SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
KENEGARAAN


MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG TERDIRI
DARIPADA PELBAGAI KAUM, BAHASA, AGAMA, EKONOMI
DAN POLITIK BERASASKAN PERKAUMAN. DENGAN
MERUJUK KEPADA DIMENSI INI, HUBUNGKAITKAN
FAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT MASA
KINI.
KANDUNGAN




PERKARA                                MUKA SURAT


1.0   PENGENALAN                           2


2.0   KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA           3

      2.1   KEMASUKAN KAUM INDIA           3
      2.2   KEMASUKAN KAUM CINA            3
      2.3   KEMASUKAN KAUM ARAB            4
      2.4   KEMASUKAN KAUM INDONESIA       5


3.0   ASPEK PENTING DI MALAYSIA            6
      3.1   ASPEK BAHASA                   6
      3.2   ASPEK AGAMA                    9
      3.3   ASPEK EKONOMI                  10
      3.4   ASPEK POLITIK                  11


4.0   KESIMPULAN                           14


5.0   BIBLIOGRAFI                          15




                                   2
1.0    PENGENALAN




          Masyarakat Malaysia sangat sinonim sebagai sebuah negara yang bercirikan perbagai
kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Masyarakat yang ada pada hari
ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, bahasa, agama ,ekonomi dan
politik yang berbeza-beza. Penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa
kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian
pedalaman di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula penduduk asalnya ialah terdiri daripada
kaum Kadazan, Dusun, Murut, Iban , Bajau, Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain.
Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula seperti Kaum Cina, India, Serani, Siam,
Bugis, Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu
sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka
bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga
bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya
telah bermula pada era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan.
Pada zaman sebelum pendudukan British, antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetap
di Tanah Melayu khususnya di Melaka ialah India, Cina, Arab dan warga Indonesia.




                                              3
2.0    KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA



       2.1    KEMASUKAN KAUM INDIA



        Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Candi di Lembah
Bujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu di
Tanah Melayu. Begitu juga teori tentang kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana
berasal dari India. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad
ke-15, masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu,
tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai
kepentingan. Antara faktor yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-
pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran agama Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.
Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat
India di Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu. Kemasukan India di
Tanah Melayu yang mempunyai sejarah sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu
kepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama, bahasa, ekonomi dan
kebudayaan.




       2.2    KEMASUKAN KAUM CINA


        Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula zaman kegemilangan
Melaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas
pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18. Kaum Cina juga datang ke
Tanah Melayu untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak
antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah ke
Pelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-
buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakan
barangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan
                                              4
sebagainya. Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai
aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu dari aspek politik, sosial, ekonomi dan
kesenian di Tanah Melayu.            Menyingkap sejarah silam zaman Kesultanan Melayu Melaka
didapati perhijrahan yang terawal orang-orang Cina bermula di zaman tersebut. lanya diketuai
oleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansor Shah. Puteri Hang Li Po dengan
diiringi seramai 500 orang pengikut telah bermustautin di Melaka. Ini merupakan pusingan
pertama proses penghijrahan mingran Cina di Tanah Melayu. Kesan daripada peristiwa bersejarah
ini kewujudan kelompok masyarakat peranakan di antara Melayu - Cina iaitu hasil daripada
proses perkahwinan campur antara kedua-dua etnik tersebut. Mereka ini dikenali sebagai kaum
Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
Kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu
amnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh British
pada awal abad ke-17, berlaku infiriti komplek di kalangan mereka. Sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah
rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan
pendatang-pendatang Cina masuk.1 Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.




          2.3      KEMASUKAN KAUM ARAB


          Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan Islam ke
Tanah Melayu iaitu pada abad ke 13.            Proses perkaitan antara bangsa Arab dengan teori
kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah amat dominan. Kemasukan Arab ke Tanah Melayu ini
dikatakan telah bermula di Terengganu berikutan penemuan batu bersurat di negeri tersebut.
Orang Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan Pelabuhan
Melaka ketika itu merupakan pelabuhan entrepot tersohor di rantau ini. Di sini berlaku pelbagai
urusniaga yang merangkumi ruang lingkup antara Timur dan Barat. Disamping memasarkan

1
    Http://ms.wikipedia.org/wiki/baba_nyonya
                                                  5
barangan dagangan mereka, mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti rempah
ratus, bijih timah, bunga cengkih dan sebagainya. Mereka juga dapat membeli barangan dari
negara-negara lain yang turut berdagang di Tanah Melayu.




