SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TAJUK KAJIAN :
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE (FROG) DALAM
KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH.

PENDAHULUAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam Abad ke21,sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju
masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya.
Penyediaan sedemikian merupakan keperluan yang wajib ada pada pelajar-pelajar
selaras dan sejajar dengan kehendak keperluan tersebut. Bagi merancang untuk
mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk masa hadapan, mereka perlu merancang
dan memikirkan bermula dari sekarang. Untuk memenuhi dan menyahut cabaran
tersebut, institusi-institusi berkenaan perlu menukar „paradigmanya‟, dari hanya
melahirkan pelajar yang hanya berkemahiran tertentu kepada pelajar atau
warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir dan boleh
digunakan sebagai penyelesai masalah serta dapat membuat sesuatu keputusan
dengan baik dan bernas. Kemahiran sedemikian adalah merupakan proses
pembelajaran seumur hidup, yang mana pembelajaran tersebut perlu dipelajari
dengan pelbagai kaedah sama ada secara penyertaan atau dengan kaedah
pembelajaran tersendiri pelajar-pelajar itu sendiri.

Secara tradisi, kaedah pembelajaran rata-rata lebih menjurus antara guru dan pelajar.
Kaedah ini amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut, guru
menjadi sumber ilmu atau sebagai „input‟ kepada pelajar. Kini, kaedah pembelajaran
sedemikian sudah tidak begitu sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukar
kepada guru sebagai fasilitator dan pengurus dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran masing-masing. Dalam pada itu, sikap pelajar-pelajar itu sendiri perlu
juga berubah dari pelajar yang „pasif‟ kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat,
berpandangan jauh, mempunyai sifatsifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam
segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan.
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Keperluan tersebut bukan sahaja dapat melatih dan membolehkan pelajar-pelajar
sentiasa

mengambil

bahagian

dengan

cara

yang

tersendiri,

tidak

terlalu

mengharapkan orang lain, tetapi dapat belajar me lalui pengalaman tersendiri.
Berdasarkan fakta tersebut, „Internet‟ adalah merupakan alat yang sangat “sinonim”
atau berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih
menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia
masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya
turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan
itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi
berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu
bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai
menerusi

perkhidmatan

yang

ditawarkannya.

Doyle

(1992)

secara

ringkas

mendefinasikan bahawa kepandaian dan kemampuan sesorang itu memperolehi
maklumat membolehkan ia dapat;



menambah ilmu pengetahuan



mengenal pasti dan mendapat tahu dengan tepat sumber maklumat



mengetahui bagaimana maklumat yang terkandung dalam sumber tersebut
diperolehi



menilai kualiti maklumat yang diperolehi



tahu menguruskan maklumat tersebut dan



dapat menggunakan maklumat secara efektif

Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah
satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh
dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Justeru itu, World Wide
Web (WWW), mengharapkan Internet supaya sekolah dan institutsi-institusi
pengajian dapat memperbanyakkan “LamanWeb”nya. “LamanWeb” sedemikian
bukan sahaja boleh berguna untuk pelanggan berinteraksi di antara satu sama
lain, tetapi juga berguna untuk dijadikan bahan dalam penyediaan ”hardware” dan
“software”. Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang dapat
dirangkaikan

bersama,

dapat

menjadi

penyumbang

dalam

membantu

menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak hairanlah dengan

2
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

teknologi terkini yang semakin maju, generasi akan datang dan masa kini telah
boleh melayari Laman Web berteknologi “3 Demesi”, di mana “sofware” yang
dipanggil “Virtual Learning Enviroment (VLE)”digunakan. “Software” ini diambil
melalui program yang boleh disambungkan kepada Laman Web ke Layar Utama
dari Pengkalan Data (Data Base) dan rangkaian utama – Kementerian Pelajaran
Malaysia. Hutchinson (1996) percaya LamanWeb sedemikian boleh menjadikan
sesebuah institusi dalam situasi yang sebenar dan dapat memperkenalkan institusi
atau sekolah tersebut dalam “Cyberspace” (Duniasiber).

Dalam hal yang demikian, sistem persekolahan dan institusi-institusi yang ada di
masa kini dan akan datang, semestinya perlu bersungguh-sungguh dalam
menjayakan

pelumbaan

“Dunia

Bermaklumat”

(Information

Age)

ini.

Ini

termasuklah menstrukturkan semula proses pembelajaran dengan melihat kepada
penggunaan dalam dunia nyata, menukar peraturan di mana guru atau pengajar
yang hanya boleh mengajar subjek-subjek tertentu kepada fasilitator-fasilitator
yang aktif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini
dan berwawasan.

Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap berjaya, ia perlu
penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah
dikebanyakkan negara-negara membangun di dunia, guru-guru sekolah tersebut
lazimnya telah menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai “Alat Bantu
Mengajar”. Namun begitu, bagi negara sedang membangun seperti Malaysia tidak
juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolahsekolah keseluruh negara beberapa tahun lepas dan dijangka pada tahun 2010
semua sekolah di negara ini akan menerapkan pembelajaran berkonsepkan
sekolah “Bistari”, di mana pengajaran dan pembelajarannya berteraskan IT dan
ICT.

“Menjadikan “Sekolah Bistari” adalah merupakan perancangan yang telah
dirancang

dalam

akandiperkenalkan

sistem
keseluruh

pendidikan
negara,
3

negara
bukan

kita.
hanya

Sekolah
untuk

Bistari

keperluan
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MultimediaSuper Corridor (MSC) atau Koridor Raya Multimedia, tetapi untuk
keperluangenerasi Malaysia akan datang, supaya menjadi lebih kreatif dan
inovatifselaras

dengan

perkembangan

teknologi

terkini

dan

mampu

mngikutiperkembangan teknologi globalisasi yang semakin pesat”

Dato’ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia (MSC, 1997)
Di Malaysia, sekolah Bistari tidak hanya dikategorikan sebagai kaedah pengenalan
kepada sistem pengajaran dan pembelajaran teknologi terkini yang dianggap sebagai
masih baru, tetapi ianya lebih kepada memperkenalkan bagaimana kaedah dan
sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan seoptimum mungkin.
Antara matlamat sekolah Bistari juga, ingin menjadikan salah sebuah sekolah sebagai
keperluan masyarakat yang boleh menjana minda tenaga kerja masa akan datang,
dengan berkonsepkan kaedah pembelajaran terkini yang berdaya saing.

PENYATAAN MASALAH
Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar biasanya
kurang diberi penekanan oleh kebanyakan guru. Secara tradisi, ramai guru yang
mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu menerima apa sahaja yang
disampaikan oleh guru. Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai perbezaan
individu dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara belajar, tumpuan dan
sebagainya.

Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting dalam pengajaran. Salah satu
cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam pengajaran ialah melalui
aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimanapun, sejauh mana guru-guru di sekolah
memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada tidaklah di ketahui. Menurut
Anderson dan Ronald E (1987) dalam Chin Sak Fatt (1993) , kebanyakan guru tidak
menggunakan komputer di sekolah mereka. Inilah yang menjadi persoalan dan tanda
tanya penyelidik untuk membuat kajian ini.

