SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
‘Kecemerlangan Berterusan’




      PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
              (MGCM)
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
                              ( MGCM )

FASAL 1      :      NAMA

Majlis ini dikenali dengan nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA. Selepas ini disebut
“MAJLIS” atau MGC Malaysia atau MGCM.


FASAL 2      :      ALAMAT URUSAN

2.1   Alamat dan tempat urusan ialah:

      d/a Jemaah Nazir Sekolah,
      Kementerian Pendidikan Malaysia,
      Tingkat 21 – 23, Bangunan Bank Pertanian,
      Lebuh Pasar Besar,
      50604 Kuala Lumpur.
      ( U.P. Unit Guru Cemerlang )

2.2   Bagi memudahkan urusan MGCM, sebahagian besar alamat surat-menyurat akan
      menggunakan alamat di mana YDP MGCM bertugas.


FASAL 3      :      TUJUAN / MATLAMAT

3.1   Meningkatkan prestasi dan memartabatkan profesionalisme Guru Cemerlang.

3.2   Menyumbang khidmat kepakaran dalam bidang masing-masing di peringkat daerah,
      bahagian, negeri dan kebangsaan.

3.3   Memantapkan rangkaian kerjasama antara ahli dan menjaga kebajikan Guru Cemerlang.

3.4   Menjadi penghubung antara Guru Cemerlang dengan agensi-agensi berkaitan pendidikan
      bersabit dengan kebajikan Guru Cemerlang, perjawatan dan peningkatan profesionalisme
      Guru Cemerlang.


FASAL 4      :      KEAHLIAN

4.1   Keahlian secara automatik setelah dilantik sebagai Guru Cemerlang Sekolah, Maktab
      Perguruan, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.

4.2   Menjadi ahli Majlis Guru Cemerlang di peringkat negeri.

4.3   Kewajipan dan hak ahli:
      4.3.1 Memilih perwakilan untuk menghadiri Mesyuarat Agung MGCM.
      4.3.2 Menjelaskan yuran yang ditetapkan.
      4.3.3 Mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis.
      4.3.4 Berusaha meningkatkan kemajuan Majlis.

4.4   Keahlian Terbatal
      4.4.1 Apabila tidak menjadi Guru Cemerlang.
      4.4.2 Gagal mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis.
      4.4.3 Bertindak dengan cara yang boleh menjejaskan nama baik Majlis.

                                                                                             2
FASAL 5      :      YURAN KEAHLIAN

5.1   Setiap ahli wajib membayar yuran keahlian RM20.00 setahun.

5.2   Dibayar melalui Bendahari Majlis Guru Cemerlang Negeri pada bulan pertama setiap tahun
      kewangan kepada Bendahari MGCM.

5.3   Kutipan khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
      persetujuan Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia.


FASAL 6      :      LOGO

6.1   Huruf G bagi ‘Guru’ dan huruf C bagi ‘Cemerlang’ bermaksud jawatan Guru
      Cemerlang ( di sekolah, maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti dan kolej
      matrikulasi ) dalam sistem pendidikan di Malaysia.

6.2   Huruf M bermaksud:
      6.2.1 Majlis – satu agensi profesional pendidikan (guru) yang terdiri daripada Guru-Guru
            Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai mata pelajaran.
      6.2.2 Malaysia – melibatkan Guru Cemerlang seluruh Malaysia dan status majlis di
            peringkat kebangsaan.
      6.2.3 M berada di dalam GC - bermakna Guru Cemerlang yang menjadi penggerak
            Majlis.

6.3   Warna biru bermaksud:
      6.3.1 Keprihatinan (kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan
            pelanggan ( pelajar dan ibu bapa / masyarakat ).
      6.3.2 Warna Kementerian Pendidikan / warna bendera Malaysia / Jemaah Nazir Sekolah.

6.4   Warna emas bermaksud:
      6.4.1 Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlang dari segi personaliti,
            pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunikasi dan potensi diri.
      6.4.2 Kecemerlangan berterusan.

6.5   Warna merah bermaksud sikap dedikasi dan penyungguhan kendiri dalam kerja.

6.6   Bahagian muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C bermaksud sifat Guru
      Cemerlang yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovatif.

6.7   Garisan merah mengelilingi G bermaksud satu kumpulan profesional pendidikan iaitu
      Guru Cemerlang yang bekerja sebagai satu pasukan di seluruh negara.


FASAL 7      :      STRUKTUR MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

7.1   Majlis Guru Cemerlang Malaysia adalah terdiri daripada Jawatankuasa Majlis Guru
      Cemerlang Malaysia dan Majlis Guru Cemerlang Negeri.

7.2   Penaung MGCM ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

7.3   Penasihat MGCM ialah Ketua Nazir Sekolah.



                                                                                                 3
FASAL 8     :      JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

8.1   Jawatankuasa Tertinggi MGCM terdiri daripada:
      8.1.1 Yang Dipertua
      8.1.2 Naib Yang Dipertua
      8.1.3 Setiausaha 1
      8.1.4 Setiausaha 2
      8.1.5 Setiausaha 3
      8.1.6 Bendahari
      8.1.7 Semua Yang Dipertua MGC Negeri
      8.1.8 Yang Dipertua dengan persetujuan ahli jawatankuasa boleh melantik tidak lebih
            daripada 3 orang ahli jawatankuasa tambahan termasuk seorang daripada
            maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti atau kolej matrikulasi.

