SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  21
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1.0 PENGENALAN
Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli
perubatan. Walau bagaimanapun di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas
didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi.
Perkembangan yang signifikan berkait dengan usaha-usaha dalam ujian-ujian mental.
Seterusnya para pendidik pula mula memberikan perhatian kepada pendidikan untuk kanakkanak cacat dan menyedari peri perlunya kanak-kanak tersebut diberikan pendidikan yang
sesuai dengan keupayaan mereka. Namun demikian, golongan yang aktif diperingkat awal (dan
masih berterusan lagi) menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan
khas ialah badan-badan kebajikan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan. Sejarah pendidikan khas di Malaysia pula bermula dengan penubuhan Sekolah
Rendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 (berpindah ke
Pulau Pinang pada tahun 1931).
Sekolah tersebut ialah untuk anak-kanak bermasalah penglihatan (buta). Sekolah buta
yang kedua ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru pada tahun 1948.
Sementara itu sekolah pertama yang dibuka untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran
(pekak) ialah pada tahun 1954 di Tanjong Bunga, Pulau Pinang.Kementerian Pendidikan mula
terlibat dengan penubuhan kelas bercantum masalah penglihatan pada tahun 1962 dan
masalah pendengaran pada tahun 1963. Pada tahun 1962 juga latihan perguruan khas untuk
masalah penglihatan dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan pada tahun berikutnya
pula untuk masalah pendengaran. Seterusnya untuk melicinkan pengurusan pendidikan khas
satu Unit Pendidikan Khas ditubuhkan di Bahagian sekolah, Kementerian Pendidikan pada
tahun 1964. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan pada Oktober 1995, Unit
Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah telah ditingkatkan menjadi sebuah Jabatan tersendiri,
iaitu Jabatan Pendidikan Khas.
Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang
direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak
1
yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau
kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan
Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan
peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa
atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.
Kedua-dua definisi di atas menegaskan ciri-ciri pendidikan khas, iaitu:
1. Rancangan pengajaran yang direka khas
2. Rancangan pengajaran yang bersifat individu
3. Bahan-bahan khas
4. Teknik pengajaran khas
5. Kemudahan / peralatan khas

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi
dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan
amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan- perkhidmatan pendidikan khas,
supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana
keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka
yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri
mereka; fizikal, otak, emosi dan sosial tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya
keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak
biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis
kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama
dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan
tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.

2
Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas
boleh dikategorikan seperti berikut:
1. masalah pendengaran
2. masalah penglihatan
3. masalah pembelajaran
4. masalah tingkahlaku
5. masalah pertuturan
6. spastik (cerebral palsy)
7. terencat akal
8. cacat anggota

Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke
arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentu
hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan (Geatheart, Weishahn &
Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktor
tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program- program Pendidikan Khas
yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap
yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan
Alozzine, 1982).
Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal,
masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat
akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa,
misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.

3
2.0 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN )

2.1 MASALAH PENGLIHATAN
Mata ialah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati keindahan
alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak kompleks yang terdiri
daripada beberapa peringkat dalam 'Proses Penglihatan'. Proses ini bermula dari rangsangan
fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak.
Namun, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 November 2009,
90 peratus daripada masalah mata adalah masalah gangguan fungsi penglihatan manakala 10
peratus lagi adalah disebabkan oleh penyakit mata (Utusan Malaysia, 2009).
Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial
dan mental kanak-kanak. Oleh itu, pengesanan masalah ini di peringkat awal adalah amat
penting bagi memastikan prognosis yang lebih baik. Kajian yang telah dilakukan oleh para
penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengenalpasti penyebab
masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah (Hussin dll, 2009). Seramai 479
orang kanak-kanak tadika yang berumur 4-6 ± 0.69 tahun (min=5.3 tahun) di Sitiawan, Perak,
Malaysia telah dipilih secara rawak. Mereka menjalani ujian akuiti visual, ujian katup, ujian
Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Kanak-kanak yang gagal saringan
penglihatan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjutan. 52% kanak-kanak terdiri daripada lelaki
dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan. Melayu merupakan kumpulan bangsa terbesar
(59.9%), diikuti Cina (30.1%), India (9.6%) dan lain-lain (0.4%) (Hussin dll, 2009).
Daripada 43 orang yang gagal saringan penglihatan, 32 (6.7% dari kumpulan subjek
asal) orang disahkan mempunyai masalah penglihatan. Penyebab utama masalah penglihatan
di kalangan kanak-kanak Prasekolah dalam kajian ini ialah ralat refraksi (4.8% dari keseluruhan
subjek kajian) diikuti dengan ambliopia (1.0%), strabismus (1.0%) dan keabnormalan okular
(0.8%). Maka, saringan penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah adalah amat penting
untuk dilaksanakan kerana ia dapat mengesan masalah penglihatan di peringkat awal (Hussin
dll, 2009).

