SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  24
IBADAH SOLAT DALAM PERUBATAN

   1) DEFINISI PERUBATAN ISLAM

   Perubatan Islam sering ditakrifkan dengan pelbagai tafsiran yang tersendiri. Ramai
pengamal perubatan yang mendakwa apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam
yang sebenar iaitu perubatan yang berteraskan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah
tanpa memberikan definisi sebenar perubatan Islam itu sendiri. Menurut Profesor
Husain, sarjana perubatan Muslim, kekeliruan ini berpunca daripada kecenderungan
sesetengah pihak mentafsirkan perubatan Islam hanya berdasarkan aspek tertentu sahaja
seperti aspek sejarah, budaya, agama, geo-politik, terapeutik dan sebagainya. Hasilnya,
ia memberi makna yang berbeza-beza pada sistem perubatan Islam itu sendiri.

1.1ETIKA PERUBATAN ISLAM

       Dalam sistem perubatan Barat, etika adalah perkara yang terpisah daripada
sistem perubatan itu sendiri.Sebagai contoh, mereka boleh menjadi doktor yang baik dan
beretika ketika mengendalikan pesakit tetapi mungkin tidak mempunyai akhlak yang
baik. Mereka mungkin doktor yang baik tetapi dalam masa yang sama meminum arak,
mengamalkan seks bebas ataupun homoseksual. Nilai akhlak dan etika kerja adalah dua
perkara yang berbeza.Perawat perlu mempunyai etika sebagai panduan semasa merawat
pesakit. Ini bagi memastikan mereka merawat pesakit dalam keadaan beretika.

       Dalam pandangan Islam, akhlak dan tingkah laku doktor semasa merawat
ataupun tidak merawat pesakit perlu sama. Syariat Islam tidak membezakan di antara
perlakuan peribadi dengan tugas merawat pesakit.Ini kerana matlamat akhir kedua-
duanya adalah mendapatkan keredhaan Tuhan. Oleh sebab itu, sekiranya meneliti buku-
buku perubatan yang dihasilkan sarjana Islam dahulu seperti Ibnu Sina dan sebagainya
tidak wujud bab khusus yang membincangkan etika perubatan Islam. Muslim yang
menjadi doktor perlu mempunyai akhlak yang benar dalam mencapai tujuan syariah itu
sendiri dan sebahagiannya adalah menjaga diri, nyawa dan keturunan.



                                                                                     1
Empat teras utama dalam etika perubatan Islam.Ia selari dengan etika perubatan moden
iaitu;

    1.    Menghormati pesakit dan hak-hak mereka.
    2.    Memastikan ia memberi syafaat. (Beneficence)
    3.    Tidak mendatangkan kemudharatan. (Non maleficense)
    4.    Memberikan keadilah kepada mereka.

    Keempat-empat perkara ini adalah perkara asas yang menjadi teras dalam
melaksanakan tanggungjawab merawat pesakit.




1.2MENGHORMATI DAN MENJAGA HAK-HAK PESAKIT




         Semasa perawat menjalankan rawatan, hak-hak pesakit perlu sentiasa dipelihara
dan dihormati. Mereka perlu dilayan dengan penuh kehormatan          sehingga mereka
meninggal dunia. Hak-hak mereka bagi mendapat rawatan yang terbaik dan bersesuaian
perlu diberi dengan tulus tanpa mengira latar belakang agama, keturunan ataupun status
sosial mereka.Kehormatan dan harga diri mereka berhak mendapat rawatan terbaik dan
mesti mendapat maklumat yang benar serta adil bagi membuat keputusan.

         Bagi pesakit yang beragama Islam, mereka perlu diberikan hak menjalani
kehidupan sebagai Muslim.Hak-hak beragama mereka perlu sentiasa dihormati dan
dipelihara.




                                                                                    2
2) KONSEP RUKHSAH DALAM IBADAH


                Rukhsah adalah kelonggaran hukum syarak yang diberikan kepada umat
         Islam dalam menunaikan ibadah disebabkan adanya darurat.Manusia dijadikan
         bersifat lemah dan sentiasa berhadapan dengan ujian hidup.Allah mensyariatkan
         rukhsah sebagai hadiah buat hamba-hamba-Nya.Rukhsah juga toleransi daripada
         pencipta kepada yang dicipta.

2.1 MAKSUD RUKHSAH

Rukhsah secara literal ialah memudahkan ataupun menyenangkan.Dari sudut istilah
pula, berlaku perubahan hukum kepada perbuatan asal.Ini kerana adanya keuzuran yang
khusus. Contoh hukum wajib menjadi harus :

    1.    Hukum asal untuk wanita yang berakal dan baligh adalah menutup aurat
          seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan apabila berhadapan dengan bukan
          muhrim. Namun apabila sakit dan tiada doktor perempuan yang boleh
          merawatnya, maka diharuskan membuka aurat pada bahagian yang mahu
          dirawatnya sahaja di hadapan doktor lelaki.
    2.    Hukum asal untuk setiap mukalaf adalah berwuduk menggunakan air
          bersih.Namun ketika sakit menghalangnya mengunakan air, diharuskan
          menggunakan debu tanah bagi bertayamum.
    2.2 Dalil al-Quran yang menunjukkan adanya konsep rukhsah dalam Islam.


         1. Maksudnya: “ Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
            menghendaki kamu menanggung kesukaran”.1
         2. Maksudnya: “ Allah tidak memberati manusia melainkan apa yang terdaya
            olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga
            menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya”.2




1
Al-Quran.Al-Baqarah. 185:2.
2
Al-Quran.Al-Baqarah. 286:2.

                                                                                    3
2.3 ISU DAN PERMASALAHAN

2.3.1   ISU DAN PERMASALAHAN (1)




Isu: Perlukah besuci(wudhu’) bagi pesakit?

Hukum: Perlu tetapi gugur kewajipan pada bahagian yang tidak mampu sahaja.

Dalil: “ Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang suci…”3

        Pada asalnya,seorang mukalaf4 wajib mengambil wuduk menggunakan air yang
bersih sebelum melakukan solat.Namun kadang-kadang terdapat penyakit atau keadaan
yang menghalang pesakit menggunakan air bagi berwuduk.Apabila ketika wujud
keadaan ini, Islam memberi beberapa jalan keluar bagi bersuci dengan sempurna seperti
menyapu di atas pembalut dan bertayamum. Ternyata apabila Allah mewajibkan solat
kepada hamba-Nya, Allah juga memberi beberapa alternatif yang fleksibel berdasarkan
keadaan individu yang akan menunaikan solat. Syariat ini menunjukkan Allah itu maha
pengasih dan bertolak ansur kepada hamba-Nya.

        Pada asalnya pesakit wajib bersuci dengan sempurna menggunakan air sekiranya
mampu berbuat begitu sama ada melakukan sendiri atau bantuan orang lain.Sekiranya
penggunaan          air   menambahkan          lagi     penyakit   atau   membatalkan
penyembuhan,berpindahlah ke kaedah tayamum.Jika tidak mampu juga menggunakan
air atau tanah,solatlah mengikut kaedah dan kemampuan tanpa perlu menggantikan
semula solat itu.




3
Al-Quran.An-Nisa’. 4:43.
4
Seorang yang diberati hukum-hukum dan perintah agama Islam.

                                                                                    4
Menyapu di atas Al-Jabirah dan Al-‘Ishabah

       Al-Jabirah ialah benda yang diletakkan di atas tulang yang patah supaya ia dapat
bersambung kembali. Istilah perubatan moden menyebut sebagai tampalan, balutan
ataupun penggunaan plaster Paris5 ataupun bahan yang seumpama dengannya.

       Al-„Ishabah adalah kain ataupun seumpamanya yang digunakan bagi membalut
luka.Benda ini juga mungkin ditampalkan dengan kuat supaya luka boleh sembuh.Ia
disebut pembalut ataupun pembebat.

Hujah syarak yang membolehkan menyapu di atas pembalut.

Dalil sunnah

Jabir melaporkan dengan berkata: “kami telah keluar bermusafir. Tiba-tiba salah
seorang lelaki yang bersama kami tertimpa batu lalu kepalanya luka.Kemudian dia
bermimpi basah (ketika tidur). Lalu dia bertanya kepada kawan-kawan, “Adakah kamu
berpendapat terdapat rukhsah untuk aku bertayamum?”. Kawan-kawannya menjawab,”
Kami dapati tiada keringanan untuk kamu bertayamum disebabkan           kamu mampu
memperoleh air.” Lalu lelaki itu mandi dan kemudian mati (akibat mandi).Ketika kami
sampai kepada Rasulullah dan menceritakan hal itu, berkatalah nabi, “Mereka
membunuhnya, semoga Allah memerangi mereka.Mengapa mereka tidak bertanya
apabila tidak tahu?Sesungguhnya ubat kebodohan itu adlah bertanya.Memadai untuknya
bertayamum, membalut dengan kemas lukanya menggunakan kain dan menyapu ke
atasnya serta mandi pada seluruh tubuhnya.”6

       Hadis di atas menunjukkan orang itu boleh meletakkan kain pembalut di atas
luka dan mengusap ke atasnya apabila mahu bersuci.Secara logik akal, menjadi
keperluan     menyapu       pembalut      memandangkan    membukanya    memudaratkan
pesakit.Kesusahan kerana membuka balutan adalah lebih besar daripada kesusahan



5
Sejenis simen menjadi pengeras bagi anggota yang patah.
6
Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Baihaqi.

