SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  5
Télécharger pour lire hors ligne
ANTARA BARU DAN BAHARU :
                  YANG MANA YANG BETUL?
                  saujana.sg
                  November 2009




Sejak kebelakangan ini, penggunaan kata baru dan baharu telah ditentukan orang bahawa baru itu
kata bantu yang dipadankan dengan kata Inggeris; just. Manakala baharu pula kata adjektif yang
sepadan dengan kata Inggeris; new. Yang mana satukah yang benar? Kami memuat turun beberapa
pandangan mengenainya agar pengguna bahasa mendapat petunjuk yang jelas.

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat, rujuk hal: 131) baru bermaksud:
  1 belum (tidak) ada sebelumnya, yang belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb):
     negara-negara baru; kereta jenis baru; majalah baru,
  2 belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara baru,
  3 belum dipakai lagi atau belum lama dipakai; basikal baru,
  4 belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sebagai murid baru; ketua baru,
  5 masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb) ikan baru,
  6 moden: angkatan baru,
  7 belum berapa lama lagi (dahulu): saya baru dating,
  8 apabila saja, sesudah: Baru digertak, dia sudah lari,
  9 pada masa itulah, pada ketika tertentu (berikutan dengan sesuatu dll): selepas saya jelaskan,
     baru dia sedar,
  10 kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara
     dengan baik, dll

Manakala kata baharu pula bermaksud baru. (rujuk hal: 105)

Menerusi ruangan khidmat Nasihat, Lelaman Dewan Bahasa dan Pustaka, kami perturunkan
beberapa tukilan mengenai baru dan baharu ini. Rujuk:
http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=baru&domain=PRPM

       Soalan                                     Jawapan                             Tarikh
 apa beza baharu dan       Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam     26.10.2009
 baru                      konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju
                           baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new,
                           manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam
                           konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan
                           bahasa Inggerisnya ialah just.

 tolong jelaskan           Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam              04.02.2008
 penggunaaan               penggunaan tempat baharu/baru,tahun
 perkataan baru,           baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam
 baharu dan bahru.         baru-baru ini,baru tiba.
Apakah ejaan yang        Kedua-dua ejaan digunakan. Baharu/baru (kata sifat)       06.02.2008
 diguna pakai oleh        seperti dalam penggunaan rumah baharu/baru, tugas
 pihak DBP samada         baharu/baru. Baru (kata bantu) seperti dalam
 "BARU" atau              penggunaan baru-baru ini.
 "BAHARU"

 beza antara baru dan     Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam     23.02.2009
 baharu                   konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju
                          baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new,
                          manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam
                          konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan
                          bahasa Inggerisnya ialah just.


Berikut ialah pandangan http://bahasa-melayu-ku.blogspot.com/2009/05/baharu-kata-adjektif-
barukata-adverba.html,

Baharu = Kata Adjektif; Baru = Kata Adverba?

Seorang Munsyi Dewan yang bertugas di PPD Daerah Kinta Utara dan Selatan, Perak Darul Ridzuan,
telah mendakwa bahawa perkataan baharu dan baru adalah berbeza. Sememangnya isu yang
mendakwa dua perkataan tersebut tergolong dalam kelas kata yang berbeza sudah pun menjadi
sedikit perdebatan.

Bagi saya, dakwaan yang dibuat oleh Munsyi Dewan tersebut telah menimbulkan sedikit keraguan.
Sudah menjadi pengetahuan umum yang Munsyi Dewan yang diantik oleh DBP telah menjadikan
Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan sebagai “kitab suci” mereka. Tetapi apabila Munsyi Dewan
tersebut telah mendakwa bahawa terdapat perbezaan antara perkataan baharu dan baru, maka saya
tertanya-tanya; apakah individu yang dilantik sendiri oleh DBP telah hilang kepercayaan dan
keyakinan terhadap Kamus Dewan?

