1. 960203-03-5157
1
TEMA: SEJARAH PENDIDIKAN.
SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010.
PENGENALAN
Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan kepada pelajar. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan
kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya
mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.1
Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia antaranya ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan banyak lagi.
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama
Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang
daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan
nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi
mekah pada masa dahulu.2
2. 960203-03-5157
2
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu ditubuhkan dengan tujuan menambahkan
institusi pendidikan dalam Negara, khususnya bagi menampung keperluan penduduk di kawasan
Kota Bharu, Kelantan. Pembukaanya dengan rasmi telah dilancarkan pada hari Jumaat 2
Muharam 1389, bersamaan 21 Mac 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, YB
Encik Mohd Khir Bin Johari. Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu
bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Kota Bharu 1 (SRKB1) dan Sekolah Rendah Kota
Bharu 2 (SMKB) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan pelaksaan sistem aneka jurusan.3
Tahun 2006 juga merupakan tahun yang sungguh gemilang bagi SMKKB kerana dengan
pelbagai usaha, sekolah telah banyak menerima peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri
Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menaik taraf fizikal sekolah. Antaranya
peruntukan mengecat semua bangunan, menaik taraf musalla, memperluas ruang pejabat (bilik-
bilik PK) menaik taraf sistem paip sekolah dan tandas serta menaik taraf bumbung bagi blok
Dedikasi, Elit dan Fitrah bersama pembinaan pondok-pondok ilmu. Sehubungan itu, sekolah
Berjaya merealisasikan usaha mencapai sekolah yang mementingkan fizikal dan 5K iaitu
kebersihan, keceriaan, keselamatan, kebersihan dan keharmonian. Persekitaran luaran dan
dalaman sekolah didapati lebih sempurna dan kondustif untuk P&P berkesan.4
Bilik Auditorium telah dinamakan Bilik Auditorium Budiman oleh mantan Pengetua Pn. Hjh
Wan Yam bt Wan Sulaiman dan telah mula dibuka penggunaan di awal bulan November 2007.
Pada penghujung tahun 2007 juga dilihat kepada penubuhan bilik toturial di Pusat Sumber selain
daripada penaik tarafan kepada lantai berjubin. Makmal ERT di Blok Dedikasi dan Bilik Alat
Pandang Dengar (APD) di Blok Bertari juga telah dinaik taraf lantainya ke lantai berjubin pada
bulan 5 dan 6 tahun 2008.5
3. 960203-03-5157
3
Pada akhir Mei 2008, tangga utama yang telah diilhamkan oleh mantan Pengetua Pn. Hjh Wan
Yam bt Wan Sulaiman telah mula digunakan. Ia menjadi mercu tanda SMK KOTA BHARU.
Selain daripada itu, ia menjadi sumber inspirasi semua warga SMKKB. Sumber kewangan dan
peralatan adalah sumbangan daripada orang ramai.6
Bilik Galeri diwujudkan bagi mengumpulkan segala sijil, plak dan cenderahati diatas kejayaan
SMK KOTA BHARU dalam pelbagai bidang. Pertengahan Jun 2008 pula bilik Jutawan Ilmu telah
dibuka dimana bilik ini bertujuan sebagai persinggahan tetamu SMKKB dan sebagai tempat
pengumpulan maklumat terkini SMKKB. Disini juga turut disediakan peralatan computer (grafik
berkomputer). 2 buah kelas telah diubahsuai sebagai bilik MPV bermula bulan Julai 2008 oleh
JKR.7
Tahun 2009 menyaksikan beberapa perubahan dan penambahbaikan semasa pentadbiran Puan
Hjh. Wan Radziah binti Wan Mustapa. Beliau telah mencetuskan beberapa idea untuk
mencantikkan lagi permandangan SMKKB serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang
kondusif untuk setiap warganya. Antara perubahan yang telah dilakukan dengan begitu baik ialah
menaikkan taraf Bilik Gerakan dengan susun atur, ruang yang begitu selesa, luas dan mampu
menempatkan jumlah guru yang besar untuk sesuatu perjumpaan.8
Pada awal tahun 2010, bilik guru juga telah diubahsuai mengikut guru yang semakin
bertambah. Bilik guru telah diperbesar dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bilik Guru 1
dan Bilik Guru 2. Bilik-bilik khas juga telah dikemaskini dan disusun atur semula. Bilik Gerakan
juga telah diperbesar bagi menampung guru yang lebih ramai. Kantin juga telah diubahsuai
dengan memasang jubin di sekitar kantin. Meja dan kerusi di kantin telah ditambah bagi
menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Keadaan ini kekal sehingga hari ini.
