SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  123
Bahasa Melayu
Kata ialah bunyi atau
gabungan bunyi dalam
sesuatu bahasa yang
diucapkan atau ditulis
dengan menggunakan
huruf-huruf untuk
menyampaikan maksud
atau makna tertentu.
BENTUK KATABENTUK KATA
KATA ASAL / KATAKATA ASAL / KATA
TUNGGALTUNGGAL
KATA TERBITANKATA TERBITAN
KATA MAJMUKKATA MAJMUK KATA GANDAKATA GANDA
KATA ASAL / KATA TUNGGALKATA ASAL / KATA TUNGGAL
Kata Asal merupakan perkataan yang
- tidak menerima imbuhan,
- tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian.
Contohnya:
sekolah aroma cenderamata
Perkataan yang dibentuk melalui
proses imbuhan.
a. Kata Terbitan Berawalan
b. Kata Terbitan Berakhiran
c. Kata Terbitan Berapitan
d. Kata Terbitan Bersisipan
KATA TERBITANKATA TERBITAN
i. dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-,
per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-,
eka-, dwi-
ii. dengan Awalan Kata Kerja: meN,
memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-,
diper-
iii. dengan Awalan Kata Adjektif: ter-,
se-, te-
KATA TERBITAN BERAWALANKATA TERBITAN BERAWALAN
i. dengan Akhiran Kata Nama:
-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at,
-ah,
ii. dengan Akhiran Kata Kerja :
-kan, -i
KATA TERBITAN BERAKHIRANKATA TERBITAN BERAKHIRAN
i. dengan Apitan Kata Nama:
peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an
ii. dengan Apitan Kata Kerja:
meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan,
meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i,
memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an
iii. dengan Apitan Kata Adjektif:
ke-...-an
KATA TERBITAN BERAPITANKATA TERBITAN BERAPITAN
i. dengan SIsipan Kata Nama:
-el, -em
ii. dengan Sisipan Kata Adjektif:
-el, -er, -em, -in
KATA TERBITAN BERSISIPANKATA TERBITAN BERSISIPAN
Rangkaian dua kata dasar atau lebih
yang membawa makna tertentu.
KATA MAJMUKKATA MAJMUK
i. Rangkai kata bebas.
Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta
lembu, kuning langsat
ii. Istilah khusus.
Contohnya: lut sinar, garis pusat
iii. Kiasan atau simpulan bahasa.
Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu
BENTUK KATABENTUK KATA
MAJMUKMAJMUK
antarabangsa
suruhanjaya
tandatangan
matahari
pesuruhjaya
kerjasama
bumiputera
sukarela
KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAPKATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
kakitangan
jawatankuasa
setiausaha
warganegara
olahraga
beritahu
tanggungjawab
i. menggandakan pertama sahaja.
Contohnya: guru besar guru-guru besar
ii. menggunakan penanda jamak.
semua, banyak, sekumpulan, beberapa,
persatuan, para, pertubuhan, sebilangan,
sebahagian
Contohnya: semua Menteri Besar,
sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas
Perajurit
PENJAMAKAN KATA MAJMUKPENJAMAKAN KATA MAJMUK
i. pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja.
Contihnya:
campur aduk dicampur aduk
daya serap daya serapan
ii. apitan.
Contohnya:
campur aduk mencampuradukkan
daya serap kedayaserapan
PENGIMBUHAN KATA MAJMUKPENGIMBUHAN KATA MAJMUK
a. Penggandaan penuh.
Contohnya: rama-rama, pulau-pulau
b. Penggandaan separa.
Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun
c. Penggandaan berentak.
Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak
KATA GANDAKATA GANDA
Kesalahan penggunaan bentuk jamak
Contoh:
salah betul
mereka-mereka
rakyat-rakyat
kita-kita
semua guru-guru
guru besar-guru besar
mereka
rakyat
kita
semua guru
guru-guru besar
Kata Nama (KN)
GOLONGAN KATAGOLONGAN KATA
Kata Kerja (KK)
Kata Adjektif (KA)
Kata Tugas
Kata Nama (KN)
a. Kata Nama Am
Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok
b. Kata Nama Khas
Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan
Bandaran Kelang
c. Kata Ganti Nama
Contoh: saudara, tuan, beta, beliau
Kata Kerja (KK)
a.Kata Kerja Transitif:
kata kerja yang mesti diikuti oleh objek.
Contohnya:
membeli (makanan)
mendiami (kawasan)
mempererat (hubungan)
Kata Kerja (KK)
b. Kata Kerja Tak Transitif:
kata kerja yang tidak diikuti oleh objek.
Contohnya:
bangun tersenyum membesar
(kk tak transitif tak berpelengkap)
beransur berbantalkan
(kk tak transitif berpelengkap)
Kata Adjektif (KA)
Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat,
rupa atau keadaan sesuatu.
Kata Tugas
Kata yang boleh bersifat pelbagai
jenis sama ada sebagai
penghubung, penerang, penguat,
pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri ataupun
tugas-tugas lain
Kata Tugas
dan, atau, tetapi
a. Kata hubung
wah, amboi, aduh, aduhai
b. Kata seru
bagaimana, siapa, bila, berapa
c. Kata tanya
Kata Tugas
sila, tolong, harap
d. Kata perintah
hatta, maka, syahdan
e. Kata pangkal ayat
akan, pernah, sudah
f. Kata bantu
Kata Tugas
amat, sangat, paling
g. Kata penguat
juga, lah, tah, pun
h. Kata penegas
tidak, bukan
i. Kata nafi
Kata Tugas
ialah, adalah
j. Kata pemeri
di, dari, dalam
k. Kata sendi nama
ya, benar, betul
l. Kata pembenar
Kata Tugas
dua, segala, masing-masing
m. Kata bilangan
atas, sini, dalam
n. Kata arah
yang, -nya
o. Kata pembenda
Kata Tugas
-nya
p. Kata penekan
AKRONIM
Akronim terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku
kata atau gabungan huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai
kata, dan ditulis serta dilafazkan
seperti kata yang wajar.
AKRONIM
i. Gabungan huruf awal rangkai kata
nama khas yang disingkatkan
dengan huruf besar.
Contohnya:
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
AKRONIM
ii. Gabungan huruf awal/suku kata
pertama bagi rangkai kata nama am
ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya:
tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
cerpen (cerita pendek)
AKRONIM
iii. Gabungan huruf awal dan/atau
suku kata pertama bagi nama khas,
ditulis dengan huruf kecil yang
dimulai dengan huruf besar.
Contohnya:
Bernama ( Berita Nasional Malaysia)
Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
aku
digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada
Tuhan,
beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat.
patik
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan.
digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra
dengan kita dan dengan Tuhan.
saya
digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/
orang lain pada umumnya.
kami
digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman
atau teman-temannya apabila
bercakap dengan diri orang kedua.
kita
digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua
yang menjadi teman bercakap.
anda
digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita
tidak berhadapan muka dengan dia.
1. Kata Ganti Nama: contoh :
Awak/ kamu
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita seperti kawan/adik.
tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.
baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.
beliau
digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti
menteri dan guru.
ia/dia
digunakan untuk diri orang ketiga yang umum
( untuk manusia sahaja ).
apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.
mana
digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan
tempat.
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.
apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu.
siapa-siapa,
sesiapa
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.
mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
•KATA SENDI
Kata Sendi : dari dan daripada
dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah,
waktu dan masa sahaja.
daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda,
perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan
untuk menunjukkan keanggotaan.
•Kata Sendi ‘di’
1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat.
2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
3.Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang
menerangkan waktu, masa dan zaman.
Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan
Sultan Mansor Syah. ( salah )
•Pada
1.Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa.
Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi.
2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja
Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan.
3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa
Nama yang bermaksud sasaran.
Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah)
Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)
•Ke
1.TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI
tempat,arah,waktu atau masa.
2.TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk
manusia atau haiwan.
Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah )
Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )
•kepada
1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan
unsur mujarad.
contoh:
- Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali.
- Adik memberi susu kepada kucing.
- Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah.
2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia.
Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah
dengan segera.
3. Digunakan untuk menyatakan pecahan.
Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan.
4. Digunakan untuk menyatakan keadaan.
Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C .
5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’
Contoh : daripada 70% kepada 80 %.
•oleh, oleh kerana dan oleh sebab
