SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
PERANAN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN DALAM MENJAYAKAN DASAR
     “MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKASAKAN BAHASA
                            INGGERIS”




                Peranan guru amat besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan
dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris ( MBMMBI )
.Tema hari guru pada tahun ini iaitu “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” amat
bertepatan dengan fungsi dan peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan
dan memajukan bidang pendidikan di negara ini, seterusnya memastikan hasrat kerajaan
dalam melaksanakan dasarnya mencapai objektif yang diharapkan. Fungsi dan peranan guru
dipandang tinggi dan diiktiraf kerana tugasnya bukan sahaja penyampai ilmu, pencorak
minda, penyubur perpaduan, jurutera sosial, pembangun sahsiah, malahan amat penting
sekali ialah sebagai agen perubahan. MBMMBI tidak akan memberi sebarang makna tanpa
para pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus
pendidikan sentiasa dinamik dan progresif.

            Saya   adalah    seorang   pendidik.   Oleh   yang   demikian   saya   memikul
tanggungjawab dan peranan yang besar bagi memastikan MBMMBI yang direncanakan oleh
kerajaan ini mencapai hala tujunya. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada
proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan
yang intelek, berdaya saing, berjati diri, kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama
dan nilai sejagat. Ini bermakna kita sebagai guru bertanggungjawab dalam mencorak dan
membentuk generasi hari muka yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani , intelek dan sosialnya ( JERIS ). Dalam melaksanakan dasar memartabatkan bahasa
Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris ini, kita boleh sama-sama memainkan peranan
agar dasar kerajaan melalui pendidikan ini mencapai hasratnya.

            Antara peranan besar bagi saya menjayakan MBMMBI ini ialah penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p).
Penggunaan teknologi maklumat ( ICT ) seperti perisian e-mel, laman sembang dan laman
web dapat membantu saya menyediakan p&p yang bersifat interaktif serta menghiburkan
murid-murid. Melalui penggunaan teknologi maklumat, kita sebenarnya boleh menyediakan
satu portal untuk menghimpunkan bahan penulisan sama ada di dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris daripada murid-murid . Selain itu kita juga boleh
menyediakan forum khas untuk mereka berbincang, mengkaji dan mencari maklumat
berkaitan tentang tugas yang diberi. Sebagai contoh, saya akan meminta murid-murid saya
menyediakan satu portfolio bertajuk “ Mari Berpantun” atau “Poem”. Murid-murid saya boleh
menggunakan teknologi maklumat ini untuk mencari bahan , berbincang atau mengkaji
berkaitan tugasan yang telah diberi. Aplikasi komputer dapat memberi gambaran visual dan
audio yang bermutu tinggi dan jelas untuk membina pemahaman murid-murid saya. Namun
apa yang pasti, perkakasan dan perisian yang disediakan perlu sesuai serta boleh digunakan
oleh murid-murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya akan
memastikan murid-murid saya menguasai dunia teknologi maklumat tanpa memandang ke
belakang lagi seperti kata cerdik pandai, jangan memikirkan masa lampau atau masa akan
datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambil manfaatnya.

       Dalam menjayakan MBMMBI, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan
memudahkan pembelajaran murid-murid. Saya akan menggunakan komputer sebagai medium
untuk membimbing murid-murid dalam mencari dan mengakses maklumat dari CD rom,
internet, gerbang maklumat dan lain-lain. Murid-murid saya boleh mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi komputer dalam pembelajaran bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris. Ianya pasti akan menyeronokkan murid-murid dan pemudahcara bagi
diri saya. Walaupun begitu, saya akan memastikan penggunaan komputer tersebut digunakan
bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran
saya. Ianya perlu digunakan secara terancang, dan amat penting sekali hendaklah
bersesuaian dan berfikrah dengan murid-murid . Ini bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar, cekap dan berkesan. Apa yang utama
proses pengajaran dan pembelajaran saya melalui kaedah teknologi maklumat dan komunikasi
bukan ibarat bidan terjun atau melepaskan batuk di tangga sahaja. Ianya sama sekali tidak
bertujuan untuk menyelesaikan peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran yang
dikhaskan untuk saya . Sikap sebegini bukan sekadar mencabar tanggungjawab dan
profesionalisme diri saya sebagai seorang guru, malahan merugikan murid-murid . Sekiranya
ini berlaku, sudah pasti MBMMBI tidak akan mencapai hasratnya macam daun terap;
bunyinya degah-deguh, tapi jatuh ke tanah berdeser sahaja.
Pelaksanaan MBMMBI menggantikan PPSMI amat bermakna dalam mencorakkan
fasa pendidikan di Malaysia dan seharusnya kita terima dengan fikiran terbuka. Lagi pun
sepenuh-penuh peti takkan tak muat lagi sehelai sapu tangan. Bagi saya ini merupakan
satu idea dan era perkembangan yang patut dipuji demi kemajuan pendidikan dan
kecemerlangan murid-murid di negara kita. Bagi menjayakan MBMMBI, peranan lain yang
saya boleh saya lakukan ialah melalui Penggunaan Bahasa Standard Merentas Kurikulum.
Saya berpegang kepada kata-kata bahasa jiwa bangsa. Bahasa ialah semangat sesuatu
bangsa. Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa. Saya tidak sanggup melihat murid-
murid melupakan bahasa sendiri walaupun mereka fasih bahasa asing kerana bahasa jiwa
bangsa. Hanya dengan itu mereka akan dihormati oleh bangsa lain dan bahasa
menunjukkan bangsa mereka. Datuk Laksamana Hang Tuah pernah berkata takkan
Melayu hilang di dunia. Bayangkan sekiranya bahasa Melayu terus terpinggir dan berakhir
dengan lenyap di telan zaman, pasti kata-kata Hang tuah tidak akan menjadi kenyataan.
Saya tidak sekali-kali membiarkan bangsa saya lenyap kerana kehilangan identiti bangsanya.
Amat malang sekiranya murid-murid kita melupakan bahasa ibundanya kerana mengejar
kemajuan era globalisasi. Ingatlah hilang bahasa lenyaplah bangsa.