4. 960203-03-5157
4
SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010.
MAKSUD KOKURIKULUM.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang
terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada
pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-
nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada
tiga kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab dan sukan permainan. Kamus Dewan
Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata
pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada
kursus pendidikan pelajar di sekolah.9
Tahun 2000-2004
Pada tahun tersebut, antara unit badan beruniform yang ada di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Bharu pada waktu itu ialah Pengakap 42 KB, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia,
Jabatan Pertahanan Awam JPA 3, Kadet Remaja Sekolah, PBSM Malaysia. Persatuan yang
terdapat pada masa itu ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan
Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Seni Lukis, Persatuan
Sejarah dan Persatuan Geografi. Manakala Kelab pula ialah Kelab Optiena, Kelab Pencinta Alam,
Kelab Setia, Kelab Nafas Baru, Kelab Fotografi, Kelab Bimbingan & Kaunseling, Kelab ICT,
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks, Kelab Pelancongan dan Kelab Kesihatan. Antara sukan dan
5. 960203-03-5157
5
permainan yang terdapat pada waktu itu pula ialah Olahraga, Sepak Takraw, Bola Baling Lelaki,
Bola Baling Perempuan, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan, Hoki A, Hoki B, Hoki
Perempuan, Badminton, Bola Jaring A, Bola Jaring B, Pasukan Sajak, Pasukan Nasyid, Ping
Pong dan Pasukan Dikir Barat.
Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu yang paling gah
dalam tahun 2000-2004 ialah dalam sukan bola sepak. Sekolah ini pada waktu itu mempunyai
pasukan bola sepak yang boleh dikatakan digeruni oleh pihak lawan jika ada pertandingan yang
diadakan serta pernah menjuarai beberapa pertandingan bola sepak antara sekolah pada tahun 2000
sehingga 2004. Antara pencapaian yang membanggakan ialah pada tahun 2002, iaitu pasukan
bola SMKKB (15 Tahun) menjuarai pertandingan bola sepak peringkat sekolah/daerah Kota
Bharu. Sukan bola sepak ( 15 Tahun) SMKKB pada tahun 2004 menjadi Naib Johan MSSK KB
dan Suku Akhir MSSD Kota Bharu. 3 pelajar SMKKB iaitu Mohammad Afnan Faiz Bin Abdul
Aziz, Nik Mohd Alif Bin Nik Li dan Mohd Fakhrul Syafiq Bin Rabeek mewakili daerah Kota
Bharu dalam bola sepak (15 Tahun) dan mereka bertiga juga menjadi wakil Tunas Cemerlang
peringkat Kebangsaan di Ipoh.
Latihan-Latihan Intensif Sukan Bola Sepak SMKKB.
