KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM

le

  • 3,779 vues

 

Statistiques

Vues

Total des vues
3,779
Vues sur SlideShare
3,779
Vues externes
0

Actions

J'aime
4
Téléchargements
227
Commentaires
0

0 Ajouts 0

No embeds

Accessibilité

Catégories

Détails de l'import

Uploaded via as Microsoft Word

Droits d'utilisation

© Tous droits réservés

Report content

Signalé comme inapproprié Signaler comme inapproprié
Signaler comme inapproprié

Indiquez la raison pour laquelle vous avez signalé cette présentation comme n'étant pas appropriée.

Annuler
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
Poster un commentaire
Modifier votre commentaire

KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM Document Transcript

  • 1. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS1.0 PENGENALAN1.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagaikeperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknikyang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan sumber danperalatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satubentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluankhas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khususyang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkn memerlukanpenggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend(2005) menyatakanpendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluankanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, dihospital atau di institusi lain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakansatu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yangberkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskankehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yangseimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.J 43404/J 43886 1
  • 2. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASKanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluankhas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupunkanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi digunakan pada masa kini atas faktorsensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori,keupayaan komunikasi, tingkahlakusosial, ataupun ciri-ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini ini adalah mencapai tahap yang manakanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatanpendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum.MenurutKirk(1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluanbagi mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian, bantuan yang disediakan olehsekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar pendidikan khas.Pendidikan khasadalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluankhas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi membantu murid keperluan khas bagi mencapaitahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan olehsemua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran baharuyang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976) dalam bukunyaChild Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat mendalam sehingga tidakdapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi kriteria yang diharapkan iaitu anakyang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun, reaksi ibu bapa akan semakin berubahkepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka.J 43404/J 43886 2
  • 3. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadapkehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapat menerimakehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidup bahawa anakmereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha menjalani pemulihansebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap perkembangan anak-anakmereka (Ashman & Elkin 1998). Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasan mobilitinyamerujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana atauberat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagimengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semuaaspek (Hashim Omar 1991). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasibgolongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan khasdan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalahpembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawabKementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti sindrom Down, Autisme ringan, AttentionDeficit Hyperaktif Disorder, terencat akal minimum termasuklah masalah mental Carebral Palsy,bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan kepadaperkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang merekamiliki (Mohd Dan, 2007).J 43404/J 43886 3
