SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
tugasan 1
1.0 pengenalan
Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami
perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan
sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang
tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang
mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi
tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca
mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan
pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang
terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion
perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.
Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga
guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang.
Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang
memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan
dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat
oleh masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh
profesion-profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang
perakaunan.Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan
yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan seorang
guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan
ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang mereka anggapkan. Guru
perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu
menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman
murid.
Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru
tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan dengan
maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru akan
mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan yang buruk
kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka mata
bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi
mengelakkan diri daripada menganggur.
Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di
sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka kuasai, guru-guru
perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran, kaedah serta teknik-teknik
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid mereka agar murid-murid mampu
mengembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke
semasa guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai seorang
yang profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, baik
hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Oleh itu, guru perlulah
mengaplikasikan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru yang telah dipelajari semasa berada di
Institut pendidikan guru agar mereka mampumenguruskan pengajarannya dengan berkesan. Hal
ini turut mengandungi kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak
serta teori penyampaian pelajaran.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru sentiasa
diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini akan diterapkan
ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilai-nilai serta sahsiah yang
positif sudah pasti murid-murid akan mengikut perlakuan yang dipamerkan oleh guru.
rajah 1. Pelan pembanguanan pendidikan malaysia 2013-201
1.1 ucapan YB menteri pelajaran
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU
DI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-42
PADA 16 MEI 2013; PUKUL 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEMA: “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA”
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
...... Pada tahun ini, kita memilih “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” sebagai tema Hari
Guru. Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk
mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat
dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita. Seluruh warga
pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dengan berusaha memberikan
pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip
pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama.
1.2 analisis kritis
1.2.1 tema: 1ASPIRASI, 1AGENDA
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai
enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah
sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard
antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam
kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM
2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang
mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan
Falsasah Pendidikan Negara.
mengambarkan matlamat dan hasrat kementerian pelajaran menzahirkan perubahan
sistem dengan membinapendidikan mentransformasisistem pendidikan negara menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
1.3 kandungan ucapan
menjurus kepada 4 keperluan utama iaitu :
4 KEPERLUAN DALAM PPPM
pembangunan modal insan pemerkasaan guru tranformasi kurikulum kemenjadian murid
rajah 2 : keperluan dalam (PPPM 2013-2025)
1.3.1 pembangunan modal insan guru iaitu guru yang mengikuti program latihan secara
tersusun dan sistematik akan dapat melaksanakan proses pembelajaran dan
pengajaran bahasa Inggeris di sekolah dengan lebih berkesan. Peningkatan kualiti
guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah
(SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang
ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang 2014.
SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui
Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. Pembimbing guru dan
kepimpinan sekolah yang dirintis di Kedah dan Sabah telah berjaya membantu
meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisyen di
samping pengurusan sekolah yang lebih cekap
1.3.2 meningkatkan peranan guru melalui Pemerkasaan guru melalui latihan yang
berterusan amat penting bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Modal insan
minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu pembangunan negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, amatlah wajar aspek pendidikan guru
menjadi agenda utama kementerian
1.3.3 mentranformasi kurikulum melalui Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam
digubal dengan mewujudkan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai
Kurikulum Kebangsaan yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
bermula dengan Tingkatan Enam Dini pada tahun 2014 dan Tingkatan 1 pada
tahun 2015. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan vokasional, jalinan kerjasama
dengan Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta telah dilaksanakan. Jalinan
kerjasama ini memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar sebelum
menempuh alam pekerjaan sebenar. Penglibatan dalam perkongsian ini akan
membolehkan KPM memperoleh teknologi serta kepakaran
1.3.4 Dalam membina kejayaan kokurikulum landasan yang dibina oleh KPM dari
peringkat akar umbi telah menghasilkan atlet murid yang cemerlang dan
berpotensi tinggi bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat
antarabangsa. Banyak kejayaan yang telah diraih oleh atlet kita di temasya sukan
di dalam dan luar negara.
1.4 pandangan sokong/tidak
Pada pandangan saya matlamat dan hasrat kementerian ini saya sokong 100% dari aspek
pelaksanaan dan praktikalnya. ini menunjukkan kemantangan era revolusi kependidikan dalam
