SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
3.0 Sorotan nilai teori barat.
Pada hari ini, manusia banyak membicarakan tentang hal kasih sayang. Kasih sayang pada kebiasaannya berkait rapat dengan luahan perasaan dan naluri seseorang itu untuk bercinta. Menurut teori barat, nilai kasih sayang yang terdapat boleh dibahagikan kepada tiga pecahan. Kasih sayang tersebut ialah kasih sayang Tuhan kepada umatnya, kasih sayang manusia kepada Tuhan dan kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang sesama manusia pula terbahagi kepada lapan pecahan yang menerangkan fungsi dan peranannya. Berdasarkan kepada teori barat, nilai utama yang ada pada agama kristian adalah cinta atau kasih sayang.
Nilai kasih sayang menurut agama kristian ataupun melalui teori barat, begitu penting dalam agama kristian kerana nilai kasih sayang itu merupakan satu nilai utama yang menjadi panduan di dalam agama kristian ini. Akan tetapi, nilai kasih sayang yang wujud dalam agama kristian ini hanyalah bertunjangkan dalam bentuk keadilan, pengampunan dan taat setia. Mengikut teori barat, seseorang manusia itu mestilah mencintai Tuhannya dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti kita mencintai diri kita sendiri. Seseorang individu itu jika hendak mendapat kesan daripada nilai kasih sayang itu mestilah mengamalkan keadilan dalam kehidupannya, melakukan keampunan dan ketaatan kepada agama. Tetapi bukan mudah untuk seseorang individu itu membentuk nilai kasih sayang kerana untuk membentuknya seseorang itu perlulah di dalam dirinya ada keperibadian seperti kecerdasan, keberanian, disiplin diri dan rendah hati. Agama kristian menyeru dan mengajak umatnya supaya mengamalkan nilai kasih sayang ini kepada semua makhluk yang wujud dimuka bumi ini tanpa mengira mereka berasal dari mana atau agama mana malah dengan musuh juga agama kristian menyuruh umatnya membuat kasih.
Di dalam kitab Bible terdapat dua hukum yang terutama bagi umat kristian. Menurut Markus, “ kasihilah Tuhanmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap akal budimu serta dengan segenap kekuatanmu”. Untuk ayat seterusnya Markus juga menyatakan, “ kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri, kerana tiada hukum lain yang lebih utama daripada kedua hukum ini”. Jelaslah di sini bahawa agama kristian cukup menitik beratkan nilai kasih sayang ini kepada umatnya dan juga kepada semua manusia yang berada disekeliling mereka berdasarkan kepada dua hukum yang terdapat di dalam kitab Bible ini. Kedua-dua hukum ini merupakan panduan umum kepada umat keristian itu sendiri. Menurut Korintus, “ kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan tidak sopan dan tidak mencari keuntungan sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, dan sabar menanggung segala sesuatu itu”. Menurut kata-kata Korintus ini lgi lebih meyakinkan kita bahawa mereka ini begitu mengambil berat terhadap nilai kasih sayang. Selain itu juga, di dalam kitab Bible juga iaitu dalam Old Testament telah menyampaikan 10 rukun. Rukun ke sepuluh telah menyatakan berkasih sayang sesama manusia dan menggalakkan hubungan mesra terutamanya dengan jiran tetangga mereka.