  • 4. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Anak istimewa Sindrom Down merupakan salah satu daripada kumpulan sasaranprogram pembangunan sosial . Kerajaan amat komited dalam membantu mereka supaya dapatmenjalani kehidupan normal sama seperti orang lain.Mereka juga ingin mendapat peluang yangsama dari segi ekonomi dan sosial serta dapat bersama menikmati arus pembangunannegara.Namun untuk mencapai hasrat ini, mereka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.(Datuk Dr, Fong Chan Onn, 2001) Tanggapan orang ramai bahawa kanak-kanak Sindrom Down adalah beban kepadamasyarakat kerana kelemahan mereka dalam berfikir(kognitif) serta mengawal pergerakan ataumemproses maklumat perlu dikikis.Masyarakat beranggapan, anak-anak istimewa sindromDown tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara malah akan memberikan bebankepada negara untuk menyedikan segala keperluan kepada mereka. Corak pemikiran sebeginimelanggar aspirasi melahirkan masyarakat penyayang yang prihatin dalam membantu OrangKurang Upaya(OKU). Masyarakat hendaklah mamahami kanak-kanak istimewa mempunyaiimpian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan social, ekonomi dan politik selepasmereka meninggalkan bangku sekolah( Mohd.Sharani 2004). Ibu bapa perlu merancang kerjaya mereka pada masa depan. Pemilihan kerjaya adalahperkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corakkehidupan serta taraf hidup seseorang. Orang Kurang Upaya(OKU) seperti sindrom Down jugamemerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhikeperluan dalam kehidupan mereka.Namun begitu, disebabkan tahap pendidikan yang diterimaoleh anak istimewa sindrom Down ini berada pada tahap yang rendah menyebabakan merekasukar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.Hal ini turut disokong oleh Ramlee &J 43404/J 43886 4
  • 5. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASNorani,2007 yang berpendapat Pendidikan bagi Orang Kurang Upaya masih lagi rendah dantidak lagi relevan dengan pasaran kerja semasa.Bidang kemahiran mestilah diterapkan dalampembelajaran anak-anak intimewa ibi bagi memastikan anak- anak istimewa ini mandapatpeluang dalam pekerjaan. Hal ini disokong oleh (McConkey,1998; Walls et al.,1997; Clark et.al,1994; Edgar,1992), yang berpendapat Kurikulum Vokasional pelajar masalah pembelajaran jugaharus member focus dalam pemilihan bidang kemahiran hidup di samping penekanan aspeklatihan di tempat kerja (on the job training)sebagai cara member lebih peluang kepada anakistimewa untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan mereka kelak.2.0 DEFINISI SINDROM DOWN Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiransebahagian atau kesemua kromosom 21.Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doctorBritish yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1886.Keadaan ini bercirikangabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan.Sering kali sindrom down dikaitkandengan kelemahan keupayaan berfikir dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakanmuka.Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yanglebih tinggi untuk melahirkan anak sindrom Down.Sembilan puluh lima peratus Sindrom Downdisebabkan oleh kelebihan kromosom 21.Keadaan ini disebabkan oleh „non-dysjunction”kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 di mana semasa proses pembahagian selsecara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Dikalangan 5% lagikanak-kanak sindrom Down disebabkan oleh mekanisme yang dinamakan “Translocation”.J 43404/J 43886 5
  • 6. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASKeadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari kromosom 14 kepadakromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46kromosom.Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu yang lebih muda.Sebahagian kecilSindrom Down disebabkan oleh mekanisme yang dinamakan „mosaic”.2.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWNKanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai fizikal yang unik iaitu:1)Sifat pada muka kepala dan leher Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama sepertimuka orang mongol.Pangkal hidungnya kemek.jarak di antara 2 mata jauh dan berlebihan kulitdi sudut dalam.Saiz mulut dalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah terjelir.Pertumbuhan gugi lambat dan tidak teratur.Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanyalebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.J 43404/J 43886 6