       2.4    KEMASUKAN WARGA INDONESIA


       Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-14 lagi
seiring dengan kemasukan dari India,Arab, China, dan lain-lain kaum pendatang yang lain.
Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka pada abad
ke-15 ialah kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Mereka yang
datang dari pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untuk
diperniagakan. Sebagai contoh, masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti emas dan
rempah, dari Pulau Jawa pula membawa bahan makanan, Maluku membawa bunga cengkih dan
dari Pulau Banda membawa buah pala. Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Barat
juga telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu. Sehinggalah abad
ke-17, masyarakat tempatan di Sungai Ujung, Johol, Naning dan Jelebu menerima seorang raja
dari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah Negeri Sembilan. Orang Bugis yang berasal
dari Sulawesi juga telah datang dan menetap di Selangor, Perak dan Johor ketika itu. Pada 1766
pula, Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor
yang pertama. Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap Kepulauan
Indonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan. Sebelum Perang Dunia ke
-2, berlaku pergolakan politik di Indonesia . Taraf hidup petani rendah, malah Belanda gagal
meningkatkan taraf hidup mereka. Belanda mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah,
kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Tekanan daripada Belanda menyebabkan
penghijrahan orang Bugis dan Sumatera. Selain itu terdapat perkembangan ekonomi yang pesat di
Tanah Melayu. Kesan-kesan kemasukan imigran ke Tanah Melayu dapat dilihat antaranya dari
aspek politik, sosial, bahasa, kesenian dan kebudayaan.


3.0    ASPEK PENTING DI MALAYSIA


                                                6
3.1     ASPEK BAHASA


       Dari aspek bahasa, walaupun Tanah Melayu dan Indonesia serumpun, tetapi terdapat
sedikit proses peminjaman dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia tetap
berlaku. Contoh istilah ‘sihat’ dan ‘makan’ merupakan bahasa Jawa yang digunapakai oleh
masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Awalan ‘tuna’ juga berasal daripada dialek atau bahasa
Indonesia. Begitu juga dengan kata akhiran ‘wan’ yang jelas mempamerkan pengaruh bahasa
Indonesia yang kental. Sebagai contoh, budayawan, sukarelawan dan sejarawan.

              Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan
masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawa
bukan sahaja agama Buddha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan,
geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya.
Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Beberapa faktor berkaitan boleh
dijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Ketika
bahasa Sanskrit mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu. .
Dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman perdagangan. Untuk melakukan perdagangan
tersebut, kota dan bandar dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu
sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara. Menurut perkembangan
perdagangan, persalinan perseorangan pun semakin meningkat dan juga bukan sahaja dari segi
material tetapi juga bahan perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India. Contoh :
agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara, keluarga, raja, bendahara,
kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja.

       Pengaliran masuk perkataan bahasa Arab pula beserta kedatangan agama Islam merupakan
peristiwa yang sama penting dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.
Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada kata umum
mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan
sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa
umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada
masyarakat Melayu. Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari bahasa
Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada
                                                   7
tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai moral,undang-
undang,upacara dll),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains,kesusasteraan dan seni”.
Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud
hubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran,perkahwinan,
pemakaman dan sebagainya. Contoh perkataan-perkataan yang telah sebati dalam kehidupan
harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu ialah adat, dunia, masjid, salam, ulama,
masyarakat, syarikat,musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid,nafsu,hikayat,
sejarah, riwayat, dan kisah.

       Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun lalu,mereka
membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal sehingga kini. Salah satu kesan yang
berkekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh Nusantara.Selain daripada
itu,pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan
tulisan jawi kepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan
yang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian seperti bandar,
dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan,
jam dan serunai

       Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511.
Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari bahasa
Portugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak
hubungan antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan
kepada tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama
Kristian” dan “tenaga tentera Eropah”. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis
berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat
untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu
tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai
perkara baru.Contoh perkataan dari Portugis seperti almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju,
kemeja, sepatu, tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, dan bomba.

         Pada abad ke- 19, ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenaga
buruh di kawasan perlombongan dan estet.Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa
                                                8
Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong
dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang. Perkataan itu menjadi
sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai
unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan. Masyarakat
Cina terbahagi kepada pelbagai puak berdasarkan dialek pertuturan mereka. Kalau ditinjau dari
pola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa dan dialeknya, didapati bahawa mereka ini
terdiri daripada kelompok bahasa Teochew, Kantonis dan Hailam yang berasal dari wilayah
Kwangtung. Manakala Hakkien dari wilayah Fukien. Dialek Hakka pula berasal dari wilayah
Pergunungan Kwantung. Sebagai contoh taburan kependudukan bangsa Cina ialah penempatan
kaum Cina di kawasan perlombongan sekitar bandar Ipoh ialah dari dialek Hakka. Bagi kawasan
pelabuhan seperti Pulau Pinang, Telok Anson, Lumut di Perak dan Kelang, Selangor didiami pula
dari dialek Hokkien. Menurut Khoo Kay Kim, yang terlibat secara langsung dalam kegiatan
ekonomi pertanian pula seperti penanaman tebu, lada hitam, dan gambir, taburan kependudukkan
Cinanya terdiri dari golongan dialek Teochew.2 Contoh Bahasa Cina : angpau, beca, cawan,
dacing, pecai, samseng,sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi dan tocang.
Bahasa Tamil pula seperti batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,cerpu, katil, perisai, talam
dan pinggan.Bahasa Hindi pula seperti acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,pateri, roti,
tala, dan topi.

        Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakat
Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris dalam
masyarakat Melayu sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Telah banyak
perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam
bahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi.



        3.2       ASPEK AGAMA




2
 Khoo Kay Kim, latarbelakang Sejarah Masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu, dlm.JEBAT bil.1, Tanah Persatuan
Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,1971/72:ms 20
                                                       9
Dari aspek agama , kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu dan
Buddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang yang melambangkan anutan
masyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan
sebagainya. Pada abad ke 15, masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atas
meneruskan kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Bahkan ada di kalangan warga Arab yang digelar guru professional, bermigrasi ke Tanah Melayu
semata-mata untuk berdakwah tanpa mempunyai kepentingan lain selain dari itu. Namun
kebanyakan sarjana berpendapat, pengislaman besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zaman
Melaka pada abad ke-15. Maka, berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kita
pertanggungjawabkan ke atas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke-15.
Oleh kerana kemasukan orang Arab adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu,
justeru itu proses Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah antara kesan
yang paling jelas sekali. Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima dan
memeluk Islam pada tahun 1409 masihi dengan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain. Ini
menyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi ataupun masyarakat imigran
yang lain menjadi begitu berkesan.


       Apabila Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456, maka proses
Islamisasi ini semakin meluas dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang.Ini juga merupakan
kesan kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab
dalam kalangan pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di Tanah
Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti Muhammad, Abdul dan Abdullah
begitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam dalam kalangan masyarakat di Tanah
Melayu ketika itu. Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem kasta yang membezakan
darjat seseorang individu itu dengan individu yang lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindu
dahulu. Setiap kaum mengekalkan agama masing-masing seperti orang Melayu agama Islam,
orang Cina agama Buddha, dan orang India agama Hindu. Kesan yang jelas ialah penggunaan
gelaran Sultan oleh kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu. Penggunaan hukum Islam
sebagai asas penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Islam


                                              10
ketika itu. Jawatan mufti juga sudah mula diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultan
mengenai hal ehwal agama. Mufti juga berperanan sebagai guru agama di istana.


         Di peringkat awal Islamisasi , golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang Arab,
sebagai contoh, Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang. Dari segi anutan, orang-orang Cina
kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama
lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermustautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan
Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di
Tanah Melayu sehingga sekarang.


         3.3   ASPEK EKONOMI


         Dalam aspek ekonomi pula, hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu dikatakan
telah bermula semenjak abad ke-7 lagi. Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama dalam
bidang ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu
mempopularkan Pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke-15 kerana hubungan ekonomi yang
telah lama terjalin antara China dan Kepulauan melayu. Kesan penghijrahan komuniti India pula
yang paling utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri
perdagangan Melaka semakin berkembang. Ini kerana pedagang India merupakan antara pedagang
luar yang pertama sampai di Tanah Melayu.


          Selain itu, amalan riba dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi. Penggunaan
sistem ekonomi yang lebih adil telah digunakan. Melalui warga Arab yang ada ketika itu juga,
fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam ekonomi Islam mula digunapakai. Contohnya melalui
institusi kebajikan orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakat
daripada harta yang diperoleh seseorang. Peningkatan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah
menyebabkan pihak British membawa masuk beramai-ramai buruh dari negara China dan India
untuk menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan. Penambahan
penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar ,
jalan-jalan, rel-rel kereta api, dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah
besar.
                                              11
Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan perladangan dan
perdagangan seperti Raub, perlombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan kereta api seperti
jalan kereta api yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan
akhirnya jalan kereta api yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu. Pada zaman
pemerintahan British Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi komersial pula milik orang
Cina dan India ,sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Beberapa
faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi komersial ialah British
sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang
dijalankan British sewaktu penjajahannya, setiap kaum mengikut kegiatan tertentu. Orang Melayu
mengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan. Orang Cina mengurus perlombongan
dan perdagangan. Bagi India berladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi mengalami
terpisah tempat kediaman. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian
dan pinggir laut. Kaum Cina tinggal di perlombongan dan bandar pusat perniagaan. Kaum India
pula tinggal di estet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza
mengikut jenis pekerjaan.




       3.4      ASPEK POLITIK


             Dari aspek politik, kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawa
kepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China. Perkahwinan antara Sultan Melaka
iaitu Sultan Mansur Syah dengan Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh           telah
merapatkan lagi hubungan baik politik antara Melaka dan China. Bahkan, seawal tahun 1404
lagi, hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh
Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China.


              Hubungan persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu dengan Kepulauan
Indonesia juga telah berlaku. Kerajaan Melaka melalui Sultan Mansur Shah telah menjalin
hubungan akrab dengan Majapahit. Baginda telah mengahwini puteri kepada Betara Majapahit
dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan Majapahit. Penubuhan kerajaan
                                              12
Negeri Sembilan dan Selangor merupakan kesan besar kemasukan masyarakat Indonesia di Tanah
Melayu. Begitu juga hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedah
dan sebagainya.


           Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu
bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di negeri Kedah dan Johor.
Ini telah memberi kesempatan kepada British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala melalui perjanjian Inggeris – Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah
diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah
satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri selat. Penjajahan British di Tanah Melayu
bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran
baru bagi barangan siap dan memberi peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah
Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan
bandar dengan pelabuhan, perdagangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.


                   Campur tangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yang
kaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain pada zaman pemerintahannya juga menjadi
daya tarikan kemasukan modal Eropah. Dengan itu, kemasukan imigran untuk membekalkan
tenaga buruh yang murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerja di ladang dan gaji
rendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhidmat dalam polis dan tentera. Orang Tamil yang
berpendidikan Inggeris berkhidmat dalam perkhidmatan pekeranian dan teknikal.


                Sebelum kedatangan Inggeris, struktur politik Melayu berkisar dalam sistem feudal
pemerintahan Melayu secara terus. Apabila zaman penjajahan bermula, maka berlaku satu proses
transformasi kuasa Raja ke politik kuasa rakyat. Rakyat Melayu diajar berpolitik melalui sistem
kepartian dan sistem perkongsian kuasa. Menurut Sarjana Mahadzir Mohd Khir , struktur
organisasi politik Melayu, dari bentuk feudal di zaman tradisional telah berubah menjadi satu
bentuk organisasi lain yang tersendiri.3 Pada era menuju kemerdekaan. berkembang parti politik
berasaskan kaum. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan
Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan

3
    Mahadzir Mohd Khir, Proses Transformasi Politik Malaysia: Dari Rakyat ke Rakyat, 1997:hlm.1,5-6
                                                          13
India dengan Kongres India Semalaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum
masing-masing, namun berada di bawah satu payung iaitu Parti perikatan. Terdapat juga parti lain
seperti Pasok- Kadazan Dusun, AMCJA yang merupakan gabungan pertubuhan dan keahlian
yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum
masing-masing. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kepada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa
darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun sehingga 1960 yang melibatkan Parti
Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali
tergugat.
        Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysia Malaysia” telah mula digunakan . Namun ia
tidak begitu diterima pakai. Peristiwa 13 Mei 1969 mesti dijadikan panduan dan teladan agar
usaha interaksi, integrasi dan asimilasi dapat berjalan lancar. Peristiwa ini merupakan salah satu
peristiwa yang menjadi salah satu lipatan dalam sejarah di mana berlaku satu rusuhan kaum dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan ‘Pilihan Raya Umum 1969’ yang
merupakan satu titik hitam dalam Sejarah Malaysia. Pada tarikh ini Negara diisytiharkan darurat.
Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Dipertuan Agung
di bawah Undang-undang tentera. Majlis Gerakan Negara ( Mageran) telah dibentuk. Tunku
Abdul Rahman menarik diri dari Mageran dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. Berikutan
itu, Parlimen digantung. Satu Rukun Negara dibentuk bagi meningkatkan kefahaman rakyat
tentang Perlembagaan Negara . Menurut Mohd Ridzuan Asli, tragedi 13 Mei amat memalukan
Negara Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan. Oleh kerana sikap perkauman yang
berkembang di kalangan setiap bangsa, maka kemuncak dari perasaan perkauman ini
diterjemahkan dalam tragedi 13 Mei.4
            Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang
aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak
mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan
menerima asimilasi dari budaya lain. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh
mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk.

4
 Mohd Ridzuan Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur,1993:hlm.120 dan 158
                                                    14
Kini, menjadi satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali
sebagai Bangsa Malaysia. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Seri Najib
bin Tun Abdul Razak diharap membawa inspirasi untuk membaiki hubungan kaum . Ini juga
merupakan satu kesinambungan bagi menjalinkan perpaduan yang lebih erat bagi rakyat pelbagai
kaum di negara ini.




4.0    KESIMPULAN


       Secara keseluruhannya, senario masyarakat kini berhubung kait dengan faktor sejarah.
Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa , agama, ekonomi dan
politik ,hubungan baik adalah penting . Ini bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam
hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Bagi
memastikan keadaan negara yang aman damai, perkara yang paling penting ialah ekonomi kerana
ia menjadi isu sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu
memahami kedudukan masing-masing. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar
negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan
untuk membina negara bangsa. Identiti negara bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan
identiti, nasionaliti dan nasionalisme serta unsur-unsur patriotisma negara bangsa.

5.0    BIBLIOGRAFI




       A.Aziz Deraman, (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya
               Pantai (M) Sdn.Bhd.




       Buyong Adil,(1981). Sejarah Perak.Kuala Lumpur: DBP.




                                                15
Chong.K.K. ,(1985) .“Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia:Evolusi Sejarah.” In
       Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.) Pulau Pinang: Universiti Sains
       Malaysia.




Ismail Hussein et.al,(2001).Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu
       (Edisi kedua).Selangor:UKM.




