SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  30
Télécharger pour lire hors ligne
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN SATU
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 1
MODUL TERAS ASAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Pendidikan jasmani. Tahun satu
ISBN 978-967-5094-93-4
1. Physical education and training-Study and teaching (Primary)
I . Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
372.86043
Dicetak: OMR PRESS Sdn.Bhd.
No 18, Jln Industri USJ 1/12, Tmn. Perindustrian USJ 1,
47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8024 6396 Faks: 03-8024 6936
email: omrsdnbhd@gmail.com
K A N D U N G A N
Bil. Perkara Muka Surat
1. Kandungan iii
2. Pendahuluan 1
3. Matlamat 1
4. Objektif 2
5. Fokus Mata Pelajaran 3
6. Organisasi Kandungan 4
7. Cadangan Agihan Masa 5
8. Aspek 1 6
9. Aspek 2 11
10. Aspek 3 15
11. Aspek 4 17
12. Aspek 5 19
iii
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
RUKUN NEGARA
v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
vi
1
P E N D A H U L U A N
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal
berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah
pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard
pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator
pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani juga digubal
dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan
Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk
Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical
Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD)
sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih
mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif
dan afektif.
Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani adalah bertujuan memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan
jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan
modal insan yang sihat dan cergas.
Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak
melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko
gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti
sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi
(Noncommunicable Disease Section- Disease Control Divison,
2006). Justeru itu, tahap kecergasan murid ditingkatkan
melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani
sejak dari awal lagi.
Guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam
kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan
disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan
pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik,
suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi
sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang
menyeronokkan dengan menekankan aspek
keselamatan.
M A T L A M A T
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu
yang cergas dan sihat serta berkemahiran,
berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui
aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan
Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan
berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antara
disiplin tersebut melibatkan pembelajaran motor,
perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi
senam, psikologi sukan dan sosiologi sukan dengan
menerapkan nilai estetika. Pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani seharusnya
dilaksanakan dalam suasana yang seronok dengan
menekankan aspek keselamatan.
2
O B J E K T I F
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;
5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat;
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
F O K U S M A T A P E L A J A R A N
Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu: membina kemahiran
asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen
keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Tahun Satu berkebolehan untuk:-
3
O R G A N I S A S I K A N D U N G A N
Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu
merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun
persekolahan yang diorganisasi secara modular mengikut
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dalam kurikulum
modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-
bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi
kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap
(self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan
dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan
pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. konsep pergerakan,
2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan
pergerakan berirama,
3. gimnastik asas,
4. akuatik asas, dan
5. rekreasi dan kesenggangan
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam
pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. konsep pergerakan,
lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan
dan pergerakan berirama,
3. gimnastik asas,
4. akuatik asas, dan
5. rekreasi dan kesenggangan.
.
Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan
dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan
dan prestasi fizikal yang melibatkan:-
1. konsep kecergasan, dan
2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan
iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan
daya tahan otot, dan komposisi badan.
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam
Meningkatkan Kecergasan
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi
meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi
fizikal yang melibatkan:
1. konsep kecergasan, dan
2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan
iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan
daya tahan otot, dan komposisi badan.
2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu terdiri
daripada Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan yang dibina
berasaskan lima aspek iaitu:-
4
Aspek 5: Kesukanan
Melalui Aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan
Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi,
prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan
yang melibatkan:-
1.
2. tanggungjawab kendiri,
3. interaksi sosial, dan
4. dinamika kumpulan.
Susunan kurikulum ini adalah bertujuan memudahkan kandungan
kurikulum ini dilaksanakan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu yang
hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi
kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard
Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kandungan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani Tahun Satu adalah setara dengan pencapaian objektif
psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani.
Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul
Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara
serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan
Modul Kecergasan yang terdiri darpada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5
secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar
kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan
gabungan aspek yang telah ditetapkan.
Ringkasannya adalah seperti berikut;-
Modul
Kemahiran
Aspek 1 Kemahiran Pergerakan
Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan
dalam Pergerakan
Aspek 5 Kesukanan
Modul
Kecergasan
Aspek 3 Kecergasan
Meningkatkan Kesihatan
Aspek 4 Aplikasi Pengetahuan
dalam Meningkatkan
Kecergasan
Aspek 5 Kesukanan
pengurusan dan keselamatan,
5
C A D A N G A N A G I H A N M A S A
Standard Kandungan
Kemahiran Aspek 1 dan 2
Konsep pergerakan 6
Pergerakan asas 22
Pergerakan berirama 4
Gimnastik asas 8
Akuatik atau
4
Rekreasi dan kesenggangan
Kecergasan Aspek 3 dan 4
Konsep kecergasan 4
Kapasiti aerobik 4
Kelenturan 2
Kekuatan dan daya tahan otot 4
Komposisi badan 2
Jumlah 60
Nota: Guru boleh memilih antara akuatik dengan rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih
akuatik, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan.
Aspek 5 dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan.
Modul Bilangan Waktu
STANDARD KANDUNGAN
6
ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
Konsep Pergerakan
1.1Berkebolehan melakukan
pelbagai pergerakan
berdasarkan konsep
pergerakan.
1.1.1
1.1.2
Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk,
imbangan, pemindahan berat badan dan layangan.
Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan
ruang dalam pelbagai arah dan aras yang berbeza.
1.1.3 Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan
berdasarkan isyarat.
1.1.4 Menukar arah dari hadapan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan
isyarat.
1.1.5 Melakukan pergerakan dalam laluan lurus, berlengkok dan zig- zag.
1.1.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan isyarat.
1.1.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas, ringan dengan
berat dan lembut dengan kuat.
Pergerakan Asas
Pergerakan Lokomotor
1.2 Berkebolehan melakukan
pelbagai pergerakan
1.2.1 Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor,
melompat, melompat sebelah kaki (hopping), berskip dan melonjak (leaping).
lokomotor dengan lakuan
yang betul
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
7
ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
1.2.2 Melakukan pergerakan melompat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki atau
sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi.
1.2.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah, dan
kelajuan dengan rakan dan alatan.
1.2.4 Melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.
1.2.5 Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.
Pergerakan Bukan
Lokomotor
1.3 Berkebolehan melakukan
pelbagai pergerakan
bukan lokomotor dengan
lakuan yang betul.
1.3.1 Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, meringkuk, mengilas,
memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang.
1.3.2 Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras, aliran dan daya
dengan rakan dan alatan.
1.3.3 Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama.
Kemahiran Manipulasi
Alatan
1.4 Berkebolehan melakukan
kemahiran manipulasi
alatan dengan lakuan
yang betul.
1.4.1 Melakukan balingan bawah tangan.