  • 7. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS2)Sifat pada tangan dan lengan Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyaijari-ajari pendek dan jari kelingking mrmbengkok ke dalam.Tapak tangan mereka biasanyahanya terdapat satu garisan urat dinamakan “simian crease”.3)Sifat pada kaki Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan kakikedua agak jauh terpisah dan tapak kakiJ 43404/J 43886 7
  • 8. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS4)Sifat pada otot Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemahmenyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembanganmotor kasar.2.2 Masalah yang berkaitan dengan Sindrom Down Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ –organdalaman terutama sekali jantung dan usus seperti masalah jantung, masalah usus, masalahperubatan yang lain dan masalah perkembangan pembelajaran. 1) Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan kanan.Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis yang berkekalan.bagi kanak-kanak Sindrom Down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cyanotic spell) dan susah bernafas. 2) Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti salur esophagus yang tidak terbuka(atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esophagus.J 43404/J 43886 8
  • 9. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Biasanya ia dapat dikesan semasa berumur 1-2 hari di mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukakan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir.Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan system saraf yang tidak normal di bahagian rectum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.Salur usu rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirhprung Disease”. Keadaan ini disebabkan system saraf yang tidak normal di bahagian rectum. 3) Masalah perubatan yang lain di mana kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang horman tairoid.Masalah ini berlaku di kalangan 10 % kanak-kanak Sindrom Down.Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) di mana ianya berlaku dikalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia. 4) Masalah perkembangan pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down ini secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal.Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lamabat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap.Perkembangan social mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga.Mereka juga mempunyai sifat periang.Perkembangan motor kasar merekaJ 43404/J 43886 9
  • 10. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya Berjaya melakukan hamper semua pergerakkan kasar.3.0 KAJIAN KES Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Kajian yang kamilakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak.Sekolah tersebut mempunyai kelas murid-murid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalah pembelajaraan.Sekolahtersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7 orang pembantu pengurusanmurid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan sebagaicontoh, Sindrom Down,Autisme,Disleksia dan Masalah Pembelajaran.Selebihnya pelajar yangdiinklusifkan separa iaitu seramai seorang.3.1 TUJUAN KAJIAN Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis-jenisketidakupayaan kanak-kanak tersebut.Sebelum menjalankan kajian kami telah menyediakansenarai semak atau instrumen diagnostik mengenai ketidakupayaan –ketidakupayaan tertentubagi mengetahui apakah ketidakupayaan murid tersebut.Sebagai contoh,masalah pembelajaranSindrom Down.Apakah ciri-ciri yang boleh dikatakan seseorang itu mempunyai masalahpembelajaran Sindrom Down.Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang dimiliki, seseorang itu akandikenalpasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami. Selain itu, kajian dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap pencapaianseseorang kanak-kanak itu.Penilaian pencapaian ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti latihanJ 43404/J 43886 10