Antara faktor kejayaan dalam sukan bola sepak ini kerana semangat dan kredibiliti yang
ada pada guru yang melatih pasukan SMKKB pada waktu itu iaitu cikgu Zamri Bin Mohd Noor
dan semangat pemain bola SMKKB (15 Tahun) seramai 18 yang diketuai oleh kapten pasukan
iaitu Nik Mohd Alif Bin Nik Li. Cikgu Zamri Bin Mohd Noor amat mengambil berat pasukan
bola sepak (15 Tahun) SMKKB dengan memberi latihan yang sewajarnya. Latihan dijalan pada
setiap hari iaitu selama 2 jam (4-6 petang). Cara mereka berlatih ialah membuat latihan
6. 960203-03-5157
6
memanaskan badan selama 30 minit, teka tubi 60 kali untuk kekuatan fizikal, jogging pusing
padang latihan sebanyak 10 pusingan untuk mengekalkan kecerdasan. Selain latihan mental dan
fizikal, mereka juga berlatih membuat tendangan, belajar teknik menghantar bola dan mengatur
taktikal pasukan.
Cara pengambilan makanan untuk mengekalkan diet pula ialah pada waktu pagi,
diharuskan makan 1 biji telur rebus dan 2 gelas air suam. Pada waktu tengah hari pula, pemain
diharuskan mengambil pemakanan 2 gelas air, sepinggan nasi dengan lauk yang berkhasiat seperti
sayur-sayuran dan ikan serta buah-buahan. Pada waktu malam pula diharuskan mengambil
pemakanan 2 gelas air dan makan makanan yang ringan seperti roti. Mereka tidak boleh ambil
makanan yang mengandungi terlalu banyak minyak dan lemak dan. Pengambilan yang seimbang
dapat mengekalkan berat badan yang seimbang.
Tahun 2005-2007
Pada tahun 2005, 2006 dan 2007, antara unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan
permainan yang ada di SMKKB ialah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Remaja Sekolah,
Pasukan Seni Silat Terlak 4, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), PBSM, Pandu Puteri, Puteri
Islam, Pengakap, Tae Kwan Do, Kelab Optiena, Kadet Bomba Dan Penyelamat, Persatuan
Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan matematik, Persatuan Sains, Persatuan
Ekonomi, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, Choral Speaking, Persatuan Pendidikan Islam,
Kelab ICT, Kelab Setia, Kelab Koperasi Sekolah, Kelab Bina Badan, Kelab Fotografi, Kelab
Kewangan, Persatuan Kemahiran Hidup, Kelab Pelancongan, Kelab Pendidikan Seni Visual &
Lanskap, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab SPBT, Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Mat
Kilau, Tun Perak, Dato Bahaman, Bola Sepak (15 Tahun), Bola Sepak (18 Tahun), Bola Tampar
7. 960203-03-5157
7
(Lelaki), Ragbi, Sepak Takraw (Bawah 18 Tahun), Hoki (15 Tahun Lelaki), Bola Baling
(Perempuan), Olahraga, Bola Baling (Lelaki), Bola Jaring, dan Badminton. Pada tahun ini,
pencapaian kelab bina badan SMKKB amat membanggakan.
Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Bina Badan.
Sejak diperkenalkan sukan bina badan ini pada tahun 2005 di SMK Kota Bharu, ia telah
mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada mulanya ia dijangkakan tiada sambutan tetapi
penyertaannya tetap ada iaitu dengan ahli seramai 5 orang dan jurulatihnya ialah cikgu Rosli Bin
Abdullah. Pada tahun 2006 dan 2007, sukan ini juga amat membanggakan kerana telah mencipta
beberapa kejayaan. Antara faktor kejayaan sukan bina badan SMKKB ialah ahli bina badan
SMKKB sendiri iaitu Syarafuddin Bin Samuri. Beliau gigih berlatih untuk menjuarai dalam
Kejohanan Bina Badan Mr. Kelantan peringkat negeri (2006), Kejohanan Bina Badan Mr.
Kelantan peringkat negeri (2007) Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Southcity plaza peringkat
kebangsaan di KL (2007), Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Malaysia di Sabah peringkat
kebangsaan (2007) dan menjadi naib johan di Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia peringkat
kebangsaan di Pulau Pinang.
