SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
BAB 1
Fenomena Beragama
Pengertian Agama
i- Bahasa
• Ada pandangan yang mengatakan kata agama berasal daripada bahasa Sanskrit. “A” =
tidak dan “Gama” = kacau. Dengan itu “agama” bermakna tidak kacau. Mungkin
yang dimaksudkan di sini ialah agama ialah sesuatu yang mengajar manusia supaya
hidup dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan sebarang kekacauan.
• Dalam bahasa Arab agama diterjemahkan sebagai al-Din. Dari segi bahasa antara
lainnya al-Din bermaksud; kerajaan, khidmat, sultan, paksaan, ihsan, perjalanan
hidup, ketaatan, kemenangan dan lain-lain.
ii- Istilah
a) Menurut Barat, “religion” difahami sebagai “a particular monastic or religious order
or rule” atau “action or conduct indicating a belief in, reverence for and desire to
please a divine ruling power” atau “a particular system of
faith.........”. ...........................................................kuasa supernatural yang dipercayai
mengawal kehidupan manusia.
b) Menurut Islam, agama ialah “peraturan Allah yang diturunkan kepada manusia
melalui perantaraan Rasul-Nya untuk dijadikan pedoman bagi manusia dalam semua
aspek hidupnya untuk mencapai kejayaan yang menyeluruh di dunia dan di akhirat.
• Jika difahami dengan makna yang kedua ini maka Islam itu boleh diistilahkan sebagai
agama, al-Din atau religion.
• Implikasi definisi agama sebagai religion:
i. Agama merupakan sebahagian daripada bidang kehidupan manusia.
ii. Agama hanya berkaitan dengan aspek moral, kepercayaan kepada kuasa ghaib dan
peribadatan dalam erti yang khusus.
iii. Agama merupakan satu daripada elemen kebudayaan sama seperti sastera, seni,
pakaian, makanan dan lain-lain.
iv. Agama merupakan sesuatu yang berasal dari dalam manusia atau masyarakat itu
sendiri.
• Implikasi agama sebagai al-Din:
i. Agama (Islam) merupakan satu peraturan hidup yang merangkumi kebudayaan dalam
aspek kehidupan manusia.
ii. Agama (Islam) merupakan sesuatu yang didatangkan kepada manusia – manusia tidak
mampu mencipta agama (yang benar).
Religiousness Phenomenon (Fenomena Beragama)
Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul, kedudukan dan masa depan agama. Antaranya:
i- Agama Adalah Satu Ciptaan Dan Pembohongan Golongan Elit
• Golongan Sophist Greek dalam zaman Socrates mendakwa “pada mula-mula dahulu
manusia hidup tanpa perlindungan undang-undang dan tanpa prinsip akhlak dan ia
tidak pernah tunduk kecuali kepada kekuatan alam yang menyebabkan kemusnahan
sahaja. Kemudian undang-undang diwujudkan maka kekacauan terang-terangan dapat
dilenyapkan. Bagaimanapun jenayah-jenayah sulit terus berlanjutan. Oleh itu para
cendekiawan telah memikirkan satu jalan untuk mengawal masyarakat dengan
mengatakan bahawa di langit terdapat satu kuasa yang supernatural yang melihat dan
mendengar segala-galanya”. Dari situlah idea peragamaan mula wujud.
• Di abad ke-18, golongan yang merintis revolusi Perancis berpendapat bahawa agama
dan undang-undang hanyalah merupakan institusi-institusi dan gejala-gejala baru
dalam masyarakat manusia.
• Voltaire umpamanya mengatakan “manusia telah menjalani kehidupan hidup
berabad-abad lamanya dalam kehidupan material sepenuhnya berteraskna
pembajakan, pemahatan, pembinaan, pembesian dan pengayunan sebelum
memikirkan masalah agama dan kerohanian. Idea keagamaan sengaja direka oleh
golongan cerdik pandai yang terdiri daripada pendeta dan paderi untuk
memperdayakan orang bodoh dan jahil”.
• Jean Jacques Rosseau berkata “undang-undang tidak mempunyai apa-apa nilai selain
daripada nilai positif dan arbitari semata-mata. Menurutnya manusia terlebih dahulu
memiliki bidang-bidang tanah lantaran kerakusan dan ketamakan untuk melindungi
dan menambahkan harta pemilikan mereka...............................”.
• Pada abad ke-20, Karl Max menolak agama dengan mendakwa ia adalah candu
kepada masyarakat.
• Di zaman moden ini pandangan yang menolak keaslian dan kesucian agama mula
terpinggir tetapi fahaman yang mempersempitkan skop dan ruang lingkup agama iaitu
“secularisme” terus mendapat sambutan.
• Terdapat 3 faktor utama yang mempopularkan pandangan seperti ini:
i- Kemerosotan akhlak di kalangan segelintir paderi-paderi sendiri.
ii- Kezaliman undang-undang positif serta pembahagian kekayaan umum yang tidak
adil.
iii- Kemunduran hidup dalam aspek ilmu pengetahuan, peradaban, pemikiran, sosial,
politik dan lain-lain.
ii- Agama Akan Lenyap Dengan Kemajuan Ilmu Pengetahuan Dan Pemikiran
Manusia
• Wujud juga teori yang mengatakan bahawa walaupun agama itu adalah satu
keperluan naluri manusia dan telah wujud seawal kewujudan manusia sendiri, namun
ia akan lenyap dengan berkembangnya tahap pemikiran dan ilmu pengetahuan
manusia.
• Augustus Comte (The Father of Positivisme) berpendapat bahawa pemikiran manusia
melalui 3 tahap berturut-turut:
i. Falsafah agama
ii. Falsafah abstract
iii. Falsafah realisme (nyata)
i- Falsafah agama
• Pada tahap ini manusia tidak mampu memikir dan menghuraikan segala fenomena
alam yang berlaku di sekeliling mereka. Keupayaan manusia sangat lemah dan
menghadapi fenomena alam yang memusnahkan. Akibat kelemahan ini mereka
mengambil jalan mudah dengan meletakkan semua pergerakan dan perubahan dalam
fenomena alam tersebut kepada ketentuan dan kehendak kuasa luar yang