menenpun era perubahan pendidikan seduania. Dari bagaimana kita mendekati pembelajaran
pelajar-pelajar, cara kita mengambil, melatih dan memberi ganjaran kepada guru-guru dan
pengetua kita, sehinggalah kepada bagaimana Kementerian Pendidikan itu sendiri beroperasi –
ianya membentangkan satu proses bagi perubahan itu.
Sasaran ini adalah tinggi, namun ianya boleh dicapai. Antaranya termasuklah memastikan
pendaftaran sejagat dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan menengah
atas dalam tempoh 10 tahun; mengurangkan sebanyak separuh jurang pencapaian antara
golongan kaya dan miskin, bandar dan luar bandar, dan antara negeri-negeri yang membentuk
Malaysia dalam tempoh 8 tahun; meningkat naik daripada negara yang tergolong dalam
kumpulan pertiga terbawah ke pertiga teratas bagi penilaian- penilaian antarabangsa seperti
PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun; dan membina satu sistem pendidikan yang mendidik
anak-anak kita untuk menghargai identiti unik kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap usaha mestilah
tertumpu ke arah meningkatkan pencapaian pelajar.
Bagi para guru, selaras dengan tema tahun ini Guru malaysia: 1aspirasi, 1 agenda – kita perlu
melihat Cabaran yang perlu dihadapi. Cabaran yang paling Getir adalah bagaimana untuk
melonjakkan kualiti dan Ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat.
Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita Mampu melahirkan insan yang
berupaya memacu Kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan Sebuah masyarakat maju.
Dan kedua, supaya setiap murid tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial
berpeluang untuk mengecap nikmat pendidika yang berkualiti secara adil dan saksama
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai ENAM
ASPIRASI, iaitu BERPENGETAHUAN, KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN MEMIMPIN,
KEMAHIRAN DWIBAHASA, BERETIKA DAN KEROHANIAN serta BERIDENTITI NASIONAL
1.5 kesimpulan
Transformasi sistem pendidikan bukannya satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita
akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja Kerajaan dan
Kementerian Pendidikan yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara
peribadi memegang teguh komitmen ini. Dari ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor
swasta, kita semua mempunyai peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem
pendidikan kita diperbaiki
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk
tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem
pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang
berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk
memacu perlaksanaan pelan ini.
tugasan 2
penulisan esei reflektif :
berdasar praktikum jelaskan bagaimana anda mengendalikan dan menangani isu semasa dalam
pengurusan bilik darjah(teori kepempinan yang bersesuaian)
2.0 pendahuluan
Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu egen terpenting yang memainkan peranan
dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat serta dunia pada hari ini.
Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan dan
sebagainya. Oleh itu, kepimpinan seorang guru dalam mengendalikan proses pendidikan
amatlah dititikberatkan bagi merealisasikan setiap matlamat yang diinginkan.
rajah 2 : kepimpinan guru
2.1 isu
Berdasar kepada petikan daripada laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (NUTP) (rujuk lampiran) yang bertajuk “Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas
Guru – Muhyiddin . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu
jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh
guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu
dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini
menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
Daripada isu artikel yang saya pilih ini, saya ingin mengupas dengan lebih lanjut lagi
mengenai isu beban tugas guru yang semakin meruncing dan seolah-olah isi ini tiada
kesudahannya. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam bukunya Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek
yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah,
jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.
Salah satu isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan guru adalah berkaitan
dengan isu beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi
topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan di dada-
dada akhbar, juga di alam maya dan banyak diperdebatkan ketika pembentangan kertas kerja
berkaitan isu keguruan. Berikut adalah contoh tajuk-tajuk berita yang memperbincangkan tentang
tajuk beban tugas guru.
Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan – Berita Harian 2 April 2010
Seksa Jadi Cikgu – Berita Harian 1 April 2010
Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru – Berita Harian 24 Mei 2010
Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru – Utusan Malaysia 1April 2010
Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam – Utusan Malaysia 21 November 2011
Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan-
Muhyiddin – Utusan Malaysia 16 Mei 2012
Guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Tugas pula
mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain kerja, tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan. Beban pula bermaksudjumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem
yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).
Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama
seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran
bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban
hari semakin bertambah
Menurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas bermaksud
tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di
dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban
tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik
malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan tugas-tugas yang
berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal sama ada di dalam atau luar
bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-
bidang tertentu sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan
tugas akademik bermusim.
Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan
tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah
tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secaraformal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas
pengekeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan
seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang
dilakukan mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.
Berdasarkan keratan akhbar Berita Harian - Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak
Arahan – Berita Harian 29 April 2011, jelas menyatakan seksa menjadi guru kerana guru
dikatakan menanggung tugas yang berganda kerana terjadinya ‘arahan dalam arahan’. Dalam
artikel ini, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menyatakan
bahawa guru terpaksa akur arahan yang dikeluarkan pihak atasan pada peringkat berbeza itu
