FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)

on

  • 10,499 vues

...


Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.

Statistics

Vues

Total Views
10,499
Views on SlideShare
10,497
Embed Views
2

Actions

Likes
4
Downloads
351
Comments
2

1 intégré 2

http://mystudysource.blogspot.com 2

Accessibilité

Catégories

Détails de l'import

Uploaded via as Microsoft Word

Droits d'utilisation

© Tous droits réservés

Report content

Signalé comme inapproprié Signaler comme inapproprié
Signaler comme inapproprié

Indiquez la raison pour laquelle vous avez signalé cette présentation comme n'étant pas appropriée.

Annuler
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
Poster un commentaire
Modifier votre commentaire

FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN) FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN) Document Transcript

  • FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • KANDUNGANPERKARA MUKA SURATA FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI 1 1.1 DEFINISI FONETIK 1 1.2 DEFINISI FONOLOGI 2 1.3 FONETIK ARTIKULASI 3 1.4 PENGHASILAN BUNYI 6 1.5 BUNYI-BUNYI BAHASA 9 1.6 KONSONAN 10 1.7 VOKAL 13 1.8 FONETIK AKUSTIK 15 1.9 FONETIK AUDOTORI 16B BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU 17 2.0 VOKAL HADAPAN 19 3.0 VOKAL TENGAH 24 4.0 VOKAL BELAKANG 25 5.0 CARA PENGHASILAN KONSONAN 30C SISTEM EJAAN RUMI BAHARU ( ERB ) 6.0 SISTEM EJAAN RUMI MALAYSIA-INDONESIA 1972 44 6.1 HURUF EJAAN KATA PINJAMAN 497.0 KESIMPULAN 508.0 BIBLIOGRAFI 51
  • A. FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU1.0 PENGENALANFONETIK DAN FONOLOGIBunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-parukeluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut ataurongga hidung.Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut atau ronggahidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.Udara yangkeluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillahbunyi.Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik manakala bunyi-bunyi bahasa yangmempunyai peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi.1.1 Definisi fonetik Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialahilmu bahasa (llinguistik) yangberkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.KamusOxfordAdvanced Learner‟s Dictionanry of current English (1992:671) fonetikmerupakan “thestudy of speech sounds and their production”. Mengikutkamus The World Book ofDictionanry (1981:1566) menyatakan fonetiksebagai “the science dealing with sounds madein speech and the art of pronunciation….concerned with the production of these speechsounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result,andthe auditory effect they produce on the hearer”. Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetiksebagai “the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds ofspeech.”Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisifonetik sebagai “ilmuyang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaanbunyibahasa.”Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikanfonetik sebagai “ the science that investigates the soundsmade by the speech organs,seeking to describe them, account for their production, and classify them.” Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopediabeberapa pandangan dan pengertiantentang fonetik oleh beberapa orangsarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskankonsep fonetiktersebut.Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantarbahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi danAzizah Hussein daripada bukuLinguistik :An Introduction to Language andCommunication menyatakan: “ Fonetik ialahbidang yang memperkatakanbagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluransuara bidangkajian yang dikenali sebagaifonetik artikulasi, dan juga sifat fizikalgelombangbunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yangdikenali sebagai fonetikakustik). Sementara istilah fonetik biasanyabermaksud kajian tentang sifat artikulasi danakustik bunyi. (1995:61).Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetikadalah seperti yangberikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidikibunyi-bunyi bahasa tanpa 1
  • melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalamsuatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaardalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut:“Fonetik atau ilmu bunyimenyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8).ManakalaAbdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru BahasaMalaysiamemberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segipenyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetikdan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan : “ Fonetik ialah kajian saintifik mengenaibunyibahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut ArbakOthmanmenghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yangdipelajari segala bunyibahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alatpertuturan manusia) dan memberikansimbol fonetik untuk masing-masingbunyi itu. Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapasegi. Seseorang boleh melakukan kajiannya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyibahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkanmelaui udara,mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala sertabagaimana sifat-sifat iniberubah dalam proses penghasilannya(1986:52-53).Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dainmemberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenaibunyi bahasa. Dalam fonetikakan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteriapengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyibahasa danlain-lain seumpamanya.” (1982:40).1.2 Definisi Fonologi Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan,fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) DalamMerriam Webster‟s Collegaite Dictionary tenthedition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai“the science of speechsounds including, especially the history and theory of sound changesin alanguage or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik (HarimurtiKridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikutfungsinya.Kamus oxford Advanced Learner‟sDictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the studyof thesystems of speech sounds, especially in a particular language.Manakala kamusChamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of systemof sounds in language and of the history of their changesDalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan“the study of thesound system of a language or of language in general.”TheWorld Book Dictionary(1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ thesystem of sound used in language”.DalamEnsyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch oflinguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structureof language.” Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetikdaripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam 2
  • bukunyaLinguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi danAzizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialahsubbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasamanusia.Istilahfonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasatertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula,fonologi merujuk bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berrkaitandengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112).Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologimerupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yangmenentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurutJ.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology)sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentumenurutfungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)AbdullahHassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk GuruBahasa Malaysiamenyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasaitu.”(1993:40). Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2005:39) pula menyatakan bahawa fonologiialah kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Dengan kata lain, fonologi ialah bidangyang menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyisama ada bunyi itu distingtif ( membezakan makna ) atau menentukan huruf-huruf ataufonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi satu-satu bahasa(Abdul Hamid Mahmmod dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2012 ). Oleh itu, bunyi-bunyibahasa yang mempunyai sistem atau peraturan itu dikaji dalam bidang fonologi.1.3FONETIK ARTIKULASIFonetik artikulasi adalah merupakan satu cabang ilmu dari bidang Fonetik.Fonetik artikulasimemfokuskan kajian dan perbincangan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan denganbantuan organ dalaman. Menerusi ilmu ini kita akan didedahkan dan diperkenalkan kepadasistem penghasilan bunyi dan organ sebutan. Seperti paru-paru, pita suara, lelangit lembutdan keras, bahagian lidah dan lain-lain lagi. Fonetik artikulasi juga akan mendedahkankepada kita bagaimana sesuatu bunyi terjadi, contohnya paru-paru ditekan, udara keluardan menggeletarkan pita suara, menggerakkan lidah serta rahang ditambah denganpergerakan bibir sehingga terhasilnya bunyi. Alat- alat yang digunakan untuk membentukbunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator.Bunyi –bunyi ujuran boleh dibahagikan kepadakonsonan dan vokal.Faktor utama yang terlibat dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah faktor bersuara dantak bersuara di faktor titik artikulasi.Manakala faktor utama dalam kasifikasi bunyi vokal ialahkedudukan bibir dan darjah naik turun lidah dalam rongga mulut. Bunyi-bunyi yang berbezaakan dihasilkan dengan aksi yang berbeza bagi bahagian-bahagian organ tutur yang bolehbergerak. Untuk menentukan perbezaan-perbezaan dari aspek penghasilan bunyi, kitamestilah menentukan organ-organ mana yang terlibat dalam waktu-waktu yang 3
  • relevan. Kita juga seharus dapat menentukan samada udara yang keluar udara jenis egresifataupun udara jenis ingresif.Di samping itu kita seharusnya melihat juga bagaimanatekanan udara yang keluar samada kuat atau perlahan.Selain itu, kedudukan pita suara danvelum juga harus diambil kira. Bunyi bahasa akan ditentukan berdasarkan kedudukan pitasuara sementara bunyi oral atau bunyi nasal pula akan ditentukan oleh kedudukan velum.Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyibahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi.Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalamproses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulatorbahagian dada, tekak dan kepala.Artikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea).Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords),krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) ataudinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula bolehbersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya.Malahan, artikulator inijuga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam prosespenghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaituartikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif. Bunyi bahasa terjadi jika udaramengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi .Lihat rajah alat-alat artikulasiatau disebut juga articulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.1.3.1Artikulator Aktif Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. 4 1.3.2 Artikulator Pasif
  • Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity). Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial („bi‟ bermakna „dua‟ dan „labial‟ bermakna „bibir‟). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial. Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi :Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetikartikulasi adalah seperti yang berikut:Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskanbahawa “fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi”.Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasiialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagibertutur.Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidangkajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihatbagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organpertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. 5
  • Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dansebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut danpita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatiandan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suaradengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” puladigunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkandengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. Beliaupendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengkaji bagaimana bunyi bahasadihasilkan.Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusiaseperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkanbunyi bahasa.Fonetik ini merupakan ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses olehtelinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan,oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibatdalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea,pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/ataurongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyibahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana kita bolehmengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.1.4 Penghasilan Bunyi Bahasa1.4.1 Sistem Penghasilan Bunyi1) Paru-Paru (Lungs)Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh olehdiafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, danapabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat diantara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udarasemasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa.2) LaringsLarings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paruagar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianyamengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid.Di sinilah terdapat pita suara yangjuga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung 6
  • yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. Pita suara melekatpada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang berbeza akanmenghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara3) FaringsFarings terletak atas daripada larings.Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudianbercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah kerongga nasal (hidung).Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yangmampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara.Getaranbersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.4) Rongga Oral (Mulut)Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknyauntuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit.Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak.Ianyadikenali sebagai lelangit keras.Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangitlembut.Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat udara darikeluar melalui rongga hidung.Fungsi lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil)kepada lidah dalam pergerakan artikulasi.Anak tekak juga terletak dalam ronggaoral/mulut.Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut danperanannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut.Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut NorHashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besarberdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidahditempat asal):i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi.ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras.iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut.5) Rongga Nasal (Hidung)Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau.Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulutdapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yanghendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluarmelalui rongga hidung, 7
  • 1.4.2 Organ/Alat/Saluran Sebutana) Pita SuaraMengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-bunyi bersuara atau tidak bersuarab) Anak Tekak (Uvulum)Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidahakan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular.c) Lelangit lembut. (Velum)Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atauhidung. Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang.d) Lelangit keras (Palatum)Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin.Selalunya bahagian tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c]dan [j].e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum)Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.f) Gusi. ( Alveolum)Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi.Bahagian hujung dan daun lidah seringberinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n].g) Lidah.Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan 8
  • membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah,daun lidah, depan lidah, belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor‟Aini Ismail : 2005).h) Gigi. (Dental)Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahajayang kelihatan dan sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyitetapi sebenarnya gigi depan dan belakang juga begitu.i) Bibir. (Labia)Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b]atau dirapatkanke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dandileperkan untuk menghasilkan vokal.1.5 Bunyi-Bunyi BahasaBunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor HashimahJalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsidan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukanvelum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalammenghasilkan bunyi-bunyi konsonan.Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokalpula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.1.5.1 Cara Sebutan BunyiMenurut Nor „Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmenvokal atau konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu:a) Bunyi oral atau nasalb) Bunyi bersuara atau tak bersuara.c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak.a) Bunyi oral atau nasal 9
  • Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyibahasa itu disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkandari farings dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal.Contoh;Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ].Bunyi Nasal - [ m ], [ n ].b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat.Ketika itu pita suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketikaudara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suaraketika itu tidak bergetarContoh:Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ].Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ].c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak.Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atautidak oleh organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyikonsonan plosive dihasilkan.Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalangdalam rongga pertuturan, seperti semasa menyebut bunyi-bunyi vokal.1.6 KonsonanKonsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama adasecara sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selaindaripada bunyi vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atautak bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyikonsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu:a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal.b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran. 10