                                                                                     5
membuka khuf.Keperluan menyapu di atas balutan adalah lebih penting daripada
keperluan menyapu khuf.

Kadar air yang perlu disapu ke atas jabirah.

       Sekiranya pesakit berbalut anggota wuduk disebabkan patah ataupun luka,
majoriti ulama menyatakan pesakit hanya perlu menyapu air di atas balutan serta tidak
perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan.Dia juga tidak perlu membuka
balutannya.

       Majoriti fuqaha’ daripada mazhab Syafii‟, Maliki dan Hambali berpendapat
wajib menyapu keseluruhan pembalut menggunakan air setakat yang boleh. Ini sebagai
ganti menyapu anggota yang sakit di bawahnya.Apa lagi ini tidak memudaratkan.

Pembalut ataupun tampalan dibuka selepas luka sembuh

       Selepas mengambil wuduk ataupun mandi dengan menyapu di atas balutan tetapi
kemudiannya balutan tertanggal ataupun luka sembuh sebelum habis waktu solat, maka
pesakit tidak perlu mengulangi wuduk ataupun mandinya. Ia dikira sah disisi syarak.

       Menurut mazhab Hanafi dan Maliki, pesakit tidak perlu mengulangi solat yang
dilakukannya apabila dia sembuh. Mereka tidak mensyaratkan bersuci terlebih dahulu
sebelum meletakkan pembalut. Alasan mereka, ulama sepakat menyatakan harus solat
selepas bersuci dengan kaedah itu. Apabila sah solatnya, maka solat tidak perlu diulangi.
Inilah pendapat yang paling kuat. Pesakit juga dikira masih suci selagi mana tidak
berlaku perkara yang membatalkan penyuciannya tadi.

       Rukhsah yang dibenarkan bertujuan mengharuskan perbuatan semasa adanya
darurat. Perbuatan yang dilakukan kerana melakukan rukhsah itu dikira sah selama
mana adanya darurat. Apabila hilangnya darurat, orang itu perlu kembali ke hukum asal
tanpa mengulangi ibadah yang dilakukan atas dasar rukhsah.




                                                                                       6
Dalil : Maksudnya : „Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kesusahan
(kepayahan) tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur‟.7




2.3.2 ISU DAN PERMASALAHAN (2)

Isu:Bagaimana rukhsah solat bagi perawat yang terlibat dengan pembedahan ?

Hukum : Semua Muslim wajib menunaikan lima solat fardhu dalam waktunya termasuk
perawat. Tetapi, terdapat tiga keadaan utama yang perlu diberi perhatian oleh perawat
yang terlibat dengan kes pembedahan;

SITUASI PERTAMA: AL-AZIMAH8

       Pada asalnya, doktor wajib memilih masa pembedahan yang panjang dalam
waktu solat yang panjang juga seperti selepas solat subuh dan solat isyak. Doktor tidak
boleh dengan sengaja menentukan masa pembedahan dalam waktu solat yang pendek
tempohnya sehingga perawat akan terlepas solat pada waktunya.

       Menurut kebiasaannya, proses perubahan melibatkan ramai kakitangan. Apabila
semua ataupun majoriti mereka adalah muslim, maka doktor lebih bertanggungjawab
memastikan setiap Muslim di bawah pengawasannya dapat menunaikan solat dalam
waktunya. Ini turut melibatkan solat pesakit apabila pesakit itu muslim.

SITUASI KEDUA : RUKHSAH BAGI PERAWAT

       Adakalanya wujud keadaan perancangan pembedahan itu di luar bidang kuasa
doktor itu sendiri. Apabila bertembung waktu solat dan waktu pembedahan,maka hukum
menunaikan solat untuk mereka yang terlibat adalah seperti berikut:




7
Al-Quran.Al-Maidah. 6:5.
8
Hukum asal yang diperintahkan oleh Allah keatas semua mukallaf.

                                                                                     7
1.    Sekiranya pembedahan berlaku pada waktu solat yang boleh dijamakkan seperti
           zuhur dengan asar dan maghrib dengan isyak, maka harus untuk perawat
           menunaikan solat jamak.9
     2.    Sekiranya doktor mengetahui dari awal jangka masa pembedahan melibatkan
           dua waktu, maka hendaklah ditunaikan jamak takdim. Solat tidak boleh
           dilewatkan sehingga habis waktunya. Ini berlaku untuk pembedahan pada
           waktu zuhur, asar dan maghrib, isyak.
     3.    Sekiranya waktu pembedahan berlanjutan dari petang ke waktu maghrib dan
           isyak, maka doktor atau perawat yang lain harus melakukan jamak takhir bagi
           solat maghrib dan isyak.

Dalil: Ibnu Abbas berkata: “ Nabi Muhammad pernah menjamakkan antara zuhur dan
asar serta antara maghrib dan isyak di Madinah bukan sebab musafir dan hujan. Ibnu
Abbas ditanya,“Mengapa Nabi Muhammad melakukannya?”Dia berkata,“ baginda
mahu memberi kelapangan kepada ummatnya.”10

SITUASI KETIGA: RUKHSAH UNTUK PERAWAT

          Kadangkala wujud juga keadaan yang memerlukan doktor melakukan
pembedahan secara tiba-tiba. Ini tidak dapat ditangguhkan kerana kepentingan
menyelamatkan nyawa ataupun organ pesakit.Keadaan seperti ini adalah situasi di luar
dugaan doktor itu sendiri.

          Contohnya pembedahan untuk kes pendarahan dalam perut akibat kemalangan
bermula pada 5.30 pagi dan dijangka selesai pada 7.30 pagi iaitu selepas habis waktu
solat subuh. Apabila bertembung keadaan seperti ini, maka hukumnya :

             Doktor perlu menyegerakan pembedahan dan tidak boleh melewatkannya
             meskipun dia terlepas beberapa waktu solat. Solat yang tinggal perlu diganti
             menurut tertib waktu yang ditinggalkan. Ini kerana kepentingan menjaga
             nyawa dan anggota badan pesakit lebih penting daripada menunaikan solat
             pada waktunya.

9
Menghimpunkan dua solat fadhu dalam satu waktu.
10
 Sohih Muslim

                                                                                       8
Dalam kes di atas, terdapat     beberapa kaedah feqah yang menjadi panduan dalam
menentukan hukum menunaikan solat:




Kaedah pertama:

Apabila bertembung dua kepentingan, maka hendaklah didahulukan yang lebih besar
serta meluputkan kepentingan yang lebih kecil.

Dalam kes di atas, nyawa dan anggota badan termasuk dalam lima kepentingan utama
yang diiktiraf syarak dan wajib dijaga.

Kaedah kedua:

Apabila bertembung dua kesan negatif ataupun mudarat, maka hendaklah didahulukan
menyelamatkan kes yang mudaratnya lebih besar dengan melaksanakan amalan yang
lebih kecil mudaratnya.

Syarak tidak membenarkan manusia membinasakan dirinya sendiri.Manakala tidak
menunaikan solat pada waktunya juga satu keburukan namun mudaratnya lebih kecil
dibandingkan keperluan menyelamatkan nyawa manusia.

Kaedah ketiga:

Menolak kerosakan lebih utama daripada mengamalkan perkara yang mendatangkan
kebaikan.

Melakukan pembedahan segera dapat mengawal mudarat pada pesakit.Manakala
menunaikan solat dalam waktunya mendatangkan kebaikan.Apabila bertembung antara
menolak mudarat dan menghasilkan kebaikan, maka hendaklah mengutamakan menolak
mudarat.

Kaedah keempat:

Mendahulukan perkara yang akan terhapus tanpa ada ganti adalah lebih utama
daripada mendahulukan perkara yang terhapus tetapi ada gantian.


                                                                               9
Nyawa manusia yang hilang tiada gantinya.Sedangkan solat yang ditinggalkan kerana
ada keuzuran masih punya waktu bagi menggantinya.Terdapat dua perkara penting,
salah satunya terhapus dan tiada ganti.Seperkara lagi luput tetapi boleh diganti.

Perlu diingat, solat hanya boleh dijamak sahaja dan tidak boleh dipendekkan daripada
empat rakaat kepada dua rakaat.

2.3.3       ISU DAN PERMASALAHAN (3)

Isu: Adakah wajib solat bagi pesakit?

Hukum: Wajib ke atasnya menunaikan solat dalam keadaan berdiri,duduk,berbaring,
isyarat mata mengikut kemampuan.

Harus juga mengumpulkan dua solat (jamak) apabila mengalami sakit teruk.

Dalil: „Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam
keadaan        duduk    dan   jika   tidak   mampu   juga,   hendaklah   dalam      keaadaan
berbaring.‟11




Contoh situasi pesakit yang dibenarkan solat jamak :

               Pesakit yang berasa sukar untuk bangun membersihkan diri serta bersuci
               setiap kali masuk waktu solat.
               Pesakit yang bimbang tidak sedarkan diri sebelum masuk waktu solat
               berikutnya.
               Pesakit yang mengetahui akan dibedah dalam tempoh dua waktu solat yang
               dibolehkan jamak, maka hendaklah ditunaikan sola jamak taqdim. Solat tidak
               boleh dilewatkan sehingga habis waktunya. Ini berlaku untuk pembedahan
               pada waktu zuhur dan asar.
               Sekiranya waktu pembedahan berlanjutan hingga maghrib dan isyak, pesakit
               diharuskan melakukan solat jamak takhir untuk waktu solat tersebut.