1.4.2 Melakukan balingan atas kepala.
1.4.3 Menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan lakuan yang
betul.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
8
ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
1.4.4 Menangkap bola yang dilambung sendiri.
1.4.5 Menendang bola yang digolek.
1.4.6 Menendang bola dan seterusnya berlari ke hadapan.
1.4.7 Memukul belon ke atas secara berterusan dengan menggunakan tangan, lengan dan
kaki.
1.4.8 Memukul belon ke atas menggunakan alatan.
1.4.9 Mengelecek bola ke hadapan menggunakan kaki.
1.4.10 Mengelecek bola berterusan menggunakan satu tangan.
Pergerakan Berirama
1.5 Berkebolehan melakukan
pelbagai kemahiran
pergerakan mengikut
irama.
1.5.1 Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
9
ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
Gimnastik Asas
Hambur dan Pendaratan
1.6 Berkebolehan melakukan
kemahiran hambur dan
pendaratan dengan
lakuan yang betul.
1.6.1 Melakukan hambur ke hadapan menggunakan kaki.
1.6.2 Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.
Kawalan Badan dan
Sokongan
1.7 Berkebolehan melakukan
pergerakan yang
memerlukan imbangan
dan sokongan badan.
1.7.1 Melakukan imbangan dan sokongan menggunakan bahagian badan secara statik.
1.7.2 Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian
badan.
Putaran
1.8 Berkebolehan
melakukan kemahiran
putaran dengan lakuan
yang betul.
1.8.1 Melakukan putaran menegak.
1.8.2 Melakukan guling balak berterusan.
1.8.3 Melakukan putaran telur.
Akuatik Asas
1.9 Keyakinan dan
keselamatan dalam air.
1.9.1 Mematuhi peraturan dalam air.
1.9.2 Melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air, berdiri, berjalan,
bobbing, mengapung tiarap, meluncur (glide), dan berdiri dalam air dari posisi apungan
tiarap
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
10
ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
Rekreasi dan
Kesenggangan
1.10 Berkebolehan
melakukan aktiviti rekreasi
dan kesenggangan.
1.10.1 Menggunakan kemahiran berlari, mengelak, melambung dan menyambut semasa
melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yang melibatkan permainan
seperti Datuk Harimau dan Batu Seremban.
1.10.2 Menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yang melibatkan aktiviti
seperti membina istana pasir, dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok
mainan.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
11
ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
Konsep Pergerakan
2.1 Mengenal pasti dan
melakukan konsep asas
pergerakan.
2.1.1
2.1.2
Mengenal pasti kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat
badan dan layangan.
Mengenal pasti ruang diri.
2.1.3 Mengenal pasti ruang am.
Pergerakan Asas
2.1.4 Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah.
Pergerakan Lokomotor
dan Bukan Lokomotor
2.2 Memahami dan
membezakan pergerakan
lokomotor dengan bukan
lokomotor.
2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
2.2.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor.
2.2.3 Membezakan tempo dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Kemahiran Manipulasi
Alatan
2.3 Mengetahui konsep dan
prinsip asas kemahiran
2.3.1 Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan dan
atas kepala.
manipulasi alatan.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
12
ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
2.3.2 Menyatakan kedudukan badan semasa melambung dan membaling alatan.
2.3.3 Menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangan kepada
pergerakan.
2.3.4 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima
bola.
2.3.5 Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang.
2.3.6 Mengenal pasti pergerakan jari tangan semasa mengelecek bola.
2.3.7 Mengenal pasti kedudukan kaki semasa mengelecek bola.
2.3.8 Mengenal pasti titik kontak pada alatan yang dipukul.
Kemahiran Berirama
2.4 Memahami konsep gerak
edar mengikut irama.
2.4.1 Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak mengikut
irama.
Gimnastik Asas
Hambur dan
Pendaratan
2.5 Memahami konsep 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan serta merta.
hambur dan pendaratan.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
13
ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
2.5.2 Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul.
Kawalan Badan dan
Sokongan
2.6 Mengetahui konsep
kawalan badan dalam
pergerakan.
2.6.1 Mengenal pasti tapak sokongan.
Putaran
2.7 Memahami konsep
putaran dalam
pergerakan.
2.7.1 Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan putaran
menegak.
2.7.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan semasa melakukan guling balak.
2.7.3 Menyatakan kedudukan anggota badan untuk menghasilkan putaran telur.
Akuatik Asas
2.8 Mengaplikasikan konsep
keyakinan dan keselamatan
di air.
2.8.1 Mengenal pasti peraturan dalam air.
2.8.2
2.8.3
2.8.4
Mengenal pasti kemahiran bobbing yang betul.
Mengenal pasti kemahiran apungan tiarap yang betul.
Mengenal pasti kemahiran luncur yang betul.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
