SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
Pembudayaan Sains dan Jurnal PendidikanPendidikan35 - 45
                      Teknologi: Kesan 27 (2001) dan Latihan                 35

 Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan
                di Kalangan Belia di Malaysia

                               ROBIAH SIDIN
                               JURIAH LONG
                             KHALID ABDULLAH
                             PUTEH MOHAMED



                                   ABSTRAK

Tujuan kajian ialah untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan
tidak formal, berupaya mendidik dan melatih generasi muda untuk sains dan
teknologi di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada pelajar sekolah
menengah, pelatih di institusi-institusi kemahiran, guru dan pengajar mereka.
Umumnya, didapati para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan
sikap yang positif terhadap penggunaan dan kemajuan sains dan teknologi.
Pelajar sekolah asrama, terutama MRSM, menunjukkan sikap yang paling
positif. Sungguhpun kurikulum di sekolah dan di institusi latihan dianggap
sesuai dan relevan, teknik pengajaran dinilai kurang positif. Pengajaran lebih
tertumpu kepada situasi-situasi di dalam bilik darjah dan kurang luas
menggunakan komputer dan internet. Bahan bacaan dan alat bantu mengajar
masih belum mencukupi. Ibu bapa dan agensi luar memberi sokongan positif
terhadap anak-anak mempelajari sains dan teknologi namun mereka tidak
terlibat secara langsung dan aktif dalam pembudayaan itu. Berasaskan
dapatan kajian, satu piawai tentang proses pembudayaan sains dan teknologi
dicadangkan.

                                  ABSTRACT

The aim of the study was to assess to what extent the education system, formal
and informal, was able to educate and train youths for science and technology
in Malaysia. Respondents consisted of secondary school students, trainees in
selected training institutes, teachers and trainers. Generally, students, train-
ees, teachers and trainers showed a positive attitude towards the use and
development of science and technology. Students from boarding schools espe-
cially MRSM, were the most positive group. While the curriculum in schools
and training institutions were deemed suitable and relevant, techniques of
teaching were not as positively rated. There was a tendency to confine learn-
ing to the classrooms, and teachers were not using computers and the internet
widely. Reading materials and teaching aids were also insufficient. While par-
ents and other agencies were supportive of students learning science and
36                                                           Jurnal Pendidikan 27

technology, they were not directly nor actively involved in the socialisation
process. On the basis of the findings, a standard for the socialisation of science
and technology was suggested.


                         LATAR BELAKANG KAJIAN

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa
panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk
mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020
(Mahathir 1991), penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Ma-
laysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai
kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk
menerima perubahan.
     Pendidikan sebagai satu institusi sosial memainkan peranan yang penting
dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga
dapat membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima
perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja
dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda.
     Dari segi pembentukan sebuah negara, pendidikan menyediakan belia-belia
untuk hidup sebagai warganegara yang baik. Menerusi pendidikan, asas-asas
kemahiran berbahasa dibentuk. Di Malaysia, kemahiran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda dibentuk dan diperteguhkan menerusi sistem
pendidikan. Ini sangat penting kerana dalam konteks ledakan ilmu dan globalisasi
penguasaan bahasa menjamin keyakinan seseorang warga Malaysia itu untuk
berkomunikasi secara baik dan kemas.
     Dalam situasi tertentu konsep sosialisasi atau pembudayaan digunakan
untuk merujuk kepada proses pendidikan. Secara umum, pembudayaan itu merujuk
kepada proses seseorang individu menguasai ilmu pengetahuan, nilai-nilai,
norma, sikap dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merujuk kepada proses
menghayati dan menerima budaya masyarakat di sekeliling. Menerusi
pembudayaan, seseorang itu dididik menjadi manusia yang berperanan sebagai
anggota masyarakat. Jadi dari segi konsep, pembudayaan adalah lebih luas
daripada konsep pendidikan formal. Ia merangkumi proses-proses didikan awal
di rumah sehinggalah ia didedahkan kepada agensi-agensi lain semasa remaja
dan dewasa.


                              OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini konsep pembudayaan sains dan teknologi diertikan sebagai
satu proses perolehan pengetahuan, perkembangan pemikiran kreatif dan kritis
dan latihan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi supaya seseorang
Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan                 37

memperolehi sikap nilai yang progresif, responsif terhadap perkembangan dan
kemajuan dan dapat menggunakan teknologi yang kompleks.
     Setelah menyedari kepentingan peranan pendidikan, beberapa persoalan
dikemukakan untuk sistem pendidikan di negara ini. Persoalan-persoalan itu
pada asasnya adalah untuk menilai sejauh mana keupayaan sistem pendidikan
mendidik dan melatih generasi muda secara menyeluruh, di samping mengetahui
kemampuan sekolah dan institusi latihan dalam membentuk kepekaan dan
penerimaan generasi muda terhadap sains dan teknologi. Gambaran tentang
kesesuaian dan kesediaan sistem pendidikan formal dan agensi-agensi bukan
formal sangat relevan bagi pembuat dasar di Malaysia. Mereka menegaskan
bahawa perkembangan dan pembangunan sains dan teknologi harus dilakukan
dalam suasana yang kondusif dan penuh sokongan. Kajian ini akan melengkapkan
kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Norihan Abu Hassan (1985) dan Robiah
Sidin (1994).
     Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan proses para pelajar memperolehi
ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping membentuk nilai dan sikap terhadap
sains dan teknologi, baik secara formal mahupun tidak formal. Seterusnya kajian
ini akan cuba mencadangkan amalan-amalan pendidikan dan piawai yang harus
dicapai untuk mempertingkatkan pembudayaan sains dan teknologi di kalangan
belia-belia di Malaysia.
     Kajian ini mempunyai lima objektif utama iaitu:

1.   Menghuraikan sikap pelajar menengah atas dan pelajar-pelajar selepas
     menengah (pascamenengah) terhadap sains dan teknologi.
2.   Menjelaskan persekitaran keluarga bagi pembelajaran sains dan teknologi.
3.   Menentukan bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam pengajaran
     dan pembelajaran sains dan teknologi.
4.   Menghuraikan kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran mata
     pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
5.   Mencadangkan satu piawai kandungan, proses serta kemudahan bagi
     pembudayaan sains dan teknologi.