supernatural. Manusia menjalankan aktiviti dan amalan yang pada pandangan mereka
disukai oleh kuasa luar tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Inilah yang
melahirkan agama.
ii- Falsafah abstract
• Pada tahap ini manusia mengaitkan pergerakan dan segala fenomena alam ini dengan
makna-makna umum dan ciri-ciri tabi’i yang tersimpan di dalamnya. Perkaitan dan
hubungannya tidak dapat dihuraikan tetapi ianya tidak lagi berkaitan dengan kuasa
supernatural di luar sana. Ia adalah fenomena alam yang dicetuskan oleh alam sendiri.
iii- Falsafah realisme (nyata)
• Pada tahap ini manusia melihat fenomena alam ini sebagai satu pergerakan dan
perubahan yang berkaitan antara satu sama lain dalam satu hubungan yang bersifat
“cause and effect” secara fizikal antara satu sama lain. Penganalisaan fenomena alam
secara inilah yang dimaksudkan sebagai pendekatan saintifik yang telah dianggap
sebagai satu ukuran ilmiah mutlak di zaman ini. Menurut Comte, pada tahap inilah
peranan dan sambutan terhadap agama akan mula pudar.
iii- Agama Merupakan Sesuatu Yang Asli, Diperlukan, Akan Terus Berkekalan
Dan Bertambah Kukuh
• Pandangan ketiga ini menolak semua pandangan yang dikemukakan sebelum ini.
• Pandangan yang menolak keaslian agama disanggah oleh kebanyakan pemikir Barat
sendiri. Sanggahan ini berpunca dari penemuan-penemuan baru akibat dari
pengembaraan dan sebagainya.
• Melalui pengembaraan dan pelayaran didapati semua bangsa di semua tempat di
dunia sejak dari awal sejarah manusia dikesan mempunyai sistem kepercayaan kuasa
ghaib yang tersendiri.
• Henry Bergson berpendapat bahawa telah pun wujud dan akan terus wujud
masyarakat manusia yang tidak dapat mempunyai ilmu dan falsafah tetapi tidak akan
terdapat masyarakat yang tidak mempunyai agama.
• Chachoin menulis “walaupun kita telah mencapai kemajuan yang mengkagumkan di
zaman ini dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, sosial dan politik, namun dalam
waktu-waktu yang tenang akal kita ..............
• ..............................
• ..............................
• ..............................
iv- Pandangan Islam
• Manusia pertama dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam A.S. Beliau diperintahkan
tunduk dan beribadat kepada Allah. Firman Allah bermaksud “Dan Kami tidak
mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami
wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".” (al-Anbiya’ 21: 25)
• Asal kejadian dan fitrah manusia sememangnya menerima hakikat ketuhanan Allah
S.W.T. Firmannya yang bermaksud “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika
Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang)
belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia
bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua
menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian
supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".” (al-A’raf 7: 172)
• Semua makhluk termasuk manusia adalah ciptaan Allah dan Allah menciptakan
manusia supaya mereka ....... Firman Allah “.....” (al-Zariyat 51: )
• ............................
• ...........................
Keperluan Manusia Kepada Agama
i- Keterbatasan Kemampuan Akal dan Fizikal Manusia
• Kemampuan fikiran manusia lemah dan terbatas kepada ruang lingkup persekitaran
mereka sahaja dari segi fizikal. Firman Allah “Allah (sentiasa) hendak meringankan
(beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”
(al-Nisa 4: 28) dan “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu
dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan
sedikit sahaja".” (al-Isra’ 17: 85)
ii- Kesihatan Roh Manusia
• Jika tubuh fizikal manusia yang berasal dari tanah memerlukan makanan yang
tumbuh atau berjalan di atas tanah, maka roh manusia yang ditiupkan oleh Allah
perlukan makanan yang berasal dari wahyu Allah sendiri iaitulah agama Allah.
Firman Allah “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-
Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman.” (Yunus 10: 57)
iii- Memenuhi Tuntutan Fitrah Manusia
• Fitrah manusia adalah beriman dan tunduk kepada ketentuan dan ketetapan Allah
S.W.T. Firman Allah “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu
(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada
sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (al-Rum 30: 30)
iv- Mengatasi Kegelisahan
• Jiwa manusia perlukan kepada tempat untuk mengadu atau bersyukur apabila mereka
menghadapi masalah, takut atau gembira. Firman Allah “Dan tiadalah Kami utuskan
Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran;
kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.” (al-
An’am 6: 48) dan “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi
bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila
ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang
mengerjakan sembahyang; Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.”
(al-Ma’arij 70: 19-23)
Kesan-kesan Negatif Terhadap Pemisahan Agama Dari Kehidupan Seharian
• Menjadikan bidang kehidupan manusia terpisah.
• Manusia akan hidup semata-mata berteraskan kepada akal secara mutlak.
• Apabila akal menjadi dominan, maka akal manusia tidak sama (akal dipengaruhi oleh
suasana, ada unsur bias  tiada keadilan mutlak)
• Rosak ‘aqidah, akhlak.