4
Bagi kanak-kanak, pengesanan masalah gangguan fungsi penglihatan cukup penting
kerana pada ketika inilah sistem penglihatan sedang berkembang dan sebarang gangguan
akan menimbulkan masalah lain yang lebih serius. Rawatan awal dan komitmen ibu bapa
penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan berupaya
melihat kembali dengan baik dan jelas. Pensyarah Kanan Jabatan Optometris, Fakulti Sains
Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rokiah Omar berkata,
perkara ini penting bagi mengawal keadaan menjadi lebih serius.
Katanya, bagi memastikan seseorang itu mempunyai bacaan optimum, mereka
semestinya mempunyai tahap penglihatan 6/6 pada kedua-dua belah mata mereka. ''Kanakkanak yang mempunyai tahap penglihatan 6/9 atau kurang dikategorikan sebagai mempunyai
masalah penglihatan. Manakala mereka yang mempunyai tahap penglihatan kurang dari 6/18
pula dikategorikan sebagai penglihatan yang terhad,'' ujar Dr Rokiah (Utusan Malaysia, 2009).
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan ialah jika
kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran
(Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan
mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud
tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.
Menurut Dr Rokiah lagi, penyakit kongenital dan keturunan merupakan penyebab utama
berlaku penglihatan terhad. Malah sekiranya seseorang bayi mendapat katarak kerana
jangkitan kuman ketika dalam kandungan, ia akan menghalang cahaya dari terfokus ke retina
dan sistem penglihatan bayi tidak akan berkembang atau mencapai ketajaman penglihatannya
tahap 6/6 menjelang umur empat tahun.
Perkembangan ketajaman penglihatan yang tidak mencapai tahap 6/6 dinamakan
"amblyopia" atau mata malas. Keadaan ini terjadi di mana ketajaman penglihatan tidak
mencapai tahap 6/6 dengan preskripsi cermin mata terbaik tanpa ada sebab-sebab patologi
lain. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun dan penyebab utama berlakunya
amblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidak
terfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan

5
(Utusan Malaysia, 2009). Justeru itu, pembetulan kerabunan perlu dibuat secepat mungkin agar
amblyopia tidak berlaku.
Selain itu, menurut Dr. Rokiah, kejulingan juga menjadi faktor penting terjadinya mata
malas. Kejulingan menyebabkan paksi penglihatan berubah dan cahaya tidak terfokus pada
fovea iaitu titik peka pada retina dan boleh juga menyebabkan amblyopia. Pembetulan masalah
penglihatan perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem
penglihatan berkembang dengan normal. Bagi kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata
kasar, pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan ketika berumur empat
tahun. Ujian menyeluruh terhadap mata juga perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata
(Utusan Malaysia, 2009).
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan
perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak
terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad. Mereka tidak
boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi
kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang
lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan
kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka (Program Pendidikan Khas
Integrasi, 2010).
Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan
pada perkembangan bahasa. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai
contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan (Program Pendidikan Khas Integrasi,
2010).

6
2.2 MASALAH PENDENGARAN
Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah
komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997),
kanak-kanak

bermasalah

pendengaran

mengalami

kelambatan

dalam

perkembangan

pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak
boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka
terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi
dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran
tidak mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat
sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau
pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa
kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya
mereka masih mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut
tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan
melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja.
Pendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan. Seorang
kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh menyebabkannya sukar untuk
menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa. Kegagalan menguasai bahasa pula
mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi, belajar dan juga menyesuaikan diri dalam
persekitaran sosial. Ling (1989) menekankan bahawa pendengaran memainkan peranan yang
sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling
besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajar pertuturan secara spontan melalui interaksi
harian dengan orang dewasa. Laluan kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak
ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka
akan tersekat. Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat bantuan pendengaran boleh
membantu sisa pendengaran yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran
mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak dapat didengar sebelumnya.
Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas.
Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid7
murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka.
Mereka belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas,
1997).
Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah
pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang (Salena Yahya,
1989). Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan
kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di
bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua
sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah
ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi
seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di
Malaysia (Salena Yahya, 1989).
Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan
murid biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di
tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Sehingga kini
terdapat 41 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah program percantuman, 24
buah sekolah rendah pendidikan khas dan 2 buah sekolah menengah pendidikan khas untuk
murid-murid bermasalah pendengaran di seluruh negara. Bilangan murid yang terlibat ialah
seramai 2161 orang murid di sekolah rendah dan 1488 orang murid di sekolah menengah
(Jabatan Pendidikan Khas, 2002).
Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa
yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa
persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah
menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan
dua tahun (Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada
sewaktu di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan
sekolah, mereka menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah.
Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa
pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini
8
menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima
pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan pendengaran
diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap
kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong dalam
separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60
decibel.
Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya.
Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga
mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanakkanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering
mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala
untuk mendengar.
Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.
Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi,
bahasa dan kognitif individu tersebut (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010).

3. MASALAH-MASALAH SAMPINGAN
3.1 PENDENGARAN


Tidak bertindak balas terhadap bunyi



Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri



Tidak memahami / silap memahami arahan



Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun



Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri



Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu
sebelum melakukan sebarang tugas

9


Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada
mendengar



Lewat bertutur



Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap



Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan



Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas
dilahirkan



Telinga sering berair atau bernanah



Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)



Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan



Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan
kuman semasa mengandung



Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung



Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll)



Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di
kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa
dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial,
komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan
sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta
program rawatan seterusnya dapat dilakukan.

10
3.2 PENGLIHATAN
1. Tingkahlaku
i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.
ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan kepala atau mendorong
kepala ke depan.
iii) mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yang memerlukan
penggunaan mata dengan rapi.
iv) mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa jengkel
apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi.
v) memegang buku rapat pada mata.
vi) tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.
vii) mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi.
2. Rupa
i) bermata juling.Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun
dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah.
ii) kelopak mata merah.Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahuntahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun.
iii) mata yang radang atau berair.
iv) Tembel yang timbul berulang kali.
11
3. Kompelin
i) mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal.
ii) tidak dapat melihat dengan jelas.
iii) pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya (mual) berikutan daripada
kerja yang banyak memerlukan penglihatan rapi.
iv) penglihatan kabur atau berganda.
Bagi katarak, ia disebabkan oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan
penglihatan menjadi kabur. Pada kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental
(katarak sejak lahir) dan penglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas.
Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan
mata di peringkat awal amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia
10 tahun, rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait rapat dengan
perkembangan otak. Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia sudah tetap jadi sukar
untuk kita merawat penyakit tersebut dengan sepenuhnya."