8.2   Guru Cemerlang yang menjadi Yang Dipertua MGC Negeri secara automatik akan menjadi
      AJK MGCM.

8.3   Jawatankuasa MGCM dilantik melalui Mesyuarat Agung bagi tempoh dua tahun.

8.4   Penentuan AJK Tertinggi MGCM akan dibuat secara undi atau undi sulit (mengikut
      keperluan semasa yang diputuskan oleh AJK MGCM) di kalangan YDP MGC Negeri yang
      menjadi AJK MGCM semasa Mesyuarat Agung.

8.5   Fungsi jawatankuasa ialah menguruskan kerja-kerja majlis dan membuat keputusan
      mengenai perjalanan Majlis mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh perlembagaan dan
      Mesyuarat Agung. Jawatankuasa mestilah mengemukakan laporan kegiatannya dalam
      tahun lalu kepada ahli-ahli setiap kali diadakan Mesyuarat Agung.

8.6   Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Ahli
      jawatankuasa hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesuatu
      mesyuarat diadakan. Yang Dipertua secara bersendirian boleh memanggil Jawatankuasa
      untuk bermesyuarat pada bila-bila masa jika perlu. Sekurang-kurangnya separuh daripada
      ahli jawatankuasa perlu hadir bagi mencukupkan kuorum untuk mengesahkan perjalanan
      dan keputusan mesyuarat berkenaan.

8.7   Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa, tetapi
      mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha boleh mendapatkan
      kelulusan daripada ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.

8.8   Jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk melucutkan atau menggantung mana-
      mana ahli jawatankuasa yang cuai, curang, tidak cekap atau kerana sebab-sebab yang
      boleh merosakkan majlis berdasarkan keputusan mesyuarat.


FASAL 9     :      TUGAS DAN BIDANG KUASA AJK TERTINGGI MGCM

9.1   Yang Dipertua
      9.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
      9.1.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perjalanan mesyuarat tersebut.
      9.1.3 Boleh memberi atau menentukan “kata pemutus” dalam sesuatu keputusan.
      9.1.4 Menandatangani minit mesyuarat setelah diluluskan.
      9.1.5 Menandatangani cek Majlis bersama Setiausaha dan Bendahari.

9.2   Naib Yang Dipertua
      9.2.1 Menjalankan semua tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya.

                                                                                              4
9.3    Setiausaha 1
       9.3.1 Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Majlis, menjalankan perintah Mesyuarat
              Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa MGCM.
       9.3.2 Mengendalikan urusan surat-menyurat, menyimpan laporan, minit mesyuarat,
              dan pekeliling berkaitan Majlis dan Guru Cemerlang.
       9.3.3 Menguruskan dan menyimpan daftar ahli dan daftar kehadiran ahli dalam
              mesyuarat.
       9.3.4 Membuat catatan/minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
       9.3.5 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Bendahari.

9.4    Setiausaha 2 dan 3
       9.4.1 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 semasa ketiadaannya.
       9.4.2 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 mengikut bidang-bidang keperluan tugas
              tersebut seperti yang diarahkan oleh Yang Dipertua atau Jawatankuasa dari semasa
              ke semasa.
       9.4.3 Mengurus data Guru Cemerlang.

9.5    Bendahari
       9.5.1 Bertanggungjawab mengenai semua hal kewangan Majlis.
       9.5.2 Menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan Majlis dan bertanggungjawab
             terhadapnya.
       9.5.3 Menyediakan dan mengedarkan penyata kira-kira/kewangan Majlis bagi tiap-tiap
             tahun kewangan sebelum 31 Disember setiap tahun dalam Mesyuarat Agung.
       9.5.4 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Setiausaha 1.

9.6    Ahli-ahli Jawatankuasa
       9.6.1 Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang ditentukan.
       9.6.2 Bersama bertanggungjawab memastikan Majlis berfungsi mengikut tujuan
              penubuhannya serta menjaga imej Majlis.
       9.6.3 Bersama bertanggungjawab dalam menentukan keputusan AJK Majlis dalam
              Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.


FASAL 10     :      KEWANGAN MGCM

10.1   Tahun kewangan Majlis bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-
       tiap tahun.

10.2   Cek atau penyata pengeluaran wang dari akaun Majlis hendaklah ditandatangani bersama
       oleh Yang Dipertua atau Setiausaha 1 dan Bendahari.

10.3   Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit/tunai tidak melebihi RM300.00 pada satu
       masa.

10.4   Bendahari hendaklah memastikan semua wang Majlis dimasukkan ke dalam sebuah bank
       yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira kewangan di bank tersebut hendaklah
       diuruskan atas nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA.