14
ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN
STANDARD KANDUNGAN
Rekreasi dan
Kesenggangan
2.9 Menjana kreativiti dalam
aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
2.9.1 Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional.
2.9.2 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti seperti membina istana pasir dan mereka
cipta objek yang menggunakan plastisin dan blok mainan.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN
STANDARD PEMBELAJARAN
15
ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN
STANDARD KANDUNGAN
Konsep Kecergasan
3.1 Berkebolehan melakukan
aktiviti fizikal berpandukan
konsep kecergasan.
3.1.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari dan regangan yang boleh
meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan dan kadar nadi.
Komponen Kecergasan
Kapasiti Aerobik
3.2 Berkebolehan melakukan
aktiviti yang membina
kapasiti aerobik.
3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Kelenturan
3.3 Berkebolehan melakukan
aktiviti kelenturan.
3.3.1 Melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama.
Kekuatan dan Daya
Tahan Otot
3.4 Berkebolehan melakukan
aktiviti meningkatkan daya
tahan dan kekuatan otot.
3.4.1
3.4.2
Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa.
Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangka masa.
3.4.3 Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan.
TAHUN 1
MODUL KECERGASAN
STANDARD PEMBELAJARAN
16
ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN
STANDARD KANDUNGAN
3.4.4 Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan.
3.4.5 Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan.
3.4.6
3.4.7
Melakukan ringkuk tubi separa.
Melakukan aktiviti untuk membina otot teras badan (core muscles).
Komposisi Badan
3.5 Mengenal pasti komposisi
badan.
3.5.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat.
TAHUN 1
MODUL KECERGASAN
STANDARD PEMBELAJARAN
17
ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN MENINGKATKAN KECERGASAN
STANDARD KANDUNGAN
Konsep Kecergasan
4.1 Menguasai konsep kecergasan yang
diaplikasikan semasa melakukan
aktiviti kecergasan fizikal.
Komponen Kecergasan
4.1.1 Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.
4.1.2 Mengenal pasti urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan dalam melakukan
aktiviti fizikal.
4.1.3 Mengenal pasti keperluan memanaskan dan menyejukkan badan.
4.1.4 Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
Kapasiti Aerobik
4.2 Menguasai konsep asas kapasiti
aerobik.
4.2.1 Menamakan jantung sebagai organ yang penting dalam badan.
4.2.2 Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti
fizikal.
4.2.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung.
Kelenturan
4.3 Menguasai konsep asas kelenturan. 4.3.1 Mengenal pasti teknik regangan yang betul.
4.3.2 Mengenal pasti senaman yang betul untuk meningkatkan kelenturan pada bahagian
badan.
TAHUN 1
MODUL KECERGASAN
STANDARD PEMBELAJARAN
18
ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN MENINGKATKAN KECERGASAN
STANDARD KANDUNGAN
4.3.3 Mengenali bahawa aktiviti regangan dapat meningkatkan fungsi otot.
Kekuatan dan Daya Tahan Otot
4.4 Menguasai konsep asas kekuatan
dan daya tahan otot.
4.4.1 Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi.
4.4.2 Menyatakan bahawa melakukan senaman secara berulang-ulang dapat meningkatkan
daya tahan otot.
4.4.3 Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan semasa melakukan senaman kekuatan
dan daya tahan otot.
Komposisi Badan
4.5 Mengetahui komponen badan. 4.5.1 Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ dan lemak.
4.5.2 Mengenali bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat.
TAHUN 1
MODUL KECERGASAN
STANDARD PEMBELAJARAN
19
ASPEK 5 : KESUKANAN
STANDARD KANDUNGAN
Pengurusan dan Keselamatan
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen
pengurusan dan keselamatan.
5.1.1 Membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti Pendidikan
Jasmani.
5.1.2 Menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasa melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.
5.1.3
5.1.4
Mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.
Mengenali dan mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti Pendidikan
Jasmani.
Tanggungjawab Kendiri
5.2 Mempunyai keyakinan, dan
tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani.
5.2.2 Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN DAN KECERGASAN
STANDARD PEMBELAJARAN
20
Interaksi Sosial
5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam
pelbagai cara semasa melakukan
aktiviti fizikal.
5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal.
STANDARD 5 : KESUKANAN
STANDARD KANDUNGAN
Dinamika Kumpulan
5.4 Berkebolehan membentuk
kumpulan dan bekerjasama
dalam kumpulan.
5.4.1
5.4.2
Melakukan aktiviti secara berpasangan.
Memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.
TAHUN 1
MODUL KEMAHIRAN DAN KECERGASAN
STANDARD PEMBELAJARAN
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
h p://www.moe.gov.my/bpk

