SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN
JAWI
DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK
1.0 PENGENALAN
Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana
melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan
seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa
seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu,
proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses
ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan
kajian ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3
sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang
belum dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan awalan bagi
kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid
kepada perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah
laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah
bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh
sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar
mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan
aktiviti yang pelbagai
. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang
digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang
murid. Apa yang hendak dikongsikan disini adalah mata pelajaran pendidikan
islam sering di ambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh
sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata
pelajaran pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting
kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang
akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian Penilain Sekolah rendah atau
UPSR.
Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar
dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan
bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan bidang yang
terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah,
tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali.
Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan
kepada menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas
seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai
beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:
 Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal
 Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung
 Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka
 Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup
 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat
 Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman
 Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek
 Menggunakan tanda baca
Membaca pelbagai jenis bahan bacaan
 Menulis pelbagai jenis teks
 Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.
Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati
ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan
menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan
melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran
mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat
menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut,
saya cuba melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka
tentang penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan
mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.
3.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan
markah ujian bulan julai rendah kerana
1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan
mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan
pembelajaran.
2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi
3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut
sekiranya bersambung dengan huruf lain.
4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu
perkataan.
5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
ayat
atau teks petikan.
Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang
malas dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi,
murid akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi
masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system
ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang
mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan
perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi.
ii. Objektif Khusus
Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :
 Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi
 Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi
 Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan
 Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan
 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran
dan apitan
 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
 Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang
menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam
tahun 3 yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid
perempuan. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan Masalah
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal
bagi kajian ini
6.1.1 Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid
mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut
didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang
lemah.
6.1.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada
pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member
kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang
member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
6.1.3 Temu bual
Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk
menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka.
Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang
terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan
pembelajaran mereka di rumah.
6.1.4 Perbincangan dengan guru
Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan
pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.
6.1.5 Semakan buku latihan
Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan
murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya
akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak
mahir dalam pelajaran jawi ini.
7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan
sistem ejaan jawi.
8.0 UJIAN PRA
8.1 Analisis Ujian Pra
Pencapaian
(Gred)
Bilangan
Sampel
Peratus
A (80-100) 2 12.5
B ( 60-79) 3 18.75
C (40-59)
D (20-39)
5
4
31.25
25
E (0-19) 2 12.5
Jumlah 16 100
Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian
Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid
telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal
adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan
dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan
imbuhan ber dan be serta bel.
.2 Analisis Pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar
murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid
TINGKAH LAKU MURID PERATUS
Kesungguhan 30
Aktif dalam pembelajaran 30
Kurang memberi tumpuan 20
Tidak memberi tumpuan 20
Jumlah 100
8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid
Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid
il Deskriptor Tidak
setuju
setuju Amat setuju
1 Suka belajar /
2 Suka pada Guru
pendidikan Islam
/
Rasa diri pandai /
Suka datang ke sekolah /
Bercita-cita tinggi untuk
Berjaya
/
Mesra dengan rakan /
Merasa malu kerana
tidak tahu membaca
/
Mahu berubah untuk
membaca jawi
/
Mahu ke kelas
pemulihan jawi
/
8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak
Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid
Bil Deskriptor Tidak setuju setuju Amat setuju
1 Membaca buku di
rumah
/
2 Mengulangkaji pelajaran
jawi bersama abang
dan kakak
/
3 Bertanya kepada ibu
bapa apabila tidak tahu
membaca
/
4 Belajar bersama ibu
bapa
/
5 Ibu bapa memarahi
murid apabila tidak tahu
membaca
8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel(
Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran)
Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar
Skala
Sebab
1
Sangat
setuju
2
setuju
3
Tidak
setuju
4
Sangat
tidak
setuju
Jumlah
Pengajaran guru tidak
menarik
2
40%
3
60%
Guru tidak
menggunakan BBM
yang sesuai
1
20%
4
80%
Banyak buku yang 2 3
perlu dibaca 40% 60%
Tidak mengetahui
penggunaan perkataan
imbuhan awalan
dengan kemahiran
membaca jawi dan
membina ayat
2
40%
3
60%
Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan
kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid
tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan
juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku
aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai
memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran,
bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.
9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang
dihadapi oleh murid, saya menjalankan aktiviti seperti dibawah yang dianggap
bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik-
baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid
power point dan membuat penerangan imbuhan awalan.
9.2 Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan
9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak
9.4 Membina ayat berdasarkan gambar
9.5 Ujian Pos
10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
10.1 Aktiviti 1
I. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan
seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru
meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat
beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang
dinyatakan oleh murid, iaitu;
Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar
II. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.
Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan.
Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan.
III. Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.
IV. Pemerhatian:
Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan
sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada
di antara jawapan yang diberikan tidak tepat.
V. Refleksi:
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid
tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.
10.2 Aktiviti 2
I. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan
awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan
kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan
menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan
mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan
terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi
murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu
murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar.
II. Pemerhatian:
Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang
diberikan.
III. Refleksi:
Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai
bacaan jawi dengan lancar.
10.3 Aktiviti 3
I. Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi
perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan
warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan
yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara
kelas dan individu.
II. Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan
berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan
melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah
imlak)
III. Contohnya,
ber be ter te me mem men
berlari berasa terlaris terasa memasak membaca mendapat
bersukan belajar tersepak terendam menulis memberitahu mencatat
bersenam terminum terancang memukul
Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan
IV. Pemerhatian
Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;
Markah Peratus
A ( 80-100) 25
B( 60-79) 62.5
C( 40-59) 12.5
D (20-39) 0
E (0-19) 0
Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan
berimbuhan
Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk
membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam
perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul.
V. Refleksi:
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya
mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya.
10.3 Aktiviti 4
I. Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat
gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut.
II. Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak
ular di kebun pisang ayahnya.
III. Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.
IV. Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang
terdapat dalam ayat yang dibina.
V. Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.
VI. Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini
dilaksanakan.
Aktiviti Bilangan
Murid
Peratus
pencapaian
Membina ayat 10 62.5
Perbincangan 12 75
Membaca ayat 16 100
VII. Pemerhatian :
Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk
merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal
tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.
VIII. Refleksi
Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu
dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan
berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah
penerangan, perkembangan dan penutup.
10.4 Ujian Pos
I. Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas
ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra
tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan.
II. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki
menjawab semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas
ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu
Bahagian A : Objektif.
Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.
Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.
Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.
Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.
III. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45
minit.
IV. Pemerhatian:
Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan.
Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar
oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk dijawab.
Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.
Pencapaian ( Gred) Bilangan
Murid
Peratus
A (80-100) 4 25
B (60-79) 8 50
C (40-69) 3 18.75
D ( 20-39) 1 6.25
E (0-19)
V. Refleksi:
Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian
dikalangan murid. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal
dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi
kelas jQAF.
11.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan
awalan ini. Rumusan tersebut ialah;
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.
Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan
yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan
awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada
peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa
pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru.
Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos
Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos
Lulus 62.50 93.75
Gagal 37.50 6.25
Jumlah 100 100
Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian
pra. Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang
murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan
yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan
imbuhan awalan.
Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran
membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif
dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.
12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam
membantu murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul.
Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak
membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih terdapat
kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan
kaedah imlak ini dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti
bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh
guru –guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid –murid dalam mata
pelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru
sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam
pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap
pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru.
13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN
Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:
Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping
Marker pen
Gunting
Pembaris
Kertas A4
Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set
Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set
Komputer riba
Lcd Projektor
14.0 ANGGARAN KOS
Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :
Kad Imbasan : RM15.00
Marker Pen : RM6.00
32 set Soalan Ujian x RM1.00 : RM32.00
BIBLIOGRAFI
Jauharah Hj. Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk
sekolah rendah
dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong
Malim:
Penerbit UPSI.
Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu
(KVKV).Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.
Laman Web
wannoorainiwmp51992.blogspot.com/
http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-
kajian-tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137
http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFj
AH&url=http%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-
dan-contoh-
pelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6In
RxP-yBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg
LAMPIRAN 1
GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK
MURID MENCIPTA IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN
MEREKA.
MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT.
LAMPIRAN 2 :

