SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

      PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL




                                NAMA

                         Nurhafizah Binti Ajlan

                            D20102040807

                            801204145448




                            KUMPULAN

                               UPSI 01




                            PENSYARAH

                Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid




                                                                          1
ISI KANDUNGAN

 Bil                             Topik                                      Halaman
1.0 Pengenalan                                                                2-3
2.0 Rasional                                                                   4
3.0 Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)           4-6
      dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan.
      •   Meningkatkan   pengetahuan   dan    kesedaran   dalam   jalinan
          perhubungan
      •   Peranan guru dalam mengaplikasi model PEER yang berkesan
      • Membentuk Kesejahteraan keluarga
4.0   Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif      7-8
      murid
      4.1 Kognitif

      4.2 Psikomotor

      4.3 Afektif

      Rujukan                                                                  9




                                                                                      2
Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan
kognitif, psikomotor dan afektif murid.

1.0 Pengenalan
   Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah
menengah dan pada 1994 di sekolah rendah.        Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum
pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari
Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar
dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu
kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik dari
semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab,
membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta
menghindari tingkah laku berisiko.
   Ironinya, bukanlah tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah
seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuh
tahun yang baru menjengah alam persekolahan. Ia menuntut corak pemikiran yang lebih
terbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanak-
kanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk. Dalam konteks ini, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasi
secara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-murid
darjah satu.Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan
pengisian pendidikan yang bersifat holistik. Ternyata, KSSR telah memfokuskan 4M iaitu
membaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah dengan
menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskan
sebagai PEERS.

     Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaan
pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta diasingkan
daripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali

                                                                                              3
seminggu untuk pelajar sekolah rendah. Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan dengan
memperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu. Menurut Ketua Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang, pembahagian kandungan
dalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75 peratus untuk PEERS, 15 peratus
berkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus akan diajarkan teknik pertolongan cemas
dan keselamatan. Antara objektif-objektif PEERS ialah:




•   RASIONAL


       •   Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran
           sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek
           biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku
           yang sihat dalam kehidupan.


       •   Pendidikan   dan pengetahuan ini      membantu   pembentukan individu      yang
           bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas
           daripada gejala sosial yang semakin meningkat.




•   Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum
    Pendidikan Kesihatan.




       •   Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan

    PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan
membentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta keintiman
sesama individu. Justeru, pengetahuan yang dibekalkan itu akan mencakupi pengetahuan dari
segi biologi, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian serta tidak hanya berfokus isu seksual
semata-mata. Pembahagian dan pengisian dari sudut kepentingan pengisian dalam PEERS
pula, pengetahuan yang diberi akan dipecahkan kepada dua tahap berdasarkan peringkat umur

                                                                                          4
murid-murid sekolah rendah. Tahap satu melibatkan pelajar darjah satu hingga tiga dan skop
utama       dalam   PEERS   akan   mengajarkan   perbezaan    fizikal   lelaki   dan   perempuan,
tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusan
perasaan dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat. Manakalan,
pelajar darjah empat hingga enam yang dikategorikan dalam tahap dua akan diajar mengenai
perubahan fizikal, pengurusan konflik, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan
diri, risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran
mengatakan ‘tidak’ kepada rokok, dadah dan alkohol. Terdapat enam perkara akan ditekankan
dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang bakal dilaksanakan di semua jenis sekolah
rendah seluruh negara nanti.

   Perkara-perkara tersebut adalah kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan,
kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan serta pencegahan
penyakit. Ironinya, tidak ada kekeliruan berhubung istilah mata pelajaran seks yang bakal diajar
kerana pendekatan yang digunakan bukan tertumpu pada elemen seksual semata-mata
sebaliknya berkonsepkan kehidupan kanak-kanak itu sendiri. PEERS memberi kesedaran dan
membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial,
menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang
kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang
bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

   PEERS turut memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan mental dan emosi
seperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan,
kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga. Turut diajar langkah keselamatan diri
di rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak,
gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orang
perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Ini penting kepada kanak-
kanak di peringkat sekolah rendah dalam menjaga hal ehwal keselamatan diri.