More Related Content

What's hot

Bab 12.-kepribadian-islam
Bab 12.-kepribadian-islamBab 12.-kepribadian-islam
Bab 12.-kepribadian-islamFaldzata Ruhiy
 
K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1
K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1
K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1Ungu Violet
 
Hakikat manusia nemurut islam dan barat
Hakikat manusia nemurut islam dan baratHakikat manusia nemurut islam dan barat
Hakikat manusia nemurut islam dan baratprofhariko
 
Nota pengajian islam mpw 1143 t5
Nota pengajian islam mpw 1143 t5Nota pengajian islam mpw 1143 t5
Nota pengajian islam mpw 1143 t5Fadhil Ismail
 
Konsep islam tentang manusia
Konsep islam tentang manusiaKonsep islam tentang manusia
Konsep islam tentang manusiaRhe Dwi Yuni
 
konsep manusia menurut islam
konsep manusia menurut islamkonsep manusia menurut islam
konsep manusia menurut islamAhmad Rudi
 
Makalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut IslamMakalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut IslamKris Feby
 
Agama : Hakikat Manusia Menurut Islam
Agama : Hakikat Manusia Menurut IslamAgama : Hakikat Manusia Menurut Islam
Agama : Hakikat Manusia Menurut IslamWachidatin N C
 
