Contohnya di negara Armena dan Iran kebanyakan pelajarnya menggunakan buku teks peratusannya meningkat daripada 83% kepada 100%. Manakala di England dan New Zealand yang mana pelajarnya menggunakan teks sebagai sumber tambahan peratusannya menurun daripada 15% kepada 5%. 6.0 Pencapaian Pelajar Mengikut Negara Berdasarkan Laporan TIMSS Laporan TIMSS pada tahun 1995 menunjukkan, pencapaian pelajar pada Tahun 4, negara yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi ialan Singapura yang kemudiannya diikuti oleh Korea (ke-2 tertinggi), Jepun (ke-3 tertinggi) dan Hong Kong (ke-4 tertinggi). Manakala pencapaian murid bagi Tahun 8 pula, Singapura tetap menjadi negara yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi diikuti seterusnya oleh Jepun, Korea dan Hong Kong. Pada tahun 1999 pula, TIMSS melaporkan, sebanyak 38 buah negara telah mengambil bahagian dalam kedua-dua penilaian iaitu penilaian untuk subjek Matematik dan Sains. Bagi 14
  • 15. subjek Matematik, hanya dilaporkan pencapaian bagi Tahun 8 sahaja iaitu negara Singapura yang sekali lagi menjadi negara yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi dan iikuti oleh Korea, Hong Kong dan Jepun. Bagi subjek Sains pula, negara yang mendapat pencapaian Sains tertinggi ialah Taiwan (Taipei) dan Singapura diikuti kemudiannya oleh Hungary, Jepun dan Korea. Tahun penilaian TIMSS seterusnya iaitu tahun 2003, melaporkan untuk pencapaian penilaian subjek Matematik yang dijalankan pada Tahun 4, negara yang menunjukkan pencapaian tertinggi ialah Singapura dan kemudiannya diikuti oleh Hong Kong, Jepun dan Taiwan (Taipei) pada ranking teratas. Manakala pencapaian bagi Tahun 8 pula, Singapura kekal dalam tempat pertama, mendahului negara-negara lain dengan mencapai purata pencapaian tertinggi diikuti oleh Korea, Hong Kong dan Taiwan (Taipei). Laporan TIMSS 2003 juga turut menyatakan terdapat beberapa buah negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian sekiranya dibandingkan dengan pencapaian mereka pada tahun 1995 dan 1999. Penilaian yang dilakukan pada Tahun 4, negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian ialah Hong Kong, Latvial (LSS), England dan New Zealand manakala pada Tahun 8 pula, Korea, Hong Kong dan Amerika Syarikat turut menunjukkan peningkatan yang baik bagi pencapaian pelajar-pelajar mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian mereka seperti Netherlands, Norway dan daerah Quebec (bagi Tahun 4) serta Jepun, Belgium dan Sweden (bagi Tahun 8). Pencapaian untuk subjek Sains dalam laporan TIMSS 2003 pula, pencapaian untuk Tahun 4, Singapura tetap mencapai purata pencapaian tertinggi sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain. Pencapaian untuk gred 8 pula, Singapura masih mengungguli tempat pertama dalam rangking pencapaian diikuti dengan negara Taiwan (Taipei) dan Hong Kong. Terdapat beberapa buah negara yang turut menunjukkan peningkatan pencapaian yang signifikan seperti Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat, Malaysia, Jordan, Maldova dan Filipina. Selain itu, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian seperti Hungary, Sweden, Republik Slovak, Belgium (Hemish), the Russian Federation, Norway, Bulgaria, Iran, Cyprus, Indonesia dan Tunisia. Berdasarkan laporan TIMSS 2007, sebanyak 37 buah negara yang menyertai penilaian pada tahap Tahun 4 manakala 50 buah negara pada tahap Tahun 8. Mengikut pencapaian yang direkodkan, penilaian pada tahap Tahun 4, Hong Kong dan Singapura mencapai purata 15
  • 16. pencapaian Matematik tertinggi diikuti dengan Taiwan (Taipei) yang mempunyai purata pencapaian Matematik tinggi di antara semua negara yang terlibat. Penilaian pada tahap Tahun 8 pula, purata pencapaian Matematik tertinggi tetap disandang oleh Taiwan (Taipei), Korea dan Singapura diikuti dengan negara Hong Kong beserta Jepun. Mengikut pencapaian yang dilaporkan, pada tahap Tahun 4 bagi subjek Matematik, sebanyak 10 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara mendapat pencapaian yang rendah dan 8 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah. Bagi gred 8 pula, 10 buah negara juga menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 15 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang rendah dan 11 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah. Keputusan pencapaian bagi subjek Sains pula, Singapura tetap menunjukkan purata pencapaian yang tertinggi bagi kedua-dua Tahun iaitu Tahun 4 dan Tahun 8, diikuti Taiwan (Taipei), Hong Kong, Jepun dan Korea. Penilaian pada Tahun 4, 11 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara menunjukkan pencapaian yang rendah dan 7 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah daripada penilaian yang telah dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Pada Tahun 8 pula, 11 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 8 buah negara (purata pencapaian yang rendah) dan 16 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah. 7.0 Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Segi Gender Dari Tahun 1995 Hingga Tahun 2007 Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan untuk dikaji. Keputusan TIMSS (Trend International Issues In Mathematics and Science) pada tahun 1995 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam subjek mata pelajaran Matematik dan Sains pada peringkat gred 4 dan gred 8. Matematik dan Sains adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan 16
  • 17. negara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegang pendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaian Matematik dan Sains di negara ini. 7.1 Faktor-Faktor Perbezaan Pencapaian Pelajar Perbezaan pencapaian Matematik Dan Sains di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan merupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktor penyebab berlakunya perkara ini. Antaranya ialah: 7.1.1 Bakat Atau Minat Mereka Dalam Subjek Matematik Dan Sains Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. Ini disebabkan mereka lebih berminat kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara dua satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan, latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepada melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir semata- mata. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih cenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana tidak formal berbanding pelajar perempuan. Di mana sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka sesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Pelajar lelaki sukar memberi tumpuan dalam satu jangka masa yang lama untuk mendengar pengajaran guru berbanding pelajar perempuan. 7.1.2 Sikap Pelajar Membuat Kerja Rumah Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concrete sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran, 17