                                METODOLOGI

Kajian ini adalah sebuah kajian penilaian yang cuba melihat status dan keadaan
pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi. Alat tinjauan yang digunakan
adalah mengikut format dan kriteria yang diubahsuai daripada Evaluative Crite-
ria of the National Study of Secondary School Evaluation (National Study of
Secondary School Evaluation 1965) yang luas digunakan di Amerika Syarikat
dan juga yang telah diadaptasi dan digunakan di India, Mesir, Cuba dan Jepun.
     Untuk kurikulum sukatan pelajaran dan sebagainya yang khusus menyentuh
situasi di sekolah dan di institut-institut latihan dan untuk keperluan peralatan
38                                                           Jurnal Pendidikan 27

dan prasarana, sumber rujukan adalah bahan-bahan daripada Kementerian
Pendidikan di Malaysia. Alat kajian juga adalah dipandu oleh bahan-bahan yang
dicetak khusus tentang pembangunan di Malaysia seperti Rancangan Malaysia
Ke-7, Wawasan 2020 dan dokumen-dokumen rasmi yang lain.
     Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklah tinjauan pendapat, kajian
senarai semak analisis keperluan, temu bual dan teknik delphi yang telah
diubahsuaikan. Keempat set soal selidik telah dibentuk dan ditadbirkan kepada
pelajar, pelatih, guru dan pengajar di beberapa buah sekolah harian yang terpilih,
sekolah asrama, institusi latihan teknik dan vokasional, dan institusi latihan
vokasional swasta di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.
Seterusnya untuk sesi temu bual dan cadangan piawai beberapa orang pakar
sains dan teknologi key personnel daripada universiti dan pentadbir dari institut
latihan terlibat.
     Sampel kajian terdiri daripada 2608 pelajar sekolah, 939 orang pelatih, 273
orang guru/pengajar/jurulatih dan 32 orang pakar/pentadbir sains dan teknologi.


                 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut akan dibentangkan dapatan utama kajian yang dinyatakan secara umum
dan menyeluruh. Umumnya para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan
sikap yang positif terhadap sains dan teknologi (Jadual 1). Mereka berpendapat
sains dan teknologi berguna kepada manusia. Oleh itu, mata pelajaran yang
berkaitan perlu dipelajari. Kebanyakan pelajar berminat menjadi ahli profesional
dalam bidang sains, teknikal, kejuruteraan, perubatan, arkitek dan keusahawanan.
Sikap para pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah paling positif berbanding
pelajar lain iaitu; Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah
Menengah Agama dan Sekolah Menengah Harian.
     Pola jawapan ini selari dengan pendapat Keeves (1992) yang telah membuat
liputan tentang kajian mengenai sains untuk IEA. Beliau berpendapat bahawa di
negara yang mementingkan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi,
para pelajar lebih cenderung menunjukkan sikap yang positif terhadap subjek
dan pengajaran sains. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa berasaskan dapatan kajian,
golongan belia di Malaysia hari ini memberi sambutan kepada wawasan yang
mahu menjadikan Malaysia sebuah negara industri.
     Guru-guru dan pengajar bersetuju bahawa kurikulum yang digunakan di
sekolah dan institut latihan sesuai dan relevan (Jadual 2). Kurikulum itu dilihat
seimbang dan memenuhi keperluan individu. Ia juga diorientasikan bagi mencapai
keperluan akademik dan kerjaya para belia.
     Namun, apabila melaporkan hal tentang kaedah mengajar, kedua-dua pihak
iaitu; pelajar/pelatih dan guru/pengajar mempunyai pendapat yang berbeza. Para
pelajar dan pelatih berpendapat bahawa guru serta pengajar mata pelajaran sains
dan matematik melatih mereka untuk menjalankan kajian dan pemerhatian saintifik,
Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan                         39

   JADUAL 1. Peratus sikap positif pelajar dan pelatih terhadap sains dan teknologi

                                                                 Peratus
Bil.                   Sikap
                                                      Pelajar    Pelatih      Guru/
                                                                             Pengajar

1. Sains dan Teknologi berguna kepada manusia          98          97           98
2. Sains dan Teknologi berguna untuk kehidupan         94          92           97
   harian
3. Sains dan Teknologi dapat meningkatkan taraf        86          80           94
   kesihatan manusia
4. Sains dan Teknologi penting untuk pem-              97          95           99
   bangunan negara
5. Sains dan Teknologi perlu dipelajari oleh setiap    90          91           94
   pelajar
6. Sains dan Teknologi dapat meninggikan taraf          92         90           95
   dan cara hidup manusia
7. Sains dan Teknologi telah menolong manusia           92         89           94
   mencapai kehidupan yang lebih baik
8. Pada umumnya Sains dan Teknologi menyebab-          40          51           39
   kan manusia berperang
9. Ilmu sains pada umumnya membahayakan                23          31           29
   manusia
10.Reka cipta sains dan teknologi menjadikan           25          18           12
   manusia kurang berfikir
11.Sains dan Teknologi menyekat kreativiti manusia     18          17           12
12.Sains dan Teknologi mempunyai kesan negatif         27          33           23
   terhadap nilai setempat
13.Saya suka mengikut perkembangan terbaharu           89          91           95
   dalam bidang Sains dan Teknologi
14.Saya suka membaca berita-berita tentang             86          86           93
   dapatan sains yang terkini



tetapi teknik pengajaran terutama mata pelajaran kemahiran hidup tidak begitu
memuaskan. Komputer dan internet tidak banyak digunakan. Kebanyakan
pengajaran berlaku di dalam bilik darjah sahaja. Begitu juga aktiviti kokurikulum
kurang digunakan.
     Dari segi kemudahan infrastruktur, khususnya bahan serta persekitaran untuk
pembelajaran sains dan teknologi, guru-guru berpendapat bahawa ia mencukupi.
Namun, komputer, bahan bacaan dan alat bantu mengajar yang terkini masih
belum mencukupi. Kurang daripada 50% daripada guru berpendapat makmal
Sains dan makmal Kemahiran Hidup di sekolah mereka lengkap. Lebih
memeranjatkan kita ialah masih ada guru yang melaporkan bahawa di sekolah
40                                                               Jurnal Pendidikan 27

        JADUAL 2. Persepsi guru/pengajar terhadap kurikulum sains dan teknologi

 Bil.                             Kenyataan                                   Peratus

 1.       Kurikulum sains dapat memberi pengetahuan dan kemahiran                   93
          asas untuk pengajian lanjutan
 2.       Pelajaran sains mengandungi aktiviti yang menggalakkan                    90
          pelajar membuat penyiasatan dan penyelidikan
 3.       Pelajar sains mendidik pelajar berfikir secara kritis dan kreatif         87
 4.       Pelajaran kemahiran hidup membolehkan pelajar berdikari                   90
 5.       Pelajaran sains dapat membina sikap yang positif terhadap sains           92
          dan teknologi
 6.       Kurikulum pendidikan sains dan matematik di sekolah dapat me-             82
          nyediakan pelajar menghadapi cabaran teknologi pada abad ke-21
 7.       Kurikulum sains dan teknologi dapat memenuhi keperluan kerjaya            91
          dalam bidang sains dan teknologi
 8.       Pendidikan sains dapat menyediakan pelajar memenuhi keperluan             93
          tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi
 9.       Pelajaran kemahiran hidup amat berguna dalam kehidupan seharian           97