10.Akhlak Dalam Tamadun Islam
10.Akhlak Dalam Tamadun Islam10.Akhlak Dalam Tamadun Islam
10.Akhlak Dalam Tamadun IslamWanBK Leo
 
KD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam Islam
KD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam IslamKD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam Islam
KD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam IslamSyarifatul Marwiyah
 
islamic worldview 15 feb upload slideshare
islamic worldview 15 feb upload slideshareislamic worldview 15 feb upload slideshare
islamic worldview 15 feb upload slideshareSri Suwanti
 
Sejarah teologi abad pertengahan.doc
Sejarah teologi abad pertengahan.docSejarah teologi abad pertengahan.doc
Sejarah teologi abad pertengahan.docKirenius Wadu
 
Perbandingan 3 ideologi dunia
Perbandingan 3 ideologi duniaPerbandingan 3 ideologi dunia
Perbandingan 3 ideologi duniaErwin Wahyu
 
manusia dan agama
manusia dan agamamanusia dan agama
manusia dan agamamkazree
 
Potensi dan tugas manusia
Potensi dan tugas manusiaPotensi dan tugas manusia
Potensi dan tugas manusiaAyni Nur
 
hakikat manusia dalam pandangan islam
hakikat manusia dalam pandangan islamhakikat manusia dalam pandangan islam
hakikat manusia dalam pandangan islammochammad johari
 

What's hot (20)

Bab 12.-kepribadian-islam
Bab 12.-kepribadian-islamBab 12.-kepribadian-islam
Bab 12.-kepribadian-islam
 
K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1
K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1
K 1 fitrah manusia 2013-1 kuliah 1
 
Hakikat manusia nemurut islam dan barat
Hakikat manusia nemurut islam dan baratHakikat manusia nemurut islam dan barat
Hakikat manusia nemurut islam dan barat
 
Manusia dan Agama
Manusia dan AgamaManusia dan Agama
Manusia dan Agama
 
Nota pengajian islam mpw 1143 t5
Nota pengajian islam mpw 1143 t5Nota pengajian islam mpw 1143 t5
Nota pengajian islam mpw 1143 t5
 
Konsep islam tentang manusia
Konsep islam tentang manusiaKonsep islam tentang manusia
Konsep islam tentang manusia
 
konsep manusia menurut islam
konsep manusia menurut islamkonsep manusia menurut islam
konsep manusia menurut islam
 
KD 7 - Ciri-Ciri Insan Kamil
KD 7 - Ciri-Ciri Insan KamilKD 7 - Ciri-Ciri Insan Kamil
KD 7 - Ciri-Ciri Insan Kamil
 
Makalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut IslamMakalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut Islam
 
Agama : Hakikat Manusia Menurut Islam
Agama : Hakikat Manusia Menurut IslamAgama : Hakikat Manusia Menurut Islam
Agama : Hakikat Manusia Menurut Islam
 
Hakikat Manusia Menurut Islam
Hakikat Manusia Menurut IslamHakikat Manusia Menurut Islam
Hakikat Manusia Menurut Islam
 
10.Akhlak Dalam Tamadun Islam
10.Akhlak Dalam Tamadun Islam10.Akhlak Dalam Tamadun Islam
10.Akhlak Dalam Tamadun Islam
 
KD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam Islam
KD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam IslamKD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam Islam
KD3 - Memahami Konsep Hakekat Manusia dalam Islam
 
islamic worldview 15 feb upload slideshare
islamic worldview 15 feb upload slideshareislamic worldview 15 feb upload slideshare
islamic worldview 15 feb upload slideshare
 
Sejarah teologi abad pertengahan.doc
Sejarah teologi abad pertengahan.docSejarah teologi abad pertengahan.doc
Sejarah teologi abad pertengahan.doc
 
Manajemen Islam
Manajemen IslamManajemen Islam
Manajemen Islam
 
Perbandingan 3 ideologi dunia
Perbandingan 3 ideologi duniaPerbandingan 3 ideologi dunia
Perbandingan 3 ideologi dunia
 
manusia dan agama
manusia dan agamamanusia dan agama
manusia dan agama
 
Potensi dan tugas manusia
Potensi dan tugas manusiaPotensi dan tugas manusia
Potensi dan tugas manusia
 
hakikat manusia dalam pandangan islam
hakikat manusia dalam pandangan islamhakikat manusia dalam pandangan islam
hakikat manusia dalam pandangan islam
 