4
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin
mencabar. Golongan guru seolah-olah dituntut untuk menyahut cabaran negara di
mana pada bahu merekalah terpikul tanggungjawab untuk melaksanakan dan
menjayakan segala rancangan pendidikan negara bagi melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam bidang teknologi agar impian negara untuk mencapai Wawasan
2020 menjadi kenyataan. Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal kerap kali
diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap „fobia‟ atau takut komputer
serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk melihat faktorfaktor yang mungkin mempengaruhi penggunaan komputer khususnya VLE FROG di
kalangan guru Sekolah Menengah.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan VLE FROG di kalangan
guru sekolah menengah dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
perkhidmatan tersebut. Berikut adalah di antara objektif-objektif khusus kajian ini :1. Mengenalpasti adakah faktor umur mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam
kalangan guru di sekolah menengah.
2. Mengenalpasti adakah faktor minat dalam ICT mempengaruhi penggunaan VLE
FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.
3. Mengenalpasti adakah faktor kemudahan mempengaruhi penggunaan VLE FROG
dalam kalangan guru di sekolah menengah.

5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

HIPOTESIS KAJIAN

H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor umur dengan penggunaan VLE
FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.
H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor minat dalam ICT dengan
penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.
H1

Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor kemudahan dengan

penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.

KAJIAN LITERATURE

Komputer merupakan kemudahan asas yang diperlukan bagi melayari laman web
pendidikan. Kini komputer menjadi satu keperluan asas bagi manusia terutamanya
terlibat dalam sistem pendidikan. Namun masih ada juga segelintir guru yang mahir
komputer tetapi belum bersedia untuk menggunakan komputer. Menurut Jamaluddin
Badasah (2003), masih ramai guru yang tidak pernah menggunakan Internet dan ini
secara tidak langsung menyebabkan mereka ketinggalan dari arus perdana
pendidikan. Mengikut Crow dan Crow (1980), sikap merupakan faktor yang penting
dan akan memberi kemungkinan besar untuk pencapaian yang berjaya atau juga
kegagalan dalam hidup. Sikap adalah penggerak penting kepada tingkahlaku dan
mempengaruhi semua nilai kemanusiaan.

Mengikut Sharifah Alawiyah Al Sagof (1984), dalam kajiannya menyatakan bahawa
sikap adalah sebagai satu keadaan di mana seseorang individu mudah dipengaruhi
untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu idea atau kejadian. Kajian
Marcoulides (1998), menyatakan terdapat dua sikap terhadap komputer iaitu sikap
positif dan sikap negatif. Sikap positif ialah sikap yang sukakan komputer, rasa yakin
terhadap komputer dan menghargai kegunaan komputer. Juanna Risah Bt. Sa‟ sri,
(2003) telah membuat kajian terhadap 160 orang guru daripada tiga buah sekolah
menengah yang dipilih mewakili tiga daerah di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

6
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Dapatan kajian adalah tentang sikap dan kompetensi terhadap penggunaan ICT di
kalangan guru sekolah menengah di Melaka. Dalam kajiannya menunjukkan guru
mempunyai sikap positif (80%) yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam
pendidikan. Dalam kajian tersebut juga menunjukkan 55% guru bersetuju mereka
berasa seronok menggunakan peralatan baru dalam pengajaran dan 55.6% daripada
mereka percaya komputer merupakan sesuatu yang bernilai tinggi yang dapat
meningkatkan mutu pengajaran.

Penerimaan komputer dalam pendidikan oleh guru merupakan sesuatu yang boleh
dianggap perlu dalam pelaksanaan perubahan paradigma pendidikan ini. Kajian Laslie
Taib (1997) di Sekolah Teknik, Kota Tinggi, Johor merangkumi 60 orang guru.
Keseluruhan guru di tempat kajian tersebut bersikap positif terhadap penggunaan
komputer di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan 95% guru merasakan PBK
menarik perhatian mereka, 95% guru minat sekiranya diberi peluang berkursus
tentang penggunaan komputer dan 86.6% guru merasakan mereka perlu mempunyai
komputer peribadi di rumah. Kajian-kajian luar negeri yang melibatkan penggunaan
komputer telah banyak dijalankan bagi melihat kepentingannya dalam pendidikan.
Kajian- kajian tersebut menunjukkan bahawa komputer dan Internet merupakan satu
cara untuk meningkatkan percambahan idea dan juga untuk meningkatkan sumber
maklumat (Mitra et. al., 1999).

Menurut John (1992), komputer boleh digunakan untuk mengajar semua mata
pelajaran dan bukan tertumpu kepada mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja.
Dengan ini, terpulang kepada guru itu sendiri sama ada ingin mempelbagaikan
kaedah pengajaran atau tidak. Kajian Jamaluddin Badasah (2003), menyatakan
kesediaan dan sikap guru itu adalah penting dan akan mempengaruhi dunia
pendidikan kini yang semakin pesat berkembang. Dengan konsep penggunaan
pelbagai bahan media melalui Internet merupakan salah satu pendekatan baru yang
berkesan untuk proses P&P di dalam kelas. Malah menurutnya, ada pendapat yang
menyatakan bahawa perasaan fobia dan malas untuk menyesuaikan diri dengan
dunia siber akan mendatangkan kesan negatif kepada dunia pendidikan kerana

7
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Teknologi bergerak terlalu pantas dan jesteru itu beliau berkata guru seharusnya
mempunyai pendekatan terbuka dan percaya bahawa ilmu adalah milik sejagat.

Menyedari kepentingan hakikat ini, maka kerajaan Malaysia telah meletakkan
matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan menengah di
Malaysia mencapai taraf sebagai sekolah Bestari (Kementerian Pelajaran Malaysia,
1997). Sekolah Bestari ini akan berteraskan kapada penggunaan Teknologi Maklumat
dalam pendidikan. Ini merupakan satu perubahan yang besar terhadap sistem
pendidikan negara dan ini selaras dengan hasrat negara untuk menjadi Malaysia
sebuah negara membangun menjelang tahun 2020.

Implikasi daripada hasrat negara, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan swasta
banyak memberikan perkhidmatan ke arah menjayakannya.Usaha mempertingkatkan
penguasaan kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan sebagai bukti
bahawa penggunaan komputer amatlah penting dan banyak memberikan manfaat
kepada manusia.Dalam bidang pendidikan pula khususnya di sekolah, ternyata
Teknologi Komputer dapat memberikan banyak faedah. Manfaat penggunaan
komputer dapat dilaksanakan dalam 3 aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan
bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media pengajaran dan pembelajaran (P&P),
dan juga memudahkan pengurusan maklumat di kalangan guru-guru di sekolah
(Fiskie, 1991). Ketiga-tiga aspek ini jika diaplikasikan bersama boleh menghasilkan
suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap dan teratur (Fiske 1991).