        •     Peranan guru dalam mengaplikasi model PEERS yang berkesan

        Modul pengajaran guru ini akan membantu guru-guru berkomunikasi dengan lebih
efektif dan interaktif bersama pelajar serta membimbing pendidik menyediakan alat bantu
mengajar secara kreatif sama ada secara digital mahupun bercetak. Dalam pada itu, guru-guru
juga akan menjalani sesi orientasi bersama jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian bagi
menyalurkan pengetahuan yang tepat kepada pelajar kelak. PEERS mungkin boleh diajar oleh

                                                                                                5
guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistem
reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan
oleh individu yang benar-benar arif. Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan
bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antara
pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahir
sepenuhnya. Pelajar juga kemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutan
tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidik bakal teruji.

       Ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr.
Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh serta dipandang
dari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam bidang ini adalah langkah
yang murni. Oleh itu, Khaizil menyarankan agar penyampaian yang betul oleh warga pendidik
amat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi.
Para guru perlu dilatih semula kerana mereka seolah-olah tidak yakin dan kurang pengetahuan
tentang kaedah yang sesuai dengan peringkat umur pelajar Ibu bapa perlu memainkan peranan
utama dalam memantau perkembangan sikap dan perilaku anak-anak. Guru-guru pula harus
menyalurkan pengetahuan tentang dunia seksualiti ini menerusi pendekatan berarah
kekeluargaan. Justifikasinya, wujud hubungan yang erat antara guru, ibu bapa dan kementerian
pendidikan dalam melaksanakan PEER dengan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelektual
dan rohani.

       •   Membentuk Kesejahteraan keluarga

    Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Ironinya dalam
membentuk kesejahteraankeluarga, sesebuah keluarga seharusnya mengamalkan cara hidup
sihat sudah pastinya akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan
reproduktif yang lebih baik. Sementelahan pula, Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan
reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.
Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada
generasi muda. Malah, setiap keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal
kesihatan reproduktif bagi membolehkan setiap anggota keluarga dapat membuat keputusan
dan tindakan yang bijak. Hal ini penting kerana setiap anggota keluarga mempunyai peranan
dalam mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Keluarga
yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera.


                                                                                              6
•   Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid

    PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan
kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus
kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada
Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan,
tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak
selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Adalah menjadi
hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya
merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan
kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak
dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna.

    4.1 Kognitif

    Lawrence Kohlberg (1984) membina satu model perkembangan moral berasaskan Teori
Piaget (1932) yang menghuraikan bahawa perkembagan moral adalah ditentukan oleh
perkembangan       kognitif.   Piaget   mengandaikan   bahawa   cara   seseorang    individu
mempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat kognitifnya. Dalam konteks ini,
kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap
perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu
dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab
dalam menangani situasi berisiko. Murid-murid seawal usia 7 tahun dilatih untuk meningkatkan
kemahiran daya berfikir agar mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang betul atau salah. Hal
ini demikian kerana, kanak-kanak seusia 7 tahun merupakan ancaman terhadap ancaman
keselamatan. Apa yang lebih penting murid dapat bertindak pantas dalam menjaga
keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Ini juga akan
meningkat pengetahuan mereka dari segi pelaksanaan akta perlindungan bagi kanak-kanak,
gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman
orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman
serta kecemasan.

       •   Psikomotor




                                                                                           7
Psikomotor melibatkan perkembangan diri seseorang individu dari aspek pergerakan
tubuh badan. Ini amat berkaitan dengan perbuatan seseorang individu dalam menjalin
hubungan. Domain psikomotor dalam konsep PEERS adalah berkait rapat dengan kemahiran
seseorang individu. Apa yang lebih penting, PEER dapat memberi implikasi positif terhadap
keupayaan dan kemahiran seseorang individu untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran
yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam konteks perkembangan kanak-
kanak, kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula
masuk ke peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya.
PEERS sudah pastinya dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan perkembangan
ke peringkat baharu. Dalam konteks ini, kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara
mendorong mereka untuk mengulanginya, manakala kalau mereka gagal dalam melakukan
sesuatu perkara akan mengundang kekecewaan dan seterusnya mereka tidak akan
melakukannya lagi. Ternyata, sekiranya tanpa bimbingan yang berkesan, sudah pastinya
mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam kehidupan.
Justeru, bermula dari satu tahun 1, PEERS telah diterapkan dalam KSSR Pendidikan Kesihatan
dengan objektif-objektif yang ditetapkan.