  • 11. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASyang telah diberikan oleh guru-guru.Penilaian pencapaian yang dijalankan membolehkan guru-guru menilai kebolehan seseorang murid dan mengetahui kelemahan serta kekuatan murid.Inipenting bagi guru-guru untuk membolehkan guru-guru menyediakan Rancangan PendidikanIndividu(RPI) yang sesuai. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai tingkah laku, mental dan emosikanak-kanak yang berkeperluan khas.Sebagai yang kita ketahui mereka mempunyai sifat dansikap yang berbeza dengan murid-murid normal yang lain.Maklumat yang diperolehi dapatmembantu sseorang guru itu untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah tingkahlaku, emosidan mental kanak-kanak berkeperluan khas.Hal ini kerana, masalah-masalah ini memerlukancara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar murid-murid khas.3.2 KAEDAH KAJIAN(LAMPIRAN 1) Dalam kajian yang telah kami jalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah kamigunakan.Kaedah-kaedah ini dapat membantu kami dalam menjalankan kajian sertamelengkapkan laporan ini.Di sini kami telah menggunakan 3 kaedah iaitu: Pertama, kaedah temubual.Kami telah menemubual beberapa orang guru pendidikan khasdan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh murid yang dikaji.Selain itu, kami juga sempat menemubual bapamurid berkenaan yang mana bapanya merupakan Pengerusi Persatuan Ibu bapa PPKI.Namunbegitu, apa yang kami dapati guru-guru lebih mengetahui masalah murid tersebut.Tambahanpula, guru mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang pendidikan khas ini.Berdasarkantemubual yang telah dijalankan, kami dapati banyak maklumat yang diperoleh dan mudah untukdifahami.J 43404/J 43886 11
  • 12. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kedua, kami telah menggunakan kaedah soal selidik.Soal selidik telah diedarkan kepadaguru-guru pendidikan khas disekolah tersebut bagi mengisi maklumat-maklumat yang berkaitandengan murid yang dikaji.Ini memudahkan lagi tugasan kami untuk menganalisis serta mengenalpasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami oleh murid tersebut. Ketiga, kami telah melakukan kaedah pemerhatian.Pemerhatian telah dilakukan denganmelihat segala perbuatan atau tingkahlaku murid yang dikaji.Pemerhatian yang dilakukan adalahuntuk mengenal pasti sama ada murid tersebut bergaul dengan orang lain ataupun tidak.Melaluikaedah ini juga kita dapat melihat kelima-lima aspek perkembangan murid yang dikaji.Aspekyang dimaksudkan ialah kognitif, kemahiran komunikasi,kemahiran motor,sosial ,emosi danpengurusan dirinya.3.3 PENILAIAN PENGESANAN Langkah pertama yang kami jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaanadik Luqman.Jadi untuk mengenal pasti kami telah menggunakan penilaianpengesanan.Sebagaimana yang diketahui, penilaian pengesanan merupakan penilaian yang tidakformal yang dilakukan dengan cara pemerhatian.Melalui pemerhatian tersebut, kita dapatmenyenaraikan tingkah laku serta tanda-tanda ketidakupayaannya.Sewaktu kali pertama melihatadik Luqman, kami berpendapat adik Luqman bermasalah Sindrom Down.Jadi, untukmeneguhkan lagi pendapat, kami telah menggunakan senarai semak yang berkaitan dengan ciri-ciri masalah sindrom Down. Terdapat lima kategori yang dicirikan sebagai Sindrom Down iaitu bahagian kepala.muka dan leher, bahagian tangan dan lengan, bahagian kaki, bahagian otot dan bahagianJ 43404/J 43886 12
  • 13. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASbadan.Setelah menjalankan pengesanan terhadap adik Luqman didapati bahagian kepalanya lebihkecil dan agak leper pada bahagian belakang.Bagi ciri seterusnya jarak antara 2 mata jauh danmatanya juga sepet.Selain itu, paras telinga adik Luqman adalah rendah dan adik Luqmanmempunyai telinga yang agak kecil.Pipinya juga agak tembam dan mempunyai pangkal hidungyang sedikit kemek.Saiz mulut adik Luqman adalah kecil dan kelihatan lidahnya lebih besar dankadang-kadang terjelir keluar.Pertumbuhan giginya juga tidak teratur dan agak lambatberbanding pelajar lain.Pada bahagian lehernya juga adik Luqman mempunyai leher yang agakpendek dan besar. Ciri-ciri yang seterusnya ialah adik Luqman mempunyai jari-jemari yang pendek dankelihatn kontot.Jari kelingking adik Luqman membengkok ke