8
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara
pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan
termasuk menguji hipotesis. Secara ringkasnya, metodologi adalah kaedah sesuatu
kajian itu dijalankan. Setiap kajian memerlukan maklumat daripada dapatan kajian
yang dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kajian dan penyelidikan
dapat dilakukan ke atas sampel dalam populasi tertentu dalam bentuk soal selidik,
temuduga dan sebagainya. Setiap kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik
pada responden sudah semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara
aspek yang perlu diambilkira merangkumi kaedah dan reka bentuk penyelidikan,
instrumen penyelidikan, sampel dan populasi, teknik pengolahan dan analisis data
yang tepat agar kajian yang dihasilkan bermutu dan berkualiti.

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan tentang reka bentuk kajian,
instrumen kajian, populasi dan sampel, dan kajian rintis.

RekaBentuk Kajian

Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kaedah kuantitatif jenis
tinjauan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam
kalangan guru di Sekolah Menengah Kg. Pasir Puteh, Ipoh Perak. Menurut Mohd.
Majid Konting (2000), kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubahpembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa
pembolehubah tersebut wujud. Menurut Azam (2000), kaedah ini merupakan kaedah
yang berkesan bagi mendapat maklumat daripada responden selain membuat
pemerhatian tingkah laku mereka. Dalam tinjauan ini, data-data telah dikumpul
dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh penyelidik sendiri di
tempat kajian. Penggunaan soal selidik digunakan kerana dapat menghasilkan itemitem yang konsisten serta boleh dipercayai.
9
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini merupakan satu borang soal selidik yang mengandungi
dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B dalam Bahasa Melayu. Data bagi
kajian ini diperolehi daripada soalan yang disediakan dalam borang tersebut.
Penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana kaedah ini lebih sesuai dan lazimnya
dianggap popular serta menepati kehendak kaedah dalam penyelidikan. Hal ini
kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Selain
dari itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana.
Penyelidik mengagih dan mengumpul borang soal selidik kepada responden sendiri
kerana sampel yang digunakan terdiri daripada rakan sekerja.

Rasional penyelidik menggunakan instrumen soal selidik dalam penyelidikan ini
adalah kerana kaedah temubual tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana penyelidik
menggunakan populasi sampel yang ramai iaitu, sebanyak 100 orang responden.
Dalam kajian ini, diharap penyelidik dapat maklumat daripada data-data yang
dikumpul, bagi menyokong atau menolak penyelidikan tersebut, khususnya dalam
menentukan faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE (Frog) dalam kalangan
guru-guru di Sekolah Menengah Kg Pasir Puteh, Ipoh.

Soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat
peribadi atau latar belakang responden manakala. bahagian B digunakan untuk
mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan VLE (FROG) dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kg Pasir
Puteh, Ipoh, Perak.

Taburan item bagi setiap konstruk mengikut bahagian telah diringkaskan dalam
Jadual 1 seperti berikut :

10
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Jadual 1: Pecahan Item Soal Selidik

BAHAGIAN

ITEM

A
(Latar Belakang Responden)

5

B
(Faktor yang Mempengaruhi Pengunaan VLE
Frog)

a)
b)
c)

Pengetahuan
Minat
Kemudahan

1- 5
1 – 10
1 - 15

Penyelidik menggunakan 5 skala likert bagi meminta responden untuk menjawab soal
selidik bagi kajian ini. Mengikut soalan skala responden akan memberi maklum balas
dan menunjukkan darjah bersetuju ataupun tidak bersetuju. Lima skala likert yang
digunakan dalam kajian terdiri daripada:

1.

Sangat Tidak Setuju

2.

Tidak Setuju

3.

Tidak Pasti

4.

Setuju

5.

Sangat Setuju

Penyelidik tidak menggunakan skala lebih daripada 5 kerana pilihan yang
terlalu banyak akan mengelirukan responden dalam membuat pilihan yang tepat.
11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Responden akan sukar membezakan pilihan jawapan yang diberikan apabila banyak
pilihan yang disediakan.

Populasi dan Sampel Kajian
Beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili
populasi dengan tepat. Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang
memenuhi

spesifikasi.

Dalam

pensampelan

penyelidik

mengenal

pasti

dan

mendefinasikan populasi yang disampel secara spesifik terlebih dahulu. Hal ini
kerana, penyelidik mungkin tidak mempunyai masa atau kos bagi mengumpul
maklumat daripada keseluruhan populasi. Maka, penyelidik perlu memilih populasi
yang benar-benar mewakili sampel. Misalnya, dalam kajian ini penyelidik memilih 92
orang guru daripada 120 orang guru yang berkhidmat di sekolah yang menjadi tempat
kajian dijalankan. Jumlah guru di sekolah tersebut adalah seramai 120 orang.
Rasional penyelidik meilih sampel seramai 92 orang adalah berdasarkan Jadual
Krejcie, R. V and Morgan D. W. Menurut Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970),
bilangan sampel yang perlu diambil bagi populasi N=120 adalah bersamaan
dengan 92 orang. Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W di bawah menunjukkan
kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi. (Krejcie, R. V and Morgan D.W.
Determining sampel size For Research Education and Psychological Measurement,
1970, 30,607=610.)

N

S

10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
60
65
70
75
80

10
14
19
24
28
32
36
40
44
48
52
56
59
63
66
12
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

85
90
95
100
110
120
130

70
73
76
80
86
92
97

Nota: N ialah saiz populasi, S ialah saiz sampel.

Dengan itu, penyelidik telah memilih seramai 92 orang guru sebagai sampel
kajian daripada populasi yang diambil. Ini bermakna sejumlah guru lelaki dan
perempuan telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah
tersebut.

Persampelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu
populasi. Ia merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan
menggambarkan keseluruhan populasi. Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah
sumber untuk mendapatkan data. Bagi tujuan kajian ini sampel dipilih daripada
kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah SKM Kg Pasir Puteh, Ipoh, Perak..
Mereka terdiri dari berbagai bidang seperti sains tulen, sains kemanusian, teknik dan
vokasional dan sebagainya. Keseluruhan sampel yang dipilih bagi kajian ini ialah 92
orang guru sahaja.
Kajian ini akan dijalankan ke atas 92 orang guru Sekolah Menengah Kampung
Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada sampel
kajian untuk diisi dan akan dikumpul semula selepas 3 hari. Rasional penyelidik
menjadikan 92 orang guru sebagai sampel adalah kerana penyelidik dapat membuat
penapisan sebelum data-data yang dikumpul itu dibuat analisa. Hal ini kerana,
penyelidik tidak perlu risau jika ada dalam kalangan responden yang dianggap tidak
releven dan memberikan jawapan yang tidak sahih, penyelidik dapat membuat tapisan
kerana masih mempunyai banyak sampel. Jika sampel yang dipilih sangat sedikit dan
wujud keadaan yang memaksa penyelidik membuat tapisan, penyelidik akan
mengalami masalah ketidakcukupan sampel dan hal ini akan mengakibatkan
keputusan data kajian diragui.
13
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kajian Rintis

Kajian

rintis

dijalankan

bertujuan

untuk

mendapatkan

kesahan

dan

kebolehpercayaan soal selidik yang akan digunakan sebagai alat kajian ini. Apabila
masa kajian melalui tahap perancangan dan sampai ke tahap soal selidik dibina.
Banyak usaha dan wang dilaburkan. Kajian rintis soal selidik pada tahap ini adalah
berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang lain yang masih
wujud dalam soal selidik. Soalan-soalan kajian ini adalah berlandaskan kepada
contoh-contoh soal selidik terdahulu yang pernah digunakan bagi tujuan kajian yang
hampir sama.

Sebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di Sekolah
Menengah Tronoh, Perak yang bukan sebagai sampel dalam kajian penyelidik. Ini
bertepatan dengan kenyataan daripada Mohamad Najid (1999) yang berpendapat
saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai antara enam hingga sembilan
orang untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan. Para responden
adalah terdiri daripada kalangan guru yang meliputi pelbagai bidang pengajaran dan
pemilihan telah dilakukan secara rawak mudah.

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya guru didapati mempunyai pengetahuan dalam kemahiran
asas

ICT

pada

tahap

tinggi.Pengoperasian

asas

komputer

serta

penggunaanpemprosesan perkataandidapati sudah menjadi satu budaya dalam
kalangan guru yang dikaji.Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang
mendapati majoritiguru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi
pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian
Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin (1997),
Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini mendapati
aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka
14
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

sangat mahir menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang
menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta
kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia
ada,dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah
sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta
penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaranseperti kertas ujian,
peperiksaan dan nota pelajaran.

Majoriti guru-guru bersetuju dengan penggunaan frog vle kerana bagai mereka ia
merupakan perubahan terkini dalam system pendidikan. Oleh itu, dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain
khususnya hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka
boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Ini
bermasud mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi.Namun, masih
terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini.Keadaan ini adalah
satu kerugian kepada guru tersebutkeranasemua aplikasi ini dapat membantu guru
menjadikan

pengajaran

Penggunaanaplikasi

mereka

hamparan

bertambah

elektronik

menarik

sememangnya

dan

berkesan.

memudahkan

guru

melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002;Drier, 2001).
Aplikasi frog vle bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan
multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan
perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti
sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai
nilai pendidikanyang positif seperti kreatifdan inovatif, bersikap bertanggung jawab
dan

bekerjasama

antarasatu

sama

lain,disamping

meningkatkan

kemahiran

koloberasi dengan rakan.Atas kesedaran dan minat mereka menjadikan aplikasi frog
vle ini berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah.

Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan
dengan enggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini
menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan
Norizan (2003)yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi
15
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Internet.Ini

berkemungkinan

kerana

penggunaan

Internet

serta

komunikasi

berperantara komputer sudah semakin menjadi kelazimankepada sebahagian besar
guru terutamanya golongan muda.Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada
segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang videodan chat.
Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana pada masa ini terdapat
semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan telesidang
secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran serta interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar.

Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta latihan berkaitan
penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti
JabatanPelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah.
Faktor latihan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran
dalam kalangan guru(Rosnaini & Mohd Arif, 2010;Norizan,2003;Wong,2002). Agak
berbeza dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004)pengintegrasian
ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada
tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi frog vle untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad
lalu.Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan
kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi
bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan.

KESIMPULAN
Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaanproses
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap.Guru yang
menguasai kemahiran ICT dan aplikasi frog vle dijangka akan dapat memaksimakan
kelebihan yang ada pada teknologi untukmenjadikan pengajaran lebih menarik,
interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar semua guru
mempunyai kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikankejayaan pelaksanaan
program teknologi di sekolah.

16
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Borang soal selidik
Bahagian A: Latarbelakang Demografik

1. Namasekolah :…………………………………………………………………
2. Jantina
Lelaki
Perempuan

3. Umur
Kurang daripada 30 tahun
30 – 39 tahun
40 – 49 tahun
Lebih daripada 49 tahun
4. Pengalaman mengajar
Kurang daripada 1 tahun
1 – 5 tahun
6 – 10 tahun
11 – 15 tahun
16 – 20 tahun
Lebih daripada 20 tahun

5. Kelulusan Akademik Tertinggi
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
Ph.D
17
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Bahagian B : Soalan - soalan di bawah ini memerlukan persetujuan anda mengenai Pem
penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah .
Sila bulatkan respon anda mengikut kepentingan berikut:
Sangat tidak
setuju
1

Tidak Setuju
2

Tidak pasti

Setuju

3

Sangat Setuju

4

5

i.Pengetahuan mengenai VLE Frog

1

Saya mengetahui apa itu VLE Frog melalui internet.

1

2

3

4

5

2

Saya mempunyai akaun VLE Frog di sekolah.

1

2

3

4

5

3

Saya ingat kata laluan VLE Frog yang diberikan oleh sekolah.

1

2

3

4

5

4

Saya pernah menggunakan VLE Frog di universiti.

1

2

3

4

5

5

Saya faham dan cara penggunaan VLE Frog.

1

2

3

4

5

ii.Minat dalam penggunaan VLE Frog
1

Saya menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran.

1

2

3

4

5

2

Saya yakin menggunakan VLE Frog untuk meningkatkan
prestasi akademik sekolah.

1

2

3

4

5

3

Saya pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah dengan
menggunakan VLE Frog.

1

2

3

4

5

4

Saya boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan VLE
Frog.

1

2

3

4

5

5

Saya yakin menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran.

1

2

3

4

5

6

Saya yakin menggunakan VLE Frog dari rumah.

1

2

3

4

5

7

Saya pasti menggunakan VLE Frog setiap hari di
1
sekolah.
Saya kurang yakin menggunakan VLE Frog semasa pengajaran 1
dan pembelajaran.

2

3

4

5

2

3

4

5

8

18
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

9

Saya kurang pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah
dengan Frog.

10

1

2

3

4

5

Saya percaya bahawa sistem ini memudahkan pengajaran dan
pembelajaran .

iii.Kemudahan menggunakan VLE Frog
1

Saya menggunakan komputer peribadi di rumah.

1

2

3

4

5

2

Saya ada kemudahan internet di rumah.

1

2

3

4

5

3

Saya memberi nota dari rumah melalui VLE Frog.

1

2

3

4

5

4

Saya memberi latihan melalui VLE Frog semasa tiada di
sekolah.

1

2

3

4

5

5

Saya mudah menggunakan VLE Frog semasa pengajaran dan
pembelajaran.

1

2

3

4

5

6

Saya senang membuat pengumuman sekolah melalui Frog

1

2

3

4

5

7

Sekolah mempunyai talian internet.

1

2

3

4

5

8

Sekolah mempunyai talian internet di setiap kelas

1

2

3

4

5

9

Sekolah mempunyai talian internet yang pantas.

1

2

3

4

5

10

Sekolah mempunyai komputer yang mencukupi untuk
pengajaran dan pembelajaran .