  • c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi),palatal (lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal (rongga tekak),atau gotal (pita suara).d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara.1.6.1 Titik Artikulasi KonsonanTitik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi-bunyibahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yangterlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titikartikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak.Ia bersifat statik. Manakalaartikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti lidah, rahang, lelangit lembutdan bibir.Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di samping artikulator.Ini keranabibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah pula boleh dianggapsebagai articulator.Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yangmembezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah:1) Dua bibir2) Bibir-Gusi3) Gigi (Dental)4) Gigi-Gusi (Alveolus)5) Gelungan ( Refroflex)6) Lelangit keras – Gigi gusi7) Gigi Gusi – Lelangit keras8) Lelangit keras9) Lelangit Lembut10) Anak TekakAlat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkanbunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam keorgan-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaituuntuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara jugadigunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakupsemua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam 11
  • sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.1. Bibir atas2. Bibir bawah3. Gigi atas4. Gigi bawah5. Gusi6. Lelangit keras7. Lelangit lembut8. Anak tekak9. Hujung lidah10. Hadapan lidah11. Tengah lidah12. Belakang lidah13. Akar lidah14. epiglottis15. Pita suara16. Rongga tekak17. Rongga hidung18. Rongga mulut19. Rahang 12
  • 1.7 VokalVokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus menerusdari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udaraegresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini.Ketikabunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasidengan artikulator.Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlumenggunakan aspek:i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendahii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakangiii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar.1.7.1 Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956)Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang dihasilkanleh Daniel Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut:Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai perananterpenting. Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokalitu bunyi atau bunyi sengau.Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyivokal yang berbeza.Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepadadua paksi iaitu yangmendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulutsementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut.Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu:i. Bahagian sempit/tinggiii. Bahagian separuh sempit/tinggiiii. Bahagian separuh luas/rendahiv. Bahagian luas/rendahPaksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagianlelangit.Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbungmulut. Merujuk kepada mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah danbelakang lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting dalam 13
  • menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bundar dan hampar. Bibirakan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang. Manakala bentukhampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal depan dibunyikan .1.7.2 DiftongBunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretanvokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasilapabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yangmula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncakkelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu sukukata sahaja.Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya.Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/1.8 FONETIK AKUSTIKFonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasayang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimanagelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguanyang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainyayang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Kajian ciri fizikal bunyi-bunyi bahasaatau ciri gelombang bunyi yang yang dimiliki suatu bahasa itu yang sampai ke telingapendengar. 15
  •  Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang.  Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru- paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].1.9FONETIK AUDOTORIFonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadapbunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyidan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagaipersepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,kelantangan dan kualiti bunyi.Kajian tentang bagaimana seseorang pendengar itumenanggapi bunyi-bunyi bahasa yang diterima melalui telinganya. 16