1.‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat
pasif.(di,ter dan kena)
Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali.
Budak itu kena pukul oleh ibunya.
2. Yang membawa maksud sebab.
Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan
latihan.
3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-
sama.
Contoh:
Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah)
Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)
•dalam dan di dalam
1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa
maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat
semalam. (betul)
2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif.
Contoh: Air perigi itu sungguh dalam.
3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang
fizikal)
Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.
•antara dan di antara
1.‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak.
Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah)
Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul)
2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak
ruang
fizikal.
Contoh :
Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian.
(salah)
Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian.
(betul)
•demi dan untuk
1.Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan
sekali.
Contoh :
- Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk
kesejahteraan negara.(salah)
- Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan
negara.(betul)
•KATA PEMERI :ialah dan adalah
•ialah
1.Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara
subjek dengan predikat berpola FN + FN.
2.Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama.
Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat.
Contoh1 : Angin ialah udara
Udara ialah angin
Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah)
Singapura ialah jiran Malaysia. (betul)
•adalah
•Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat
yang berpola FN + FA atau FN + FS.
2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang
disebut sebelumnya.
Contoh : Perkara ini adalah sangat penting.
Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.
•KATA NAFI
1.Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak.
2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi
nama(FS).
Contoh : Ini bukan buku saya.
Sumbangan itu bukan daripada Ali.
3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif
(FA).
Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah)
Dia tidak memanggil saya. (betul)
Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah)
Ayah tidak sihat hari ini. (betul)
•KATA ADJEKTIF
1. Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului
atau diikuti dengan Kata Penguat
Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/
amat pintar sekali / sangat enak sekali/
teramat pandai / tinggi sekali
2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila
bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Contoh : Baju itu cantik
(subjek) (predikat)
3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU
diikuti oleh perkataan sekali.
•KATA PENGUAT ADJEKTIF
1.Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif.
Contoh : terlalu nakal / lambat benar
2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata
Adjektif.
Contoh : Sungguh amat merdu
Terlalu amat pedih
3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata
Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi.
Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.
(salah )
Ali pelajar yang tercerdik. (betul )
Ali pelajar yang paling cerdik.
•PENJODOH BILANGAN
1.Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama
Abstrak.
Contoh:
Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima.
(salah)
Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul)
2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata
Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah,
sebahagian dan para. Contoh:
Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah.
(salah)
Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)
•KATA TANYA
1. Apa dan Siapa
Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk
menanyakan nama benda atau binatang sahaja.
Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk
menanyakan nama manusia.
2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat
Penyata.
•BUNYI HAIWAN
nyamuk - dengung
ular - desis
burung - kicauan
keldai - meringkik
itik - mengakak
tikus - berdecit-decit
terkukur - berkukur
serigala - meraung
cengkerik - mengilai
beruang - menderam
puyuh - berdengut
gajah - bertempik
harimau - mengaum
anak ayam - mencicit
tebuan - berdengung
kumbang - berdengung
anjing - menyalak / berdengking
kambing - mengembek
katak - berdengung
kuda - berdengus
ikan - berdengus
singa jantan - mengaum
kera - mengerih
•BAHASA ISTANA
beradu - tidur
murka - marah
gering - sakit
kaus - katil
wakil Mahkota - wakil raja
santap - makan
bersiram - mandi
kurnia - menganugerahkan
bertitah - berkata
jenazah - mayat
dinobat - dilantik
Bersemayam - tinggal
peterana - tempat duduk
permaisuri - isteri raja
berdaulat - bertuah
bahtera - kapal
Sepersalinan - sepasang baju
almarhum - arwah
KATA BILANGAN
•KATA BILANGAN
•Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan
pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dan
sebagainya tidak boleh dipisahkan.
•Contoh:
1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah)
Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akan
durian. (betul)
2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
3. Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul)
4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah)
Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)
•KATA BILANGAN
•Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulang
menjadi para-para.Contoh:
1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul)
•Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan
seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan
kata bilangan pecahan. Contoh:
1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah)
Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul)
2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa
Melayu
1. Kesalahan Dari Segi Kata
Kesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang
terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan
sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk
kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM,
penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna
terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk
'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri
'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata
bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang
menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama
yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata
bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu
digandakan.
Contohnya;
Semua pelajar-pelajar (Salah)
Semua Pelajar (Betul)
Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah)
Kebanyakan penghuni (Betul)
Berminggu lamanya (Salah)
Berminggu-minggu lamanya (Betul)
Begitu juga pada penggunaan hukum DM
(Diterangkan dan Menerangkan).
Contohnya
Klinik Aminah atau Aminah Klinik,
Contoh lain adalah;
Lain-lain hal (Salah)
Hal-hal lain (Betul)
Lain-lain agenda (Salah)
Agenda-agenda lain (Betul)
Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilangan
'buah', dan 'orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semua
buah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti;
Kebanyakan buah kedai (Salah)
Kebanyakan kedai (Betul)
Beberapa orang pelajar (Betul)
Beberapa pelajar (Salah)
Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh digunakan pada kata
bilangan tak tentu kecuali kata bilangan 'beberapa'. Sementara
kesalahan yang paling ketara apabila menggunakan kata
bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata bilangan tersebut
bermaksud jamak, namun kata 'banyak' lebih merujuk pada
jumlah bilangan sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah
pada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pula
seperti 'setengah' tidak boleh berada bersebelahan kata bilangan
tentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.
•Kesalahan Dari Segi Kata Kerja
Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis
kata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnya
menentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibu
menanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah;
Ayah menanam akan pokok (Salah)
Ayah menanam pokok (Betul)
Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti dengan
objek frasa nama. Contoh lain;
Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah)
Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)
Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak
transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau
tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan
kata kerja tak transitif ber..kan, tidak
memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata
kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak
transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah
seperti;
nenek tidur berbantal lengan (Salah)
Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul)
Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan
apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama
dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya;
Baju itu kakak jahit (Salah)
Baju itu dijahit oleh kakak (Betul)
Kuih itu dimakan oleh saya (Salah)
Kuih itu saya makan (Betul)
2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan
Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan
apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih
mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan-
apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan
maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau
gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan
memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang
berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah;
Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah)
Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul)
Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah)
Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya
(Betul)
Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh
digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif.
Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya;
Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah)
Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul)
Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena
pada objek utama. Contohnya;
Doktor menjalani pembedahan (Betul)
Doktor menjalankan pembedahan (Betul)
Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang
berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah
sementara ayat kedua doktor yang membedah.
3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif
Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan
penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat
belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan
sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang
menunjukkan paling. Contohnya;
Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah)
Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul)
Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah)
Rumah itu yang terbesar (Salah)
Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)
Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak
boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan
juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat
sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan
yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling'
tersebut. Contohnya;
Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar
(Salah)
Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul)
Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah )
Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)
4. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi 'dari' dan
'daripada' dalam ayat. Contohnya;
Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah)
Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul)
Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata
sendi 'di’ dan 'ke’ pada kata yang menunjukkan ruang,
tempat. Contohnya;
Malah di antara pendapat tersebut (Salah)
Malah antara pendapat tersebut (Betul)
Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah)
Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul)
Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah)
Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)
5. Kesalahan Dari Segi Kata Hubung
Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh
pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung
'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'.
Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata
'apabila' dan 'bila'. Contohnya;
Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah)
Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)
Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang'
dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap
menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung
tersebut. Contohnya;
Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah)
Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan
kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau
menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang
digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang
digandakan.
Contohnya;
Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah)
Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul)
Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah)
Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul)
Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah
itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai
satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut.
Contohnya setiausaha-setiausaha.
7. Kesalahan Penggunaan Kata Ganda
Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata
tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang
perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan
jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan.
Contohnya;
Semua barang-barang itu (Salah)
Semua barang itu (Betul)
Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah)
Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)
Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda
yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau
'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidakperlu lagi ditulis
kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya;
Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah)
Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul)
Mereka saling bersalam-salaman (Salah)
Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)
8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri
Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah'
kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna
bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut.
Contohnya;
Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah)
Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul)
Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata
adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah'
digunakan pada kata nama.
9. Kesalahan Dari Segi Ejaan
Kesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yang
dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasa
asing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asal
dalam bahasa Melayu. Contohnya;
Pamer atau pamir , Calon atau calun
Oditorium atau auditorium
Terdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja
kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu.
Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas,
tauladan atau teladan
Kesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di'
atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan.
Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaan
yang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya;
Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah)
Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)
10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan
Kadang kala imbuhan yang digunakan pada
sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata
pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul
apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya
sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada
kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga
dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat
dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya
menentukan penggunaan imbuhan 'menge...'
Perserta atau peserta
Pemprosesan atau pemerosesan
Mengambarkan atau menggambarkan
Mengcat atau mengecat
11.Kesalahan Dari Segi Ayat
Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahan
ayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanya
dan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan sama
ada untuk menggunakan 'bukan atau `tidak' pada ayat nafi.
Begitu juga kesalahan menggunakan partikel 'kah' dalam ayat
tanya. Contohnya;
Dia membeli baju itu bilakah? (Salah)
Bilakah dia membeli baju itu? (Betul)
Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayat
pasif diri ketiga. Contohnya;
Nota itu Azman taip (Salah)
Nota itu ditaip oleh Azman (Betul)
Ikan itu dipancing oleh saya (Salah)
Ikan itu saya pancing (Betul)
Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat
gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa
sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi
tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya;
Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor
atau Melaka (Salah)
Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor
atau di Melaka (Betul)
Peribahasa Maksud
Ada padi semua
kerja jadi, ada
beras semua kerja
deras.
Semua pekerjaan dapat dilaksanakan
sekiranya ada kemampuan, kemahiran
atau bayaran.
Ada ubi ada batas,
ada hari boleh
balas.
Perbuatan jahat akan dibalas jua
akhirnya
Adat juara menang
kalah.
Dalam setiap usaha mesti terdapat
untung ruginya
Air dicincang tiada
putus.
Perselisihan antara saudara, tidak
akan memutuskan persaudaraan itu.
Air yang tenang
jangan disangka
tiada buaya.
Orang yang diam bukan pengecut.
Alah membeli
menang memakai.
Biar membeli barangan yang mahal
sedikit, asalkan tahan lama.
Bagai balak
terendam.
Orang yang gemuk dan malas
bergerak.
Bagai Belanda