       •   Afektif

       Kesan perkembangan afektif individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan
pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial atau bergaul pula melibatkan interaksi dan corak
komunikasi dengan orang lain. kanak-kanak amnya perlu didedahkan dengan kemahiran
bersosial serta etiket perhubungan sama ada dengan rakan sejantina ataupun berlainan jantina.
Hal ini demikian penting kerana mereka akan mengetahui tentang batas-batas pergaulan dalam
perhubungan sosial. PEERS dapat membantu mereka untuk mengenali perbezaan antara lelaki
dan perempuan serta fungsi setiap tubuh badan mereka yang berlainan jantina. Ini secara tidak
langsung mendidik mereka untuk menjaga keselamatan diri mereka. Bukan sahaja aspek
perhubungan yang perlu dititikberatkan, malah hubungan mereka dengan keadaan persekitaran
mereka. Ironinya, persekitaran yang bersih menjamin kesihatan diri mereka. PEERS turut
menekankan aspek kawalan emosi dan stress, ini dapat membantu kanak-kanak khususnya
golongan remaja daripada gejala yang tidak sihat. Pengurusan tekanan stress dapat
mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah
untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh


                                                                                            8
dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan
seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah
untuk menangani stress. Justeru, penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi
pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk
mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna

Rujukan

Esah Sulaiman (2003) Modul Pengajaran Asas Pedagogi, Cetak Ratu Sdn. Bhd.

       Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012) Tahun 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mok Soon Sang (2003) Potensi Manusia: Teori Pelbagai Kecerdasan dan Kecerdasan

       Emosi,Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya .



Rujukan Laman Web
www. bharian.com.my/bharian/articles/PEERS




                                                                                            9

Contenu connexe

Tendances

2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6yunanuar
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Fariz Salim
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolah01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolahPuskesmas Cahu
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4ciktetey
 

Tendances (12)

2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolah01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolah
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 

Similaire à Peers pj final

Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanKetenanganHati
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3sallehuddin misnon
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Kickstory
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Erwin Joseph
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Azzam Yusof
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Azmi Ngah
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5DingCS
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1hanif5339
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 

Similaire à Peers pj final (20)

Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 

Plus de Nurhafizah Ajlan (20)

Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Assignment 2 literature final
Assignment 2 literature finalAssignment 2 literature final
Assignment 2 literature final
 
Asignment 1 literature edited
Asignment 1 literature   editedAsignment 1 literature   edited
Asignment 1 literature edited
 
Assigmnt 1 n 2 final checking
Assigmnt 1 n 2   final checkingAssigmnt 1 n 2   final checking
Assigmnt 1 n 2 final checking
 
Assigmnt 1 n 2 final submission
Assigmnt 1 n 2   final submissionAssigmnt 1 n 2   final submission
Assigmnt 1 n 2 final submission
 
Assigmnt 1 n 2 final
Assigmnt 1 n 2   finalAssigmnt 1 n 2   final
Assigmnt 1 n 2 final
 
Borang markah pergerakan kreatif daerah
Borang markah pergerakan kreatif   daerahBorang markah pergerakan kreatif   daerah
Borang markah pergerakan kreatif daerah
 
Ritma final
Ritma finalRitma final
Ritma final
 
Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Grammar 2 final
Grammar 2 finalGrammar 2 final
Grammar 2 final
 
Asgnmnt koku final
Asgnmnt koku finalAsgnmnt koku final
Asgnmnt koku final
 
Analisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia finalAnalisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia final
 
