SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  23
Latar Belakang Jata 
Negara & Bendera 
Negeri Malaysia 
Wednesday, July 14, 2010 
Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia 
Bendera Malaysia JALUR GEMILANG 
Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang 
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur 
putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah 
negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, 
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
dan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas 
jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua 
itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang 
pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna 
Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha 
Mulia Raja-Raja.
Jata Negara Malaysia 
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang 
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang 
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah 
keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, 
Perlis, Kelantan dan Terengganu). 
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian 
sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini 
adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama 
besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna 
Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri 
Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. 
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian 
di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah 
kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau 
yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu 
digunakan dalam Lambang Malaysia, 
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan 
tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja 
bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya 
dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat 
kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka. 
Posted by sivik 2010 at 6:15 AM No comments: 
Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook
Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan 
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih 
dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah 
bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang 
melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah 
menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna 
Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan 
negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. 
 Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi 
Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. 
 Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam 
mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan 
berkeperibadian Malaysia. 
 Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman 
makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang 
berasaskan sains dan teknologi. 
 Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong 
dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. 
 Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang 
keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah 
dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan 
kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan 
perpaduan.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna 
utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan 
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna 
Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan 
melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara 
yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era 
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. 
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna 
biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat 
dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga 
Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 
13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah 
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama 
Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat 
Kerajaan dan pentadbiran. 
 Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. 
 Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam 
menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik 
dan berprogresif. 
 Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. 
 Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya 
dalam taman bercahaya 
Posted by sivik 2010 at 6:05 AM No comments: 
Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook 
Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia 
BENDERA NEGERI SABAH 
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama 
dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini 
berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna 
nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah 
petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna 
melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling 
atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna 
merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih 
melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan 
keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan 
kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat 
kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran 
Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SABAH 
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan 
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan 
lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di 
bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian 
atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili 
dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu 
berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku 
oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah 
"Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu 
melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di 
negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna 
lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan 
keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. 
Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan 
perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan 
semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
BENDERA NEGERI SARAWAK 
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam 
daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan 
dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna 
kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan 
serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan 
kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang 
merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning 
bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di 
dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat 
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
LAMBANG NEGERI SARAWAK 
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan 
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi 
"politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan 
Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia. 
BENDERA NEGERI TERENGGANU 
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah 
hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan
kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama 
negeri. 
LAMBANG NEGERI TERENGGANU 
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. 
Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala 
di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang 
di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat 
Istiadat Kebesaran.
BENDERA NEGERI SELANGOR 
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah 
iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan 
bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama 
Islam ditunjukkan dengan warna putih. 
LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah 
ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris 
Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi 
"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang 
dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu. 
BENDERA PULAU PINANG 
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna 
putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda 
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG 
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning 
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan 
empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan 
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan 
penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis 
keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan 
putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang 
memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang 
terdapat di Pulau Pinang.
BENDERA NEGERI PERLIS 
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu 
maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda. 
LAMBANG NEGERI PERLIS 
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. 
Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
BENDERA NEGERI SEMBILAN 
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah 
bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya 
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. 
LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam 
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan 
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya 
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah 
Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. 
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara 
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar. 
BENDERA NEGERI MELAKA 
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan 
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara 
anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri 
dan Malaysia.
LAMBANG NEGERI MELAKA 
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. 
Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman 
dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. 
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor 
pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu 
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil 
keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya. 
BENDERA NEGERI KELANTAN 
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. 
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini .
LAMBANG NEGERI KELANTAN 
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan 
orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk 
meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan 
dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala 
Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun 
yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah 
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. 
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.
BENDERA NEGERI PAHANG 
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan 
hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara 
melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang 
adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan 
warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri 
yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti 
bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat 
istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja 
sebagai negeri beraja dan berdaulat.
LAMBANG NEGERI PAHANG 
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk 
penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa 
dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri 
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari 
emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu 
gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi 
satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah 
lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga 
dijadikan azimat yang berguna. 
BENDERA NEGERI PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning 
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran 
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning 
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul 
Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir 
Perak Darul Ridzuan. 
LAMBANG NEGERI PERAK 
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha 
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit 
yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan 
Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan 
sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
BENDERA NEGERI KEDAH 
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning 
dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang 
merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan 
kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai 
melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya 
LAMBANG NEGERI KEDAH 
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama 
Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
BENDERA NEGERI JOHOR 
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. 
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. 
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri . 
LAMBANG NEGERI JOHOR 
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan 
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan 
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua 
ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang 
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang 
berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua 
jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu. 
Posted by sivik 2010 at 4:44 AM 4 comments: 
Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook 
Home 
Subscribe to: Posts (Atom) 
Followers 
Blog Archive 
 ▼ 2010 (3) 
o ▼ July (3) 
 Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia 
 Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan 
 Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri -Negeri M... 
About Me 
sivik 2010 
View my complete profile 
Simple template. Powered by Blogger.