minta tanah.
Orang yang telah diberi sedikit namun
minta banyak lagi.
Bagai berkain tiga
hasta.
Berada dalam keadaan yang serba
tidak cukup.
Cacing hendak
menjadi naga.
Orang kecil-kecilan yang hendak
menjadi seperti orang besar-besar
atau orang kaya.
Carik-carik bulu
ayam, lama-lama
bercantum juga.
Pergaduhan antara keluarga, akhirnya
akan berbaik juga.
Cubit paha kanan,
paha kiri sakit juga.
Jika seseorang ahli keluarga
mendapat susah yang lain akan turut
susah.
Dapat durian
runtuh.
Mendapat keuntungan atau kekayaan
dengan mudah.
Dapur tidak
berasap.
Terlalu miskin.
Daripada
cempedak baiklah
nangka.
Daripada tidak ada langsung sedikit
pun cukuplah.
Embun di hujung
rumput.
Bersifat sementara, tidak kekal.
Enggang sama
enggang, pipit
sama pipit.
Berkawan dengan orang yang sama
taraf dengan kita.
Gajah mati
meninggalkan
tulang, harimau
mati meninggalkan
belang, manusia
mati meninggalkan
nama.
Orang baik meninggalkan nama yang
baik dan orang jahat meninggalkan
nama yang jahat setelah meninggal
dunia.
Gajah sama gajah
berjuang, pelanduk
mati di tengah-
tengah.
Raja-raja yang berselisih, rakyat yang
mendapat kesusahan
•Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan
Antarabangsa, tandatangan,
pesuruhjaya, suruhanjaya,
bumiputera, jawatankuasa, sukarela,
kerjasama, kakitangan, setiausaha,
olahraga, tanggungjawab,
warganegara, matahari, beritahu.
Rangkai kata umum berimbuhan
•Kata yang menerima awalan atau akhiran
sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
•Contohnya: diambil alih, menerima pakai,
kenal pastikan, diguna semula.
•Kata yang menerima apitan ditulis sebagai
satu perkataan.
•Contohnya: pengambilalihan,
pengenalpastian, pengemaskinian.
Penjamakan Kata Majmuk
•Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata
majmuk – melibatkan perkataan pertama)
•Contoh
alat tulis => alat-alat tulis
guru besar => guru-guru besar
kapal terbang => kapal-kapal terbang
•Penjamakan Kata Majmuk
•Menggunakan kata yang membawa makna
jamak (menggunakan penanda jamak)
•Contohnya
semua menteri besar (√)
semua menteri-menteri besar (X)
banyak kapal terbang (√)
banyak kapal-kapal terbang (X)
Pengimbuhan Kata Majmuk
•Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau
akhiran tetap dieja secara terpisah.
•Contohnya:
campur aduk => bercampur aduk
ambil alih => mengambil alih
daya serap => daya serapan
•Pengimbuhan Kata Majmuk
•Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara
bercantum (menjadi satu perkataan)
•Contoh
campur aduk => mencampuradukan
ambil alih => pengambilalihan
daya serap => kedayaserapan
Kata Pemeri (ialah)
•Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan,
dan hadir di hadapan frasa nama
•Contoh:
•Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu.
•Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah
pentingnya membaca.
Kata Pemeri (adalah)
•Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:
•Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah
terlalu ringkas.
•Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk
pelajar yang cemerlang.
Kesalahan
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah
akan ditutup esok (X)
Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah
akan ditutup esok (√)
Partikel
•Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kah
dan pun.
•Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan kata
dasar yang mendahuluinya
Contoh:
Buatlah, biarlah, apatah, benarkah
Partikel
•Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya.
•Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah
Contoh:
dia pun pergi,
sekali pun engkau belum bayar
Partikel
•Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan
ejaannya supaya ditulis serangkai dengan
partikel pun.
•Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun,
kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun,
meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun,
sungguhpun
Kata Ganti Singkat
•Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif)
ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.
•Contoh:
Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat
kaulambai
Kata Ganti Singkat
•Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiran
ditulis serangkai dengan yang mendahuluinya.
•Contoh
rumahku, rumahmu, rumahnya
untukku, untukmu, untuknya
Kata Ganti Singkat
•Kata Ganti singkatan mu dan nya yang
merujuk nama Tuhan hendaklah
digunakan huruf besar sebagai huruf
pertama dan tanda sempang perlu ditulis
sebelum kata ganti singkatan itu.
•Contoh
Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku.
Kita memohon petunjuk-Nya.
•Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya”
menyalahi tatabahasa?
•Ayat tersebut memang salah kerana ayat
tersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama
(saya).
•Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan
kedua, kata ganti nama hendaklah hadir
sebelum kata kerja pasif.
Contohnya:
Bola itu saya tendang.
Pakaian itu kami simpan di dalam almari.
Makanan itu engkau makan sampai habis.
Sehubungan dengan itu atau sehubungan
itu?
•Bentuk yang lebih tepat ialah
sehubungan dengan itu.
•Hal ini demikian kerana sehubungan
membawa maksud ‘sama hubungan’.
•Sehubungan dengan itu bermaksud
sama hubungan dengan itu.
•Lebih mantap jika ditulis
“Sehubungan dengan hal/perkara
itu…”
Dari semasa ke semasa atau dari masa ke
semasa?
•Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak
membenarkan pengguguran se- secara
berasingan.
•Sekiranya bentuk se- pada bahagian
pertama digugurkan, pengguguran bentuk
yang sama hendaklah dilakukan juga pada
frasa sendi nama yang kedua untuk
keseimbangan (bunyi)
Penggunaan saling sayang-menyayangi
•Bentuk tersebut adalah salah.
•Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih-
mengasihi, bantu-membantu merupakan
perbuatan yang saling berbalasan dan
penggunaan saling tidak diperlukan lagi.
•Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh
digunakan seperti yang berikut:
sayang-menyayangi
saling menyayangi
kasih-mengasihi
saling mengasihi
Pelancong itu tertarik __________
sikap ramah-tamah penduduk di
Malaysia.
A oleh
B akan
C tentang
D dengan
Pelancong barat lebih suka
________ di bawah matahari.
A dijemur
B berjemur
C terjemur
D menjemur
UPSR2000:21
buah, biji, baris, buku, ekor,
das, jambak, genggam,
kajang, untai, laras, pucuk,
lembar, papan, keping, hiris
Untuk memasak gulai itu, kita
perlu memasukkan ___________
asam gelugur dan beberapa
___________ bawang putih.
A sepotong...biji
B sehiris...ulas
C seketul...biji
D sekeping...ulas
UPSR1992
ada angin, anak buah, angkat kaki,
bendera putih, batu api, cahaya mata,
darah daging, gaji buta, harga mati,
harga pokok, jaga hati, jauh hati,
kepala batu, khabar angin, langkah
kanan, makan angkat,mata duitan,
omong kosong, sebatang kara, tahan
lasak
Kecantikan corak kain-kain batik
itu menyebabkan pelancong Jepun
itu __________ sehingga dia tidak
tahu yang mana satu hendak
dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D rabun mata
UPSR1994:26
Gadis ________ yang memperagakan
minyak wangi dalam iklan televisyen
itu ialah sepupu saya.
A lembut
B pemalu
C elok
D ayu
UPSR2002:25
Kesalahan penggunaan kata atau
istilah
Contoh:
Perkarangan rumah saya sangat
bersih.
Sepatutnya :
Pekarangan rumah saya sangat
bersih.
Contoh:
Kedua ibu bapa saya guru.
Sepatutnya :
Kedua-dua ibu bapa saya guru.
Contoh:
Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa
diberhentikan.
Sepatutnya :
Apabila hari hujan, latihan
sukan terpaksa diberhentikan.
Kesalahan Struktur AyatKesalahan Struktur Ayat
Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)
Nota itu Azman taip.(Salah)Nota itu Azman taip.(Salah)
Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)
Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
Kesalahan penggunaan sendi nama dan
awalan 'di' dan 'ke'
- Penggunaan sendi nama untuk
menunjukkan tempat atau arah, hendaklah
ditulis terpisah.
Contoh:salah betul
didunia
kebawah
diantara
keseluruh
di dunia
ke bawah
di antara
ke seluruh
Kesalahan Ejaan
Jurukur / Juruukur / Juru ukur ?
Istirehat / Istirahat ?
Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ?
Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
Kesalahan Ejaan
Contoh:
salah betul
olih
bolih
bilek
masok
lebeh
anih
oleh
boleh
bilik
masuk
lebih
aneh
Kesalahan Tanda baca
Contoh:
salah betul
tahun 1930an
kehendakNya
seMalaysia
antiAmerika
ke2, ke 2
tahun 1930-an
kehendak-Nya
se-Malaysia
anti-Amerika
ke-2
Tanda baca membezakan makna.
Contoh:
Ini jambu monyet.
Ini jambu, monyet.
Ini, jambu monyet.
Kesalahan Imbuhan
Tidak menggunakan imbuhan pada kata
yang sepatutnya menerima imbuhan.
Contoh :
Kakak tanak nasi.
Sepatutnya :
Kakak menanak nasi.
“Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.
Menggunakan imbuhan yang tidak tepat
atau tidak sesuai.
Contoh :
Mike Tyson seorang peninju.
Sepatutnya :
Mike Tyson seorang petinju.
Menggunakan imbuhan di tempat yang
tidak perlu dibubuh imbuhan.
Contoh :
Saya meninggal di Muar.
Sepatutnya :
Saya tinggal di Muar.
KGD
I
saya,
aku,
kami.
KGD
II
awak,
kamu,
anda.
KGD
III
Ali, ibu,
dia,
beliau.
Bola ini saya sepak.
Bola ini disepak oleh saya.
Buku ini awak balut.
Buku ini dibalut oleh awak.
Bunga ini ibu tanam.
Bunga ini ditanam oleh ibu.
√√
××
√√
××
√√
××
√√ √√
√√
√√
√√
√√
√√
√√
√√
√√
√√ √√
√√ √√
√√
××
××
××
××
××
××

Contenu connexe

Tendances

Bahasa Indonesia tentang jenis kata
 Bahasa Indonesia tentang jenis kata  Bahasa Indonesia tentang jenis kata
Bahasa Indonesia tentang jenis kata Puji Winarni
 
Tatabahasa bahasa melayu 1
Tatabahasa bahasa melayu   1Tatabahasa bahasa melayu   1
Tatabahasa bahasa melayu 1Maszora Ahmad
 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasaKavitha Moorthi
 
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologi
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologiBAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologi
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologiT-ah Atirah
 
38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-notaJeevitha Rathita
 
Menangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasaMenangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasasitiintanmastura
 
Bd8 kd7-wulangan 7 kesehatan
Bd8 kd7-wulangan 7 kesehatanBd8 kd7-wulangan 7 kesehatan
Bd8 kd7-wulangan 7 kesehatanSMPK Stella Maris
 
Kalimat Majemuk
Kalimat MajemukKalimat Majemuk
Kalimat MajemukEma Rahayu
 
Asep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangAsep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangNie Andini
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksipjj_kemenkes
 
Tatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama ganti
Tatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama gantiTatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama ganti
Tatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama gantifaidzilataj
 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaNorma Talib
 
MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.
MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.
MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.AsepPerdiansyah
 
Jenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesia
Jenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesiaJenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesia
Jenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesiastikesby kebidanan
 

Tendances (20)

Bahasa Indonesia tentang jenis kata
 Bahasa Indonesia tentang jenis kata  Bahasa Indonesia tentang jenis kata
Bahasa Indonesia tentang jenis kata
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Sinonimdanantonim
SinonimdanantonimSinonimdanantonim
Sinonimdanantonim
 
Tatabahasa bahasa melayu 1
Tatabahasa bahasa melayu   1Tatabahasa bahasa melayu   1
Tatabahasa bahasa melayu 1
 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
 
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologi
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologiBAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologi
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL - Kesalahan tatabahasa morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota
 
Menangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasaMenangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasa
 
Kata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepanKata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepan
 
Bd8 kd7-wulangan 7 kesehatan
Bd8 kd7-wulangan 7 kesehatanBd8 kd7-wulangan 7 kesehatan
Bd8 kd7-wulangan 7 kesehatan
 
Kalimat Majemuk
Kalimat MajemukKalimat Majemuk
Kalimat Majemuk
 
Asep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangAsep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampang
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksi
 
Tatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama ganti
Tatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama gantiTatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama ganti
Tatabahasa: kata nama am,kata nama khas, kata nama ganti
 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
 
MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.
MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.
MKU Bahasa Indonesia Paragraf By Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.
 
ayat majmuk
ayat majmukayat majmuk
ayat majmuk
 
Jenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesia
Jenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesiaJenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesia
Jenis jenis-frasa-dlm-bhs-indonesia
 

Similaire à Panbm tatabahasa 2011

Similaire à Panbm tatabahasa 2011 (20)

Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4
 
Formula tatabahasa 2005
Formula tatabahasa 2005Formula tatabahasa 2005
Formula tatabahasa 2005
 
ejaan.ppt
ejaan.pptejaan.ppt
ejaan.ppt
 
Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Power poin materi b indonesia
Power poin materi b indonesiaPower poin materi b indonesia
Power poin materi b indonesia
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1
 
Greeting
GreetingGreeting
Greeting
 
Penulis.pdf
Penulis.pdfPenulis.pdf
Penulis.pdf
 
Bahan tatabahasa
Bahan tatabahasaBahan tatabahasa
Bahan tatabahasa
 
Kb 2
Kb 2Kb 2
Kb 2
 
Kata Ganti nama Diri.docx
Kata Ganti nama Diri.docxKata Ganti nama Diri.docx
Kata Ganti nama Diri.docx
 
Eyd 3
Eyd 3Eyd 3
Eyd 3
 
Info bahasa part 1
Info bahasa part 1Info bahasa part 1
Info bahasa part 1
 
Kata ganti-nama1-
Kata ganti-nama1-Kata ganti-nama1-
Kata ganti-nama1-
 
Kaidah bahasa indonesia
Kaidah bahasa indonesiaKaidah bahasa indonesia
Kaidah bahasa indonesia
 
Nota2 bm
Nota2 bmNota2 bm
Nota2 bm
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 

Plus de norizan simbok

Plus de norizan simbok (13)

Rpt psv thn.4
Rpt psv thn.4Rpt psv thn.4
Rpt psv thn.4
 
Modul qgk3023
Modul qgk3023Modul qgk3023
Modul qgk3023
 
Artikel 21
Artikel 21Artikel 21
Artikel 21
 
Nota papan cerita
Nota papan ceritaNota papan cerita
Nota papan cerita
 
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahayaUnit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
 
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
Karya agung 1
Karya agung 1Karya agung 1
Karya agung 1
 
Soalan jawi tahun 1
Soalan jawi tahun 1Soalan jawi tahun 1
Soalan jawi tahun 1
 
Frasa ii
Frasa iiFrasa ii
Frasa ii
 
Soalan psv objektif
Soalan psv objektifSoalan psv objektif
Soalan psv objektif
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
 