11
     Riwayat Bukhari.

                                                                                          10
Pesakit yang tidak mampu membersihkan diri dan bersuci. Dia terpaksa
              dibantu oleh orang lain seperti pesakit angin ahmar.




FirmanAllah;

Maksudnya: “ Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar?Mereka
menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.”12



BATAS AURAT

         3)      DARURIYYAT, HAJIYYAT, DAN TAHSINIYYAT

     Daruriyyat ialah keperluan yang paling penting kepada setiap manusia.Keperluan
jenis daruriyyat bertujuan menghindarkan kemudharatan kepada agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta benda.Lima kepentingan ini dianggap sebagai keperluan asasi yang
diperlukan setiap manusia dalam kehidupan mereka.Apabila wujud keperluan ini,
diharuskan perkara yang dilarang.Ini dikenali sebagai rukhsah.

     Hajiyyat ialah keperluan yang dapat menghindarkan kesulitan yang dihadapi dalam
kehidupan sekalipun tidak mengancam keselamatan lima perkara penting. Keperluan
jenis ini juga mengharuskan apa yang dilarang. Maksud kaedah ini, kemudahan-
kemudahan syarak yang dikecualikan tidaklah terbatas dalam keadaan darurat
sahaja.Hajat sekiranya tidak dipenuhi menimbulkan kesulitan dan kesukaran.Darurat
pula apabila tidak dipenuhi boleh membawa kepada kebinasaan.

     Contoh keperluan hajiyyat :


12
 Al-Quran.Al-Mudassir. 42&43:73

                                                                                 11
1. Harus melihat kemaluan orang lainuntuk tujuan pembedahan ataupun berkhatan.
      2. Harus melakukan pembedahan merenggangkan jari-jemari yang melekat di
         antara satu sama lain.
      3. Harus menubuhkan bank darah dan bank tisu sekiranya ada keperluan berbuat
         begitu.




      Tahsiniyyat keperluan yang hanya menambah keselesaan, bukannya menghindarkan
kesukaran. Tanpa keperluan ini, manusia boleh menjalani kehidupan secara normal.
Keperluan jenis ini tidak mengharuskan apa yang dilarang.

      Contoh keperluan ini adalah memandulkan wanita kerana hendak menjaga
kecantikannya, merancang keluarga kerana bimbang taraf hidup anak pada masa akan
datang ataupun kerana mengikut peredaran zaman.

3.1      ISU DAN PERMASALAHAN

Isu :    Bolehkah doktor lelaki merawat pesakit wanita ataupun sebaliknya dan orang
bukan Islam?

3.2      Hukum lelaki merawat wanita :

         Hukum asalnya tidak boleh.Hanya dibolehkan doktor lelaki merawat pesakit
wanita dalam keadaan darurat iaitu tiadanya doktor perempuan.

         Dalil : “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh meraka
melainkan kepada suami meraka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka atau anak-anak tiri mereka”13

         Daripada Usamah Bin Zaid R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda : “Aku
tidak meninggalkan selepasku satu fitnah yang paling memudaratkan kaum lelaki selain
daripada kaum wanita.14

13
 Al-Quran.An-Nur. 24:31

                                                                                  12
Kaedah fiqh menyebut darurat ialah mengharuskan yang haram. Kaedah yang lain pula
menyebut, keadaan darurat itu mengikut kadarnya sahaja.15




3.3       Hukum wanita merawat lelaki :

      Imam Bukhari dalam sahihnya (Kitab pesakit, bab wanita merawat lelaki)16 telah
mengumpulkan beberapa hadis sahih yang menceritakan beberapa peristiwa pada zaman
Rasulullah S.A.W di mana wanita diharuskan merawat lelaki bukan muhrimnya.

      1. Diriwayatkan bahawa Umm Al-Darda‟ telah merawat seorang lelaki yang sakit,
         dan lelaki itu merupakan ahli masjid.
      2. Aisyah r.a berkata : Ketika Rasulullah S.A.W tiba di Madinah, Abu Bakar dan
         Bilal kurang sihat, kata Aisyah: aku masuk (merawat) kedua-duanya, aku
         bertanya: „Wahai ayahanda, bagaimana keadaanmu? Wahai Bilal, bagaimana
         keadaan dirimu?”
      3. Diriwayatkan juga bahawa Umm Mubassyir telah merawat Ka‟ab Bin Malik
         ketika ia sakit dan hampir wafat.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani berkata : Wanita diharuskan merawat lelaki walaupun ia
lelaki ajnabi (asing) dengan syarat aurat yang tertutup dan aman daripada fitnah.17

Dr Yusuf Al-Qardawi mencadangkan agar rawatan yang dilakukan itu biarlah dibuat
secara beramai-ramai, untuk menghindarkan subhat yang mungkin timbul.18

Syubhat yang mungkin timbul ialah khalwat. Walaupun begitu, khalwat tidak akan
terhasil melainkan di tempat yang tidak boleh dimasuki oleh orang ketiga. Walaupun


14
   Muttafaq alaih
15
   Rujuk (Al-Quran. Al-An’am. 6:119).
16
   Riwayat Bukhari.
17
  Sahih Bukhari bi Syarh al-Asqalani.(1/117-118).
18
  Fatawa Mu‘asarah.Yusuf al-Qardawi.Dar al-Wafa’. 1994. (2/279)

                                                                                      13
tempat awam seperti hospital atau pusat rawatan, yang mana doktor dan jururawat serta
orang ramai bebas keluar masuk, hukum khalwat tidak wujud.19




3.4      Hukum merawat pesakit bukan muhrim :

Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata : Tidak mengapa merawat pesakit bukan Islam,
kerana kadang-kadang ada maslahat mendekatkannya kepada Islam.20

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas r.a bahawa beliau berkata :
Seorang kanak-kanak yahudi datang kepadanya dan merawatnya, baginda duduk di sisi
kepalanya lalu berkata : “Islamlah”, maka ia menoleh kepada bapanya yang berada si
sisinya. Bapanya berkata : “Taatilah kata-kata Abu Al-Qasim (gelaran Rasulullah),” lalu
ia memeluk Islam. Rasulullah s.a.w keluar sambil berkata :Pujian bagi Allah yang telah
menyelamatkannya daripada neraka.

SUMBER UBAT

4)      DEFINISI UBAT

Ubat ialah bahan bagi meringankan, merawat, menyembuh ataupun mencegah penyakit
manusia serta meningkatkan taraf kesihatanya.

        Ubat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan bentuk. Ubat bukan sahaja boleh
dimakan atau diminum seperti lazimnya, namun boleh juga digunakan pelbagai cara
seperti melalui dubur, faraj, suntikan, ditampal atas kulit, ditanam dibawah kulit, disapu
dan sebagainya.



19
 Bubus fi al-Fiqh al-Thibbi. Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah. Dar al-Aqsa. (62)
20
 Majmuk’ al-Fatawa. Ibn Taimiyah. (24/265)

                                                                                       14
4.1     DEFINISI UBAT YANG HALAL

Ubat-ubatan yang halal mesti menepati ciri-ciri berikut :

1. Tidak mengandungi bahan daripada haiwan yang dilarang syarak. 21Ini tidak kira dari
segi penggunaan,pemakanan ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak.

2. Tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

3. Tidak disediakan, diproses, dikilangkan ataupun disimpan dengan menggunakan apa-
apa alat yang tidak bebas daripada najis mengikut hukum syarak.

4. Bukan terdiri daripada bahan yang boleh mendatangkan kesan berbahaya yang
digunakan dengan sengaja.




4.2     SUMBER UBAT

       Sumber ubat boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok, iaitu sumber
manusia, haiwan, tumbuhan, tanah dan air.Sumber-sumber ini sering digunakan bagi
menghasilkan bahan-bahan yang dapat dimanfaatkan sebagai ubat. Namun begitu,
melalui teknologi moden pada masa ini, kebanyakan ubat menggunakan bahan
sintetik.22 Perubatan moden sekarang tidak terlepas daripada perbahasan berkaitan arak,
alkohol, gelatin dan dadah.

       4.3        GELATIN

       Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia . Dengan adanya
gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada pelbagai
produk dalam industri. Gelatin dihasilkan melalui proses hidrolisis sama ada daripada
kulit, tulang ataupun usus haiwan mamalia seperti babi, lembu atupun kerbau. Antara




21
 Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
22
 Bahan kimia/ bahan tiruan.

                                                                                    15
nama gelatin yang biasa digunakan pada label produk adalah gelatin, gelatin halal, bovin
gelatin,23 gum base, pengemulsi, penstabil dan E411.

        Menurut Prof.Abdul Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan
Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, (USM) menjelaskan terdapat dua
jenis gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia. Jenis itu adalah jenis A dan B.

     1. Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porcine ataupun tidak
        halal iaitu babi. Gelatin jenis ini diproses menggunakan asid dan boleh
        menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti.
     2. Gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali ataupun air kapur dan
        menggunakan sumber tulang, serta kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu,
        kambing dan kerbau.