4. PAKAR-PAKAR YANG PERLU DILIBATKAN
Bagi pesakit yang mengalami masalah penglihatan, mereka boleh dirujuk pada pakar
mata, iaitu Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi di mana-mana hospital kerajaan, swasta
mahupun klinik-klinik yang terdapat di Malaysia. Berikut adalah senarai mereka yang boleh
dirujuk:
1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Oftalmologi
2. Pensyarah Pakar Oftalmologi

12
3. Pakar Perunding Oftalmologi
4. Pakar Perunding Oftalmologi Honorary

Namun begitu, bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, mereka
boleh dirujuk pada Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Pakar ENT ini juga
berkhidmat di mana-mana hospital kerajaan, swasta mahupun klinik-klinik.
1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding ENT
2. Pensyarah Pakar ENT
3. Pakar Perunding ENT
4. Doktor Pakar Kanak-kanak ENT

5. PELAN TINDAKAN BAGAIMANA ANDA AKAN MEMBANTU MENDIDIK KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN BERKENAAN.

5.1 Masalah Pendengaran
Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di
kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa
dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial,
komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan
sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta
program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan
masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan:
Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara
cara:
- Mendengar
13
- Menyampaikan buah fikiran
−

Menyatakan keperluan

−

Melepaskan perasaan

Kanak-kanak yang

dapat

mendengar

suara yang

kuat

selalunya

mengalami

perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan
baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat
Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan
baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan
perasaan. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu
perkara yang agak lama. Para pendidik hendaklah mencari jalan untuk membuat kenyataan
menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar. Guru / ibubapa / penjaga boleh:


bercakap



guna tangan



mimik muka



gerak badan



menulis



latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka

1. Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu
yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya
2. Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap
perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan
3. Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah
penutur dengan jelas terutama bibir

Oleh itu perkara-perkara di bawah adalah tidak digalakkan untuk melakukannya:

14
- Menutup mulut semasa bercakap
- Berpaling muka sebelum habis bercakap
- Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau

Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya
kita bercakap perlahan ke telinganya. Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar
dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak. Selepas guru/ibubapa/
penjaga bercakap, kanak-kanak haruslah diberi peluang berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/
penjaga menyambung bercakap.

Pengelolaan Bilik Darjah
Bagi para pendidik yang bertanggungjawab mengajar dan mengendalikan kanak-kanak
berpendidikan khas ini, berikut adalah beberapa teknik yang bole digunapakai untuk
diaplikasikan kepada kanak-kanak tersebut:


Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi
mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi
dengannya.



Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas



Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain



Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan
atau pengajaran



Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat



Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat



Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata



Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami



Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar

15


Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi
atau membaca



Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat



Galakan murid-murid bertanya



Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami



Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar



Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam



Tuliskan maknanya



Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan



Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran



Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan



Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

5.2 Masalah Penglihatan
Golongan ini biasanya cuba membentuk diri kanak-kanak ini agar dapat mengeluarkan
bakat-bakat yang ada di samping mengajar sukatan-sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam
meneliti masalah yang dihadapi oleh guru, biasanya masalah umumnya adalah dalam mengajar
murid yang cacat penglihatan diikuti dengan kecacatan lain. Cikgu Basiran sendiri mengatakan
yang tiada masalah dalam mengajar kanak-kanak buta sahaja tetapi masalah akan timbul jika
kanak-kanak itu mempunyai kecacatan lain seperti autisme dan sebagainya.
Ini kerana guru yang ada kebanyakannya mempunyai kelulusan dalam mengajar kanakkanak buta sahaja. Jadi ia kadang-kadang menimbulkan masalah bagi guru-guru ini dalam
menyampaikan pelajaran bagi golongan kanak-kanak ini. Di samping itu kekurangan pakar
dalam bidang ini juga menimbulkan masalah. Dalam melihat dari segi pelajaran yang
disampaikan adalah sama seperti sekolah normal cuma tulisannya dipindahkan dalam bentuk
braille.

16
Di samping itu, ia juga perlu mengikut keupayaan masing-masing. Sukatan pelajaran
mesti dihabiskan kerana peperiksaan tetap dijalankan. Biasanya setiap guru akan memberi
lebih penekanan kepada anak muridnya. Malah dalam satu-satu kelas maksimanya hanya 6
orang sahaja. Jika diikutkan nisbah pula, seorang guru adalah untuk 3 orang murid (1:3).
Salah satu akibat sampingan yang terbit daripada pergerakan dan pengalaman yang
terbatas ialah keadaan tidak berupaya yang telah diterima menerusi pengalaman. Di sinilah
guru penting dalam memainkan peranannya dengan menolong pelajar yang tidak sempurna
penglihatannya untuk membentuk mereka menjadi individu yang aktif dan seterusnya dapat
berdikari kelak. Kebanyakan golongan yang mengalami kecacatan penglihatan yang berat dan
menyeluruh dikenalpasti lama sebelum mereka masuk ke sekolah. Namun ibu bapa dan guru
pra-sekolah dapat memperluaskan pengalaman kanak-kanak ini jika sebarang masalah dapat
dikenalpasti lebih awal lagi.
Di sini, ingin disentuh sedikit mengenai program pendidikan bagi kanak-kanak ini iaitu
ianya haruslah menekankan kepada pembelajaran konkrit, penyepaduan dalam pengalaman
berserta kegiatan-kegiatan yang menggunakan peralatan. Malah kebanyakan pendidik
berpendapat bahawa kecerdasan terjejas oleh pengalaman kanak-kanak ini semasa mereka
berkembang. Remaja yang cacat penglihatan ini adalah kurang dari segi pengalaman
bersepadu dan pemahaman mengenai pengalaman-pengalaman yang biasa bagi golongan
yang boleh melihat. Ini adalah cabaran bagi pendidik untuk mengatasi keadaan ini melalui
program khas pengajaran. Selain menggunakan Braille, golongan ini akan terus menggunakan
penglihatan (bagi penglihatannya rendah), menggunakan kemahiran mendengar serta alat
bantu berteknologi seperti optakon, mesin pembaca Kurzweil, Versabraille dan perkhidmatan
video deskriptif.