Dalam Kamus Dewan, halaman 105, terdapat entri baharu yang dimaknakan sebagai baru. Dengan
kata lain, Kamus Dewan telah menyatakan dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama
dan tidak mempunyai sebarang perbezaan.

Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan Kamus Dewan. Saya telah menyelongkar beberapa buah
hikayat Melayu lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Merong Mahawangsa,
Syair Gurindam Dua Belas, dan beberapa buah kitab yang lain. Saya mendapati dalam kitab-kitab
tersebut tidak terdapatnya perkataan baru, tetapi yang ada ialah perkataan baharu.

Sebenarnya, fenomena penghilangan [ha] dalam beberapa perkataan bahasa Melayu merupakan
suatu fenomena biasa. Inilah yang dikatakan terdapatnya rumus penyahsuaraan yang sering berlaku
dalam bahasa Melayu. Oleh kerana fenomena ini merupakan fenomena yang biasa terjadi, dan
berlaku secara konsisten, maka inilah rumus dan aturan yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Antara perkataan-perkataan lain yang juga mengalami fenomena yang sama ialah :
cahari --> cari
bahagi --> bagi
tahu --> tau
dahulu --> dulu
bahulu --> baulu

Kalau diperhatikan kepada perkataan-perkatan di atas, kebanyakan bunyi [h] yang terdapat dalam
kebanyakan perkataan bahasa Melayu mempunyai kenderungan untuk dihilangkan. Fenomena ini
boleh dijelaskan melalui pengkajian fonologi, yang mungkin Munsyi Dewan tersebut telah terlepas
pandang. Dan, satu kelemahan yang ketara yang saya perhatikan kepada kebanyakan Munsyi Dewan
ialah, mereka tidak begitu menguasai prinsip fonologi bahasa Melayu. Mereka biasanya akan terus
melihat perkataan tersebut dari aspek morfologi, sedangkan perkataan (morfologi) tidak akan terbina
tanpa bunyi (fonologi).

Berikut pula ialah dapatan penulis blog : http://mohdisaabdrazak.blogspot.com/2009/01/tahun-
baru-atau-tahun-baharu.html

Tahun Baru atau Tahun Baharu?

Yang berikut ialah hasil carian dengan menggunakan enjin carian Google:

Results 1 - 10 of about 419,000 for "Tahun Baru Cina". (0.22 seconds)
Results 1 - 10 of about 3,850 for "Tahun Baharu Cina". (0.27 seconds)
***
Results 1 - 10 of about 80,500 for "Selamat Tahun Baru Cina". (0.30 seconds)
Results 1 - 10 of about 115 for "Selamat Tahun Baharu Cina". (0.16 seconds)

Hasil carian ini menunjukkan ungkapan “tahun baru” sangat tinggi penggunaannya berbanding
dengan ungkapan “tahun baharu”.

Antara penulis blog yang menggunakan ungkapan “Tahun Baru Cina” ialah Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Antara penulis blog yang menggunakan
ungkapan “Tahun Baharu Cina” pula ialah Cikgu Tan C L, Cikgu Abdul Ghalib Yunus dan Cikgu Musri
Kadir.

Manakah ungkapan yang terkini dan persis?

Menerusi Nukleus, Berita Harian 20 Februari 2008, Hajah Noresah Baharom menulis:
Antara Baru, Baharu, Baru-Baru dan Baharu-Baharu

Ruangan Surat dan E-mel daripada pembaca yang disiarkan dalam Berita Harian pada 24 Januari
2008 yang lalu ada menimbulkan persoalan tentang penggunaan kata baru dan baharu. Apakah baru
ataupun baharu bentuk yang betul atau yang baku?

Penulis ruangan tersebut inginkan kepastian lalu mencadangkan agar kata baru yang lebih pendek
dari segi suku kata dan sekali gus lebih mudah disebut diterima pakai sebagai yang betul dan baku.