4.3.1     HUKUM GELATIN

Sekiranya gelatin itu berasal daripada binatang dan bukan sayur-sayuran, maka
hukumnya tertakluk kepada kedudukan binatang itu. Apabila binatang itu binatang halal
yang disembelih mengikut cara sembelihan islam, maka gelatin itu adalah halal dan suci.
Apabila binatang itu bukan halal seperti khinzir, ataupun ia halal tetapi tidak disembelih
mengikut cara sembelihan islam, maka gelatin itu haram dan najis.

Fatwa berkaitanya diputuskan pada tahun 1982,

“Gelatin adalah bahan yang diperbuat daripada pelbagai jenis haiwan seperti babi,
lembu dan sebagainya. Oleh sebab bahan itu pada masa ini diperbuat di luar negeri dan
tidak diketahui sama ada daripada babi,bangkai binatang yang halal dan sebagainya,
maka kedudukanya diragui. Mengikut hukum syarak sekiranya perkara itu diragui sama
ada halal ataupun haram, ianya berada dalam perkara „syubhah‟24. Apabila benda itu
tergolong dalam perkara „syubhah‟, hukumnya adalah haram.”




23
 Diperoleh daripada kolagen lembu,terutamanya kulit dan tulang.
24
 Keraguan.

                                                                                       16
5)     UBAT DARI SUMBER YANG DIHARAMKAN –BABI

ISU DAN PERMASALAHAN

5.1 KENAPA BABI DIHARAMKAN?

Dalil : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan
bangkai,darah,dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka
sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianayaidan tidak melampaui batas, sesungguhnya
Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.25

       Al-Quran menggunakan istilah “Lahmul Khinzir” (daging babi) bererti telah
menyebut secara keseluruhan termasuk urat, otak ,darah, tulang dan lain-lain.




5.2     BAHAYA DAN PENYAKIT BERKAITAN BABI.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

“Sesungguhnya Allah dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi
dan berhala.”26

       Hadis ini mengharamkan jual beli babi.Di dalam perkataan babi itu termasuk
semua anggota badannya.Allah S.W.T. telah mengharamkan babi sejak zaman dahulu
lagi, namun hikmah pengharamanya baru sahaja disedari oleh para saintis.

       Menurut Dr. Ebrahim Kazim dalam tulisanya „Aspek Perubatan‟ makanan yang
diharamkan dalam islam menjelaskan : “Babi ialah binatang pemakan bangkai yang
memakan apa sahaja.Ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia,
khususnya jangkitan parasit”.



25
 Al-Quran.An-Nahl. 115:16.
26
 Riwayat Bukhari dan Muslim.

                                                                                17
Jumlah pesakit yang mengidap penyakit cacing pita yang tertinggi di dunia
adalah dikalangan penduduknya yang memakan daging babi.Cacing Trinchinella dan
cacing usus menyebabkan penyakit-penyakit lain yang berpunca daripada babi.

Antara penyakit berkaitan babi :

        Selsema Babi (H1N1)
        Diketahui disebabkan oleh virus influenza A jenis (H1N1,H1N2,H3N1& H2N3)


        Virus Nipah
        Dikenal pasti selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di
        ladang babi di Malaysia.




5.3         MENGAPA BABI DIGUNAKAN DALAM BIDANG PERUBATAN ?

        Babi dianggap model haiwan yang sesuai untuk kajian penyakit manusia kerana
persamaan dari segi anatomi dan fisiologi. Babi juga dikenal pasti sebagai model untuk
kebanyakan sistem tubuh yang lain kerana populasi yang tinggi dan mudah didapati.




Sturuktur anatomi27 dan fungsi fisiologi28 pelbagai organ seperti hati, pankreas dan
jantung menjadi tarikan untuk pemindahan organ secara xenografik.29

        Kajian perubatan yang meluas ke atas babi yang disifatkan mempunyai pelbagai
persamaan dengan manusia telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis ubat
seperti :


27
  Ilmu yang mempelajari bentuk dan struktur tubuh manusia.
28
  Ilmu yang mempelajari fungsi dari organ tubuh manusia.
29
  Pemindahan organ daripada haiwan kepada manusia.

                                                                                    18
 Heparin dan Heparin berat medukal rendah daripada selaput mukosa30 usus babi.
       Enzim insulindanPankreatin daripada penkreas babi.
       Gelatin yang diproses daripada tulang dan kulit babi.

5.4 KANDUNGAN UBAT YANG DICURIGAI (MASHBOOH).

Antara bahan-bahan ubat yang diragui status halalnya :

-Gelatin                                 -Stearate and Asid Stearik         - Gliserin
-Alkohol                             -Hondroltin sulfat                  - Enzim babi
-Heparin and heparin berat molekul rendah.




5.5       CONTOH UBAT DARIPADA SUMBER YANG MERAGUKAN

1) Jenama ubat : Benadryl For The Family Original Cough Syrup.31

Pengeluar : Mc.Neil, Australia.

Kegunaan : Melegakan batuk, bersin, dan hidung tersumbat yang disebabkan oleh
                  biasa atau alergi.

Kandungan yang meragukan : Label produk menyatakan produk tidak mengandungi
Alkohol tetapi mengandungi sumber babi dan lembu.Kemungkinan glycerin yang
digunakan diperoleh daripada sumber babi.

Pilihan alternatif : Banyak produk ubat batuk lain yang tidak mengandungi sumber
babi tetapi mengandungi bahan aktif yang sama iaitu Diphenhydramine.



30
 Lapisan tisu yang mengandungi kelenjar(lendir).
31
 Sejenis ubat batuk.

                                                                                   19
6)        KONSEP DARURAT DALAM PERUBATAN

Pengertian darurat dari firman Allah s.w.t:

-Ayat ini menjelaskan, makanan yang ada pada asalnya diharamkan menjadi halal dalam
keadaan terpaksa sekiranya diambil tanpa melampaui batas.32




6.1       SYARAT-SYARAT DARURAT

yang telah ditetapkan oleh Ulama‟ dan diguna pakai oleh Maklis Fatwa Kebangsaan
Malaysia :

       Darurat itu benar berlaku,bukan sesuatu yang tidak pasti. Telah berlaku atau
         wujud satu keadaan dimana kemusnahan atau kemudaratan pada 5 perkara asas
         (Agama, nyawa, akal, ketutunan, harta) atau kemusnahan akan berlaku secara
         pasti atau berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman atau
         pengetahuan.
       Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.
       Pada     waktu      pengubatan,pengambilan   yang      haram   itu   hendaklah
         disyorkan,dipastikan yang diperakui oleh seorang doktor atau pengamal
         perubatan muslim yang adalah diyakini amalan dan pegangan agamanya,serta
         mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.
       Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa kewujudan benda-benda halal
         yang tidak dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit.




6.2       Dalil : Islam mengharamkan penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk
mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. bersabda :




32
 Al-quran.Al-Maidah. 3:5.

                                                                                    20
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar dan Dia telah
menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan
janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara yang haram).

       Dalam keadaan tiada ubat lain yang boleh digunakan untuk mengubati sesuatu
penyakit, sedangkan sesuatu     penyakit itu perlu dirawat untuk memelihara kesihatan
diri dan tubuh badan, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah seperti
penggunaan ubat yang bersumberkan enzim babi diharuskan selama mana tiada ubat
daripada sumber halal ditemui mengikut kadar tertentu sahaja.




                                   RUMUSAN

       Syukur ke hadrat Illahi, kerana memberi kekuatan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan yang telah diberi. Berdasarkan tajuk yang telah dipilih,kami dapat
merumuskan beberapa isu permasalahan dan penyelesaian tentang fiqh perubatan yang
sering menjadi persoalan pada masyarakat kita di Malaysia.

       Secara keseluruhannya, pengetahuan tentang ibadat solat, batas aurat antara
perawat dan pesakit serta pemilihan ubat yang halal, haruslah dititikberatkan dalam
kehidupan seharian seorang muslim.Islam sangat mementingkan kebaikan dan
kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang islam disuruh supaya menjaga tubuh badan
agar sentiasa berada dalam keadaan sihat. Disamping itu, islam menyuruh umatnya
berikhtiar berubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Ia bukan sahaja member kesan
positif kepada spiritual umat islam, bahkan meningkatkan tahap kesihatan serta
menjamin kestabilan hidup bermasyarakat.

       Selagi ada manusia, selagi itulah ada penyakit.Selagi ada penyakit, selagi itulah
ada yang mengubat.Kemudian selagi ada perubatan, selagi itulah fikah perubatan wujud
dan berkembang.Fikah Perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam. Moga
dengan tugasan ini memberi sedikit ilmu yang kami dapat untuk dikongsi dengan
saudara muslim yang lain.



                                                                                       21
BIBLIOGRAFI
Dr. Harmy Mohd Yusof, Dr Rosediani Muhammad, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah,
Wan Nor Ainon Wan Abdullah . 2011. Fikah Perubatan.

Dr.Farhan Hadi Bin Mohd Taib. 2010. Denyut Kasih Medik.Telaga Biru Sdn.Bhd.

Aiman Bin Abdul Fattah.2006.Pengubatan Dan Penyembuhan Menurut Wahyu
Nabi.Pustaka Dini : Shah Alam Selangor.