        Saya adalah salah seorang pendidik yang akan mencorak dan membina anak bangsa,
maka sayalah di antara insan yang mengharapkan sepenuh minda dan kudrat dalam
memartabatkan bahasa Melayu agar ianya bercorak indah dan berkembang mekar di hati
anak-anak didik saya . Ini kerana mereka adalah pelapis generasi akan datang.        Biarlah
patah tumbuh hilang berganti. Pengkhususan atau bidang pilihan saya ketika belajar di
maktab perguruan ialah Kemahiran Hidup. Namun agak melucukan saya tidak pernah
mengajar mata pelajaran tersebut. Pemikiran yang positif membawa saya berasa amat
penting . Walaupun saya bukan terdiri dari opsyen Bahasa Melayu, namun saya berasa amat
bertuah dapat bersama-sama rakan sejawat yang mengambil pengkhususan ini. Ini kerana
saban tahun, saya akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan merupakan guru wajib
yang akan mendidik bakal peserta untuk ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu tidak kira
prasekolah, tahap 1 atau tahap 2 . Oleh yang sedemikian,       secara tidak langsung, saya
tergolong di kalangan guru yang berusaha untuk memartabatkan bahasa ibunda di tanah air
tercinta ini .

         Saya akan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan membina budaya
berbahasa Melayu di kalangan murid -murid. Berpegang prinsip melalui peribahasa melentur
buluh biarlah daripada rebung, saya akan berusaha sedaya upaya membawa murid-murid
bersama-sama berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu standard. Saya akan sering
mengajak murid-murid berkarya seperti mengarang atau mendeklamasikan sajak , berpantun
, bercerita dan sebagainya. Mereka juga dibimbing menggunakan penjodoh bilangan dan
simpulan bahasa ketika berkomunikasi. Mengimbas kembali nostalgia sepanjang pengalaman
mengajar bahasa Melayu , saya begitu seronok dan bersemangat ketika berkomunikasi
menggunakan teknik sedemikian. Ini berkemungkinan             penggunaan bahasa standard
memerlukan lisan dan penulisan yang agak teratur, lebih tersusun, cermat dan ketelitian kalau
tidak biasa ketika membina ayat berbanding menggunakan ‘ bahasa rojak’ atau ‘bahasa
pasar’ yang boleh dihentam keromo. Sebagai contoh, “ Tulisan awak buruk seperti cakar
ayam”, kata salah seorang murid saya kepada rakannya atau “ Cikgu, saya berasa suka hati
kerana telah dua kali lulus dalam mata pelajaran Matematik !”, luahan ceria salah seorang
anak murid seolah-olah menagih pujian saya suatu ketika dahulu. Saya bukanlah ingin
mengingati kisah silam untuk berundur setapak ke belakang, tetapi cukuplah membuktikan
betapa elok dan indahnya penggunaan bahasa Malaysia standard merentas kurikulum itu
direalitikan.

        Gerbang MBMMBI diharap dapat membuka lembaran baharu di dunia pendidikan.
Kejayaan MBMMBI bukan lahir seperti kata pepatah yang bulat datang bergolek, yang
pipih datang melayang, yang jauh menjadi dekat tetapi melalui komited, usaha, iltizam,
dan bersatu padu dalam menjayakan sesuatu yang diidamkan. Usaha yang gigih bagai
genggam bara api biar sampai menjadi arang boleh membantu MBMMBI mencapai
hasratnya.      Menurut   Datuk   Abd.   Ghafar   Mahmud,     langkah   untuk   meningkatkan
profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani
dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan
mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian
sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan
dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah
jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran
proaktif, kreatif serta inovatif. Oleh demikian, untuk meningkat dan kepentingan profesion,
saya mesti selalu bertindak aktif dengan melaksanakan perubahan yang sewajarnya demi
murid-murid tanpa mengenal letih dan jemu . Saya adalah pemangkin masa depan negara.

        Melalui seruan ini, saya berbesar hati terlibat secara langsung dengan dasar tersebut.
Masih melalui Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum,             saya boleh
menggalakkan murid-murid bergerak aktif bukan setakat berkarya malahan menyertai
pertandingan bercerita. Tajul Ariffin Nordin ( 1991) ,pernah menyarankan supaya diadakan
usaha memperkembangkan dan memperkaya penyelidikan asli karya-karya dalam bahasa
Melayu dalam semua bidang. Sebagai permulaan sekolah rendah, dalam memartabatkan
bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris, saya akan menggalakkan murid-murid
saya berkarya mengikut tahap kecerdasan dan berdasarkan pola pemikiran mereka sahaja.
Saya akan sentiasa memberi dorongan, kata-kata semangat atau habuan untuk mereka agar
meminati mata pelajaran ini. Selain itu, saya akan memastikan penggunaan sistem bahasa
yang dalam mata pelajaran lain akan menyokong pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak
menjejaskan standard dan mutu bahasa Melayu itu sendiri. Saya turut bekerjasama dengan
guru-guru bahasa Inggeris dalam memperkasakan bahasa tersebut.