LANGKAH-LANGKAH RINGKAS MENGELAK DARI KEBUTAAN
Kepekaan ibu bapa terhadap kesihatan anak penting dan ini mestilah diambil berat oleh
ibu bapa. Soal-soal yang perlu diambil berat oleh golongan ini ialah;
a) pemakanan

17
Makanan yang diberikan amestilah seimbang dan banyak vitamin ( sayur-sayuran hijau tua atau
oren seperti bayam, lobak merah dan labu ).
b) kecederaan
Elakkan kanak-kanak dari bermain dengan benda tajam atau yang boleh mencederakan seperti
batu, kayu, jarum, pisau atau gunting.
c) berjumpa doktor
Membawa anak berjumpa dengan doktor mata sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk
membuat pemeriksaan walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan anak itu mengidap
penyakit mata. Berjumpa dengan doktor dengan segera adalah penting dalam situasi
mengesyaki ada yang tidak kena dengan mata kanak tersebut.
Dr. Abdul Aziz sendiri telah banyak memberikan nasihat kepada kepada ibu bapa agar
sentiasa memastikan anak mereka dalam keadan sihat serta mengingatkan golongan ibu yang
sedang hamil supaya mendapatkan nasihat dalam penggunaan uibat serta mengelakkan diri
dari mengambil dadah atau steroid kerana ia membahayakan kesihatan.

6.0 KESIMPULAN
Mata merupakan salah pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya
perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya
menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa
yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha
keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan
ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari
identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar. Pembentukan personaliti dari
peringkat awal akan memudahkan kanak-kanak istimewa ini dalam menentukan di mana haluan
yang akan dibawanya dan akan dapat bergantung kepada diri sendiri.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, langkah-langkah perlu
diambil untuk membantu meningkatkan kualiti penggunaan alat bantuan kepada murid-murid
18
bermasalah pendengaran. Kerosakan mudah sebenarnya boleh diatasi oleh guru atau penjaga
sekiranya mereka diberi pendedahan mengenai penjagaan alat. Guru-guru dan penjaga juga
boleh membimbing murid-murid mengenai penjagaan alat bantuan pendengaran mereka dan
seterusnya mereka boleh mengesan sendiri jika alat yang dipakai tidak berfungsi. Selain itu
usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan murid yang menggunakan alat bantuan
pendengaran. Tanpa penggunaan alat bantuan pendengaran dunia mereka sepi kerana hanya
alat bantuan pendengaran menghubungkan mereka dengan bunyi-bunyi di persekitaran. Di
samping membantu mereka menguasai pertuturan bunyi persekitaran, bunyi-bunyi persekitaran
juga membantu mereka mengesan bahaya seperti bunyi-bunyi dari kenderaan di jalan raya dan
amaran-amaran lain. Akhir sekali guru-guru yang terlibat dalam pendidikan murid-murid
bermasalah pendengaran perlu diberi pendedahan mengenai penggunaan alat bantuan
pendengaran di samping teknik pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus pendek boleh
diberikan kepada guru-guru terlibat agar dengan perkembangan ilmu pengetahuan terkini agar
dapat meningkatkan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid.
Kejayaan kepada pergantungan ke atas diri sendiri merupakan satu kejayaan besar
dalam diri individu ini. Individu ini dapat memperolehi pendapatan hidupnya tanpa
mengharapkan kepada belas kasihan orang lain. Semua pihak mestilah mengambil berat dan
berfikiran positif dalam pergaulan mereka dengan golongan istimewa ini dan ini akan
membentuk persekitaran sosial yang lebih baik. Oleh itu, ingin ditegaskan bahawa masyarakat
sekitar amat penting dalam mendorong kejayaan individu ini selain daripada ibu bapa dan guru.

19
7.0 BIBILIOGRAFI

D. A. Hussin, R. Omar, Knight, V. Feizal, (2009). Penyebab masalah penglihatan di kalangan
kanak-kanak prasekolah di daerah Sitiawan, Perak, Malaysia. Volume 38, no 6.
David H. Warren, (1977). Blindness And Early Childhood Development, American Foundation
For The Blind, New York,
Irving F. Lukoff, et al., (1972). Attitudes Toward Blind Persons, American Foundation For The
Blind, New York,
Majalah Ibu, Februari 1993 (BIL. 47)
Majalah Ibu, Mei 1996 (BIL 86)
Crow, L.D. and Crow, M.A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. (Terjemahan
Habibah Bt. Elias) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Culatta, R.A. & Tompkins, JR., “ Fundamentals of Special Education ”, 1999. Hallahan, D.P &
Kauffman, J.M., “ Exceptional Leamers ” (1997)
Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D.
(1998). Issues and practices in speacial education.
Ysseldyke, J., & Algozzine, C. (1982). Critical issues in special and Remedial education.
Boston: Houghton Mifflin.
Sumber Internet dari http://pbmum.tripod.com/sejarah/50.html
Sumber Internet dari
http://pmspk.moe.gov.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang
=bm&limitstart=7
20
Sumber