Tgfu final
Tgfu finalTgfu final
Tgfu final
 
Myself
MyselfMyself
Myself
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Reading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 finalReading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 final
 
Asgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading finalAsgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading final
 

Peers pj final

  • 1. QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL NAMA Nurhafizah Binti Ajlan D20102040807 801204145448 KUMPULAN UPSI 01 PENSYARAH Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman 1.0 Pengenalan 2-3 2.0 Rasional 4 3.0 Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) 4-6 dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan • Peranan guru dalam mengaplikasi model PEER yang berkesan • Membentuk Kesejahteraan keluarga 4.0 Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif 7-8 murid 4.1 Kognitif 4.2 Psikomotor 4.3 Afektif Rujukan 9 2
  • 3. Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid. 1.0 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab, membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta menghindari tingkah laku berisiko. Ironinya, bukanlah tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuh tahun yang baru menjengah alam persekolahan. Ia menuntut corak pemikiran yang lebih terbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanak- kanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk. Dalam konteks ini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasi secara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-murid darjah satu.Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan pengisian pendidikan yang bersifat holistik. Ternyata, KSSR telah memfokuskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah dengan menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskan sebagai PEERS. Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaan pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta diasingkan daripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali 3
  • 4. seminggu untuk pelajar sekolah rendah. Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan dengan memperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu. Menurut Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang, pembahagian kandungan dalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75 peratus untuk PEERS, 15 peratus berkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus akan diajarkan teknik pertolongan cemas dan keselamatan. Antara objektif-objektif PEERS ialah: • RASIONAL • Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. • Pendidikan dan pengetahuan ini membantu pembentukan individu yang bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala sosial yang semakin meningkat. • Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta keintiman sesama individu. Justeru, pengetahuan yang dibekalkan itu akan mencakupi pengetahuan dari segi biologi, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian serta tidak hanya berfokus isu seksual semata-mata. Pembahagian dan pengisian dari sudut kepentingan pengisian dalam PEERS pula, pengetahuan yang diberi akan dipecahkan kepada dua tahap berdasarkan peringkat umur 4
  • 5. murid-murid sekolah rendah. Tahap satu melibatkan pelajar darjah satu hingga tiga dan skop utama dalam PEERS akan mengajarkan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusan perasaan dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat. Manakalan, pelajar darjah empat hingga enam yang dikategorikan dalam tahap dua akan diajar mengenai perubahan fizikal, pengurusan konflik, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada rokok, dadah dan alkohol. Terdapat enam perkara akan ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang bakal dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah seluruh negara nanti. Perkara-perkara tersebut adalah kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan, kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan serta pencegahan penyakit. Ironinya, tidak ada kekeliruan berhubung istilah mata pelajaran seks yang bakal diajar kerana pendekatan yang digunakan bukan tertumpu pada elemen seksual semata-mata sebaliknya berkonsepkan kehidupan kanak-kanak itu sendiri. PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan. PEERS turut memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan mental dan emosi seperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga. Turut diajar langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Ini penting kepada kanak- kanak di peringkat sekolah rendah dalam menjaga hal ehwal keselamatan diri. • Peranan guru dalam mengaplikasi model PEERS yang berkesan Modul pengajaran guru ini akan membantu guru-guru berkomunikasi dengan lebih efektif dan interaktif bersama pelajar serta membimbing pendidik menyediakan alat bantu mengajar secara kreatif sama ada secara digital mahupun bercetak. Dalam pada itu, guru-guru juga akan menjalani sesi orientasi bersama jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian bagi menyalurkan pengetahuan yang tepat kepada pelajar kelak. PEERS mungkin boleh diajar oleh 5
