SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA
MELAYU MURID-MURID SEKOLAH RENDAH
SESI PENGAJIAN :
PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)
TUGASAN : KUMPULAN
TAJUK TUGASAN
KRB 3013 : PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR ROHIZANI BT YAAKOB
TARIKH HANTAR : MARKAH :
1
(The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In Malay
Language Among Primary School Children)
ABSTRAK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa
Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang
demikian,kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran
membacadan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di
luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 35 murid sekolah rendah tahun 1 diluar
bandar Bandar Kota Bharu.Kajian ini adalah berbentuktinjauan deskriptif dengan
menggunakan borang soal selidik yang merangkumimaklumat latar belakang serta
masalah yang murid-murid alami dalam kemahiranmembaca dan menulis.Sehubungan
itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatmasalah dalam diri murid untuk
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalamBahasa Melayu, antaranya
pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dankaedah pengajaran guru.
Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membacamenunjukkan bahawa kegagalan
murid-murid memahami kandungan maklumat dalamteks yang dibaca
BAB 1
2
PENGENALAN
Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah dipandang
serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kerajaan mensasarkan sifar
buta huruf pada tahun 2020. Kementerian Palajaran Malaysia melaporkan pada tahun
1993 terdapat sejumlah 80,000 murid sekolah rendah di Malaysia masig menghadapi
masalah dalam penguasaan asas 2M iaitu membaca dan menulis. Laporan Kajian
Penilaian Program Pemulihan Khas di sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan
dan penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) juga turut menemui pelbagai kes berkaitan
dengan Pendidikan Pemulihan khas.Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahun
1999 terdapat lebih 78,000 orang murid sekolah rendah telah mengikuti pemulihan
matapelajaran Bahasa Melayu.
Menurut Deller (1991), membaca adalah kemahiran yang bernilai kepada semua murid
sama ada murid itu normal ataupun istimewa. Membaca merupakan proses
berkomunikasi sebagai usaha untuk memperoleh maklumat dan penguasaan bahasa
seseorang. Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca akan mewujudkan
masalah seseorang murid menguasai kemahiran dan matapelajaran lain. Kirk dan
Gallgner (1989) menyatakan kanak-kanak pemulihan adalah individu yang mempunyai
masalah dalam membaca, mengeja dan menulis. Kelemahan ini dapat dilihat apabila
kanak-kanak ini berada di bawah paras normal. Aras pencapaian pelajar dapat dikesan
berdasarkan umur iaitu murid-murid ini akan ketinggalan dua atau tiga tahun
berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. Namun begitu, ini tidak
bermakna bahawa mereka mengalami kecacatan mental, masalah emosi yang serius
atau kecacatan sensori.
Berdasarkan pernyataan penyelidik maka kajian ini amat penting untuk mengetahui
punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam menguasai
kemahiran membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi suku kata kv+ kvk.
3
Mereka juga kurang minat dalam masalah pembelajaran.Latihan yang diberikan dalam
kelas tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana masalah membaca yang dihadapi
oleh mereka. Melalui pemerhatian yang telah dibuat menunujukkan punca murid ini
tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti murid-murid lain disebabkan oleh
tahap kognitif mereka lemah berbanding murid-murid-murid lain.
Selain itu murid-murid ini tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah dan
dibawah paras kemiskinan. Mereka ini kurang bimbingan kerana tiada siapa yang dapat
member sokongan semasa mereka berada di rumah. Proses pembelajaran mereka
terhad dan hanya berlaku di sekolah sahaja. Faktor lain, mereka kurang tumpuan dan
hilang minat untuk belajar dan hanya mementingkan bermain sahaja. Sukatan
Pelajaran yang diajar dikelas biasa agak tinggi dan tidak sesuai dengan aras pemikiran
mereka. Beberapa ujian saringan telah dibuat untuk mengenalpasti dimana kelemahan
murid-murid ini.Antara ujian tersebut ialah ujian pra mengenal huruf dan membaca
perkataan mudah beserta gambar. Kebiasaannya murid pemulihan ini tidak melepasi
ujian dan tersekat sekat dalam membaca walaupun perkataan tersebut mudah.
Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan
memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan
menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan
iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata. Namun banyak kekangan yang
terpaksa di hadapi oleh guru dalam masalah ini kerana kebanyakkan murid ini
mempunyai keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. Tahap kesedaran yang
rendah di kalangan ibubapa dan mereka mudah selesa dengan apa yang ada.
Disebabkan golongan ini berpendapatan rendah maka mereka tidak mampu untuk
membeli bahan bacaan dan mengharapkan pelajaran di sekolah sahaja.
1.1Latar belakang program
4
Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan
memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan
menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira
berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata
1.1.1 tempat kajian : sk sultan ismail
1.1.2 tempoh kajian : 3 minggu
1.1.3 kumpulan sesaran : Murid tahap 1
1.1.4 bilangan kumpulan sesaran : 35 orang ( 1 kelas)
1.2Tujuan dan objektif program
1.2.1 tujuan program
Menghasilkan modul pembelajaran berasaskan permasalahan membaca di
kalangan murid.Dan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca berasaskan
pengunaaan kad bergambar dan suku kata.
1.2.2 Objektif program
Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah pandang dan
sebut dalam membantu murid tahap satu kelas pemulihan dalam menguasai
kemahiran membaca dengan cepat tanpa mengalami keciciran berulang dan
mencapai kejayaan kearah sifar buta huruf 2020 nanti. Antara objektif yang hendak
dicapai iaitu:
1.2.2.1 Mengkaji keberkesanan kaedah pandang dan sebut untuk digunakan
kepada murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca.
1.2.2.2 Memastikan kaedah pandang dan sebut dapat menarik minat murid-murid
membaca dan meransang perkembangan kognitif mereka supaya dapat menguasai
kemahiran membaca.
.1.2.2.3 Mengenapasti kaaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap kognitif murid-murid.
5
1.3Signifikan kajian
Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat diaplikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan dan dapat member
manfaat kepada semua murid supaya dapat menguasai kemahiran membaca dalam
masa yang singkat. Program cepat membaca ini diharapkan akan dapat
membendung masalah keciciran murid dalam menguasai kemahiran membaca di