Contenu connexe

Tendances

Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Contoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullahContoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullahjahmai
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaDorma Jn
 
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiRancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiNagarajan Aboy
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarZuraihi Razali
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibdalilavuzarzad
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaWikwang Wong
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridAsniem CA
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 

Tendances (20)

Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Contoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullahContoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullah
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiRancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi Murid
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 

En vedette

Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Perkataan Jawi Imbuhan Awalan
Perkataan Jawi Imbuhan AwalanPerkataan Jawi Imbuhan Awalan
Perkataan Jawi Imbuhan Awalanelfitriey
 

En vedette (6)

Imbuhan Apitan Jawi
Imbuhan Apitan JawiImbuhan Apitan Jawi
Imbuhan Apitan Jawi
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Perkataan Jawi Imbuhan Awalan
Perkataan Jawi Imbuhan AwalanPerkataan Jawi Imbuhan Awalan
Perkataan Jawi Imbuhan Awalan
 
Formula Pintar Jawi
Formula Pintar JawiFormula Pintar Jawi
Formula Pintar Jawi
 

Similaire à Meningkatkan Penguasaan

Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1sktpp
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanKPM
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...risa zakiatul
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdfBEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdfDidikSupriyadi6
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Ponnu Mani
 

Similaire à Meningkatkan Penguasaan (20)

Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
 
Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
1
11
1
 
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdfBEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 