Contenu connexe

Tendances

Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4myazaha
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
01 dsk pend jasmani tahun 1
01 dsk  pend jasmani tahun 101 dsk  pend jasmani tahun 1
01 dsk pend jasmani tahun 1Momoe Meiji
 
KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2Momoe Meiji
 
Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3osman karim
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmIra Raji
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmNas Lin
 

Tendances (8)

Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
01 dsk pend jasmani tahun 1
01 dsk  pend jasmani tahun 101 dsk  pend jasmani tahun 1
01 dsk pend jasmani tahun 1
 
KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2
 
Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 

Similaire à Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1

Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Safiah Sulaiman
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3jz jazz
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3acap 85
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3ridzuan8289
 
Ds pj tahun 3 (sk)
Ds pj tahun 3 (sk)Ds pj tahun 3 (sk)
Ds pj tahun 3 (sk)Wong Jang
 
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6vleadminaba2059
 
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdfdskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdfAkenoAkimo
 
Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Sun Lam
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2Cikpuansuri Nadia
 
Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4noor soharah
 
Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4noor soharah
 
sk pend jasmani thn 1 bm
sk  pend jasmani thn 1   bmsk  pend jasmani thn 1   bm
sk pend jasmani thn 1 bmcahaya_0410
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Latha Shan
 
Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5
Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5
Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5Azzam Yusof
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Razah Dollah
 
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)Maslinda Salleh
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaranNas Lin
 

Similaire à Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1 (20)

Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
 
Ds pj tahun 3 (sk)
Ds pj tahun 3 (sk)Ds pj tahun 3 (sk)
Ds pj tahun 3 (sk)
 
Dskp pjasmani tahun 4 (1)
Dskp pjasmani tahun 4 (1)Dskp pjasmani tahun 4 (1)
Dskp pjasmani tahun 4 (1)
 
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
 
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdfdskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
 
Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
 
Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4
 
Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4Dskp pjasmani tahun 4
Dskp pjasmani tahun 4
 
sk pend jasmani thn 1 bm
sk  pend jasmani thn 1   bmsk  pend jasmani thn 1   bm
sk pend jasmani thn 1 bm
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
 
Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5
Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5
Dskp pendidikan jasmani kssr tahun 5
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
 