Kasih sayang Tuhan kepada umatnya adalah salah satu daripada tiga pecahan kasih sayang yang terdapat dalam agama kristian atau teori barat ini. Menurut masyarakat kristian, Tuhan adalah seorang yang penuh kasih dan amat mengasihi semua manusia di bumi ini. Menurut Matius, “ mintalah maka akan diberikan kepadamu, carilah maka kamu akan mendapat, ketuklah maka pintu akan dibukakan bagimu”. Selain itu juga, di dalam agama Kristian ini Tuhan mereka boleh memberi pengampunan dan penyembuhan dosa serta boleh mengampuni orang berdosa. Dapat dilihat disini bahawa Tuhan mereka akan memberi apa sahaja yang umatnya ingini hanya dengan berdoa kepada Tuhannya. Sebagai contoh, Dia sentiasa memberkati dan memberi apa yang umatnya perlukan. Jelas disini yang Tuhannya begitu  mengambil berat dan kasihnya kepada umatnya walau dalam keadaan apa sekalipun. Selain daripada kasih sayang Tuhan kepada umatnya, lihat pula kepada kasih sayang manusia kepada Tuhannya. Apa yang dapat difahami daripada ini ialah masyarakat kristian ini mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan mereka. Menurut Jones 1994, cinta kepada Tuhan bermaksud sentiasa taat kepadanya dengan mencintai kebenaran dan keadilan serta memohon pengampunan seperti yang diperintahkan olehnya. Manusia yang mengasihi Tuhan akan mematuhi segala perintah Tuhan seperti tidak berzina, tidak membunuh, tidak mencuri, tidak minum arak dan sebagainya. Tetapi pada hari ini, kesemua itulah yang dilakukan oleh masyarakat yang beragama kristian ini kerana kebebasan yang teramat sangat di negara mereka. Selain itu juga, kasih sayang kepada Tuhan ini, mereka harus percaya bahawa Tuhan itu adalah satu yang mencipta segala makhluk ini. Kenyataan ini mereka harus patuhi dan mengagungkan kerana jika tidak ia akan dianggap berdosa. Dapat difahamkan mereka ini boleh berdialog atau berkomunikasi dengan Tuhan mereka melalui doa dan dengan membaca kitab Bible. Untuk menunjukkan tanda kasih sayangnya kepada Tuhan mereka, mereka akan mengunjungi gereja pada setiap hari ahad yang dikenali dengan hari kesucian menurut pandangan mereka ataupun lebih dikenali sebagai The Sabbath Day.
Pecahan ketiga kepada nilai kasih sayang di atas ialah, kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang sesama manusia ini terbahagi kepada lapan pecahan kecil yang menunjukkan kepada kita bahawa kepentingan nilai kasih sayang itu kepada mereka. Masyarakat kristian diseru dan diarahkan untuk saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa, keturunan, pangkat dan sebagainya. Kenyataan ini dapat dilihat dengan jelas melalui kata-kata Markus di atas tadi yang menekankan kasihilah sesama manusia seperti dirimu sendiri. Pernyataan ini mengukuhkan lagi kepentingan kasih sayang ini kepada mereka. Kasih sesama manusia boleh dibahagi kepada lapan bahagian iaitu :
,[object Object]
Kasih sayang anak terhadap ibu bapa
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak
Kasih sayang suami terhadap isteri
Kasih sayang isteri terhadap suami
Kasih sayang hamba terhadap tuannya