Antara latihan yang beliau jalani untuk menjadi ahli bina badan yang berjaya ialah latihan
chest , shoulder, arm (biseps/ triceps/forearm), back, peha (Thigh) dan betis (calve) iaitu dengan
menggunakan teknik bench Press ( 3 set 12 ulangan ), cable push down ( 3 set 10 ulangan ), barbell
curl ( 3 set 12 ulangan ) dan banyak lagi. Latihan cukup dengan hanya tiga kali seminggu (isnin,
rabu, jumaat) di gym dengan ditemani cikgu Rosli Bin Abdulllah. Ini untuk memastikan tisu-tisu
otot dapat diperbaik pulih dalam masa 48 ( badan normal 72 jam ) jam keatas. Penambahan otot
8. 960203-03-5157
8
pada badan bukannya sewaktu menjalani latihan tetapi sewaktu rehat ( tidur ). Tidur sekurang-
kurangnya 8 jam setiap malam ini bagi memastikan otot mendapat masa yang cukup untuk
membaiki dan pembesaran.
Selain itu, faktor pemakanan juga amat penting bagi seorang ahli bina badan. Memilih
makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot dan juga
mengisi zat badan selepas senaman. Atur jadual & waktu makan. Dia perlu makan sekurang-
kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang. Ini memberi masa badan dia cukup untuk
menghadamkan makanan, supaya dia mempunyai tenaga untuk bersenam. Dia juga perlu makan
sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah
baik selepas latihan bina badan. Menambah jumlah karbohidrat dalam makanan kerana
karbohidrat memberi badan lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa
senaman dan lebihkan sumber protein dalam makanan, sebaik-baiknya makan sumber protein
tanpa lemak apabila cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik
untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot. Minum air yang
banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan
boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Tahun 2008-2010
Pada tahun 2008, 2009 dan 2010, antara persatuan dan kelab yang terdapat di SMKKB
ialah Persatuan Sejarah, Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Sains, Persatuan Matematik,
Persatuan Ekonomi, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Geografi,
Kelab Optiena, Kelab ICT, Kelab Pelancongan Dan Pencinta Alam, Kelab Fotografi, Skim
9. 960203-03-5157
9
Pinjaman Buku Teks, Koperasi SMK Kota Bharu, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Setia,
Kelab Rukun Negara, Kelab Kompang, Kelab Dikir Barat, Pendidikan Seni Visual & Lanskap,
Kelab Taekwondo dan Kelab Koir Sekolah. Antara unit beruniform yang ada pada waktu itu ialah
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Puteri Islam, Jabatan Pertahanan
Awam (3), Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap,
Persatuan Silat Terlak dan Persatuan Kadet Bomba. Manakala sukan dan permainan yang ada
pada waktu itu ialah Bola Tampar, Hoki Perempuan, Hoki Lelaki, Bola Sepak, Bola Baling
Lelaki, Bola Baling Perempuan, Ping Pong, Sepak Takraw, Ragbi, Olahraga, Tenis, Bowling,
Badminton dan rumah sukan yang ada pada waktu itu ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Tun Perak,
Dato’ Bahaman dan Dato’ Maharajalela. Pada tahun 2010, sukan badminton antara yang boleh
dibanggakan kerana sampai di peringkat suku akhir di MSSK dan MSSD manakala
kelab/persatuan Bahasa Inggeris juga begitu memberangsangkan kerana berjaya meraih johan
dalam pertanding Choral Speaking peringkat PPD.
Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Badminton Dan Choral Speaking.
Pada tahun 2010 boleh dibanggakan bagi sukan badminton (15 Tahun) dengan SMKKB
kerana berjaya sampai ke peringkat suku akhir dalam peingkat MSSK. Guru yang melatih
badminton (15Tahun) pada waktu itu dibawah jagaan En. Zailani Bin Ariffin dan Puan Salawati
Binti Mohd Radzi dan kesemua ahli badminton ialah 8 termasuk perempuan. Pemain badminton
yang bermain di peringkat MSSK pada waktu ialah pemain perseorangan ialah Faiz Bin Azlan,
beregu lelaki ialah Muhammad Naim Bin Che Zawawi dan Muhammad Naif Bin Che Zawawi dan
beregu campuran ialah Luqman Bin Abdul Hakim dan Nur Adlin Binti Shafie.