       JADUAL 3. Persepsi pelajar dan pelatih terhadap pengajaran dan pembelajaran
                                   sains dan teknologi

                                                                          Peratus
Bil.                          Kenyataan
                                                                   Pelajar      Pelatih

1.  Guru-guru sains melatih pelajar menjalankan penyiasatan          80             78
    dan penyelidikan
2. Pelajaran sains membolehkan saya menguji dapatan sains            91             85
3. Pelajaran sains mengasah daya kreatif pelajar                     81             86
4. Pelajaran sains mencabar penilaian pelajar                        87             85
5. Persatuan sains sering mengadakan aktiviti-aktiviti sains         53             66
6. Pelajaran sains memberi peluang kepada pelajar membuat            92             90
    ujikaji
7. Guru sains memberi lebih banyak panduan dan bimbingan             85             78
    daripada jawapan untuk menyelesaikan masalah sains
8. Guru sains berjaya membangkitkan minat saya terhadap              71             71
    pelajaran sains
9. Guru Kemahiran Hidup dapat membangkitkan minat pelajar            54             68
    terhadap mata pelajaran itu
10. Guru sains mengajar dengan cara yang menarik                     67             68
11. Guru Kemahiran Hidup mengajar dengan cara yang menarik           54             67
12. Guru sains memberi peluang kepada saya untuk berfikir dan        78             76
    memberi pendapat
                                                                                    samb.
Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan                        41

JADUAL 3. sambungan

                                                                      Peratus
Bil.                       Kenyataan
                                                               Pelajar      Pelatih

13. Guru Kemahiran Hidup memberi peluang kepada saya             60             74
    untuk berfikir dan memberi pendapat
14. Saya tidak mempunyai masalah untuk memahami bahan            29             34
    rujukan sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris
15. Saya mudah memahami bahan rujukan sains dan teknologi        85             84
    dalam Bahasa Melayu
16. Saya gemar membaca bahan rujukan sains dan teknologi         81             78
    dalam Bahasa Melayu
17. Guru sains dan matematik sering memberi dorongan dan         83             79
    galakan kepada saya
18. Guru sains sering membuat lawatan sambil belajar             34             51
19. Ahli sains dan teknologi dari luar sering dijemput untuk     35             42
    memberi ceramah di sekolah
20. Guru bimbingan dan kerjaya sering memberi maklumat dan       75             72
    nasihat tentang peluang-peluang pekerjaan dalam bidang
    sains dan teknologi
21. Sekolah saya selalu melibatkan diri dalam pertandingan       76             71
    sains dan teknologi
22. Saya dapat memahami pelajaran sains dan teknologi yang       91             88
    disampaikan dalam bahasa Melayu
23. Guru sains dapat mengajar ilmu sains dan teknologi dalam     93             78
    bahasa Melayu
24. Dalam pengajaran sains, guru mendedahkan pelajar kepada      17             24
    penggunaan internet dan homepage untuk mendapat bahan
    pembelajaran


mereka, makmal, pembantu makmal, peralatan dan guru-guru Sains dan Matematik
terlatih tidak mencukupi (Jadual 5).
     Nyatalah, bahawa dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran terdapat
pandangan yang bercanggah antara guru dengan pelajar. Dapatan kajian ini
menyokong kajian-kajian awal yang pernah dijalankan seperti tentang
keberkesanan program pengurusan di Malaysia, di mana pensyarah sebagai
pengajar memberi penilaian yang lebih positif terhadap pengajaran mereka
daripada pelatih sebagai pelajar. Khusus untuk kajian ini, mungkin kelemahan
timbul disebabkan oleh kekurangan kerja amali kerana bilangan pelajar di dalam
sesebuah kelas itu biasanya besar. Oleh itu, ada di kalangan pelajar yang tidak
mendapat peluang belajar secara amali. Tambahan pula, amali dan tugasan makmal
memakan masa dan tenaga. Sebab kedua mungkin juga berkaitan dengan gejala
guru mengajar mengikut kehendak sukatan pelajaran dan peperiksaan sahaja.
42                                                             Jurnal Pendidikan 27

           JADUAL 4. Pendapat guru tentang pengajaran dan pembelajaran

 Bil.                           Kenyataan                                    Peratus

 1.     Saya selalu berbincang tentang perkembangan terbaharu dalam            73
        bidang sains dan teknologi dengan pelajar saya
 2.     Saya selalu menggalakkan pelajar saya melibatkan diri dalam projek     79
        dan pameran sains
 3.     Saya selalu memberi bimbingan kepada pelajar dalam amali dan           85
        ujikaji sains
 4.     Saya selalu mengaitkan ilmu sains dan teknologi dengan kehidupan       92
        seharian
 5.     Saya selalu menggalakkan pelajar untuk membuat penyiasatan dan         80
        penyelidikan tentang hal-hal sains
 6.     Saya selalu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan       88
        amali dan ujikaji
 7.     Saya selalu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat               83
        penyiasatan dan penyelidikan
 8.     Saya selalu mendorong pelajar menguji dapatan sains                    73
 9.     Saya selalu memberi peluang kepada pelajar mengasah daya               85
        kreatif mereka
 10.    Saya selalu memberi panduan dan bimbingan kepada pelajar dan           95
        tidak terus memberi jawapan
 11.    Saya selalu menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka               96
 12.    Saya selalu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran          95
 13.    Saya selalu memberi galakan kepada pelajar supaya berfikir sebelum     98
        memberi jawapan
 14.    Saya selalu membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang       45
        berkaitan dengan sains dan teknologi
 15.    Saya selalu menjemput ahli sains dan teknologi dari luar untuk         19
        memberi ceramah di sekolah saya
 16.    Saya selalu memberi bimbingan kerjaya kepada pelajar saya tentang      72
        peluang-peluang pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi
 17.    Saya sering memberi kerja rumah kepada pelajar-pelajar saya            91