Internet

dari

http://pmspk.moe.gov.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang
=bm&limitstart=7
Sumber

Internet

dari

PROGRAM

PENDIDIKAN

KHAS

INTEGRASI

http://ppkisktamanbungaraya1.blogspot.com/2010/02/ciri-ciri-dan-perkembangan-kanakkanak.html

21

Contenu connexe

Tendances

Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKnelson fredoline
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifAinismaira Smile
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPieja Hanhae
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyPieja Hanhae
 

Tendances (20)

Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitif
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
 

En vedette

Kanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasKanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasRasLamia Othman
 
ETD 2123 PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK
ETD 2123   PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAKETD 2123   PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK
ETD 2123 PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAKUniversity of Selangor
 
cosderma chemical peels
cosderma chemical peels cosderma chemical peels
cosderma chemical peels Cosderma
 
3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)john law
 
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasiHoloman Halimunan
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan AwamBahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan AwamMuhammad Nasrullah
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
KSSM P KHAS ASAS TANAMAN 2016
KSSM P KHAS ASAS TANAMAN  2016KSSM P KHAS ASAS TANAMAN  2016
KSSM P KHAS ASAS TANAMAN 2016Azali Jumaren
 
Kemahiran Mendengar
Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengarhard.Life
 
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaranMasalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajarankamalslaw
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Developmental Screening test (Denver II - Overview)
Developmental Screening test  (Denver II - Overview) Developmental Screening test  (Denver II - Overview)
Developmental Screening test (Denver II - Overview) Azad Haleem
 

En vedette (20)

Kanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasKanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khas
 
ETD 2123 PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK
ETD 2123   PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAKETD 2123   PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK
ETD 2123 PENGESANAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK
 
cosderma chemical peels
cosderma chemical peels cosderma chemical peels
cosderma chemical peels
 
3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)
 
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Tugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khasTugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khas
 
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan AwamBahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
KSSM P KHAS ASAS TANAMAN 2016
KSSM P KHAS ASAS TANAMAN  2016KSSM P KHAS ASAS TANAMAN  2016
KSSM P KHAS ASAS TANAMAN 2016
 
Kemahiran Mendengar
Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaranMasalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Developmental Screening test (Denver II - Overview)
Developmental Screening test  (Denver II - Overview) Developmental Screening test  (Denver II - Overview)
Developmental Screening test (Denver II - Overview)
 

Similaire à Kanak kanak Berkeperluan Khas

Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasShaifull Niell
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)farhana90226
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIShahrizzat Md Sukor
 

Similaire à Kanak kanak Berkeperluan Khas (20)

Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
1
11
1
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
7 9
7 97 9
7 9
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
D20102043020
D20102043020D20102043020
D20102043020
 
Pkk isl
Pkk islPkk isl
Pkk isl
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 

Plus de murni mohamat

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 murni mohamat
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016murni mohamat
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016murni mohamat
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016murni mohamat
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016murni mohamat
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 murni mohamat
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1murni mohamat
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrmurni mohamat
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSRmurni mohamat
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016murni mohamat
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrmurni mohamat
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3murni mohamat
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perrymurni mohamat
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 murni mohamat
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanmurni mohamat
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murnimurni mohamat
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 

Plus de murni mohamat (20)

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 
Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2 Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSR
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssr
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 