kalangan murid-murid sekolah Rendah. Selain itu kajian ini dapat member manfaat
kepada guru Bahasa Melayu mengenalpasti kelemahan murid dan menangani sifar
buta huruf menjelang 2020 di kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat memberi
dorongan atau motivasi kepada guru untuk mengajar murid-murid tanpa rasa jemu
dan dapat memupuk minat membaca supaya bacaan mereka lebih lancar
berbanding menggunakan kaedah lain. Di samping itu, guru pemulihan dapat
menyumbang idea yang kreatif kearah mendidik anak bangsa
1.4Jawatan kuasa program
Tajuk : JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN 2M
Penasihat: : TUAN GURU BESAR SK SULTAN ISMAIL 1
Pengerusi : GPK 1
Penyelaras Program : Pn Noor laily Bt Mustapha
Setiausaha : En Radnan Ibrahim
Jawatan Kuasa Kerja
1. Latihan Dan Pengayaan
6
En Mazri bin Ibrahim( Guru BM tahun 1)
En Abdullah Awang ( Guru Linus tahap 1)
2. Penilaian Pentaksiran
Pn Shalkis Samihah Bt Ismail
Pn Azzizah Joned
Cik maznah Hamid
3. Bimbingan Dan Bantuan
Pn Rohaizat bt Jamaluddin
En Azam Derahman
En Zainuddin Salleh
4. Bahan Bantu Mengajar Dan Sokongan
Encik Ahmad Murdani B Yusuf
BAB 2
7
LITERATURE
Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam.Bahkan
wahyu pertama didalam Islam ialah iqra‟ yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita
terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi sesuatu yang keperluan. Tanpa
kemahiran membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam
kehidupan. John Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah
mendefinisikan membaca sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.
Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar Membaca : Teori dan
Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran ( 2004:159 ), telah mendefinisikan
membaca sebagai proses mengecam,membuat interpretasi,membuat persepsi keatas
bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses penguasaan terhadap konseo
huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd Sharani Ahmad dan
Zainal Madon:2003 ).
Kebanyakan pakar dalam bidang bidang membaca memberikan makna membaca yang
agak sama yang membezakannya hanyalah susunan ayat. Secara
ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-lambang kedalam
bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu mudah
diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta
huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan
oleh pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca
namun ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada
umur yang terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran
akan terganggu. Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima
hingga enam tahun.Perlu diketahui.masalah membaca sebenarnya berpunca daripada
banyak faktor tetapi masalah besar boleh diklasifikasikan sebagai masalah dalaman
dan masalah luaran. Dalam tugasan ini,kami akan menjelaskan punca-punca dalaman
8
dan luaran yang menyebabkan seseorang itu menghadapai masalah kesukaran untuk
membaca yang sekaligus akan merugikan negara daripada segi ekonomi,sosial
mahupun politik.
Mooney (1992, dalam Mohd Arif Abdul Rani, 1995) dalam kajiannya dengan
menggunakan senarai semak masalah terhadap 600 orang pelajar sekolah tinggi
mendapati masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar adalah belajar, kewangan,
suasana kehidupan, menyesuaikan diri dengan sekolah dan memilih kerjaya di masa
hadapan. Kajian Tajul Ariffin (1980,dalamMohd Arif Abdul Rani, 1995) mendapatipelajar
suka lebih mengumpul kerja-kerjakursus daripada belajar memahamkan isi kuliah dan
mula belajar pada saat-saat akhirsemasa peperiksaan. Selain itu, pelajar
jugamengalamigangguan fikiran semasa belajar danmudah kehilangan minat untuk
belajar apabila berhadapan dengan tajuk dan masalah yang sukar.Malahan kira-kira
40% pelajar tidak mempunyai jadual belajar yang tetap.Kajian Ahmad Amiruddin (1999)
mendapati masalah yang mempengaruhi pencapaianakademik pelajar ialah masalah
keluarga, persekitaran, dan kerjaya manakala kewanganbukan masalah yang
mempengaruhi pencapaianakademik mereka. Menurut Jalil Said(1997),
Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan IndukPembangunan
Pendidikan (PIPP).Antaranya ialah pembangunan insan yang merujukkepada ilmu
pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pulamelalui
membaca . Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya
mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh
Smith(dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih
dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran
membaca. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama
adasekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat.
MengikutStatistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
(1997)menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh
Malaysiamenghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh
menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
9
Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan.Di dalam satu kajian,didapati
hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajiantersebut
dijalankan.Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajukbuku yang
dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat yang
dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat
setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan
tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua,
menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan
kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap
ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka
kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999)
pula menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan
satumasih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukan
bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang
perlu diatasi segera.Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan
pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan
mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan.
BAB 3
10
METADOLOGI KAJIAN
3.1 Kumpulan Sesaran
Pelajar tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1
3.2 Lokasi
Pinggir Bandar Kota Bharu
3.3 Prosedur Perlaksanaan
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut
model Somekh (1989) seperti berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati
Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan
kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan
kajian kepada langkah 2.
Langkah 2- Mengumpul data
Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang
terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas
Satu SK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, pengkaji akan mengambil data
berkaitan mata pelajaran BM serta menemubual pelajar yang terlibat dengan kajian
yang akan dilakukan nanti.
11
Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis
Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan
ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2013 bagi mengetahui tahap pencapaiaan
pelajar kelas Satu ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa
Melayu. Ujian ini akan melibatkan 30 orang pelajar Melayu. Format ujian ialah soalan
berbentuk aneka pilihan sebanyak 10 soalan dan satu soalan berbentuk karangan
ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini
merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala
soalan karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar
menggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat-ayat mudah.
Langkah 4- Merancang pelan tindakan
Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan
simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu di SK Sultan Ismail Kota Bharu
Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan
Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul
Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan
Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar
Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
12
Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi
mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan
terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini
melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala
soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar
mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Langkah 7- Menganalisis dan menilai
Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan penyebutan bagi
menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.
Langkah 8- Refleksi
Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian
ini.
i) Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada pelajar kelas Satu
yang terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 14 orang perempuan dan 16 orang
pelajar lelaki.
ii) Instrumen Kajian
13
Kajian ini akan melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di bawah :
Pemerhatian- Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan pelajar
terhadap penggunaan perbendaraan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu.
Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta melihat cara
pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan soalan,
menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas.
Ujian Pencapaian- Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa
patah perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta berkomunikasi di
dalam kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian tahap penguasaan
pelajar-pelajar tersebut.
iii) Metod Analisis
Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan
kajian yang akan diambil. Manakala satu solan berbentuk karangan ringkas akan
dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-
soalan berkaitan tatabahasa dan pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk
karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan
pembendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan
terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini
melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala
soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar
mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama
dengan pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum
14
ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu
diperolehi.Ketiga aktiviti akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana jangka masa
bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini.
Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dianalisis
melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi
dalam kumpulan menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang betul
menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil.Selain itu pemerhatian ini juga dapat
mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat
respon terhadap pengajaran guru.
15
BAB 4
MODUL LATIHAN
4.1modul 1
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul
Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih.
Tarikh : 17 Januari 2013, 7 Mac 2013, & 4 April 2013
Tempoh : 30 minit
Langkah- langkah :
a) Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar.
b) Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata
yang dipegang oleh pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar.
c) Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan-
rakan kelas sekurang-kurangnya 10 kali.
d) Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya
10 kali secara berulang-ulang.
16
4.2modul 2
Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan
Bahan yang digunakan : kad manila, gunting, benang.
Tarikh : 24 Januari 2013, 31 Januari 2013, 14 Mac 2013, 21 Mac 2013,& 11
April 2013.
Tempoh : 30 minit
Langkah-langkah :
a) Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar.
b) Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan
bagi watak masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan.
c) Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan
mengantung pada badan mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing.
d) Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah
disediakan di bawah tunjuk ajar guru.
e) Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak
masing-masing seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya.
f) Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan
menceritakan semula apa yang telah diperolehi.
g) Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak
lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.
4.3modul 3
17
Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar
Bahan yang digunakan: kertas putih, pensel.
Tarikh: 28 Februari, 28 Mac 2013, & 18 April 2013
Tempoh: 30 minit
Langkah-langkah:
a) Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar.
b) Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan.
c) Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru.
d) Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya.
e) Hasil ejaan dikutip.
f) Tamatnya masa ejaan dan hasil ejaan dibawa untuk disemak dan
dinilaikan.
18
BAB 5
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Kekuatan Dan Kelemahan
a) Kekuatan
keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat membantu murid-
murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara kekuatan dan
keistimewaan kaedah ini adalah;
i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang
jelas.
ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.
iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan
guru mengajar dan murid belajar.
iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku
kata, perkataan dan frasa dalam satu pelajaran.
v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.
vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk
dibina. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam.
vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.
19
viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid.
ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.
x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar
menggunakan kaedah ini.
xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah rendah boleh menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa.
b) Kelemahan
i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan
menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid
tersebut dan terpaksa bermula semula.
ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.
iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.
iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah
diajar.
v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan
penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami
maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk
membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak
mempunyai perbendaharaan yang cukup.
5.2 Cadangan Penambahbaikan
20
i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum
murid dapat membaca frasa.
ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu
berbanding secara kumpulan atau kelas.
iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-
murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan
membatang.
iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.
v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran
dan ingatan murid-murid
5.3 Implikasi
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid
membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian
terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk
mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu
tidak memahami konsep mencantum perkataan.
5.4 Penutup
Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat
sekolah menengah belum lagi dijalankan.Apa yang dilakukan oleh penulis dalam
menyediakan kertas kerja ini ialah kaedah dan modul mengajar murid-murid pemulihan
khas di sekolah penulis mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah
fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap
murid-murid yang boring dengan apa yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-
21
murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjad „a hingga z‟ semenjak di
sekolah rendah lagi.
Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca „abc‟.Dengan
menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah
mampu untuk membaca buku cerita yang mudah.Keyakinan murid-murid dapat
ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai.
Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan
penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah.Hal ini
dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan
lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup.
Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan
pada masa pembelajaran biasa dalam kelas.Pembelajaran formal selama 30 minit dan
melibat waktu khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja.Manakala
pembelajaran biasa dalam kelas adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di
samping mengajar sukatan pelajaran biasa.
Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid
pemulihan sekolah menengah perlu dilakukan.Hal ini penting untuk mendapat hasil
kajian dan dapatan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih
tinggi.Sebenarnya di sekolah rendah banyak bilangan murid-murid yang belum
menguasai kemahiran asas membaca.Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh
membaca iaitu mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna
kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid memahami apa yang dibaca
bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad.
22
Lampiran
Rancangan mengajar harian
HARI : Selasa
MASA : 8.15 – 9.15 pagi
KELAS :
TEMA : Kekeluargaan
TAJUK : Kasih Ibu
FOKUS UTAMA
SK : 2.1 : Asas membaca dengan sebutan yan betul.
SP : 2.1.2 : Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang
betul
FOKUS SAMPINGAN
SK : 3.2 : Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan
betul dan kemas
SP : 3.2.2 : Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang
kemas.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. Mengeja suku kata terbuka dengan betul
ii. Membatangkan suku kata terbuka dengan betul.
iii. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
23
PENGISIAN KURIKULUM
i. Ilmu: Pendidikan Moral
ii. KBT: KB – mencirikan
KP – Verbal Linguistik
BCB – Bacaan Intensif
SISTEM BAHASA : Tatabahasa: kata nama
BBM : Buku Teks, Buku Aktiviti, Bahan Grafik, Laptop
NILAI : Kasih Sayang, Hormat Menghormati
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN
KURIKULUM
CATATAN
Set Induksi;
1. Guru memperdengarkan lagu “IBU”
Lirik Lagu “IBU”
Ibu….ibu…..
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu….ibu…
Engkaulah ratu hatiku.
-
KBT
Kecerdasan
pelbagai - Muzik
Lembaran Kerja
Lirik Lagu “Ibu”
BBB : Laptop, LCD
Versi/Melodi : P.
Ramlee
Langkah 1
1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada
murid
2. Guru membaca lirik lagu mengikut
sebutan dan intonasi yang betul.
KBT
KP – Verbal
Linguistik
Lirik lagu
24
3. Guru mengeja dan membatangkan
suku kata terbuka yang terdapat dalam
lirik lagu dan diikuti oleh murid.
Langkah 2
1. Murid diminta mengeja suku kata
terbuka yang terdapat lagu
Contoh: ibu, bila, ratu
2. Murid diminta mengeja suku kata
terbuka yang terdapat dalam buku teks
sambil dipantau oleh guru.
Contoh: bi, bu, la, ra, tu, la, ti
KBT
KP- Verbal
Linguistik Lirik lagu
Langkah 3
1. Murid diminta membatangkan suku
kata berdasarkan kata nama yang diberi
dengan menggunakan sebutan yang betul.
Contoh: gula
cili
baju
pagi
muka
dadu
2. Murid membatang suku kata
berdasarkan kata nama yang terdapat
dalam buku teks.
Contoh:
Gu la
Ba ju
KBT
KB- Mencirikan Buku teks m/s 13
Langkah 4
1. Murid diminta menulis suku kata
terbuka yang terdapat dalam lirik lagu
dengan betul dan kemas.
KBT
BCB – bacaan
intensif
Buku aktiviti
(jilid 1)
M/s : 13
25
2. Murid diminta mengeja semula suku
kata yang telah ditulis dengan betul
sebagai latih tubi.
Pentaksiran
Terdapat 10 daripada 25 orang murid yang
masih lemah dalam mengeja dan
membatangkan suku kata terbuka
berdasarkan perkataan yang diberikan oleh
guru.
Pemulihan
1. Guru memberikan lembaran kerja yang
mengandungi suku kata terbuka sebagai
latih tubi kepada murid.
Pengayaan
1. Murid membaca kata nama yang
mengandungi suku kata terbuka secara
mekanis.
Buku teks
Refleksi
Sebahagian murid tidak dapat mengeja
dan membatangkan suku kata terbuka.
Objektif pada hari ini tidak tercapai.
26
Bibliografi
Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books.
Azman Wan Chik (1979).Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan.
KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan
Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung
Malim:UPSI.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah
Alam:Penerbit Fajar Bakti.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah
Alam:Penerbit Fajar Bakti.
J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman
GroupLimited
Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York:
ProfessionalBooks.