Jika guru memberi banyak peluang kepada pelajar mendalami sesuatu topik melalui
proses penemuan secara sendiri pelajar akan lebih terlibat dalam proses
pembelajaran. Dapatan kajian ini menyokong beberapa hujah yang dibuat oleh
kajian-kajian lain seperti Mohd. Najib (1996) yang menyatakan bahawa terdapat
kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran sains di Malaysia kerana guru
tidak dilatih menguasai pemikiran saintifik. Sementara Mohd. Majid (1998) pula
berpendapat guru-guru sains tidak menggunakan teknik yang diperlukan dewasa
ini.
     Umumnya, ibu bapa dan agensi-agensi luar memberi sokongan kepada pelajar
dan pelatih mempelajari sains dan teknologi (Jadual 6). Walaupun demikian,
Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan                      43

     JADUAL 5. Pendapat guru tentang kemudahan pengajaran dan pembelajaran
                                 sains dan teknologi

                                                                  Ada
       Bahan Pengajaran dan Pembelajaran                  Cukup      Tak     Tiada
                                                                    Cukup

Pelbagai bahan bacaan dalam bidang sains dan teknologi     27           72
Pelbagai buku teks dan rujukan dalam bidang sains dan      30           70
 teknologi
Pelbagai majalah, jurnal dan risalah dalam bidang sains    15           76     9
 dan teknologi
Filem, video dan slaid dalam bidang sains dan teknologi    12           74    14
Model dan alat visual                                      16           64    15
Komputer                                                   21           66    13
Komputer multimedia                                         7           41    52
Internet                                                    5           26    69
E-mail                                                      5           26    69
Homepage sekolah/institusi                                 10           20    70
Software pengajaran dan pembelajaran bantuan                3           31    66
 komputer dalam bidang sains dan teknologi
Software pendidikan (umum)                                  5           35    60
Software pendidikan CD                                      3           28    69
Bilangan makmal sains di sekolah                           50           40    10
Bilangan guru sains dan matematik                          46           45     9
Alat radas dan bahan dalam makmal sains                    35           53    12
 (Kimia/Fizik/Biologi)
Alat dan bahan bantu mengajar dalam makmal sains           33           53    14
 (Kimia/Fizik/Biologi)
Alat dan bahan di bengkel kemahiran hidup                  23           34    43
Bilangan bengkel Kemahiran Hidup sekolah                   30           25    45
Pembantu makmal Sains                                      43           67    10



sokongan ini hanyalah diberi dalam bentuk dorongan dan sokongan moral sahaja.
Kebanyakan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pembelajaran sains
dan teknologi di rumah. Dapatan ini sangat penting kerana ia telah mendedahkan
satu kelemahan besar dalam pembudayaan sains dan teknologi yang perlu diatasi.
Sokongan ibu bapa yang lebih meluas dan menyeluruh amat perlu bagi
membudayakan anak-anak mereka agar mereka dapat hidup dengan yakin dan
selesa pada zaman moden dan globalisasi ini.
     Untuk membolehkan itu ibu bapa memainkan peranan mendidik anak-anak
mereka di rumah, ibu bapa perlu meluangkan masa bagi membangkitkan minat
dan perasaan ingin tahu terhadap perkembangan fizikal dan sosial yang berlaku
dalam persekitaran mereka. Beberapa rencana terbaharu seperti yang diterbitkan
44                                                                Jurnal Pendidikan 27

                 JADUAL 6. Pembudayaan sains dan teknologi di rumah

                                                                          Peratus
Bil.                  Persekitaran di Rumah
                                                                   Pelajar      Pelatih

1.     Keluarga saya memberi kemudahan untuk saya                    77             68
       mengambil tuisyen dalam mata pelajaran Sains dan
       Matematik
2.     Keluarga saya memberi peluang kepada saya untuk               83             77
       mengikuti kursus-kursus motivasi dalam pembelajaran
       Sains dan Matematik
3.     Keluarga saya selalu berbincang tentang kemajuan Sains        44             49
       dan Teknologi di negara kita
4.     Keluarga saya selalu menasihati saya meningkatkan             92             90
       pencapaian dalam pelajaran Sains dan Matematik
5.     Saya selalu menonton rancangan T.V. yang berunsur sains       75             78
       dan teknologi
6.     Saya selalu berbincang bersama keluarga mengenai program      32             48
       T.V. yang berunsur Sains dan Teknologi
7.     Keluarga saya selalu menggalakkan saya untuk                  42             38
       mengambil bahagian dalam pertandingan dan pameran sains
8.     Keluarga saya selalu membantu saya dalam kerja-kerja          47             51
       rumah dalam pelajaran Sains dan Matematik



oleh media tempatan dan luar negera sering mengingatkan kita bahawa
pemahaman yang lebih bermakna dan berpanjangan perlu untuk sains dan
teknologi bermula dan diperteguhkan oleh pembudayaan di rumah.


                                     PENUTUP

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia tidak mempunyai
kebuntuan mental (mental block) untuk menerima sains dan teknologi. Mereka
menunjukkan respons yang positif terhadap wawasan untuk menjadikan Malay-
sia sebuah negara maju. Namun, untuk memastikan pembudayaan sains dan
teknologi berjalan lancar dan menembusi semua lapisan belia, maka beberapa
tindakan perlu diambil terutama sekali untuk memantapkan proses dan
infrastruktur pengajar di institusi formal dan menghubungkaitkan dan
mengintegrasikan apa yang dipelajari di sekolah dengan pengalaman harian
belia-belia.
Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan                       45

                                      RUJUKAN

Keeves, J.P. (ed). 1992. The IEA study of science III. Changes in science education and
     achievement: 1970 to 1984. Oxford: Pergamon Press.
Mahathir Mohamed. 1991. Malaysia: The way forward. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara,
     Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Mohd. Majid Konting. 1998. Pengajaran matematik di sekolah menengah: persepsi guru
     matematik yang berkesan terhadap keberkesanan guru. Seminar on Science and
     Mathematic Education. UKM. Bangi.
Mohd. Najib Abd. Ghafar. 1996. Paradoks pendidikan sains. Seminar on Science and
     Mathematic Education, UKM, Bangi.
National Study of Secondary School Evaluation. 1965. Evaluative criteria. Washington
     D.C.
Norihan Abu Bakar. 1985. Sosialisasi, pendidikan dan sub-budaya remaja: Kajian korelasi
     di antara sub-budaya remaja terhadap literasi sains dan matematik. Laporan Kajian
     IRPA, UTM.
Robiah Sidin. 1994. Kajian tahap prasarana di institusi pendidikan guru: Status dan
     keperluan. Laporan Untuk Bahagian Guru Kementerian Pendidikan.