Panbm tatabahasa 2011

  • 2.
  • 3. Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.
  • 4. BENTUK KATABENTUK KATA KATA ASAL / KATAKATA ASAL / KATA TUNGGALTUNGGAL KATA TERBITANKATA TERBITAN KATA MAJMUKKATA MAJMUK KATA GANDAKATA GANDA
  • 5. KATA ASAL / KATA TUNGGALKATA ASAL / KATA TUNGGAL Kata Asal merupakan perkataan yang - tidak menerima imbuhan, - tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya: sekolah aroma cenderamata
  • 6. Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan. a. Kata Terbitan Berawalan b. Kata Terbitan Berakhiran c. Kata Terbitan Berapitan d. Kata Terbitan Bersisipan KATA TERBITANKATA TERBITAN
  • 7. i. dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-, per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi- ii. dengan Awalan Kata Kerja: meN, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper- iii. dengan Awalan Kata Adjektif: ter-, se-, te- KATA TERBITAN BERAWALANKATA TERBITAN BERAWALAN
  • 8. i. dengan Akhiran Kata Nama: -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, ii. dengan Akhiran Kata Kerja : -kan, -i KATA TERBITAN BERAKHIRANKATA TERBITAN BERAKHIRAN
  • 9. i. dengan Apitan Kata Nama: peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an ii. dengan Apitan Kata Kerja: meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an iii. dengan Apitan Kata Adjektif: ke-...-an KATA TERBITAN BERAPITANKATA TERBITAN BERAPITAN
  • 10. i. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -em ii. dengan Sisipan Kata Adjektif: -el, -er, -em, -in KATA TERBITAN BERSISIPANKATA TERBITAN BERSISIPAN
  • 11. Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. KATA MAJMUKKATA MAJMUK
  • 12. i. Rangkai kata bebas. Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta lembu, kuning langsat ii. Istilah khusus. Contohnya: lut sinar, garis pusat iii. Kiasan atau simpulan bahasa. Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu BENTUK KATABENTUK KATA MAJMUKMAJMUK
  • 13. antarabangsa suruhanjaya tandatangan matahari pesuruhjaya kerjasama bumiputera sukarela KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAPKATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP kakitangan jawatankuasa setiausaha warganegara olahraga beritahu tanggungjawab
  • 14. i. menggandakan pertama sahaja. Contohnya: guru besar guru-guru besar ii. menggunakan penanda jamak. semua, banyak, sekumpulan, beberapa, persatuan, para, pertubuhan, sebilangan, sebahagian Contohnya: semua Menteri Besar, sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas Perajurit PENJAMAKAN KATA MAJMUKPENJAMAKAN KATA MAJMUK
  • 15. i. pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja. Contihnya: campur aduk dicampur aduk daya serap daya serapan ii. apitan. Contohnya: campur aduk mencampuradukkan daya serap kedayaserapan PENGIMBUHAN KATA MAJMUKPENGIMBUHAN KATA MAJMUK
  • 16. a. Penggandaan penuh. Contohnya: rama-rama, pulau-pulau b. Penggandaan separa. Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun c. Penggandaan berentak. Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak KATA GANDAKATA GANDA
  • 17. Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh: salah betul mereka-mereka rakyat-rakyat kita-kita semua guru-guru guru besar-guru besar mereka rakyat kita semua guru guru-guru besar
  • 18. Kata Nama (KN) GOLONGAN KATAGOLONGAN KATA Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas
  • 19. Kata Nama (KN) a. Kata Nama Am Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok b. Kata Nama Khas Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran Kelang c. Kata Ganti Nama Contoh: saudara, tuan, beta, beliau
  • 20. Kata Kerja (KK) a.Kata Kerja Transitif: kata kerja yang mesti diikuti oleh objek. Contohnya: membeli (makanan) mendiami (kawasan) mempererat (hubungan)
  • 21. Kata Kerja (KK) b. Kata Kerja Tak Transitif: kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Contohnya: bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap) beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)
  • 22. Kata Adjektif (KA) Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.
  • 23. Kata Tugas Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain
  • 24. Kata Tugas dan, atau, tetapi a. Kata hubung wah, amboi, aduh, aduhai b. Kata seru bagaimana, siapa, bila, berapa c. Kata tanya
  • 25. Kata Tugas sila, tolong, harap d. Kata perintah hatta, maka, syahdan e. Kata pangkal ayat akan, pernah, sudah f. Kata bantu
  • 26. Kata Tugas amat, sangat, paling g. Kata penguat juga, lah, tah, pun h. Kata penegas tidak, bukan i. Kata nafi
  • 27. Kata Tugas ialah, adalah j. Kata pemeri di, dari, dalam k. Kata sendi nama ya, benar, betul l. Kata pembenar
  • 28. Kata Tugas dua, segala, masing-masing m. Kata bilangan atas, sini, dalam n. Kata arah yang, -nya o. Kata pembenda
  • 30. AKRONIM Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.
  • 31. AKRONIM i. Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang disingkatkan dengan huruf besar. Contohnya: ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
  • 32. AKRONIM ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: tabika (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)
  • 33. AKRONIM iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar. Contohnya: Bernama ( Berita Nasional Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
  • 34. aku digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada Tuhan, beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat. patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan. digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan. saya digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/ orang lain pada umumnya. kami digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua. kita digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap. anda digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan muka dengan dia. 1. Kata Ganti Nama: contoh :
  • 35. Awak/ kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita seperti kawan/adik. tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja. baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja. beliau digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti menteri dan guru. ia/dia digunakan untuk diri orang ketiga yang umum ( untuk manusia sahaja ). apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang. mana digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan tempat. siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang. apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu. siapa-siapa, sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu. mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
  • 36. •KATA SENDI Kata Sendi : dari dan daripada dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah, waktu dan masa sahaja. daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan. •Kata Sendi ‘di’ 1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat. 2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya. 3.Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman. Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. ( salah )
  • 37. •Pada 1.Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa. Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi. 2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan. 3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama yang bermaksud sasaran. Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah) Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)
  • 38. •Ke 1.TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI tempat,arah,waktu atau masa. 2.TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk manusia atau haiwan. Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah ) Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )
  • 39. •kepada 1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan unsur mujarad. contoh: - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali. - Adik memberi susu kepada kucing. - Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah. 2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia. Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah dengan segera. 3. Digunakan untuk menyatakan pecahan. Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan. 4. Digunakan untuk menyatakan keadaan. Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C . 5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’ Contoh : daripada 70% kepada 80 %.
  • 40. •oleh, oleh kerana dan oleh sebab 1.‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.(di,ter dan kena) Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali. Budak itu kena pukul oleh ibunya. 2. Yang membawa maksud sebab. Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan latihan. 3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama- sama. Contoh: Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah) Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)
  • 41. •dalam dan di dalam 1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. (betul) 2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif. Contoh: Air perigi itu sungguh dalam. 3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang fizikal) Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.
  • 42. •antara dan di antara 1.‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah) Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul) 2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak ruang fizikal. Contoh : Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian. (salah) Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)
  • 43. •demi dan untuk 1.Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan sekali. Contoh : - Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk kesejahteraan negara.(salah) - Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan negara.(betul)
  • 44. •KATA PEMERI :ialah dan adalah •ialah 1.Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara subjek dengan predikat berpola FN + FN. 2.Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama. Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contoh1 : Angin ialah udara Udara ialah angin Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah) Singapura ialah jiran Malaysia. (betul) •adalah •Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat yang berpola FN + FA atau FN + FS. 2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang disebut sebelumnya. Contoh : Perkara ini adalah sangat penting. Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.
  • 45. •KATA NAFI 1.Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak. 2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi nama(FS). Contoh : Ini bukan buku saya. Sumbangan itu bukan daripada Ali. 3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif (FA). Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah) Dia tidak memanggil saya. (betul) Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah) Ayah tidak sihat hari ini. (betul)