       Peranan lain yang boleh saya lakukan ialah melalui didik hibur. Sebagai seorang guru,
sudah pasti saya inginkan murid-murid dapat berfikir secara kreatif, malahan secara kritis.
Saya gemar menggunakan kaedah didik hibur untuk murid-murid. Didik hibur dan seni dalam
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pembaharuan yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses
pengajaran bahasa Melayu. Tujuannya supaya bahasa Malaysia menjadi seronok untuk
diikuti oleh murid-murid. Namun bagi saya ianya tidak menjadi salah sekiranya diadaptasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Ibarat menyelam sambil minum air,
didik hibur membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi amat menghiburkan.
Ianya merupakan satu pendekatan yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan
hiburan. Pengajaran dan pembelajaran didik hibur berbentuk serampang dua mata. Melalui
didik hibur, saya boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya sesuatu yang
menghiburkan murid-murid. Saya boleh menggunakan pelbagai kaedah bagi menyediakan
suasana yang menyeronokkan dan menarik. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
menulis dan tatabahasa boleh saya sulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat,
pelaporan dan penghasilan produk. Contohnya, murid-murid saya boleh belajar bahasa
sambil menyanyi. Bagi saya, kaedah ini merupakan satu kaedah berinteraksi yang boleh
menjadikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu atau bahasa Inggeris menjadi lebih
menarik dan menghiburkan. Para guru pasti akan dapat menggelakkan rasa bosan dan
mengantuk murid-murid di dalam kelas. Aktiviti berlakon pula akan menggalakkan murid-
murid saya berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
Didik hibur juga menjadi begitu menarik dan mampu menceriakan suasana,
mengirangkan hati murid-murid sekiranya kita sendiri mampu berlawak, berlakon, berpantun
dan sebagainya. Semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni, saya boleh melakukan
aktiviti-aktiviti berikut seperti berpantun, menyanyi, melukis, bersajak, bercerita atau berlakon.
Namun begitu, paling penting saya perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut mencapai objektifnya. Amatlah tidak wajar pengajaran yang ingin disampaikan
kepada murid-murid menjadi sia-sia dan membuang masa saja laksana golok kayu,
ditetakkan tak makan, dijual tak laku. Walau bagaimanapun, didik hibur akan menjadi lebih
kreatif dan seronok sekiranya kita sememangnya berbakat dalam seni dan ikhlas untuk
melakukannya untuk murid-murid. Namun yang paling saya minati untuk digunakan selain
nyanyian di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti bercerita. . Melalui aktiviti
tersebut, murid-murid saya diharapkan dapat mengujarkan bahasa yang indah dan
menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.


       Sebenarnya aktiviti bercerita memang telah lama menjadi sebahagian daripada teknik
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan telah diamalkan
sejak sekian lama. Melalui aktiviti ini, banyak kemahiran penting dalam berbahasa dapat
dikuasai khususnya dalam kemahiran lisan. Namun sejak kebelakangan ini, aktiviti bercerita
kurang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kerana sistem pendidikan lebih
menekankan ‘exam oriented’ yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan awam.
Adalah diharap kini, kemunculan kemahiran didik hibur yang berkesan ini membongkar dan
mencorakkan     kembali teknik pengajaran dan pembelajaran dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris murid-murid sekolah di Malaysia.

       Melalui kemahiran asas berbahasa atau dalam bahasa Inggerisnya disebut “ Basics
to Basics”, saya boleh bekerjasama dengan guru-guru dalam setiap program yang diadakan.
Menurut Roselan ( 2003 ), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat
penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru
merupakan pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang
digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. . Bagi mencapai objektif tersebut, saya
akan bersedia melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan di sekolah. Contohnya
dalam Program Literasi dan Numerasi ( LINUS ) , saya bersedia melibatkan diri atau
berperanan penting dalam menjayakan program tersebut. Bagi memartabatkan bahasa
Melayu, saya akan berusaha menjayakan program ini kerana ianya memberi penekanan
kepada literasi bahasa Melayu iaitu lisan dan bacaan. Berdasarkan Buku panduan Am
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KPM 2003 ), bahawa setiap murid adalah berbeza
antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkahlaku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh
yang demikian, saya seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik
darjah bagi mengatasi pemasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis di
kalangan murid. Bagi memartabatkan bahasa Melayu juga, asas bahasa saya lakukan secara
berstruktur dan sistematik. Saya akan menjalankan asas berbahasa pradengar, prabunyi,
prabaca dan pratulis untuk murid-murid saya yang diperkukuh melalui modul pengajaran dan
pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya boleh menjalankan
pertandingan seperti membaca lancar, kemahiran menulis, membaca dan sebagainya.
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa yang saya jalankan adalah berasaskan sistem
bahasa yang betul yang dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Sekiranya kesilapan
dilakukan oleh murid, saya akan membimbing membetulkan kesilapan mereka. Kesilapan
perlu dilakukan dengan kadar segera bagi mengukuhkan kefahaman murid-murid saya.


       Selain memberi dorongan, saya akan bersama-sama membantu guru pemulihan bagi
mengatasi pemasalahan tersebut dengan menyenaraikan murid yang memerlukan bimbingan.
Bagi saya    pendidikan   pemulihan   merupakan satu wadah yang         dapat membantu
meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan
menulis. Saya akan sentiasa memberi dorongan kepada murid-murid untuk memantap dan
mengukuhkan penguasaan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mereka
kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menunaikan impian
tersebut, saya akan sentiasa memastikan penggunaan bahan bantu mengajar adalah
bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid. Ini dapat menjadikan
suasana aktiviti membaca menjadi berkesan dan bermakna kepada murid-murid lain. Untuk
mengukuhkan bahasa Inggeris , saya boleh bekerjasama dengan Panitia Bahasa Inggeris.
Baru-baru ini, panitia tersebut mengadakan ‘Program Spell Right’ . Saya telah berganding
bahu dengan melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa untuk program tesebut. Penglibatan
saya diharap dapat membantu memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris murid-murid di
sekolah kami.

       Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga penting bagi merealisasikan harapan
dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris. Murid-murid
saya sudah pasti tidak dapat belajar dengan selesa dan berada dalam situasi selamat
sekiranya persekitaran mereka terdapat pelbagai gangguan seperti vandalisme, peras ugut,
buli dan sebagainya. Bagi memastikan murid-murid dapat belajar dengan selesa dan selamat ,
kita tidak boleh seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Setiap
guru adalah guru disiplin. Saya berlapang dada bekerjasama dengan pihak pentadbir, guru-
guru, ibu bapa, Persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG ) dalam melakukan pemantauan di
persekitaran sekolah. Pemantauan tersebut akan sering dilakukan. Pemantauan tersebut
terdiri daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan (3K ). Guru-guru yang terlibat
berkemungkinan terdiri daripada ahli jawatankuasa disiplin, guru kaunseling, Penolong
Pentabiran, Penolong Kanan HEM, Guru Besar dan sebagainya. Kebersihan, keceriaan dan
keselamatan sekolah akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan
saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran. Masalah pelajar boleh diumpamakan sudah terhantuk, baru terngadah . Saya
tidak akan membiarkan keadaan semakin rumit barulah ianya akan diperkatakan atau
diselesaikan. Jangan menunggu nasi menjadi bubur baru hendak menyelesaikan masalah
murid-murid. Masalah-masalah yang menganggu pembelajaran di sekolah perlu dikenalpasti
daripada akar umbinya supaya dapat diselesaikan bagaikan menarik rambut di dalam
tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak . Iklim pembelajaran yang kondusif
dan dorongan daripada saya dan guru-guru lain pasti dapat mewujudkan motivasi dan
merangsang minat murid-murid agar terus belajar. Mereka pasti bersedia untuk menguasai
ilmu dengan seronok tanpa mengalami sebarang tekanan dan gangguan di sekolah .

       Kesimpulannya, memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris
merupakan satu wadah murni. Sebagai bangsa Melayu saya bertanggunjawab mendaulatkan
bahasa kebangsaan ini. Guru bahasa Melayu adalah pemangkin akauntabiliti bangsa dan
bangsa Melayu. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak wajar dipinggirkan. Sebagai bahasa
kedua di Malaysia, memperkasakan bahasa tersebut adalah sesuatu yang boleh diterima
akal. Cuak dalam memperkasakan bahasa tersebut akan memungkinkan kita dan murid-
murid ketinggalan dari gedung ilmu dunia . Saya bersama-sama warga pendidik yang sepakat
akan seciap bagai ayam, sedenting bagai besi tegas beriltizam dan komited dalam
meningkatkan profesionalisme keguruan.       Usaha inilah yang boleh saya lakukan bagi
melaksanakan hasrat kerajaan demi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan
bahasa Inggeris agar pendidikan di Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.

Contenu connexe

Tendances

RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 
Kertas kerja kem menuju ke arah sek men
Kertas kerja kem menuju ke arah sek menKertas kerja kem menuju ke arah sek men
Kertas kerja kem menuju ke arah sek menThavakumar Jaganathan
 
Pembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanPembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanRibut Taufan
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKrishna Veeni
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesSalwa Samsudin
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Contoh surat permohonan penubuhan kelab doktor muda
Contoh surat permohonan penubuhan kelab doktor mudaContoh surat permohonan penubuhan kelab doktor muda
Contoh surat permohonan penubuhan kelab doktor mudaNURLIDYAWATI JASMIN
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Sherly Jewinly
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianCatherine George
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2smstspg8
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxHanisIbrahim
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 

Tendances (20)

RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Kertas kerja kem menuju ke arah sek men
Kertas kerja kem menuju ke arah sek menKertas kerja kem menuju ke arah sek men
Kertas kerja kem menuju ke arah sek men
 
Program pengayaan
Program pengayaanProgram pengayaan
Program pengayaan
 
Pembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanPembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapan
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kes
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Contoh surat permohonan penubuhan kelab doktor muda
Contoh surat permohonan penubuhan kelab doktor mudaContoh surat permohonan penubuhan kelab doktor muda
Contoh surat permohonan penubuhan kelab doktor muda
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Borang hakim
Borang hakimBorang hakim
Borang hakim
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 

En vedette

Presentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project ManagementPresentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project ManagementIngeborg Siroen
 
Matariki.pptx
Matariki.pptxMatariki.pptx
Matariki.pptxorakei61
 
Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01
Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01
Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01Jacky Eshelby
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016murni mohamat
 
Jae hun choi, min kyu jeon presentation
Jae hun choi, min kyu jeon presentationJae hun choi, min kyu jeon presentation
Jae hun choi, min kyu jeon presentationjhchoi316
 
Walking Heads Pecha Kucha
Walking Heads Pecha KuchaWalking Heads Pecha Kucha
Walking Heads Pecha Kuchawalkingheads
 
Question 1 Evaluation
Question 1 EvaluationQuestion 1 Evaluation
Question 1 EvaluationEveSalmon
 
Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller
Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller
Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller Jacky Eshelby
 
Exploring the New Faceboook insights
Exploring the New Faceboook insightsExploring the New Faceboook insights
Exploring the New Faceboook insightsOmkar Mishra
 
How outlining can help you write an exceptional article
How outlining can help you write an exceptional articleHow outlining can help you write an exceptional article
How outlining can help you write an exceptional articleVwitOnline
 
Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...
Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...
Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...Rizky Aisyah Al-asturlabi
 

En vedette (18)

Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Presentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project ManagementPresentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project Management
 
Matariki.pptx
Matariki.pptxMatariki.pptx
Matariki.pptx
 
Question 3
Question 3Question 3
Question 3
 
Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01
Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01
Marketocmwpresentation 120910082556-phpapp01
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
 
Jae hun choi, min kyu jeon presentation
Jae hun choi, min kyu jeon presentationJae hun choi, min kyu jeon presentation
Jae hun choi, min kyu jeon presentation
 
Question 3
Question 3Question 3
Question 3
 
Walking Heads Pecha Kucha
Walking Heads Pecha KuchaWalking Heads Pecha Kucha
Walking Heads Pecha Kucha
 
Question 1 Evaluation
Question 1 EvaluationQuestion 1 Evaluation
Question 1 Evaluation
 
Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller
Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller
Fivestarcontentrobertsimonfinal2simonwaller
 
Bài Viết Chuẩn Seo
Bài Viết Chuẩn SeoBài Viết Chuẩn Seo
Bài Viết Chuẩn Seo
 
95
9595
95
 
Exploring the New Faceboook insights
Exploring the New Faceboook insightsExploring the New Faceboook insights
Exploring the New Faceboook insights
 
Branding
Branding Branding
Branding
 
How outlining can help you write an exceptional article
How outlining can help you write an exceptional articleHow outlining can help you write an exceptional article
How outlining can help you write an exceptional article
 
Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...
Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...
Pajak yang dikenakan terhadap subyek pajak atas penghasilan yang diterimanya ...
 

Similaire à MENJAYAKAN MBMMBI

1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUINISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUidahara
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 
Ujung tombak smk
Ujung tombak smkUjung tombak smk
Ujung tombak smkRAHMANU AJ
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALAfifah Asra
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Cabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kiniCabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kinijoeyjoey13
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiEzt Eran
 

Similaire à MENJAYAKAN MBMMBI (20)

temuduga
temudugatemuduga
temuduga
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Edu 3101
Edu 3101Edu 3101
Edu 3101
 
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUINISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
Ujung tombak smk
Ujung tombak smkUjung tombak smk
Ujung tombak smk
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Cabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kiniCabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kini
 
Pendidikan.docx
Pendidikan.docxPendidikan.docx
Pendidikan.docx
 
Pendidikan.pdf
Pendidikan.pdfPendidikan.pdf
Pendidikan.pdf
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 

Plus de murni mohamat

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 murni mohamat
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016murni mohamat
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016murni mohamat
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016murni mohamat
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 murni mohamat
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1murni mohamat
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrmurni mohamat
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSRmurni mohamat
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016murni mohamat
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrmurni mohamat
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3murni mohamat
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perrymurni mohamat
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 murni mohamat
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanmurni mohamat
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murnimurni mohamat
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 

Plus de murni mohamat (20)

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 
Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2 Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSR
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssr
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 

Dernier

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 

Dernier (20)