Sarip Bin Adul.(UIAM).Fiqh Ibadat Jururawat Dalam Islam.Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Abd Rahman Bin Pharm. 2010.Ubat Dari Sumber Babi Dan Pilihan Alternatif.
H Science Solution 2010.

www.halalscience.com

www.e.fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-ubat




                                                                              22
LAMPIRAN




           23
24

Contenu connexe

Tendances

Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasiHariz Jaafar
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
RPH Wudhu' Tingkatan 1
RPH Wudhu' Tingkatan 1RPH Wudhu' Tingkatan 1
RPH Wudhu' Tingkatan 1toriq04
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 
Perbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hambaPerbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hambazakwan azhar
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 

Tendances (20)

Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasi
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 
Ringkasan artikel
Ringkasan artikelRingkasan artikel
Ringkasan artikel
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
RPH Wudhu' Tingkatan 1
RPH Wudhu' Tingkatan 1RPH Wudhu' Tingkatan 1
RPH Wudhu' Tingkatan 1
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Sistem jinayah
Sistem jinayahSistem jinayah
Sistem jinayah
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
Perbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hambaPerbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hamba
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 

Similaire à Fiqh perubatan

Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiWarnet Raha
 
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARIMuhd Shafiq
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...Operator Warnet Vast Raha
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...Operator Warnet Vast Raha
 
2-Asas fekah perubatan
2-Asas fekah perubatan2-Asas fekah perubatan
2-Asas fekah perubatanSabrina Lye
 
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanRashidi Ahmad
 
sejarah kesehatan zaman Rasulullah
sejarah kesehatan zaman Rasulullahsejarah kesehatan zaman Rasulullah
sejarah kesehatan zaman RasulullahPutrii Permatasarii
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat munaWarnet Raha
 

Similaire à Fiqh perubatan (20)

Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi (3)
Makalah agama tentang asi (3)Makalah agama tentang asi (3)
Makalah agama tentang asi (3)
 
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
 
2-Asas fekah perubatan
2-Asas fekah perubatan2-Asas fekah perubatan
2-Asas fekah perubatan
 
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh Perubatan
 
Kelompok
KelompokKelompok
Kelompok
 
sejarah kesehatan zaman Rasulullah
sejarah kesehatan zaman Rasulullahsejarah kesehatan zaman Rasulullah
sejarah kesehatan zaman Rasulullah
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 

Dernier

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 

Dernier (20)