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Contenu connexe

Tendances

Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6Zulfadhli Zulpress
 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumHerney Aqilah Kay
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasaIrul Erul
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 

Tendances (19)

Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulum
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Sces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sainsSces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sains
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 

En vedette

Kak mozhno-bystro-zarabotat-deneg
Kak mozhno-bystro-zarabotat-denegKak mozhno-bystro-zarabotat-deneg
Kak mozhno-bystro-zarabotat-denegRay Ferris
 
Kak mozhno-zarabatyvat-dengi
Kak mozhno-zarabatyvat-dengiKak mozhno-zarabatyvat-dengi
Kak mozhno-zarabatyvat-dengiRay Ferris
 
Kak zarabotat-realno-v-internete
Kak zarabotat-realno-v-interneteKak zarabotat-realno-v-internete
Kak zarabotat-realno-v-interneteRay Ferris
 
expoの使い方(製品の出展者向け)
expoの使い方(製品の出展者向け)expoの使い方(製品の出展者向け)
expoの使い方(製品の出展者向け)Distty
 
Kak mnogo-zarabatyvat
Kak mnogo-zarabatyvatKak mnogo-zarabatyvat
Kak mnogo-zarabatyvatRay Ferris
 

En vedette (8)

Why customers buy
Why customers buyWhy customers buy
Why customers buy
 
Kak mozhno-bystro-zarabotat-deneg
Kak mozhno-bystro-zarabotat-denegKak mozhno-bystro-zarabotat-deneg
Kak mozhno-bystro-zarabotat-deneg
 
Kak mozhno-zarabatyvat-dengi
Kak mozhno-zarabatyvat-dengiKak mozhno-zarabatyvat-dengi
Kak mozhno-zarabatyvat-dengi
 
Kak zarabotat-realno-v-internete
Kak zarabotat-realno-v-interneteKak zarabotat-realno-v-internete
Kak zarabotat-realno-v-internete
 
Exposicion temasaritmetica
Exposicion temasaritmeticaExposicion temasaritmetica
Exposicion temasaritmetica
 
Geo tema 1 1a
Geo tema 1 1aGeo tema 1 1a
Geo tema 1 1a
 
expoの使い方(製品の出展者向け)
expoの使い方(製品の出展者向け)expoの使い方(製品の出展者向け)
expoの使い方(製品の出展者向け)
 
Kak mnogo-zarabatyvat
Kak mnogo-zarabatyvatKak mnogo-zarabatyvat
Kak mnogo-zarabatyvat
 

Similaire à Jdidik27 03

jdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfjdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfEppAndyy70
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054hanyjamal
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 

Similaire à Jdidik27 03 (20)

jdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfjdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdf
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 