Ruangan Nukleus pada kali ini akan cuba me-ngupas kewujudan kedua-dua varian ini dalam bahasa
Melayu, dengan melihat sudut sejarah kata, perkembangan tatabahasa bahasa Melayu, dan juga
sosiolinguistik. Sudut sosiolinguistik merujuk kepada penggunaan sebenar kedua-dua bentuk kata ini
oleh masyarakat pengguna merentas zaman.

Kedua-dua bentuk, iaitu baru dan baharu merupakan dua kata yang sama makna walaupun dieja
dengan cara yang agak berlainan sedikit. Bentuk kata begini yang memang lazim berlaku dalam
mana-mana bahasa pun disebut sebagai varian.

Antara pasangan kata lain yang dianggap sebagai varian ialah bacang dan embacang. Kedua-duanya
merujuk pada buah yang sama. Variasi yang begini lazimnya wujud dan digunakan oleh kelompok
pengguna bahasa yang berlainan kedudukan geografi atau dialek. Satu lagi faktor yang menyebabkan
wujudnya kata yang bervarian ialah kecenderungan penutur asli bahasa Melayu untuk menggugurkan
huruf “h” yang terdapat pada sesuatu kata, seperti pada hulu menjadi ulu, sahaja menjadi saja,
sahaya menjadi saya, dan baharu menjadi baru.

Dari segi sejarah, bentuk baharu merupakan bentuk asal kata ini yang memang banyak digunakan
dalam bahasa Melayu klasik. Bagaimanapun, kajian korpus daripada bahan terbitan tahun 1980
sehingga tahun 2000 menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan bentuk baru mengatasi bentuk
baharu. Namun bentuk baharu kembali menarik perhatian pengguna bahasa apabila buku
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993) membuat ketetapan bahawa bentuk baharu merupakan
bentuk yang lebih baku bagi merujuk kepada sesuatu yang belum lama wujud atau new dalam
bahasa Inggeris.

Ekoran daripada ketetapan ini, kajian korpus daripada bahan terbitan tahun 2003 sehingga tahun
2005 menunjukkan bahawa bentuk baharu lebih produktif digunakan dalam wacana bertulis. Ini
bermakna bahawa bentuk baru masih digunakan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil berbanding
dengan baharu.

Dalam konteks lisan pula, bentuk baru lebih tinggi kekerapan penggunaannya berbanding dengan
baharu. Apa yang menarik perhatian pengkaji bahasa ialah walaupun baru masih digunakan, namun
bentuk kata terbitan yang lebih produktif terhasil ialah daripada baharu bukan daripada baru. Kata
terbitan yang terhasil ialah membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, dan
pembaharu. Semua ini terbukti daripada cara Kamus Dewan Edisi Keempat mengendalikan kedua-
dua kata ini pada halaman 105, dan 131. Pada entri baharu, takrif yang diberikan ialah baru.
Di bawah entri baru pula, ada 10 makna diberikan. Namun terbitan yang dimasukkan cuma
membarukan, dan tiada bentuk terbitan lain seperti pembaruan dan membarui dirakamkan.

 Pengendalian kedua-dua kata entri seperti ini memberikan makna yang signifikan kepada pengguna,
iaitu kedua-dua baru dan baharu ialah dua varian yang mempunyai 10 makna yang serupa, tetapi
baharu lebih produktif dari segi penghasilan kata terbitan. Daripada 10 pecahan makna yang
diberikan, tujuh daripadanya merujuk kepada penggunaan kata baru sebagai kata adjektif, seperti
dalam frasa “teman baru” atau “kereta baru”. Tiga lagi makna yang diberikan merujuk kepada
penggunaan baru sebagai adverba, seperti dalam ayat “Rosinah baru beranak satu”, atau “Baru
digertak, dia sudah lari”. Frasa “teman baru” atau “kereta baru” boleh sahaja ditukar ganti dengan
“teman baharu” atau “kereta baharu”. Begitu juga dengan ayat “Rosinah baru beranak satu” boleh
sahaja ditukar ganti dengan “Rosinah baharu beranak satu”.