  • 6. guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistem reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan oleh individu yang benar-benar arif. Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antara pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahir sepenuhnya. Pelajar juga kemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutan tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidik bakal teruji. Ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh serta dipandang dari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam bidang ini adalah langkah yang murni. Oleh itu, Khaizil menyarankan agar penyampaian yang betul oleh warga pendidik amat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi. Para guru perlu dilatih semula kerana mereka seolah-olah tidak yakin dan kurang pengetahuan tentang kaedah yang sesuai dengan peringkat umur pelajar Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memantau perkembangan sikap dan perilaku anak-anak. Guru-guru pula harus menyalurkan pengetahuan tentang dunia seksualiti ini menerusi pendekatan berarah kekeluargaan. Justifikasinya, wujud hubungan yang erat antara guru, ibu bapa dan kementerian pendidikan dalam melaksanakan PEER dengan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelektual dan rohani. • Membentuk Kesejahteraan keluarga Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Ironinya dalam membentuk kesejahteraankeluarga, sesebuah keluarga seharusnya mengamalkan cara hidup sihat sudah pastinya akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. Sementelahan pula, Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda. Malah, setiap keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan setiap anggota keluarga dapat membuat keputusan dan tindakan yang bijak. Hal ini penting kerana setiap anggota keluarga mempunyai peranan dalam mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera. 6
  • 7. Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. 4.1 Kognitif Lawrence Kohlberg (1984) membina satu model perkembangan moral berasaskan Teori Piaget (1932) yang menghuraikan bahawa perkembagan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif. Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individu mempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat kognitifnya. Dalam konteks ini, kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. Murid-murid seawal usia 7 tahun dilatih untuk meningkatkan kemahiran daya berfikir agar mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang betul atau salah. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak seusia 7 tahun merupakan ancaman terhadap ancaman keselamatan. Apa yang lebih penting murid dapat bertindak pantas dalam menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Ini juga akan meningkat pengetahuan mereka dari segi pelaksanaan akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. • Psikomotor 7
  • 8. Psikomotor melibatkan perkembangan diri seseorang individu dari aspek pergerakan tubuh badan. Ini amat berkaitan dengan perbuatan seseorang individu dalam menjalin hubungan. Domain psikomotor dalam konsep PEERS adalah berkait rapat dengan kemahiran seseorang individu. Apa yang lebih penting, PEER dapat memberi implikasi positif terhadap keupayaan dan kemahiran seseorang individu untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam konteks perkembangan kanak- kanak, kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula masuk ke peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya. PEERS sudah pastinya dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan perkembangan ke peringkat baharu. Dalam konteks ini, kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara mendorong mereka untuk mengulanginya, manakala kalau mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara akan mengundang kekecewaan dan seterusnya mereka tidak akan melakukannya lagi. Ternyata, sekiranya tanpa bimbingan yang berkesan, sudah pastinya mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam kehidupan. Justeru, bermula dari satu tahun 1, PEERS telah diterapkan dalam KSSR Pendidikan Kesihatan dengan objektif-objektif yang ditetapkan. • Afektif Kesan perkembangan afektif individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial atau bergaul pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. kanak-kanak amnya perlu didedahkan dengan kemahiran bersosial serta etiket perhubungan sama ada dengan rakan sejantina ataupun berlainan jantina. Hal ini demikian penting kerana mereka akan mengetahui tentang batas-batas pergaulan dalam perhubungan sosial. PEERS dapat membantu mereka untuk mengenali perbezaan antara lelaki dan perempuan serta fungsi setiap tubuh badan mereka yang berlainan jantina. Ini secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjaga keselamatan diri mereka. Bukan sahaja aspek perhubungan yang perlu dititikberatkan, malah hubungan mereka dengan keadaan persekitaran mereka. Ironinya, persekitaran yang bersih menjamin kesihatan diri mereka. PEERS turut menekankan aspek kawalan emosi dan stress, ini dapat membantu kanak-kanak khususnya golongan remaja daripada gejala yang tidak sihat. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh 8
  • 9. dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress. Justeru, penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna Rujukan Esah Sulaiman (2003) Modul Pengajaran Asas Pedagogi, Cetak Ratu Sdn. Bhd. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012) Tahun 3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Mok Soon Sang (2003) Potensi Manusia: Teori Pelbagai Kecerdasan dan Kecerdasan Emosi,Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya . Rujukan Laman Web www. bharian.com.my/bharian/articles/PEERS 9