More Related Content

What's hot

Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturSYIZIDAM BNK
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 

What's hot (20)

Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 

Similar to MENINGKATKAN KEMAHIRAN

Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaanNorbaizura Md Isa
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upmCvem Cool
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifBujangpauzan
 
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranPermata_An-Nur
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusAhmad NazRi
 

Similar to MENINGKATKAN KEMAHIRAN (20)

1
11
1
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm
 
prof rashid.pdf
prof rashid.pdfprof rashid.pdf
prof rashid.pdf
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
 
Assign kajian
Assign kajianAssign kajian
Assign kajian
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 

More from muhammad

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxmuhammad
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1muhammad
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1muhammad
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanmuhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 

More from muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 

MENINGKATKAN KEMAHIRAN

  • 1. PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU MURID-MURID SEKOLAH RENDAH SESI PENGAJIAN : PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG) TUGASAN : KUMPULAN TAJUK TUGASAN KRB 3013 : PRINSIP PENGAJARAN BACAAN NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR ROHIZANI BT YAAKOB TARIKH HANTAR : MARKAH :
  • 2. 1 (The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In Malay Language Among Primary School Children) ABSTRAK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian,kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membacadan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 35 murid sekolah rendah tahun 1 diluar bandar Bandar Kota Bharu.Kajian ini adalah berbentuktinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumimaklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiranmembaca dan menulis.Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatmasalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalamBahasa Melayu, antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dankaedah pengajaran guru. Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membacamenunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalamteks yang dibaca BAB 1
  • 3. 2 PENGENALAN Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kerajaan mensasarkan sifar buta huruf pada tahun 2020. Kementerian Palajaran Malaysia melaporkan pada tahun 1993 terdapat sejumlah 80,000 murid sekolah rendah di Malaysia masig menghadapi masalah dalam penguasaan asas 2M iaitu membaca dan menulis. Laporan Kajian Penilaian Program Pemulihan Khas di sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) juga turut menemui pelbagai kes berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan khas.Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahun 1999 terdapat lebih 78,000 orang murid sekolah rendah telah mengikuti pemulihan matapelajaran Bahasa Melayu. Menurut Deller (1991), membaca adalah kemahiran yang bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupun istimewa. Membaca merupakan proses berkomunikasi sebagai usaha untuk memperoleh maklumat dan penguasaan bahasa seseorang. Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca akan mewujudkan masalah seseorang murid menguasai kemahiran dan matapelajaran lain. Kirk dan Gallgner (1989) menyatakan kanak-kanak pemulihan adalah individu yang mempunyai masalah dalam membaca, mengeja dan menulis. Kelemahan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak ini berada di bawah paras normal. Aras pencapaian pelajar dapat dikesan berdasarkan umur iaitu murid-murid ini akan ketinggalan dua atau tiga tahun berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa mereka mengalami kecacatan mental, masalah emosi yang serius atau kecacatan sensori. Berdasarkan pernyataan penyelidik maka kajian ini amat penting untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi suku kata kv+ kvk.
  • 4. 3 Mereka juga kurang minat dalam masalah pembelajaran.Latihan yang diberikan dalam kelas tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana masalah membaca yang dihadapi oleh mereka. Melalui pemerhatian yang telah dibuat menunujukkan punca murid ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti murid-murid lain disebabkan oleh tahap kognitif mereka lemah berbanding murid-murid-murid lain. Selain itu murid-murid ini tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah dan dibawah paras kemiskinan. Mereka ini kurang bimbingan kerana tiada siapa yang dapat member sokongan semasa mereka berada di rumah. Proses pembelajaran mereka terhad dan hanya berlaku di sekolah sahaja. Faktor lain, mereka kurang tumpuan dan hilang minat untuk belajar dan hanya mementingkan bermain sahaja. Sukatan Pelajaran yang diajar dikelas biasa agak tinggi dan tidak sesuai dengan aras pemikiran mereka. Beberapa ujian saringan telah dibuat untuk mengenalpasti dimana kelemahan murid-murid ini.Antara ujian tersebut ialah ujian pra mengenal huruf dan membaca perkataan mudah beserta gambar. Kebiasaannya murid pemulihan ini tidak melepasi ujian dan tersekat sekat dalam membaca walaupun perkataan tersebut mudah. Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata. Namun banyak kekangan yang terpaksa di hadapi oleh guru dalam masalah ini kerana kebanyakkan murid ini mempunyai keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. Tahap kesedaran yang rendah di kalangan ibubapa dan mereka mudah selesa dengan apa yang ada. Disebabkan golongan ini berpendapatan rendah maka mereka tidak mampu untuk membeli bahan bacaan dan mengharapkan pelajaran di sekolah sahaja. 1.1Latar belakang program