Jdidik27 03

  • 1. Pembudayaan Sains dan Jurnal PendidikanPendidikan35 - 45 Teknologi: Kesan 27 (2001) dan Latihan 35 Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia ROBIAH SIDIN JURIAH LONG KHALID ABDULLAH PUTEH MOHAMED ABSTRAK Tujuan kajian ialah untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan tidak formal, berupaya mendidik dan melatih generasi muda untuk sains dan teknologi di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelatih di institusi-institusi kemahiran, guru dan pengajar mereka. Umumnya, didapati para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan dan kemajuan sains dan teknologi. Pelajar sekolah asrama, terutama MRSM, menunjukkan sikap yang paling positif. Sungguhpun kurikulum di sekolah dan di institusi latihan dianggap sesuai dan relevan, teknik pengajaran dinilai kurang positif. Pengajaran lebih tertumpu kepada situasi-situasi di dalam bilik darjah dan kurang luas menggunakan komputer dan internet. Bahan bacaan dan alat bantu mengajar masih belum mencukupi. Ibu bapa dan agensi luar memberi sokongan positif terhadap anak-anak mempelajari sains dan teknologi namun mereka tidak terlibat secara langsung dan aktif dalam pembudayaan itu. Berasaskan dapatan kajian, satu piawai tentang proses pembudayaan sains dan teknologi dicadangkan. ABSTRACT The aim of the study was to assess to what extent the education system, formal and informal, was able to educate and train youths for science and technology in Malaysia. Respondents consisted of secondary school students, trainees in selected training institutes, teachers and trainers. Generally, students, train- ees, teachers and trainers showed a positive attitude towards the use and development of science and technology. Students from boarding schools espe- cially MRSM, were the most positive group. While the curriculum in schools and training institutions were deemed suitable and relevant, techniques of teaching were not as positively rated. There was a tendency to confine learn- ing to the classrooms, and teachers were not using computers and the internet widely. Reading materials and teaching aids were also insufficient. While par- ents and other agencies were supportive of students learning science and
  • 2. 36 Jurnal Pendidikan 27 technology, they were not directly nor actively involved in the socialisation process. On the basis of the findings, a standard for the socialisation of science and technology was suggested. LATAR BELAKANG KAJIAN Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 (Mahathir 1991), penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Ma- laysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Pendidikan sebagai satu institusi sosial memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda. Dari segi pembentukan sebuah negara, pendidikan menyediakan belia-belia untuk hidup sebagai warganegara yang baik. Menerusi pendidikan, asas-asas kemahiran berbahasa dibentuk. Di Malaysia, kemahiran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda dibentuk dan diperteguhkan menerusi sistem pendidikan. Ini sangat penting kerana dalam konteks ledakan ilmu dan globalisasi penguasaan bahasa menjamin keyakinan seseorang warga Malaysia itu untuk berkomunikasi secara baik dan kemas. Dalam situasi tertentu konsep sosialisasi atau pembudayaan digunakan untuk merujuk kepada proses pendidikan. Secara umum, pembudayaan itu merujuk kepada proses seseorang individu menguasai ilmu pengetahuan, nilai-nilai, norma, sikap dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merujuk kepada proses menghayati dan menerima budaya masyarakat di sekeliling. Menerusi pembudayaan, seseorang itu dididik menjadi manusia yang berperanan sebagai anggota masyarakat. Jadi dari segi konsep, pembudayaan adalah lebih luas daripada konsep pendidikan formal. Ia merangkumi proses-proses didikan awal di rumah sehinggalah ia didedahkan kepada agensi-agensi lain semasa remaja dan dewasa. OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian ini konsep pembudayaan sains dan teknologi diertikan sebagai satu proses perolehan pengetahuan, perkembangan pemikiran kreatif dan kritis dan latihan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi supaya seseorang
  • 3. Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan 37 memperolehi sikap nilai yang progresif, responsif terhadap perkembangan dan kemajuan dan dapat menggunakan teknologi yang kompleks. Setelah menyedari kepentingan peranan pendidikan, beberapa persoalan dikemukakan untuk sistem pendidikan di negara ini. Persoalan-persoalan itu pada asasnya adalah untuk menilai sejauh mana keupayaan sistem pendidikan mendidik dan melatih generasi muda secara menyeluruh, di samping mengetahui kemampuan sekolah dan institusi latihan dalam membentuk kepekaan dan penerimaan generasi muda terhadap sains dan teknologi. Gambaran tentang kesesuaian dan kesediaan sistem pendidikan formal dan agensi-agensi bukan formal sangat relevan bagi pembuat dasar di Malaysia. Mereka menegaskan bahawa perkembangan dan pembangunan sains dan teknologi harus dilakukan dalam suasana yang kondusif dan penuh sokongan. Kajian ini akan melengkapkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Norihan Abu Hassan (1985) dan Robiah Sidin (1994). Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan proses para pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping membentuk nilai dan sikap terhadap sains dan teknologi, baik secara formal mahupun tidak formal. Seterusnya kajian ini akan cuba mencadangkan amalan-amalan pendidikan dan piawai yang harus dicapai untuk mempertingkatkan pembudayaan sains dan teknologi di kalangan belia-belia di Malaysia. Kajian ini mempunyai lima objektif utama iaitu: 1. Menghuraikan sikap pelajar menengah atas dan pelajar-pelajar selepas menengah (pascamenengah) terhadap sains dan teknologi. 2. Menjelaskan persekitaran keluarga bagi pembelajaran sains dan teknologi. 3. Menentukan bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi. 4. Menghuraikan kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi. 5. Mencadangkan satu piawai kandungan, proses serta kemudahan bagi pembudayaan sains dan teknologi. METODOLOGI Kajian ini adalah sebuah kajian penilaian yang cuba melihat status dan keadaan pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi. Alat tinjauan yang digunakan adalah mengikut format dan kriteria yang diubahsuai daripada Evaluative Crite- ria of the National Study of Secondary School Evaluation (National Study of Secondary School Evaluation 1965) yang luas digunakan di Amerika Syarikat dan juga yang telah diadaptasi dan digunakan di India, Mesir, Cuba dan Jepun. Untuk kurikulum sukatan pelajaran dan sebagainya yang khusus menyentuh situasi di sekolah dan di institut-institut latihan dan untuk keperluan peralatan
