1. NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
Pemerkasaan Bahasa Melayu
Melalui Penerapan Pendekatan
Pembelajaran Kontekstual: Satu
Anjakan Teori dan Amalan
ABSTRAK:Tiadasatupendekatanpunyangbolehdikatakansebagaipendekatanyang
terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kertas kerja ini cuba mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan
pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen
yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan
kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan
beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual,
termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan
pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan
pembelajaran kontekstual. Pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan
memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi
antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran
yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu
bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah.
Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri,
masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan
kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat
bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya,
jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah
dinafikan.
KATA KUNCI: Pendekatan pembelajaran, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan
pembelajaran secara kontekstual dan tradisional.
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ialah Pensyarah pada Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI
(Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Alamat
emel: nhbupsi@yahoo.com
ATIKAN, 1(1) 2011
141
2. PENGENALAN
Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan
yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Itulah hakikatnya. Namun begitu, tidaklah boleh dinafikan
bahawa setiap pendekatan yang sedia ada, baik pendekatan tradisional
mahupun pendekatan moden. Pendekatan moden, yang disenaraikan
dalam Kemahiran Bernilai Tambah, mengutamakan pengalaman di
dalam bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar
murid serta senario dunia global seperti yang diperkenalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK). Contoh daripada pendekatan moden
adalahKemahiranBerfikir,KemahiranTeknologiMaklumatdanKomunikasi,
Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai,
Pembelajaran Konstruktivisme, dan Pembelajaran Kontekstual, yang
semuanyaitumempunyaikekuatandankelemahannyasendiri(PPK,2001a,
2001b, 2001c, 2001d; dan Saedah Siraj, 2011).
Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam
pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya,
sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu,
kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang
berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa
perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual,
termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual
dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat
pendekatan pembelajaran kontekstual.
PENGERTIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
Pendekatan pembelajaran kontekstual boleh dipisahkan kepada tiga
perkataan, iaitu pendekatan, pembelajaran, dan kontekstual. Kalau
diperincikan, konsep bagi setiap perkataan itu tentulah akan terhasil
maksudnya yang tersendiri.
Perkataan “pendekatan” didefinisikan sebagai kaedah atau cara,
langkah-langkah, dan sebagainya yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas (Kamus Dewan, 2005:328); atau “pendekatan”
ialah teori bahasa tentang satu yang diyakini berkesan jika dilaksanakan
mengikut falsafah dan andaian yang tertentu (Nik Hassan Basri Nik Ab
Kadir, 2005a:229, 2005b:102, dan 2007b:295).
NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
142
3. Perkataan “pembelajaran” didefinisikan sebagai proses atau kegiatan
belajar(KamusDewan,2005:21);atau“pembelajaran”bermaksudsatuproses
penerimaan oleh seseorang atas satu-satu maklumat yang mengakibatkan
perubahan tingkah-lakunya (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2005b:105).
Perkataan “kontekstual” pula didefinisikan sebagai perkara yang
mempunyai kaitannya dengan konteks atau yang menurut konteks
(Kamus Dewan, 2005:818). Jadi, “pembelajaran kontekstual” ialah kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman
harian individu, kehidupan masyarakat, dan alam pekerjaan (PPK, 2001e:7).
Hal ini bermakna bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual, atau
dikenali juga sebagai “pendekatan pragmatik”, ialah langkah-langkah
yang diambil oleh murid waima bagi memulakan atau melaksanakan
kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada suatu falsafah dan andaian
yang menyediakan pembelajaran secara konkrit, iaitu pembelajaran yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Mengikut teori pembelajaran kontekstual bahawa pembelajaran hanya
akan berlaku apabila murid dapat memproses apa-apa maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Hal ini
kerana daya fikiran atau minda mereka akan cuba untuk mencari makna
dalam konteks, iaitu dengan membuat hubung-kait yang bermakna dan
relevan dengan persekitarannya. Malah, pembelajaran yang dilalui oleh
murid itu akan menjadi lebih bermakna dan berkesan kalau maklumat
yang diterimanya itu dalam konteks yang perbagai-bagai dan yang benar-
benar bermakna kepadanya. Konteks yang perbagai itu adalah seperti
maklumat yang berhubungan dengan budaya, sosial, psikologi, dan hal-hal
yang berkaitan dengan fizikal. Bahkan, untuk menghasilkan pembelajaran
yang benar-benar berkesan, guru mestilah peka dan bijak memilih atau
penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran, iaitu bilik
darjah, hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian, makmal, kantin,
perpustakaan, bengkel, tandas, dan tempat kerja.