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 

Fiqh perubatan

  • 1. IBADAH SOLAT DALAM PERUBATAN 1) DEFINISI PERUBATAN ISLAM Perubatan Islam sering ditakrifkan dengan pelbagai tafsiran yang tersendiri. Ramai pengamal perubatan yang mendakwa apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam yang sebenar iaitu perubatan yang berteraskan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah tanpa memberikan definisi sebenar perubatan Islam itu sendiri. Menurut Profesor Husain, sarjana perubatan Muslim, kekeliruan ini berpunca daripada kecenderungan sesetengah pihak mentafsirkan perubatan Islam hanya berdasarkan aspek tertentu sahaja seperti aspek sejarah, budaya, agama, geo-politik, terapeutik dan sebagainya. Hasilnya, ia memberi makna yang berbeza-beza pada sistem perubatan Islam itu sendiri. 1.1ETIKA PERUBATAN ISLAM Dalam sistem perubatan Barat, etika adalah perkara yang terpisah daripada sistem perubatan itu sendiri.Sebagai contoh, mereka boleh menjadi doktor yang baik dan beretika ketika mengendalikan pesakit tetapi mungkin tidak mempunyai akhlak yang baik. Mereka mungkin doktor yang baik tetapi dalam masa yang sama meminum arak, mengamalkan seks bebas ataupun homoseksual. Nilai akhlak dan etika kerja adalah dua perkara yang berbeza.Perawat perlu mempunyai etika sebagai panduan semasa merawat pesakit. Ini bagi memastikan mereka merawat pesakit dalam keadaan beretika. Dalam pandangan Islam, akhlak dan tingkah laku doktor semasa merawat ataupun tidak merawat pesakit perlu sama. Syariat Islam tidak membezakan di antara perlakuan peribadi dengan tugas merawat pesakit.Ini kerana matlamat akhir kedua- duanya adalah mendapatkan keredhaan Tuhan. Oleh sebab itu, sekiranya meneliti buku- buku perubatan yang dihasilkan sarjana Islam dahulu seperti Ibnu Sina dan sebagainya tidak wujud bab khusus yang membincangkan etika perubatan Islam. Muslim yang menjadi doktor perlu mempunyai akhlak yang benar dalam mencapai tujuan syariah itu sendiri dan sebahagiannya adalah menjaga diri, nyawa dan keturunan. 1
  • 2. Empat teras utama dalam etika perubatan Islam.Ia selari dengan etika perubatan moden iaitu; 1. Menghormati pesakit dan hak-hak mereka. 2. Memastikan ia memberi syafaat. (Beneficence) 3. Tidak mendatangkan kemudharatan. (Non maleficense) 4. Memberikan keadilah kepada mereka. Keempat-empat perkara ini adalah perkara asas yang menjadi teras dalam melaksanakan tanggungjawab merawat pesakit. 1.2MENGHORMATI DAN MENJAGA HAK-HAK PESAKIT Semasa perawat menjalankan rawatan, hak-hak pesakit perlu sentiasa dipelihara dan dihormati. Mereka perlu dilayan dengan penuh kehormatan sehingga mereka meninggal dunia. Hak-hak mereka bagi mendapat rawatan yang terbaik dan bersesuaian perlu diberi dengan tulus tanpa mengira latar belakang agama, keturunan ataupun status sosial mereka.Kehormatan dan harga diri mereka berhak mendapat rawatan terbaik dan mesti mendapat maklumat yang benar serta adil bagi membuat keputusan. Bagi pesakit yang beragama Islam, mereka perlu diberikan hak menjalani kehidupan sebagai Muslim.Hak-hak beragama mereka perlu sentiasa dihormati dan dipelihara. 2
  • 3. 2) KONSEP RUKHSAH DALAM IBADAH Rukhsah adalah kelonggaran hukum syarak yang diberikan kepada umat Islam dalam menunaikan ibadah disebabkan adanya darurat.Manusia dijadikan bersifat lemah dan sentiasa berhadapan dengan ujian hidup.Allah mensyariatkan rukhsah sebagai hadiah buat hamba-hamba-Nya.Rukhsah juga toleransi daripada pencipta kepada yang dicipta. 2.1 MAKSUD RUKHSAH Rukhsah secara literal ialah memudahkan ataupun menyenangkan.Dari sudut istilah pula, berlaku perubahan hukum kepada perbuatan asal.Ini kerana adanya keuzuran yang khusus. Contoh hukum wajib menjadi harus : 1. Hukum asal untuk wanita yang berakal dan baligh adalah menutup aurat seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan apabila berhadapan dengan bukan muhrim. Namun apabila sakit dan tiada doktor perempuan yang boleh merawatnya, maka diharuskan membuka aurat pada bahagian yang mahu dirawatnya sahaja di hadapan doktor lelaki. 2. Hukum asal untuk setiap mukalaf adalah berwuduk menggunakan air bersih.Namun ketika sakit menghalangnya mengunakan air, diharuskan menggunakan debu tanah bagi bertayamum. 2.2 Dalil al-Quran yang menunjukkan adanya konsep rukhsah dalam Islam. 1. Maksudnya: “ Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”.1 2. Maksudnya: “ Allah tidak memberati manusia melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya”.2 1 Al-Quran.Al-Baqarah. 185:2. 2 Al-Quran.Al-Baqarah. 286:2. 3
  • 4. 2.3 ISU DAN PERMASALAHAN 2.3.1 ISU DAN PERMASALAHAN (1) Isu: Perlukah besuci(wudhu’) bagi pesakit? Hukum: Perlu tetapi gugur kewajipan pada bahagian yang tidak mampu sahaja. Dalil: “ Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang suci…”3 Pada asalnya,seorang mukalaf4 wajib mengambil wuduk menggunakan air yang bersih sebelum melakukan solat.Namun kadang-kadang terdapat penyakit atau keadaan yang menghalang pesakit menggunakan air bagi berwuduk.Apabila ketika wujud keadaan ini, Islam memberi beberapa jalan keluar bagi bersuci dengan sempurna seperti menyapu di atas pembalut dan bertayamum. Ternyata apabila Allah mewajibkan solat kepada hamba-Nya, Allah juga memberi beberapa alternatif yang fleksibel berdasarkan keadaan individu yang akan menunaikan solat. Syariat ini menunjukkan Allah itu maha pengasih dan bertolak ansur kepada hamba-Nya. Pada asalnya pesakit wajib bersuci dengan sempurna menggunakan air sekiranya mampu berbuat begitu sama ada melakukan sendiri atau bantuan orang lain.Sekiranya penggunaan air menambahkan lagi penyakit atau membatalkan penyembuhan,berpindahlah ke kaedah tayamum.Jika tidak mampu juga menggunakan air atau tanah,solatlah mengikut kaedah dan kemampuan tanpa perlu menggantikan semula solat itu. 3 Al-Quran.An-Nisa’. 4:43. 4 Seorang yang diberati hukum-hukum dan perintah agama Islam. 4
  • 5. Menyapu di atas Al-Jabirah dan Al-‘Ishabah Al-Jabirah ialah benda yang diletakkan di atas tulang yang patah supaya ia dapat bersambung kembali. Istilah perubatan moden menyebut sebagai tampalan, balutan ataupun penggunaan plaster Paris5 ataupun bahan yang seumpama dengannya. Al-„Ishabah adalah kain ataupun seumpamanya yang digunakan bagi membalut luka.Benda ini juga mungkin ditampalkan dengan kuat supaya luka boleh sembuh.Ia disebut pembalut ataupun pembebat. Hujah syarak yang membolehkan menyapu di atas pembalut. Dalil sunnah Jabir melaporkan dengan berkata: “kami telah keluar bermusafir. Tiba-tiba salah seorang lelaki yang bersama kami tertimpa batu lalu kepalanya luka.Kemudian dia bermimpi basah (ketika tidur). Lalu dia bertanya kepada kawan-kawan, “Adakah kamu berpendapat terdapat rukhsah untuk aku bertayamum?”. Kawan-kawannya menjawab,” Kami dapati tiada keringanan untuk kamu bertayamum disebabkan kamu mampu memperoleh air.” Lalu lelaki itu mandi dan kemudian mati (akibat mandi).Ketika kami sampai kepada Rasulullah dan menceritakan hal itu, berkatalah nabi, “Mereka membunuhnya, semoga Allah memerangi mereka.Mengapa mereka tidak bertanya apabila tidak tahu?Sesungguhnya ubat kebodohan itu adlah bertanya.Memadai untuknya bertayamum, membalut dengan kemas lukanya menggunakan kain dan menyapu ke atasnya serta mandi pada seluruh tubuhnya.”6 Hadis di atas menunjukkan orang itu boleh meletakkan kain pembalut di atas luka dan mengusap ke atasnya apabila mahu bersuci.Secara logik akal, menjadi keperluan menyapu pembalut memandangkan membukanya memudaratkan pesakit.Kesusahan kerana membuka balutan adalah lebih besar daripada kesusahan 5 Sejenis simen menjadi pengeras bagi anggota yang patah. 6 Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Baihaqi. 5
  • 6. membuka khuf.Keperluan menyapu di atas balutan adalah lebih penting daripada keperluan menyapu khuf. Kadar air yang perlu disapu ke atas jabirah. Sekiranya pesakit berbalut anggota wuduk disebabkan patah ataupun luka, majoriti ulama menyatakan pesakit hanya perlu menyapu air di atas balutan serta tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan.Dia juga tidak perlu membuka balutannya. Majoriti fuqaha’ daripada mazhab Syafii‟, Maliki dan Hambali berpendapat wajib menyapu keseluruhan pembalut menggunakan air setakat yang boleh. Ini sebagai ganti menyapu anggota yang sakit di bawahnya.Apa lagi ini tidak memudaratkan. Pembalut ataupun tampalan dibuka selepas luka sembuh Selepas mengambil wuduk ataupun mandi dengan menyapu di atas balutan tetapi kemudiannya balutan tertanggal ataupun luka sembuh sebelum habis waktu solat, maka pesakit tidak perlu mengulangi wuduk ataupun mandinya. Ia dikira sah disisi syarak. Menurut mazhab Hanafi dan Maliki, pesakit tidak perlu mengulangi solat yang dilakukannya apabila dia sembuh. Mereka tidak mensyaratkan bersuci terlebih dahulu sebelum meletakkan pembalut. Alasan mereka, ulama sepakat menyatakan harus solat selepas bersuci dengan kaedah itu. Apabila sah solatnya, maka solat tidak perlu diulangi. Inilah pendapat yang paling kuat. Pesakit juga dikira masih suci selagi mana tidak berlaku perkara yang membatalkan penyuciannya tadi. Rukhsah yang dibenarkan bertujuan mengharuskan perbuatan semasa adanya darurat. Perbuatan yang dilakukan kerana melakukan rukhsah itu dikira sah selama mana adanya darurat. Apabila hilangnya darurat, orang itu perlu kembali ke hukum asal tanpa mengulangi ibadah yang dilakukan atas dasar rukhsah. 6
  • 7. Dalil : Maksudnya : „Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kesusahan (kepayahan) tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur‟.7 2.3.2 ISU DAN PERMASALAHAN (2) Isu:Bagaimana rukhsah solat bagi perawat yang terlibat dengan pembedahan ? Hukum : Semua Muslim wajib menunaikan lima solat fardhu dalam waktunya termasuk perawat. Tetapi, terdapat tiga keadaan utama yang perlu diberi perhatian oleh perawat yang terlibat dengan kes pembedahan; SITUASI PERTAMA: AL-AZIMAH8 Pada asalnya, doktor wajib memilih masa pembedahan yang panjang dalam waktu solat yang panjang juga seperti selepas solat subuh dan solat isyak. Doktor tidak boleh dengan sengaja menentukan masa pembedahan dalam waktu solat yang pendek tempohnya sehingga perawat akan terlepas solat pada waktunya. Menurut kebiasaannya, proses perubahan melibatkan ramai kakitangan. Apabila semua ataupun majoriti mereka adalah muslim, maka doktor lebih bertanggungjawab memastikan setiap Muslim di bawah pengawasannya dapat menunaikan solat dalam waktunya. Ini turut melibatkan solat pesakit apabila pesakit itu muslim. SITUASI KEDUA : RUKHSAH BAGI PERAWAT Adakalanya wujud keadaan perancangan pembedahan itu di luar bidang kuasa doktor itu sendiri. Apabila bertembung waktu solat dan waktu pembedahan,maka hukum menunaikan solat untuk mereka yang terlibat adalah seperti berikut: 7 Al-Quran.Al-Maidah. 6:5. 8 Hukum asal yang diperintahkan oleh Allah keatas semua mukallaf. 7