1

2

3

4

5

11

Sekolah mempunyai sistem Frog yang stabil.

1

2

3

4

5

12

Sekolah mendapat khidmat bantu dari Frog yang memuaskan.

1

2

3

4

5

13

Sekolah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk
VLE Frog.

1

2

3

4

5

14

Sekolah mengadakan bengkel VLE Frog untuk murid-murid.

1

2

3

4

5

15

Sekolah telah memberikan password Frog kepada setiap
murid.

1

2

3

4

5

Terima kasih .

19
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

RUJUKAN
Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di kalangan Guru-guru
sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.
Akker, JV.D., Paul K. (1992) The Integration of Computer Use in Education. International
Journal of Educatiopn Research, vol.17,pg. 65.
Azizi Yahya et.al (2007) Menguasai Peyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Pub.
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai
penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azwan & Rozita (2002).Literasi komputer maklumat & komunikasi (TMK) guru-guru Sekolah
Menengah: Satu kajian berbentuk “hand on. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke
17 yang diadakan pada 17-20 September, Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah,
Pulau Pinang, pp. 206-216.
Bakhtiar Mansur (1995), Membina “Empowerment” Pengupayaan dalam pengurusan
Pendidikan. Seminar, Pengurusan Pendidikan, IAB.
Badrul Hisham Haji Alang (1998).Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Berbantukan Komputer (PBPK) di Sekolah Menengah http:// motivasiutusan.
4mg.com/kerja 1.html..
Becker, H.J. (1991) How Computer Are used in United States School. Computer in Education
Survey Journal Research, Vol 7(4) pg. 385.
Ely, D.P (1993) Computer in Schools and Universities in the United States of America.
Educational Technology, Vol.33(9), pg 53.
Hamzah Hussain (1995). Latihan dalam Perkhidmatan : Satu Kajian mengenai Persepsi,
Keberkesanan dan Keperluan Guru di Pahang. Tesis Sarjana UUM.
Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jilid (13) 8291.

20

More Related Content

What's hot

Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799Lily Ting
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 
Research ( tahap penggunaan wifi )
Research ( tahap penggunaan wifi )Research ( tahap penggunaan wifi )
Research ( tahap penggunaan wifi )PKB -> USIM
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanummuha
 
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdfFattihi Ekhmal
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...NURUL HUDA
 
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaMohamed Amin Embi
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013lia369
 

What's hot (20)

Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 
Research ( tahap penggunaan wifi )
Research ( tahap penggunaan wifi )Research ( tahap penggunaan wifi )
Research ( tahap penggunaan wifi )
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
 

Viewers also liked

Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
PBS Pengajian Am 2015 penuh final Nazrul
PBS Pengajian Am 2015 penuh final NazrulPBS Pengajian Am 2015 penuh final Nazrul
PBS Pengajian Am 2015 penuh final Nazrulnazrulraz
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...Muhammad Nasrullah
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PAUpper6
 
Glossophobia - Fear of Public Speaking
Glossophobia - Fear of Public SpeakingGlossophobia - Fear of Public Speaking
Glossophobia - Fear of Public SpeakingAlaa Moustafa
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 

Viewers also liked (14)

Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
 
PBS Pengajian Am 2015 penuh final Nazrul
PBS Pengajian Am 2015 penuh final NazrulPBS Pengajian Am 2015 penuh final Nazrul
PBS Pengajian Am 2015 penuh final Nazrul
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
 
Glossophobia
GlossophobiaGlossophobia
Glossophobia
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Glossophobia
GlossophobiaGlossophobia
Glossophobia
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Glossophobia - Fear of Public Speaking
Glossophobia - Fear of Public SpeakingGlossophobia - Fear of Public Speaking
Glossophobia - Fear of Public Speaking
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044

Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKamal Tomon
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdfMumtazHanna
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestariNur Iza
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapafafa111283
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044 (20)

Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Sekolah bestari
Sekolah bestariSekolah bestari
Sekolah bestari
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 

More from Nurul Juzailah Nurul (6)

Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Kpt 6044 tugasan 1
Kpt 6044 tugasan 1Kpt 6044 tugasan 1
Kpt 6044 tugasan 1
 
