1. Ini Amira.Amira seorang budak yang baik.Amira
berumur 9 tahun.Dia bersekolah di SK Taman Seri
Gombak.Bapanya bekerja sebagai doktor manakala
ibunya seorang guru.
1
2. Setiap hari Amira pergi ke sekolah bersama
dengan ibunya.Amira seorang murid yang rajin dan
berdisiplin. Amira dilantik menjadi pengawas di
sekolahnya kerana sikapnya yang rajin dan
berdisiplin.
Amira akan jalankan setiap tugas yang telah
diamanahkan kepadanya dengan bersungguh-
sungguh.Dia selalu menolong gurunya jika mereka
perlukan bantuan.
Glosari
Berdisiplin –patuh/taat pada undang-
undang
undang
2
3. Suatu hari,ketika Amira baru sahaja sampai
ke sekolah.Dia ternampak cikgu Zuliana membawa
banyak buku.Amira terus menuju ke arah cikgu
Zuliana. ”Boleh saya tolong cikgu?”tanya Amira.
”Terima kasih,Amira.Hantarkan buku ini ke bilik
guru,”kata cikgu Zuliana.Begitulah sikap Amira.Dia
akan menolong sesiapa dan dimana sahaja dia
berada.
Dalam pelajaran pula, Amira merupakan murid
yang cemerlang.Setiap kali peperiksaan , dia akan
mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.Ibu
dan ayahnya amat berbangga dengan
Amira.Walaupun Amira seorang murid yang pandai
tetapi dia tidak sombong dan bangga diri.Semua
guru dan kawan-kawan suka akan Amira.
Glosari
Bangga-rasa megah/besar hati
3
4. Amira ada seorang abang.Nama abangnya
Ammar.Ammar juga seorang budak yang pandai
dan rajin.Tahun ini Ammar akan menduduki
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Ammar selalu membuat ulangkaji di
rumah.Amira selalu bertanya kepada abangnya jika
dia tidak faham dalam pelajaran.Mereka saling
bantu membantu antara satu sama lain.
Glosari
Ulangkaji-mempelajari semula
4
5. Di rumah Amira selalu membantu ibunya.Pada
suatu petang,ibu Amira hendak menyediakan
makan malam.Amira ingin membantu ibunya.”Boleh
saya tolong, ibu?”tanya Amira. “Ya kamu boleh
tolong ibu,”jawab ibunya.
Glosari
Menyediakan-menyajikan
5
6. Amira pun menolong ibunya menghidangkan
makanan dan menyusun pinggan dan gelas di atas
meja.Setelah siap semuanya,mereka sekeluarga
makan bersama-sama.Selepas makan,Amira sekali
lagi akan menolong ibunya mencuci pinggan dan
gelas yang telah digunakan.Ibu Amira selalu memuji
Amira di atas sikapnya itu.
Glosari
Memuji-menyanjung/menghargai
6
7. Amira mempunyai seorang kawan.Namanya
Yuhana.Amira dan Yuhana berkawan baik.Mereka
selalu belajar dan bermain bersama-sama .
Setiap petang, Amira dan Yuhana akan bermain
di taman permainan yang berhampiran dengan
rumah mereka.Sebelum keluar bermain, mereka
berdua akan pastikan kerja rumah yang diberikan
oleh guru mereka disiapkan terlebih dahulu.
Suatu petang ,Amira hendak pergi ke taman
permainan bersama Yuhana.”Boleh saya pergi ke
padang permainan,ibu?”tanya Amira kepada
ibunya.”Boleh.Tetapi awak tidak boleh pergi
bersendirian,” kata ibu.
“Boleh saya pergi dengan Yuhana ?’’tanya
Amira lagi.”Ya, kamu boleh pergi dengannya,” kata
ibu.
Amira pun segera ke rumah Yuhana untuk
mengajaknya pergi bermain.
Glosori
Berhampiran -berdekatan
7
8. “Bolehkah awak ikut saya pergi ke padang
permainan?”tanya Amira kepada Yuhana. “Ya, saya
suka ke sana.Tapi saya mesti beritahu emak saya
dahulu,”kata Yuhana.
Yuhana pun pergi memberitahu emaknya.”Emak
benarkan saya pergi,Amira.Awak nak main
apa?”kata Yuhana.”Mari kita main buaian ,” kata
Amira.”Baiklah.Mari kita pergi,”kata Yuhana.
8
9. “Ramai kanak-kanak bermain di padang
permainan.mari kita bermain buaian dahulu,”kata
Amira.“Baiklah, mari kita main buaian,”kata
Yuhana.Amira duduk di atas buaian.Yuhana
menolak Amira.Buaian berayun-ayun.Buaian
berayun semakin laju.Mereka sangat gembira.