sehingga berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab mereka mengajar.
2.2 implikasi isu beban tugas guru
Apabila beban tugas guru yang sudah tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya
tekanan emosi atau stres. Menurut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan
dan kemurungan akibat tugasnya sebagai seorang guru. Bagi pendapat saya, stres merupakan
tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku.
Selain itu, apabila seorang guru itu, mengalami tekanan kerja, kualiti pengajarannya juga
turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid. Adakah guru menjadi seperti “ kerana
seekor nyamuk, habis kelambu dibakar?”. Murid-murid berhak mendapat ilmu yang secukupnya
daripada guru mereka, namun andai terdapat tugas-tugas yang membebankan tugas utama guru,
sudah pasti tumpuan guru terhadap murid akan terjejas. Selain itu, amat dikhuatiri jika guru tidak
dapat mengawal emosinya terhadap tingkahlaku anak-anak didiknya, sehingga ada yang
memukul atau mengambil tindakankan yang diluar batasan
2.3 teori kepimpinan
teori kepemimpinan yang boleh digunakan dalam menagani masalah beban tugas adalah teori
kepimpinan mengikut situasi dimana ia harus mengandungi beberapa komponen dan teori
kepimpinan
Komponen Kepimpinan
Sifat-sifat Gaya danKelakuan Kepimpinan mengikut situasi
rajah 3 : komponen kepimpinan
manakala teori kepimpinan yang menjadi pilihan saya ialah teori kepimpinan mengikut keadaan
yang mana:
Teori ini menyatakan cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada
kematangan orang bawahan
Teori ini menyatakan bahawa cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang
berbeza
Tidak ada hanya 1 saja cara memimpin yang paling baik
Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjukkan jalan
kepada orang bawahan untuk manghasilkan sesuatu yang paling baik
berdasar teori ini dalam menangani permasalahan stress maka Guru-guru yang berfikiran dan
bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain semata-mata,
orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan
meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata
mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan
Hari Guru 1999, beliau menyebut;
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."
mengetahui tentang prinsip-prinsip untuk menjadi seorang guru yang kompeten. Profesion
perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam
proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan
masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan
Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9.
Disamping itu juga, saya juga dapat menyelami tentang beban tugas guru yang tidak
pernah surut umpama laut yang tidak bertepi. Saya juga seorang guru yang telah lama berada di
arena pendidikan ini selama lebih 20 tahun. Jika bercakap tentang beban tugas guru ini seolah-
olah persoalan ini tidak pernah selesai. Cadangan yang dilontar dipandang sepi oleh pihak yang
bertanggungjawab. Saya masih ingat ketika saya masih baharu dalam bidang pendidikan,
masalah beban tugas guru sering diperdebatkan. Hari demi hari berlalu,musim demi musim
berganti namun isu ini masih riuh diperkatakan.
kepimpinan bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan
kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kemahiran
ini juga merupakan satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku seharian dengan
interaksi dua pihak. Di samping itu kemahiran ini turut dikaitkan dengan kebolehan guru untuk
menyampaikan visi kepada murid-murid dan menyakinkan pelajar-pelajar tersebut untuk
mengikut. Hook dan Vass (2000), juga menyatakan bahawa kepimpinan dalam bilik darjah wujud
dalam keadaan berikut.
• Apabila murid-muridmencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat dicapai di setiap
bilik darjah.
• Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan positif walaupun sedikit dalam personaliti
mereka walaupun sedikit.
• Setiap kali apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah
menjadi senyap; dan
• Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seorang guru.
Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak
terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasi kepada murid-murid yang diberi kuasa
bersama oleh seorang guru.
2.4 kesimpulan
Tugas guru bukan hanya mendidik.
Mendepani cabaran ‘memanusiakan manusia’ bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih
lagi, kini “hindunistik” terus-menerus menjajah minda dan pemikiran generasi muda, termasuklah
diriku ini.Justeru, diingatkan kepada para guru harus lebih peka dengan realiti pelajar hari ini serta
membuat pendekatan yang bersifat kontemporer dan amali. Para guru juga harus punya jati diri
yang jitu yang mana akan menzahirkan akhlak yang cantik dan indah yang sememangnya
mampu menjadi contoh teladan terbaik buat para pelajar.Kalau nak dikaji , guru sebenarnya
mempunyai kelebihan daripada aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak atau remaja dan
kepakaran dalam pedagogi.Maka semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut
peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sebagai langkah
menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbiran profesional kelak.
Keruntuhan akhlak generasi muda tidak seharusnya dipandang mudah. Perlulah difahami
bahawa sekolah tidak sepatutnya bertindak sebagai gelanggang menyebar ilmu semata-mata,
tetapi turut sama berperanan sebagai ‘tapak semaian’ adab sopan dan nilai murni di kalangan
pelajarMengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalam
konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang
berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula
mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Hal
ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan
juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepemimpinan berupaya
menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam
usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah.Menurut Abdullah Sani (et.al),
dalam buku “Guru Sebagai Pemimpin”, kepemimpinan guru dapat dirumuskan sebagai sebagai
keupayaan guru menggantikan kuasa atau kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan
usaha dan tumpuan penuh pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang
dapat melahirkan perasaan hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula
perlu memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi
3.0 rujukan
Kamaruddin, K. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah.Tanjung Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohamad, J. (2003). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.
Mustafa, S. I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.Puchong,Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Razali, M. F. (2010). Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung Terowong.Kuala Lumpur:
Pendidik Sdn Bhd.
Razali, M. F. (2010). Tugas Rencam Bebankan Guru. Kuala Lumpur: Pendidik Sdn Bhd.
Internet
http://mindamurabbi.blogspot.com/2012/09/beban-tugas-guru.html
http://www.nutp.org/new/ms/node/43
http://www.scribd.com/doc/163397547/Isu-Tekanan-Emosi-Guru-Akibat-Bebanan-Kerja
Laman Blog
http://ppgipgktbbm3.blogspot.com/