  • Pendapat Lain tentang Fonetik AuditoriSetiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetikauditori adalah seperti yang berikut:Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetikauditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yangdihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yangtepat.Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditoriialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses danmenginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidangkajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi danbagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dantelinga.Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaranmekanikal bagi partikel-partikel udara.Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itutentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.B. BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYUMenurut Kamus Linguistik (1997:46) bunyi bahasa atau speech sound ialah unit bunyi didalam ujaran yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Jelasnya lagi, dalam bidang fonetik, bunyibahasa disebut fonem.Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:23)menyatakan bahawa bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusiayang digunakan dalam pertuturan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halanganatau gangguan pada alat artikulasi seperti tatkala bernafas. Menurutnya, secara umumbunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu vokal, konsonan dan semi-konsonan atau semi-vokal ( Jones, D.,1958:12). Perbezaan ini didasarkan pada ada atautidaknya halangan ataupun gangguan ( proses artikulasi ) pada alat artikulasi. 17
  • Rajah 1 : Proses Penghasilan Bunyi ( Sumber: B. William, 1992:95 )Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasaMelayu.Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ ] dan [a]manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. Secaranyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya.Walaubagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketikamenghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan ronggamulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain , bunyi-bunyivokal mempunyai ciri-ciri seperti seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusandan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentuiaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibatsama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkandan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar 18
  • melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuhvokal, diftong dan vokal rangkap. Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu.Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007),telah menghuraikan secara terperinci cara bunyi vokal cardinal [i], [e],[ε], [a], [u], [o], [Ɔ], dan [∂] 2.0Vokal Hadapan (i) Vokal depan sempit( Tinggi ) [i]. Cara membunyikannya:(a) Bibir dihamparkan.(b) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) ke arah gusi.(c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udaratidak keluar melalui rongga hidung. (d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkanpita suara ke rongga mulut. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ i ] . Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi[i ] dalam perkataan: 19
  • di awal perkataan: [ikan] , [ikut], [ipar], [ibu], [itu]di tengah perkataan: [biru], [bila], [kita], [sila], [silap]di akhir perkataan:[tali], [bəli], [bəri], [bəsi], [guli] Rajah I : Penghasilan bunyi vokal [i] Lihat contoh lain bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Ikan Bila Tali Ibu Tiba Padi Rajah menunjukkan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ i ]( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47 ) 20
  • (ii) Vokal depan separuh sempit ( Separuh Tinggi ) [e]. Cara membunyikannya: (a) Bibir dihamparkan separuh sempit. (b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. (c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidakdapatkeluar melalui rongga hidung.· (d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.· (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e].Rajah ii : Penghasilan vokal (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Enak Teleng Tauge Elok Leher Tempe(iii) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara 21
  • tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Rajah iii: Penghasilan vokal [ε] Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Esa Belek Tauge Enak Belok Tempe Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e]( Sumber : Paitoon M.Chaiyanara,2006:48 ) 22
  • (iv) Vokal depan luas atau lapang [a].Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Rajah iv : Penghasilan Vokal [a] Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Awan Kadar Siapa Anak Beras Nama Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ a ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 ) 23
  • 2.0 Vokal Tengah(i) Vokal tengah [ə].Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan.Rajah : Penghasilan vokal [ə] Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Emak Penat Sosialisme Empat Tenat Behaviurisme Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ə]( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 ) 24
  • 4.0Vokal Belakang(i) Vokal belakang sempit [u].Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Rajah : Penghasilan vokal [u] Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir ubat bulat Batu ular sudu Palu 25
  • Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ u ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49 )(ii) Vokal belakang separuh sempit [o].Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Rajah : Penghasilan Vokal [ o ] 26
  • Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o].seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang Tolong Pidato Otak Bohong Koko Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ u ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49 ) Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [‫ ]כ‬dan [ε] yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan [makε], [malε], [arε] , [kit‫ .]כ‬Dalam bahasa Melayu, bunyi [ε] dan [e] dilambangkan dengan huruf “e”, manakala bunyi [‫ ]כ‬dan [o] dilambangkan dengan huruf “o”.(iii) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫.]כ‬Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. 27
  • Rajah :Penghasilan Vokal [‫]כ‬ Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫]כ‬ seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang Borong Soto Oleh Bolot Teko Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [‫]כ‬ ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 ) 28
  • Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ε]( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 ) Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007:47) menjelaskan alatartikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagianhadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal [i], [e]dan [a].Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah.Begitu juga denganbahagian belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu [u], [o] dan[‫.]כ‬Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggirendahnya bahagian lidah itu diangkat ataun diturunkan .Bahagian lidah itu boleh diangkatsetinggi mungkin untukmenghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkanseparuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkanseparuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah [ε] dan [‫.]כ‬Vokal tengah puladihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan caratengah lidah dinaikkan separuh tinggi.Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal.Konsonan terhasil apabila terdapat gangguanatau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.Konsonan terdiri daripadakonsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.Konsonan bersuara bermaksud konsonanyang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suaramanakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara daripeparu tidak menggetarkan pita suara. Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan NurfarahLo Abdullah (2007:58) menerangkan bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain daripadabunyi vokal . Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasidengan suara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi ,maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atauhalangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dankonsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasapenghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus suara yang keluar dari paru-paru,contohnya [ b ], [ d ] dan [ g ]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang 28
  • dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus suara seperti [ p ], [ t ] dan [ k ]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.Menurut Yunus Maris, terdapat 19 jenis konsonan iaitu :a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( č , ĵ )f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseranglotis bersuara ( h ).g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).i) Empat konsonan sengau bersuara (m, n, ɲ ,ŋ )j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara (w)dan 1 konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis ,rongga hidung dan lain-lain. 29
  • Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara sebutan bibir Gusi Gusi Lelangit Lelangit Pita suara Lelangit keras lembut keras Letupantak P T k ? bersuara Letupan b d g bersuara Letusan tak č bersuara Letusan Ĵ bersuara Sengau m n (ny) ɲ ŋ Geseran tak s H bersuara Geseran h bersuara Getaran r Sisian l Separuh vokal w y/j Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan .hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman. 5.0Cara Penghasilan Bunyi Konsonan(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibirbersuara[b].Cara membunyikannya: 30
  • Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara membunyikan sama seperti sekatan penuh pada arus udara dari paru- membunyikan konsonan [p]. yang berbeza paru ke rongga mulut. ialah:2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk 1. Pita suara dirapatkan. membuat sekatan udara dari paru-paru ke2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. rongga mulut dengan mengetarkan pita3. Pita suara direnggangkan. suara.4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua mulut tanpa menggetarkan pita suara. bibir bersuara [b].5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Rajah : Penghasilan Konsonan [ p ] Rajah : Penghasilan Konsonan [ b ] 31
  • Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [p] Palu Lapik Atap Konsonan [b] Batek Rabun Adab (b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara membunyikan konsonan sama membuat sekatan penuh pada arus udara. seperti membunyikan konsonan [t]. yang2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke berbeza ialah: belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 1. Pita suara dirapatkan.3. Pita suara direnggangkan . 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. suara.5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi gusi dilepaskan serta-merta. bersuara [d].6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Rajah : Penghasilan Konsonan [ t ] 32
  • Rajah : Penghasilan Konsonan [ d ] Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [t] Takut Batas Padat Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g] 1. 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza pada arus udara . ialah: 2. 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. Pita suara dirapatkan . dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat 2. Arus udara dari paru-paru yang keluar arus udara dari paru-paru ke rongga melalui rongga mulut mengetarkan pita hidung. suara. 33. 3. Pita suara di renggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit 4. 4. Arus udara keluar dari paru-paru lembut bersuara [g]. melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh
  • belakang lidah dilepaskan serta merta.6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Rajah : Penghasilan Konsonan [ k ] Rajah : Penghasilan Konsonan [ g ] Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [k] Kala Makan Tamak Konsonan [g] Garam Pagar Dialog 34
  • (d) Hentian glotis [?] Cara membunyikannya:(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara Rajah : Penghasilan Konsonan [ ? ] Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Anak Saat Lemak Ikan Rakyat Budak(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya: 35
  • Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama sepertiuntuk membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:2. Lelangit lembut dan anak tekakdinaikkan ke belakang atau ke dinding 1. Pita suara dirapatkan.rongga tekak untuk membuat sekatanterhadap arus udara dari paru-paru ke 2. Arus udara dari paru-paru keluar melaluirongga hidung. rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.3. Pita suara direnggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan4. Arus udara dari paru-paru melalui lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]rongga mulut tanpa menggetarkan pitasuara.5. Udara yang tersekat oleh hadapanlidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusanlelangit keras gusi tidak bersuara [č].Rajah : Penghasilan Konsonan [č] 36