Oleh itu, mengikut teori ini, guru mestilah bersedia untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu
seperti sains, teknik dan vokasional, kemanusiaan, komunikasi, teknologi
maklumat, matematik, bahasa, dan perbagai pengalaman waima dalam
konteks sesama budaya dan kemasyarakatan bagi memperoleh hasil
pembelajaran yang diinginkan.
Pendeknya, pendekatan pembelajaran kontekstual ialah suatu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memiliki unsur cabaran,
berkesan dan menyeronokkan, dan dapat menyumbang ke arah
pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.
ATIKAN, 1(1) 2011
143
4. RASIONAL PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
Pendekatan pembelajaran kontekstual diperlukan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana beberapa sebab:
Pertama, pembelajaran kontekstual menyedari bahawa individu dapat
mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman
sendiri.
Kedua, kebanyakan individu dapat belajar dengan yakin dan berkesan
melalui pengalaman yang melibatkan peribadi, aktiviti hands-on dan
peluang untuk penemuan kendiri.
Ketiga,individuakanmudahbelajarseandainyakonsepyangdisampaikan
guru kepadanya itu mempunyai hubungan konteks, bermakna, dan yang
tidak asing kepadanya.
Keempat, pembelajaran kontekstual menyedari dan mengambil kira
sifat individu yang memiliki pelbagai jenis kecerdasan.
Kelima, pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya
pembelajaran.
Keenam, kebanyakan individu berupaya belajar dengan lebih berkesan
melalui komunikasi interpersonal, berkongsi maklumat, bekerjasama,
saling bantu-membantu, maklum balas yang positif, dan belajar secara
berkumpulan.
Ketujuh,pembelajarankontekstualmenyokongpembelajaranbersepadu
yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
keperluan murid.
Kedelapan, pembelajaran kontekstual peka bahawa pemindahan
pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain ialah satu kemahiran
yang perlu dipelajari.
Oleh sebab melalui pengalamannya sendiri itu, pendekatan
pembelajaran kontekstual membolehkan murid mengekalkan maklumat
yang diterimanya dalam konteks yang pelbagai-bagai dan yang benar-
benar bermakna kepadanya. Oleh yang demikian, dengan sendirinya murid
itu akan ada keyakinan diri.
Malahan, oleh sebab setiap individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan
dan cara seseorang murid berfikir, bertindak, dan belajar adalah sangat
berlainan berbanding dengan seorang murid yang lain, maka dengan
mudah, melalui pendekatan pembelajaran kontekstual ini, seseorang
murid akan dapat dicungkil potensi kecerdasannya dengan lebih berkesan
dan mampu untuk membantunya meneroka dan mengaitkan pelajaran
NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
144
5. yang diterimanya, di samping berupaya untuk menguasai kemahiran dan
memindahkan perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. Seterusnya,
dia akan mampu untuk menyumbangkan sesuatu ke arah pemeringkatan
penguasaan kemahiran dan prestasi demi menambah ilmu pengetahuan
dan meraih kecemerlangan, keterbilangan, dan kegemilangan dalam
peperiksaan dan kehidupan.
Dengan demikian, dapatlah disimpulkan secara ringkasnya bahawa
pendekatan pembelajaran kontekstual ini menghasilkan faedah bukan
sahaja kepada murid dan guru tetapi juga kepada industri (PPK, 2001c:24-
26).
Dalam hubung-kaitnya dengan pembelajaran Bahasa Melayu, maka
pendekatan pembelajaran kontekstual ini relevan dan selari dengan
keperluan semasa. Hal ini kerana beberapa sebab: (1) Murid dapat
mengaitkan subjek Bahasa Melayu dengan pekerjaan atau kehidupan; (2)
Murid berupaya memindahkan kemahiran; (3) Murid mampu mengaitkan
kandungan subjek Bahasa Melayu dengan pengalaman seharian; (4) Murid
dapat belajar secara bekerjasama; (5) Murid boleh menguasai hal-hal yang
abstrak melalui pengalaman konkrit; (6) Murid berupaya untuk meneroka
dan mencari maklumat dan mendapatkan buktinya; (7) Guru Bahasa
Melayu dapat menjadikan atau merealisasikan pengajaran Bahasa Melayu
sebagai satu pengalaman yang berjaya; (8) Guru Bahasa Melayu mampu
mengaitkan prinsip-prinsip subjek Bahasa Melayu dengan dunia pekerjaan;
(9) Guru Bahasa Melayu boleh menjadi penghubung antara pihak akdemik
dan vokasional atau industri; (10) Industri dapat menerima tenaga kerja
yangberpotensiuntukdilatihataudilatihsemulasecaraberkesanmengikut
keperluan; dan (11) Industri dapat menjadi rakan kongsi dalam pendidikan
Bahasa Melayu.