10. 960203-03-5157
10
Mereka menjalani latihan sebanyak 2 kali setiap minggu (Selasa dan Khamis) di dewan OJ
yang bersebelahan sahaja dengan sekolah SMKKB. Antara latihan mereka jalani ialah belajar
mencari stamina, mencari kestabilan badan (flexsibel), kepantasan, dan teknik pukulan (smash).
Manakala faktor permakanan mereka ialah kurangkan makanan berminyak, lemak dan gula untuk
mengekalkan keseimbangan berat badan idea. Sebelum mereka mulakan latihan, mereka akan
makan pisang kerana pisang dapat membekalkan tenaga dan minum air mineral.
Pada tahun 2010 juga, Persatuan Bahasa Inggeris antara kelab/persatuan yang dapat
menaikkan nama sekolah SMKKB kerana memenangi pertandingan Choral Speakin peringkat
PPD dibawah pengendalian masa itu iaitu Puan Nik Nor Liza. Ahli persatuan Bahasa Inggeris
SMKKB, Muhammad Faiz Daniel Bin Mokhtar yang memasuki Choral Speaking pada waktu itu
berjaya menjadi johan di peringkat PPD sekaligus menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris
kalangan pelajar SMKKB tidak kurang hebatnya. Kejayaan beliau ini dicapai kerana beliau
berlatih bercakap Bahasa Inggeris dengan keluarganya, rakan-rakan dan guru kelab/persatuan
Bahasa Inggeris. Beliau juga banyak membaca buku-buku, majalah dan artikel dalam Bahasa
Inggeris. Kejayaan beliau ini menunjukkan pelajar di SMKKB mahir lebih dari 2 bahasa.
11. 960203-03-5157
11
Kesimpulan.
Dengan ini jelaslah bahawa dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Bharu (SMKKB) dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitar bandar Kota Bharu
terutama mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Chat. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Bharu telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum sejak diperkenalkan dari tahun 1967 – kini. Dengan peningkatan pencapaian
kokurikulum ini dapat menarik minat murid dalam bidang sukan. Ini disebabkan peranan para
guru yang banyak mengadakan latihan sukan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar bagi
mencapai kejayaan mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum. Selain itu, SMKKB juga
mempunyai peralatan yang cukup untuk kegunaan para pelajar. SMKKB juga telah banyak kali
mengharumkan nama negeri Kelantan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Dengan peningkatan pencapaian sukan dalam kokurikulum dari tahun ke tahun ini dapat
menarik minat masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Ini kerana sekolah
SMKKB sangat terkenal dengan sukan dan kokurikulum. Semoga dengan kejayaan ini dapat
dikekalkan dan ditingkatkan dari tahun ke tahun seterusnya dan dapat mengharumkan nama baik
sekolah SMKKB dan negeri Kelantan.
12. 960203-03-5157
12
NOTA HUJUNG.
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah, Khamis, 9.30 Malam.
2. http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam.
3. http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam
4. http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam.
5. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00
malam.
6. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00
malam.
7. En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30
tengah hari.
8. En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang.
9. Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-
15.
13. 960203-03-5157
13
BIBLIOGRAFI.
En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30 tengah
hari.
En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang.
http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah, Khamis, 9.30 Malam.
http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam.
http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam.
Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00
malam.
Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00 malam.
Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-15.
16. 960203-03-5157
16
Pasukan Bola Sepak (15 Tahun) SMKKB bersama guru penasihat mereka (2004)
Muhammad Naim sedang menjalani latihan badminton di Dewan OJ.