dalam.Jadi sudah jelasmembuktikan adik Luqman mempunyai masalah Sindrom Down.Adik Luqman juga mempunyaiketinggian tubuh yang badan yang rendah serta perutnya kelihatan membonjol keluar.Namunbegitu, adik Luqman tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk dan sebarang masalahperubatan seperti masalah usus dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan SindromDown.Walaupun adik Luqman mempunyai masalah jantung berlubang tetapi keadaannya telahsemakin baik(seperti lampiran).Kehadiran adik Luqman ke sekolah amat baik dan inimenunjukkan bahawa adik Luqman jarang mendapat penyakit. Jadi kesimpulannya,penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas adik Luqmanmendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Sindrom Down. Inidikukuhkan lagi dengan melihat laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Perubatandan Kesihatan Hospital Selayang.(seperti LAMPIRAN 2)J 43404/J 43886 13
  • 14. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS3.4 PENILAIAN PERKEMBANGAN Penilaian perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secaraberterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi oleh faktor bakadan persekitaran.Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap perkembanganseseorang kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif, social,emosi,,motor,yang terdiridaripada motor halus dan kasar, bahasa dan komunikasi.Sekiranya seseorang kanak-kanak atauindividu itu tidak berupaya berkembang secara normal, guru-guru boleh serta harus menjalankanproses intervensi awal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahapumurnya walaupun tidak sepenuhnya.J 43404/J 43886 14
  • 15. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS4.0 PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK 1. Nama : KU MUHAMMAD LUQMAN AL HAQEEM B. KU AZLAN 2. Jantina : LELAKI 3. Bangsa : MELAYU 4. Agama : ISLAM 5. Tarikh Lahir : 22 OKTOBER 2002 6. No.Surat Beranak : BC 49112 7. Bil.Adik Beradik : 3 ORANG 8. Anak Ke : KETIGA 9. Nama Bapa : KU AZLAN BIN HJ KU BAHADIN 10. Pekerjaan Bapa : PENGURUS 11. Nama Ibu : ROSMINAH AZMAN BT KAMARULZAMAN 12. Pekerjaan Ibu : SENIOR OFFICER 13. Alamat Rumah : NO. 4 JLN SG 1/11, TAMAN SERI GOMBAK, 68100, BATU CAVES, SELANGOR.J 43404/J 43886 15
  • 16. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS5.0 CIRI –CIRI KANAK –KANAK BERKEPERLUAN KHAS YANG DIPILIH5.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal respondan tersebut seperti kanak-kanak lain yang normal.Tidakada tanda-tanda yang menunjukkan perkembangannya yang lambat atau terencat dari segi beratbadan juga bertambah mengikut kadar yang diharapkan seperti kanak-kanak normal.Hingga kinitumbesaran fizikalnya adalah lebih ketara dengan menunjukkan ketinggian dan perkembanganbadan yang besar.Kekuatan tenaga fizikal yang ditunjukkan adalah lebih daripada pelajar-pelajarnormal.Faktor-faktor makanan yang diberikan kepada murid tersebut menyumbang kepadapertumbuhan fizikal yang baik.Keistimewaan pelajar ini adalah mempunyai wajah keanak-anakan.Dalam kontek ini teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah berasaskan kepadakematangan biologi iaitu perubahan-perubahan biologi adalah telah diprogramkan oleh gendalam setiap individu.Ianya berlaku secara normal kecuali disebabkan olek kebuluran ataudeprivasi.5.2 PERKEMBANGAN INTELEK Memandangkan murid ini sudah berada di sekolah selama 4 tahun oleh itu, sebarangsebutan objek atau sebarang perkataan yang mudah adalah agak jelas dan meyakinkan parapendengar.Murid ini boleh memahami setiap arahan yang mudah apabila diberikan oleh guru danini memudahkan guru untuk mengajarnya.Kekerapan perbualannya dengan rakan-rakan sebayadapat menyumbang perbendaharaan kata yang baik.Bahasa yang digunakan oleh ibu bapa muridjuga dapat membantu atau memberi kesan yang positif kepada murid.Dalam hal ini, pemikiranJ 43404/J 43886 16