Similar to AGAMA DAN KETERBATASAN MANUSIA

Manusia dan kebutuhan doktrin agama
Manusia dan kebutuhan doktrin agamaManusia dan kebutuhan doktrin agama
Manusia dan kebutuhan doktrin agamaAzizunNisa3
 
Metodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxMetodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxFaizahNurAtika1
 
Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017
Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017
Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017Muchlis Soleiman
 
Tugas Ilmu Kealaman Dasar
Tugas Ilmu Kealaman DasarTugas Ilmu Kealaman Dasar
Tugas Ilmu Kealaman DasarFahmy Metala
 
ETIKA DALAM SAINS DAN KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI
ETIKA DALAM SAINS DAN KESAN  PERKEMBANGAN KONTEMPORARIETIKA DALAM SAINS DAN KESAN  PERKEMBANGAN KONTEMPORARI
ETIKA DALAM SAINS DAN KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARINur Khairunnisa
 
Teknologi sarahhhhhh
Teknologi sarahhhhhhTeknologi sarahhhhhh
Teknologi sarahhhhhhsarahrhy
 
Hubungan Ilmu Pengetahuan dan Agama
Hubungan Ilmu Pengetahuan dan AgamaHubungan Ilmu Pengetahuan dan Agama
Hubungan Ilmu Pengetahuan dan Agamacarlesnapitupulu
 
Pendidikan agama islam.anggiparamita2
Pendidikan agama islam.anggiparamita2Pendidikan agama islam.anggiparamita2
Pendidikan agama islam.anggiparamita2anggiparamita1
 
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikirAndri Nurdiansyah
 
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.pptMATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.pptAliRohma
 
BAB 4 KONSEP INSAN 1.pdf
BAB 4 KONSEP INSAN 1.pdfBAB 4 KONSEP INSAN 1.pdf
BAB 4 KONSEP INSAN 1.pdfFAQIHAHSURAIMI
 
Manusia+dan+agama++bab+1 +copy
Manusia+dan+agama++bab+1 +copyManusia+dan+agama++bab+1 +copy
Manusia+dan+agama++bab+1 +copyainamylla
 
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di DuniaSejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunianorma 28
 
Raffi Darmawan Manusia dan Pandangan Hidup
Raffi Darmawan Manusia dan Pandangan HidupRaffi Darmawan Manusia dan Pandangan Hidup
Raffi Darmawan Manusia dan Pandangan HidupRaffiDarmawan1
 
Agama (fenomena agama tetap kekal)
Agama (fenomena agama tetap kekal)Agama (fenomena agama tetap kekal)
Agama (fenomena agama tetap kekal)Ervina Buana
 
Ma’rifatul islam (bagian ke 2)
Ma’rifatul islam (bagian ke 2)Ma’rifatul islam (bagian ke 2)
Ma’rifatul islam (bagian ke 2)Suseno Suseno
 
Pai poltek bab 2
Pai poltek bab 2Pai poltek bab 2
Pai poltek bab 2evayenida
 

Similar to AGAMA DAN KETERBATASAN MANUSIA (20)

Manusia dan kebutuhan doktrin agama
Manusia dan kebutuhan doktrin agamaManusia dan kebutuhan doktrin agama
Manusia dan kebutuhan doktrin agama
 
Metodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxMetodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptx
 
Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017
Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017
Manusia kebutuhan dan etika ilmu sosial budaya dasar-2017
 
Worldview Slide Lengkap
Worldview Slide LengkapWorldview Slide Lengkap
Worldview Slide Lengkap
 
Tugas Ilmu Kealaman Dasar
Tugas Ilmu Kealaman DasarTugas Ilmu Kealaman Dasar
Tugas Ilmu Kealaman Dasar
 
ETIKA DALAM SAINS DAN KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI
ETIKA DALAM SAINS DAN KESAN  PERKEMBANGAN KONTEMPORARIETIKA DALAM SAINS DAN KESAN  PERKEMBANGAN KONTEMPORARI
ETIKA DALAM SAINS DAN KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI
 