  • 46. •KATA ADJEKTIF 1. Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/ amat pintar sekali / sangat enak sekali/ teramat pandai / tinggi sekali 2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh : Baju itu cantik (subjek) (predikat) 3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.
  • 47. •KATA PENGUAT ADJEKTIF 1.Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif. Contoh : terlalu nakal / lambat benar 2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif. Contoh : Sungguh amat merdu Terlalu amat pedih 3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi. Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik. (salah ) Ali pelajar yang tercerdik. (betul ) Ali pelajar yang paling cerdik.
  • 48. •PENJODOH BILANGAN 1.Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama Abstrak. Contoh: Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima. (salah) Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul) 2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah, sebahagian dan para. Contoh: Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (salah) Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)
  • 49. •KATA TANYA 1. Apa dan Siapa Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang sahaja. Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. 2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat Penyata.
  • 50. •BUNYI HAIWAN nyamuk - dengung ular - desis burung - kicauan keldai - meringkik itik - mengakak tikus - berdecit-decit terkukur - berkukur serigala - meraung cengkerik - mengilai beruang - menderam puyuh - berdengut gajah - bertempik
  • 51. harimau - mengaum anak ayam - mencicit tebuan - berdengung kumbang - berdengung anjing - menyalak / berdengking kambing - mengembek katak - berdengung kuda - berdengus ikan - berdengus singa jantan - mengaum kera - mengerih
  • 52. •BAHASA ISTANA beradu - tidur murka - marah gering - sakit kaus - katil wakil Mahkota - wakil raja santap - makan bersiram - mandi kurnia - menganugerahkan bertitah - berkata
  • 53. jenazah - mayat dinobat - dilantik Bersemayam - tinggal peterana - tempat duduk permaisuri - isteri raja berdaulat - bertuah bahtera - kapal Sepersalinan - sepasang baju almarhum - arwah
  • 54. KATA BILANGAN •KATA BILANGAN •Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dan sebagainya tidak boleh dipisahkan. •Contoh: 1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah) Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akan durian. (betul) 2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul) 3. Kedua orang itu anggota polis. (salah) Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul) 4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah) Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)
  • 55. •KATA BILANGAN •Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.Contoh: 1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah) Para peserta sedang berbaris. (betul) •Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan. Contoh: 1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah) Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul) 2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
  • 56. Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu 1. Kesalahan Dari Segi Kata Kesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM, penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk 'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri 'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu digandakan.
  • 57. Contohnya; Semua pelajar-pelajar (Salah) Semua Pelajar (Betul) Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah) Kebanyakan penghuni (Betul) Berminggu lamanya (Salah) Berminggu-minggu lamanya (Betul)
  • 58. Begitu juga pada penggunaan hukum DM (Diterangkan dan Menerangkan). Contohnya Klinik Aminah atau Aminah Klinik, Contoh lain adalah; Lain-lain hal (Salah) Hal-hal lain (Betul) Lain-lain agenda (Salah) Agenda-agenda lain (Betul)
  • 59. Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilangan 'buah', dan 'orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semua buah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti; Kebanyakan buah kedai (Salah) Kebanyakan kedai (Betul) Beberapa orang pelajar (Betul) Beberapa pelajar (Salah) Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh digunakan pada kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan 'beberapa'. Sementara kesalahan yang paling ketara apabila menggunakan kata bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata bilangan tersebut bermaksud jamak, namun kata 'banyak' lebih merujuk pada jumlah bilangan sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah pada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pula seperti 'setengah' tidak boleh berada bersebelahan kata bilangan tentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.
  • 60. •Kesalahan Dari Segi Kata Kerja Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis kata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnya menentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibu menanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah; Ayah menanam akan pokok (Salah) Ayah menanam pokok (Betul) Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti dengan objek frasa nama. Contoh lain; Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah) Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)
  • 61. Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan kata kerja tak transitif ber..kan, tidak memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah seperti; nenek tidur berbantal lengan (Salah) Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul) Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
  • 62. Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya; Baju itu kakak jahit (Salah) Baju itu dijahit oleh kakak (Betul) Kuih itu dimakan oleh saya (Salah) Kuih itu saya makan (Betul)
  • 63. 2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan- apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah; Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah) Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul) Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah) Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya (Betul)
  • 64. Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif. Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya; Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah) Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul) Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena pada objek utama. Contohnya; Doktor menjalani pembedahan (Betul) Doktor menjalankan pembedahan (Betul) Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah sementara ayat kedua doktor yang membedah.
  • 65. 3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang menunjukkan paling. Contohnya; Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah) Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul) Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah) Rumah itu yang terbesar (Salah) Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)
  • 66. Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling' tersebut. Contohnya; Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar (Salah) Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul) Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah ) Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)
  • 67. 4. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi 'dari' dan 'daripada' dalam ayat. Contohnya; Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah) Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul) Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata sendi 'di’ dan 'ke’ pada kata yang menunjukkan ruang, tempat. Contohnya; Malah di antara pendapat tersebut (Salah) Malah antara pendapat tersebut (Betul) Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah) Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul) Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah) Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)
  • 68. 5. Kesalahan Dari Segi Kata Hubung Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung 'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'. Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata 'apabila' dan 'bila'. Contohnya; Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah) Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)
  • 69. Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang' dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung tersebut. Contohnya; Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah) Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
  • 70. 6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang digandakan. Contohnya; Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah) Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul) Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah) Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul) Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut. Contohnya setiausaha-setiausaha.
  • 71. 7. Kesalahan Penggunaan Kata Ganda Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan. Contohnya; Semua barang-barang itu (Salah) Semua barang itu (Betul) Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah) Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)
  • 72. Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau 'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidakperlu lagi ditulis kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya; Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah) Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul) Mereka saling bersalam-salaman (Salah) Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)
  • 73. 8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah' kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut. Contohnya; Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah) Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul) Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah' digunakan pada kata nama.
  • 74. 9. Kesalahan Dari Segi Ejaan Kesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasa asing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asal dalam bahasa Melayu. Contohnya; Pamer atau pamir , Calon atau calun Oditorium atau auditorium Terdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu. Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas, tauladan atau teladan Kesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di' atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan. Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaan yang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya; Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah) Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)