  • 8. 1. Sekiranya pembedahan berlaku pada waktu solat yang boleh dijamakkan seperti zuhur dengan asar dan maghrib dengan isyak, maka harus untuk perawat menunaikan solat jamak.9 2. Sekiranya doktor mengetahui dari awal jangka masa pembedahan melibatkan dua waktu, maka hendaklah ditunaikan jamak takdim. Solat tidak boleh dilewatkan sehingga habis waktunya. Ini berlaku untuk pembedahan pada waktu zuhur, asar dan maghrib, isyak. 3. Sekiranya waktu pembedahan berlanjutan dari petang ke waktu maghrib dan isyak, maka doktor atau perawat yang lain harus melakukan jamak takhir bagi solat maghrib dan isyak. Dalil: Ibnu Abbas berkata: “ Nabi Muhammad pernah menjamakkan antara zuhur dan asar serta antara maghrib dan isyak di Madinah bukan sebab musafir dan hujan. Ibnu Abbas ditanya,“Mengapa Nabi Muhammad melakukannya?”Dia berkata,“ baginda mahu memberi kelapangan kepada ummatnya.”10 SITUASI KETIGA: RUKHSAH UNTUK PERAWAT Kadangkala wujud juga keadaan yang memerlukan doktor melakukan pembedahan secara tiba-tiba. Ini tidak dapat ditangguhkan kerana kepentingan menyelamatkan nyawa ataupun organ pesakit.Keadaan seperti ini adalah situasi di luar dugaan doktor itu sendiri. Contohnya pembedahan untuk kes pendarahan dalam perut akibat kemalangan bermula pada 5.30 pagi dan dijangka selesai pada 7.30 pagi iaitu selepas habis waktu solat subuh. Apabila bertembung keadaan seperti ini, maka hukumnya : Doktor perlu menyegerakan pembedahan dan tidak boleh melewatkannya meskipun dia terlepas beberapa waktu solat. Solat yang tinggal perlu diganti menurut tertib waktu yang ditinggalkan. Ini kerana kepentingan menjaga nyawa dan anggota badan pesakit lebih penting daripada menunaikan solat pada waktunya. 9 Menghimpunkan dua solat fadhu dalam satu waktu. 10 Sohih Muslim 8
  • 9. Dalam kes di atas, terdapat beberapa kaedah feqah yang menjadi panduan dalam menentukan hukum menunaikan solat: Kaedah pertama: Apabila bertembung dua kepentingan, maka hendaklah didahulukan yang lebih besar serta meluputkan kepentingan yang lebih kecil. Dalam kes di atas, nyawa dan anggota badan termasuk dalam lima kepentingan utama yang diiktiraf syarak dan wajib dijaga. Kaedah kedua: Apabila bertembung dua kesan negatif ataupun mudarat, maka hendaklah didahulukan menyelamatkan kes yang mudaratnya lebih besar dengan melaksanakan amalan yang lebih kecil mudaratnya. Syarak tidak membenarkan manusia membinasakan dirinya sendiri.Manakala tidak menunaikan solat pada waktunya juga satu keburukan namun mudaratnya lebih kecil dibandingkan keperluan menyelamatkan nyawa manusia. Kaedah ketiga: Menolak kerosakan lebih utama daripada mengamalkan perkara yang mendatangkan kebaikan. Melakukan pembedahan segera dapat mengawal mudarat pada pesakit.Manakala menunaikan solat dalam waktunya mendatangkan kebaikan.Apabila bertembung antara menolak mudarat dan menghasilkan kebaikan, maka hendaklah mengutamakan menolak mudarat. Kaedah keempat: Mendahulukan perkara yang akan terhapus tanpa ada ganti adalah lebih utama daripada mendahulukan perkara yang terhapus tetapi ada gantian. 9
  • 10. Nyawa manusia yang hilang tiada gantinya.Sedangkan solat yang ditinggalkan kerana ada keuzuran masih punya waktu bagi menggantinya.Terdapat dua perkara penting, salah satunya terhapus dan tiada ganti.Seperkara lagi luput tetapi boleh diganti. Perlu diingat, solat hanya boleh dijamak sahaja dan tidak boleh dipendekkan daripada empat rakaat kepada dua rakaat. 2.3.3 ISU DAN PERMASALAHAN (3) Isu: Adakah wajib solat bagi pesakit? Hukum: Wajib ke atasnya menunaikan solat dalam keadaan berdiri,duduk,berbaring, isyarat mata mengikut kemampuan. Harus juga mengumpulkan dua solat (jamak) apabila mengalami sakit teruk. Dalil: „Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keaadaan berbaring.‟11 Contoh situasi pesakit yang dibenarkan solat jamak : Pesakit yang berasa sukar untuk bangun membersihkan diri serta bersuci setiap kali masuk waktu solat. Pesakit yang bimbang tidak sedarkan diri sebelum masuk waktu solat berikutnya. Pesakit yang mengetahui akan dibedah dalam tempoh dua waktu solat yang dibolehkan jamak, maka hendaklah ditunaikan sola jamak taqdim. Solat tidak boleh dilewatkan sehingga habis waktunya. Ini berlaku untuk pembedahan pada waktu zuhur dan asar. Sekiranya waktu pembedahan berlanjutan hingga maghrib dan isyak, pesakit diharuskan melakukan solat jamak takhir untuk waktu solat tersebut. 11 Riwayat Bukhari. 10
  • 11. Pesakit yang tidak mampu membersihkan diri dan bersuci. Dia terpaksa dibantu oleh orang lain seperti pesakit angin ahmar. FirmanAllah; Maksudnya: “ Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar?Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.”12 BATAS AURAT 3) DARURIYYAT, HAJIYYAT, DAN TAHSINIYYAT Daruriyyat ialah keperluan yang paling penting kepada setiap manusia.Keperluan jenis daruriyyat bertujuan menghindarkan kemudharatan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.Lima kepentingan ini dianggap sebagai keperluan asasi yang diperlukan setiap manusia dalam kehidupan mereka.Apabila wujud keperluan ini, diharuskan perkara yang dilarang.Ini dikenali sebagai rukhsah. Hajiyyat ialah keperluan yang dapat menghindarkan kesulitan yang dihadapi dalam kehidupan sekalipun tidak mengancam keselamatan lima perkara penting. Keperluan jenis ini juga mengharuskan apa yang dilarang. Maksud kaedah ini, kemudahan- kemudahan syarak yang dikecualikan tidaklah terbatas dalam keadaan darurat sahaja.Hajat sekiranya tidak dipenuhi menimbulkan kesulitan dan kesukaran.Darurat pula apabila tidak dipenuhi boleh membawa kepada kebinasaan. Contoh keperluan hajiyyat : 12 Al-Quran.Al-Mudassir. 42&43:73 11
  • 12. 1. Harus melihat kemaluan orang lainuntuk tujuan pembedahan ataupun berkhatan. 2. Harus melakukan pembedahan merenggangkan jari-jemari yang melekat di antara satu sama lain. 3. Harus menubuhkan bank darah dan bank tisu sekiranya ada keperluan berbuat begitu. Tahsiniyyat keperluan yang hanya menambah keselesaan, bukannya menghindarkan kesukaran. Tanpa keperluan ini, manusia boleh menjalani kehidupan secara normal. Keperluan jenis ini tidak mengharuskan apa yang dilarang. Contoh keperluan ini adalah memandulkan wanita kerana hendak menjaga kecantikannya, merancang keluarga kerana bimbang taraf hidup anak pada masa akan datang ataupun kerana mengikut peredaran zaman. 3.1 ISU DAN PERMASALAHAN Isu : Bolehkah doktor lelaki merawat pesakit wanita ataupun sebaliknya dan orang bukan Islam? 3.2 Hukum lelaki merawat wanita : Hukum asalnya tidak boleh.Hanya dibolehkan doktor lelaki merawat pesakit wanita dalam keadaan darurat iaitu tiadanya doktor perempuan. Dalil : “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh meraka melainkan kepada suami meraka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka atau anak-anak tiri mereka”13 Daripada Usamah Bin Zaid R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda : “Aku tidak meninggalkan selepasku satu fitnah yang paling memudaratkan kaum lelaki selain daripada kaum wanita.14 13 Al-Quran.An-Nur. 24:31 12
  • 13. Kaedah fiqh menyebut darurat ialah mengharuskan yang haram. Kaedah yang lain pula menyebut, keadaan darurat itu mengikut kadarnya sahaja.15 3.3 Hukum wanita merawat lelaki : Imam Bukhari dalam sahihnya (Kitab pesakit, bab wanita merawat lelaki)16 telah mengumpulkan beberapa hadis sahih yang menceritakan beberapa peristiwa pada zaman Rasulullah S.A.W di mana wanita diharuskan merawat lelaki bukan muhrimnya. 1. Diriwayatkan bahawa Umm Al-Darda‟ telah merawat seorang lelaki yang sakit, dan lelaki itu merupakan ahli masjid. 2. Aisyah r.a berkata : Ketika Rasulullah S.A.W tiba di Madinah, Abu Bakar dan Bilal kurang sihat, kata Aisyah: aku masuk (merawat) kedua-duanya, aku bertanya: „Wahai ayahanda, bagaimana keadaanmu? Wahai Bilal, bagaimana keadaan dirimu?” 3. Diriwayatkan juga bahawa Umm Mubassyir telah merawat Ka‟ab Bin Malik ketika ia sakit dan hampir wafat. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani berkata : Wanita diharuskan merawat lelaki walaupun ia lelaki ajnabi (asing) dengan syarat aurat yang tertutup dan aman daripada fitnah.17 Dr Yusuf Al-Qardawi mencadangkan agar rawatan yang dilakukan itu biarlah dibuat secara beramai-ramai, untuk menghindarkan subhat yang mungkin timbul.18 Syubhat yang mungkin timbul ialah khalwat. Walaupun begitu, khalwat tidak akan terhasil melainkan di tempat yang tidak boleh dimasuki oleh orang ketiga. Walaupun 14 Muttafaq alaih 15 Rujuk (Al-Quran. Al-An’am. 6:119). 16 Riwayat Bukhari. 17 Sahih Bukhari bi Syarh al-Asqalani.(1/117-118). 18 Fatawa Mu‘asarah.Yusuf al-Qardawi.Dar al-Wafa’. 1994. (2/279) 13
  • 14. tempat awam seperti hospital atau pusat rawatan, yang mana doktor dan jururawat serta orang ramai bebas keluar masuk, hukum khalwat tidak wujud.19 3.4 Hukum merawat pesakit bukan muhrim : Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata : Tidak mengapa merawat pesakit bukan Islam, kerana kadang-kadang ada maslahat mendekatkannya kepada Islam.20 Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas r.a bahawa beliau berkata : Seorang kanak-kanak yahudi datang kepadanya dan merawatnya, baginda duduk di sisi kepalanya lalu berkata : “Islamlah”, maka ia menoleh kepada bapanya yang berada si sisinya. Bapanya berkata : “Taatilah kata-kata Abu Al-Qasim (gelaran Rasulullah),” lalu ia memeluk Islam. Rasulullah s.a.w keluar sambil berkata :Pujian bagi Allah yang telah menyelamatkannya daripada neraka. SUMBER UBAT 4) DEFINISI UBAT Ubat ialah bahan bagi meringankan, merawat, menyembuh ataupun mencegah penyakit manusia serta meningkatkan taraf kesihatanya. Ubat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan bentuk. Ubat bukan sahaja boleh dimakan atau diminum seperti lazimnya, namun boleh juga digunakan pelbagai cara seperti melalui dubur, faraj, suntikan, ditampal atas kulit, ditanam dibawah kulit, disapu dan sebagainya. 19 Bubus fi al-Fiqh al-Thibbi. Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah. Dar al-Aqsa. (62) 20 Majmuk’ al-Fatawa. Ibn Taimiyah. (24/265) 14