Bentuk ganda bagi baru dan baharu memang wujud tetapi kedua-duanya membawa makna yang
jauh berbeza. Baru-baru membawa makna tidak lama dahulu, seperti dalam ayat, “Kita menyokong
perbahasan itu, seperti dalam perhimpunan agung baru-baru ini.” Tiada bukti korpus yang dapat
menunjukkan bahawa baru-baru dalam ayat di atas dapat digantikan dengan kata ganda baharu-
baharu. Ini bermakna ayat “Kita menyokong perbahasan itu, seperti dalam perhimpunan agung
baharu-baharu ini” tidak dapat diterima pakai.

Namun kata ganda baharu-baharu dijadikan satu entri yang tersendiri dalam Kamus Dewan dengan
makna sejenis ikan laut. Sesungguhnya apabila dijadikan entri yang tersendiri dengan makna yang
jauh berbeza dengan baharu ataupun baru, ada kemungkinan baharu-baharu mempunyai asal usul
yang tidak sama dengan baru ataupun baharu.

Semoga penjelasan yang diberikan dapat meleraikan apa jua kekusutan yang dialami oleh pengguna
bahasa.

Akhir kata, apakah pandangan anda akan kedua-dua imej, dan pantun klasik berikut.




                                       Kapal baru temberang baru,
                                         Baru sekali masuk Melaka;
                                       Tuan baru saya pun baru,
                                         Baru sekali berjumpa mata.
                                       Temberang : tali-temali di perahu untuk meneguhkan tiang.

Contenu connexe

En vedette

Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)
Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)
Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)Noor Azzlyita Togimat
 
Penilaian rujukan standard(mendengar)
Penilaian rujukan standard(mendengar)Penilaian rujukan standard(mendengar)
Penilaian rujukan standard(mendengar)Noor Azzlyita Togimat
 
6.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 1
6.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 16.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 1
6.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 1ashamville
 
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016SyinMei My
 
Ujian diagnostik thn 1
Ujian diagnostik thn 1Ujian diagnostik thn 1
Ujian diagnostik thn 1Along Nordin
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016SyinMei My
 
Ujian tahun 1 bi
Ujian tahun 1 biUjian tahun 1 bi
Ujian tahun 1 biCarole7678
 

En vedette (20)

Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)
Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)
Penilaian rujukan standard(mendengar dan bertutur)
 
Penilaian rujukan standard(menulis)
Penilaian rujukan standard(menulis)Penilaian rujukan standard(menulis)
Penilaian rujukan standard(menulis)
 
Lembaran kerja bil 1
Lembaran kerja bil 1Lembaran kerja bil 1
Lembaran kerja bil 1
 
Penilaian rujukan standard(mendengar)
Penilaian rujukan standard(mendengar)Penilaian rujukan standard(mendengar)
Penilaian rujukan standard(mendengar)
 
Lembaran kerja bil 2 kvkkvkk
Lembaran kerja bil 2 kvkkvkkLembaran kerja bil 2 kvkkvkk
Lembaran kerja bil 2 kvkkvkk
 
Ayat kvkv
Ayat kvkvAyat kvkv
Ayat kvkv
 
Buku ujian diagnostik bahasa melayu
Buku ujian  diagnostik bahasa melayuBuku ujian  diagnostik bahasa melayu
Buku ujian diagnostik bahasa melayu
 
Lebaran kerja bil 1kvkkvkk
Lebaran kerja bil 1kvkkvkkLebaran kerja bil 1kvkkvkk
Lebaran kerja bil 1kvkkvkk
 
Lembaran kerja bil 2
Lembaran kerja bil 2Lembaran kerja bil 2
Lembaran kerja bil 2
 
Kertas kerja bulan anti dadah
Kertas kerja bulan anti dadahKertas kerja bulan anti dadah
Kertas kerja bulan anti dadah
 
6.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 1
6.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 16.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 1
6.2 standard prestasi bahasa inggeris kssr tahun 1
 