  • 17. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASkanak-kanak untuk memahami dunia bahasa sangat bergantung kepada aktiviti-aktiviti sensoridan motor seperti melihat, mendengar, menggerak, menyentuh dan merasa.Perkembangan darimasa ke semasa dapat dilihat dengan jelas apabila guru melakukan penilaian kepada murid ini.5.3 PERKEMBANGAN EMOSI Murid ini menunjukkan perkembangan emosi yang baik dan stabil. Ini jelas dapat dilihatapabila reaksi wajah yang sentiasa ceria dalam jangka waktu sepanjang berada di sekolah.Hanyasekali sekala akan menunjukkan kemurungan jika tiada respon daripada guru mengenai sesuatuyang dirasakan menjadi perhatiannya dan apa yang dilakukan adalah benar baginya.Dalam haldemikian,Piaget mengklasifikasikan pelajar ini sebagai egosentrisme. Sentiasa dalam keadaanseronok dan selesa dengan semua aktiviti yang dijalankan bersama rakan-rakansekelasnya.Kadang kala akan bercakap-cakap sendiri dengan jelas jika rakan-rakan lainmemperolehi sesuatu benda sedangkan dia tidak memperolehinya.Dalam situasi demikian,tahapformal umur 12 tahun ke atas berlaku pada murid ini. Emosi yang stabil bagi murid ini, mungkinjuga disebabkan oleh keadaan persekitaran di sekolah yang mana murid ini sudah mengenalirakan-rakan, guru dan begitu selesa dengan keadaannya.5.4 PERKEMBANGAN SOSIAL Perkembangan sosial murid ini begitu baik dan sempurna mengikut perkembangankognitifnya. Murid ini sangat mudah mesra terutama dengan rakan-rakan sekelasnya.Gemarberpegang tangan dengan rakannya.Sangat mudah didekati walaupun pertama kali berjumpadengannya.Kemesraan dapat dilihat dengan jelas terutama dengan guru-guru yangmengajarnya.Murid ini amat mudah menerima arahan yang diberikan dan dapat melakukan apasahaja arahan yang mudah dengan pantas.Jelaslah di sini murid ini mempunyai perkembanganJ 43404/J 43886 17
  • 18. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASsosial yang amat baik sekali.Jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa sememangnya muridini jauh ketinggalan tetapi jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekelasnya yang lainmenunjukkan perkembangan yang amat ketara sekali.5.4 PERKEMBANGAN MOTOR KASAR(LAMPIRAN 3) Menurut senarai semak yang dijalankan adik Luqman dapat melakukan banyakperkara.Dapat dilihat di sini adik Luqman mampu melakukan banyak aktiviti yang melibatkanpergerakkan motor kasar.(seperti lampiran).Di sekolah adik Luqman selalu membersihkankelasnya , menyapu dan mengutip sampah.Bukan itu sahaja walaupun adik Luqman mempunyaimasalah sindrom Down tetapi dia mempunyai perkembangan motor kasar seperti kebanyakkanrakan-rakan yang lain.Sewaktu di dalam kelas adik Luqman sering juga membantu guru untukmembersihkan papan putih serta menyusun buku-buku atas rak.Melalui pemerhatian kami,dengan mudah adik Luqman dengan mudah dapat membersihkan papan putih.Otot tangannyaagak kuat kerana dik Luqman dapat menyusun buku-buku di atas rak dengan kemas.Jadikesimpulannya perkembangan motor kasar adik Luqman amat baik dan kami merasakan bahawaadik Luqman dapat melakukan aktiviti lebih baik daripada itu berdasar senarai semak yangdibuat.5.5 PERKEMBANGAN MOTOR HALUS Berdasarkan senarai semak yang dirujuk ,adik Luqman mampu menggunakan gunting,melukis, ,memegang pensel dengan baik serta boleh melakukan pergerakkan motor halus sepertimenguli tanah liat,, menampal gambar, memutar pili air,memasukkan bentuk ke dalamacuan,membaling bola dan sebagainya.(seperti lampiran)Menurut gurunya adik Luqman akanJ 43404/J 43886 18
  • 19. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASdilatih ke arah kemahiran memandangkan adik Luqman merupakan murid Sindrom Down5.6 ADAPTASI DENGAN PERSEKITARAN. Didapati murid ini mendapat kasih-sayang yang sepenunya daripada keluarga .Dua orangadik-beradiknya yang lain turut memberi perhatian di samping ayah dan ibunya.Aktiviti-aktivitilazim iaitu membantu ibu bapa di rumah dapat di lihat dengan jelas apabila turut membantuguru-guru di sekolah.Sangat manja dengan keluarga kerana belaian yang diberikan oleh semuaahli keluarga menjadikan murid ini stabil dari segi emosinya.Kasih sayang cukup untuk murid inihidup dengan gembira.Murid ini aktif apabila guru memberi pujian dan sokongan kepada setiapperkara yang dilakukan.Sikapnya dengan rakan sebaya juga positif.Tahu peraturan yang perludipatuhi.Memberi respon kepada teguran guru jika menunjukkan tingkah laku yang kurangbaik.Sekali sekala menunjukkan isyarat guru perlu dekat dengannya jika membuat aktiviti didalam kelas.Dalam kes murid ini ,penggunaan simbol oleh guru dalam aktiviti pembelajaranadalah satu perkara yang mustahak di mana ianya agak mudah untuk difahami.Inilah yangberlaku kepada murid ini.Menurut gurunya jika murid-murid Sindrom Down ini belajar denganmenggunakan alatan maka reaksi mereka amat ketara sekali di mana mereka kelihatan begituceria dan seronok untuk belajar.J 43404/J 43886 19