Sebagai kesimpulannya, pendekatan pembelajaran secara kontekstual
ini dapat membina keyakinan diri kerana murid mampu untuk memahami
perhubungan antara teori dan amalan. Malahan, pembelajaran secara
kontekstual juga mampu membina pendekatan kerja secara kumpulan
demi menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan lagi, sehubungan dengan
hal ini, sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara
akademik dan alam pekerjaan. Dengan demikian, peranan yang dimainkan
oleh sekolah itu akan mendapat sokongan dan dokongan industri. Hal ini
bermakna bahawa pendekatan pembelajaran secara kontekstual akhirnya
dapat membina asas yang kukuh bagi sumber tenaga kerja mahir pada
masa akan datang demi menguatkan kedudukan negara di pentas dunia.
ATIKAN, 1(1) 2011
145
6. BENTUK PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
Pendekatan pembelajaran kontekstual ini mengambil kira proses
pembelajaran yang dilalui oleh murid. Proses pembelajaran yang baik dan
yangterancangakanmelaluisatuataulebihdaripadabentukpembelajaran,
iaitu yang dilambangkan dengan lima huruf sebagai berikut :
Pertama, R (Relating) bermaksud menghubung-kait, iaitu murid akan
belajar dalam konteks menghubung-kaitkan pengetahuan baru dengan
pengalaman hidupnya. Contohnya: Murid melakukan aktiviti mengutip
sampah di sekitar sekolah. Tujuannya adalah untuk menanam sikap cinta
akankebersihan.Melaluipengalamanseumpamaini,muridberupayauntuk
mengaitkanaktivitiyangdilakukanolehibubapanyatatkalamembersihkan
kawasan halaman atau tempat tinggal mereka pada setiap hari.
Kedua, E (Experiencing) bermaksud mengalami, iaitu murid akan belajar
dalam konteks penerokaan, penemuan, dan reka cipta. Contohnya: Murid
dibawa ke sebuah makmal untuk menyaksikan demontrasi dan membuat
latihan amali, iaitu menyambung wayar kepada plig tiga pin. Pengalaman
ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug tiga pin
sterika tertanggal.
Ketiga, A (Applying) bermaksud mengaplikasi, iaitu murid akan belajar
dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan
dalam situasi lain. Contohnya: Murid mempelajari teori dan konsep tuas.
Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu dengan
situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tetapi tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan
konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkannya
menukar tayar.
Keempat, C (Cooperating) bermaksud bekerjasama, iaitu murid
akan belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan
berkomunikasi. Contohnya: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang
memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan
masing-masing. Hasil yang diperoleh adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama.
Kelima, T (Transfering) bermaksud memindahkan, iaitu murid akan
belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan
atau membina daripada apa yang telah diketahui. Contohnya: Murid
mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan
Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi tiga
NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
146
7. bersisi 3M, 4M, dan 5M untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti
mengecat garisan gelanggang permainan (PPK, 2001e:29-31).
Daripada lima bentuk yang dinyatakan tadi, dapatlah dirumuskan
bahawa dalam proses pembelajaran secara kontekstual ini, objektif
pembelajaran dapat dicapai sekiranya kelima-lima bentuk itu dihubung-
kaitkan oleh murid dengan pengalaman dan persekitaran. Dengan yang
demikian, segala yang diajar oleh guru akan dapat dimanfaatkannya
dengan cara mengaitkan pelajaran yang dipelajari dan mengaplikasikannya
kepada situasi lain.
STRATEGI PENDEKATAN DAN PERBANDINGAN
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
DENGAN YANG TRADISIONAL
Dalam pendekatan pembelajaran kontekstual, strategi pengajaran dan
pembelajaran mestilah memenuhi empat keperluan yang berikut, iaitu:
i. Motivasi:
Pengenalan
Isu perbincangan
Alat bantu mengajar
ii. Pemahaman:
Penerangan konsep dan perbincangan kelas
Bacaan
Contoh kajian
iii. Kemahiran:
Aktiviti hands-on dan yang dapat mencetuskan daya fikir (minds-on)
Penyelesaian masalah
iv. Penilaian:
Ingat kembali fakta utama
Penilaian kemajuan (PPK, 2001e).