  • 18. menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding pelajar lelaki. Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudah memahami pelajaran dan membantu meningkatkan pencapaian Matematik dan Sains mereka berbanding pelajar lelaki. Hasil daripada kajian, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor min yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Hal ini bermaksud, pelajar perempuan lebih bersikap positif dalam pembelajaran. Sikap ini membenarkan pelajar perempuan mempunyai kelebihan dalam memahami dan menguasai pembelajaran dan boleh meningkatkan pencapaian mereka. Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik dan Sains seseorang pelajar di mana sikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik dan Sains akan menyebabkan pelajar tekun belajar Matematik dan Sains dan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang mempunyai sikap yang negatif. 7.1.3 Pendidikan Keluarga Pendidikan keluarga di sini bermaksud keluarga yang mempunyai pendidikan yang baik dapat membantu anak-anaknya mencapai kejayaan anak-anak mereka di masa hadapan. Ibu bapa yang lepasan universiti dapat memberi pendapat dan idea kepada anak-anaknya dalam membuat keputusan dan tugasan yang perlu disiapkan. Status ekonomi keluarga juga mempengaruhi kejayaan anak-anak. Bagi keluarga yang kaya, mereka lebih mampu dalam membiayai keperluan anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang demi mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka seperti menyara anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, menghadiri kelas tuisyen, membeli pelbagai rujukan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang bertaraf miskin, mereka tidak mampu dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka. 7.1.4 Sumber Rujukan Di Rumah Sekarang ini, kemudahan internet amat penting bagi semua orang tidak kira tua atau muda. Dengan adanya kemudahan internet, pelajar dapat mencari maklumat dengan cepat dan jimat dari segi masa dan tenaga. Selain itu, untuk maklumat subjek Matematik dan Sains juga boleh diperolehi sama ada dalam bentuk video, eksperimen dan kaedah atau teknik mengenai tajuk- tajuk yang dipelajari. Buku rujukan di rumah yang masih boleh digunakan, janganlah kita membuang begitu sehaja. Gunalah selagi masih boleh digunakan. Alat bantuan mengajar di 18
  • 19. rumah seperti bahan-bahan yang maujud boleh digunakan seperti benda yang nampak dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. 7.1.5 Masa Yang Diluang Selepas Sekolah Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekeliling mereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran, akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan pelajaran. Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih baik. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan- rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan. 8.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar Malaysia masih berada pada tahap yang bawah dan jurang pencapaian pelajar kita dalam bidang Matematik dan Sains semakin meluas berdasarkan kajian TIMSS yang telah dilakukan. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama, kerana kualiti pendidikan tinggi berkorelasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka panjang. Sekiranya tiada usaha dijalankan untuk melonjakkan standard pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan. Melalui kajian ini, para pendidik dan pemerhati perlu meneliti semula kurikulum negara dan membuat perbandingan dengan negara maju yang mana pelajar mereka memperoleh pencapaian yang tinggi dalam Matematik dan Sains. Justeru itu, kajian TIMSS dapat memberi panduan kepada setiap negara yang terlibat dalam penilaian tersebut agar dapat memperbaiki sistem pendidikan terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. 19
  • 20. Bibliografi Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J. et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 23, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2003i/scienceD.html. International Science and Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades (TIMSS 2007). TIMSS & PIRLS International Study Center, Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, USA. J.G Saylor dan W.M Alexander. 1974. Buku Planning Curiculum for school. Martin, M.O., Mullis, I.V.S., et. al. (2000). TIMSS 1999 International Science Report: Findings from IEA's Repeat of the Third International Mathematics and Science Study at the Eighth Grade. Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss1999i/science_achievement_report.html. Martin, M.O., Mullis, I.V.S., & Foy, P. et. al. (2008). TIMSS 2007 International Science Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 22, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2007/sciencereport.html. M.O., Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J., et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades.Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2003i/mathD.html. Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et. al (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/TIMSS2007/mathreport.html. Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et al. (2000). TIMSS 1999 International Mathematics Report: Findings from IEA's Repeat of the Third International Mathematics and Science Study at the Eighth Grade. Diperoleh pada September 19, 2011 daripadahttp://timss.bc.edu/timss1999i/math_achievement_report.html. Tickle, L. 1999. Teacher Induction: The Way Ahead. Buckingham: Open University Press. Wiseman, D. L., Cooner, D. D., Knight, S. L. 1999. Becoming a Teacher in a Field-Based Setting: An Introduction to Education and Classrooms.USA:Wadsworth Publishing Company. 20
  • 21. LAMPIRAN 21