  • 20. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS6.0 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANGDITERIMA.6.1 Perkhidmatan Pendidikan (Kelas Khas)1)Terapi Berkuda Tempat :Rawang(Jelalang Warisan) Masa : Setahun 2 kali mengikut kesesuaian. Tujuan : Terapi untuk tulang belakang,Postur badan,Kawalan mental dan keseimbangan tubuh Tubuh badan(Dengan bimbingan guru)2)Lawatan Sosial Contoh : 1)Tempat:Petrosains(KLCC) Tujuan : Komunikasi dan social(pendedahan pada persekitaran) 2)Kilang Roti High 5 Tujuan : Memahami aktiviti yang dijalankan(Pengurusan diri)3)Terapi Air(alat Noodle) Tempat : Temple Park Tujuan : Kekuatan pergelangan tangan /Fokus saikomotor mata dan tangan. Masa : 2 kali setahun (Di bawah bimbingan Carolina Binti Wan Hassan)4)Terapi Bowling Tujuan :Lenturan badan , focus mental dan koordinasi.(Pertama kali diperkenalkan)6.2 Rancangan Pendidikan Khas.Tidak menerima sebarang Rancangan Pendidikan Khas di luar.J 43404/J 43886 20
  • 21. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS6.3 .Rancangan Pendidikan Individu(RPI)(Lampiran 4) Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri.Dalam programtersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanaktersebut(Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu sejarah dan perkembangan RancanganPendidikan Individu(RPI) bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satuakta yang dikuatkuasa dari segi perundanganSeterusnya RPI menjadi panduan dibeberapa buahnegara termasuk negara kita Malaysia.dalam melaksanakan RPI murid-murid Khas perlumempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti:1)Tahap pencapaian murid yang terkini.2)Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.3)Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkahberurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan4)Jenis pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid.5)Jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.6)Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.7)Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.J 43404/J 43886 21
  • 22. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Rancangan Pendidikan Individu bagi subjek contoh komponen Bahasa Malaysia dantingkah laku (boleh di lihat seperti dalam lampiran). Kesimpulannya Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah rancangan programpenilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalamprogram pendidikan khas.7.0 PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKUPENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS DANSEBAGAINYA.(LAMPIRAN 5) Responden disifatkan sebagai murid yang berada pada tahap sederhana IQnya.Walaupunmurid ini kategori Sindrom Down, akan tetapi responden ini boleh mengikuti pengajaran danpembelajaran yang dijalankan oleh guru.Kekangan yang dihadapi oleh guru adalah sifattumpuannya dalam mendalami mahupun menjalankan kerja-kerja psikomotor.Responden tetapmenjalani pengajaran dan pembelajaran mengikut Rancangan Pengajaran Individu(RPI)yangdisediakan oleh guru.Melalui pemerhatian yang dibuat mengikut mata pelajaran,responden iniboleh mengikuti pembelajaran akan tetapi pada matapelajaran-matapelajaran tertentu sahaja.Halini disebabkan masalah tumpuan yang dihadapinya.Bagi matapelajaran Bahasa Melayu,responden didapati baik dalam penulisan.Responden dapat membuat penilaian denganmenggunakan bahan maujud dan kad imbasan. Biasanya setiap objektif yang dibuat ke atasresponden mencapai tahapnya dan guru akan beralih ke objektif yang baru.J 43404/J 43886 22
  • 23. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Seterusnya pemerhatian dibuat terhadap matapelajaran Matematik.Kelas tersebutmengandungi 6 orang murid .Apa yang dapat diperhatikan guru membuat pendekatan yang baikdalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan minat murid untukbelajar.Penggunaan bahan maujud dapat memainkan peranan kepada pengajaran danpembelajaran dalam kelas terutamanya murid yang amat memerlukan perhatian yang lebihdaripada seorang guru.Berdasarkan pemerhatian dan temuramah dengan guru Matematikdidapati responden boleh mengikuti p&p guru dengan baik. Responden sudah dapat mengira danmenulis nombor dari 1 hingga 20 dengan baik dan dapat mengenal nombor-nombortersebut.Keadaan ini menunjukkan bahawa responden sudah dapat menerima P&P guru.Gurunyajuga menggunakan pendekatan