Kanak kanak Berkeperluan Khas

  • 1. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 1.0 PENGENALAN Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli perubatan. Walau bagaimanapun di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi. Perkembangan yang signifikan berkait dengan usaha-usaha dalam ujian-ujian mental. Seterusnya para pendidik pula mula memberikan perhatian kepada pendidikan untuk kanakkanak cacat dan menyedari peri perlunya kanak-kanak tersebut diberikan pendidikan yang sesuai dengan keupayaan mereka. Namun demikian, golongan yang aktif diperingkat awal (dan masih berterusan lagi) menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ialah badan-badan kebajikan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sejarah pendidikan khas di Malaysia pula bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 (berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1931). Sekolah tersebut ialah untuk anak-kanak bermasalah penglihatan (buta). Sekolah buta yang kedua ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru pada tahun 1948. Sementara itu sekolah pertama yang dibuka untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran (pekak) ialah pada tahun 1954 di Tanjong Bunga, Pulau Pinang.Kementerian Pendidikan mula terlibat dengan penubuhan kelas bercantum masalah penglihatan pada tahun 1962 dan masalah pendengaran pada tahun 1963. Pada tahun 1962 juga latihan perguruan khas untuk masalah penglihatan dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan pada tahun berikutnya pula untuk masalah pendengaran. Seterusnya untuk melicinkan pengurusan pendidikan khas satu Unit Pendidikan Khas ditubuhkan di Bahagian sekolah, Kementerian Pendidikan pada tahun 1964. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan pada Oktober 1995, Unit Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah telah ditingkatkan menjadi sebuah Jabatan tersendiri, iaitu Jabatan Pendidikan Khas. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak 1
  • 2. yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa. Kedua-dua definisi di atas menegaskan ciri-ciri pendidikan khas, iaitu: 1. Rancangan pengajaran yang direka khas 2. Rancangan pengajaran yang bersifat individu 3. Bahan-bahan khas 4. Teknik pengajaran khas 5. Kemudahan / peralatan khas Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan- perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri mereka; fizikal, otak, emosi dan sosial tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang. 2
  • 3. Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut: 1. masalah pendengaran 2. masalah penglihatan 3. masalah pembelajaran 4. masalah tingkahlaku 5. masalah pertuturan 6. spastik (cerebral palsy) 7. terencat akal 8. cacat anggota Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan (Geatheart, Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program- program Pendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. 3
  • 4. 2.0 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN ) 2.1 MASALAH PENGLIHATAN Mata ialah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati keindahan alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak kompleks yang terdiri daripada beberapa peringkat dalam 'Proses Penglihatan'. Proses ini bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak. Namun, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 November 2009, 90 peratus daripada masalah mata adalah masalah gangguan fungsi penglihatan manakala 10 peratus lagi adalah disebabkan oleh penyakit mata (Utusan Malaysia, 2009). Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial dan mental kanak-kanak. Oleh itu, pengesanan masalah ini di peringkat awal adalah amat penting bagi memastikan prognosis yang lebih baik. Kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengenalpasti penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah (Hussin dll, 2009). Seramai 479 orang kanak-kanak tadika yang berumur 4-6 ± 0.69 tahun (min=5.3 tahun) di Sitiawan, Perak, Malaysia telah dipilih secara rawak. Mereka menjalani ujian akuiti visual, ujian katup, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Kanak-kanak yang gagal saringan penglihatan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjutan. 52% kanak-kanak terdiri daripada lelaki dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan. Melayu merupakan kumpulan bangsa terbesar (59.9%), diikuti Cina (30.1%), India (9.6%) dan lain-lain (0.4%) (Hussin dll, 2009). Daripada 43 orang yang gagal saringan penglihatan, 32 (6.7% dari kumpulan subjek asal) orang disahkan mempunyai masalah penglihatan. Penyebab utama masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah dalam kajian ini ialah ralat refraksi (4.8% dari keseluruhan subjek kajian) diikuti dengan ambliopia (1.0%), strabismus (1.0%) dan keabnormalan okular (0.8%). Maka, saringan penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah adalah amat penting untuk dilaksanakan kerana ia dapat mengesan masalah penglihatan di peringkat awal (Hussin dll, 2009). 4
  • 5. Bagi kanak-kanak, pengesanan masalah gangguan fungsi penglihatan cukup penting kerana pada ketika inilah sistem penglihatan sedang berkembang dan sebarang gangguan akan menimbulkan masalah lain yang lebih serius. Rawatan awal dan komitmen ibu bapa penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas. Pensyarah Kanan Jabatan Optometris, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rokiah Omar berkata, perkara ini penting bagi mengawal keadaan menjadi lebih serius. Katanya, bagi memastikan seseorang itu mempunyai bacaan optimum, mereka semestinya mempunyai tahap penglihatan 6/6 pada kedua-dua belah mata mereka. ''Kanakkanak yang mempunyai tahap penglihatan 6/9 atau kurang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan. Manakala mereka yang mempunyai tahap penglihatan kurang dari 6/18 pula dikategorikan sebagai penglihatan yang terhad,'' ujar Dr Rokiah (Utusan Malaysia, 2009). Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan ialah jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Menurut Dr Rokiah lagi, penyakit kongenital dan keturunan merupakan penyebab utama berlaku penglihatan terhad. Malah sekiranya seseorang bayi mendapat katarak kerana jangkitan kuman ketika dalam kandungan, ia akan menghalang cahaya dari terfokus ke retina dan sistem penglihatan bayi tidak akan berkembang atau mencapai ketajaman penglihatannya tahap 6/6 menjelang umur empat tahun. Perkembangan ketajaman penglihatan yang tidak mencapai tahap 6/6 dinamakan "amblyopia" atau mata malas. Keadaan ini terjadi di mana ketajaman penglihatan tidak mencapai tahap 6/6 dengan preskripsi cermin mata terbaik tanpa ada sebab-sebab patologi lain. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun dan penyebab utama berlakunya amblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidak terfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan 5
  • 6. (Utusan Malaysia, 2009). Justeru itu, pembetulan kerabunan perlu dibuat secepat mungkin agar amblyopia tidak berlaku. Selain itu, menurut Dr. Rokiah, kejulingan juga menjadi faktor penting terjadinya mata malas. Kejulingan menyebabkan paksi penglihatan berubah dan cahaya tidak terfokus pada fovea iaitu titik peka pada retina dan boleh juga menyebabkan amblyopia. Pembetulan masalah penglihatan perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem penglihatan berkembang dengan normal. Bagi kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata kasar, pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan ketika berumur empat tahun. Ujian menyeluruh terhadap mata juga perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata (Utusan Malaysia, 2009). Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). 6