  • 5. 4 Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata 1.1.1 tempat kajian : sk sultan ismail 1.1.2 tempoh kajian : 3 minggu 1.1.3 kumpulan sesaran : Murid tahap 1 1.1.4 bilangan kumpulan sesaran : 35 orang ( 1 kelas) 1.2Tujuan dan objektif program 1.2.1 tujuan program Menghasilkan modul pembelajaran berasaskan permasalahan membaca di kalangan murid.Dan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca berasaskan pengunaaan kad bergambar dan suku kata. 1.2.2 Objektif program Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah pandang dan sebut dalam membantu murid tahap satu kelas pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca dengan cepat tanpa mengalami keciciran berulang dan mencapai kejayaan kearah sifar buta huruf 2020 nanti. Antara objektif yang hendak dicapai iaitu: 1.2.2.1 Mengkaji keberkesanan kaedah pandang dan sebut untuk digunakan kepada murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca. 1.2.2.2 Memastikan kaedah pandang dan sebut dapat menarik minat murid-murid membaca dan meransang perkembangan kognitif mereka supaya dapat menguasai kemahiran membaca. .1.2.2.3 Mengenapasti kaaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap kognitif murid-murid.
  • 6. 5 1.3Signifikan kajian Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan dan dapat member manfaat kepada semua murid supaya dapat menguasai kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Program cepat membaca ini diharapkan akan dapat membendung masalah keciciran murid dalam menguasai kemahiran membaca di kalangan murid-murid sekolah Rendah. Selain itu kajian ini dapat member manfaat kepada guru Bahasa Melayu mengenalpasti kelemahan murid dan menangani sifar buta huruf menjelang 2020 di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat memberi dorongan atau motivasi kepada guru untuk mengajar murid-murid tanpa rasa jemu dan dapat memupuk minat membaca supaya bacaan mereka lebih lancar berbanding menggunakan kaedah lain. Di samping itu, guru pemulihan dapat menyumbang idea yang kreatif kearah mendidik anak bangsa 1.4Jawatan kuasa program Tajuk : JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN 2M Penasihat: : TUAN GURU BESAR SK SULTAN ISMAIL 1 Pengerusi : GPK 1 Penyelaras Program : Pn Noor laily Bt Mustapha Setiausaha : En Radnan Ibrahim Jawatan Kuasa Kerja 1. Latihan Dan Pengayaan
  • 7. 6 En Mazri bin Ibrahim( Guru BM tahun 1) En Abdullah Awang ( Guru Linus tahap 1) 2. Penilaian Pentaksiran Pn Shalkis Samihah Bt Ismail Pn Azzizah Joned Cik maznah Hamid 3. Bimbingan Dan Bantuan Pn Rohaizat bt Jamaluddin En Azam Derahman En Zainuddin Salleh 4. Bahan Bantu Mengajar Dan Sokongan Encik Ahmad Murdani B Yusuf BAB 2
  • 8. 7 LITERATURE Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam.Bahkan wahyu pertama didalam Islam ialah iqra‟ yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi sesuatu yang keperluan. Tanpa kemahiran membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. John Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah mendefinisikan membaca sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran ( 2004:159 ), telah mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam,membuat interpretasi,membuat persepsi keatas bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses penguasaan terhadap konseo huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang bidang membaca memberikan makna membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah susunan ayat. Secara ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-lambang kedalam bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu mudah diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca namun ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu. Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.Perlu diketahui.masalah membaca sebenarnya berpunca daripada banyak faktor tetapi masalah besar boleh diklasifikasikan sebagai masalah dalaman dan masalah luaran. Dalam tugasan ini,kami akan menjelaskan punca-punca dalaman
  • 9. 8 dan luaran yang menyebabkan seseorang itu menghadapai masalah kesukaran untuk membaca yang sekaligus akan merugikan negara daripada segi ekonomi,sosial mahupun politik. Mooney (1992, dalam Mohd Arif Abdul Rani, 1995) dalam kajiannya dengan menggunakan senarai semak masalah terhadap 600 orang pelajar sekolah tinggi mendapati masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar adalah belajar, kewangan, suasana kehidupan, menyesuaikan diri dengan sekolah dan memilih kerjaya di masa hadapan. Kajian Tajul Ariffin (1980,dalamMohd Arif Abdul Rani, 1995) mendapatipelajar suka lebih mengumpul kerja-kerjakursus daripada belajar memahamkan isi kuliah dan mula belajar pada saat-saat akhirsemasa peperiksaan. Selain itu, pelajar jugamengalamigangguan fikiran semasa belajar danmudah kehilangan minat untuk belajar apabila berhadapan dengan tajuk dan masalah yang sukar.Malahan kira-kira 40% pelajar tidak mempunyai jadual belajar yang tetap.Kajian Ahmad Amiruddin (1999) mendapati masalah yang mempengaruhi pencapaianakademik pelajar ialah masalah keluarga, persekitaran, dan kerjaya manakala kewanganbukan masalah yang mempengaruhi pencapaianakademik mereka. Menurut Jalil Said(1997), Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP).Antaranya ialah pembangunan insan yang merujukkepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pulamelalui membaca . Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith(dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama adasekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. MengikutStatistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997)menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysiamenghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