Teknologi sarahhhhhh
Teknologi sarahhhhhhTeknologi sarahhhhhh
Teknologi sarahhhhhh
 
Hubungan Ilmu Pengetahuan dan Agama
Hubungan Ilmu Pengetahuan dan AgamaHubungan Ilmu Pengetahuan dan Agama
Hubungan Ilmu Pengetahuan dan Agama
 
Pendidikan agama islam.anggiparamita2
Pendidikan agama islam.anggiparamita2Pendidikan agama islam.anggiparamita2
Pendidikan agama islam.anggiparamita2
 
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
 
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.pptMATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
 
BAB 4 KONSEP INSAN 1.pdf
BAB 4 KONSEP INSAN 1.pdfBAB 4 KONSEP INSAN 1.pdf
BAB 4 KONSEP INSAN 1.pdf
 
Dokumen
DokumenDokumen
Dokumen
 
Manusia+dan+agama++bab+1 +copy
Manusia+dan+agama++bab+1 +copyManusia+dan+agama++bab+1 +copy
Manusia+dan+agama++bab+1 +copy
 
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di DuniaSejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
 
Raffi Darmawan Manusia dan Pandangan Hidup
Raffi Darmawan Manusia dan Pandangan HidupRaffi Darmawan Manusia dan Pandangan Hidup
Raffi Darmawan Manusia dan Pandangan Hidup
 
Kuliah 7 ideologi_semasa
Kuliah 7 ideologi_semasaKuliah 7 ideologi_semasa
Kuliah 7 ideologi_semasa
 
Agama (fenomena agama tetap kekal)
Agama (fenomena agama tetap kekal)Agama (fenomena agama tetap kekal)
Agama (fenomena agama tetap kekal)
 
Ma’rifatul islam (bagian ke 2)
Ma’rifatul islam (bagian ke 2)Ma’rifatul islam (bagian ke 2)
Ma’rifatul islam (bagian ke 2)
 