  • 7. 2.2 MASALAH PENDENGARAN Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja. Pendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan. Seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh menyebabkannya sukar untuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa. Kegagalan menguasai bahasa pula mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi, belajar dan juga menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial. Ling (1989) menekankan bahawa pendengaran memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajar pertuturan secara spontan melalui interaksi harian dengan orang dewasa. Laluan kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka akan tersekat. Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat bantuan pendengaran boleh membantu sisa pendengaran yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak dapat didengar sebelumnya. Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid7
  • 8. murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka. Mereka belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas, 1997). Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang (Salena Yahya, 1989). Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Salena Yahya, 1989). Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan murid biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Sehingga kini terdapat 41 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah program percantuman, 24 buah sekolah rendah pendidikan khas dan 2 buah sekolah menengah pendidikan khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran di seluruh negara. Bilangan murid yang terlibat ialah seramai 2161 orang murid di sekolah rendah dan 1488 orang murid di sekolah menengah (Jabatan Pendidikan Khas, 2002). Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan dua tahun (Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada sewaktu di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan sekolah, mereka menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah. Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini 8
  • 9. menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong dalam separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60 decibel. Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya. Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanakkanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). 3. MASALAH-MASALAH SAMPINGAN 3.1 PENDENGARAN  Tidak bertindak balas terhadap bunyi  Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri  Tidak memahami / silap memahami arahan  Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun  Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri  Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas 9
  • 10.  Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar  Lewat bertutur  Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap  Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan  Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan  Telinga sering berair atau bernanah  Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)  Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan  Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung  Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung  Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll)  Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. 10
  • 11. 3.2 PENGLIHATAN 1. Tingkahlaku i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan. ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan kepala atau mendorong kepala ke depan. iii) mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yang memerlukan penggunaan mata dengan rapi. iv) mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa jengkel apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi. v) memegang buku rapat pada mata. vi) tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas. vii) mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi. 2. Rupa i) bermata juling.Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah. ii) kelopak mata merah.Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahuntahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun. iii) mata yang radang atau berair. iv) Tembel yang timbul berulang kali. 11
  • 12. 3. Kompelin i) mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal. ii) tidak dapat melihat dengan jelas. iii) pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya (mual) berikutan daripada kerja yang banyak memerlukan penglihatan rapi. iv) penglihatan kabur atau berganda. Bagi katarak, ia disebabkan oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Pada kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental (katarak sejak lahir) dan penglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas. Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan mata di peringkat awal amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia 10 tahun, rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait rapat dengan perkembangan otak. Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia sudah tetap jadi sukar untuk kita merawat penyakit tersebut dengan sepenuhnya." 4. PAKAR-PAKAR YANG PERLU DILIBATKAN Bagi pesakit yang mengalami masalah penglihatan, mereka boleh dirujuk pada pakar mata, iaitu Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi di mana-mana hospital kerajaan, swasta mahupun klinik-klinik yang terdapat di Malaysia. Berikut adalah senarai mereka yang boleh dirujuk: 1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Oftalmologi 2. Pensyarah Pakar Oftalmologi 12
  • 13. 3. Pakar Perunding Oftalmologi 4. Pakar Perunding Oftalmologi Honorary Namun begitu, bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, mereka boleh dirujuk pada Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Pakar ENT ini juga berkhidmat di mana-mana hospital kerajaan, swasta mahupun klinik-klinik. 1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding ENT 2. Pensyarah Pakar ENT 3. Pakar Perunding ENT 4. Doktor Pakar Kanak-kanak ENT 5. PELAN TINDAKAN BAGAIMANA ANDA AKAN MEMBANTU MENDIDIK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN BERKENAAN. 5.1 Masalah Pendengaran Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan: Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara cara: - Mendengar 13
  • 14. - Menyampaikan buah fikiran − Menyatakan keperluan − Melepaskan perasaan Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Para pendidik hendaklah mencari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar. Guru / ibubapa / penjaga boleh:  bercakap  guna tangan  mimik muka  gerak badan  menulis  latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka 1. Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya 2. Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan 3. Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir Oleh itu perkara-perkara di bawah adalah tidak digalakkan untuk melakukannya: 14
  • 15. - Menutup mulut semasa bercakap - Berpaling muka sebelum habis bercakap - Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya. Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak. Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, kanak-kanak haruslah diberi peluang berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap. Pengelolaan Bilik Darjah Bagi para pendidik yang bertanggungjawab mengajar dan mengendalikan kanak-kanak berpendidikan khas ini, berikut adalah beberapa teknik yang bole digunapakai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak tersebut:  Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya.  Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas  Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain  Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran  Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat  Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat  Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata  Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami  Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar 15