Lembaran kerja bil 1
Lembaran kerja bil 1Lembaran kerja bil 1
Lembaran kerja bil 1
 
Tulis perkataan kvkv
Tulis perkataan kvkvTulis perkataan kvkv
Tulis perkataan kvkv
 
Cover ujian 1 (mac) 2015
Cover ujian 1 (mac) 2015Cover ujian 1 (mac) 2015
Cover ujian 1 (mac) 2015
 
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1 Ogos 2016
 
Ujian diagnostik thn 1
Ujian diagnostik thn 1Ujian diagnostik thn 1
Ujian diagnostik thn 1
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
 
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2 Ogos 2016
 
BI TAHUN 1
BI TAHUN 1BI TAHUN 1
BI TAHUN 1
 
Ujian tahun 1 bi
Ujian tahun 1 biUjian tahun 1 bi
Ujian tahun 1 bi
 

Plus de Noor Azzlyita Togimat (18)

Basic
BasicBasic
Basic
 
Latihan padan perkataan kvkv
Latihan padan perkataan kvkvLatihan padan perkataan kvkv
Latihan padan perkataan kvkv
 
Pola sifir
Pola sifirPola sifir
Pola sifir
 
Bacaan sayang kementerian
Bacaan sayang kementerianBacaan sayang kementerian
Bacaan sayang kementerian
 
Suku kata kementerian
Suku kata kementerianSuku kata kementerian
Suku kata kementerian
 
Buku ujian diagnostik matematik
Buku ujian diagnostik matematikBuku ujian diagnostik matematik
Buku ujian diagnostik matematik
 
Bahagi 1
Bahagi 1Bahagi 1
Bahagi 1
 
Bahan pengajaran kvkkvkk bil 2
Bahan pengajaran kvkkvkk bil 2Bahan pengajaran kvkkvkk bil 2
Bahan pengajaran kvkkvkk bil 2
 
Bahan pengajaran kvkkvkk bil 1
Bahan pengajaran kvkkvkk bil 1Bahan pengajaran kvkkvkk bil 1
Bahan pengajaran kvkkvkk bil 1
 
Bahan pengajaran kvkvkk bil 1
Bahan pengajaran kvkvkk bil 1Bahan pengajaran kvkvkk bil 1
Bahan pengajaran kvkvkk bil 1
 
Lembaran kerja 1 2
Lembaran kerja 1 2Lembaran kerja 1 2
Lembaran kerja 1 2
 
Lembaran kerja 1 1
Lembaran kerja 1 1Lembaran kerja 1 1
Lembaran kerja 1 1
 
Kvkk
KvkkKvkk
Kvkk
 
Lembaran kerja 1 2
Lembaran kerja 1 2Lembaran kerja 1 2
Lembaran kerja 1 2
 
Lembaran kerja 1 1
Lembaran kerja 1 1Lembaran kerja 1 1
Lembaran kerja 1 1
 
Bil 1
Bil 1Bil 1
Bil 1
 
Bil 1
Bil 1Bil 1
Bil 1
 
Lembaran kerja bil 1
Lembaran kerja bil 1Lembaran kerja bil 1
Lembaran kerja bil 1
 

Dernier

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 

Dernier (14)