  • 4. 38 Jurnal Pendidikan 27 dan prasarana, sumber rujukan adalah bahan-bahan daripada Kementerian Pendidikan di Malaysia. Alat kajian juga adalah dipandu oleh bahan-bahan yang dicetak khusus tentang pembangunan di Malaysia seperti Rancangan Malaysia Ke-7, Wawasan 2020 dan dokumen-dokumen rasmi yang lain. Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklah tinjauan pendapat, kajian senarai semak analisis keperluan, temu bual dan teknik delphi yang telah diubahsuaikan. Keempat set soal selidik telah dibentuk dan ditadbirkan kepada pelajar, pelatih, guru dan pengajar di beberapa buah sekolah harian yang terpilih, sekolah asrama, institusi latihan teknik dan vokasional, dan institusi latihan vokasional swasta di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Seterusnya untuk sesi temu bual dan cadangan piawai beberapa orang pakar sains dan teknologi key personnel daripada universiti dan pentadbir dari institut latihan terlibat. Sampel kajian terdiri daripada 2608 pelajar sekolah, 939 orang pelatih, 273 orang guru/pengajar/jurulatih dan 32 orang pakar/pentadbir sains dan teknologi. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Berikut akan dibentangkan dapatan utama kajian yang dinyatakan secara umum dan menyeluruh. Umumnya para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan teknologi (Jadual 1). Mereka berpendapat sains dan teknologi berguna kepada manusia. Oleh itu, mata pelajaran yang berkaitan perlu dipelajari. Kebanyakan pelajar berminat menjadi ahli profesional dalam bidang sains, teknikal, kejuruteraan, perubatan, arkitek dan keusahawanan. Sikap para pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah paling positif berbanding pelajar lain iaitu; Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Harian. Pola jawapan ini selari dengan pendapat Keeves (1992) yang telah membuat liputan tentang kajian mengenai sains untuk IEA. Beliau berpendapat bahawa di negara yang mementingkan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi, para pelajar lebih cenderung menunjukkan sikap yang positif terhadap subjek dan pengajaran sains. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa berasaskan dapatan kajian, golongan belia di Malaysia hari ini memberi sambutan kepada wawasan yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara industri. Guru-guru dan pengajar bersetuju bahawa kurikulum yang digunakan di sekolah dan institut latihan sesuai dan relevan (Jadual 2). Kurikulum itu dilihat seimbang dan memenuhi keperluan individu. Ia juga diorientasikan bagi mencapai keperluan akademik dan kerjaya para belia. Namun, apabila melaporkan hal tentang kaedah mengajar, kedua-dua pihak iaitu; pelajar/pelatih dan guru/pengajar mempunyai pendapat yang berbeza. Para pelajar dan pelatih berpendapat bahawa guru serta pengajar mata pelajaran sains dan matematik melatih mereka untuk menjalankan kajian dan pemerhatian saintifik,
  • 5. Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan 39 JADUAL 1. Peratus sikap positif pelajar dan pelatih terhadap sains dan teknologi Peratus Bil. Sikap Pelajar Pelatih Guru/ Pengajar 1. Sains dan Teknologi berguna kepada manusia 98 97 98 2. Sains dan Teknologi berguna untuk kehidupan 94 92 97 harian 3. Sains dan Teknologi dapat meningkatkan taraf 86 80 94 kesihatan manusia 4. Sains dan Teknologi penting untuk pem- 97 95 99 bangunan negara 5. Sains dan Teknologi perlu dipelajari oleh setiap 90 91 94 pelajar 6. Sains dan Teknologi dapat meninggikan taraf 92 90 95 dan cara hidup manusia 7. Sains dan Teknologi telah menolong manusia 92 89 94 mencapai kehidupan yang lebih baik 8. Pada umumnya Sains dan Teknologi menyebab- 40 51 39 kan manusia berperang 9. Ilmu sains pada umumnya membahayakan 23 31 29 manusia 10.Reka cipta sains dan teknologi menjadikan 25 18 12 manusia kurang berfikir 11.Sains dan Teknologi menyekat kreativiti manusia 18 17 12 12.Sains dan Teknologi mempunyai kesan negatif 27 33 23 terhadap nilai setempat 13.Saya suka mengikut perkembangan terbaharu 89 91 95 dalam bidang Sains dan Teknologi 14.Saya suka membaca berita-berita tentang 86 86 93 dapatan sains yang terkini tetapi teknik pengajaran terutama mata pelajaran kemahiran hidup tidak begitu memuaskan. Komputer dan internet tidak banyak digunakan. Kebanyakan pengajaran berlaku di dalam bilik darjah sahaja. Begitu juga aktiviti kokurikulum kurang digunakan. Dari segi kemudahan infrastruktur, khususnya bahan serta persekitaran untuk pembelajaran sains dan teknologi, guru-guru berpendapat bahawa ia mencukupi. Namun, komputer, bahan bacaan dan alat bantu mengajar yang terkini masih belum mencukupi. Kurang daripada 50% daripada guru berpendapat makmal Sains dan makmal Kemahiran Hidup di sekolah mereka lengkap. Lebih memeranjatkan kita ialah masih ada guru yang melaporkan bahawa di sekolah
  • 6. 40 Jurnal Pendidikan 27 JADUAL 2. Persepsi guru/pengajar terhadap kurikulum sains dan teknologi Bil. Kenyataan Peratus 1. Kurikulum sains dapat memberi pengetahuan dan kemahiran 93 asas untuk pengajian lanjutan 2. Pelajaran sains mengandungi aktiviti yang menggalakkan 90 pelajar membuat penyiasatan dan penyelidikan 3. Pelajar sains mendidik pelajar berfikir secara kritis dan kreatif 87 4. Pelajaran kemahiran hidup membolehkan pelajar berdikari 90 5. Pelajaran sains dapat membina sikap yang positif terhadap sains 92 dan teknologi 6. Kurikulum pendidikan sains dan matematik di sekolah dapat me- 82 nyediakan pelajar menghadapi cabaran teknologi pada abad ke-21 7. Kurikulum sains dan teknologi dapat memenuhi keperluan kerjaya 91 dalam bidang sains dan teknologi 8. Pendidikan sains dapat menyediakan pelajar memenuhi keperluan 93 tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi 9. Pelajaran kemahiran hidup amat berguna dalam kehidupan seharian 97 JADUAL 3. Persepsi pelajar dan pelatih terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi Peratus Bil. Kenyataan Pelajar Pelatih 1. Guru-guru sains melatih pelajar menjalankan penyiasatan 80 78 dan penyelidikan 2. Pelajaran sains membolehkan saya menguji dapatan sains 91 85 3. Pelajaran sains mengasah daya kreatif pelajar 81 86 4. Pelajaran sains mencabar penilaian pelajar 87 85 5. Persatuan sains sering mengadakan aktiviti-aktiviti sains 53 66 6. Pelajaran sains memberi peluang kepada pelajar membuat 92 90 ujikaji 7. Guru sains memberi lebih banyak panduan dan bimbingan 85 78 daripada jawapan untuk menyelesaikan masalah sains 8. Guru sains berjaya membangkitkan minat saya terhadap 71 71 pelajaran sains 9. Guru Kemahiran Hidup dapat membangkitkan minat pelajar 54 68 terhadap mata pelajaran itu 10. Guru sains mengajar dengan cara yang menarik 67 68 11. Guru Kemahiran Hidup mengajar dengan cara yang menarik 54 67 12. Guru sains memberi peluang kepada saya untuk berfikir dan 78 76 memberi pendapat samb.
  • 7. Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan 41 JADUAL 3. sambungan Peratus Bil. Kenyataan Pelajar Pelatih 13. Guru Kemahiran Hidup memberi peluang kepada saya 60 74 untuk berfikir dan memberi pendapat 14. Saya tidak mempunyai masalah untuk memahami bahan 29 34 rujukan sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris 15. Saya mudah memahami bahan rujukan sains dan teknologi 85 84 dalam Bahasa Melayu 16. Saya gemar membaca bahan rujukan sains dan teknologi 81 78 dalam Bahasa Melayu 17. Guru sains dan matematik sering memberi dorongan dan 83 79 galakan kepada saya 18. Guru sains sering membuat lawatan sambil belajar 34 51 19. Ahli sains dan teknologi dari luar sering dijemput untuk 35 42 memberi ceramah di sekolah 20. Guru bimbingan dan kerjaya sering memberi maklumat dan 75 72 nasihat tentang peluang-peluang pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi 21. Sekolah saya selalu melibatkan diri dalam pertandingan 76 71 sains dan teknologi 22. Saya dapat memahami pelajaran sains dan teknologi yang 91 88 disampaikan dalam bahasa Melayu 23. Guru sains dapat mengajar ilmu sains dan teknologi dalam 93 78 bahasa Melayu 24. Dalam pengajaran sains, guru mendedahkan pelajar kepada 17 24 penggunaan internet dan homepage untuk mendapat bahan pembelajaran mereka, makmal, pembantu makmal, peralatan dan guru-guru Sains dan Matematik terlatih tidak mencukupi (Jadual 5). Nyatalah, bahawa dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran terdapat pandangan yang bercanggah antara guru dengan pelajar. Dapatan kajian ini menyokong kajian-kajian awal yang pernah dijalankan seperti tentang keberkesanan program pengurusan di Malaysia, di mana pensyarah sebagai pengajar memberi penilaian yang lebih positif terhadap pengajaran mereka daripada pelatih sebagai pelajar. Khusus untuk kajian ini, mungkin kelemahan timbul disebabkan oleh kekurangan kerja amali kerana bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas itu biasanya besar. Oleh itu, ada di kalangan pelajar yang tidak mendapat peluang belajar secara amali. Tambahan pula, amali dan tugasan makmal memakan masa dan tenaga. Sebab kedua mungkin juga berkaitan dengan gejala guru mengajar mengikut kehendak sukatan pelajaran dan peperiksaan sahaja.