  • 10. 9 Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan.Di dalam satu kajian,didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajiantersebut dijalankan.Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajukbuku yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satumasih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera.Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. BAB 3
  • 11. 10 METADOLOGI KAJIAN 3.1 Kumpulan Sesaran Pelajar tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1 3.2 Lokasi Pinggir Bandar Kota Bharu 3.3 Prosedur Perlaksanaan Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Somekh (1989) seperti berikut: Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian kepada langkah 2. Langkah 2- Mengumpul data Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Satu SK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, pengkaji akan mengambil data berkaitan mata pelajaran BM serta menemubual pelajar yang terlibat dengan kajian yang akan dilakukan nanti.
  • 12. 11 Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2013 bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas Satu ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 30 orang pelajar Melayu. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 10 soalan dan satu soalan berbentuk karangan ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar menggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat-ayat mudah. Langkah 4- Merancang pelan tindakan Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Sultan Ismail Kota Bharu Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan: Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
  • 13. 12 Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah. Langkah 7- Menganalisis dan menilai Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan penyebutan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak. Langkah 8- Refleksi Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini. i) Sasaran Kajian Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada pelajar kelas Satu yang terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 14 orang perempuan dan 16 orang pelajar lelaki. ii) Instrumen Kajian
  • 14. 13 Kajian ini akan melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di bawah : Pemerhatian- Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan perbendaraan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas. Ujian Pencapaian- Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa patah perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta berkomunikasi di dalam kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian tahap penguasaan pelajar-pelajar tersebut. iii) Metod Analisis Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan kajian yang akan diambil. Manakala satu solan berbentuk karangan ringkas akan dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan- soalan berkaitan tatabahasa dan pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan pembendaharaan kata dalam membina ayat mudah. bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah. Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum
  • 15. 14 ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi.Ketiga aktiviti akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini. Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dianalisis melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi dalam kumpulan menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil.Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru.
  • 16. 15 BAB 4 MODUL LATIHAN 4.1modul 1 Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih. Tarikh : 17 Januari 2013, 7 Mac 2013, & 4 April 2013 Tempoh : 30 minit Langkah- langkah : a) Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar. b) Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang oleh pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar. c) Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan- rakan kelas sekurang-kurangnya 10 kali. d) Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali secara berulang-ulang.
  • 17. 16 4.2modul 2 Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan Bahan yang digunakan : kad manila, gunting, benang. Tarikh : 24 Januari 2013, 31 Januari 2013, 14 Mac 2013, 21 Mac 2013,& 11 April 2013. Tempoh : 30 minit Langkah-langkah : a) Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar. b) Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan bagi watak masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan. c) Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan mengantung pada badan mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing. d) Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah disediakan di bawah tunjuk ajar guru. e) Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak masing-masing seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya. f) Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. g) Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. 4.3modul 3
  • 18. 17 Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar Bahan yang digunakan: kertas putih, pensel. Tarikh: 28 Februari, 28 Mac 2013, & 18 April 2013 Tempoh: 30 minit Langkah-langkah: a) Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar. b) Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan. c) Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru. d) Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya. e) Hasil ejaan dikutip. f) Tamatnya masa ejaan dan hasil ejaan dibawa untuk disemak dan dinilaikan.
