Sifat bakhil adalah menahan diri dari memberi walaupun keperluan telah terpenuhi. Dokumen ini menjelaskan definisi bakhil, dalil-dalil dari al-Quran dan hadis, kesan bersifat bakhil, serta cara mengelakkan sifat tersebut. Beberapa kisah pengajaran dari zaman Nabi Muhammad SAW juga diceritakan untuk mengilustrasikan sifat bakhil.
1. SIFAT-SIFAT MAZMUMAH
BAKHIL
1-PENGENALAN TAJUK
DEFINISI:
al-syuhh atau bakhil adalah suatu sifat menahan diri dari memberi,meskipun
keperluan peribadi telah berjaya dipenuhi
Juga bermaksud lokek,tangkai jering,pelit,kikir dan tamak
Disebut dalam Surah Al-Lail,ayat ke-8 “Sebaliknya orang yang bakhil(daripada
berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.”
KAMUS DEWAN:
Tidak rela memberikan atau meminjamkan barang kepunyaannya
Popular dengan istilah “kedekut”
2-DALIL
AL-QURAN:
Firman Allah SWT, “Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu memiliki
perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku
bakhil(kedekut) kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu
bertabiat bakhil(kedekut)
Surah Muhammad,Ayat 037, “Tabiat kamu wahai manusia)Jika Tuhan
meminta kepada kamu harta benda serta mendesak kamu
memberikanNya,necsaya kamu kamu akan berlaku bakhil(kedekut),dan
kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
Surah Al-Furqan,Ayat 067, “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah)
yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada
bakhil(kedekut) dan (sebaliknya)perbelanjaan mereka adalah betul sederhana
di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil )itu.
Surah Al-Taubah,Ayat 067, “Orang-orang munafik lelaki dan
perempuan,setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain;mereka
masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari
perbuatan yang baik dan mereka pula mengenggam
tangannya(bakhil,kedekut).Mereka telah melupakan(tidak menghiraukan
perintah) Allah dan Allah juga melupakan(tidak menghiraukan) mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu,merekalah orang-orang yang fasik.
2. HADIS:
Maksud Hadis Nabi SAW: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil yang
bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya
menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan
itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan
kelak di lehernya di hari kiamat . Dan kepunyaan Allah lah segala warisan
(yang ada) di langit dan di bumi.”(HR Bukhari)
Daripada Ali bin Abi Talib RA,Nabi SAW bersabda; Maksudnya: “Orang yang
bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke
atasku.” (Hadis Riwayat Al-Tarmizi)-sebahagian ulama mengatakan wajib
sekali selawat pada setiap kali disebut nama Baginda. Menurut pandangan
yang lain,wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama Baginda.
Manakala ketika disebut nama Baginda pada kali yang lain dalam majlis itu
maka hukumnya adalah sunat.
Sabda Rauslullah SAW: “Orang yang bakhil jauh daripada Allah,jauh daripada
manusia,jauh daripada syurga dan dekat dengan neraka. Orang jahil yang
dermawan lebih disukai Allah berbanding ahli ibadah yang bakhil;penyakit
yang paling kronik adalah bakhil.
3-HURAIAN
KESAN BERSIFAT BAKHIL:
Dibenci Allah. Kebencian Allah ini boleh membawa kepada kesempitan dan
kesusahan hidup nanti.
Menampilkan suatu kebodohan.Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada
orang yang bakhil dan kedekut.Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil.
Oleh itu,orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.
Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia,terutama dalam kalangan ahli ilmu
dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai
dalam kalangan mereka yang sendiri.
Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya,bahkan selepas
kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan.
Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya,tetapi
akan menyumpah dan mencemuhnya.
Mendapat celaan manusia dan seluruh isi dunia dan mendapat seksaan serta
azab daripada Allah SWT di akhirat kelak.
3. CARA MENGELAKKAN BERSIFAT BAKHIL:
Selalu mengingati kematian,menginsafi kematian orang lain dan menginsafi
bahawa manusia tidak dapat memanafaatkan hartanya,kecuali semasa
hidupnya. Kita harus mengurangkan kehendak sendiri, sehingga keiniginan
untuk memperoleh harta yang banyak akan berkurangan.
Merenungi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang mencela sifat
bakhil,memuji sifat dermawan,serta memberi ancaman hukuman bagi orang
yang orang yang bakhil.
Banyak mengambil iktibar daripada keadaan masyarakat yang
bakhil,bagaimana orang menjauhi dan mencela mereka. Sehingga pada saat
itu kita akan tahu hakikat perasaan orang lain terhadap diri si bakhil.
Kita hendaklah sedar bahawa tidak ada cara lain untuk memanafaatkan harta
kita kecuali dengan menginfakkannya ke jalan Allah.
Selalu bersifat qonaah akan membuatkan kita tidak memerlukan sesuatu lebih
daripada hadnya.Sedangkan menikmati kenikmatan dunia akan membuat kita
selalu menginginkan lebih. Keadaan tidak memerlukan kelebihan lebih
sempurna daripada keadaan yang selalu memerlukan sesuatu.
4-KISAH PENGAJARAN PADA ZAMAN NABI SAW
Muhammad Bin Yahya tergolong seorang yang kaya,tetapi kedekut. Kedekutnya
telah mencapai tahap yang maksima iaitu kedekut yang agak luar biasa sehingga
teman-teman ramai membuat bidalan mengenainya. Suatu hari seorang lelaki
melihat seorang kaum kerabat Muhammad bin Yahya memakai baju yang sudah
lusuh dan bertampal. “Apakah Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberimu
pakaian barang sehelai apabila melihat keadaanmu seperti ini?” tanya lelaki itu
kepada saudara Muhammad Bin Yahya itu. “Engkau senang sahaja bercakap seperti
ini. Demi Allah sekiranya dia mempunyai rumah dari Baghdad hingga ke
Naubah(negeri Sudan) yang dipenuhi dengan jarum,kemudian datang Nabi Yaakub
bersama para Nabi yang lainnya dan juga para malaikat merayu kepada Muhammad
Bin Yahya agar sudi meminjam sebatang jarum kepada Nabi Yaakub untuk menjahit
baju Nabi Yusuf yang dikatakan koyak di belakangnya akibat ditarik oleh
Zulaikha,nescaya Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberinya pinjam.
Bagaimana dia akan memberi saya sehelai pakaian sehelai pakaian secara
percuma?Mustahil!.” Jawab saudara Muhammad Bin Yahya pula.
Imam Ghazali menceritakan bahawa seseorang telah bertamu ke rumah temannya
yang terkenal bakhil.Sehingga berjam-jam dia bertamu, tapi tidak dihidangkan apa-
apa makanan,akibatnya si tetamu berasa lapar. Tiba-tiba si tuan rumah mengambil
gitar dan bertanya kepada tetamunya, “lagu apa yang engkau inginkan?”. “ Lagu
daging goreng.” Jawab tetamunya.