Pai poltek bab 2
Pai poltek bab 2Pai poltek bab 2
Pai poltek bab 2
 

AGAMA DAN KETERBATASAN MANUSIA

  • 1. BAB 1 Fenomena Beragama Pengertian Agama i- Bahasa • Ada pandangan yang mengatakan kata agama berasal daripada bahasa Sanskrit. “A” = tidak dan “Gama” = kacau. Dengan itu “agama” bermakna tidak kacau. Mungkin yang dimaksudkan di sini ialah agama ialah sesuatu yang mengajar manusia supaya hidup dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan sebarang kekacauan. • Dalam bahasa Arab agama diterjemahkan sebagai al-Din. Dari segi bahasa antara lainnya al-Din bermaksud; kerajaan, khidmat, sultan, paksaan, ihsan, perjalanan hidup, ketaatan, kemenangan dan lain-lain. ii- Istilah a) Menurut Barat, “religion” difahami sebagai “a particular monastic or religious order or rule” atau “action or conduct indicating a belief in, reverence for and desire to please a divine ruling power” atau “a particular system of faith.........”. ...........................................................kuasa supernatural yang dipercayai mengawal kehidupan manusia. b) Menurut Islam, agama ialah “peraturan Allah yang diturunkan kepada manusia melalui perantaraan Rasul-Nya untuk dijadikan pedoman bagi manusia dalam semua aspek hidupnya untuk mencapai kejayaan yang menyeluruh di dunia dan di akhirat. • Jika difahami dengan makna yang kedua ini maka Islam itu boleh diistilahkan sebagai agama, al-Din atau religion. • Implikasi definisi agama sebagai religion: i. Agama merupakan sebahagian daripada bidang kehidupan manusia. ii. Agama hanya berkaitan dengan aspek moral, kepercayaan kepada kuasa ghaib dan peribadatan dalam erti yang khusus.
  • 2. iii. Agama merupakan satu daripada elemen kebudayaan sama seperti sastera, seni, pakaian, makanan dan lain-lain. iv. Agama merupakan sesuatu yang berasal dari dalam manusia atau masyarakat itu sendiri. • Implikasi agama sebagai al-Din: i. Agama (Islam) merupakan satu peraturan hidup yang merangkumi kebudayaan dalam aspek kehidupan manusia. ii. Agama (Islam) merupakan sesuatu yang didatangkan kepada manusia – manusia tidak mampu mencipta agama (yang benar). Religiousness Phenomenon (Fenomena Beragama) Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul, kedudukan dan masa depan agama. Antaranya: i- Agama Adalah Satu Ciptaan Dan Pembohongan Golongan Elit • Golongan Sophist Greek dalam zaman Socrates mendakwa “pada mula-mula dahulu manusia hidup tanpa perlindungan undang-undang dan tanpa prinsip akhlak dan ia tidak pernah tunduk kecuali kepada kekuatan alam yang menyebabkan kemusnahan sahaja. Kemudian undang-undang diwujudkan maka kekacauan terang-terangan dapat dilenyapkan. Bagaimanapun jenayah-jenayah sulit terus berlanjutan. Oleh itu para cendekiawan telah memikirkan satu jalan untuk mengawal masyarakat dengan mengatakan bahawa di langit terdapat satu kuasa yang supernatural yang melihat dan mendengar segala-galanya”. Dari situlah idea peragamaan mula wujud. • Di abad ke-18, golongan yang merintis revolusi Perancis berpendapat bahawa agama dan undang-undang hanyalah merupakan institusi-institusi dan gejala-gejala baru dalam masyarakat manusia. • Voltaire umpamanya mengatakan “manusia telah menjalani kehidupan hidup berabad-abad lamanya dalam kehidupan material sepenuhnya berteraskna pembajakan, pemahatan, pembinaan, pembesian dan pengayunan sebelum memikirkan masalah agama dan kerohanian. Idea keagamaan sengaja direka oleh
  • 3. golongan cerdik pandai yang terdiri daripada pendeta dan paderi untuk memperdayakan orang bodoh dan jahil”. • Jean Jacques Rosseau berkata “undang-undang tidak mempunyai apa-apa nilai selain daripada nilai positif dan arbitari semata-mata. Menurutnya manusia terlebih dahulu memiliki bidang-bidang tanah lantaran kerakusan dan ketamakan untuk melindungi dan menambahkan harta pemilikan mereka...............................”. • Pada abad ke-20, Karl Max menolak agama dengan mendakwa ia adalah candu kepada masyarakat. • Di zaman moden ini pandangan yang menolak keaslian dan kesucian agama mula terpinggir tetapi fahaman yang mempersempitkan skop dan ruang lingkup agama iaitu “secularisme” terus mendapat sambutan. • Terdapat 3 faktor utama yang mempopularkan pandangan seperti ini: i- Kemerosotan akhlak di kalangan segelintir paderi-paderi sendiri. ii- Kezaliman undang-undang positif serta pembahagian kekayaan umum yang tidak adil. iii- Kemunduran hidup dalam aspek ilmu pengetahuan, peradaban, pemikiran, sosial, politik dan lain-lain. ii- Agama Akan Lenyap Dengan Kemajuan Ilmu Pengetahuan Dan Pemikiran Manusia • Wujud juga teori yang mengatakan bahawa walaupun agama itu adalah satu keperluan naluri manusia dan telah wujud seawal kewujudan manusia sendiri, namun ia akan lenyap dengan berkembangnya tahap pemikiran dan ilmu pengetahuan manusia. • Augustus Comte (The Father of Positivisme) berpendapat bahawa pemikiran manusia melalui 3 tahap berturut-turut: i. Falsafah agama ii. Falsafah abstract iii. Falsafah realisme (nyata)