Meningkatkan Penguasaan

  • 1. MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK 1.0 PENGENALAN Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan awalan bagi kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan aktiviti yang pelbagai . 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang hendak dikongsikan disini adalah mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang
  • 2. akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian Penilain Sekolah rendah atau UPSR. Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah, tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali. Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan kepada menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:  Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal  Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung  Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka  Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup  Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat  Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman  Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek  Menggunakan tanda baca Membaca pelbagai jenis bahan bacaan  Menulis pelbagai jenis teks  Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah. Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.
  • 3. 3.0 FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan julai rendah kerana 1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran. 2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi 3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain. 4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. 5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat. 6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks petikan. Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi. ii. Objektif Khusus Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :  Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi  Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi  Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan  Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan  Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan
  • 4.  Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.  Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.  Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai. 5.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Masalah Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini 6.1.1 Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang lemah. 6.1.2 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan. 6.1.3 Temu bual Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran mereka di rumah. 6.1.4 Perbincangan dengan guru Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.
  • 5. 6.1.5 Semakan buku latihan Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam pelajaran jawi ini. 7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi. 8.0 UJIAN PRA 8.1 Analisis Ujian Pra Pencapaian (Gred) Bilangan Sampel Peratus A (80-100) 2 12.5 B ( 60-79) 3 18.75 C (40-59) D (20-39) 5 4 31.25 25 E (0-19) 2 12.5 Jumlah 16 100 Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan ber dan be serta bel. .2 Analisis Pemerhatian Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid TINGKAH LAKU MURID PERATUS Kesungguhan 30 Aktif dalam pembelajaran 30
  • 6. Kurang memberi tumpuan 20 Tidak memberi tumpuan 20 Jumlah 100 8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid il Deskriptor Tidak setuju setuju Amat setuju 1 Suka belajar / 2 Suka pada Guru pendidikan Islam / Rasa diri pandai / Suka datang ke sekolah / Bercita-cita tinggi untuk Berjaya / Mesra dengan rakan / Merasa malu kerana tidak tahu membaca / Mahu berubah untuk membaca jawi / Mahu ke kelas pemulihan jawi /
  • 7. 8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid Bil Deskriptor Tidak setuju setuju Amat setuju 1 Membaca buku di rumah / 2 Mengulangkaji pelajaran jawi bersama abang dan kakak / 3 Bertanya kepada ibu bapa apabila tidak tahu membaca / 4 Belajar bersama ibu bapa / 5 Ibu bapa memarahi murid apabila tidak tahu membaca 8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran) Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar Skala Sebab 1 Sangat setuju 2 setuju 3 Tidak setuju 4 Sangat tidak setuju Jumlah Pengajaran guru tidak menarik 2 40% 3 60% Guru tidak menggunakan BBM yang sesuai 1 20% 4 80% Banyak buku yang 2 3
  • 8. perlu dibaca 40% 60% Tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan membina ayat 2 40% 3 60% Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya. 9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid, saya menjalankan aktiviti seperti dibawah yang dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik- baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid power point dan membuat penerangan imbuhan awalan. 9.2 Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan 9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak 9.4 Membina ayat berdasarkan gambar 9.5 Ujian Pos 10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 10.1 Aktiviti 1 I. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang dinyatakan oleh murid, iaitu;
  • 9. Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar II. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan. Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan. Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan. III. Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut. IV. Pemerhatian: Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat. V. Refleksi: Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat. 10.2 Aktiviti 2 I. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar. II. Pemerhatian: Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang diberikan. III. Refleksi:
  • 10. Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan jawi dengan lancar. 10.3 Aktiviti 3 I. Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara kelas dan individu. II. Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak) III. Contohnya, ber be ter te me mem men berlari berasa terlaris terasa memasak membaca mendapat bersukan belajar tersepak terendam menulis memberitahu mencatat bersenam terminum terancang memukul Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan IV. Pemerhatian Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut; Markah Peratus A ( 80-100) 25 B( 60-79) 62.5 C( 40-59) 12.5 D (20-39) 0 E (0-19) 0 Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhan Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul. V. Refleksi:
  • 11. Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya. 10.3 Aktiviti 4 I. Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut. II. Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di kebun pisang ayahnya. III. Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid. IV. Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang terdapat dalam ayat yang dibina. V. Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid. VI. Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan. Aktiviti Bilangan Murid Peratus pencapaian Membina ayat 10 62.5 Perbincangan 12 75 Membaca ayat 16 100 VII. Pemerhatian : Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di dalam kelas. VIII. Refleksi Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah penerangan, perkembangan dan penutup. 10.4 Ujian Pos I. Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan.
  • 12. II. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Bahagian A : Objektif. Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks. Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori. Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai. Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar. III. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45 minit. IV. Pemerhatian: Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk dijawab. Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus. Pencapaian ( Gred) Bilangan Murid Peratus A (80-100) 4 25 B (60-79) 8 50 C (40-69) 3 18.75 D ( 20-39) 1 6.25 E (0-19) V. Refleksi: Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan murid. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas jQAF. 11.0 REFLEKSI KESELURUHAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan tersebut ialah;
  • 13. Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos. Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru. Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos Lulus 62.50 93.75 Gagal 37.50 6.25 Jumlah 100 100 Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan imbuhan awalan. Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. 12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih terdapat kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru –guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid –murid dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam
  • 14. pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru. 13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah: Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping Marker pen Gunting Pembaris Kertas A4 Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set Komputer riba Lcd Projektor 14.0 ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan : Kad Imbasan : RM15.00 Marker Pen : RM6.00 32 set Soalan Ujian x RM1.00 : RM32.00 BIBLIOGRAFI Jauharah Hj. Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk sekolah rendah dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Selayang. Laman Web wannoorainiwmp51992.blogspot.com/ http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh- kajian-tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137 http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFj AH&url=http%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd- dan-contoh-
  • 15. pelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6In RxP-yBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg LAMPIRAN 1 GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN MEREKA. MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT. LAMPIRAN 2 :