10.5   Sumber kewangan Majlis boleh diperolehi daripada:
       10.5.1 Yuran tahunan ahli.
       10.5.2 Pendapatan melalui aktiviti Majlis yang boleh mendatangkan pendapatan.
       10.5.3 Sumbangan daripada pihak luar atau perseorangan.
       10.5.4 Tajaan agensi tertentu.

10.6   Penyata Kewangan mestilah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung dan diaudit oleh
       Juruaudit Dalam yang dilantik oleh Jawatankuasa MGCM dalam mesyuaratnya.


                                                                                              5
FASAL 11      :      PEMERIKSA KIRA-KIRA

11.1   Dua orang Pemeriksa Kira-kira Dalaman (sebagai Juruaudit Dalaman) hendaklah dilantik
       daripada kalangan ahli MGCM oleh mesyuarat Jawatankuasa MGCM. Mereka bertanggung-
       jawab menyemak, membuat pembetulan dan mengesahkan Penyata Kewangan untuk
       dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

11.2   Juruaudit Luar, jika perlu dilantik, mestilah diputuskan melalui Mesyuarat Agung.


FASAL 12      :      MESYUARAT AGUNG

12.1   Mesyuarat Agung MGCM hendaklah diadakan dua tahun sekali.

12.2   Setiap negeri akan menghantar 10 orang wakil ke Mesyuarat Agung tidak termasuk Yang
       Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM.

12.3   14 orang Yang Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM serta 3 orang AJK MGCM
       yang dilantik oleh Jawatankuasa akan hadir dalam Mesyuarat Agung dan layak mengundi
       melalui undi sulit bagi menentukan AJK Tertinggi MGCM dalam Mesyuarat Agung
       berkenaan.
12.4   Tarikh dan tempat Mesyuarat Agung akan ditentukan oleh Jawatankuasa dalam
       mesyuaratnya.
12.5   Antara agenda utama yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Agung ialah:
       12.5.1 Alu-aluan Yang Dipertua MGCM.
       12.5.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu.
       12.5.3 Perkara-perkara berbangkit daripada minit berkenaan.
       12.5.4 Membentangkan laporan aktiviti MGCM.
       12.5.5 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan.
       12.5.6 Pelantikan / Penetapan AJK MGCM untuk tempoh berikutnya.
       12.5.7 Membahas dan meluluskan usul-usul daripada MGC Negeri dan AJK MGCM.
       12.5.8 Perancangan aktiviti MGCM untuk tempoh berikutnya dari segi profesionalisme,
              kebajikan, perjawatan dan aktiviti lain yang sesuai.

12.6   Kuorum Mesyuarat Agung ialah kehadiran 2/3 daripada jumlah ahli yang layak hadir
       mengikut Perkara 12.2 dan 12.3. Jika kuorom tidak mencukupi dalam masa 30 minit
       selepas waktu yang ditentukan, mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang
       tidak lebih daripada 30 hari daripada tarikh asal.

12.7   Notis mesyuarat dan agenda mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli oleh
       Setiausaha sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat.

12.8   Mesyuarat Agung Khas Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
       keputusan Jawatankuasa MGCM.

12.9   Setiausaha hendaklah menghantar satu salinan minit Mesyuarat Agung atau
       Mesyuarat Agung Khas kepada ahli-ahli dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat.

12.10 MGCM dan MGCN akan bersama-sama membiayai semua keperluan Mesyuarat Agung
      atau Mesyuarat Agung Khas.




                                                                                             6
FASAL 13      :      PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1   Perlembagaan ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan keputusan Mesyuarat
       Agung atau mandat kepada AJK MGCM melalui Mesyuarat Agung.


FASAL 14      :      TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

14.1   Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa MGCM boleh memberi tafsiran
       kepada Perlembagaan ini dan jika mustahak Jawatankuasa MGCM boleh memutuskan
       perkara-perkara yang tidak terkandung dalam perlembagaan ini.


FASAL 15      :      LARANGAN

15.1   Semua wang yang didapati oleh Majlis hasil daripada mana-mana aktiviti akan digunakan
       untuk melaksanakan tujuan Majlis. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar
       bonus, faedah atau keuntungan kepada ahli Majlis.


FASAL 16      :      PEMBUBARAN

16.1   Majlis ini tidak boleh dibubarkan, kecuali setelah mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga)
       daripada jumlah ahli yang berdaftar dan berhak mengundi. Keputusan pembubaran mesti
       dilakukan melalui Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas.


FASAL 17      :      MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI

17.1   Semua negeri berhak menubuhkan Majlis Guru Cemerlang Negeri. MGC Negeri adalah
       cawangan kepada MGCM. MGC Daerah adalah cawangan kepada MGC Negeri.

