1. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
PENGARAHAN
( KEPIMPINAN )
7.0 Pengenalan
Kita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorang
pengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakan
lebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasi
tersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akan
melaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahan
daripada pengurus atau pemimpin.
Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadi
seorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah kerana
personaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akan
dapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini.
7.1 Definisi
• Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk
melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin
ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.
2. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
• Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkahlaku orang lain kearah
penyempurnaan sesuatu objektif.
7.2 Kemahiran pemimpin
• Kemahiran bekerjasama.
• Kemahiran memahami nilai.
• Kemahiran menggunakan deria dalaman.
• Kemahiran memahami diri sendiri.
• Kemahiran melihat masa hadapan.
7.3 Pendekatan Kepada Kepimpinan
Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapat
mengenali seseorang pengurus itu pemimpin atau tidak? Pemimpin dikenali
berdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu:
i. Pendekatan sifat
ii. Pendekatan tingkahlaku atau gelagat
iii. Pendekatan kontigensi atau situasi
7.3.1 Pendekatan sifat.
Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini,
penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak
dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi
pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita
tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan
kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu
3. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset
pengurus tersebut.
Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang
pengurus bagi menjadi seorang pemimpin? Siapakah pemimpin
yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin?
7.3.2 Pendekatan tingkahlaku
Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi
mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan
kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan
dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk.
Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya
kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu:
a) Teori Grid pengurusan
b) Sistem 4 Likert
a) Teori Grid pengurusan
Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton.
Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia
merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid
pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.
4. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
Ia membolehkan pengurus mengenalpasti gaya pengurusan mereka dan
menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan.
Ia berdasarkan dua dimensi utama:
i)Tumpuan terhadap pekerja
ii)Tumpuan terhadap pengeluaran.
(1, 9) (9,9 )
T Pengurusan Selesa Pengurusan Kerja
u Berpasukan
m
p
u
a (5, 5)
n Pengurusan Jalan
Tengah
p
e
k ( 1, 1) (9,9 )
e Pengurusan Daif Pengurusan Tugas
r
j
a
Tumpuan Kepada Pengeluaran
(1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club)
Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya
perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan
mesra.
( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )
5. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan
sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi.
(5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road )
Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral
pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana.
(9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work )
Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama,
percaya mempercayai dan hormat menghormati.
(9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik)
Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi
tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil
dari penyusunan kerja yang rapi.
Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang
paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi
kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran.
b) Sistem Empat Likert
Rensis Likert dalam bukunya “New Patterns Of Management” telah
mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu:
i) Exploitative – Authoritative
Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman
digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja
tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti
yang sederhana. Masalah pekerja berlaku.
ii) Benevolent – Authoritative
Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya
komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan
6. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi
masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja.
iii) Consultative
Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan
terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan
kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan
faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja
sederhana.
iv) Participative
Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment
terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan
berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya
pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin
berkurangan.
Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV
berorientasikan kepada manusia.
7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi.
Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidik
mengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinan
pengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya atau
corak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang mereka
hadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi atau
keadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu:
a) Teori Luar Jangka Fiedler
b) Teori Kitaran Hayat
7. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
c) Teori Matlamat Laluan
a) Teori Luar Jangka Fiedler
Teori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan era
penyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasi
yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.
Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gaya
kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesanan
seseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tiga
angkubah yang lain iaitu:
i) Hubungan Anggota-Ketua
Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima
oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan
kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara
kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan
ketua – anggota itu adalah rendah.
ii) Struktur tugas
Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal.
iii) Kuasa Kedudukan Ketua
Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan
memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada
pemimpin.
8. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis
situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling
berkesan.
b) Teori Kitaran Hayat
3 2
4 1
Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukan
pekerja dalam organisasi.
Fasa 1
Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalam
menjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbul
kekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belum
begitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain.
Fasa 2
Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.
Walaubagaimanapun keyakinan pengurus terhadap subordinat adalah semakin
meningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja.
Fasa 3
9. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
Keupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-cari
tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yang
tinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepada
subordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubungan
antara pengurus dan pekerja juga semakin baik.
Fasa 4
Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiri
tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dan
galakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun.
c) Teori matlamat laluan.
Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenai
pendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawa
pemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yang
berbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasi
dan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannya
menawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yang
seharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu
pengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskan
kepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya.
Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhi
dorongan dan ganjaran yang akan didapati.
Sebagai contoh:
Pengurus yang bertumpukan pekerja.
Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji,
kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurus
juga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengan
keperluan individu serta keinginan mereka.
10. KEPIMPINAN Asas Pengurusan
Pengurus yang berorientasikan tugas.
Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadap
keperluan pekerja. Walaubagaimanpun, pengurus demikian biasanya lebih
berkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbanding
dengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja.
Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atau
prestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus,
tambahan gaji atau kenaikan pangkat.