J.S.Furnivall, (1939).Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.




Katiman Rostam,(1984). Penduduk Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.




Md Salleh B. Gaus,(1984).Politik Melayu Pulau Pinang. Kuala Lumpur: DBP.




Mohd Redzuan Othman et.al.,(2006).Sejarah pembinaan Negara Bangsa.Kuala
       Lumpur:UM.

Mohd Isa Othman,(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963).Kuala Lumpur: Utusan
       Publications.




Muhammad Haji Muhd taib,(1996). Melayu Baru.Petaling jaya:Visage Communication.




Shamsul Amri Baharuddin,(2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UiTM.




                                       16
Web.Wikipedia.26May 2011.
      <http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Lokasi_Tunku_Abdul_Rahman_semasa_peristi
      wa_13_Mei>




                                             17

More Related Content

What's hot

Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
Lim Willy
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Faizah Yahya
 
6 A,(12)Perindustrian
6 A,(12)Perindustrian6 A,(12)Perindustrian
6 A,(12)Perindustrian
zafeen zafeen
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
Asmawi Abdullah
 
Sistem Geomorfologi
Sistem GeomorfologiSistem Geomorfologi
Sistem Geomorfologi
hijrah71
 
Bahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan Demografi
Bahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan DemografiBahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan Demografi
Bahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan Demografi
Asmawi Abdullah
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
haralhaj
 
Pengajian Am- Penggal 3
Pengajian Am-  Penggal 3Pengajian Am-  Penggal 3
Pengajian Am- Penggal 3
Mei Lerthchai
 

What's hot (20)

Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
 
6 A,(12)Perindustrian
6 A,(12)Perindustrian6 A,(12)Perindustrian
6 A,(12)Perindustrian
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Model Latih Tubi 8
Model Latih Tubi 8Model Latih Tubi 8
Model Latih Tubi 8
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
 
Sistem Geomorfologi
Sistem GeomorfologiSistem Geomorfologi
Sistem Geomorfologi
 
Sumbangan Tokoh Macapagal dan Phibun Songhram
Sumbangan Tokoh Macapagal dan Phibun SonghramSumbangan Tokoh Macapagal dan Phibun Songhram
Sumbangan Tokoh Macapagal dan Phibun Songhram
 
Bab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan airBab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan air
 
Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
Bahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan Demografi
Bahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan DemografiBahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan Demografi
Bahagian B Kuliah 4 - Piramid Penduduk dan Model Peralihan Demografi
 
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
 
GRAF BAR
GRAF BARGRAF BAR
GRAF BAR
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
 
Pengajian Am- Penggal 3
Pengajian Am-  Penggal 3Pengajian Am-  Penggal 3
Pengajian Am- Penggal 3
 

Viewers also liked (8)

Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
 
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 

Similar to Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Noredatul Gabo
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Misiah Bayani
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
Stylist Girl
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
firo HAR
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
jasfida
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
Liana Hasmey
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
WanBK Leo
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
mus mus
 

Similar to Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini (20)

Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
 
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdfMALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
 
Pluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakatPluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakat
 
EDU SEMESTER3 PPG
EDU SEMESTER3 PPGEDU SEMESTER3 PPG
EDU SEMESTER3 PPG
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 

More from murni mohamat

More from murni mohamat (20)

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 
Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2 Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSR
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssr
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 

Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini

  • 1. KENEGARAAN MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM, BAHASA, AGAMA, EKONOMI DAN POLITIK BERASASKAN PERKAUMAN. DENGAN MERUJUK KEPADA DIMENSI INI, HUBUNGKAITKAN FAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT MASA KINI.
  • 2. KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA 3 2.1 KEMASUKAN KAUM INDIA 3 2.2 KEMASUKAN KAUM CINA 3 2.3 KEMASUKAN KAUM ARAB 4 2.4 KEMASUKAN KAUM INDONESIA 5 3.0 ASPEK PENTING DI MALAYSIA 6 3.1 ASPEK BAHASA 6 3.2 ASPEK AGAMA 9 3.3 ASPEK EKONOMI 10 3.4 ASPEK POLITIK 11 4.0 KESIMPULAN 14 5.0 BIBLIOGRAFI 15 2
  • 3. 1.0 PENGENALAN Masyarakat Malaysia sangat sinonim sebagai sebuah negara yang bercirikan perbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, bahasa, agama ,ekonomi dan politik yang berbeza-beza. Penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pedalaman di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan, Dusun, Murut, Iban , Bajau, Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula seperti Kaum Cina, India, Serani, Siam, Bugis, Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula pada era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Pada zaman sebelum pendudukan British, antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetap di Tanah Melayu khususnya di Melaka ialah India, Cina, Arab dan warga Indonesia. 3
  • 4. 2.0 KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA 2.1 KEMASUKAN KAUM INDIA Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Candi di Lembah Bujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu di Tanah Melayu. Begitu juga teori tentang kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana berasal dari India. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke-15, masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Antara faktor yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka- pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran agama Buddha dan Hindu ke seluruh dunia. Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu. Kemasukan India di Tanah Melayu yang mempunyai sejarah sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama, bahasa, ekonomi dan kebudayaan. 2.2 KEMASUKAN KAUM CINA Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula zaman kegemilangan Melaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18. Kaum Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah ke Pelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah- buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan 4
  • 5. sebagainya. Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu dari aspek politik, sosial, ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu. Menyingkap sejarah silam zaman Kesultanan Melayu Melaka didapati perhijrahan yang terawal orang-orang Cina bermula di zaman tersebut. lanya diketuai oleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansor Shah. Puteri Hang Li Po dengan diiringi seramai 500 orang pengikut telah bermustautin di Melaka. Ini merupakan pusingan pertama proses penghijrahan mingran Cina di Tanah Melayu. Kesan daripada peristiwa bersejarah ini kewujudan kelompok masyarakat peranakan di antara Melayu - Cina iaitu hasil daripada proses perkahwinan campur antara kedua-dua etnik tersebut. Mereka ini dikenali sebagai kaum Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik Kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu amnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh British pada awal abad ke-17, berlaku infiriti komplek di kalangan mereka. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.1 Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. 2.3 KEMASUKAN KAUM ARAB Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu iaitu pada abad ke 13. Proses perkaitan antara bangsa Arab dengan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah amat dominan. Kemasukan Arab ke Tanah Melayu ini dikatakan telah bermula di Terengganu berikutan penemuan batu bersurat di negeri tersebut. Orang Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan Pelabuhan Melaka ketika itu merupakan pelabuhan entrepot tersohor di rantau ini. Di sini berlaku pelbagai urusniaga yang merangkumi ruang lingkup antara Timur dan Barat. Disamping memasarkan 1 Http://ms.wikipedia.org/wiki/baba_nyonya 5
  • 6. barangan dagangan mereka, mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti rempah ratus, bijih timah, bunga cengkih dan sebagainya. Mereka juga dapat membeli barangan dari negara-negara lain yang turut berdagang di Tanah Melayu. 2.4 KEMASUKAN WARGA INDONESIA Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-14 lagi seiring dengan kemasukan dari India,Arab, China, dan lain-lain kaum pendatang yang lain. Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka pada abad ke-15 ialah kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Mereka yang datang dari pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untuk diperniagakan. Sebagai contoh, masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti emas dan rempah, dari Pulau Jawa pula membawa bahan makanan, Maluku membawa bunga cengkih dan dari Pulau Banda membawa buah pala. Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu. Sehinggalah abad ke-17, masyarakat tempatan di Sungai Ujung, Johol, Naning dan Jelebu menerima seorang raja dari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah Negeri Sembilan. Orang Bugis yang berasal dari Sulawesi juga telah datang dan menetap di Selangor, Perak dan Johor ketika itu. Pada 1766 pula, Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama. Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap Kepulauan Indonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan. Sebelum Perang Dunia ke -2, berlaku pergolakan politik di Indonesia . Taraf hidup petani rendah, malah Belanda gagal meningkatkan taraf hidup mereka. Belanda mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah, kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Tekanan daripada Belanda menyebabkan penghijrahan orang Bugis dan Sumatera. Selain itu terdapat perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Kesan-kesan kemasukan imigran ke Tanah Melayu dapat dilihat antaranya dari aspek politik, sosial, bahasa, kesenian dan kebudayaan. 3.0 ASPEK PENTING DI MALAYSIA 6
  • 7. 3.1 ASPEK BAHASA Dari aspek bahasa, walaupun Tanah Melayu dan Indonesia serumpun, tetapi terdapat sedikit proses peminjaman dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia tetap berlaku. Contoh istilah ‘sihat’ dan ‘makan’ merupakan bahasa Jawa yang digunapakai oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Awalan ‘tuna’ juga berasal daripada dialek atau bahasa Indonesia. Begitu juga dengan kata akhiran ‘wan’ yang jelas mempamerkan pengaruh bahasa Indonesia yang kental. Sebagai contoh, budayawan, sukarelawan dan sejarawan. Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Buddha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Beberapa faktor berkaitan boleh dijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Ketika bahasa Sanskrit mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu. . Dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandar dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara. Menurut perkembangan perdagangan, persalinan perseorangan pun semakin meningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India. Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja. Pengaliran masuk perkataan bahasa Arab pula beserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu. Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu. Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari bahasa Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada 7