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

MENJAYAKAN MBMMBI

  • 1. PERANAN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN DALAM MENJAYAKAN DASAR “MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS” Peranan guru amat besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris ( MBMMBI ) .Tema hari guru pada tahun ini iaitu “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” amat bertepatan dengan fungsi dan peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini, seterusnya memastikan hasrat kerajaan dalam melaksanakan dasarnya mencapai objektif yang diharapkan. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf kerana tugasnya bukan sahaja penyampai ilmu, pencorak minda, penyubur perpaduan, jurutera sosial, pembangun sahsiah, malahan amat penting sekali ialah sebagai agen perubahan. MBMMBI tidak akan memberi sebarang makna tanpa para pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan sentiasa dinamik dan progresif. Saya adalah seorang pendidik. Oleh yang demikian saya memikul tanggungjawab dan peranan yang besar bagi memastikan MBMMBI yang direncanakan oleh kerajaan ini mencapai hala tujunya. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri, kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Ini bermakna kita sebagai guru bertanggungjawab dalam mencorak dan membentuk generasi hari muka yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosialnya ( JERIS ). Dalam melaksanakan dasar memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris ini, kita boleh sama-sama memainkan peranan agar dasar kerajaan melalui pendidikan ini mencapai hasratnya. Antara peranan besar bagi saya menjayakan MBMMBI ini ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Penggunaan teknologi maklumat ( ICT ) seperti perisian e-mel, laman sembang dan laman
  • 2. web dapat membantu saya menyediakan p&p yang bersifat interaktif serta menghiburkan murid-murid. Melalui penggunaan teknologi maklumat, kita sebenarnya boleh menyediakan satu portal untuk menghimpunkan bahan penulisan sama ada di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris daripada murid-murid . Selain itu kita juga boleh menyediakan forum khas untuk mereka berbincang, mengkaji dan mencari maklumat berkaitan tentang tugas yang diberi. Sebagai contoh, saya akan meminta murid-murid saya menyediakan satu portfolio bertajuk “ Mari Berpantun” atau “Poem”. Murid-murid saya boleh menggunakan teknologi maklumat ini untuk mencari bahan , berbincang atau mengkaji berkaitan tugasan yang telah diberi. Aplikasi komputer dapat memberi gambaran visual dan audio yang bermutu tinggi dan jelas untuk membina pemahaman murid-murid saya. Namun apa yang pasti, perkakasan dan perisian yang disediakan perlu sesuai serta boleh digunakan oleh murid-murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya akan memastikan murid-murid saya menguasai dunia teknologi maklumat tanpa memandang ke belakang lagi seperti kata cerdik pandai, jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambil manfaatnya. Dalam menjayakan MBMMBI, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan memudahkan pembelajaran murid-murid. Saya akan menggunakan komputer sebagai medium untuk membimbing murid-murid dalam mencari dan mengakses maklumat dari CD rom, internet, gerbang maklumat dan lain-lain. Murid-murid saya boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi komputer dalam pembelajaran bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ianya pasti akan menyeronokkan murid-murid dan pemudahcara bagi diri saya. Walaupun begitu, saya akan memastikan penggunaan komputer tersebut digunakan bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran saya. Ianya perlu digunakan secara terancang, dan amat penting sekali hendaklah bersesuaian dan berfikrah dengan murid-murid . Ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar, cekap dan berkesan. Apa yang utama proses pengajaran dan pembelajaran saya melalui kaedah teknologi maklumat dan komunikasi bukan ibarat bidan terjun atau melepaskan batuk di tangga sahaja. Ianya sama sekali tidak bertujuan untuk menyelesaikan peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran yang dikhaskan untuk saya . Sikap sebegini bukan sekadar mencabar tanggungjawab dan profesionalisme diri saya sebagai seorang guru, malahan merugikan murid-murid . Sekiranya ini berlaku, sudah pasti MBMMBI tidak akan mencapai hasratnya macam daun terap; bunyinya degah-deguh, tapi jatuh ke tanah berdeser sahaja.
  • 3. Pelaksanaan MBMMBI menggantikan PPSMI amat bermakna dalam mencorakkan fasa pendidikan di Malaysia dan seharusnya kita terima dengan fikiran terbuka. Lagi pun sepenuh-penuh peti takkan tak muat lagi sehelai sapu tangan. Bagi saya ini merupakan satu idea dan era perkembangan yang patut dipuji demi kemajuan pendidikan dan kecemerlangan murid-murid di negara kita. Bagi menjayakan MBMMBI, peranan lain yang saya boleh saya lakukan ialah melalui Penggunaan Bahasa Standard Merentas Kurikulum. Saya berpegang kepada kata-kata bahasa jiwa bangsa. Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa. Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa. Saya tidak sanggup melihat murid- murid melupakan bahasa sendiri walaupun mereka fasih bahasa asing kerana bahasa jiwa bangsa. Hanya dengan itu mereka akan dihormati oleh bangsa lain dan bahasa menunjukkan bangsa mereka. Datuk Laksamana Hang Tuah pernah berkata takkan Melayu hilang di dunia. Bayangkan sekiranya bahasa Melayu terus terpinggir dan berakhir dengan lenyap di telan zaman, pasti kata-kata Hang tuah tidak akan menjadi kenyataan. Saya tidak sekali-kali membiarkan bangsa saya lenyap kerana kehilangan identiti bangsanya. Amat malang sekiranya murid-murid kita melupakan bahasa ibundanya kerana mengejar kemajuan era globalisasi. Ingatlah hilang bahasa lenyaplah bangsa. Saya adalah salah seorang pendidik yang akan mencorak dan membina anak bangsa, maka sayalah di antara insan yang mengharapkan sepenuh minda dan kudrat dalam memartabatkan bahasa Melayu agar ianya bercorak indah dan berkembang mekar di hati anak-anak didik saya . Ini kerana mereka adalah pelapis generasi akan datang. Biarlah patah tumbuh hilang berganti. Pengkhususan atau bidang pilihan saya ketika belajar di maktab perguruan ialah Kemahiran Hidup. Namun agak melucukan saya tidak pernah mengajar mata pelajaran tersebut. Pemikiran yang positif membawa saya berasa amat penting . Walaupun saya bukan terdiri dari opsyen Bahasa Melayu, namun saya berasa amat bertuah dapat bersama-sama rakan sejawat yang mengambil pengkhususan ini. Ini kerana saban tahun, saya akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan merupakan guru wajib yang akan mendidik bakal peserta untuk ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu tidak kira prasekolah, tahap 1 atau tahap 2 . Oleh yang sedemikian, secara tidak langsung, saya tergolong di kalangan guru yang berusaha untuk memartabatkan bahasa ibunda di tanah air tercinta ini . Saya akan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan membina budaya berbahasa Melayu di kalangan murid -murid. Berpegang prinsip melalui peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebung, saya akan berusaha sedaya upaya membawa murid-murid