dua hala yang mampu menarik minat murid.Tambahan pula, gurusentiasa memastikan murid-muridnya berada dalam keadaan berminat untuk mengikutipembejaran.Cara guru Matematik mendekati murid juga merupakan faktor yang amat pentingbagi mencapai RPI yang dirancang oleh seseorang guru itu. Bagi matapelajaran Pendidikan Seni pula, melalui temubual secara tidak formal denganresponden didapati bahawa responden berminat dalam matapelajaran Pendidikan Seni.Minatresponden mendorongya untuk terus mengikuti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.Hasildaripada aktiviti yang dijalankan dalam kelas pendidikan seni didapati, lukisan, tampalan dansebagainya dilakukan oleh responden sangat baik dan kemas(seperti Lampiran)Masalah yangdihadapi oleh responden iaitu Sindrom Down sering dikaitkan dengan masalah pada kemahiranmotor halus dan motor kasar.Walau bagaimanapun, responden dapat menguasai kemahiranmotor halus dan motor kasar dengan kadar yang agak lambat.Namun masalah yang dihadapi olehresponden ini tidak menghalang untuk responden menguasai objektif pembelajaran denganbantuan dan tunjuk ajar daripada guru.J 43404/J 43886 23
  • 24. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kesimpulan berdasarkan pemerhatian,soalselidik dan temubual yang dijalankan didapatibahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dan keberkesananRancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk responden telah mencapaiobjektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru.Melalui laporan ini juga, makadapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakandalam proses pengajaran seterusnya kepada responden.8.0 PENUTUP Sepanjang membuat tugasan ini, kami telah belajar banyak perkara tentang PendidikanKhas.Sebelum ini, kami tidak tahu apa yang berlaku di dalam kelas Pendidikan Khas. Namun,selepas kami membuat tugasan ini, kami berasa amat bersyukur kerana dapat mengetahuipelbagai perkara terutama mengenai kajian kes kami iaitu murid Sindrom Down. Melalui kajianini kami dapat mengetahui ciri-ciri , tingkahlaku murid Sindrom Down dan pelbagai perkarayang berkaitan dengannya. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, murid yang dikaji iaitu adikLuqman, didapati murid ini memerlukan perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalan konteks inibukan sahaja di kelas malahan juga di rumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnyaakan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas dan dapat menguruskandirinya sendiri. Menurut gurunya di awal persekolahan adik Luqman langsung tidak tahu untukmembuat apa sahaja perkara- perkara terutamanya pengurusan diri. Walaubagaimanapun, ibubapa adik Luqman amat mengambil berat tentang anak mereka . Ayahnya juga merupakanseorang Pengerusi PIBG bagi Kelas Pendidikan Khas sekolahnya. Setelah empat tahunbersekolah didapati banyak perubahan telah berlaku kepada adik Luqman ini terutamanyatentang pengurusan diri.J 43404/J 43886 24
  • 25. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Para ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini ternyata perlu mempunyaisemangat yang kuat dan tidah mudah berputus asa. Ini kerana untuk menjaga kanak-kanakistimewa ini memerlukan kesabaran dan semangat yang kuat. Perkara ini sangat memberikesedaran kepada kami bahawa insan seperti adik Luqman ini haruslah diberi kasih sayang yangsecukupnya seperti kanak-kanak normal yang lain.Bukan sahaja guru tapi usaha daripada semuapihak penting untuk kebaikan mereka.Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu insanistimewa seperti adik Luqman ini.J 43404/J 43886 25
  • 26. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASRujukanJamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Selangor : PTSKauffman J.M Dan Hallahan D.P (2005) Special Education . New Jersey : Pearson Education , IncNorshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan. Bangi. Fakulti UKMYusuf Abdullah, Safani bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUMhttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PKU3101_Pengenalan_Kepada_Pendidikan_Khas.pdfhttp://www.scribd.com/doc/19010561/Rancangan-Pendidikan-Individu-Rpihttp://pmspk.moe.gov.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=35:sindrom-down&Itemid=152&lang=bmJ 43404/J 43886 26
  • 27. EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASBIBLIOGRAFIJ 43404/J 43886 27