  • Rajah : Penghasilan Konsonan [ĵ ] Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [č] čari Lači Koč Konsonan [Ĵ] Ĵala Kanĵi Koleĵ(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Pita suara di renggangkan.(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. 37
  • Rajah : Penghasilan Konsonan [ s ] Contoh perkataan: Awal Tengah Akhir Silap Lasak Pedas Satu Lesu Lemas(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan.(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah Rajah : Penghasilan konsonan [ r ] 38
  • Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Rapat Tiram Sabar Rugi Seram Lebar(f) Konsonan gusi bersuara [I]:(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Rajah : Penghasilan Konsonan [ l ] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Lagu Tilam Tebal Lipat Kelam Kekal(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru- 39
  • paru ke rongga hidung.(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Rajah : Penghasilan Konsonan [ m ] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Macam Teman Ketam Murah Lumba Badam(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n]Cara membunyikannya:(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru- paru ke rongga hidung.(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Naga Tanah Taman Nilam Panah Laman 40
  • e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] Cara membunyikannya:(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan- pelahan. Rajah : Penghasilan Konsonan [ ŋ ] Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut: Awal Tengah Akhir ŋgilu Biŋgka Lalaŋg ŋgeri Raŋgkap Tulaŋg(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ].Cara membunyikannya:(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulutdan terus ke rongga hidung(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan 41
  • Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( ) seperti perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir yaris - yala Se yap -(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:(a) Bibir di bundarkan.(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w]. Rajah : Penghasilan Konsonan [w] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Waris Kawan Takraw Wajar Lawan - 42
  • (g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j].Cara membunyikannya:(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi seperti hendak menghasilkan vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah[ə ].(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada didnding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan.(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [i] , kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah[ə].(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j]. ( Sila lihat rajah ). Rajah : Penghasilan Konsonan [ j ] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir jaŋ dajaŋ - jakiŋ bajaŋ - 43
  • C)SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB).6.0 Sistem Ejaan Rumi Malaysia-Indonesia 1972 Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindotelah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelahkedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usulyang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi dan ilmiah” maka pada27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu kenyataan bersamatelah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan MenteriPendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada 16 Ogos 1972sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara.Sistem ejaan ini dinamakansebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:204) dalambukunya „Fonologi Melayu‟ menjelaskan, pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataanbersama telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato‟Hussein Onn,dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri. Kedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia kemudiannya melaksanakan Sistem Ejaan BahasaMalaysia yang disempurnakan itu pada 16 Ogos 1972.Lukman Ali (2000) menyatakanbahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia disahkan secara rasmi olehPresiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh 17 ogos 1972. Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa danEjaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan KumpulanAhli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (EnsiklopediaMalaysia,1999:706). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matangyang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharumerupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasionalyang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantauseterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakatbahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, EjaanRumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golonganpengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharumemperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti sertataraf standartitasiyang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu inimerupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akandatang. Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat dalamsistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan. Dalamsistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q,r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan RumiBaharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-penerbitan oleh Dewan 44
  • Bahasa dan Pustaka antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisikedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan RumiBahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaandan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986,edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) danDaftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001).Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu1) Abjad dan hurufNik Hassan Basri Nik Ab Kadir ( 2012:205) menjelaskan Sistem Ejaan baharu BahasaMelayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa Indonesia menggunakan sebanyak26 huruf abjad tulisan Rumi. Huruf-huruf abjad tersebut adalah seperti yang berikut: Huruf Sebutan Perkataan Aa e anak Bb bi burung Cc Si cawan Dd di darah Ee i ekor Ff ef filem Gg ji gigi Hh ec hati Ii ai ibu Jj je jam Kk ke kuda Ll el lari Mm em malam Oo o orang Pp pi pintu Qq kiu quran Rr ar rambut Ss es sikat Tt ti tikus Uu yu ular Vv vi vokal Ww dabliu wang Xx eks xenon Yy wai yuran Zz zek zarah 45