Ds pj thn 3
Ds pj thn 3Ds pj thn 3
Ds pj thn 3
 
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
 
Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 

Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI TAHUN SATU
  • 2.
  • 3. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1 MODUL TERAS ASAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum Cetakan Pertama 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pendidikan jasmani. Tahun satu ISBN 978-967-5094-93-4 1. Physical education and training-Study and teaching (Primary) I . Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 372.86043 Dicetak: OMR PRESS Sdn.Bhd. No 18, Jln Industri USJ 1/12, Tmn. Perindustrian USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8024 6396 Faks: 03-8024 6936 email: omrsdnbhd@gmail.com
  • 5. K A N D U N G A N Bil. Perkara Muka Surat 1. Kandungan iii 2. Pendahuluan 1 3. Matlamat 1 4. Objektif 2 5. Fokus Mata Pelajaran 3 6. Organisasi Kandungan 4 7. Cadangan Agihan Masa 5 8. Aspek 1 6 9. Aspek 2 11 10. Aspek 3 15 11. Aspek 4 17 12. Aspek 5 19 iii
  • 6.
  • 7. BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN RUKUN NEGARA v
  • 8. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi
  • 9. 1 P E N D A H U L U A N Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard kandungan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani adalah bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Noncommunicable Disease Section- Disease Control Divison, 2006). Justeru itu, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak dari awal lagi. Guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan. M A T L A M A T Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antara disiplin tersebut melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan dan sosiologi sukan dengan menerapkan nilai estetika. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang seronok dengan menekankan aspek keselamatan.
  • 10. 2 O B J E K T I F 1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; 2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; 3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; 4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan; 5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; 6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; 7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat; 8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan 9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. F O K U S M A T A P E L A J A R A N Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu: membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Tahun Satu berkebolehan untuk:-
  • 11. 3 O R G A N I S A S I K A N D U N G A N Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasi secara modular mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dalam kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian- bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai. Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:- 1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:- 1. konsep pergerakan, lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan. . Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:- 1. konsep kecergasan, dan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan: 1. konsep kecergasan, dan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu terdiri daripada Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan yang dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
  • 12. 4 Aspek 5: Kesukanan Melalui Aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:- 1. 2. tanggungjawab kendiri, 3. interaksi sosial, dan 4. dinamika kumpulan. Susunan kurikulum ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini dilaksanakan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri darpada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Ringkasannya adalah seperti berikut;- Modul Kemahiran Aspek 1 Kemahiran Pergerakan Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan Aspek 5 Kesukanan Modul Kecergasan Aspek 3 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Aspek 4 Aplikasi Pengetahuan dalam Meningkatkan Kecergasan Aspek 5 Kesukanan pengurusan dan keselamatan,
  • 13. 5 C A D A N G A N A G I H A N M A S A Standard Kandungan Kemahiran Aspek 1 dan 2 Konsep pergerakan 6 Pergerakan asas 22 Pergerakan berirama 4 Gimnastik asas 8 Akuatik atau 4 Rekreasi dan kesenggangan Kecergasan Aspek 3 dan 4 Konsep kecergasan 4 Kapasiti aerobik 4 Kelenturan 2 Kekuatan dan daya tahan otot 4 Komposisi badan 2 Jumlah 60 Nota: Guru boleh memilih antara akuatik dengan rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih akuatik, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan. Aspek 5 dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan. Modul Bilangan Waktu
  • 14. STANDARD KANDUNGAN 6 ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN Konsep Pergerakan 1.1Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. 1.1.1 1.1.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan. Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang berbeza. 1.1.3 Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan berdasarkan isyarat. 1.1.4 Menukar arah dari hadapan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan isyarat. 1.1.5 Melakukan pergerakan dalam laluan lurus, berlengkok dan zig- zag. 1.1.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan isyarat. 1.1.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas, ringan dengan berat dan lembut dengan kuat. Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor 1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan 1.2.1 Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), berskip dan melonjak (leaping). lokomotor dengan lakuan yang betul TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 15. STANDARD KANDUNGAN 7 ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN 1.2.2 Melakukan pergerakan melompat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki atau sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi. 1.2.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah, dan kelajuan dengan rakan dan alatan. 1.2.4 Melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan. 1.2.5 Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama. Pergerakan Bukan Lokomotor 1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor dengan lakuan yang betul. 1.3.1 Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. 1.3.2 Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras, aliran dan daya dengan rakan dan alatan. 1.3.3 Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama. Kemahiran Manipulasi Alatan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. 1.4.1 Melakukan balingan bawah tangan. 1.4.2 Melakukan balingan atas kepala. 1.4.3 Menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan lakuan yang betul. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 16. 8 ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN 1.4.4 Menangkap bola yang dilambung sendiri. 1.4.5 Menendang bola yang digolek. 1.4.6 Menendang bola dan seterusnya berlari ke hadapan. 1.4.7 Memukul belon ke atas secara berterusan dengan menggunakan tangan, lengan dan kaki. 1.4.8 Memukul belon ke atas menggunakan alatan. 1.4.9 Mengelecek bola ke hadapan menggunakan kaki. 1.4.10 Mengelecek bola berterusan menggunakan satu tangan. Pergerakan Berirama 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama. 1.5.1 Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 17. 9 ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul. 1.6.1 Melakukan hambur ke hadapan menggunakan kaki. 1.6.2 Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki. Kawalan Badan dan Sokongan 1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan. 1.7.1 Melakukan imbangan dan sokongan menggunakan bahagian badan secara statik. 1.7.2 Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan. Putaran 1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul. 1.8.1 Melakukan putaran menegak. 1.8.2 Melakukan guling balak berterusan. 1.8.3 Melakukan putaran telur. Akuatik Asas 1.9 Keyakinan dan keselamatan dalam air. 1.9.1 Mematuhi peraturan dalam air. 1.9.2 Melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air, berdiri, berjalan, bobbing, mengapung tiarap, meluncur (glide), dan berdiri dalam air dari posisi apungan tiarap TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 18. 