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 

Perbezaan baru & baharu

  • 1. ANTARA BARU DAN BAHARU : YANG MANA YANG BETUL? saujana.sg November 2009 Sejak kebelakangan ini, penggunaan kata baru dan baharu telah ditentukan orang bahawa baru itu kata bantu yang dipadankan dengan kata Inggeris; just. Manakala baharu pula kata adjektif yang sepadan dengan kata Inggeris; new. Yang mana satukah yang benar? Kami memuat turun beberapa pandangan mengenainya agar pengguna bahasa mendapat petunjuk yang jelas. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat, rujuk hal: 131) baru bermaksud: 1 belum (tidak) ada sebelumnya, yang belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb): negara-negara baru; kereta jenis baru; majalah baru, 2 belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara baru, 3 belum dipakai lagi atau belum lama dipakai; basikal baru, 4 belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sebagai murid baru; ketua baru, 5 masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb) ikan baru, 6 moden: angkatan baru, 7 belum berapa lama lagi (dahulu): saya baru dating, 8 apabila saja, sesudah: Baru digertak, dia sudah lari, 9 pada masa itulah, pada ketika tertentu (berikutan dengan sesuatu dll): selepas saya jelaskan, baru dia sedar, 10 kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara dengan baik, dll Manakala kata baharu pula bermaksud baru. (rujuk hal: 105) Menerusi ruangan khidmat Nasihat, Lelaman Dewan Bahasa dan Pustaka, kami perturunkan beberapa tukilan mengenai baru dan baharu ini. Rujuk: http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=baru&domain=PRPM Soalan Jawapan Tarikh apa beza baharu dan Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam 26.10.2009 baru konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. tolong jelaskan Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam 04.02.2008 penggunaaan penggunaan tempat baharu/baru,tahun perkataan baru, baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baharu dan bahru. baru-baru ini,baru tiba.
  • 2. Apakah ejaan yang Kedua-dua ejaan digunakan. Baharu/baru (kata sifat) 06.02.2008 diguna pakai oleh seperti dalam penggunaan rumah baharu/baru, tugas pihak DBP samada baharu/baru. Baru (kata bantu) seperti dalam "BARU" atau penggunaan baru-baru ini. "BAHARU" beza antara baru dan Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam 23.02.2009 baharu konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Berikut ialah pandangan http://bahasa-melayu-ku.blogspot.com/2009/05/baharu-kata-adjektif- barukata-adverba.html, Baharu = Kata Adjektif; Baru = Kata Adverba? Seorang Munsyi Dewan yang bertugas di PPD Daerah Kinta Utara dan Selatan, Perak Darul Ridzuan, telah mendakwa bahawa perkataan baharu dan baru adalah berbeza. Sememangnya isu yang mendakwa dua perkataan tersebut tergolong dalam kelas kata yang berbeza sudah pun menjadi sedikit perdebatan. Bagi saya, dakwaan yang dibuat oleh Munsyi Dewan tersebut telah menimbulkan sedikit keraguan. Sudah menjadi pengetahuan umum yang Munsyi Dewan yang diantik oleh DBP telah menjadikan Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan sebagai “kitab suci” mereka. Tetapi apabila Munsyi Dewan tersebut telah mendakwa bahawa terdapat perbezaan antara perkataan baharu dan baru, maka saya tertanya-tanya; apakah individu yang dilantik sendiri oleh DBP telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Kamus Dewan? Dalam Kamus Dewan, halaman 105, terdapat entri baharu yang dimaknakan sebagai baru. Dengan kata lain, Kamus Dewan telah menyatakan dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama dan tidak mempunyai sebarang perbezaan. Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan Kamus Dewan. Saya telah menyelongkar beberapa buah hikayat Melayu lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Merong Mahawangsa, Syair Gurindam Dua Belas, dan beberapa buah kitab yang lain. Saya mendapati dalam kitab-kitab tersebut tidak terdapatnya perkataan baru, tetapi yang ada ialah perkataan baharu. Sebenarnya, fenomena penghilangan [ha] dalam beberapa perkataan bahasa Melayu merupakan suatu fenomena biasa. Inilah yang dikatakan terdapatnya rumus penyahsuaraan yang sering berlaku dalam bahasa Melayu. Oleh kerana fenomena ini merupakan fenomena yang biasa terjadi, dan berlaku secara konsisten, maka inilah rumus dan aturan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Antara perkataan-perkataan lain yang juga mengalami fenomena yang sama ialah :
  • 3. cahari --> cari bahagi --> bagi tahu --> tau dahulu --> dulu bahulu --> baulu Kalau diperhatikan kepada perkataan-perkatan di atas, kebanyakan bunyi [h] yang terdapat dalam kebanyakan perkataan bahasa Melayu mempunyai kenderungan untuk dihilangkan. Fenomena ini boleh dijelaskan melalui pengkajian fonologi, yang mungkin Munsyi Dewan tersebut telah terlepas pandang. Dan, satu kelemahan yang ketara yang saya perhatikan kepada kebanyakan Munsyi Dewan ialah, mereka tidak begitu menguasai prinsip fonologi bahasa Melayu. Mereka biasanya akan terus melihat perkataan tersebut dari aspek morfologi, sedangkan perkataan (morfologi) tidak akan terbina tanpa bunyi (fonologi). Berikut pula ialah dapatan penulis blog : http://mohdisaabdrazak.blogspot.com/2009/01/tahun- baru-atau-tahun-baharu.html Tahun Baru atau Tahun Baharu? Yang berikut ialah hasil carian dengan menggunakan enjin carian Google: Results 1 - 10 of about 419,000 for "Tahun Baru Cina". (0.22 seconds) Results 1 - 10 of about 3,850 for "Tahun Baharu Cina". (0.27 seconds) *** Results 1 - 10 of about 80,500 for "Selamat Tahun Baru Cina". (0.30 seconds) Results 1 - 10 of about 115 for "Selamat Tahun Baharu Cina". (0.16 seconds) Hasil carian ini menunjukkan ungkapan “tahun baru” sangat tinggi penggunaannya berbanding dengan ungkapan “tahun baharu”. Antara penulis blog yang menggunakan ungkapan “Tahun Baru Cina” ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Antara penulis blog yang menggunakan ungkapan “Tahun Baharu Cina” pula ialah Cikgu Tan C L, Cikgu Abdul Ghalib Yunus dan Cikgu Musri Kadir. Manakah ungkapan yang terkini dan persis? Menerusi Nukleus, Berita Harian 20 Februari 2008, Hajah Noresah Baharom menulis:
  • 4. Antara Baru, Baharu, Baru-Baru dan Baharu-Baharu Ruangan Surat dan E-mel daripada pembaca yang disiarkan dalam Berita Harian pada 24 Januari 2008 yang lalu ada menimbulkan persoalan tentang penggunaan kata baru dan baharu. Apakah baru ataupun baharu bentuk yang betul atau yang baku? Penulis ruangan tersebut inginkan kepastian lalu mencadangkan agar kata baru yang lebih pendek dari segi suku kata dan sekali gus lebih mudah disebut diterima pakai sebagai yang betul dan baku. Ruangan Nukleus pada kali ini akan cuba me-ngupas kewujudan kedua-dua varian ini dalam bahasa Melayu, dengan melihat sudut sejarah kata, perkembangan tatabahasa bahasa Melayu, dan juga sosiolinguistik. Sudut sosiolinguistik merujuk kepada penggunaan sebenar kedua-dua bentuk kata ini oleh masyarakat pengguna merentas zaman. Kedua-dua bentuk, iaitu baru dan baharu merupakan dua kata yang sama makna walaupun dieja dengan cara yang agak berlainan sedikit. Bentuk kata begini yang memang lazim berlaku dalam mana-mana bahasa pun disebut sebagai varian. Antara pasangan kata lain yang dianggap sebagai varian ialah bacang dan embacang. Kedua-duanya merujuk pada buah yang sama. Variasi yang begini lazimnya wujud dan digunakan oleh kelompok pengguna bahasa yang berlainan kedudukan geografi atau dialek. Satu lagi faktor yang menyebabkan wujudnya kata yang bervarian ialah kecenderungan penutur