  • 2) Huruf Vokal Bahasa Melayu Huruf Di depan Di tengah Di belakang a api tali kita e (i) e pepet emak kena sosiolisme (ii) e taling ela petak tauge i itu tidur padi o oleh kota pidato u ular kuda satu3) Huruf Diftong Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au dan oi. Contohpemakaiannya adalah seperti yang berikut: Huruf Di depan Di tengah Di belakang ai aising ghairah lambai au aurat saudara harimau Oi oidium boikot amboi4) Huruf Konsonan Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:206) turut menjelaskan bahawa dalam bahasaMelayu terdapat sebanyak 26 huruf konsonan, iaitu 21 huruf konsonan tunggal dan limahuruf konsonan gabungan. Lima huruf konsonan gabungan itu ialah gh, kh,ng, ny dan sy.Contoh pemakaian konsonan tersebut dalam perkataan seperti berikut: Huruf Di depan Di tengah Di belakang b batu sabut adab c cakap baca mac d dapur budak abad f fikir tafsir maaf g guru tiga beg gh ghaib maghrib mubaligh h hari saham buah j jalan hajat kolej k kami paksa adik 46
  • kh khusus akhbar tarikh l langsat bila bilal m makan lama malam n nama senakikan nganginnganga pening nynyalabanyak p payung tempat lesap q quran wuquf buraq s sakitpisahtempis sy syarat isytiharquraisy t tapispetir pelat vvitamin universiti w wanitabawa x xenon y yakinsayang z zamanlazat lafaza) Konsonan yang tidak berubah: b bahasa n nanti d dua ng ngilu g guna p pasang h hari r rumah k kami s siap l lemas t tutup m maka w wanitab) Konsonan yang berubah: Ejaan lama Ejaan baru dj djalan j jalan j pajung y payung nj njonja ny nyonya tj tjakap c cakap sj sjarat sy syarat ch tarich kh tarikhc) Lain-lain (dirasmikan penggunaannya) f maaf Huruf-huruf q dan x yang lazim digunakan dalam ilmu-ilmu v valuta eksakta juga digunakan dalam sistem ejaan ini. z zeni 47
  • Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi diMalaysia dan Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut dirasakanperlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan tersebut telahdibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dikenalidengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia dalampersidangannya yang kelima yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagikegunaan kedua-dua negara. Pada 27 Ogos 1975, “Pedoman Umum Ejaan BahasaIndonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan.Huruf Yang DiperkenalkanMenurut Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:208) ,daripada 26 huruf yang diperkenalkandalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supayadigunakan secara tetap, iaitu q, v dan x. i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( )untuk mengeja kataistilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: Quranqadak dan qadarwukuf. ii. Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris danbahasa-bahasa asing yang lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata.Contohnya Vitamin subvesif Resolusi novelVokal universityHuruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang ditukar menjadi f.Contohnya :active jadi aktifpassive jadi pasifnegative jadi negative iii. Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z.Contohnya : 48
  • xeromorph jadi xeromorfxenon jadi xenonxanthate jadi xantat6.1 Huruf Ejaan Kata PinjamanNik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:210) di dalam bukunya „Fonologi Melayu‟ menjelaskanbahawa ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropahyang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalamperkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikutejaan bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris danbahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:Bahasa Bahasa Perubahan huruf Inggeris Melayu Bahasa BahasaInggeris Melayuabstact abstrak a aplate plataerial aerial ae acaerograph aerografaesthetics estetika ae ehaematitehematitBentuk Ejaan TampakSistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual.Maksudnya, ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu diejamengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Contohnya:Bahasa BahasaInggeris Melayuatom jadi atom bukan atumblock jadi blok bukan belokbonus jadi bonus bukan bonoscarbon jadi karbon bukan kaban 49
  • Kekecualian Bagi Ejaan yang Sudah LamaBahasa BahasaInggeris MelayuClass kelas bukan klasClub kelab bukan klab,klubcustomkastambukan kustomdriver drebar bukan driver,driber7.0 KESIMPULANKajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.Organtutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiapsatunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalammenghasilkan bunyibahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasimanusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi.Unsurtersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alatartikulasi manusia.Semua bunyivokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyikonsonan ada yang bersuara da nada yang tidak bersuara.Bunyi bersuara dan tidakbersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis)tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suaradan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkanatau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku makayang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. 50
  • 8.0 RUJUKANNik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012).Fonologi Melayu . Kuala Lumpur: Aslita sdn BhdAbdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. KualaLumpur: Fajar BaktiAhmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin EnterpriseArbak Othman & Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:Penerbitan Sarjana.Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007).Linguistik Fonetik dan FonologiBahasa Melayu.Kuala Lumpur : Aslita Sdn bhdAsmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Asmah Haji Omar (2004).Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai 53embina bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan dan Kebudayaan, Balai Pustaka.Departemen Pendidikan Nasional (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Perputakaan Pusat Bahasa.Ensiklopedia Malaysia (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka MelayuHashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 51