Kpt 6044-Tugasan 1
Kpt 6044-Tugasan 1Kpt 6044-Tugasan 1
Kpt 6044-Tugasan 1
 
Tugasan 4 KPT 6044
Tugasan 4 KPT 6044Tugasan 4 KPT 6044
Tugasan 4 KPT 6044
 
Kpt 6044
Kpt 6044 Kpt 6044
Kpt 6044
 
Doa Harian
Doa HarianDoa Harian
Doa Harian
 

Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAJUK KAJIAN : FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE (FROG) DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH. PENDAHULUAN Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam Abad ke21,sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Penyediaan sedemikian merupakan keperluan yang wajib ada pada pelajar-pelajar selaras dan sejajar dengan kehendak keperluan tersebut. Bagi merancang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk masa hadapan, mereka perlu merancang dan memikirkan bermula dari sekarang. Untuk memenuhi dan menyahut cabaran tersebut, institusi-institusi berkenaan perlu menukar „paradigmanya‟, dari hanya melahirkan pelajar yang hanya berkemahiran tertentu kepada pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah serta dapat membuat sesuatu keputusan dengan baik dan bernas. Kemahiran sedemikian adalah merupakan proses pembelajaran seumur hidup, yang mana pembelajaran tersebut perlu dipelajari dengan pelbagai kaedah sama ada secara penyertaan atau dengan kaedah pembelajaran tersendiri pelajar-pelajar itu sendiri. Secara tradisi, kaedah pembelajaran rata-rata lebih menjurus antara guru dan pelajar. Kaedah ini amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut, guru menjadi sumber ilmu atau sebagai „input‟ kepada pelajar. Kini, kaedah pembelajaran sedemikian sudah tidak begitu sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukar kepada guru sebagai fasilitator dan pengurus dalam bidang pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Dalam pada itu, sikap pelajar-pelajar itu sendiri perlu juga berubah dari pelajar yang „pasif‟ kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifatsifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan. 1
  • 2. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Keperluan tersebut bukan sahaja dapat melatih dan membolehkan pelajar-pelajar sentiasa mengambil bahagian dengan cara yang tersendiri, tidak terlalu mengharapkan orang lain, tetapi dapat belajar me lalui pengalaman tersendiri. Berdasarkan fakta tersebut, „Internet‟ adalah merupakan alat yang sangat “sinonim” atau berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle (1992) secara ringkas mendefinasikan bahawa kepandaian dan kemampuan sesorang itu memperolehi maklumat membolehkan ia dapat;  menambah ilmu pengetahuan  mengenal pasti dan mendapat tahu dengan tepat sumber maklumat  mengetahui bagaimana maklumat yang terkandung dalam sumber tersebut diperolehi  menilai kualiti maklumat yang diperolehi  tahu menguruskan maklumat tersebut dan  dapat menggunakan maklumat secara efektif Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Justeru itu, World Wide Web (WWW), mengharapkan Internet supaya sekolah dan institutsi-institusi pengajian dapat memperbanyakkan “LamanWeb”nya. “LamanWeb” sedemikian bukan sahaja boleh berguna untuk pelanggan berinteraksi di antara satu sama lain, tetapi juga berguna untuk dijadikan bahan dalam penyediaan ”hardware” dan “software”. Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang dapat dirangkaikan bersama, dapat menjadi penyumbang dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak hairanlah dengan 2
  • 3. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS teknologi terkini yang semakin maju, generasi akan datang dan masa kini telah boleh melayari Laman Web berteknologi “3 Demesi”, di mana “sofware” yang dipanggil “Virtual Learning Enviroment (VLE)”digunakan. “Software” ini diambil melalui program yang boleh disambungkan kepada Laman Web ke Layar Utama dari Pengkalan Data (Data Base) dan rangkaian utama – Kementerian Pelajaran Malaysia. Hutchinson (1996) percaya LamanWeb sedemikian boleh menjadikan sesebuah institusi dalam situasi yang sebenar dan dapat memperkenalkan institusi atau sekolah tersebut dalam “Cyberspace” (Duniasiber). Dalam hal yang demikian, sistem persekolahan dan institusi-institusi yang ada di masa kini dan akan datang, semestinya perlu bersungguh-sungguh dalam menjayakan pelumbaan “Dunia Bermaklumat” (Information Age) ini. Ini termasuklah menstrukturkan semula proses pembelajaran dengan melihat kepada penggunaan dalam dunia nyata, menukar peraturan di mana guru atau pengajar yang hanya boleh mengajar subjek-subjek tertentu kepada fasilitator-fasilitator yang aktif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini dan berwawasan. Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap berjaya, ia perlu penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah dikebanyakkan negara-negara membangun di dunia, guru-guru sekolah tersebut lazimnya telah menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai “Alat Bantu Mengajar”. Namun begitu, bagi negara sedang membangun seperti Malaysia tidak juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolahsekolah keseluruh negara beberapa tahun lepas dan dijangka pada tahun 2010 semua sekolah di negara ini akan menerapkan pembelajaran berkonsepkan sekolah “Bistari”, di mana pengajaran dan pembelajarannya berteraskan IT dan ICT. “Menjadikan “Sekolah Bistari” adalah merupakan perancangan yang telah dirancang dalam akandiperkenalkan sistem keseluruh pendidikan negara, 3 negara bukan kita. hanya Sekolah untuk Bistari keperluan
  • 4. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MultimediaSuper Corridor (MSC) atau Koridor Raya Multimedia, tetapi untuk keperluangenerasi Malaysia akan datang, supaya menjadi lebih kreatif dan inovatifselaras dengan perkembangan teknologi terkini dan mampu mngikutiperkembangan teknologi globalisasi yang semakin pesat” Dato’ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia (MSC, 1997) Di Malaysia, sekolah Bistari tidak hanya dikategorikan sebagai kaedah pengenalan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran teknologi terkini yang dianggap sebagai masih baru, tetapi ianya lebih kepada memperkenalkan bagaimana kaedah dan sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan seoptimum mungkin. Antara matlamat sekolah Bistari juga, ingin menjadikan salah sebuah sekolah sebagai keperluan masyarakat yang boleh menjana minda tenaga kerja masa akan datang, dengan berkonsepkan kaedah pembelajaran terkini yang berdaya saing. PENYATAAN MASALAH Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar biasanya kurang diberi penekanan oleh kebanyakan guru. Secara tradisi, ramai guru yang mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai perbezaan individu dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara belajar, tumpuan dan sebagainya. Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting dalam pengajaran. Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimanapun, sejauh mana guru-guru di sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada tidaklah di ketahui. Menurut Anderson dan Ronald E (1987) dalam Chin Sak Fatt (1993) , kebanyakan guru tidak menggunakan komputer di sekolah mereka. Inilah yang menjadi persoalan dan tanda tanya penyelidik untuk membuat kajian ini. 4
  • 5. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin mencabar. Golongan guru seolah-olah dituntut untuk menyahut cabaran negara di mana pada bahu merekalah terpikul tanggungjawab untuk melaksanakan dan menjayakan segala rancangan pendidikan negara bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi agar impian negara untuk mencapai Wawasan 2020 menjadi kenyataan. Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal kerap kali diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap „fobia‟ atau takut komputer serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk melihat faktorfaktor yang mungkin mempengaruhi penggunaan komputer khususnya VLE FROG di kalangan guru Sekolah Menengah. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan VLE FROG di kalangan guru sekolah menengah dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan perkhidmatan tersebut. Berikut adalah di antara objektif-objektif khusus kajian ini :1. Mengenalpasti adakah faktor umur mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. 2. Mengenalpasti adakah faktor minat dalam ICT mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. 3. Mengenalpasti adakah faktor kemudahan mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. 5