10 ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN Rekreasi dan Kesenggangan 1.10 Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan. 1.10.1 Menggunakan kemahiran berlari, mengelak, melambung dan menyambut semasa melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yang melibatkan permainan seperti Datuk Harimau dan Batu Seremban. 1.10.2 Menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yang melibatkan aktiviti seperti membina istana pasir, dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 19. 11 ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN Konsep Pergerakan 2.1 Mengenal pasti dan melakukan konsep asas pergerakan. 2.1.1 2.1.2 Mengenal pasti kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan. Mengenal pasti ruang diri. 2.1.3 Mengenal pasti ruang am. Pergerakan Asas 2.1.4 Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah. Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor 2.2 Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor dengan bukan lokomotor. 2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 2.2.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 2.2.3 Membezakan tempo dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran Manipulasi Alatan 2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran 2.3.1 Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan dan atas kepala. manipulasi alatan. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 20. 12 ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN 2.3.2 Menyatakan kedudukan badan semasa melambung dan membaling alatan. 2.3.3 Menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangan kepada pergerakan. 2.3.4 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima bola. 2.3.5 Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang. 2.3.6 Mengenal pasti pergerakan jari tangan semasa mengelecek bola. 2.3.7 Mengenal pasti kedudukan kaki semasa mengelecek bola. 2.3.8 Mengenal pasti titik kontak pada alatan yang dipukul. Kemahiran Berirama 2.4 Memahami konsep gerak edar mengikut irama. 2.4.1 Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak mengikut irama. Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan 2.5 Memahami konsep 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan serta merta. hambur dan pendaratan. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 21. 13 ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN 2.5.2 Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul. Kawalan Badan dan Sokongan 2.6 Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan. 2.6.1 Mengenal pasti tapak sokongan. Putaran 2.7 Memahami konsep putaran dalam pergerakan. 2.7.1 Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan putaran menegak. 2.7.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan semasa melakukan guling balak. 2.7.3 Menyatakan kedudukan anggota badan untuk menghasilkan putaran telur. Akuatik Asas 2.8 Mengaplikasikan konsep keyakinan dan keselamatan di air. 2.8.1 Mengenal pasti peraturan dalam air. 2.8.2 2.8.3 2.8.4 Mengenal pasti kemahiran bobbing yang betul. Mengenal pasti kemahiran apungan tiarap yang betul. Mengenal pasti kemahiran luncur yang betul. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 22. 14 ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN Rekreasi dan Kesenggangan 2.9 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. 2.9.1 Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional. 2.9.2 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti seperti membina istana pasir dan mereka cipta objek yang menggunakan plastisin dan blok mainan. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 23. 15 ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN STANDARD KANDUNGAN Konsep Kecergasan 3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan. 3.1.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari dan regangan yang boleh meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan dan kadar nadi. Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik 3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik. 3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kelenturan 3.3 Berkebolehan melakukan aktiviti kelenturan. 3.3.1 Melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 3.4 Berkebolehan melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot. 3.4.1 3.4.2 Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa. Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangka masa. 3.4.3 Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan. TAHUN 1 MODUL KECERGASAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 24. 16 ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN STANDARD KANDUNGAN 3.4.4 Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan. 3.4.5 Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan. 3.4.6 3.4.7 Melakukan ringkuk tubi separa. Melakukan aktiviti untuk membina otot teras badan (core muscles). Komposisi Badan 3.5 Mengenal pasti komposisi badan. 3.5.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat. TAHUN 1 MODUL KECERGASAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 25. 17 ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN MENINGKATKAN KECERGASAN STANDARD KANDUNGAN Konsep Kecergasan 4.1 Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasikan semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal. Komponen Kecergasan 4.1.1 Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. 4.1.2 Mengenal pasti urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan dalam melakukan aktiviti fizikal. 4.1.3 Mengenal pasti keperluan memanaskan dan menyejukkan badan. 4.1.4 Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Kapasiti Aerobik 4.2 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik. 4.2.1 Menamakan jantung sebagai organ yang penting dalam badan. 4.2.2 Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal. 4.2.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung. Kelenturan 4.3 Menguasai konsep asas kelenturan. 4.3.1 Mengenal pasti teknik regangan yang betul. 4.3.2 Mengenal pasti senaman yang betul untuk meningkatkan kelenturan pada bahagian badan. TAHUN 1 MODUL KECERGASAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 26. 18 ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN MENINGKATKAN KECERGASAN STANDARD KANDUNGAN 4.3.3 Mengenali bahawa aktiviti regangan dapat meningkatkan fungsi otot. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 4.4 Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot. 4.4.1 Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi. 4.4.2 Menyatakan bahawa melakukan senaman secara berulang-ulang dapat meningkatkan daya tahan otot. 4.4.3 Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot. Komposisi Badan 4.5 Mengetahui komponen badan. 4.5.1 Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ dan lemak. 4.5.2 Mengenali bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat. TAHUN 1 MODUL KECERGASAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 27. 19 ASPEK 5 : KESUKANAN STANDARD KANDUNGAN Pengurusan dan Keselamatan 5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan. 5.1.1 Membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. 5.1.2 Menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. 5.1.3 5.1.4 Mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Mengenali dan mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Tanggungjawab Kendiri 5.2 Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani. 5.2.2 Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN DAN KECERGASAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 28. 20 Interaksi Sosial 5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal. STANDARD 5 : KESUKANAN STANDARD KANDUNGAN Dinamika Kumpulan 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. 5.4.1 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan. Memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan. TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN DAN KECERGASAN STANDARD PEMBELAJARAN
  • 29.
  • 30. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 h p://www.moe.gov.my/bpk