  • 4. bersama-sama berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu standard. Saya akan sering mengajak murid-murid berkarya seperti mengarang atau mendeklamasikan sajak , berpantun , bercerita dan sebagainya. Mereka juga dibimbing menggunakan penjodoh bilangan dan simpulan bahasa ketika berkomunikasi. Mengimbas kembali nostalgia sepanjang pengalaman mengajar bahasa Melayu , saya begitu seronok dan bersemangat ketika berkomunikasi menggunakan teknik sedemikian. Ini berkemungkinan penggunaan bahasa standard memerlukan lisan dan penulisan yang agak teratur, lebih tersusun, cermat dan ketelitian kalau tidak biasa ketika membina ayat berbanding menggunakan ‘ bahasa rojak’ atau ‘bahasa pasar’ yang boleh dihentam keromo. Sebagai contoh, “ Tulisan awak buruk seperti cakar ayam”, kata salah seorang murid saya kepada rakannya atau “ Cikgu, saya berasa suka hati kerana telah dua kali lulus dalam mata pelajaran Matematik !”, luahan ceria salah seorang anak murid seolah-olah menagih pujian saya suatu ketika dahulu. Saya bukanlah ingin mengingati kisah silam untuk berundur setapak ke belakang, tetapi cukuplah membuktikan betapa elok dan indahnya penggunaan bahasa Malaysia standard merentas kurikulum itu direalitikan. Gerbang MBMMBI diharap dapat membuka lembaran baharu di dunia pendidikan. Kejayaan MBMMBI bukan lahir seperti kata pepatah yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang, yang jauh menjadi dekat tetapi melalui komited, usaha, iltizam, dan bersatu padu dalam menjayakan sesuatu yang diidamkan. Usaha yang gigih bagai genggam bara api biar sampai menjadi arang boleh membantu MBMMBI mencapai hasratnya. Menurut Datuk Abd. Ghafar Mahmud, langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. Oleh demikian, untuk meningkat dan kepentingan profesion, saya mesti selalu bertindak aktif dengan melaksanakan perubahan yang sewajarnya demi murid-murid tanpa mengenal letih dan jemu . Saya adalah pemangkin masa depan negara. Melalui seruan ini, saya berbesar hati terlibat secara langsung dengan dasar tersebut. Masih melalui Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum, saya boleh menggalakkan murid-murid bergerak aktif bukan setakat berkarya malahan menyertai
  • 5. pertandingan bercerita. Tajul Ariffin Nordin ( 1991) ,pernah menyarankan supaya diadakan usaha memperkembangkan dan memperkaya penyelidikan asli karya-karya dalam bahasa Melayu dalam semua bidang. Sebagai permulaan sekolah rendah, dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris, saya akan menggalakkan murid-murid saya berkarya mengikut tahap kecerdasan dan berdasarkan pola pemikiran mereka sahaja. Saya akan sentiasa memberi dorongan, kata-kata semangat atau habuan untuk mereka agar meminati mata pelajaran ini. Selain itu, saya akan memastikan penggunaan sistem bahasa yang dalam mata pelajaran lain akan menyokong pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejaskan standard dan mutu bahasa Melayu itu sendiri. Saya turut bekerjasama dengan guru-guru bahasa Inggeris dalam memperkasakan bahasa tersebut. Peranan lain yang boleh saya lakukan ialah melalui didik hibur. Sebagai seorang guru, sudah pasti saya inginkan murid-murid dapat berfikir secara kreatif, malahan secara kritis. Saya gemar menggunakan kaedah didik hibur untuk murid-murid. Didik hibur dan seni dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pembaharuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran bahasa Melayu. Tujuannya supaya bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Namun bagi saya ianya tidak menjadi salah sekiranya diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Ibarat menyelam sambil minum air, didik hibur membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi amat menghiburkan. Ianya merupakan satu pendekatan yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan hiburan. Pengajaran dan pembelajaran didik hibur berbentuk serampang dua mata. Melalui didik hibur, saya boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya sesuatu yang menghiburkan murid-murid. Saya boleh menggunakan pelbagai kaedah bagi menyediakan suasana yang menyeronokkan dan menarik. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan tatabahasa boleh saya sulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Contohnya, murid-murid saya boleh belajar bahasa sambil menyanyi. Bagi saya, kaedah ini merupakan satu kaedah berinteraksi yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu atau bahasa Inggeris menjadi lebih menarik dan menghiburkan. Para guru pasti akan dapat menggelakkan rasa bosan dan mengantuk murid-murid di dalam kelas. Aktiviti berlakon pula akan menggalakkan murid- murid saya berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
  • 6. Didik hibur juga menjadi begitu menarik dan mampu menceriakan suasana, mengirangkan hati murid-murid sekiranya kita sendiri mampu berlawak, berlakon, berpantun dan sebagainya. Semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni, saya boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut seperti berpantun, menyanyi, melukis, bersajak, bercerita atau berlakon. Namun begitu, paling penting saya perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut mencapai objektifnya. Amatlah tidak wajar pengajaran yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi sia-sia dan membuang masa saja laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. Walau bagaimanapun, didik hibur akan menjadi lebih kreatif dan seronok sekiranya kita sememangnya berbakat dalam seni dan ikhlas untuk melakukannya untuk murid-murid. Namun yang paling saya minati untuk digunakan selain nyanyian di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti bercerita. . Melalui aktiviti tersebut, murid-murid saya diharapkan dapat mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur. Sebenarnya aktiviti bercerita memang telah lama menjadi sebahagian daripada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan telah diamalkan sejak sekian lama. Melalui aktiviti ini, banyak kemahiran penting dalam berbahasa dapat dikuasai khususnya dalam kemahiran lisan. Namun sejak kebelakangan ini, aktiviti bercerita kurang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kerana sistem pendidikan lebih menekankan ‘exam oriented’ yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan awam. Adalah diharap kini, kemunculan kemahiran didik hibur yang berkesan ini membongkar dan mencorakkan kembali teknik pengajaran dan pembelajaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris murid-murid sekolah di Malaysia. Melalui kemahiran asas berbahasa atau dalam bahasa Inggerisnya disebut “ Basics to Basics”, saya boleh bekerjasama dengan guru-guru dalam setiap program yang diadakan. Menurut Roselan ( 2003 ), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru merupakan pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. . Bagi mencapai objektif tersebut, saya akan bersedia melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan di sekolah. Contohnya dalam Program Literasi dan Numerasi ( LINUS ) , saya bersedia melibatkan diri atau berperanan penting dalam menjayakan program tersebut. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, saya akan berusaha menjayakan program ini kerana ianya memberi penekanan kepada literasi bahasa Melayu iaitu lisan dan bacaan. Berdasarkan Buku panduan Am
  • 7. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KPM 2003 ), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkahlaku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, saya seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi pemasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid. Bagi memartabatkan bahasa Melayu juga, asas bahasa saya lakukan secara berstruktur dan sistematik. Saya akan menjalankan asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis untuk murid-murid saya yang diperkukuh melalui modul pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya boleh menjalankan pertandingan seperti membaca lancar, kemahiran menulis, membaca dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa yang saya jalankan adalah berasaskan sistem bahasa yang betul yang dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Sekiranya kesilapan dilakukan oleh murid, saya akan membimbing membetulkan kesilapan mereka. Kesilapan perlu dilakukan dengan kadar segera bagi mengukuhkan kefahaman murid-murid saya. Selain memberi dorongan, saya akan bersama-sama membantu guru pemulihan bagi mengatasi pemasalahan tersebut dengan menyenaraikan murid yang memerlukan bimbingan. Bagi saya pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Saya akan sentiasa memberi dorongan kepada murid-murid untuk memantap dan mengukuhkan penguasaan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mereka kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menunaikan impian tersebut, saya akan sentiasa memastikan penggunaan bahan bantu mengajar adalah bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid. Ini dapat menjadikan suasana aktiviti membaca menjadi berkesan dan bermakna kepada murid-murid lain. Untuk mengukuhkan bahasa Inggeris , saya boleh bekerjasama dengan Panitia Bahasa Inggeris. Baru-baru ini, panitia tersebut mengadakan ‘Program Spell Right’ . Saya telah berganding bahu dengan melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa untuk program tesebut. Penglibatan saya diharap dapat membantu memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris murid-murid di sekolah kami. Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga penting bagi merealisasikan harapan dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris. Murid-murid saya sudah pasti tidak dapat belajar dengan selesa dan berada dalam situasi selamat sekiranya persekitaran mereka terdapat pelbagai gangguan seperti vandalisme, peras ugut, buli dan sebagainya. Bagi memastikan murid-murid dapat belajar dengan selesa dan selamat ,
  • 8. kita tidak boleh seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Setiap guru adalah guru disiplin. Saya berlapang dada bekerjasama dengan pihak pentadbir, guru- guru, ibu bapa, Persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG ) dalam melakukan pemantauan di persekitaran sekolah. Pemantauan tersebut akan sering dilakukan. Pemantauan tersebut terdiri daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan (3K ). Guru-guru yang terlibat berkemungkinan terdiri daripada ahli jawatankuasa disiplin, guru kaunseling, Penolong Pentabiran, Penolong Kanan HEM, Guru Besar dan sebagainya. Kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Masalah pelajar boleh diumpamakan sudah terhantuk, baru terngadah . Saya tidak akan membiarkan keadaan semakin rumit barulah ianya akan diperkatakan atau diselesaikan. Jangan menunggu nasi menjadi bubur baru hendak menyelesaikan masalah murid-murid. Masalah-masalah yang menganggu pembelajaran di sekolah perlu dikenalpasti daripada akar umbinya supaya dapat diselesaikan bagaikan menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak . Iklim pembelajaran yang kondusif dan dorongan daripada saya dan guru-guru lain pasti dapat mewujudkan motivasi dan merangsang minat murid-murid agar terus belajar. Mereka pasti bersedia untuk menguasai ilmu dengan seronok tanpa mengalami sebarang tekanan dan gangguan di sekolah . Kesimpulannya, memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris merupakan satu wadah murni. Sebagai bangsa Melayu saya bertanggunjawab mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Guru bahasa Melayu adalah pemangkin akauntabiliti bangsa dan bangsa Melayu. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak wajar dipinggirkan. Sebagai bahasa kedua di Malaysia, memperkasakan bahasa tersebut adalah sesuatu yang boleh diterima akal. Cuak dalam memperkasakan bahasa tersebut akan memungkinkan kita dan murid- murid ketinggalan dari gedung ilmu dunia . Saya bersama-sama warga pendidik yang sepakat akan seciap bagai ayam, sedenting bagai besi tegas beriltizam dan komited dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Usaha inilah yang boleh saya lakukan bagi melaksanakan hasrat kerajaan demi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris agar pendidikan di Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.