Kesimpulannya bermakna bahawa strategi pendekatan pembelajaran
secara kontekstual perlu melalui empat keperluan tersebut. Kebolehan
murid membuat aktiviti hands-on dan minds-on merupakan asas dalam
pendekatan ini. Malah, gabungan kedua-dua aktiviti tersebut akan
mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan proses pembelajaran
melalui pendekatan kontekstual ini sebagai suatu aktiviti yang bermakna
kepada mereka.
Dalam pada itu, untuk membuat perbandingan antara pendekatan
pembelajaran kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional,
beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya ialah objektif, peranan
ATIKAN, 1(1) 2011
147
8. guru, peranan murid, isi kandungan, kaedah, dan penilaian. Apabila
dianalisis kedua-dua pendekatan pembelajaran itu, nyatalah terdapat
perbezaan yang ketara. Hal ini kerana beberapa sebab:
Pertama, pendekatan pembelajaran secara kontekstual memberi
tumpuan kepada murid. Hal ini kerana murid aktif mencari dan membina
maklumatmelaluiaktivitiyangsebenardalamkehidupanharian.Sedangkan,
dalam pendekatan pembelajaran secara tradisional, murid bersifat pasif,
iaitu sebagai penerima maklumat melalui syarahan dan pembacaan.
Kedua, objektif pembelajaran secara kontekstual dapat dicapai dengan
lebih cepat. Hal ini kerana murid mencari, membina, dan mengaplikasikan
maklumat kepada dunia sebenar. Sedangkan, dalam pendekatan
pembelajaran secara tradisional, objektifnya hanyalah memindahkan
maklumat.
Ketiga, peranan guru dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah
sebagaipembimbingdanmentor;manakaladalampendekatanpembelajaran
tradisional, peranan guru ialah sebagai penyampai maklumat.
Keempat, isi kandungan dalam pendekatan pembelajaran kontekstual
ialah yang disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai; sebaliknya dalam
pendekatan pembelajaran tradisional, isi kandungannya disesuaikan untuk
kecerdasan Bahasa dan Logik-Matematik.
Kelima, kaedah dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah
yang bersifat inkuiri, penemuan, dan aplikasi; tetapi dalam pendekatan
pembelajaran tradisional, kaedahnya ialah syarahan dan soal-jawab.
Keenam, penilaian dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah
yang berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah,
contohnya ialah porfolio; sebaliknya dalam pendekatan pembelajaran
tradisional, penilaiannya ialah persoalan yang menguji fakta, contohnya
ialah ujian kertas dan pensil.
MATLAMAT DALAM PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
Setiap pendekatan, baik yang tradisional mahupun yang sedang
dibincangkan, yakni pendekatan pembelajaran kontekstual, ada
matlamatnya. Matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual adalah
untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Jadi, untuk mencapai matlamat
itu, beberapa perkara perlu diberi pertimbangan bagi melaksanakan
pembelajaran secara kontekstual dengan berkesan.
Pertama, semua pihak perlu bersetuju tentang apa yang dipelajari dan
bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Kedua, sokongan daripada
NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
148
9. organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu secara kontekstual. Ketiga, sokongan
luaran seperti sokongan pentadbir sekolah dan sokongan masyarakat
diperlukan bagi memberi galakan, semangat, dan roh untuk membantu
pembelajaran murid, pengajaran guru bagi mencapai dan mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Keempat, antara
perkara yang dikira penting dan perlu dipertimbangkan ialah komunikasi.
Hal ini kerana pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan
komunikasi yang berterusan pada kalangan murid, guru, ibu bapa, dan
masyarakat.
Di samping itu, maklum balas daripada murid ialah satu komponen
penting yang dapat mengukur sejauh mana keberkesanannya program
pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Demikian juga dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka
perlu memahami keadaan dan pendekatan, kaedah pengajaran yang
terkini dan bersedia untuk memberi sepenuh-penuh komitmen dan
sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran secara
kontekstual.
Berbalik kepada pengajaran guru, beberapa perkara yang ada
hubungannya dengan bidang ini juga perlu diberi pertimbangan.
Antaranya ialah kurikulum, suasana bilik darjah, persekitaran luar sekolah,
teks dan bahan sokongan, dan penilaian. Sehubungan dengan itu, dalam
aspek kurikulum, ada beberapa perkara yang guru Bahasa Melayu perlu
memahaminya.