  • 8. tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai moral,undang- undang,upacara dll),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains,kesusasteraan dan seni”. Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran,perkahwinan, pemakaman dan sebagainya. Contoh perkataan-perkataan yang telah sebati dalam kehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu ialah adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid,nafsu,hikayat, sejarah, riwayat, dan kisah. Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun lalu,mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal sehingga kini. Salah satu kesan yang berkekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh Nusantara.Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi kepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian seperti bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam dan serunai Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama Kristian” dan “tenaga tentera Eropah”. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai perkara baru.Contoh perkataan dari Portugis seperti almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemeja, sepatu, tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, dan bomba. Pada abad ke- 19, ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenaga buruh di kawasan perlombongan dan estet.Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa 8
  • 9. Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang. Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan. Masyarakat Cina terbahagi kepada pelbagai puak berdasarkan dialek pertuturan mereka. Kalau ditinjau dari pola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa dan dialeknya, didapati bahawa mereka ini terdiri daripada kelompok bahasa Teochew, Kantonis dan Hailam yang berasal dari wilayah Kwangtung. Manakala Hakkien dari wilayah Fukien. Dialek Hakka pula berasal dari wilayah Pergunungan Kwantung. Sebagai contoh taburan kependudukan bangsa Cina ialah penempatan kaum Cina di kawasan perlombongan sekitar bandar Ipoh ialah dari dialek Hakka. Bagi kawasan pelabuhan seperti Pulau Pinang, Telok Anson, Lumut di Perak dan Kelang, Selangor didiami pula dari dialek Hokkien. Menurut Khoo Kay Kim, yang terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi pertanian pula seperti penanaman tebu, lada hitam, dan gambir, taburan kependudukkan Cinanya terdiri dari golongan dialek Teochew.2 Contoh Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi dan tocang. Bahasa Tamil pula seperti batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,cerpu, katil, perisai, talam dan pinggan.Bahasa Hindi pula seperti acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,pateri, roti, tala, dan topi. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakat Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris dalam masyarakat Melayu sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Telah banyak perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. 3.2 ASPEK AGAMA 2 Khoo Kay Kim, latarbelakang Sejarah Masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu, dlm.JEBAT bil.1, Tanah Persatuan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,1971/72:ms 20 9
  • 10. Dari aspek agama , kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu dan Buddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang yang melambangkan anutan masyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan sebagainya. Pada abad ke 15, masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atas meneruskan kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan ada di kalangan warga Arab yang digelar guru professional, bermigrasi ke Tanah Melayu semata-mata untuk berdakwah tanpa mempunyai kepentingan lain selain dari itu. Namun kebanyakan sarjana berpendapat, pengislaman besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zaman Melaka pada abad ke-15. Maka, berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kita pertanggungjawabkan ke atas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Oleh kerana kemasukan orang Arab adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu, justeru itu proses Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah antara kesan yang paling jelas sekali. Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima dan memeluk Islam pada tahun 1409 masihi dengan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain. Ini menyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi ataupun masyarakat imigran yang lain menjadi begitu berkesan. Apabila Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456, maka proses Islamisasi ini semakin meluas dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang.Ini juga merupakan kesan kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab dalam kalangan pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di Tanah Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti Muhammad, Abdul dan Abdullah begitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem kasta yang membezakan darjat seseorang individu itu dengan individu yang lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindu dahulu. Setiap kaum mengekalkan agama masing-masing seperti orang Melayu agama Islam, orang Cina agama Buddha, dan orang India agama Hindu. Kesan yang jelas ialah penggunaan gelaran Sultan oleh kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu. Penggunaan hukum Islam sebagai asas penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Islam 10
  • 11. ketika itu. Jawatan mufti juga sudah mula diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultan mengenai hal ehwal agama. Mufti juga berperanan sebagai guru agama di istana. Di peringkat awal Islamisasi , golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang Arab, sebagai contoh, Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang. Dari segi anutan, orang-orang Cina kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermustautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu sehingga sekarang. 3.3 ASPEK EKONOMI Dalam aspek ekonomi pula, hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu dikatakan telah bermula semenjak abad ke-7 lagi. Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu mempopularkan Pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke-15 kerana hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara China dan Kepulauan melayu. Kesan penghijrahan komuniti India pula yang paling utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri perdagangan Melaka semakin berkembang. Ini kerana pedagang India merupakan antara pedagang luar yang pertama sampai di Tanah Melayu. Selain itu, amalan riba dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi. Penggunaan sistem ekonomi yang lebih adil telah digunakan. Melalui warga Arab yang ada ketika itu juga, fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam ekonomi Islam mula digunapakai. Contohnya melalui institusi kebajikan orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakat daripada harta yang diperoleh seseorang. Peningkatan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak British membawa masuk beramai-ramai buruh dari negara China dan India untuk menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar , jalan-jalan, rel-rel kereta api, dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar. 11