17.2   Mesyuarat Agung Tahunan MGC Negeri hendaklah diadakan lebih awal daripada
       Mesyuarat Agung MGCM.

17.3   Majlis Guru Cemerlang Negeri adalah tertakluk kepada perlembagaan MGCM.




Tarikh : 1 OGOS 2004




                                                                                                   7

Contenu connexe

Tendances

Minit mesyuarat siswi
Minit mesyuarat siswiMinit mesyuarat siswi
Minit mesyuarat siswimelcassie
 
Laporan kem bestari solat 2015
Laporan kem bestari solat 2015 Laporan kem bestari solat 2015
Laporan kem bestari solat 2015 Salwani N Mahazan
 
Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)Erika Wati
 
Minit mesyuarat bidang teknik
Minit mesyuarat bidang teknikMinit mesyuarat bidang teknik
Minit mesyuarat bidang teknikHafifah Salim
 
Sistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramuka
Sistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramukaSistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramuka
Sistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramukaAndi Darussalam
 
Panduan ihya ramadhan sr sm 2014
Panduan ihya ramadhan sr sm 2014Panduan ihya ramadhan sr sm 2014
Panduan ihya ramadhan sr sm 2014Muhammad Hafiz
 
Progja pram sempoer 2014 2015
Progja pram sempoer 2014 2015Progja pram sempoer 2014 2015
Progja pram sempoer 2014 2015Dudi Supriatna
 
02. panduan ihya ramadhan sr sm 2013
02. panduan ihya ramadhan sr sm 201302. panduan ihya ramadhan sr sm 2013
02. panduan ihya ramadhan sr sm 2013azznor7881
 
01 program-kerja-penggalang-2010-2011
01 program-kerja-penggalang-2010-201101 program-kerja-penggalang-2010-2011
01 program-kerja-penggalang-2010-2011dinas pendidikan
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfAsmalizaMamat2
 
Laporan pelaksanaan ojl sampul
Laporan pelaksanaan ojl sampulLaporan pelaksanaan ojl sampul
Laporan pelaksanaan ojl sampularif widyatma
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanTeacher Nasrah
 
Program kerja-gerakan-pramuka
Program kerja-gerakan-pramukaProgram kerja-gerakan-pramuka
Program kerja-gerakan-pramukaFirdaus Abadi
 

Tendances (20)

Rtl baru
Rtl baruRtl baru
Rtl baru
 
Minit mesyuarat siswi
Minit mesyuarat siswiMinit mesyuarat siswi
Minit mesyuarat siswi
 
KERTAS KERJA DASAR KBS 2011
KERTAS KERJA DASAR KBS 2011KERTAS KERJA DASAR KBS 2011
KERTAS KERJA DASAR KBS 2011
 
Laporan kem bestari solat 2015
Laporan kem bestari solat 2015 Laporan kem bestari solat 2015
Laporan kem bestari solat 2015
 
Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)
 
Minit mesyuarat bidang teknik
Minit mesyuarat bidang teknikMinit mesyuarat bidang teknik
Minit mesyuarat bidang teknik
 
Narakarya.fix
Narakarya.fixNarakarya.fix
Narakarya.fix
 
Sistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramuka
Sistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramukaSistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramuka
Sistem pendidikan dan pelatihan dalam gerakan pramuka
 
Reza
RezaReza
Reza
 
Lembar pengesahan
Lembar pengesahanLembar pengesahan
Lembar pengesahan
 
Panduan ihya ramadhan sr sm 2014
Panduan ihya ramadhan sr sm 2014Panduan ihya ramadhan sr sm 2014
Panduan ihya ramadhan sr sm 2014
 
Progja pram sempoer 2014 2015
Progja pram sempoer 2014 2015Progja pram sempoer 2014 2015
Progja pram sempoer 2014 2015
 
02. panduan ihya ramadhan sr sm 2013
02. panduan ihya ramadhan sr sm 201302. panduan ihya ramadhan sr sm 2013
02. panduan ihya ramadhan sr sm 2013
 
01 program-kerja-penggalang-2010-2011
01 program-kerja-penggalang-2010-201101 program-kerja-penggalang-2010-2011
01 program-kerja-penggalang-2010-2011
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
 
Laporan pelaksanaan ojl sampul
Laporan pelaksanaan ojl sampulLaporan pelaksanaan ojl sampul
Laporan pelaksanaan ojl sampul
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
 
Lpj lengkap
Lpj lengkapLpj lengkap
Lpj lengkap
 
Ad art osis
Ad art osisAd art osis
Ad art osis
 
Program kerja-gerakan-pramuka
Program kerja-gerakan-pramukaProgram kerja-gerakan-pramuka
Program kerja-gerakan-pramuka
 

En vedette

Послание губернатора Чиркунова
Послание губернатора ЧиркуноваПослание губернатора Чиркунова
Послание губернатора ЧиркуноваBoris Anferov
 
Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog norshipa
 
Learning Area 2
Learning Area 2Learning Area 2
Learning Area 2norshipa
 
Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? - lavacon2011
Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? -  lavacon2011Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? -  lavacon2011
Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? - lavacon2011Clay Spinuzzi
 
G cthinking model
G cthinking modelG cthinking model
G cthinking modelnorshipa
 
Sasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinang
Sasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinangSasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinang
Sasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinangnorshipa
 
Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog norshipa
 
Learning Area 1
Learning Area 1Learning Area 1
Learning Area 1norshipa
 
PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010
PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010
PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010Tshikululu Social Investments
 

En vedette (9)

Послание губернатора Чиркунова
Послание губернатора ЧиркуноваПослание губернатора Чиркунова
Послание губернатора Чиркунова
 
Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog
 
Learning Area 2
Learning Area 2Learning Area 2
Learning Area 2
 
Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? - lavacon2011
Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? -  lavacon2011Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? -  lavacon2011
Spinuzzi - What Makes Nimble Organizations Work? - lavacon2011
 
G cthinking model
G cthinking modelG cthinking model
G cthinking model
 
Sasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinang
Sasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinangSasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinang
Sasaran upsr, pmr, spm & stpm 2011 jpn pulau pinang
 
Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog Modul penghasilan blog
Modul penghasilan blog
 
Learning Area 1
Learning Area 1Learning Area 1
Learning Area 1
 
PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010
PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010
PDI beneficiary trusts - Tshikululu Social Investments workshop 2010
 

Similaire à KECEMERLANGAN BERTERUSAN

AGENDA SIDANG AMBALAN.doc
AGENDA SIDANG AMBALAN.docAGENDA SIDANG AMBALAN.doc
AGENDA SIDANG AMBALAN.docNursainSmanja
 
Perangkat_OSIS.docx
Perangkat_OSIS.docxPerangkat_OSIS.docx
Perangkat_OSIS.docxeriknuh
 
Tugas dan wewenang mpk
Tugas dan wewenang mpkTugas dan wewenang mpk
Tugas dan wewenang mpktriastuti72
 
Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...
Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...
Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...lsm pendidikan noorwangsanegara
 
Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015
Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015
Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015Lyda Hassan
 
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra SelatanAD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra SelatanIbnu Fajar
 
Minit mesyuarat kali ke2
Minit mesyuarat kali ke2Minit mesyuarat kali ke2
Minit mesyuarat kali ke2azman94
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
koperasi kelompok tani
koperasi kelompok tanikoperasi kelompok tani
koperasi kelompok taniMitha Nith
 
Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013
Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013
Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013Abrar Qashmal
 
Kertas kerja kursus asas pengawas 2015
Kertas kerja kursus asas pengawas 2015Kertas kerja kursus asas pengawas 2015
Kertas kerja kursus asas pengawas 2015Kamal Sabaruddin
 
Ikatan alumni kimia industri
Ikatan alumni kimia industriIkatan alumni kimia industri
Ikatan alumni kimia industriAsriSusanti
 
Program kerja-pramuka
Program kerja-pramukaProgram kerja-pramuka
Program kerja-pramukaFirdaus Abadi
 
kertas kerja pemilihan pengawas.docx
kertas kerja pemilihan pengawas.docxkertas kerja pemilihan pengawas.docx
kertas kerja pemilihan pengawas.docxChristinaRogers26
 

Similaire à KECEMERLANGAN BERTERUSAN (20)

AGENDA SIDANG AMBALAN.doc
AGENDA SIDANG AMBALAN.docAGENDA SIDANG AMBALAN.doc
AGENDA SIDANG AMBALAN.doc
 
Perangkat_OSIS.docx
Perangkat_OSIS.docxPerangkat_OSIS.docx
Perangkat_OSIS.docx
 
Tugas dan wewenang mpk
Tugas dan wewenang mpkTugas dan wewenang mpk
Tugas dan wewenang mpk
 
Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...
Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...
Musyawarah daerah provinsi kabupaten kota n0 01_juklak_juknis_tap-pendiri_po_...
 
Panduan Khusus Kepengurusan
Panduan Khusus KepengurusanPanduan Khusus Kepengurusan
Panduan Khusus Kepengurusan
 
Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015
Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015
Buku mesyuarat agong koop smk kubang golok ke 3 tahun 2015
 
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra SelatanAD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
 
Minit mesyuarat kali ke2
Minit mesyuarat kali ke2Minit mesyuarat kali ke2
Minit mesyuarat kali ke2
 
d. Modul KBS (Semakan.pdf
d. Modul KBS (Semakan.pdfd. Modul KBS (Semakan.pdf
d. Modul KBS (Semakan.pdf
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 
koperasi kelompok tani
koperasi kelompok tanikoperasi kelompok tani
koperasi kelompok tani
 
Tugas bhs indonesia
Tugas bhs indonesiaTugas bhs indonesia
Tugas bhs indonesia
 
Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013
Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013
Tugas dan wewenang pengurus dan sekretariat mpd aceh 2008 2013
 
Kertas kerja kursus asas pengawas 2015
Kertas kerja kursus asas pengawas 2015Kertas kerja kursus asas pengawas 2015
Kertas kerja kursus asas pengawas 2015
 
Ikatan alumni kimia industri
Ikatan alumni kimia industriIkatan alumni kimia industri
Ikatan alumni kimia industri
 
Contoh Administrasi OSIS
Contoh Administrasi OSISContoh Administrasi OSIS
Contoh Administrasi OSIS
 
Program kerja-pramuka
Program kerja-pramukaProgram kerja-pramuka
Program kerja-pramuka
 
kertas kerja pemilihan pengawas.docx
kertas kerja pemilihan pengawas.docxkertas kerja pemilihan pengawas.docx
kertas kerja pemilihan pengawas.docx
 
Peraturan dasa1
Peraturan dasa1Peraturan dasa1
Peraturan dasa1
 
Bendelan keputusan mugus
Bendelan keputusan mugusBendelan keputusan mugus
Bendelan keputusan mugus
 

Plus de norshipa

Sasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANG
Sasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANGSasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANG
Sasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANGnorshipa
 
Kpi untuk guru cemerlang
Kpi untuk guru cemerlangKpi untuk guru cemerlang
Kpi untuk guru cemerlangnorshipa
 
Programme1(Ataglance)
Programme1(Ataglance)Programme1(Ataglance)
Programme1(Ataglance)norshipa
 
Registration Form
Registration FormRegistration Form
Registration Formnorshipa
 
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010
Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010norshipa
 
Learning Area 2
Learning Area 2Learning Area 2
Learning Area 2norshipa
 
Learning Area 1
Learning Area 1Learning Area 1
Learning Area 1norshipa
 

Plus de norshipa (7)

Sasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANG
Sasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANGSasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANG
Sasaran UPSR, PMR, SPM & STPM 2011 JPN PULAU PINANG
 
Kpi untuk guru cemerlang
Kpi untuk guru cemerlangKpi untuk guru cemerlang
Kpi untuk guru cemerlang
 
Programme1(Ataglance)
Programme1(Ataglance)Programme1(Ataglance)
Programme1(Ataglance)
 
Registration Form
Registration FormRegistration Form
Registration Form
 
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010
Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010
 
Learning Area 2
Learning Area 2Learning Area 2
Learning Area 2
 
Learning Area 1
Learning Area 1Learning Area 1
Learning Area 1
 

KECEMERLANGAN BERTERUSAN

  • 1. ‘Kecemerlangan Berterusan’ PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA (MGCM)
  • 2. PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA ( MGCM ) FASAL 1 : NAMA Majlis ini dikenali dengan nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA. Selepas ini disebut “MAJLIS” atau MGC Malaysia atau MGCM. FASAL 2 : ALAMAT URUSAN 2.1 Alamat dan tempat urusan ialah: d/a Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tingkat 21 – 23, Bangunan Bank Pertanian, Lebuh Pasar Besar, 50604 Kuala Lumpur. ( U.P. Unit Guru Cemerlang ) 2.2 Bagi memudahkan urusan MGCM, sebahagian besar alamat surat-menyurat akan menggunakan alamat di mana YDP MGCM bertugas. FASAL 3 : TUJUAN / MATLAMAT 3.1 Meningkatkan prestasi dan memartabatkan profesionalisme Guru Cemerlang. 3.2 Menyumbang khidmat kepakaran dalam bidang masing-masing di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. 3.3 Memantapkan rangkaian kerjasama antara ahli dan menjaga kebajikan Guru Cemerlang. 3.4 Menjadi penghubung antara Guru Cemerlang dengan agensi-agensi berkaitan pendidikan bersabit dengan kebajikan Guru Cemerlang, perjawatan dan peningkatan profesionalisme Guru Cemerlang. FASAL 4 : KEAHLIAN 4.1 Keahlian secara automatik setelah dilantik sebagai Guru Cemerlang Sekolah, Maktab Perguruan, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi. 4.2 Menjadi ahli Majlis Guru Cemerlang di peringkat negeri. 4.3 Kewajipan dan hak ahli: 4.3.1 Memilih perwakilan untuk menghadiri Mesyuarat Agung MGCM. 4.3.2 Menjelaskan yuran yang ditetapkan. 4.3.3 Mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis. 4.3.4 Berusaha meningkatkan kemajuan Majlis. 4.4 Keahlian Terbatal 4.4.1 Apabila tidak menjadi Guru Cemerlang. 4.4.2 Gagal mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis. 4.4.3 Bertindak dengan cara yang boleh menjejaskan nama baik Majlis. 2
  • 3. FASAL 5 : YURAN KEAHLIAN 5.1 Setiap ahli wajib membayar yuran keahlian RM20.00 setahun. 5.2 Dibayar melalui Bendahari Majlis Guru Cemerlang Negeri pada bulan pertama setiap tahun kewangan kepada Bendahari MGCM. 5.3 Kutipan khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia. FASAL 6 : LOGO 6.1 Huruf G bagi ‘Guru’ dan huruf C bagi ‘Cemerlang’ bermaksud jawatan Guru Cemerlang ( di sekolah, maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti dan kolej matrikulasi ) dalam sistem pendidikan di Malaysia. 6.2 Huruf M bermaksud: 6.2.1 Majlis – satu agensi profesional pendidikan (guru) yang terdiri daripada Guru-Guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai mata pelajaran. 6.2.2 Malaysia – melibatkan Guru Cemerlang seluruh Malaysia dan status majlis di peringkat kebangsaan. 6.2.3 M berada di dalam GC - bermakna Guru Cemerlang yang menjadi penggerak Majlis. 6.3 Warna biru bermaksud: 6.3.1 Keprihatinan (kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( pelajar dan ibu bapa / masyarakat ). 6.3.2 Warna Kementerian Pendidikan / warna bendera Malaysia / Jemaah Nazir Sekolah. 6.4 Warna emas bermaksud: 6.4.1 Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlang dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunikasi dan potensi diri. 6.4.2 Kecemerlangan berterusan. 6.5 Warna merah bermaksud sikap dedikasi dan penyungguhan kendiri dalam kerja. 6.6 Bahagian muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C bermaksud sifat Guru Cemerlang yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovatif. 6.7 Garisan merah mengelilingi G bermaksud satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang bekerja sebagai satu pasukan di seluruh negara. FASAL 7 : STRUKTUR MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA 7.1 Majlis Guru Cemerlang Malaysia adalah terdiri daripada Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Majlis Guru Cemerlang Negeri. 7.2 Penaung MGCM ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 7.3 Penasihat MGCM ialah Ketua Nazir Sekolah. 3
  • 4. FASAL 8 : JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA 8.1 Jawatankuasa Tertinggi MGCM terdiri daripada: 8.1.1 Yang Dipertua 8.1.2 Naib Yang Dipertua 8.1.3 Setiausaha 1 8.1.4 Setiausaha 2 8.1.5 Setiausaha 3 8.1.6 Bendahari 8.1.7 Semua Yang Dipertua MGC Negeri 8.1.8 Yang Dipertua dengan persetujuan ahli jawatankuasa boleh melantik tidak lebih daripada 3 orang ahli jawatankuasa tambahan termasuk seorang daripada maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti atau kolej matrikulasi. 8.2 Guru Cemerlang yang menjadi Yang Dipertua MGC Negeri secara automatik akan menjadi AJK MGCM. 8.3 Jawatankuasa MGCM dilantik melalui Mesyuarat Agung bagi tempoh dua tahun. 8.4 Penentuan AJK Tertinggi MGCM akan dibuat secara undi atau undi sulit (mengikut keperluan semasa yang diputuskan oleh AJK MGCM) di kalangan YDP MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM semasa Mesyuarat Agung. 8.5 Fungsi jawatankuasa ialah menguruskan kerja-kerja majlis dan membuat keputusan mengenai perjalanan Majlis mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh perlembagaan dan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa mestilah mengemukakan laporan kegiatannya dalam tahun lalu kepada ahli-ahli setiap kali diadakan Mesyuarat Agung. 8.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Ahli jawatankuasa hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesuatu mesyuarat diadakan. Yang Dipertua secara bersendirian boleh memanggil Jawatankuasa untuk bermesyuarat pada bila-bila masa jika perlu. Sekurang-kurangnya separuh daripada ahli jawatankuasa perlu hadir bagi mencukupkan kuorum untuk mengesahkan perjalanan dan keputusan mesyuarat berkenaan. 8.7 Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa, tetapi mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha boleh mendapatkan kelulusan daripada ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. 8.8 Jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk melucutkan atau menggantung mana- mana ahli jawatankuasa yang cuai, curang, tidak cekap atau kerana sebab-sebab yang boleh merosakkan majlis berdasarkan keputusan mesyuarat. FASAL 9 : TUGAS DAN BIDANG KUASA AJK TERTINGGI MGCM 9.1 Yang Dipertua 9.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. 9.1.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perjalanan mesyuarat tersebut. 9.1.3 Boleh memberi atau menentukan “kata pemutus” dalam sesuatu keputusan. 9.1.4 Menandatangani minit mesyuarat setelah diluluskan. 9.1.5 Menandatangani cek Majlis bersama Setiausaha dan Bendahari. 9.2 Naib Yang Dipertua 9.2.1 Menjalankan semua tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya. 4
  • 5. 9.3 Setiausaha 1 9.3.1 Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Majlis, menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa MGCM. 9.3.2 Mengendalikan urusan surat-menyurat, menyimpan laporan, minit mesyuarat, dan pekeliling berkaitan Majlis dan Guru Cemerlang. 9.3.3 Menguruskan dan menyimpan daftar ahli dan daftar kehadiran ahli dalam mesyuarat. 9.3.4 Membuat catatan/minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. 9.3.5 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Bendahari. 9.4 Setiausaha 2 dan 3 9.4.1 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 semasa ketiadaannya. 9.4.2 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 mengikut bidang-bidang keperluan tugas tersebut seperti yang diarahkan oleh Yang Dipertua atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa. 9.4.3 Mengurus data Guru Cemerlang. 9.5 Bendahari 9.5.1 Bertanggungjawab mengenai semua hal kewangan Majlis. 9.5.2 Menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan Majlis dan bertanggungjawab terhadapnya. 9.5.3 Menyediakan dan mengedarkan penyata kira-kira/kewangan Majlis bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 31 Disember setiap tahun dalam Mesyuarat Agung. 9.5.4 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Setiausaha 1. 9.6 Ahli-ahli Jawatankuasa 9.6.1 Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang ditentukan. 9.6.2 Bersama bertanggungjawab memastikan Majlis berfungsi mengikut tujuan penubuhannya serta menjaga imej Majlis. 9.6.3 Bersama bertanggungjawab dalam menentukan keputusan AJK Majlis dalam Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. FASAL 10 : KEWANGAN MGCM 10.1 Tahun kewangan Majlis bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap- tiap tahun. 10.2 Cek atau penyata pengeluaran wang dari akaun Majlis hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua atau Setiausaha 1 dan Bendahari. 10.3 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit/tunai tidak melebihi RM300.00 pada satu masa. 10.4 Bendahari hendaklah memastikan semua wang Majlis dimasukkan ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira kewangan di bank tersebut hendaklah diuruskan atas nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA. 10.5 Sumber kewangan Majlis boleh diperolehi daripada: 10.5.1 Yuran tahunan ahli. 10.5.2 Pendapatan melalui aktiviti Majlis yang boleh mendatangkan pendapatan. 10.5.3 Sumbangan daripada pihak luar atau perseorangan. 10.5.4 Tajaan agensi tertentu. 10.6 Penyata Kewangan mestilah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung dan diaudit oleh Juruaudit Dalam yang dilantik oleh Jawatankuasa MGCM dalam mesyuaratnya. 5
  • 6. FASAL 11 : PEMERIKSA KIRA-KIRA 11.1 Dua orang Pemeriksa Kira-kira Dalaman (sebagai Juruaudit Dalaman) hendaklah dilantik daripada kalangan ahli MGCM oleh mesyuarat Jawatankuasa MGCM. Mereka bertanggung- jawab menyemak, membuat pembetulan dan mengesahkan Penyata Kewangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 11.2 Juruaudit Luar, jika perlu dilantik, mestilah diputuskan melalui Mesyuarat Agung. FASAL 12 : MESYUARAT AGUNG 12.1 Mesyuarat Agung MGCM hendaklah diadakan dua tahun sekali. 12.2 Setiap negeri akan menghantar 10 orang wakil ke Mesyuarat Agung tidak termasuk Yang Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM. 12.3 14 orang Yang Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM serta 3 orang AJK MGCM yang dilantik oleh Jawatankuasa akan hadir dalam Mesyuarat Agung dan layak mengundi melalui undi sulit bagi menentukan AJK Tertinggi MGCM dalam Mesyuarat Agung berkenaan. 12.4 Tarikh dan tempat Mesyuarat Agung akan ditentukan oleh Jawatankuasa dalam mesyuaratnya. 12.5 Antara agenda utama yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Agung ialah: 12.5.1 Alu-aluan Yang Dipertua MGCM. 12.5.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. 12.5.3 Perkara-perkara berbangkit daripada minit berkenaan. 12.5.4 Membentangkan laporan aktiviti MGCM. 12.5.5 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan. 12.5.6 Pelantikan / Penetapan AJK MGCM untuk tempoh berikutnya. 12.5.7 Membahas dan meluluskan usul-usul daripada MGC Negeri dan AJK MGCM. 12.5.8 Perancangan aktiviti MGCM untuk tempoh berikutnya dari segi profesionalisme, kebajikan, perjawatan dan aktiviti lain yang sesuai. 12.6 Kuorum Mesyuarat Agung ialah kehadiran 2/3 daripada jumlah ahli yang layak hadir mengikut Perkara 12.2 dan 12.3. Jika kuorom tidak mencukupi dalam masa 30 minit selepas waktu yang ditentukan, mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak lebih daripada 30 hari daripada tarikh asal. 12.7 Notis mesyuarat dan agenda mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat. 12.8 Mesyuarat Agung Khas Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan keputusan Jawatankuasa MGCM. 12.9 Setiausaha hendaklah menghantar satu salinan minit Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas kepada ahli-ahli dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat. 12.10 MGCM dan MGCN akan bersama-sama membiayai semua keperluan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas. 6
  • 7. FASAL 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung atau mandat kepada AJK MGCM melalui Mesyuarat Agung. FASAL 14 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 14.1 Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa MGCM boleh memberi tafsiran kepada Perlembagaan ini dan jika mustahak Jawatankuasa MGCM boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam perlembagaan ini. FASAL 15 : LARANGAN 15.1 Semua wang yang didapati oleh Majlis hasil daripada mana-mana aktiviti akan digunakan untuk melaksanakan tujuan Majlis. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar bonus, faedah atau keuntungan kepada ahli Majlis. FASAL 16 : PEMBUBARAN 16.1 Majlis ini tidak boleh dibubarkan, kecuali setelah mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga) daripada jumlah ahli yang berdaftar dan berhak mengundi. Keputusan pembubaran mesti dilakukan melalui Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas. FASAL 17 : MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI 17.1 Semua negeri berhak menubuhkan Majlis Guru Cemerlang Negeri. MGC Negeri adalah cawangan kepada MGCM. MGC Daerah adalah cawangan kepada MGC Negeri. 17.2 Mesyuarat Agung Tahunan MGC Negeri hendaklah diadakan lebih awal daripada Mesyuarat Agung MGCM. 17.3 Majlis Guru Cemerlang Negeri adalah tertakluk kepada perlembagaan MGCM. Tarikh : 1 OGOS 2004 7