SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
FALKULTI PENDIDIKAN
KOD KURSUS : HBAE3103
TAJUK KURSUS : KRAF TRADISIONAL
SEMESTER : JANUARI 2014
NAMA E TUTOR : DR. KASRAN BIN MAT JIDDIN
NAMA TUTOR : NOR ANUWAR BIN HAMAT
_____________________________________________________________________________
MATRICULATION NO : 741211115077-001
IDENTITY CARD NO. : 741211-11-5077
TELEPHONE NO. : 013-9823213
E-MAIL : jju2727@gmail.com
LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
HBAE3103:Kraf Tradisional
2
Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah
kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk „Kraf Tradisional‟ HBAE3103 pada kali
ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta
memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan
pembelajaran saya di OUM Kelantan yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga OUM ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik
dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang di hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya
dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, DR.
KASRAN BIN MAT JIDDIN,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa
penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik
datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.
HBAE3103:Kraf Tradisional
3
1.0 Pengenalan
Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf
tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf,
menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk . Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai
nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan
bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang
melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang
dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat,
wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan
pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak
terhad.
Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak mempunyai rentetan yang
jelas namun beberapa penemuan yang boleh dikaitkan kepada budaya penemuan kraftangan
tradisional yang boleh dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang diketuai oleh
Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan
kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur Perlis dan Kelantan. Objek yang ditemui termasuk pisau
batu , barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui dirantau ini. (Beamish, 19:54.)
Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kesenian dan kraftangan tradisional
tempatan.
Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya “An Introduetion to The Malayan Aboriginese”
mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari
Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan asimilasi budaya
pribumi. Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang
mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang
bersambung dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh itu tidak
hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman Osman (20: 1994) sebagai negara
berbilang kaum, kraftangan tradisi jugaturut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya
bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka
HBAE3103:Kraf Tradisional
4
1.1 Definasi Dan Makna Kraf
"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau
tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh
pengusaha-pengusaha kraf"."Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai
daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung
semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau
bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan
kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan
dan ungkapan seperti „pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft
Today‟ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara
spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan
harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan
individu.
1.2 Kraf Tangan Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun Proses penciptaan
seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk
yang indah dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih
kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah
berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang
dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih
berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang
dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan
HBAE3103:Kraf Tradisional
5
sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif
benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan
unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni
kraf yang akan dikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh
makna kepada
2.0 Falsafah Islam Tentang Seni
Dari sudut pandangan Islam juga ada menyebut mengenai seni secara tidak langsungnya .Ini kerana ,
Islam amat menyukai kepada keindahan dan kecantikan kerana sifat agama Islam itu juga sangat
indah di mana ia merujuk kepada keindahan yang zahir mahupun keindahan yang batin. Menurut Sidi
Ghazalba,seorang seniman Islam menyatakan bahawa wujud perkaitan yang nyata antara seni dan
Islam. Kata beliau, `motif seni dalam Islam adalah ‟ kerana Allah untuk manusia‟.
Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan berlandaskan akhlak Islam(nilai baik dan bebas dari
nilai haram). Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilaiakhlak(etika). Seterusnya
akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.Selain itu , di dalamKitab Al- Iman yang telah
dipelopori oleh Imam Muslim ada menyatakan dengan jelas tentang
"kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai
pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui" Dalam erti kata yang lain, Imam
Muslimmenerangkan bahawa seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang
yangmempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi
pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni
Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri?
Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad
lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah
mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati
kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan
HBAE3103:Kraf Tradisional
6
daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan
yang tersendiri.
Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui
berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah
terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep „ tauhid ‟ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah
kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya
bergerak selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian
Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam
mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam
menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.
2.1 Pandangan Tokoh Timur Dan Islam
a) Muslim (Dalam kitab Al-Iman.)
menjelaskan orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam semulajadi dapat mencipta
suatu karya dan menghargai objek tersebut.
b) Pandangan Al-Ghazali
-Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. dimana Seni akan membawa dan memimpin kita
menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) ia juga sebagai Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk
& beriman )
c) Sidi Ghazalba
- Seni tidak melampui batas kesusilaan selagi mana Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah.
Hasil seni itu haruslah bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah) dan Seni membentuk peribadi
muslim
HBAE3103:Kraf Tradisional
7
2.2 Seni Kraf Melayu
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan
pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan
tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk
menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya
ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan Keaslian „pereka bentuk‟
istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi
satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi „seni‟
yang berharga.
Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan
seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan
bidang seni halus yang akan dipaparkan dalam lama web ini adalah anyaman, seni batik, pua kumbu,
songket, tekat, kain dastar, kain tenun, manik, ukiran kayu, ukiran batu, ukiran logam dan tembikar.
2.3 Jenis Kraf Melayu
a) Alat Domestik –
merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai
peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan
alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
HBAE3103:Kraf Tradisional
8
b) Alat Permainan -
alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk mengisi
masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
HBAE3103:Kraf Tradisional
9
c) Alat Pertahanan Diri - dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman
purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri.
d) Batik - merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan
kain.
e) Seni Tekat - termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke
atas kain dasar jenis baldu.
HBAE3103:Kraf Tradisional
10
f) Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan
dibakar.
g) Seni Anyaman - merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah
buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan
peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.
h) Seni Ukiran Kayu - merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk
menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu
tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat
tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.
HBAE3103:Kraf Tradisional
11
3.0 Persoalan Kajian : Seni Kraf Melayu Melambangkan Hubungan Yang Erat Antara
Orang Melayu Dengan Kepercayaannya Iaitu Islam
3.1 Ukiran Kayu
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga
ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah
mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia
terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.
Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma
berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
HBAE3103:Kraf Tradisional
12
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil
kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di
samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan
kegunaannya.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu
banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam
seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga
jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi
penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau,
wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari,
katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak,
peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lem
Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat
zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat
pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif
flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-
ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos
seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.
Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti
mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat
tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan
daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu
itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan..
3.1.1 sejarah ukiran
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan
sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-
HBAE3103:Kraf Tradisional
13
pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang,
kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah
kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang
itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan
Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu
digelar oleh rakyat Melaka sebagai „Istana Hawa Nafsu‟. Seni ukir di negara ini telah pun
berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.
Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu
digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala
Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari
turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan
seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
3.2 Hubungan diantara Seni Ukiran Melayu dengan masyarakat
Ukiran kayu tradisional jugaadalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan.
Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam,
rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti
bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan
sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat
Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin
agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat
mengukir seperti pisau wali, „carving tool‟(Khairuddin Talib: 2011).Terdapat empat jenis ukiran
iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah
Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni
ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu
HBAE3103:Kraf Tradisional
14
sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah
kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang
dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga.
Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan
menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga
antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan
kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.
3.3 GarapanIdea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu
Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora,
motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi
yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka
seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang,
matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya
melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah
Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai
cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati
ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada
mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita
analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna
kepada hasil ukiran tersebut.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
HBAE3103:Kraf Tradisional
15
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur,
dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan
simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan
bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah
istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga
ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada
perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga
ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak
nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
HBAE3103:Kraf Tradisional
16
d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat
dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu
senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.
d. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia.
Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian
tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu
atau akar yang terdapat dalam sungai.
HBAE3103:Kraf Tradisional
17
TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long
Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang
mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan
tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih
tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima
pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi
pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat
pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di
Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka
bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin Othman
Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya
sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu.
Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran
kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak
di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
3.4 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam
HBAE3103:Kraf Tradisional
18
Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang
menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ.
Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan
bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran
yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan
merendah diri pada Tuhan yang Esa.Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar
bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah
mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau
makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-
unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia.. Selain itu, seni
ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi
nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin
Mhd Bani,2002)
HBAE3103:Kraf Tradisional
19
Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana
yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi
bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam.
Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi
kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari
pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat
yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu
sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa
dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam.
3.5 Analisi Seni Tenunan Songket Melayu dengan masyarakat
Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan
kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak
dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah
melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Kedatangan pedagang-pedagang
ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan
terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu,
motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh
songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja
dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan mula
dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.
HBAE3103:Kraf Tradisional
20
3.5Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu
Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsurflora seperti Bunga Tanjung, Bunga
Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada
haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi
sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri,
bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access
(Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan
ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya
tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-
buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh.Mereka sangat kreatif
dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat.
Hasilnya kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga
daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung
talam(Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa
nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka terhasil
dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan
keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan
merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai.Setiap karya yang
dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang.
Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara
tersiratnya, melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai
rasa kesyukuran dan kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa
yang diciptakan olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang
bercirikan Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan
keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu
contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian
Islam dengan budaya Melayu itu sendiri.
HBAE3103:Kraf Tradisional
21
3.6 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam
Tenunan songket pada gambar tersebutmerupakan kain samping songket yang menggunakan motif
arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian
Islamkerana ia lahir dalamsatu budaya dan tamadun yangmasyarakat awalnya mahir dalam pelbagai
ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai
estetika. Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya pemilihan
bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan
menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan. Selain
itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan
bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi.
Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan
makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain
bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif
arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan
usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum)
4.0 Seni Anyaman Melayu
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
HBAE3103:Kraf Tradisional
22
Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat
anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya
penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai,
anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,
buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui
anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul
dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak
mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang
keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan
penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas
tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk
mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi
terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan,
seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.
Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering
digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang
dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang
zaman dahulu sahaja.. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan
sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2
HBAE3103:Kraf Tradisional
23
4.2Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam
Foto dipetik dari Blog Work of Art:http://intan-hmd.blogspot.com/
Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan
tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh
seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman
ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk
geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang
akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara
budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan
ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan
mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.
Kesimpulan
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan
daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai
jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang
erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi
setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak
dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya.Namun
begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwandan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak
digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam
HBAE3103:Kraf Tradisional
24
Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu
elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira
mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan
geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah
diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya
penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar
kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai
bentuk corakyang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang
difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini,
bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-
unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.
HBAE3103:Kraf Tradisional
25
Rujukan
Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Anyaman
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
Batik
http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95
Contoh Ukiran Kayu Melayu
http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea
Contoh Kelarai
http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html
Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam
http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-
menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69
Hukum Melukis Objek dan Binatang
http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html
Motif Songket Bercirikan Orang Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarg
a&pg=ke_04.htm&arc=hive
Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.
http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html
Seni Lama Melayu
http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html

More Related Content

What's hot

Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran datahuuriyahbahiirah
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodNur Farhanie
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
Seni kanak kanak
Seni kanak kanakSeni kanak kanak
Seni kanak kanakAzrin Ahmed
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014WanMohdFarhan
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativitiamiesaiful
 
Kelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaran
Kelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaranKelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaran
Kelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaranamira nurfahmida
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personalitiMakhi Adnan
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya ubkktk
 
Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialEric Adreec
 

What's hot (20)

Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekod
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Seni kanak kanak
Seni kanak kanakSeni kanak kanak
Seni kanak kanak
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi PendidikanPengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
 
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun Kelab Kreatif Dan Rekacipta 2014
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
 
Kelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaran
Kelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaranKelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaran
Kelebihan bahan 3 d dalam proses pengajaran
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personaliti
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya
 
Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosial
 
Teori-teori stres
Teori-teori stresTeori-teori stres
Teori-teori stres
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 

Similar to Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL

HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENImuhammad
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Norafsah Awang Kati
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiranlouisia
 
Ciri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islamCiri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islamSyuk Bond
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103 miza7272
 
Presentation Pengajian Islam Baru
Presentation Pengajian Islam BaruPresentation Pengajian Islam Baru
Presentation Pengajian Islam Barumus_bmi
 
seni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umumseni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umumRhea Prasetya
 
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islamCtu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islamAbdul Hariz King Rock
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11sitisarahrahmania
 
Kesenian dalam islam
Kesenian dalam islamKesenian dalam islam
Kesenian dalam islamMazlan Samat
 
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islamCtu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islamSyuk Bond
 
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin Amq
 
Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin Amq
 

Similar to Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL (20)

HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiran
 
Ciri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islamCiri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islam
 
Seni catan-cina
Seni catan-cinaSeni catan-cina
Seni catan-cina
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103
 
Kumpulan 07
Kumpulan 07Kumpulan 07
Kumpulan 07
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Presentation Pengajian Islam Baru
Presentation Pengajian Islam BaruPresentation Pengajian Islam Baru
Presentation Pengajian Islam Baru
 
seni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umumseni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umum
 
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islamCtu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
 
Konsep seni barat
Konsep seni baratKonsep seni barat
Konsep seni barat
 
pandangan seni dalam islam
pandangan seni dalam islampandangan seni dalam islam
pandangan seni dalam islam
 
Kesenian dalam islam
Kesenian dalam islamKesenian dalam islam
Kesenian dalam islam
 
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islamCtu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
Ctu 281 kuliah 1 konsep kesenian islam
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
 
Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013
 

More from muhammad

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxmuhammad
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1muhammad
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1muhammad
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanmuhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 

More from muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 

Recently uploaded

UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 

Recently uploaded (20)

UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 

Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL

  • 1. FALKULTI PENDIDIKAN KOD KURSUS : HBAE3103 TAJUK KURSUS : KRAF TRADISIONAL SEMESTER : JANUARI 2014 NAMA E TUTOR : DR. KASRAN BIN MAT JIDDIN NAMA TUTOR : NOR ANUWAR BIN HAMAT _____________________________________________________________________________ MATRICULATION NO : 741211115077-001 IDENTITY CARD NO. : 741211-11-5077 TELEPHONE NO. : 013-9823213 E-MAIL : jju2727@gmail.com LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
  • 2. HBAE3103:Kraf Tradisional 2 Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk „Kraf Tradisional‟ HBAE3103 pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Kelantan yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, DR. KASRAN BIN MAT JIDDIN,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.
  • 3. HBAE3103:Kraf Tradisional 3 1.0 Pengenalan Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk . Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad. Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak mempunyai rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh dikaitkan kepada budaya penemuan kraftangan tradisional yang boleh dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang diketuai oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur Perlis dan Kelantan. Objek yang ditemui termasuk pisau batu , barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui dirantau ini. (Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kesenian dan kraftangan tradisional tempatan. Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya “An Introduetion to The Malayan Aboriginese” mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan asimilasi budaya pribumi. Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang bersambung dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh itu tidak hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman Osman (20: 1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi jugaturut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka
  • 4. HBAE3103:Kraf Tradisional 4 1.1 Definasi Dan Makna Kraf "Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf"."Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti „pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft Today‟ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu. 1.2 Kraf Tangan Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan
  • 5. HBAE3103:Kraf Tradisional 5 sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan dikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada 2.0 Falsafah Islam Tentang Seni Dari sudut pandangan Islam juga ada menyebut mengenai seni secara tidak langsungnya .Ini kerana , Islam amat menyukai kepada keindahan dan kecantikan kerana sifat agama Islam itu juga sangat indah di mana ia merujuk kepada keindahan yang zahir mahupun keindahan yang batin. Menurut Sidi Ghazalba,seorang seniman Islam menyatakan bahawa wujud perkaitan yang nyata antara seni dan Islam. Kata beliau, `motif seni dalam Islam adalah ‟ kerana Allah untuk manusia‟. Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan berlandaskan akhlak Islam(nilai baik dan bebas dari nilai haram). Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilaiakhlak(etika). Seterusnya akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.Selain itu , di dalamKitab Al- Iman yang telah dipelopori oleh Imam Muslim ada menyatakan dengan jelas tentang "kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui" Dalam erti kata yang lain, Imam Muslimmenerangkan bahawa seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yangmempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan
  • 6. HBAE3103:Kraf Tradisional 6 daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep „ tauhid ‟ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. 2.1 Pandangan Tokoh Timur Dan Islam a) Muslim (Dalam kitab Al-Iman.) menjelaskan orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam semulajadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut. b) Pandangan Al-Ghazali -Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. dimana Seni akan membawa dan memimpin kita menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) ia juga sebagai Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman ) c) Sidi Ghazalba - Seni tidak melampui batas kesusilaan selagi mana Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah. Hasil seni itu haruslah bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah) dan Seni membentuk peribadi muslim
  • 7. HBAE3103:Kraf Tradisional 7 2.2 Seni Kraf Melayu Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan Keaslian „pereka bentuk‟ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi „seni‟ yang berharga. Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus yang akan dipaparkan dalam lama web ini adalah anyaman, seni batik, pua kumbu, songket, tekat, kain dastar, kain tenun, manik, ukiran kayu, ukiran batu, ukiran logam dan tembikar. 2.3 Jenis Kraf Melayu a) Alat Domestik – merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
  • 8. HBAE3103:Kraf Tradisional 8 b) Alat Permainan - alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
  • 9. HBAE3103:Kraf Tradisional 9 c) Alat Pertahanan Diri - dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri. d) Batik - merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. e) Seni Tekat - termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.
  • 10. HBAE3103:Kraf Tradisional 10 f) Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar. g) Seni Anyaman - merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. h) Seni Ukiran Kayu - merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.
  • 11. HBAE3103:Kraf Tradisional 11 3.0 Persoalan Kajian : Seni Kraf Melayu Melambangkan Hubungan Yang Erat Antara Orang Melayu Dengan Kepercayaannya Iaitu Islam 3.1 Ukiran Kayu Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
  • 12. HBAE3103:Kraf Tradisional 12 Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lem Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat- ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran. Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.. 3.1.1 sejarah ukiran Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-
  • 13. HBAE3103:Kraf Tradisional 13 pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai „Istana Hawa Nafsu‟. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani. 3.2 Hubungan diantara Seni Ukiran Melayu dengan masyarakat Ukiran kayu tradisional jugaadalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, „carving tool‟(Khairuddin Talib: 2011).Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu
  • 14. HBAE3103:Kraf Tradisional 14 sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan. 3.3 GarapanIdea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut. BENTUK-BENTUK UKIRAN a. Ukiran Tebuk Tembus Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
  • 15. HBAE3103:Kraf Tradisional 15 Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri. b. Ukiran Bunga Timbul Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk. c. Ukiran Arca Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
  • 16. HBAE3103:Kraf Tradisional 16 d. Larik Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya. d. Ukiran Kayu Hanyut Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
  • 17. HBAE3103:Kraf Tradisional 17 TOKOH-TOKOH UKIRAN 1.Encik Latiff bin Long Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara. 2. Tuan Haji Wan Su bin Othman Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara. 3.4 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam
  • 18. HBAE3103:Kraf Tradisional 18 Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ. Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa.Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur- unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia.. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002)
  • 19. HBAE3103:Kraf Tradisional 19 Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam. 3.5 Analisi Seni Tenunan Songket Melayu dengan masyarakat Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.
  • 20. HBAE3103:Kraf Tradisional 20 3.5Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsurflora seperti Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah- buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh.Mereka sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai.Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakan olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu sendiri.
  • 21. HBAE3103:Kraf Tradisional 21 3.6 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Tenunan songket pada gambar tersebutmerupakan kain samping songket yang menggunakan motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian Islamkerana ia lahir dalamsatu budaya dan tamadun yangmasyarakat awalnya mahir dalam pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai estetika. Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum) 4.0 Seni Anyaman Melayu Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
  • 22. HBAE3103:Kraf Tradisional 22 Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna. 4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu. Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu sahaja.. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2
  • 23. HBAE3103:Kraf Tradisional 23 4.2Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Foto dipetik dari Blog Work of Art:http://intan-hmd.blogspot.com/ Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama. Kesimpulan Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya.Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwandan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam
  • 24. HBAE3103:Kraf Tradisional 24 Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corakyang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur- unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.
  • 25. HBAE3103:Kraf Tradisional 25 Rujukan Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd. Anyaman http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html Batik http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95 Contoh Ukiran Kayu Melayu http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea Contoh Kelarai http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar- menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69 Hukum Melukis Objek dan Binatang http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html Motif Songket Bercirikan Orang Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarg a&pg=ke_04.htm&arc=hive Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art. http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html Seni Lama Melayu http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html