Contenu connexe

Tendances

full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanSherly Jewinly
 
Upaya meningkatkan kualitas guru
Upaya meningkatkan kualitas guruUpaya meningkatkan kualitas guru
Upaya meningkatkan kualitas guruelyfitriyana
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Upaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikanUpaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikanMastudiar Daryus
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
artikel keguruan
artikel keguruanartikel keguruan
artikel keguruandjuna
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013
Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013
Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013fauziah25
 
Problem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu PendidikanProblem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu PendidikanKuntum Trilestari
 
Isu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraIsu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraAnyu 1996
 
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruPeningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruResti Ws
 
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanMembangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanAmalinaAzizah
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Azizi Ahmad
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltizain72
 

Tendances (20)

full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
 
Upaya meningkatkan kualitas guru
Upaya meningkatkan kualitas guruUpaya meningkatkan kualitas guru
Upaya meningkatkan kualitas guru
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Upaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikanUpaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikan
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
artikel keguruan
artikel keguruanartikel keguruan
artikel keguruan
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013
Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013
Upaya peningkatan mutu pendidikan di sekolah dasar negeri 013
 
Problem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu PendidikanProblem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu Pendidikan
 
Isu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraIsu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negara
 
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruPeningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
 
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanMembangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
 
Tajuk 3 done
Tajuk 3 doneTajuk 3 done
Tajuk 3 done
 

En vedette

Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKPM
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Guru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpinGuru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpinAdilah Said
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-gurualexander alexander
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02L Adul Lalut Adul
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahNor Azizah Ahmad
 
Beban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jamBeban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jamStia Adi
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Dancy Jimmy
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaNor Laily Samsinar
 
Kelayakan Guru
Kelayakan GuruKelayakan Guru
Kelayakan Gurumiezy1989
 
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUNurhaimi Abdul Rahman
 

En vedette (20)

Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Guru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpinGuru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpin
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Autonomi guru
Autonomi guruAutonomi guru
Autonomi guru
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
cadangan-penyelidikan
cadangan-penyelidikancadangan-penyelidikan
cadangan-penyelidikan
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
 
Tugasan asyraf
Tugasan asyrafTugasan asyraf
Tugasan asyraf
 
Beban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jamBeban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jam
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
 
Kelayakan Guru
Kelayakan GuruKelayakan Guru
Kelayakan Guru
 
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
 

Similaire à Tugasan 3083 noraini othman

4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014awangyie
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitamahmudi moedy
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015anida juita
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Artikel pendidikan
Artikel pendidikanArtikel pendidikan
Artikel pendidikanCySmart Na
 
Modul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdf
Modul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdfModul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdf
Modul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdfdoziersiregar2
 
Modul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdf
Modul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdfModul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdf
Modul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdfIrman Ramly
 
Hbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentHbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentSuzzita Esa
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013Moezzt Licha
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Zauhari Hussein
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxCara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxHASNIBINTISAMANMoe
 

Similaire à Tugasan 3083 noraini othman (20)

4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Artikel pendidikan
Artikel pendidikanArtikel pendidikan
Artikel pendidikan
 
Modul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdf
Modul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdfModul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdf
Modul 1.3. Visi Guru Penggerak - Final.pdf
 
Modul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdf
Modul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdfModul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdf
Modul 1.3. Angkatan 5 Reguler. Visi GP - Final.pdf
 
Hbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentHbef2803 professional development
Hbef2803 professional development
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxCara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
 
Mkalah menejemen ok
Mkalah menejemen okMkalah menejemen ok
Mkalah menejemen ok
 

Plus de muhammad

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxmuhammad
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1muhammad
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1muhammad
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanmuhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 

Plus de muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 

Dernier

Materi Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah Dasar
Materi Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah DasarMateri Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah Dasar
Materi Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah Dasarmuhldorianto
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 
Demonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdf
Demonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdfDemonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdf
Demonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdfnurulhusna227798
 
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSeminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSABDA
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptxSuarniSuarni5
 
Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab 16
Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab  16Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab  16
Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab 16AryaMahardhika3
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfrizalrulloh1992
 
PPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdf
PPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdfPPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdf
PPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdfsilvyanilusi
 
BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9
BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9
BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9SunardiSunardi71
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024ssuser82320b
 
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptxBEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptxmichellesirait1
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxrulimustiyawan37
 
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptxBEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptxmichellesirait1
 
pertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdf
pertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdfpertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdf
pertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdffebrianaMuryanto
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfatsira1
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfbayuputra151203
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Shoffan shoffa
 

Dernier (20)

Materi Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah Dasar
Materi Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah DasarMateri Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah Dasar
Materi Rotasi Bumi Kelas 6 Sekolah Dasar
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 
Demonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdf
Demonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdfDemonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdf
Demonstrasi Kontekstual - Identitas Manusia Indonesia.pdf
 
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSeminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
 
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
 
Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab 16
Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab  16Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab  16
Modul Akuntansi keuangan menengah 2 bab 16
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
 
PPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdf
PPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdfPPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdf
PPT CAMPURAN homogen dan heterogen n.pdf
 
BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9
BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9
BAGJA Modul 3.3 guru penggerak angkatan 9
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
 
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptxBEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
 
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptxBEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
BEDAH KISI-KISI SOAL ASESMEN SUMATIF SEKOLAH 2024.pptx
 
pertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdf
pertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdfpertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdf
pertemuan 1 dan 2 (PUBLIC NEED AND ANALYS POLICY).pdf
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
 

Tugasan 3083 noraini othman

  • 1. tugasan 1 1.0 pengenalan Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas. Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang mereka anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid. Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan yang buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka mata
  • 2. bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi mengelakkan diri daripada menganggur. Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka kuasai, guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran, kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid mereka agar murid-murid mampu mengembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke semasa guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai seorang yang profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, baik hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Oleh itu, guru perlulah mengaplikasikan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru yang telah dipelajari semasa berada di Institut pendidikan guru agar mereka mampumenguruskan pengajarannya dengan berkesan. Hal ini turut mengandungi kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru sentiasa diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini akan diterapkan ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilai-nilai serta sahsiah yang positif sudah pasti murid-murid akan mengikut perlakuan yang dipamerkan oleh guru. rajah 1. Pelan pembanguanan pendidikan malaysia 2013-201
  • 3. 1.1 ucapan YB menteri pelajaran TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU DI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-42 PADA 16 MEI 2013; PUKUL 8.30 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN TEMA: “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, ...... Pada tahun ini, kita memilih “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” sebagai tema Hari Guru. Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita. Seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dengan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama. 1.2 analisis kritis 1.2.1 tema: 1ASPIRASI, 1AGENDA Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • 4. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. HURAIAN 1AGENDA: Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara. mengambarkan matlamat dan hasrat kementerian pelajaran menzahirkan perubahan sistem dengan membinapendidikan mentransformasisistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 1.3 kandungan ucapan menjurus kepada 4 keperluan utama iaitu : 4 KEPERLUAN DALAM PPPM pembangunan modal insan pemerkasaan guru tranformasi kurikulum kemenjadian murid rajah 2 : keperluan dalam (PPPM 2013-2025) 1.3.1 pembangunan modal insan guru iaitu guru yang mengikuti program latihan secara tersusun dan sistematik akan dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah dengan lebih berkesan. Peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang 2014. SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui
  • 5. Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. Pembimbing guru dan kepimpinan sekolah yang dirintis di Kedah dan Sabah telah berjaya membantu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisyen di samping pengurusan sekolah yang lebih cekap 1.3.2 meningkatkan peranan guru melalui Pemerkasaan guru melalui latihan yang berterusan amat penting bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Modal insan minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu pembangunan negara dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, amatlah wajar aspek pendidikan guru menjadi agenda utama kementerian 1.3.3 mentranformasi kurikulum melalui Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam digubal dengan mewujudkan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tingkatan Enam Dini pada tahun 2014 dan Tingkatan 1 pada tahun 2015. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan vokasional, jalinan kerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta telah dilaksanakan. Jalinan kerjasama ini memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar. Penglibatan dalam perkongsian ini akan membolehkan KPM memperoleh teknologi serta kepakaran 1.3.4 Dalam membina kejayaan kokurikulum landasan yang dibina oleh KPM dari peringkat akar umbi telah menghasilkan atlet murid yang cemerlang dan berpotensi tinggi bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Banyak kejayaan yang telah diraih oleh atlet kita di temasya sukan di dalam dan luar negara. 1.4 pandangan sokong/tidak Pada pandangan saya matlamat dan hasrat kementerian ini saya sokong 100% dari aspek pelaksanaan dan praktikalnya. ini menunjukkan kemantangan era revolusi kependidikan dalam menenpun era perubahan pendidikan seduania. Dari bagaimana kita mendekati pembelajaran pelajar-pelajar, cara kita mengambil, melatih dan memberi ganjaran kepada guru-guru dan pengetua kita, sehinggalah kepada bagaimana Kementerian Pendidikan itu sendiri beroperasi – ianya membentangkan satu proses bagi perubahan itu. Sasaran ini adalah tinggi, namun ianya boleh dicapai. Antaranya termasuklah memastikan pendaftaran sejagat dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan menengah
  • 6. atas dalam tempoh 10 tahun; mengurangkan sebanyak separuh jurang pencapaian antara golongan kaya dan miskin, bandar dan luar bandar, dan antara negeri-negeri yang membentuk Malaysia dalam tempoh 8 tahun; meningkat naik daripada negara yang tergolong dalam kumpulan pertiga terbawah ke pertiga teratas bagi penilaian- penilaian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun; dan membina satu sistem pendidikan yang mendidik anak-anak kita untuk menghargai identiti unik kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap usaha mestilah tertumpu ke arah meningkatkan pencapaian pelajar. Bagi para guru, selaras dengan tema tahun ini Guru malaysia: 1aspirasi, 1 agenda – kita perlu melihat Cabaran yang perlu dihadapi. Cabaran yang paling Getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan Ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita Mampu melahirkan insan yang berupaya memacu Kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan Sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap murid tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidika yang berkualiti secara adil dan saksama Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai ENAM ASPIRASI, iaitu BERPENGETAHUAN, KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN MEMIMPIN, KEMAHIRAN DWIBAHASA, BERETIKA DAN KEROHANIAN serta BERIDENTITI NASIONAL 1.5 kesimpulan Transformasi sistem pendidikan bukannya satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja Kerajaan dan Kementerian Pendidikan yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara peribadi memegang teguh komitmen ini. Dari ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem pendidikan kita diperbaiki Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.
  • 7. tugasan 2 penulisan esei reflektif : berdasar praktikum jelaskan bagaimana anda mengendalikan dan menangani isu semasa dalam pengurusan bilik darjah(teori kepempinan yang bersesuaian) 2.0 pendahuluan Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu egen terpenting yang memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan dan sebagainya. Oleh itu, kepimpinan seorang guru dalam mengendalikan proses pendidikan amatlah dititikberatkan bagi merealisasikan setiap matlamat yang diinginkan. rajah 2 : kepimpinan guru
  • 8. 2.1 isu Berdasar kepada petikan daripada laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) (rujuk lampiran) yang bertajuk “Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru – Muhyiddin . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. Daripada isu artikel yang saya pilih ini, saya ingin mengupas dengan lebih lanjut lagi mengenai isu beban tugas guru yang semakin meruncing dan seolah-olah isi ini tiada kesudahannya. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam bukunya Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Salah satu isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan guru adalah berkaitan dengan isu beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan di dada- dada akhbar, juga di alam maya dan banyak diperdebatkan ketika pembentangan kertas kerja berkaitan isu keguruan. Berikut adalah contoh tajuk-tajuk berita yang memperbincangkan tentang tajuk beban tugas guru. Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan – Berita Harian 2 April 2010 Seksa Jadi Cikgu – Berita Harian 1 April 2010 Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru – Berita Harian 24 Mei 2010 Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru – Utusan Malaysia 1April 2010 Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam – Utusan Malaysia 21 November 2011 Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan- Muhyiddin – Utusan Malaysia 16 Mei 2012
  • 9. Guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Tugas pula mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain kerja, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Beban pula bermaksudjumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban hari semakin bertambah Menurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan tugas-tugas yang berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang- bidang tertentu sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim.
  • 10. Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secaraformal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas pengekeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim. Berdasarkan keratan akhbar Berita Harian - Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan – Berita Harian 29 April 2011, jelas menyatakan seksa menjadi guru kerana guru dikatakan menanggung tugas yang berganda kerana terjadinya ‘arahan dalam arahan’. Dalam artikel ini, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menyatakan bahawa guru terpaksa akur arahan yang dikeluarkan pihak atasan pada peringkat berbeza itu sehingga berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab mereka mengajar. 2.2 implikasi isu beban tugas guru Apabila beban tugas guru yang sudah tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya tekanan emosi atau stres. Menurut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat tugasnya sebagai seorang guru. Bagi pendapat saya, stres merupakan
  • 11. tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Selain itu, apabila seorang guru itu, mengalami tekanan kerja, kualiti pengajarannya juga turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid. Adakah guru menjadi seperti “ kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar?”. Murid-murid berhak mendapat ilmu yang secukupnya daripada guru mereka, namun andai terdapat tugas-tugas yang membebankan tugas utama guru, sudah pasti tumpuan guru terhadap murid akan terjejas. Selain itu, amat dikhuatiri jika guru tidak dapat mengawal emosinya terhadap tingkahlaku anak-anak didiknya, sehingga ada yang memukul atau mengambil tindakankan yang diluar batasan 2.3 teori kepimpinan teori kepemimpinan yang boleh digunakan dalam menagani masalah beban tugas adalah teori kepimpinan mengikut situasi dimana ia harus mengandungi beberapa komponen dan teori kepimpinan Komponen Kepimpinan Sifat-sifat Gaya danKelakuan Kepimpinan mengikut situasi rajah 3 : komponen kepimpinan manakala teori kepimpinan yang menjadi pilihan saya ialah teori kepimpinan mengikut keadaan yang mana: Teori ini menyatakan cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang bawahan Teori ini menyatakan bahawa cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza Tidak ada hanya 1 saja cara memimpin yang paling baik Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjukkan jalan kepada orang bawahan untuk manghasilkan sesuatu yang paling baik berdasar teori ini dalam menangani permasalahan stress maka Guru-guru yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata
  • 12. mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul." mengetahui tentang prinsip-prinsip untuk menjadi seorang guru yang kompeten. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Disamping itu juga, saya juga dapat menyelami tentang beban tugas guru yang tidak pernah surut umpama laut yang tidak bertepi. Saya juga seorang guru yang telah lama berada di arena pendidikan ini selama lebih 20 tahun. Jika bercakap tentang beban tugas guru ini seolah- olah persoalan ini tidak pernah selesai. Cadangan yang dilontar dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab. Saya masih ingat ketika saya masih baharu dalam bidang pendidikan, masalah beban tugas guru sering diperdebatkan. Hari demi hari berlalu,musim demi musim berganti namun isu ini masih riuh diperkatakan. kepimpinan bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kemahiran ini juga merupakan satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku seharian dengan interaksi dua pihak. Di samping itu kemahiran ini turut dikaitkan dengan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan menyakinkan pelajar-pelajar tersebut untuk mengikut. Hook dan Vass (2000), juga menyatakan bahawa kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaan berikut.
  • 13. • Apabila murid-muridmencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat dicapai di setiap bilik darjah. • Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka walaupun sedikit. • Setiap kali apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; dan • Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seorang guru. Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasi kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. 2.4 kesimpulan Tugas guru bukan hanya mendidik. Mendepani cabaran ‘memanusiakan manusia’ bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi, kini “hindunistik” terus-menerus menjajah minda dan pemikiran generasi muda, termasuklah diriku ini.Justeru, diingatkan kepada para guru harus lebih peka dengan realiti pelajar hari ini serta membuat pendekatan yang bersifat kontemporer dan amali. Para guru juga harus punya jati diri yang jitu yang mana akan menzahirkan akhlak yang cantik dan indah yang sememangnya mampu menjadi contoh teladan terbaik buat para pelajar.Kalau nak dikaji , guru sebenarnya mempunyai kelebihan daripada aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak atau remaja dan kepakaran dalam pedagogi.Maka semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sebagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbiran profesional kelak. Keruntuhan akhlak generasi muda tidak seharusnya dipandang mudah. Perlulah difahami bahawa sekolah tidak sepatutnya bertindak sebagai gelanggang menyebar ilmu semata-mata, tetapi turut sama berperanan sebagai ‘tapak semaian’ adab sopan dan nilai murni di kalangan pelajarMengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalam konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Hal
  • 14. ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepemimpinan berupaya menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah.Menurut Abdullah Sani (et.al), dalam buku “Guru Sebagai Pemimpin”, kepemimpinan guru dapat dirumuskan sebagai sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa atau kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan usaha dan tumpuan penuh pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang dapat melahirkan perasaan hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula perlu memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi
  • 15. 3.0 rujukan Kamaruddin, K. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah.Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohamad, J. (2003). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications. Mustafa, S. I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Razali, M. F. (2010). Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung Terowong.Kuala Lumpur: Pendidik Sdn Bhd. Razali, M. F. (2010). Tugas Rencam Bebankan Guru. Kuala Lumpur: Pendidik Sdn Bhd. Internet http://mindamurabbi.blogspot.com/2012/09/beban-tugas-guru.html http://www.nutp.org/new/ms/node/43 http://www.scribd.com/doc/163397547/Isu-Tekanan-Emosi-Guru-Akibat-Bebanan-Kerja Laman Blog http://ppgipgktbbm3.blogspot.com/