  • 16.  Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca  Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat  Galakan murid-murid bertanya  Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami  Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar  Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam  Tuliskan maknanya  Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan  Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran  Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan  Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar 5.2 Masalah Penglihatan Golongan ini biasanya cuba membentuk diri kanak-kanak ini agar dapat mengeluarkan bakat-bakat yang ada di samping mengajar sukatan-sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam meneliti masalah yang dihadapi oleh guru, biasanya masalah umumnya adalah dalam mengajar murid yang cacat penglihatan diikuti dengan kecacatan lain. Cikgu Basiran sendiri mengatakan yang tiada masalah dalam mengajar kanak-kanak buta sahaja tetapi masalah akan timbul jika kanak-kanak itu mempunyai kecacatan lain seperti autisme dan sebagainya. Ini kerana guru yang ada kebanyakannya mempunyai kelulusan dalam mengajar kanakkanak buta sahaja. Jadi ia kadang-kadang menimbulkan masalah bagi guru-guru ini dalam menyampaikan pelajaran bagi golongan kanak-kanak ini. Di samping itu kekurangan pakar dalam bidang ini juga menimbulkan masalah. Dalam melihat dari segi pelajaran yang disampaikan adalah sama seperti sekolah normal cuma tulisannya dipindahkan dalam bentuk braille. 16
  • 17. Di samping itu, ia juga perlu mengikut keupayaan masing-masing. Sukatan pelajaran mesti dihabiskan kerana peperiksaan tetap dijalankan. Biasanya setiap guru akan memberi lebih penekanan kepada anak muridnya. Malah dalam satu-satu kelas maksimanya hanya 6 orang sahaja. Jika diikutkan nisbah pula, seorang guru adalah untuk 3 orang murid (1:3). Salah satu akibat sampingan yang terbit daripada pergerakan dan pengalaman yang terbatas ialah keadaan tidak berupaya yang telah diterima menerusi pengalaman. Di sinilah guru penting dalam memainkan peranannya dengan menolong pelajar yang tidak sempurna penglihatannya untuk membentuk mereka menjadi individu yang aktif dan seterusnya dapat berdikari kelak. Kebanyakan golongan yang mengalami kecacatan penglihatan yang berat dan menyeluruh dikenalpasti lama sebelum mereka masuk ke sekolah. Namun ibu bapa dan guru pra-sekolah dapat memperluaskan pengalaman kanak-kanak ini jika sebarang masalah dapat dikenalpasti lebih awal lagi. Di sini, ingin disentuh sedikit mengenai program pendidikan bagi kanak-kanak ini iaitu ianya haruslah menekankan kepada pembelajaran konkrit, penyepaduan dalam pengalaman berserta kegiatan-kegiatan yang menggunakan peralatan. Malah kebanyakan pendidik berpendapat bahawa kecerdasan terjejas oleh pengalaman kanak-kanak ini semasa mereka berkembang. Remaja yang cacat penglihatan ini adalah kurang dari segi pengalaman bersepadu dan pemahaman mengenai pengalaman-pengalaman yang biasa bagi golongan yang boleh melihat. Ini adalah cabaran bagi pendidik untuk mengatasi keadaan ini melalui program khas pengajaran. Selain menggunakan Braille, golongan ini akan terus menggunakan penglihatan (bagi penglihatannya rendah), menggunakan kemahiran mendengar serta alat bantu berteknologi seperti optakon, mesin pembaca Kurzweil, Versabraille dan perkhidmatan video deskriptif. LANGKAH-LANGKAH RINGKAS MENGELAK DARI KEBUTAAN Kepekaan ibu bapa terhadap kesihatan anak penting dan ini mestilah diambil berat oleh ibu bapa. Soal-soal yang perlu diambil berat oleh golongan ini ialah; a) pemakanan 17
  • 18. Makanan yang diberikan amestilah seimbang dan banyak vitamin ( sayur-sayuran hijau tua atau oren seperti bayam, lobak merah dan labu ). b) kecederaan Elakkan kanak-kanak dari bermain dengan benda tajam atau yang boleh mencederakan seperti batu, kayu, jarum, pisau atau gunting. c) berjumpa doktor Membawa anak berjumpa dengan doktor mata sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk membuat pemeriksaan walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan anak itu mengidap penyakit mata. Berjumpa dengan doktor dengan segera adalah penting dalam situasi mengesyaki ada yang tidak kena dengan mata kanak tersebut. Dr. Abdul Aziz sendiri telah banyak memberikan nasihat kepada kepada ibu bapa agar sentiasa memastikan anak mereka dalam keadan sihat serta mengingatkan golongan ibu yang sedang hamil supaya mendapatkan nasihat dalam penggunaan uibat serta mengelakkan diri dari mengambil dadah atau steroid kerana ia membahayakan kesihatan. 6.0 KESIMPULAN Mata merupakan salah pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar. Pembentukan personaliti dari peringkat awal akan memudahkan kanak-kanak istimewa ini dalam menentukan di mana haluan yang akan dibawanya dan akan dapat bergantung kepada diri sendiri. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, langkah-langkah perlu diambil untuk membantu meningkatkan kualiti penggunaan alat bantuan kepada murid-murid 18
  • 19. bermasalah pendengaran. Kerosakan mudah sebenarnya boleh diatasi oleh guru atau penjaga sekiranya mereka diberi pendedahan mengenai penjagaan alat. Guru-guru dan penjaga juga boleh membimbing murid-murid mengenai penjagaan alat bantuan pendengaran mereka dan seterusnya mereka boleh mengesan sendiri jika alat yang dipakai tidak berfungsi. Selain itu usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan murid yang menggunakan alat bantuan pendengaran. Tanpa penggunaan alat bantuan pendengaran dunia mereka sepi kerana hanya alat bantuan pendengaran menghubungkan mereka dengan bunyi-bunyi di persekitaran. Di samping membantu mereka menguasai pertuturan bunyi persekitaran, bunyi-bunyi persekitaran juga membantu mereka mengesan bahaya seperti bunyi-bunyi dari kenderaan di jalan raya dan amaran-amaran lain. Akhir sekali guru-guru yang terlibat dalam pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran perlu diberi pendedahan mengenai penggunaan alat bantuan pendengaran di samping teknik pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus pendek boleh diberikan kepada guru-guru terlibat agar dengan perkembangan ilmu pengetahuan terkini agar dapat meningkatkan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid. Kejayaan kepada pergantungan ke atas diri sendiri merupakan satu kejayaan besar dalam diri individu ini. Individu ini dapat memperolehi pendapatan hidupnya tanpa mengharapkan kepada belas kasihan orang lain. Semua pihak mestilah mengambil berat dan berfikiran positif dalam pergaulan mereka dengan golongan istimewa ini dan ini akan membentuk persekitaran sosial yang lebih baik. Oleh itu, ingin ditegaskan bahawa masyarakat sekitar amat penting dalam mendorong kejayaan individu ini selain daripada ibu bapa dan guru. 19
  • 20. 7.0 BIBILIOGRAFI D. A. Hussin, R. Omar, Knight, V. Feizal, (2009). Penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Sitiawan, Perak, Malaysia. Volume 38, no 6. David H. Warren, (1977). Blindness And Early Childhood Development, American Foundation For The Blind, New York, Irving F. Lukoff, et al., (1972). Attitudes Toward Blind Persons, American Foundation For The Blind, New York, Majalah Ibu, Februari 1993 (BIL. 47) Majalah Ibu, Mei 1996 (BIL 86) Crow, L.D. and Crow, M.A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. (Terjemahan Habibah Bt. Elias) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Culatta, R.A. & Tompkins, JR., “ Fundamentals of Special Education ”, 1999. Hallahan, D.P & Kauffman, J.M., “ Exceptional Leamers ” (1997) Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D. (1998). Issues and practices in speacial education. Ysseldyke, J., & Algozzine, C. (1982). Critical issues in special and Remedial education. Boston: Houghton Mifflin. Sumber Internet dari http://pbmum.tripod.com/sejarah/50.html Sumber Internet dari http://pmspk.moe.gov.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang =bm&limitstart=7 20