  • 8. 42 Jurnal Pendidikan 27 JADUAL 4. Pendapat guru tentang pengajaran dan pembelajaran Bil. Kenyataan Peratus 1. Saya selalu berbincang tentang perkembangan terbaharu dalam 73 bidang sains dan teknologi dengan pelajar saya 2. Saya selalu menggalakkan pelajar saya melibatkan diri dalam projek 79 dan pameran sains 3. Saya selalu memberi bimbingan kepada pelajar dalam amali dan 85 ujikaji sains 4. Saya selalu mengaitkan ilmu sains dan teknologi dengan kehidupan 92 seharian 5. Saya selalu menggalakkan pelajar untuk membuat penyiasatan dan 80 penyelidikan tentang hal-hal sains 6. Saya selalu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan 88 amali dan ujikaji 7. Saya selalu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat 83 penyiasatan dan penyelidikan 8. Saya selalu mendorong pelajar menguji dapatan sains 73 9. Saya selalu memberi peluang kepada pelajar mengasah daya 85 kreatif mereka 10. Saya selalu memberi panduan dan bimbingan kepada pelajar dan 95 tidak terus memberi jawapan 11. Saya selalu menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka 96 12. Saya selalu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran 95 13. Saya selalu memberi galakan kepada pelajar supaya berfikir sebelum 98 memberi jawapan 14. Saya selalu membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang 45 berkaitan dengan sains dan teknologi 15. Saya selalu menjemput ahli sains dan teknologi dari luar untuk 19 memberi ceramah di sekolah saya 16. Saya selalu memberi bimbingan kerjaya kepada pelajar saya tentang 72 peluang-peluang pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi 17. Saya sering memberi kerja rumah kepada pelajar-pelajar saya 91 Jika guru memberi banyak peluang kepada pelajar mendalami sesuatu topik melalui proses penemuan secara sendiri pelajar akan lebih terlibat dalam proses pembelajaran. Dapatan kajian ini menyokong beberapa hujah yang dibuat oleh kajian-kajian lain seperti Mohd. Najib (1996) yang menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran sains di Malaysia kerana guru tidak dilatih menguasai pemikiran saintifik. Sementara Mohd. Majid (1998) pula berpendapat guru-guru sains tidak menggunakan teknik yang diperlukan dewasa ini. Umumnya, ibu bapa dan agensi-agensi luar memberi sokongan kepada pelajar dan pelatih mempelajari sains dan teknologi (Jadual 6). Walaupun demikian,
  • 9. Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan 43 JADUAL 5. Pendapat guru tentang kemudahan pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi Ada Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Cukup Tak Tiada Cukup Pelbagai bahan bacaan dalam bidang sains dan teknologi 27 72 Pelbagai buku teks dan rujukan dalam bidang sains dan 30 70 teknologi Pelbagai majalah, jurnal dan risalah dalam bidang sains 15 76 9 dan teknologi Filem, video dan slaid dalam bidang sains dan teknologi 12 74 14 Model dan alat visual 16 64 15 Komputer 21 66 13 Komputer multimedia 7 41 52 Internet 5 26 69 E-mail 5 26 69 Homepage sekolah/institusi 10 20 70 Software pengajaran dan pembelajaran bantuan 3 31 66 komputer dalam bidang sains dan teknologi Software pendidikan (umum) 5 35 60 Software pendidikan CD 3 28 69 Bilangan makmal sains di sekolah 50 40 10 Bilangan guru sains dan matematik 46 45 9 Alat radas dan bahan dalam makmal sains 35 53 12 (Kimia/Fizik/Biologi) Alat dan bahan bantu mengajar dalam makmal sains 33 53 14 (Kimia/Fizik/Biologi) Alat dan bahan di bengkel kemahiran hidup 23 34 43 Bilangan bengkel Kemahiran Hidup sekolah 30 25 45 Pembantu makmal Sains 43 67 10 sokongan ini hanyalah diberi dalam bentuk dorongan dan sokongan moral sahaja. Kebanyakan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pembelajaran sains dan teknologi di rumah. Dapatan ini sangat penting kerana ia telah mendedahkan satu kelemahan besar dalam pembudayaan sains dan teknologi yang perlu diatasi. Sokongan ibu bapa yang lebih meluas dan menyeluruh amat perlu bagi membudayakan anak-anak mereka agar mereka dapat hidup dengan yakin dan selesa pada zaman moden dan globalisasi ini. Untuk membolehkan itu ibu bapa memainkan peranan mendidik anak-anak mereka di rumah, ibu bapa perlu meluangkan masa bagi membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu terhadap perkembangan fizikal dan sosial yang berlaku dalam persekitaran mereka. Beberapa rencana terbaharu seperti yang diterbitkan
  • 10. 44 Jurnal Pendidikan 27 JADUAL 6. Pembudayaan sains dan teknologi di rumah Peratus Bil. Persekitaran di Rumah Pelajar Pelatih 1. Keluarga saya memberi kemudahan untuk saya 77 68 mengambil tuisyen dalam mata pelajaran Sains dan Matematik 2. Keluarga saya memberi peluang kepada saya untuk 83 77 mengikuti kursus-kursus motivasi dalam pembelajaran Sains dan Matematik 3. Keluarga saya selalu berbincang tentang kemajuan Sains 44 49 dan Teknologi di negara kita 4. Keluarga saya selalu menasihati saya meningkatkan 92 90 pencapaian dalam pelajaran Sains dan Matematik 5. Saya selalu menonton rancangan T.V. yang berunsur sains 75 78 dan teknologi 6. Saya selalu berbincang bersama keluarga mengenai program 32 48 T.V. yang berunsur Sains dan Teknologi 7. Keluarga saya selalu menggalakkan saya untuk 42 38 mengambil bahagian dalam pertandingan dan pameran sains 8. Keluarga saya selalu membantu saya dalam kerja-kerja 47 51 rumah dalam pelajaran Sains dan Matematik oleh media tempatan dan luar negera sering mengingatkan kita bahawa pemahaman yang lebih bermakna dan berpanjangan perlu untuk sains dan teknologi bermula dan diperteguhkan oleh pembudayaan di rumah. PENUTUP Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia tidak mempunyai kebuntuan mental (mental block) untuk menerima sains dan teknologi. Mereka menunjukkan respons yang positif terhadap wawasan untuk menjadikan Malay- sia sebuah negara maju. Namun, untuk memastikan pembudayaan sains dan teknologi berjalan lancar dan menembusi semua lapisan belia, maka beberapa tindakan perlu diambil terutama sekali untuk memantapkan proses dan infrastruktur pengajar di institusi formal dan menghubungkaitkan dan mengintegrasikan apa yang dipelajari di sekolah dengan pengalaman harian belia-belia.
  • 11. Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan 45 RUJUKAN Keeves, J.P. (ed). 1992. The IEA study of science III. Changes in science education and achievement: 1970 to 1984. Oxford: Pergamon Press. Mahathir Mohamed. 1991. Malaysia: The way forward. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Mohd. Majid Konting. 1998. Pengajaran matematik di sekolah menengah: persepsi guru matematik yang berkesan terhadap keberkesanan guru. Seminar on Science and Mathematic Education. UKM. Bangi. Mohd. Najib Abd. Ghafar. 1996. Paradoks pendidikan sains. Seminar on Science and Mathematic Education, UKM, Bangi. National Study of Secondary School Evaluation. 1965. Evaluative criteria. Washington D.C. Norihan Abu Bakar. 1985. Sosialisasi, pendidikan dan sub-budaya remaja: Kajian korelasi di antara sub-budaya remaja terhadap literasi sains dan matematik. Laporan Kajian IRPA, UTM. Robiah Sidin. 1994. Kajian tahap prasarana di institusi pendidikan guru: Status dan keperluan. Laporan Untuk Bahagian Guru Kementerian Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan