SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Memahami Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Jun 16, 2007 — mindabahasa



Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.Dua perkara yang
membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang
digunakan.



Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif
transitif yang berimbuhan meN-….



Contoh ayat aktif:

a) Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.



 Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang
berimbuhan di-…, teR- … beR-…, ke-…-an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja
pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri
kedua.

Contoh ayat pasif:

a) Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.

b) Anak anjing Marsha dikejar oleh kucing jantan Mawi.

c) Anak anjing Cheong terkejar oleh saya tadi.

d) Kucing jantan Ina terkejar adik saya.

e) Baju sekolah saya sudah berbasuh.

f) Baju itu belum bergosok.

g) Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam.

h) Anak kucing jiran saya kelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong.

i) Perompak yang merompak kedai emas itu sudah kena tangkap.

j) Beberapa ekor kera liar yang memasuki rumah saya sudah kena tembak. KATA KERJA TRANSITIF
TANPA IMBUHAN

Biasanya, semua kata kerja transitif aktif menerima awalan meN-… kecuali kata makan dan minum.
Contoh ayat daripada kata makan dan minum:

a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang.

b) Kanak-kanak itu sudah minum air mineral yang diberikan kepada mereka. KATA KERJA
BERAWALAN MEN-… TANPA OBJEK (KATA KERJA TAK TRANSITIF)



Kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif transitif yang mengutamakan subjek ayat sebagai
judul. Objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau
klausa komplemen.



Namun begitu, terdapat juga ayat transitif aktif yang tidak mempunyai objek kerana objek kata kerja
transitif aktif dalam ayat itu digugurkan.Kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu
adalah untuk membezakan kata kerja transitif aktif daripada kata kerja tak transitif yang berawalan
meN-….



Hal ini mudah difahami kerana ayat mempunyai kata kerja transitif aktif dapat dipasifkan, tetapi ayat
yang mempunyai kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.

Contoh kata kerja tak transitif yang berawalan meN-… dalam ayat:

a) Syarini akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak.

b) Budak-budak itu berlari sambil menyanyi di padang sekolah.

c) Padi di sawah nenek sudah menguning. Walaupun dikatakan semua kata kerja transitif aktif mesti
menerima objek, terdapat banyak juga kata kerja transitif aktif yang tidak diikuti oleh objek kerana
objek kata kerja transitif aktif itu digugurkan (berlaku proses pengguguran objek dalam ayat).Namun
begitu, ayat berkenaan masih juga gramatis. Contoh ayat transitif aktif yang objeknya boleh
digugurkan:

a) Bapa saya sedang mengarang di dalam biliknya. (objek yang digugurkan: buku, cerpen, novel,
sajak, dan sebagainya)

b) Emak memasak di dapur. (objek yang digugurkan: gulai, dalca, nasi, dan sebagainya)

c) Adik sedang melukis. (objek yang digugurkan: gambar kucing, gambarajah, graf, dan sebagainya)

d) Saya telah memancing. (objek yang digugurkan: ikan di dalam kolam itu)

e) Mereka sudah makan pagi tadi. (objek yang digugurkan: nasi lemak, roti canai, dan sebagainya)
Ayat aktif transitif di atas tidak dapat dipasifkan sekiranya objek selepas kata kerja transitif aktif
tidak dinyatakan.
Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikan
subjek dalam ayat pasif. Oleh itu, sekiranya ayat-ayat di atas hendak dipasifkan, maka objek dalam
ayat itu perlu dinyatakan dan tidak boleh digugurkan.


Contoh ayat pasif daripada ayat aktif transitif di atas:

a) Buku (cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) sedang dikarang oleh bapa saya di dalam biliknya.

b) Gulai (dalca, nasi, dan sebagainya) dimasak oleh emak di dapur.

c) Gambar kucing (gambar rajah, graf, dan sebagainya) sedang dilukis oleh adik.

d) Ikan di dalam kolam itu telah saya pancing.

e) Nasi lemak (roti canai, pisang, dan sebagainya) sudah dimakan oleh mereka pada pagi tadi.

Selain itu, terdapat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang menerima awalan teR-
….Banyak pengguna bahasa Melayu kurang sedar bahawa terdapat sebilangan kata kerja yang
menerima awalan teR-… terdiri daripada kata kerja transitif aktif kerana kata kerja itu mesti diikuti
oleh objek dan kata kerja transitif aktif yang mengekalkan awalan teR-… apabila dipasifkan.Contoh
ayat aktif transitif dengan kata kerja transitif aktif yang berawalan teR-.. :

a) Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.

b) Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat.

c) Anak kecil saya termakan masakan yang pedas.

d) Adakah kamu terbaca buku yang tebal itu?

e) Ibu terhidang lauk yang basi kepada tetamu. Semua ayat di atas dapat dipasifkan apabila kata
nama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan teR-… itu dijadikan judul
dalam ayat pasif. Walaupun bentuk kata kerja transitif aktif itu tidak berubah dan dikekalkan, kata
sendi nama oleh tidak boleh digugurkan dalam ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan
teR-…. termasuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.Ayat pasif dengan kata kerja
transitif pasif berawalan teR-… daripada bentuk ayat aktif transitif di atas ialah:

a) Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang.

b) Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.

c) Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil saya.

d) Adakah buku yang tebal itu terbaca oleh kamu?

e) Lauk yang basi terhidang oleh ibu kepada tetamu. Selain itu, terdapat sebilangan kata kerja
transitif aktif yang menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i mempunyai dua objek, iaitu objek
tepat dan objek sipi. Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek:
a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin.

b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.

c) Syamsyul mengirimi ibunya wang pada setiap bulan.

d) Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. Sekiranya ayat-ayat aktif transitif
dengan dua objek di atas hendak dipasifkan, maka objek tepat hendaklah dijadikan subjek dalam
ayat pasif. Hal ini dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah:

a) Ketika di Madinah, Syarini saya belikan sebentuk cincin.

b) Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu.

c) Ibunya dikirimi wang oleh Syamsyul pada setiap bulan.

d) Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta
menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada
pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis
ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

   1. Ayat penyata:
         o Ayat transitif dan ayat intransitif
         o Ayat aktif dan ayat pasif
         o Ayat sungsang
         o Ayat nafi
         o Ayat inti dan ayat gabungan
   2. Ayat perintah
   3. Ayat tanya
   4. Ayat seru




Isi kandungan
[sorokkan]

       1 Ayat aktif
       2 Ayat pasif
       3 Ayat perintah
       4 Ayat nafi
          o 4.1 Penggunaan dengan frasa nama
          o 4.2 Penggunaan dengan frasa sendi
          o 4.3 Kesalahan yang biasa berlaku
       5 Ayat tanya
          o 5.1 Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
                    5.1.1 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
                    5.1.2 2. Menggunakan partikel "kah"
                    5.1.3 3. Menggunakan pelbagai kata
          o 5.2 Kesalahan yang biasa berlaku
       6 Ayat songsang
       7 Ayat inti
       8 Ayat gabungan
          o 8.1 Ayat pancangan




[sunting] Ayat aktif
       Ayat aktif dengan kata kerja transitif
       Ayat aktif dengan kata kerja pasif
[sunting] Ayat pasif
       Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)

Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan
terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak
perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak
pentingkan atau menegaskan. Contohnya:

       Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
       Perkara itu sudah diselesaikan

adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan
perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu
menegaskan pelaku "dia".

[sunting] Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

             Jenis perintah                  Contoh penggunaan
              Perintah            Berdiri di atas kerusi itu.
              Suruhan             Ikat tali kasut anda dengan betul.
              Larangan            Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
              Permintaan          Tolong angkat baju itu.
              Ajakan              Mengucaplah banyak-banyak.
              Silaan              Sila jamu selera.
              Doa                 Syukurlah kamu sudah kembali.
                                  Harap-harap hari tidak hujan.
              Harapan




Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu
ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak
digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

       Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak
       boleh digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN
       hendaklah digugurkan.




[sunting] Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan
untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

       Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
       Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:

               Ayat biasa                                  Ayat nafi
      Cadangannya harus diketepikan.         Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
      Kerja ketua memang susah.              Kerja ketua tidak pernah senang.



Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat
nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.

Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:

   1. Bukankah orang itu guru kamu?
   2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
   3. Anda sudah faham, bukan?

[sunting] Penggunaan dengan frasa nama

Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa
nama. Contohnya:

   1. Ini bukan kucing.
   2. Malaysia bukan negara republik.
   3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.

Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam
hubungan seperti yang berikut:

   1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
   2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.

Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
   2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.

Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan
maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan
"bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

[sunting] Penggunaan dengan frasa sendi

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:

   1.   Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
   2.   Saya bukan dari sektor kerajaan.
   3.   Malaysia bukan di benua Afrika.
   4.   Buku ini bukan untuk anda.

Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh
sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

[sunting] Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".

[sunting] Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

[sunting] Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

[sunting] 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata



                   Ayat penyata                             Ayat tanya
            Tetamu sudah tiba.                     Tetamu sudah tiba?
            Buah itu sudah masak.                  Buah itu sudah masak?
            Mereka hendak menolong kita.           Mereka hendak menolong kita?



Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas
dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

[sunting] 2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

                  Ayat penyata                             Ayat tanya
           Tetamu sudah tiba?                   Sudah tibakah tetamu?
           Buah itu sudah masak?                Sudah masakkah buah itu?
           Mereka hendak menolong kita?         Hendak menolong kitakah mereka?



Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan
kesamaran makna.

[sunting] 3. Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana,
berapa, mengapa, mana, dan siapa.

                                             Ayat tanya
      Kata
                        Tanpa partikel "kah"           Dengan partikel "kah"
  Ada                Tiada                          Adakah cara saya ini betul?
  Apa                Apa yang kamu beli tadi?            Apakah yang kamu beli tadi?
                     Bagaimana cara untuk                Bagaimanakah cara untuk
  Bagaimana
                     mendaftar diri?                     mendaftar diri?
  Bila               Bila ayah kamu pulang?              Bilakah ayah kamu pulang?
                     Mengapa kamu datang                 Mengapakah kamu datang
  Mengapa
                     lambat hari ini?.                   lambat hari ini?.
  Mana               Mana ibu?                           Manakah ibu?
  Siapa              Siapa nama jiran baru kamu?         Siapakah nama jiran baru kamu?



Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun,
partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

[sunting] Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

         Tetamu sudah tibakah?
         Buah itu sudah masakkah?
         Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

         Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
       Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan.
Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

[sunting] Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung
ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

          AYAT BIASA                →      SUBJEK + PREDIKAT
          AYAT SONGSANG             →      PREDIKAT + SUBJEK
          AYAT PASIF                →      OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan
bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda
perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

  Jenis ayat               Susunan biasa                       Susunan songsang
                    Encik Yosri birokrat.                 Birokratlah Encik Yosri.
  Ayat inti
                    Kucing itu ke sana.                   Ke sana kucing itu.
  Ayat              Orang itu adik kamu?                  Adik kamukah orang itu?
  tanya             Kamu belum makan?                     Belum makankah kamu?
                    Surat itu akan saya kirimkan.         Akan saya kirimkan surat itu.
  Ayat
  pasif             Saya ketinggalan bas pada hari        Ketinggalan bas saya pada hari
                    itu.                                  itu.



Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat
tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat
songsang itu.

[sunting] Ayat inti
       Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada
satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,
sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk
menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
[sunting] Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan
menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi,
lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang
lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

   1.   Ayat dengan ayat
   2.   Subjek dengan subjek
   3.   Predikat dengan predikat
   4.   Adverba dengan adverba
   5.   Objek dengan objek.
   6.   Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.



  Jenis ayat gabungan             Ayat komponen                  Ayat gabungan
                              Abu amat rajin
                              bekerja.                   Abu amat rajin bekerja dan
 Ayat dengan ayat
                              Majikan menaikkan          majikan menaikkan gajinya.
                              gajinya.
                              Ali suka makan
                              manggis.                   Ali dan Ahmad suka makan
 Subjek dengan subjek
                              Ahmad suka makan           manggis.
                              manggis.
                              Mereka menghadiri
                                                         Mereka menghadiri ceramah
                              ceramah itu.
 Predikat dengan                                         itu kerana mereka
                              Mereka menganggap
 predikat                                                menganggap ceramah itu
                              ceramah itu sangat
                                                         sangat berfaedah.
                              berfaedah.
                              Saya akan
                              menghabiskan kerja
 Adverba dengan               itu besok.                 Saya akan menghabiskan
 adverba                      Jika tidak jadi, saya      kerja itu besok atau lusa.
                              akan menghabiskan
                              kerja itu lusa.
                              Ibu membeli sayur di
                              pasar.                     Ibu membeli sayur dan ikan di
 Objek dengan objek
                              Ibu membeli ikan di        pasar.
                              pasar.
 Ayat gabungan
                                                         Sedangkan dia tidak dapat
 dengan kata
                              -                          memasuki kolej itu, apatah
 penghubung yang
                                                         lagi saya.
 berpasangan
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang
seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:

   1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
   2. Polar tidak percaya.

Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan
yang berikut amat perlu digunakan:

       Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.

[sunting] Ayat pancangan

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa
(ayat kecil), umpamanya:

       Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
       Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
       Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar
       berbanding dengan tentera Jepun.

Kategori:

       Tatabahasa bahasa Melayu

       Log masuk / buka akaun

       Rencana
       Perbincangan

       Baca
       Sunting
       Lihat sejarah



       Laman Utama
       Tinjau
       Hal semasa
       Rencana rawak

Perhubungan

       Tentang Wikipedia
       Portal masyarakat
       Perubahan terkini
       Hubungi kami
       Menderma
       Bantuan
       Kedai Kopi
Cetak/eksport

Alatan

         Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:20, 27 Oktober 2011.
         Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa;
         terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk
         butiran lanjut.

Contenu connexe

Tendances

Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Mok Ming yan
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohHarerra Pink
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolikDinesh Dinesh
 

Tendances (20)

Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
 
Bentuk Kata
Bentuk KataBentuk Kata
Bentuk Kata
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 

En vedette

Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)azam_hazel
 
Substitution and Ellipsis
Substitution and EllipsisSubstitution and Ellipsis
Substitution and EllipsisIvan Conte
 
Buku program peka sains
Buku program peka sainsBuku program peka sains
Buku program peka sainsbaiban
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonhasila300978
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Anparasu
 

En vedette (8)

Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
Substitution and Ellipsis
Substitution and EllipsisSubstitution and Ellipsis
Substitution and Ellipsis
 
Ellipsis in english
Ellipsis in englishEllipsis in english
Ellipsis in english
 
Buku program peka sains
Buku program peka sainsBuku program peka sains
Buku program peka sains
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
Substitution and ellipsis
Substitution and ellipsisSubstitution and ellipsis
Substitution and ellipsis
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014
 

Similaire à Memahami ayat aktif dan ayat pasif

BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )Nazira M
 
MATERI KALIMAT AKTIF PASIF.ppt
MATERI KALIMAT AKTIF PASIF.pptMATERI KALIMAT AKTIF PASIF.ppt
MATERI KALIMAT AKTIF PASIF.pptLiuDenpasarMoon
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal firo HAR
 
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksisShah Raider
 
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptxTAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptxNormiMohdDali
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranipgkbm
 
Kalimat aktif-langsung
Kalimat aktif-langsungKalimat aktif-langsung
Kalimat aktif-langsungKholid Hamdun
 
Bab 3 Sintaksis (1)
Bab 3 Sintaksis (1)Bab 3 Sintaksis (1)
Bab 3 Sintaksis (1)wanarizwan
 
Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02Syazwan Ewan
 
dokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptx
dokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptxdokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptx
dokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptxSmilingGyu
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
SintaksisIPG
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iifiro HAR
 
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsungKalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsungstikesby kebidanan
 
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsungKalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsungstikesby kebidanan
 

Similaire à Memahami ayat aktif dan ayat pasif (20)

tatabahasa__imbuhan_.pptx
tatabahasa__imbuhan_.pptxtatabahasa__imbuhan_.pptx
tatabahasa__imbuhan_.pptx
 
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
 
MATERI KALIMAT AKTIF PASIF.ppt
MATERI KALIMAT AKTIF PASIF.pptMATERI KALIMAT AKTIF PASIF.ppt
MATERI KALIMAT AKTIF PASIF.ppt
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
 
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksis
 
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptxTAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
Bm sem 6
Bm sem 6Bm sem 6
Bm sem 6
 
Kalimat aktif-langsung
Kalimat aktif-langsungKalimat aktif-langsung
Kalimat aktif-langsung
 
Bahasa Indonesia
Bahasa IndonesiaBahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
 
Bab 3 Sintaksis (1)
Bab 3 Sintaksis (1)Bab 3 Sintaksis (1)
Bab 3 Sintaksis (1)
 
Ayat pasif dan aktif
Ayat pasif dan aktifAyat pasif dan aktif
Ayat pasif dan aktif
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
 
dokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptx
dokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptxdokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptx
dokumen.tips_passive-voice-ppt-55c09a3178489.pptx
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
 
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsungKalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
 
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsungKalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
Kalimat aktifpasif-kalimat-langsung-taklangsung
 

Memahami ayat aktif dan ayat pasif

  • 1. Memahami Ayat Aktif dan Ayat Pasif Jun 16, 2007 — mindabahasa Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan. Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-…. Contoh ayat aktif: a) Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-…, teR- … beR-…, ke-…-an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua. Contoh ayat pasif: a) Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix. b) Anak anjing Marsha dikejar oleh kucing jantan Mawi. c) Anak anjing Cheong terkejar oleh saya tadi. d) Kucing jantan Ina terkejar adik saya. e) Baju sekolah saya sudah berbasuh. f) Baju itu belum bergosok. g) Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam. h) Anak kucing jiran saya kelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong. i) Perompak yang merompak kedai emas itu sudah kena tangkap. j) Beberapa ekor kera liar yang memasuki rumah saya sudah kena tembak. KATA KERJA TRANSITIF TANPA IMBUHAN Biasanya, semua kata kerja transitif aktif menerima awalan meN-… kecuali kata makan dan minum.
  • 2. Contoh ayat daripada kata makan dan minum: a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang. b) Kanak-kanak itu sudah minum air mineral yang diberikan kepada mereka. KATA KERJA BERAWALAN MEN-… TANPA OBJEK (KATA KERJA TAK TRANSITIF) Kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif transitif yang mengutamakan subjek ayat sebagai judul. Objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa komplemen. Namun begitu, terdapat juga ayat transitif aktif yang tidak mempunyai objek kerana objek kata kerja transitif aktif dalam ayat itu digugurkan.Kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu adalah untuk membezakan kata kerja transitif aktif daripada kata kerja tak transitif yang berawalan meN-…. Hal ini mudah difahami kerana ayat mempunyai kata kerja transitif aktif dapat dipasifkan, tetapi ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan. Contoh kata kerja tak transitif yang berawalan meN-… dalam ayat: a) Syarini akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak. b) Budak-budak itu berlari sambil menyanyi di padang sekolah. c) Padi di sawah nenek sudah menguning. Walaupun dikatakan semua kata kerja transitif aktif mesti menerima objek, terdapat banyak juga kata kerja transitif aktif yang tidak diikuti oleh objek kerana objek kata kerja transitif aktif itu digugurkan (berlaku proses pengguguran objek dalam ayat).Namun begitu, ayat berkenaan masih juga gramatis. Contoh ayat transitif aktif yang objeknya boleh digugurkan: a) Bapa saya sedang mengarang di dalam biliknya. (objek yang digugurkan: buku, cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) b) Emak memasak di dapur. (objek yang digugurkan: gulai, dalca, nasi, dan sebagainya) c) Adik sedang melukis. (objek yang digugurkan: gambar kucing, gambarajah, graf, dan sebagainya) d) Saya telah memancing. (objek yang digugurkan: ikan di dalam kolam itu) e) Mereka sudah makan pagi tadi. (objek yang digugurkan: nasi lemak, roti canai, dan sebagainya) Ayat aktif transitif di atas tidak dapat dipasifkan sekiranya objek selepas kata kerja transitif aktif tidak dinyatakan.
  • 3. Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikan subjek dalam ayat pasif. Oleh itu, sekiranya ayat-ayat di atas hendak dipasifkan, maka objek dalam ayat itu perlu dinyatakan dan tidak boleh digugurkan. Contoh ayat pasif daripada ayat aktif transitif di atas: a) Buku (cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) sedang dikarang oleh bapa saya di dalam biliknya. b) Gulai (dalca, nasi, dan sebagainya) dimasak oleh emak di dapur. c) Gambar kucing (gambar rajah, graf, dan sebagainya) sedang dilukis oleh adik. d) Ikan di dalam kolam itu telah saya pancing. e) Nasi lemak (roti canai, pisang, dan sebagainya) sudah dimakan oleh mereka pada pagi tadi. Selain itu, terdapat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang menerima awalan teR- ….Banyak pengguna bahasa Melayu kurang sedar bahawa terdapat sebilangan kata kerja yang menerima awalan teR-… terdiri daripada kata kerja transitif aktif kerana kata kerja itu mesti diikuti oleh objek dan kata kerja transitif aktif yang mengekalkan awalan teR-… apabila dipasifkan.Contoh ayat aktif transitif dengan kata kerja transitif aktif yang berawalan teR-.. : a) Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang. b) Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat. c) Anak kecil saya termakan masakan yang pedas. d) Adakah kamu terbaca buku yang tebal itu? e) Ibu terhidang lauk yang basi kepada tetamu. Semua ayat di atas dapat dipasifkan apabila kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan teR-… itu dijadikan judul dalam ayat pasif. Walaupun bentuk kata kerja transitif aktif itu tidak berubah dan dikekalkan, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan dalam ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-…. termasuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.Ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-… daripada bentuk ayat aktif transitif di atas ialah: a) Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang. b) Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang. c) Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil saya. d) Adakah buku yang tebal itu terbaca oleh kamu? e) Lauk yang basi terhidang oleh ibu kepada tetamu. Selain itu, terdapat sebilangan kata kerja transitif aktif yang menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek:
  • 4. a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin. b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai. c) Syamsyul mengirimi ibunya wang pada setiap bulan. d) Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. Sekiranya ayat-ayat aktif transitif dengan dua objek di atas hendak dipasifkan, maka objek tepat hendaklah dijadikan subjek dalam ayat pasif. Hal ini dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah: a) Ketika di Madinah, Syarini saya belikan sebentuk cincin. b) Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu. c) Ibunya dikirimi wang oleh Syamsyul pada setiap bulan. d) Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.
  • 5. Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: 1. Ayat penyata: o Ayat transitif dan ayat intransitif o Ayat aktif dan ayat pasif o Ayat sungsang o Ayat nafi o Ayat inti dan ayat gabungan 2. Ayat perintah 3. Ayat tanya 4. Ayat seru Isi kandungan [sorokkan] 1 Ayat aktif 2 Ayat pasif 3 Ayat perintah 4 Ayat nafi o 4.1 Penggunaan dengan frasa nama o 4.2 Penggunaan dengan frasa sendi o 4.3 Kesalahan yang biasa berlaku 5 Ayat tanya o 5.1 Cara-cara untuk membentuk ayat tanya  5.1.1 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata  5.1.2 2. Menggunakan partikel "kah"  5.1.3 3. Menggunakan pelbagai kata o 5.2 Kesalahan yang biasa berlaku 6 Ayat songsang 7 Ayat inti 8 Ayat gabungan o 8.1 Ayat pancangan [sunting] Ayat aktif Ayat aktif dengan kata kerja transitif Ayat aktif dengan kata kerja pasif
  • 6. [sunting] Ayat pasif Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu) Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia". [sunting] Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Contoh penggunaan Perintah Berdiri di atas kerusi itu. Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul. Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Permintaan Tolong angkat baju itu. Ajakan Mengucaplah banyak-banyak. Silaan Sila jamu selera. Doa Syukurlah kamu sudah kembali. Harap-harap hari tidak hujan. Harapan Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan. Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah: Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
  • 7. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan. [sunting] Ayat nafi Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor. Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya: Ayat biasa Ayat nafi Cadangannya harus diketepikan. Cadangannya tidak perlu kita pedulikan. Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang. Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: 1. Bukankah orang itu guru kamu? 2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? 3. Anda sudah faham, bukan? [sunting] Penggunaan dengan frasa nama Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya: 1. Ini bukan kucing. 2. Malaysia bukan negara republik. 3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia. Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut: 1. Dia bukan bodoh, tetapi malas. 2. Dia bukan belajar, tetapi bermain. Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
  • 8. 1. Dia tidak bodoh, tetapi malas. 2. Dia tidak belajar, tetapi bermain. Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas. [sunting] Penggunaan dengan frasa sendi Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: 1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. 2. Saya bukan dari sektor kerajaan. 3. Malaysia bukan di benua Afrika. 4. Buku ini bukan untuk anda. Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak". [sunting] Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak". [sunting] Ayat tanya Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: [sunting] Cara-cara untuk membentuk ayat tanya [sunting] 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita? Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat. [sunting] 2. Menggunakan partikel "kah"
  • 9. Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu? Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu? Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka? Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna. [sunting] 3. Menggunakan pelbagai kata Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa. Ayat tanya Kata Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Ada Tiada Adakah cara saya ini betul? Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi? Bagaimana cara untuk Bagaimanakah cara untuk Bagaimana mendaftar diri? mendaftar diri? Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang? Mengapa kamu datang Mengapakah kamu datang Mengapa lambat hari ini?. lambat hari ini?. Mana Mana ibu? Manakah ibu? Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu? Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan. [sunting] Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya: Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah? Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake?
  • 10. Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake? "Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat. [sunting] Ayat songsang Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan. Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri. Ayat inti Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu. Ayat Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu? tanya Kamu belum makan? Belum makankah kamu? Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu. Ayat pasif Saya ketinggalan bas pada hari Ketinggalan bas saya pada hari itu. itu. Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu. [sunting] Ayat inti Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu) Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
  • 11. [sunting] Ayat gabungan Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: 1. Ayat dengan ayat 2. Subjek dengan subjek 3. Predikat dengan predikat 4. Adverba dengan adverba 5. Objek dengan objek. 6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan. Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan Abu amat rajin bekerja. Abu amat rajin bekerja dan Ayat dengan ayat Majikan menaikkan majikan menaikkan gajinya. gajinya. Ali suka makan manggis. Ali dan Ahmad suka makan Subjek dengan subjek Ahmad suka makan manggis. manggis. Mereka menghadiri Mereka menghadiri ceramah ceramah itu. Predikat dengan itu kerana mereka Mereka menganggap predikat menganggap ceramah itu ceramah itu sangat sangat berfaedah. berfaedah. Saya akan menghabiskan kerja Adverba dengan itu besok. Saya akan menghabiskan adverba Jika tidak jadi, saya kerja itu besok atau lusa. akan menghabiskan kerja itu lusa. Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli sayur dan ikan di Objek dengan objek Ibu membeli ikan di pasar. pasar. Ayat gabungan Sedangkan dia tidak dapat dengan kata - memasuki kolej itu, apatah penghubung yang lagi saya. berpasangan
  • 12. Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: 1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. 2. Polar tidak percaya. Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya. [sunting] Ayat pancangan Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya: Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun. Kategori: Tatabahasa bahasa Melayu Log masuk / buka akaun Rencana Perbincangan Baca Sunting Lihat sejarah Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi
  • 13. Cetak/eksport Alatan Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:20, 27 Oktober 2011. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.