  • 19. 18 BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Kekuatan Dan Kelemahan a) Kekuatan keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat membantu murid- murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah; i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas. ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru mengajar dan murid belajar. iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam satu pelajaran. v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang. vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam. vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.
  • 20. 19 viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid. ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita. x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini. xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah rendah boleh menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa. b) Kelemahan i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermula semula. ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad. iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran. iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar. v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup. 5.2 Cadangan Penambahbaikan
  • 21. 20 i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa. ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara kumpulan atau kelas. iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid- murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang. iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan. v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan murid-murid 5.3 Implikasi Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum perkataan. 5.4 Penutup Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah menengah belum lagi dijalankan.Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas kerja ini ialah kaedah dan modul mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-
  • 22. 21 murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjad „a hingga z‟ semenjak di sekolah rendah lagi. Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca „abc‟.Dengan menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah.Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai. Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah.Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup. Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa pembelajaran biasa dalam kelas.Pembelajaran formal selama 30 minit dan melibat waktu khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja.Manakala pembelajaran biasa dalam kelas adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa. Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihan sekolah menengah perlu dilakukan.Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.Sebenarnya di sekolah rendah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca.Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad.
  • 23. 22 Lampiran Rancangan mengajar harian HARI : Selasa MASA : 8.15 – 9.15 pagi KELAS : TEMA : Kekeluargaan TAJUK : Kasih Ibu FOKUS UTAMA SK : 2.1 : Asas membaca dengan sebutan yan betul. SP : 2.1.2 : Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul FOKUS SAMPINGAN SK : 3.2 : Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas SP : 3.2.2 : Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat: i. Mengeja suku kata terbuka dengan betul ii. Membatangkan suku kata terbuka dengan betul. iii. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
  • 24. 23 PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pendidikan Moral ii. KBT: KB – mencirikan KP – Verbal Linguistik BCB – Bacaan Intensif SISTEM BAHASA : Tatabahasa: kata nama BBM : Buku Teks, Buku Aktiviti, Bahan Grafik, Laptop NILAI : Kasih Sayang, Hormat Menghormati STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Set Induksi; 1. Guru memperdengarkan lagu “IBU” Lirik Lagu “IBU” Ibu….ibu….. Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu….ibu… Engkaulah ratu hatiku. - KBT Kecerdasan pelbagai - Muzik Lembaran Kerja Lirik Lagu “Ibu” BBB : Laptop, LCD Versi/Melodi : P. Ramlee Langkah 1 1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid 2. Guru membaca lirik lagu mengikut sebutan dan intonasi yang betul. KBT KP – Verbal Linguistik Lirik lagu
  • 25. 24 3. Guru mengeja dan membatangkan suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dan diikuti oleh murid. Langkah 2 1. Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat lagu Contoh: ibu, bila, ratu 2. Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat dalam buku teks sambil dipantau oleh guru. Contoh: bi, bu, la, ra, tu, la, ti KBT KP- Verbal Linguistik Lirik lagu Langkah 3 1. Murid diminta membatangkan suku kata berdasarkan kata nama yang diberi dengan menggunakan sebutan yang betul. Contoh: gula cili baju pagi muka dadu 2. Murid membatang suku kata berdasarkan kata nama yang terdapat dalam buku teks. Contoh: Gu la Ba ju KBT KB- Mencirikan Buku teks m/s 13 Langkah 4 1. Murid diminta menulis suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul dan kemas. KBT BCB – bacaan intensif Buku aktiviti (jilid 1) M/s : 13
  • 26. 25 2. Murid diminta mengeja semula suku kata yang telah ditulis dengan betul sebagai latih tubi. Pentaksiran Terdapat 10 daripada 25 orang murid yang masih lemah dalam mengeja dan membatangkan suku kata terbuka berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru. Pemulihan 1. Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi suku kata terbuka sebagai latih tubi kepada murid. Pengayaan 1. Murid membaca kata nama yang mengandungi suku kata terbuka secara mekanis. Buku teks Refleksi Sebahagian murid tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata terbuka. Objektif pada hari ini tidak tercapai.
  • 27. 26 Bibliografi Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books. Azman Wan Chik (1979).Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: ProfessionalBooks.