Contenu connexe

En vedette

Soalan pendidkan moral tingkatan 1
Soalan pendidkan moral tingkatan 1Soalan pendidkan moral tingkatan 1
Soalan pendidkan moral tingkatan 1Cornellius Kiok

Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia
Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi ManusiaNota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia
Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusiasue sha

Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2sue sha

Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moralPengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moralNor Amalina Che ZamZan

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluargaadrisya90

En vedette (7)

Soalan pendidkan moral tingkatan 1
Soalan pendidkan moral tingkatan 1Soalan pendidkan moral tingkatan 1
Soalan pendidkan moral tingkatan 1

Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6

Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia
Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi ManusiaNota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia
Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia

Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2

Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moralPengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm

Pendidikan moral di malaysia

• 1.
• 2. Kasih sayang anak terhadap ibu bapa
• 3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak
• 4. Kasih sayang suami terhadap isteri
• 5. Kasih sayang isteri terhadap suami
• 6. Kasih sayang hamba terhadap tuannya
• 7. Kasih sayang tuan terhadap hambanya
• 8. Kasih sayang terhadap musuhDisini kita dapat lihat bahawa mereka begitu menekankan nilai kasih sayang ini sehinggakan dengan musuh pun mereka boleh berlembut dan hormat kehidupan mereka. Kita lihat kepada kasih sayang terhadap jiran. Apa yang dimaksudkan kasih sayang terhadap jiran ini ialah mereka diarahkan supaya sentiasa mengasihi jiran tetangga walaupun jiran mereka ini berlainan agama, bangsa, keturunan dan juga yang tiada pertalian darah dengan mereka. Ini adalah kerana jika mereka saling hormat menghormati dan bersikap kasih antara satu sama lain maka disini tidak akan wujud sengketa antara mereka kerana kasih sayang ini akan membawa mereka kepada kedamaian dan ketenangan hidup. Mereka akan membuang sifat dendam dan benci bagi menimbulkan kekecohan sebaliknya mereka lebih menunjukkan perasaan kasih sayang dan baik hati kepada jiran tetangga mereka ini. Apabila semua saling hormat menghormati dan berkasih antara satu sama lain, maka masyarakat kristian akan sentiasa bersedia apabila khidmat mereka diperlukan seperti berkhidmat kepada jiran dalam segala hal dan mereka akan membantu dengan penuh kasih sayang. Mereka berkhidmat untuk masyarakat dengan baik dan penuh kasih sayang.
Yang kedua pula ialah kasih sayang anak terhadap ibu bapa. Apa yang difahami ialah, seseorang individu itu yang berpegang kepada prinsip mengasihi dalam kitab Bible akan sentiasa menghormati ibu bapa mereka tanpa sebarang alasan. Menurut Efesus, “hai anak-anak, taatilah orang tuamu di dalam Tuhan kerana haruslah demikian. Hormatilah ayahmu dan ibumu ini adalah satu perintah yang penting seperti yang nyata dalam janji ini iaitu supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi”. Melihat kepada kata-kata Efesus ini, dalam agama kristian bahkan semua agama memang menyeru umat masing-masing supaya sentiasa menghormati kedua ibu bapa kita tidak kiralah jika kita sudah menganut agama apa sekalipun. Ini begitu penting kerana dengan ibu bapalah adanya kita dimuka bumi ini dan dapat mengenal apa itu erti kehidupan. Dengan ibu bapalah kita dilahirkan di dunia ini, mereka telah membesarkan kita, menjaga kita sehingga kita besar dan memberi makan dan minum kepada kita tanpa sedikit pun meminta balasan daripada kita sebagai anaknya. Dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa amat besar dan akan menyebabkan hidup kita sentiasa tidak diberkati dan akan sentiasa dalam keadaan malang. Yang ketiga pula ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Bukan sahaja anak-anak perlu dikasihi oleh ibu bapa, anak-anak juga perlu dikasihi oleh kedua ibu bapa mereka. Menurut Matius, “dan kamu bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan”. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak, mereka haruslah memberikan yang terbaik kepada mereka demi kepentingan mereka. Ibu bapa perlu memberi segala keperluan hidup seperti ilmu pengetahuan, makanan, pakaian dan tempat tinggal supaya mereka dapat membesar dengan baik. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang secukupnya supaya anak-anak ini tidak teruk sikap sosial mereka meliputi dari segi jasmani dan rohani. Selain itu juga, ibu bapa juga mestilah memastikan bahawa anak-anak mereka membesar dengan cukup segala keperluan hidup supaya mereka tidak dikatakan sebagai anak yang kurang didikan daripada ibu bapa.
Kasih sayang yang ke empat pula ialah kasih sayang suami terhadap isteri. Menurut Matius, “hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan dirinya”. Berdasarkan kepada ayat yang disampaikan oleh Matius ini, para suami haruslah mengasihi isteri mereka dengan penuh kasih sayang dan hikmahnya. Para suami tidak boleh sesuka hati menyakiti para isteri mereka kerana hal ini telah bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh Matius dan agama kristian itu sendiri. Dalam agama kristian itu sendiri menyatakan bahawa mereka yang bergelar suami haruslah mengasihi isterinya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Pendirian ini jelas membuktikan bahawa di dalam agama kristian juga menitik beratkan perkara ini dan dalam agama-agama lain juga sama juga halnya. Selain itu juga, menurut agama kristian sesiapa yang mengasihi isterinya, bererti dia juga telah mengasihi dirinya sendiri. Kita harus menjaga isteri kita dengan penuh kasih dan sayang agar mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga. Selain itu juga, kasih sayang isteri terhadap suami yang kelima juga begitu penting dalam agama kristian. Efesus dalam ayatnya telah menyatakan, “hai isteri, tunduklah kepada suamimu seperti Tuhan, kerana suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat”. Berdasarkan kepada ayat ini, suami juga berhak untuk mendapat hak kasih sayang daripada isteri mereka bukan sahaja si isteri sahaja yang berhak untuk mendapat nilai kasih sayang itu. Tugas sebagai seorang isteri sebenarnya besar dan agung di sisi agama begitu juga dengan agama kristian. Seorang isteri itu akan harus menghormati suami mereka dengan penuh taat dan patuh. Mereka perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dengan sempurna kerana merekalah seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada seorang suami. Seorang isteri harus melakukan sedemikian kerana menurut agama kristian suami adalah ketua keluarga dan pemimpin kepada mereka.
Seterusnya kita melihat kepada kasih sayang hamba terhadap tuannya. Seseorang hamba mestilah menghormati kepada tuannya kerana tuannya itulah yang memberikan kerja kepadanya dan memberi makan dan minum kepadanya. Seseorang hamba iaitu pekerja mestilah mengasihi tuannya iaitu majikannya serta taat dan patuh kepada perintah tuan mereka tanpa persoalan. Sebagai tanda kasih sayang kepada tuannya, seseorang hamba itu haruslah menjalan dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, dan menganggap melakukan tugas itu seperti melakukan tugas kepada Tuhan mereka dan bukan untuk manusia. Menurut Efesus, “hai hamba, taatilah tuanmu yang di dunia dengan takut dan gentar dan dengan tulus ikhlas hatimu sama seperti kamu taat kepada Kristus”. Melihat kepada kata-kata Efesus ini jelaslah di dalam agama Kristian ini menekankan seseorang hamba itu perlu hormat kepada tuaanya. Ini kerana dalam agama Kristian, setiap orang yang melakukan kebaikan itu akan mendapat balasan daripada Tuhan mereka. Seseorang hamba kristian itu dilarang melakukan kebaikan terhadap tuan mereka hanya untuk menyenangkan hati mereka dengan sebab-sebab tertentu dan bukan dengan sebab taat dan patuh. Selain itu juga, jika seseorang hamba itu mesti taat kepada tuannya, seseorang tuan atau majikan juga mestilah menghormati mereka kerana mereka juga ada perasaan untuk dihormati. Menurut Efesus, “dan kamu tuan-tuan perbuatlah demikian juga terhadap mereka dan jauhkanlah mengancam”. Menurut kata-kata Efesus ini, seorang tuan atau majikan itu tidak boleh mengancam dan mengarah-arah hambanya melakukan kerja tanpa kerelaannya. Ini kerana, seorang majikan harus mengasihi serta menghormati mereka sepertimana hamba ini menghormati tuannya. Seseorang tuan juga mestilah memberikan rehat kepada hambanya kerana mereka juga perlukan rehat sepertiman manusia biasa juga. Di dalam mana-mana agama pun kita diseru untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain termasuk jugalah dengan keadaan ini.
Untuk nilai kasih sayang yang terakhir dalam agama kristian pula ialah, kasih sayang terhadap musuh. Menurut Kolose, “sabarlah kamu terhadap yang lain dan ampunilah seorang yang lain apabila mereka menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu, kamu perbuatlah demikian juga”. Menurut agama kristian, mereka dilarang untuk menyimpan dendam, sedangkan Tuhan mengampuni orang yang berdosa apatah lagi manusia itu sendiri haruslah saling maaf-memaafi. Tetapi pada hari ini, kita lihat kebanyakkan orang kristian pada hari ini seperti tidak mengikuti apa yang telah dikatakan oleh Kolose ini, malah mereka berdendam dengan agama-agama yang lain. Orang kristian diseru supaya menunjukkan perasaan kasih terhadap musuh kerana dengan perasaan kasih sayang ini akan dapat mengatasi perasaan dendam. Tetapi pada masa kini kenyataan ini hanya lebih kepada sebutan di bibir sahaja dan perlaksanaannya tidak ada. Menurut agama kristian, masyarakat kristian akan mendoakan orang yang berdendam itu agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan mendapat keampunan daripada Tuhan mereka.
Walaupun ajaran agama kristian berpegang kepada rukun kepatuhan dan kecintaan kepada Tuhan, berbuat baik sesama manusia, namun tidak semestinya semua individu yang beragama kristian itu melaksanakan semua arahan Tuhan mereka dengan baik dan sepenuhnya. Malah kebanyakan masyarakat yang beragama kristian ini hanya indah khabar dari rupa, kerana tidak semuanya yang melaksanakan apa yang disebutkan di atas bahkan ada yang lebih teruk daripada haiwan sikap mereka ini.