Pertama, bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan
dengankaedahpembelajarankontekstual.Kedua,strategipengajaranbaru
perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator.
Ketiga, maklumat tentang hubung-kait antara kurikulum dengan individu,
masyarakat, khususnya alam pekerjaan, perlu disediakan. Keempat,
kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual
hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Kelima, disiplin tradisional
hendaklah diubah-suai dalam konteks yang bermakna.
Dalam aspek teks dan bahan sokongan, guru Bahasa Melayu mestilah
bersedia untuk mengadakan teks dan bahan sokongan yang pelbagai-
bagai. Seterusnya, dalam aspek suasana bilik darjah, guru Bahasa Melayu
hendaklah peka bahawa dia perlu menggalakkan suasana pembelajaran
koperatif pada kalangan murid. Malahan, dia mesti jelas bahawa
pendekatan pembelajaran kontekstual memerlukan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Jadi, dia patut mengelakkan
aktiviti pengajaran yang berpusatkan guru. Seterusnya, dia hendaklah
ATIKAN, 1(1) 2011
149
10. senantiasabersediauntukmengubah-suaibilikdarjahagarmurid-muridnya
boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan.
Dalam aspek persekitaran luar sekolah, guru Bahasa Melayu hendaklah
mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya, jika sekolah yang
ditempatkannya itu sekolah luar bandar, maka dalam pengajarannya
hendaklah menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.
Manakala dalam aspek penilaian, guru Bahasa Melayu hendaklah
bersedia untuk merangka cara penilaian yang pelbagai-bagai dan adil demi
membantu murid untuk menguasai pembelajaran.
Pendekatan pembelajaran kontekstual ini menggariskan pula bahawa
sokongan pentadbiran sekolah itu penting kerana tanpa sokongan
mereka tidak akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Jadi, untuk menjayakannya, maka sokongan pentadbiran
sekolah diperlukan dalam beberapa perkara, iaitu perkembanagan staf,
kepimpinan, kewangan, infrastruktur, dan masa.
Bagi perkembangan staf, guru perlu diberi latihan atau kursus
untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan
mempraktikkannya dalam bilik darjah. Malah, guru perlu peka tentang
persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalamaspekinfrastruktur,kemudahanbilikaktiviti,makmal,biliktayang,
perkakasan komputer dan perisian, serta peralatan lain perlu disediakan
untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal kewangan pula, peruntukan kewangan yang mencukupi
mestilah disediakan. Demikian juga dengan kepimpinan, sokongan, dan
dorongan daripada pihak pentadbir amat diperlukan agar guru Bahasa
Melayu boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
kontekstual dengan berkesan. Begitu juga dengan masa, jadual waktu
perlulah fleksibel supaya masa yang mencukupi dapat menjayakan aktiviti
seperti yang dirancangkan.
Selainitu,sokonganmasyarakatpentingkeranatanpasokonganmereka
tidak akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Sokongan masyarakat ini meliputi sokongan teknikal dan kewangan,
penyediaan situasi tempat kerja sebenar, dan kerjasama masyarakat
dan sekolah. Sokongan masyarakat sebenarnya dapat mewujudkan
dan menjalinkan hubungan rapat antara Kementerian Pelajaran dengan
industri. Hubungan ini penting bagi mendapatkan sokongan teknikal,
kewangan, dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang
alam pekerjaan.
NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
150
11. Di samping itu, murid memerlukan pengalaman hands-on. Pengalaman
di industri ini ditimba mereka dengan cara bekerja atau membuat latihan
amali dalam situasi tempat kerja sebenar. Selain itu, masyarakat perlu
bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memberi sumbangan
dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum.
PENUTUP
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran
kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru,
kerjasamasemuapihak,daninteraksiantarakurikulum,kaedahpengajaran,
situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan
penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi
merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan
itu, semua pihak – sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, dan
masyarakat – perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu
akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun
begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada
kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan.
Bibliografi
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005a). Citra KOMSAS. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI
[Universiti Pendidikan Sultan Idris].
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005b). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran
Tatabahasa. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris].
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007a). KOMSAS dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan
Guru. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007b). KOMSAS Pegangan Teras Keterampilan. Kuala
Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001a). Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001b). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001c). Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
ATIKAN, 1(1) 2011
151
12. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001d). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001e). Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saedah Siraj. (2011). Kajian Masa Depan dalam Pengembangan Kurikulum. Bandung,
Indonesia: Pustaka Cendekia Utama.
NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
152