Contenu connexe

Tendances

02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
Michael Chin
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilang
was_4411
 
Lambang2 negara(form 5)
Lambang2 negara(form 5)Lambang2 negara(form 5)
Lambang2 negara(form 5)
Izzul Haziq
 
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
Nor Azlena Wati Daud
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
amiragee
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
firo HAR
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
kavitha_mnm
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
Ninie Aziz
 

Tendances (20)

Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
 
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilang
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di MalaysiaSejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
 
6 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 46 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 4
 
Lambang2 negara(form 5)
Lambang2 negara(form 5)Lambang2 negara(form 5)
Lambang2 negara(form 5)
 
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
 
Format karangan
Format karanganFormat karangan
Format karangan
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Persidangan raja raja melayu
Persidangan raja raja melayuPersidangan raja raja melayu
Persidangan raja raja melayu
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
 
NOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BMNOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BM
 

En vedette

Bendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysiaBendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysia
kikinani
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
Fattah Fazel
 
Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015
Nazri Musa
 
Anggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remajaAnggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remaja
Mohddali
 
1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg
1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg
1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg
alangbariah bidin
 

En vedette (20)

Faktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsaFaktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsa
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
 
Bendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysiaBendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysia
 
Bendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaBendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysia
 
Bendera Negeri Di Malaysia
Bendera Negeri Di MalaysiaBendera Negeri Di Malaysia
Bendera Negeri Di Malaysia
 
Bendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaBendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysia
 
malaysia negaraku
malaysia negarakumalaysia negaraku
malaysia negaraku
 
Bendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
Bendera-Bendera Negeri dan WP di MalaysiaBendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
Bendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
 
Kenali bendera negeri
Kenali bendera negeriKenali bendera negeri
Kenali bendera negeri
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
Anggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remajaAnggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remaja
 
Panji panji ppk
Panji panji ppkPanji panji ppk
Panji panji ppk
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
 
Kenali bendera di malaysia
Kenali bendera di malaysiaKenali bendera di malaysia
Kenali bendera di malaysia
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
 
1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg
1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg
1.muka depan prakata isi kandungan_modul ppg
 
Konsep Sejarah KSSR Tahun 5
Konsep Sejarah KSSR Tahun 5Konsep Sejarah KSSR Tahun 5
Konsep Sejarah KSSR Tahun 5
 

Similaire à Latar belakang jata negara (6)

Kenali malaysia
Kenali malaysiaKenali malaysia
Kenali malaysia
 
bendera kita.pptx
bendera kita.pptxbendera kita.pptx
bendera kita.pptx
 
A2.Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor.ppt
A2.Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor.pptA2.Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor.ppt
A2.Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor.ppt
 