  • 75. 10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan Kadang kala imbuhan yang digunakan pada sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya menentukan penggunaan imbuhan 'menge...' Perserta atau peserta Pemprosesan atau pemerosesan Mengambarkan atau menggambarkan Mengcat atau mengecat
  • 76. 11.Kesalahan Dari Segi Ayat Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahan ayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanya dan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan sama ada untuk menggunakan 'bukan atau `tidak' pada ayat nafi. Begitu juga kesalahan menggunakan partikel 'kah' dalam ayat tanya. Contohnya; Dia membeli baju itu bilakah? (Salah) Bilakah dia membeli baju itu? (Betul) Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri ketiga. Contohnya; Nota itu Azman taip (Salah) Nota itu ditaip oleh Azman (Betul) Ikan itu dipancing oleh saya (Salah) Ikan itu saya pancing (Betul)
  • 77. Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya; Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau Melaka (Salah) Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau di Melaka (Betul)
  • 78. Peribahasa Maksud Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya Adat juara menang kalah. Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya Air dicincang tiada putus. Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Orang yang diam bukan pengecut.
  • 79. Alah membeli menang memakai. Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama. Bagai balak terendam. Orang yang gemuk dan malas bergerak. Bagai Belanda minta tanah. Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi. Bagai berkain tiga hasta. Berada dalam keadaan yang serba tidak cukup. Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.
  • 80. Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga. Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah yang lain akan turut susah. Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah. Dapur tidak berasap. Terlalu miskin. Daripada cempedak baiklah nangka. Daripada tidak ada langsung sedikit pun cukuplah. Embun di hujung rumput. Bersifat sementara, tidak kekal. Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita.
  • 81. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama yang baik dan orang jahat meninggalkan nama yang jahat setelah meninggal dunia. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah- tengah. Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan
  • 82. •Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan Antarabangsa, tandatangan, pesuruhjaya, suruhanjaya, bumiputera, jawatankuasa, sukarela, kerjasama, kakitangan, setiausaha, olahraga, tanggungjawab, warganegara, matahari, beritahu.
  • 83. Rangkai kata umum berimbuhan •Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan. •Contohnya: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula. •Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan. •Contohnya: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.
  • 84. Penjamakan Kata Majmuk •Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata majmuk – melibatkan perkataan pertama) •Contoh alat tulis => alat-alat tulis guru besar => guru-guru besar kapal terbang => kapal-kapal terbang
  • 85. •Penjamakan Kata Majmuk •Menggunakan kata yang membawa makna jamak (menggunakan penanda jamak) •Contohnya semua menteri besar (√) semua menteri-menteri besar (X) banyak kapal terbang (√) banyak kapal-kapal terbang (X)
  • 86. Pengimbuhan Kata Majmuk •Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran tetap dieja secara terpisah. •Contohnya: campur aduk => bercampur aduk ambil alih => mengambil alih daya serap => daya serapan •Pengimbuhan Kata Majmuk •Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara bercantum (menjadi satu perkataan) •Contoh campur aduk => mencampuradukan ambil alih => pengambilalihan daya serap => kedayaserapan
  • 87. Kata Pemeri (ialah) •Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama •Contoh: •Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu. •Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah pentingnya membaca. Kata Pemeri (adalah) •Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: •Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas. •Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk pelajar yang cemerlang.
  • 88. Kesalahan Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (√)
  • 89. Partikel •Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kah dan pun. •Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya Contoh: Buatlah, biarlah, apatah, benarkah Partikel •Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya. •Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah Contoh: dia pun pergi, sekali pun engkau belum bayar
  • 90. Partikel •Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun. •Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun, kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun, meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun, sungguhpun
  • 91. Kata Ganti Singkat •Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif) ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. •Contoh: Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat kaulambai Kata Ganti Singkat •Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan yang mendahuluinya. •Contoh rumahku, rumahmu, rumahnya untukku, untukmu, untuknya
  • 92. Kata Ganti Singkat •Kata Ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis sebelum kata ganti singkatan itu. •Contoh Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku. Kita memohon petunjuk-Nya.
  • 93. •Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya” menyalahi tatabahasa? •Ayat tersebut memang salah kerana ayat tersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama (saya). •Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan kedua, kata ganti nama hendaklah hadir sebelum kata kerja pasif. Contohnya: Bola itu saya tendang. Pakaian itu kami simpan di dalam almari. Makanan itu engkau makan sampai habis.
  • 94. Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? •Bentuk yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu. •Hal ini demikian kerana sehubungan membawa maksud ‘sama hubungan’. •Sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu. •Lebih mantap jika ditulis “Sehubungan dengan hal/perkara itu…”
  • 95. Dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa? •Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran se- secara berasingan. •Sekiranya bentuk se- pada bahagian pertama digugurkan, pengguguran bentuk yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa sendi nama yang kedua untuk keseimbangan (bunyi)
  • 96. Penggunaan saling sayang-menyayangi •Bentuk tersebut adalah salah. •Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih- mengasihi, bantu-membantu merupakan perbuatan yang saling berbalasan dan penggunaan saling tidak diperlukan lagi. •Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh digunakan seperti yang berikut: sayang-menyayangi saling menyayangi kasih-mengasihi saling mengasihi
  • 97. Pelancong itu tertarik __________ sikap ramah-tamah penduduk di Malaysia. A oleh B akan C tentang D dengan
  • 98.
  • 99. Pelancong barat lebih suka ________ di bawah matahari. A dijemur B berjemur C terjemur D menjemur UPSR2000:21
  • 100. buah, biji, baris, buku, ekor, das, jambak, genggam, kajang, untai, laras, pucuk, lembar, papan, keping, hiris
  • 101.
  • 102. Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ___________ asam gelugur dan beberapa ___________ bawang putih. A sepotong...biji B sehiris...ulas C seketul...biji D sekeping...ulas UPSR1992
  • 103. ada angin, anak buah, angkat kaki, bendera putih, batu api, cahaya mata, darah daging, gaji buta, harga mati, harga pokok, jaga hati, jauh hati, kepala batu, khabar angin, langkah kanan, makan angkat,mata duitan, omong kosong, sebatang kara, tahan lasak
  • 104. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu __________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya. A gelap mata B putih mata C rambang mata D rabun mata UPSR1994:26
  • 105.
  • 106. Gadis ________ yang memperagakan minyak wangi dalam iklan televisyen itu ialah sepupu saya. A lembut B pemalu C elok D ayu UPSR2002:25
  • 107. Kesalahan penggunaan kata atau istilah Contoh: Perkarangan rumah saya sangat bersih. Sepatutnya : Pekarangan rumah saya sangat bersih.
  • 108. Contoh: Kedua ibu bapa saya guru. Sepatutnya : Kedua-dua ibu bapa saya guru.
  • 109. Contoh: Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan. Sepatutnya : Apabila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan.
  • 110.
  • 111. Kesalahan Struktur AyatKesalahan Struktur Ayat Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah) Nota itu Azman taip.(Salah)Nota itu Azman taip.(Salah) Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul) Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
  • 112. Kesalahan penggunaan sendi nama dan awalan 'di' dan 'ke' - Penggunaan sendi nama untuk menunjukkan tempat atau arah, hendaklah ditulis terpisah. Contoh:salah betul didunia kebawah diantara keseluruh di dunia ke bawah di antara ke seluruh
  • 113. Kesalahan Ejaan Jurukur / Juruukur / Juru ukur ? Istirehat / Istirahat ? Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ? Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
  • 115. Kesalahan Tanda baca Contoh: salah betul tahun 1930an kehendakNya seMalaysia antiAmerika ke2, ke 2 tahun 1930-an kehendak-Nya se-Malaysia anti-Amerika ke-2
  • 116. Tanda baca membezakan makna. Contoh: Ini jambu monyet. Ini jambu, monyet. Ini, jambu monyet.
  • 117. Kesalahan Imbuhan Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang sepatutnya menerima imbuhan. Contoh : Kakak tanak nasi. Sepatutnya : Kakak menanak nasi. “Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.
  • 118. Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh : Mike Tyson seorang peninju. Sepatutnya : Mike Tyson seorang petinju.
  • 119. Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu dibubuh imbuhan. Contoh : Saya meninggal di Muar. Sepatutnya : Saya tinggal di Muar.
  • 120.
  • 121. KGD I saya, aku, kami. KGD II awak, kamu, anda. KGD III Ali, ibu, dia, beliau. Bola ini saya sepak. Bola ini disepak oleh saya. Buku ini awak balut. Buku ini dibalut oleh awak. Bunga ini ibu tanam. Bunga ini ditanam oleh ibu. √√ ×× √√ ×× √√ ××