  • 6. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS HIPOTESIS KAJIAN H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor umur dengan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor minat dalam ICT dengan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor kemudahan dengan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. KAJIAN LITERATURE Komputer merupakan kemudahan asas yang diperlukan bagi melayari laman web pendidikan. Kini komputer menjadi satu keperluan asas bagi manusia terutamanya terlibat dalam sistem pendidikan. Namun masih ada juga segelintir guru yang mahir komputer tetapi belum bersedia untuk menggunakan komputer. Menurut Jamaluddin Badasah (2003), masih ramai guru yang tidak pernah menggunakan Internet dan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka ketinggalan dari arus perdana pendidikan. Mengikut Crow dan Crow (1980), sikap merupakan faktor yang penting dan akan memberi kemungkinan besar untuk pencapaian yang berjaya atau juga kegagalan dalam hidup. Sikap adalah penggerak penting kepada tingkahlaku dan mempengaruhi semua nilai kemanusiaan. Mengikut Sharifah Alawiyah Al Sagof (1984), dalam kajiannya menyatakan bahawa sikap adalah sebagai satu keadaan di mana seseorang individu mudah dipengaruhi untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu idea atau kejadian. Kajian Marcoulides (1998), menyatakan terdapat dua sikap terhadap komputer iaitu sikap positif dan sikap negatif. Sikap positif ialah sikap yang sukakan komputer, rasa yakin terhadap komputer dan menghargai kegunaan komputer. Juanna Risah Bt. Sa‟ sri, (2003) telah membuat kajian terhadap 160 orang guru daripada tiga buah sekolah menengah yang dipilih mewakili tiga daerah di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. 6
  • 7. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Dapatan kajian adalah tentang sikap dan kompetensi terhadap penggunaan ICT di kalangan guru sekolah menengah di Melaka. Dalam kajiannya menunjukkan guru mempunyai sikap positif (80%) yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Dalam kajian tersebut juga menunjukkan 55% guru bersetuju mereka berasa seronok menggunakan peralatan baru dalam pengajaran dan 55.6% daripada mereka percaya komputer merupakan sesuatu yang bernilai tinggi yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Penerimaan komputer dalam pendidikan oleh guru merupakan sesuatu yang boleh dianggap perlu dalam pelaksanaan perubahan paradigma pendidikan ini. Kajian Laslie Taib (1997) di Sekolah Teknik, Kota Tinggi, Johor merangkumi 60 orang guru. Keseluruhan guru di tempat kajian tersebut bersikap positif terhadap penggunaan komputer di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan 95% guru merasakan PBK menarik perhatian mereka, 95% guru minat sekiranya diberi peluang berkursus tentang penggunaan komputer dan 86.6% guru merasakan mereka perlu mempunyai komputer peribadi di rumah. Kajian-kajian luar negeri yang melibatkan penggunaan komputer telah banyak dijalankan bagi melihat kepentingannya dalam pendidikan. Kajian- kajian tersebut menunjukkan bahawa komputer dan Internet merupakan satu cara untuk meningkatkan percambahan idea dan juga untuk meningkatkan sumber maklumat (Mitra et. al., 1999). Menurut John (1992), komputer boleh digunakan untuk mengajar semua mata pelajaran dan bukan tertumpu kepada mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja. Dengan ini, terpulang kepada guru itu sendiri sama ada ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran atau tidak. Kajian Jamaluddin Badasah (2003), menyatakan kesediaan dan sikap guru itu adalah penting dan akan mempengaruhi dunia pendidikan kini yang semakin pesat berkembang. Dengan konsep penggunaan pelbagai bahan media melalui Internet merupakan salah satu pendekatan baru yang berkesan untuk proses P&P di dalam kelas. Malah menurutnya, ada pendapat yang menyatakan bahawa perasaan fobia dan malas untuk menyesuaikan diri dengan dunia siber akan mendatangkan kesan negatif kepada dunia pendidikan kerana 7
  • 8. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Teknologi bergerak terlalu pantas dan jesteru itu beliau berkata guru seharusnya mempunyai pendekatan terbuka dan percaya bahawa ilmu adalah milik sejagat. Menyedari kepentingan hakikat ini, maka kerajaan Malaysia telah meletakkan matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia mencapai taraf sebagai sekolah Bestari (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997). Sekolah Bestari ini akan berteraskan kapada penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan. Ini merupakan satu perubahan yang besar terhadap sistem pendidikan negara dan ini selaras dengan hasrat negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara membangun menjelang tahun 2020. Implikasi daripada hasrat negara, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan swasta banyak memberikan perkhidmatan ke arah menjayakannya.Usaha mempertingkatkan penguasaan kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan sebagai bukti bahawa penggunaan komputer amatlah penting dan banyak memberikan manfaat kepada manusia.Dalam bidang pendidikan pula khususnya di sekolah, ternyata Teknologi Komputer dapat memberikan banyak faedah. Manfaat penggunaan komputer dapat dilaksanakan dalam 3 aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan juga memudahkan pengurusan maklumat di kalangan guru-guru di sekolah (Fiskie, 1991). Ketiga-tiga aspek ini jika diaplikasikan bersama boleh menghasilkan suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap dan teratur (Fiske 1991). 8
  • 9. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan termasuk menguji hipotesis. Secara ringkasnya, metodologi adalah kaedah sesuatu kajian itu dijalankan. Setiap kajian memerlukan maklumat daripada dapatan kajian yang dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kajian dan penyelidikan dapat dilakukan ke atas sampel dalam populasi tertentu dalam bentuk soal selidik, temuduga dan sebagainya. Setiap kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada responden sudah semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara aspek yang perlu diambilkira merangkumi kaedah dan reka bentuk penyelidikan, instrumen penyelidikan, sampel dan populasi, teknik pengolahan dan analisis data yang tepat agar kajian yang dihasilkan bermutu dan berkualiti. Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrumen kajian, populasi dan sampel, dan kajian rintis. RekaBentuk Kajian Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kaedah kuantitatif jenis tinjauan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kg. Pasir Puteh, Ipoh Perak. Menurut Mohd. Majid Konting (2000), kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubahpembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Menurut Azam (2000), kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapat maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian tingkah laku mereka. Dalam tinjauan ini, data-data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh penyelidik sendiri di tempat kajian. Penggunaan soal selidik digunakan kerana dapat menghasilkan itemitem yang konsisten serta boleh dipercayai. 9
  • 10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Instrumen Kajian Instrumen kajian ini merupakan satu borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B dalam Bahasa Melayu. Data bagi kajian ini diperolehi daripada soalan yang disediakan dalam borang tersebut. Penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana kaedah ini lebih sesuai dan lazimnya dianggap popular serta menepati kehendak kaedah dalam penyelidikan. Hal ini kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Selain dari itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana. Penyelidik mengagih dan mengumpul borang soal selidik kepada responden sendiri kerana sampel yang digunakan terdiri daripada rakan sekerja. Rasional penyelidik menggunakan instrumen soal selidik dalam penyelidikan ini adalah kerana kaedah temubual tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana penyelidik menggunakan populasi sampel yang ramai iaitu, sebanyak 100 orang responden. Dalam kajian ini, diharap penyelidik dapat maklumat daripada data-data yang dikumpul, bagi menyokong atau menolak penyelidikan tersebut, khususnya dalam menentukan faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE (Frog) dalam kalangan guru-guru di Sekolah Menengah Kg Pasir Puteh, Ipoh. Soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat peribadi atau latar belakang responden manakala. bahagian B digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE (FROG) dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kg Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Taburan item bagi setiap konstruk mengikut bahagian telah diringkaskan dalam Jadual 1 seperti berikut : 10
  • 11. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Jadual 1: Pecahan Item Soal Selidik BAHAGIAN ITEM A (Latar Belakang Responden) 5 B (Faktor yang Mempengaruhi Pengunaan VLE Frog) a) b) c) Pengetahuan Minat Kemudahan 1- 5 1 – 10 1 - 15 Penyelidik menggunakan 5 skala likert bagi meminta responden untuk menjawab soal selidik bagi kajian ini. Mengikut soalan skala responden akan memberi maklum balas dan menunjukkan darjah bersetuju ataupun tidak bersetuju. Lima skala likert yang digunakan dalam kajian terdiri daripada: 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju Penyelidik tidak menggunakan skala lebih daripada 5 kerana pilihan yang terlalu banyak akan mengelirukan responden dalam membuat pilihan yang tepat. 11