“Mari kita bermain papan gelongsor pula,”kata
Yuhana.Mereka naik ke atas papan gelongsor dan
gelongsor ke bawah sambil ketawa gembira.
Glosari
Berayun-bergoyang
9
10. Setelah hari hampir senja ,mereka pun berjalan
pulang ke rumah .Semasa dalam perjalanan mereka
berdua terdengar bunyi kucing mengiau.Mereka
pun segera mencari dari mana datangnya bunyi itu.
Setelah beberapa minit mencari ,akhirnya mereka
ternampak seekor kucing telah terjatuh ke dalam
longkang.Bulu badannya basah dan kotor sekali.
Amira segera turun ke dalam longkang untuk
menyelamatkan kucing itu. “Kesian kucing ini,kakinya
cedera dan kesejukkan,” kata Amira . “Ya,kesian,
mari kita bawa kucing ini pulang,”kataYuhana.
Mereka pun segera membawa kucing itu pulang ke
rumah.
Sampai sahaja di rumah Amira segera
memberitahu ibunya kejadian yang berlaku tadi. Ibu
Amira meminta kucing itu dibersihkan, kemudian
mengelap badan kucing yang kesejukkan itu.Mereka
sama-sama membantu untuk merawat luka pada
kaki kucing itu. Setelah selesai semuanya, Amira
memberi kucing itu minum susu.
Glosari
Senja-waktu hampir malam
10
11. Hari semakin gelap, Yuhana meminta diri untuk
pulang ke rumahnya. Ibu Amira memesan kepada
Yuhana supaya berhati-hati di jalan.”Terima kasih
,makcik ,”kata Yuhana.
Setelah beberapa hari, kaki kucing itu pun
sembuh. Amira sangat suka kepada kucing itu.Dia
meminta kebenaran daripada ibunya untuk
membela kucing itu.
”Ibu bolehkah saya membela kucing ini ?”tanya
Amira kepada ibunya.”Ya,kamu boleh membela
kucing itu,tetapi kamu hendaklah menjaganya
dengan baik,”kata ibu Amira.
Amira sangat sayang akan kucing itu. Amira
menamakan kucing itu Si Montel kerana badannya
yang montel. Si Montel sangat comel.
Glosari
Membela-memelihara
11
12. Si Montel sukakan bola. Amira membaling bola
dengan tangkasnya Si Montel mengejar bola.
“Amira, kucing itu sungguh comel.Boleh saya
bermain dengannya?”kata Yuhana.”Oh,boleh,mari
kita pergi membawa Si Montel ke taman.”kata
Amira. Apabila sampai di taman Yuhana membaling
bola .Bola melambung dan jatuh bergolek-golek. Si
Montel mengejar bola dan dapat menangkapnya.
“Si Montel sangat cerdik,”kata Yuhana.
Glosari
Membaling-melontar
12
13. Tiba-tiba, Si Montel nampak sesuatu di dalam
taman. Si Montel pergi dekat dengan pokok bunga.
Ada rama-rama di situ.Rama-rama sedang
terbang.Si Montel mengejar rama-rama. Si Montel
melompat dan berbunyi,”Meow,meow!”Si Montel
hendak menangkap rama-rama.Rama-rama sangat
takut.Rama-rama terbang tinggi.
Amira dan Yuhana gembira melihat gelagat
Si Montel yang tidak dapat menangkap rama-rama.
Mereka pun ketawa riang.
Glosari
Gelagat-tingkah laku
13
14. Selepas itu, Si Montel ternampak sesuatu pada
tembok.Ada seekor cicak di situ.Si Montel cuba
menangkap cicak.Si Montel melompat ke arah
cicak.Si Montel berbunyi, “Meow,meow!”.Cicak
terkejut lalu cicak berbunyi “Keeek, keeek!”Si Montel
sangat marah.Si Montel lari jauh-jauh.Amira dan
Yuhana ketawa.”
Si Montel sangat manja dan nakal,” kata
mereka.Begitulah setiap hari mereka berdua tidak
pernah jemu melayan kerenah Si Montel.
14
15. Begitulah cerita Si Amira Yang Cerdik Pandai.
Dia bukan sahaja seorang budak yang baik,rajin
malah saling menghormati, bantu-membantu serta
seorang yang penyayang. Daripada cerita di atas ,
nilai-nilai murni yang terdapat pada diri Amira
haruslah dicontohi oleh semua.
Glosari
Nilai Murni –perkara yang baik
15