LAMBANG DAN BENDERA.pptx
LAMBANG DAN BENDERA.pptxLAMBANG DAN BENDERA.pptx
LAMBANG DAN BENDERA.pptx
 
Negara malaysia
Negara malaysiaNegara malaysia
Negara malaysia
 
bendera lagu.pptx
bendera lagu.pptxbendera lagu.pptx
bendera lagu.pptx
 

Plus de Mugilah Mugilah (13)

Minit linus
Minit linusMinit linus
Minit linus
 
B1 d5e1 sains thn 1
B1 d5e1 sains thn 1B1 d5e1 sains thn 1
B1 d5e1 sains thn 1
 
B1 d2e1 sains thn 1
B1 d2e1 sains thn 1B1 d2e1 sains thn 1
B1 d2e1 sains thn 1
 
Laporan hari anugerah cemerlang 2011
Laporan hari anugerah cemerlang 2011Laporan hari anugerah cemerlang 2011
Laporan hari anugerah cemerlang 2011
 
Minit kedua panitia muzik 2011
Minit kedua panitia muzik 2011Minit kedua panitia muzik 2011
Minit kedua panitia muzik 2011
 
Kajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzikKajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzik
 
Surat permohonan-spbt-2015
Surat permohonan-spbt-2015Surat permohonan-spbt-2015
Surat permohonan-spbt-2015
 
High acidic foods list
High acidic foods listHigh acidic foods list
High acidic foods list
 
Bab2 penyeliaan
Bab2 penyeliaanBab2 penyeliaan
Bab2 penyeliaan
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
 
Linus
LinusLinus
Linus
 
Rancangan tahunan sains tahun 4 sjkt
Rancangan tahunan sains tahun 4 sjktRancangan tahunan sains tahun 4 sjkt
Rancangan tahunan sains tahun 4 sjkt
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 

Latar belakang jata negara

  • 1. Latar Belakang Jata Negara & Bendera Negeri Malaysia Wednesday, July 14, 2010 Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia Bendera Malaysia JALUR GEMILANG Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • 2. Jata Negara Malaysia Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia, Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka. Posted by sivik 2010 at 6:15 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook
  • 3. Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.  Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.  Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.  Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.  Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.  Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
  • 4. BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di
  • 5. Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.  Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.  Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.  Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.  Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya Posted by sivik 2010 at 6:05 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia BENDERA NEGERI SABAH Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
  • 6. LAMBANG NEGERI SABAH Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
  • 7. BENDERA NEGERI SARAWAK Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
  • 8. LAMBANG NEGERI SARAWAK Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia. BENDERA NEGERI TERENGGANU Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan
  • 9. kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. LAMBANG NEGERI TERENGGANU Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
  • 10. BENDERA NEGERI SELANGOR Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih. LAMBANG NEGERI SELANGOR
  • 11. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu. BENDERA PULAU PINANG Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
  • 12. LAMBANG NEGERI PULAU PINANG Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
  • 13. BENDERA NEGERI PERLIS Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda. LAMBANG NEGERI PERLIS Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
  • 14. BENDERA NEGERI SEMBILAN Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. LAMBANG NEGERI SEMBILAN
  • 15. Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar. BENDERA NEGERI MELAKA Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
  • 16. LAMBANG NEGERI MELAKA Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya. BENDERA NEGERI KELANTAN Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini .
  • 17. LAMBANG NEGERI KELANTAN Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.
  • 18. BENDERA NEGERI PAHANG Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.
  • 19. LAMBANG NEGERI PAHANG Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna. BENDERA NEGERI PERAK
  • 20. Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. LAMBANG NEGERI PERAK Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
  • 21. BENDERA NEGERI KEDAH Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya LAMBANG NEGERI KEDAH Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
  • 22. BENDERA NEGERI JOHOR Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri . LAMBANG NEGERI JOHOR Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
  • 23. "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu. Posted by sivik 2010 at 4:44 AM 4 comments: Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook Home Subscribe to: Posts (Atom) Followers Blog Archive  ▼ 2010 (3) o ▼ July (3)  Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia  Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan  Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri -Negeri M... About Me sivik 2010 View my complete profile Simple template. Powered by Blogger.