  • 12. Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan perladangan dan perdagangan seperti Raub, perlombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan kereta api seperti jalan kereta api yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan kereta api yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu. Pada zaman pemerintahan British Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi komersial pula milik orang Cina dan India ,sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi komersial ialah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahannya, setiap kaum mengikut kegiatan tertentu. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan. Orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi India berladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi mengalami terpisah tempat kediaman. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut. Kaum Cina tinggal di perlombongan dan bandar pusat perniagaan. Kaum India pula tinggal di estet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan. 3.4 ASPEK POLITIK Dari aspek politik, kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawa kepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China. Perkahwinan antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dengan Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi hubungan baik politik antara Melaka dan China. Bahkan, seawal tahun 1404 lagi, hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China. Hubungan persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu dengan Kepulauan Indonesia juga telah berlaku. Kerajaan Melaka melalui Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan akrab dengan Majapahit. Baginda telah mengahwini puteri kepada Betara Majapahit dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan Majapahit. Penubuhan kerajaan 12
  • 13. Negeri Sembilan dan Selangor merupakan kesan besar kemasukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu. Begitu juga hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedah dan sebagainya. Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di negeri Kedah dan Johor. Ini telah memberi kesempatan kepada British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris – Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan memberi peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perdagangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Campur tangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yang kaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain pada zaman pemerintahannya juga menjadi daya tarikan kemasukan modal Eropah. Dengan itu, kemasukan imigran untuk membekalkan tenaga buruh yang murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerja di ladang dan gaji rendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhidmat dalam polis dan tentera. Orang Tamil yang berpendidikan Inggeris berkhidmat dalam perkhidmatan pekeranian dan teknikal. Sebelum kedatangan Inggeris, struktur politik Melayu berkisar dalam sistem feudal pemerintahan Melayu secara terus. Apabila zaman penjajahan bermula, maka berlaku satu proses transformasi kuasa Raja ke politik kuasa rakyat. Rakyat Melayu diajar berpolitik melalui sistem kepartian dan sistem perkongsian kuasa. Menurut Sarjana Mahadzir Mohd Khir , struktur organisasi politik Melayu, dari bentuk feudal di zaman tradisional telah berubah menjadi satu bentuk organisasi lain yang tersendiri.3 Pada era menuju kemerdekaan. berkembang parti politik berasaskan kaum. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan 3 Mahadzir Mohd Khir, Proses Transformasi Politik Malaysia: Dari Rakyat ke Rakyat, 1997:hlm.1,5-6 13
  • 14. India dengan Kongres India Semalaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing, namun berada di bawah satu payung iaitu Parti perikatan. Terdapat juga parti lain seperti Pasok- Kadazan Dusun, AMCJA yang merupakan gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kepada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat. Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysia Malaysia” telah mula digunakan . Namun ia tidak begitu diterima pakai. Peristiwa 13 Mei 1969 mesti dijadikan panduan dan teladan agar usaha interaksi, integrasi dan asimilasi dapat berjalan lancar. Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa yang menjadi salah satu lipatan dalam sejarah di mana berlaku satu rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan ‘Pilihan Raya Umum 1969’ yang merupakan satu titik hitam dalam Sejarah Malaysia. Pada tarikh ini Negara diisytiharkan darurat. Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Dipertuan Agung di bawah Undang-undang tentera. Majlis Gerakan Negara ( Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menarik diri dari Mageran dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen digantung. Satu Rukun Negara dibentuk bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang Perlembagaan Negara . Menurut Mohd Ridzuan Asli, tragedi 13 Mei amat memalukan Negara Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan. Oleh kerana sikap perkauman yang berkembang di kalangan setiap bangsa, maka kemuncak dari perasaan perkauman ini diterjemahkan dalam tragedi 13 Mei.4 Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. 4 Mohd Ridzuan Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1993:hlm.120 dan 158 14
  • 15. Kini, menjadi satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak diharap membawa inspirasi untuk membaiki hubungan kaum . Ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjalinkan perpaduan yang lebih erat bagi rakyat pelbagai kaum di negara ini. 4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, senario masyarakat kini berhubung kait dengan faktor sejarah. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa , agama, ekonomi dan politik ,hubungan baik adalah penting . Ini bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Bagi memastikan keadaan negara yang aman damai, perkara yang paling penting ialah ekonomi kerana ia menjadi isu sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina negara bangsa. Identiti negara bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisme serta unsur-unsur patriotisma negara bangsa. 5.0 BIBLIOGRAFI A.Aziz Deraman, (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn.Bhd. Buyong Adil,(1981). Sejarah Perak.Kuala Lumpur: DBP. 15
  • 16. Chong.K.K. ,(1985) .“Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia:Evolusi Sejarah.” In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.) Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Ismail Hussein et.al,(2001).Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi kedua).Selangor:UKM. J.S.Furnivall, (1939).Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. Katiman Rostam,(1984). Penduduk Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Md Salleh B. Gaus,(1984).Politik Melayu Pulau Pinang. Kuala Lumpur: DBP. Mohd Redzuan Othman et.al.,(2006).Sejarah pembinaan Negara Bangsa.Kuala Lumpur:UM. Mohd Isa Othman,(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963).Kuala Lumpur: Utusan Publications. Muhammad Haji Muhd taib,(1996). Melayu Baru.Petaling jaya:Visage Communication. Shamsul Amri Baharuddin,(2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UiTM. 16
  • 17. Web.Wikipedia.26May 2011. <http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Lokasi_Tunku_Abdul_Rahman_semasa_peristi wa_13_Mei> 17