  • 4. i- Falsafah agama • Pada tahap ini manusia tidak mampu memikir dan menghuraikan segala fenomena alam yang berlaku di sekeliling mereka. Keupayaan manusia sangat lemah dan menghadapi fenomena alam yang memusnahkan. Akibat kelemahan ini mereka mengambil jalan mudah dengan meletakkan semua pergerakan dan perubahan dalam fenomena alam tersebut kepada ketentuan dan kehendak kuasa luar yang supernatural. Manusia menjalankan aktiviti dan amalan yang pada pandangan mereka disukai oleh kuasa luar tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Inilah yang melahirkan agama. ii- Falsafah abstract • Pada tahap ini manusia mengaitkan pergerakan dan segala fenomena alam ini dengan makna-makna umum dan ciri-ciri tabi’i yang tersimpan di dalamnya. Perkaitan dan hubungannya tidak dapat dihuraikan tetapi ianya tidak lagi berkaitan dengan kuasa supernatural di luar sana. Ia adalah fenomena alam yang dicetuskan oleh alam sendiri. iii- Falsafah realisme (nyata) • Pada tahap ini manusia melihat fenomena alam ini sebagai satu pergerakan dan perubahan yang berkaitan antara satu sama lain dalam satu hubungan yang bersifat “cause and effect” secara fizikal antara satu sama lain. Penganalisaan fenomena alam secara inilah yang dimaksudkan sebagai pendekatan saintifik yang telah dianggap sebagai satu ukuran ilmiah mutlak di zaman ini. Menurut Comte, pada tahap inilah peranan dan sambutan terhadap agama akan mula pudar. iii- Agama Merupakan Sesuatu Yang Asli, Diperlukan, Akan Terus Berkekalan Dan Bertambah Kukuh • Pandangan ketiga ini menolak semua pandangan yang dikemukakan sebelum ini. • Pandangan yang menolak keaslian agama disanggah oleh kebanyakan pemikir Barat sendiri. Sanggahan ini berpunca dari penemuan-penemuan baru akibat dari pengembaraan dan sebagainya.
  • 5. • Melalui pengembaraan dan pelayaran didapati semua bangsa di semua tempat di dunia sejak dari awal sejarah manusia dikesan mempunyai sistem kepercayaan kuasa ghaib yang tersendiri. • Henry Bergson berpendapat bahawa telah pun wujud dan akan terus wujud masyarakat manusia yang tidak dapat mempunyai ilmu dan falsafah tetapi tidak akan terdapat masyarakat yang tidak mempunyai agama. • Chachoin menulis “walaupun kita telah mencapai kemajuan yang mengkagumkan di zaman ini dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, sosial dan politik, namun dalam waktu-waktu yang tenang akal kita .............. • .............................. • .............................. • .............................. iv- Pandangan Islam • Manusia pertama dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam A.S. Beliau diperintahkan tunduk dan beribadat kepada Allah. Firman Allah bermaksud “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".” (al-Anbiya’ 21: 25) • Asal kejadian dan fitrah manusia sememangnya menerima hakikat ketuhanan Allah S.W.T. Firmannya yang bermaksud “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".” (al-A’raf 7: 172) • Semua makhluk termasuk manusia adalah ciptaan Allah dan Allah menciptakan manusia supaya mereka ....... Firman Allah “.....” (al-Zariyat 51: ) • ............................
  • 6. • ........................... Keperluan Manusia Kepada Agama i- Keterbatasan Kemampuan Akal dan Fizikal Manusia • Kemampuan fikiran manusia lemah dan terbatas kepada ruang lingkup persekitaran mereka sahaja dari segi fizikal. Firman Allah “Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.” (al-Nisa 4: 28) dan “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".” (al-Isra’ 17: 85) ii- Kesihatan Roh Manusia • Jika tubuh fizikal manusia yang berasal dari tanah memerlukan makanan yang tumbuh atau berjalan di atas tanah, maka roh manusia yang ditiupkan oleh Allah perlukan makanan yang berasal dari wahyu Allah sendiri iaitulah agama Allah. Firman Allah “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al- Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus 10: 57) iii- Memenuhi Tuntutan Fitrah Manusia • Fitrah manusia adalah beriman dan tunduk kepada ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T. Firman Allah “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (al-Rum 30: 30)
  • 7. iv- Mengatasi Kegelisahan • Jiwa manusia perlukan kepada tempat untuk mengadu atau bersyukur apabila mereka menghadapi masalah, takut atau gembira. Firman Allah “Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.” (al- An’am 6: 48) dan “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.” (al-Ma’arij 70: 19-23) Kesan-kesan Negatif Terhadap Pemisahan Agama Dari Kehidupan Seharian • Menjadikan bidang kehidupan manusia terpisah. • Manusia akan hidup semata-mata berteraskan kepada akal secara mutlak. • Apabila akal menjadi dominan, maka akal manusia tidak sama (akal dipengaruhi oleh suasana, ada unsur bias  tiada keadilan mutlak) • Rosak ‘aqidah, akhlak.