asli bahasa Melayu untuk menggugurkan huruf “h” yang terdapat pada sesuatu kata, seperti pada hulu menjadi ulu, sahaja menjadi saja, sahaya menjadi saya, dan baharu menjadi baru. Dari segi sejarah, bentuk baharu merupakan bentuk asal kata ini yang memang banyak digunakan dalam bahasa Melayu klasik. Bagaimanapun, kajian korpus daripada bahan terbitan tahun 1980 sehingga tahun 2000 menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan bentuk baru mengatasi bentuk baharu. Namun bentuk baharu kembali menarik perhatian pengguna bahasa apabila buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993) membuat ketetapan bahawa bentuk baharu merupakan bentuk yang lebih baku bagi merujuk kepada sesuatu yang belum lama wujud atau new dalam bahasa Inggeris. Ekoran daripada ketetapan ini, kajian korpus daripada bahan terbitan tahun 2003 sehingga tahun 2005 menunjukkan bahawa bentuk baharu lebih produktif digunakan dalam wacana bertulis. Ini bermakna bahawa bentuk baru masih digunakan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil berbanding dengan baharu. Dalam konteks lisan pula, bentuk baru lebih tinggi kekerapan penggunaannya berbanding dengan baharu. Apa yang menarik perhatian pengkaji bahasa ialah walaupun baru masih digunakan, namun bentuk kata terbitan yang lebih produktif terhasil ialah daripada baharu bukan daripada baru. Kata terbitan yang terhasil ialah membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, dan pembaharu. Semua ini terbukti daripada cara Kamus Dewan Edisi Keempat mengendalikan kedua- dua kata ini pada halaman 105, dan 131. Pada entri baharu, takrif yang diberikan ialah baru.
  • 5. Di bawah entri baru pula, ada 10 makna diberikan. Namun terbitan yang dimasukkan cuma membarukan, dan tiada bentuk terbitan lain seperti pembaruan dan membarui dirakamkan. Pengendalian kedua-dua kata entri seperti ini memberikan makna yang signifikan kepada pengguna, iaitu kedua-dua baru dan baharu ialah dua varian yang mempunyai 10 makna yang serupa, tetapi baharu lebih produktif dari segi penghasilan kata terbitan. Daripada 10 pecahan makna yang diberikan, tujuh daripadanya merujuk kepada penggunaan kata baru sebagai kata adjektif, seperti dalam frasa “teman baru” atau “kereta baru”. Tiga lagi makna yang diberikan merujuk kepada penggunaan baru sebagai adverba, seperti dalam ayat “Rosinah baru beranak satu”, atau “Baru digertak, dia sudah lari”. Frasa “teman baru” atau “kereta baru” boleh sahaja ditukar ganti dengan “teman baharu” atau “kereta baharu”. Begitu juga dengan ayat “Rosinah baru beranak satu” boleh sahaja ditukar ganti dengan “Rosinah baharu beranak satu”. Bentuk ganda bagi baru dan baharu memang wujud tetapi kedua-duanya membawa makna yang jauh berbeza. Baru-baru membawa makna tidak lama dahulu, seperti dalam ayat, “Kita menyokong perbahasan itu, seperti dalam perhimpunan agung baru-baru ini.” Tiada bukti korpus yang dapat menunjukkan bahawa baru-baru dalam ayat di atas dapat digantikan dengan kata ganda baharu- baharu. Ini bermakna ayat “Kita menyokong perbahasan itu, seperti dalam perhimpunan agung baharu-baharu ini” tidak dapat diterima pakai. Namun kata ganda baharu-baharu dijadikan satu entri yang tersendiri dalam Kamus Dewan dengan makna sejenis ikan laut. Sesungguhnya apabila dijadikan entri yang tersendiri dengan makna yang jauh berbeza dengan baharu ataupun baru, ada kemungkinan baharu-baharu mempunyai asal usul yang tidak sama dengan baru ataupun baharu. Semoga penjelasan yang diberikan dapat meleraikan apa jua kekusutan yang dialami oleh pengguna bahasa. Akhir kata, apakah pandangan anda akan kedua-dua imej, dan pantun klasik berikut. Kapal baru temberang baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berjumpa mata. Temberang : tali-temali di perahu untuk meneguhkan tiang.