  • 15. 4.1 DEFINISI UBAT YANG HALAL Ubat-ubatan yang halal mesti menepati ciri-ciri berikut : 1. Tidak mengandungi bahan daripada haiwan yang dilarang syarak. 21Ini tidak kira dari segi penggunaan,pemakanan ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak. 2. Tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak. 3. Tidak disediakan, diproses, dikilangkan ataupun disimpan dengan menggunakan apa- apa alat yang tidak bebas daripada najis mengikut hukum syarak. 4. Bukan terdiri daripada bahan yang boleh mendatangkan kesan berbahaya yang digunakan dengan sengaja. 4.2 SUMBER UBAT Sumber ubat boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok, iaitu sumber manusia, haiwan, tumbuhan, tanah dan air.Sumber-sumber ini sering digunakan bagi menghasilkan bahan-bahan yang dapat dimanfaatkan sebagai ubat. Namun begitu, melalui teknologi moden pada masa ini, kebanyakan ubat menggunakan bahan sintetik.22 Perubatan moden sekarang tidak terlepas daripada perbahasan berkaitan arak, alkohol, gelatin dan dadah. 4.3 GELATIN Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia . Dengan adanya gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada pelbagai produk dalam industri. Gelatin dihasilkan melalui proses hidrolisis sama ada daripada kulit, tulang ataupun usus haiwan mamalia seperti babi, lembu atupun kerbau. Antara 21 Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. 22 Bahan kimia/ bahan tiruan. 15
  • 16. nama gelatin yang biasa digunakan pada label produk adalah gelatin, gelatin halal, bovin gelatin,23 gum base, pengemulsi, penstabil dan E411. Menurut Prof.Abdul Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, (USM) menjelaskan terdapat dua jenis gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia. Jenis itu adalah jenis A dan B. 1. Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porcine ataupun tidak halal iaitu babi. Gelatin jenis ini diproses menggunakan asid dan boleh menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti. 2. Gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali ataupun air kapur dan menggunakan sumber tulang, serta kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau. 4.3.1 HUKUM GELATIN Sekiranya gelatin itu berasal daripada binatang dan bukan sayur-sayuran, maka hukumnya tertakluk kepada kedudukan binatang itu. Apabila binatang itu binatang halal yang disembelih mengikut cara sembelihan islam, maka gelatin itu adalah halal dan suci. Apabila binatang itu bukan halal seperti khinzir, ataupun ia halal tetapi tidak disembelih mengikut cara sembelihan islam, maka gelatin itu haram dan najis. Fatwa berkaitanya diputuskan pada tahun 1982, “Gelatin adalah bahan yang diperbuat daripada pelbagai jenis haiwan seperti babi, lembu dan sebagainya. Oleh sebab bahan itu pada masa ini diperbuat di luar negeri dan tidak diketahui sama ada daripada babi,bangkai binatang yang halal dan sebagainya, maka kedudukanya diragui. Mengikut hukum syarak sekiranya perkara itu diragui sama ada halal ataupun haram, ianya berada dalam perkara „syubhah‟24. Apabila benda itu tergolong dalam perkara „syubhah‟, hukumnya adalah haram.” 23 Diperoleh daripada kolagen lembu,terutamanya kulit dan tulang. 24 Keraguan. 16
  • 17. 5) UBAT DARI SUMBER YANG DIHARAMKAN –BABI ISU DAN PERMASALAHAN 5.1 KENAPA BABI DIHARAMKAN? Dalil : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,darah,dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianayaidan tidak melampaui batas, sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.25 Al-Quran menggunakan istilah “Lahmul Khinzir” (daging babi) bererti telah menyebut secara keseluruhan termasuk urat, otak ,darah, tulang dan lain-lain. 5.2 BAHAYA DAN PENYAKIT BERKAITAN BABI. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Sesungguhnya Allah dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”26 Hadis ini mengharamkan jual beli babi.Di dalam perkataan babi itu termasuk semua anggota badannya.Allah S.W.T. telah mengharamkan babi sejak zaman dahulu lagi, namun hikmah pengharamanya baru sahaja disedari oleh para saintis. Menurut Dr. Ebrahim Kazim dalam tulisanya „Aspek Perubatan‟ makanan yang diharamkan dalam islam menjelaskan : “Babi ialah binatang pemakan bangkai yang memakan apa sahaja.Ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia, khususnya jangkitan parasit”. 25 Al-Quran.An-Nahl. 115:16. 26 Riwayat Bukhari dan Muslim. 17
  • 18. Jumlah pesakit yang mengidap penyakit cacing pita yang tertinggi di dunia adalah dikalangan penduduknya yang memakan daging babi.Cacing Trinchinella dan cacing usus menyebabkan penyakit-penyakit lain yang berpunca daripada babi. Antara penyakit berkaitan babi : Selsema Babi (H1N1) Diketahui disebabkan oleh virus influenza A jenis (H1N1,H1N2,H3N1& H2N3) Virus Nipah Dikenal pasti selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di ladang babi di Malaysia. 5.3 MENGAPA BABI DIGUNAKAN DALAM BIDANG PERUBATAN ? Babi dianggap model haiwan yang sesuai untuk kajian penyakit manusia kerana persamaan dari segi anatomi dan fisiologi. Babi juga dikenal pasti sebagai model untuk kebanyakan sistem tubuh yang lain kerana populasi yang tinggi dan mudah didapati. Sturuktur anatomi27 dan fungsi fisiologi28 pelbagai organ seperti hati, pankreas dan jantung menjadi tarikan untuk pemindahan organ secara xenografik.29 Kajian perubatan yang meluas ke atas babi yang disifatkan mempunyai pelbagai persamaan dengan manusia telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis ubat seperti : 27 Ilmu yang mempelajari bentuk dan struktur tubuh manusia. 28 Ilmu yang mempelajari fungsi dari organ tubuh manusia. 29 Pemindahan organ daripada haiwan kepada manusia. 18
  • 19.  Heparin dan Heparin berat medukal rendah daripada selaput mukosa30 usus babi.  Enzim insulindanPankreatin daripada penkreas babi.  Gelatin yang diproses daripada tulang dan kulit babi. 5.4 KANDUNGAN UBAT YANG DICURIGAI (MASHBOOH). Antara bahan-bahan ubat yang diragui status halalnya : -Gelatin -Stearate and Asid Stearik - Gliserin -Alkohol -Hondroltin sulfat - Enzim babi -Heparin and heparin berat molekul rendah. 5.5 CONTOH UBAT DARIPADA SUMBER YANG MERAGUKAN 1) Jenama ubat : Benadryl For The Family Original Cough Syrup.31 Pengeluar : Mc.Neil, Australia. Kegunaan : Melegakan batuk, bersin, dan hidung tersumbat yang disebabkan oleh biasa atau alergi. Kandungan yang meragukan : Label produk menyatakan produk tidak mengandungi Alkohol tetapi mengandungi sumber babi dan lembu.Kemungkinan glycerin yang digunakan diperoleh daripada sumber babi. Pilihan alternatif : Banyak produk ubat batuk lain yang tidak mengandungi sumber babi tetapi mengandungi bahan aktif yang sama iaitu Diphenhydramine. 30 Lapisan tisu yang mengandungi kelenjar(lendir). 31 Sejenis ubat batuk. 19
  • 20. 6) KONSEP DARURAT DALAM PERUBATAN Pengertian darurat dari firman Allah s.w.t: -Ayat ini menjelaskan, makanan yang ada pada asalnya diharamkan menjadi halal dalam keadaan terpaksa sekiranya diambil tanpa melampaui batas.32 6.1 SYARAT-SYARAT DARURAT yang telah ditetapkan oleh Ulama‟ dan diguna pakai oleh Maklis Fatwa Kebangsaan Malaysia :  Darurat itu benar berlaku,bukan sesuatu yang tidak pasti. Telah berlaku atau wujud satu keadaan dimana kemusnahan atau kemudaratan pada 5 perkara asas (Agama, nyawa, akal, ketutunan, harta) atau kemusnahan akan berlaku secara pasti atau berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman atau pengetahuan.  Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.  Pada waktu pengubatan,pengambilan yang haram itu hendaklah disyorkan,dipastikan yang diperakui oleh seorang doktor atau pengamal perubatan muslim yang adalah diyakini amalan dan pegangan agamanya,serta mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.  Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang tidak dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit. 6.2 Dalil : Islam mengharamkan penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : 32 Al-quran.Al-Maidah. 3:5. 20
  • 21. “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara yang haram). Dalam keadaan tiada ubat lain yang boleh digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan tubuh badan, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah seperti penggunaan ubat yang bersumberkan enzim babi diharuskan selama mana tiada ubat daripada sumber halal ditemui mengikut kadar tertentu sahaja. RUMUSAN Syukur ke hadrat Illahi, kerana memberi kekuatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi. Berdasarkan tajuk yang telah dipilih,kami dapat merumuskan beberapa isu permasalahan dan penyelesaian tentang fiqh perubatan yang sering menjadi persoalan pada masyarakat kita di Malaysia. Secara keseluruhannya, pengetahuan tentang ibadat solat, batas aurat antara perawat dan pesakit serta pemilihan ubat yang halal, haruslah dititikberatkan dalam kehidupan seharian seorang muslim.Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat. Disamping itu, islam menyuruh umatnya berikhtiar berubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Ia bukan sahaja member kesan positif kepada spiritual umat islam, bahkan meningkatkan tahap kesihatan serta menjamin kestabilan hidup bermasyarakat. Selagi ada manusia, selagi itulah ada penyakit.Selagi ada penyakit, selagi itulah ada yang mengubat.Kemudian selagi ada perubatan, selagi itulah fikah perubatan wujud dan berkembang.Fikah Perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam. Moga dengan tugasan ini memberi sedikit ilmu yang kami dapat untuk dikongsi dengan saudara muslim yang lain. 21
  • 22. BIBLIOGRAFI Dr. Harmy Mohd Yusof, Dr Rosediani Muhammad, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Wan Nor Ainon Wan Abdullah . 2011. Fikah Perubatan. Dr.Farhan Hadi Bin Mohd Taib. 2010. Denyut Kasih Medik.Telaga Biru Sdn.Bhd. Aiman Bin Abdul Fattah.2006.Pengubatan Dan Penyembuhan Menurut Wahyu Nabi.Pustaka Dini : Shah Alam Selangor. Sarip Bin Adul.(UIAM).Fiqh Ibadat Jururawat Dalam Islam.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Abd Rahman Bin Pharm. 2010.Ubat Dari Sumber Babi Dan Pilihan Alternatif. H Science Solution 2010. www.halalscience.com www.e.fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-ubat 22
  • 23. LAMPIRAN 23
  • 24. 24