Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Memo....
1. (S.P.R.M 10)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MEMO ANTARA BAHAGIAN
Fail Kami : SPRM/MACA/BPM/21//05/05/01JLD.3 (3) Tarikh :23 Jamadilawal 1434H
28 Mac 2013
Perkara PELUPUSAN INVENTORI BAGI KELULUSAN KHAS KURSUS ASAS
(15.04.2009-19.04.2009) DAN KURSUS KPSL PENGUASA (02.05.2008-
04.07.2008)
Daripada Jagan A/L Arumugam Salinan :
Pegawai Aset
Bahagian Pengurusan MACA • G1
• G6
• G4
Kepada Issac Rabindrananth A/L Chinniah • Fail
Penolong Pengarah
Cawangan Pentadbiran Am SPRM
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pihak MACA ingin membuat pelupusan inventori bagi peralatan di
Lampiran A untuk Kursus Asas (15.04.2009-19.04.2009) dan Kursus KPSL Penguasa
(02.05.2008-04.07.2008) yang telah mendapat kelulusan khas pihak Perbendaharaan bertarikh
24 Jun 2008.
3. Berikut di sertakan dokumen / surat seperti berikut bagi tujuan di atas untuk perhatian
dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
3.1 Lampiran A – Senarai Peralatan Untuk Pelupusan
3.2 KEW.PA-5 – Senarai Daftar Iventori
3.3 KEW.PA-17 – Laporan Lembaga Pemeriksa Aset Alih Kerajaan
3.4 Gambar Peralatan Yang Ingin Dilupuskan
3.5 Salinan surat Kementerian Kewangan rujukan KK/BP10/859/645 Jld.12
(sk.9/2008)(4) bertarikh 24 Jun 2008
3.6 Salinan surat MACA rujukan BPR/MACA/03/24/02 [04] bertarikh 30 April
2008
4. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAGAN A/L ARUMUGAM)
b.p Pengarah
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
“ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN PERANGI RASUAH”