  • 12. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Responden akan sukar membezakan pilihan jawapan yang diberikan apabila banyak pilihan yang disediakan. Populasi dan Sampel Kajian Beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang memenuhi spesifikasi. Dalam pensampelan penyelidik mengenal pasti dan mendefinasikan populasi yang disampel secara spesifik terlebih dahulu. Hal ini kerana, penyelidik mungkin tidak mempunyai masa atau kos bagi mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi. Maka, penyelidik perlu memilih populasi yang benar-benar mewakili sampel. Misalnya, dalam kajian ini penyelidik memilih 92 orang guru daripada 120 orang guru yang berkhidmat di sekolah yang menjadi tempat kajian dijalankan. Jumlah guru di sekolah tersebut adalah seramai 120 orang. Rasional penyelidik meilih sampel seramai 92 orang adalah berdasarkan Jadual Krejcie, R. V and Morgan D. W. Menurut Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970), bilangan sampel yang perlu diambil bagi populasi N=120 adalah bersamaan dengan 92 orang. Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W di bawah menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi. (Krejcie, R. V and Morgan D.W. Determining sampel size For Research Education and Psychological Measurement, 1970, 30,607=610.) N S 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80 10 14 19 24 28 32 36 40 44 48 52 56 59 63 66 12
  • 13. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 85 90 95 100 110 120 130 70 73 76 80 86 92 97 Nota: N ialah saiz populasi, S ialah saiz sampel. Dengan itu, penyelidik telah memilih seramai 92 orang guru sebagai sampel kajian daripada populasi yang diambil. Ini bermakna sejumlah guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah tersebut. Persampelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Ia merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan menggambarkan keseluruhan populasi. Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data. Bagi tujuan kajian ini sampel dipilih daripada kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah SKM Kg Pasir Puteh, Ipoh, Perak.. Mereka terdiri dari berbagai bidang seperti sains tulen, sains kemanusian, teknik dan vokasional dan sebagainya. Keseluruhan sampel yang dipilih bagi kajian ini ialah 92 orang guru sahaja. Kajian ini akan dijalankan ke atas 92 orang guru Sekolah Menengah Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada sampel kajian untuk diisi dan akan dikumpul semula selepas 3 hari. Rasional penyelidik menjadikan 92 orang guru sebagai sampel adalah kerana penyelidik dapat membuat penapisan sebelum data-data yang dikumpul itu dibuat analisa. Hal ini kerana, penyelidik tidak perlu risau jika ada dalam kalangan responden yang dianggap tidak releven dan memberikan jawapan yang tidak sahih, penyelidik dapat membuat tapisan kerana masih mempunyai banyak sampel. Jika sampel yang dipilih sangat sedikit dan wujud keadaan yang memaksa penyelidik membuat tapisan, penyelidik akan mengalami masalah ketidakcukupan sampel dan hal ini akan mengakibatkan keputusan data kajian diragui. 13
  • 14. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang akan digunakan sebagai alat kajian ini. Apabila masa kajian melalui tahap perancangan dan sampai ke tahap soal selidik dibina. Banyak usaha dan wang dilaburkan. Kajian rintis soal selidik pada tahap ini adalah berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang lain yang masih wujud dalam soal selidik. Soalan-soalan kajian ini adalah berlandaskan kepada contoh-contoh soal selidik terdahulu yang pernah digunakan bagi tujuan kajian yang hampir sama. Sebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di Sekolah Menengah Tronoh, Perak yang bukan sebagai sampel dalam kajian penyelidik. Ini bertepatan dengan kenyataan daripada Mohamad Najid (1999) yang berpendapat saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai antara enam hingga sembilan orang untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan. Para responden adalah terdiri daripada kalangan guru yang meliputi pelbagai bidang pengajaran dan pemilihan telah dilakukan secara rawak mudah. PERBINCANGAN Secara keseluruhannya guru didapati mempunyai pengetahuan dalam kemahiran asas ICT pada tahap tinggi.Pengoperasian asas komputer serta penggunaanpemprosesan perkataandidapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji.Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoritiguru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka 14
  • 15. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS sangat mahir menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada,dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaranseperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran. Majoriti guru-guru bersetuju dengan penggunaan frog vle kerana bagai mereka ia merupakan perubahan terkini dalam system pendidikan. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Ini bermasud mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi.Namun, masih terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini.Keadaan ini adalah satu kerugian kepada guru tersebutkeranasemua aplikasi ini dapat membantu guru menjadikan pengajaran Penggunaanaplikasi mereka hamparan bertambah elektronik menarik sememangnya dan berkesan. memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002;Drier, 2001). Aplikasi frog vle bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai pendidikanyang positif seperti kreatifdan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama antarasatu sama lain,disamping meningkatkan kemahiran koloberasi dengan rakan.Atas kesedaran dan minat mereka menjadikan aplikasi frog vle ini berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah. Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan dengan enggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003)yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi 15
  • 16. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Internet.Ini berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi berperantara komputer sudah semakin menjadi kelazimankepada sebahagian besar guru terutamanya golongan muda.Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang videodan chat. Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana pada masa ini terdapat semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan telesidang secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta latihan berkaitan penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti JabatanPelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah. Faktor latihan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran dalam kalangan guru(Rosnaini & Mohd Arif, 2010;Norizan,2003;Wong,2002). Agak berbeza dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004)pengintegrasian ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi frog vle untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad lalu.Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. KESIMPULAN Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaanproses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap.Guru yang menguasai kemahiran ICT dan aplikasi frog vle dijangka akan dapat memaksimakan kelebihan yang ada pada teknologi untukmenjadikan pengajaran lebih menarik, interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar semua guru mempunyai kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikankejayaan pelaksanaan program teknologi di sekolah. 16
  • 17. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Borang soal selidik Bahagian A: Latarbelakang Demografik 1. Namasekolah :………………………………………………………………… 2. Jantina Lelaki Perempuan 3. Umur Kurang daripada 30 tahun 30 – 39 tahun 40 – 49 tahun Lebih daripada 49 tahun 4. Pengalaman mengajar Kurang daripada 1 tahun 1 – 5 tahun 6 – 10 tahun 11 – 15 tahun 16 – 20 tahun Lebih daripada 20 tahun 5. Kelulusan Akademik Tertinggi Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Ph.D 17
  • 18. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Bahagian B : Soalan - soalan di bawah ini memerlukan persetujuan anda mengenai Pem penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah . Sila bulatkan respon anda mengikut kepentingan berikut: Sangat tidak setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak pasti Setuju 3 Sangat Setuju 4 5 i.Pengetahuan mengenai VLE Frog 1 Saya mengetahui apa itu VLE Frog melalui internet. 1 2 3 4 5 2 Saya mempunyai akaun VLE Frog di sekolah. 1 2 3 4 5 3 Saya ingat kata laluan VLE Frog yang diberikan oleh sekolah. 1 2 3 4 5 4 Saya pernah menggunakan VLE Frog di universiti. 1 2 3 4 5 5 Saya faham dan cara penggunaan VLE Frog. 1 2 3 4 5 ii.Minat dalam penggunaan VLE Frog 1 Saya menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 2 Saya yakin menggunakan VLE Frog untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah. 1 2 3 4 5 3 Saya pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah dengan menggunakan VLE Frog. 1 2 3 4 5 4 Saya boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan VLE Frog. 1 2 3 4 5 5 Saya yakin menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 6 Saya yakin menggunakan VLE Frog dari rumah. 1 2 3 4 5 7 Saya pasti menggunakan VLE Frog setiap hari di 1 sekolah. Saya kurang yakin menggunakan VLE Frog semasa pengajaran 1 dan pembelajaran. 2 3 4 5 2 3 4 5 8 18
  • 19. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 9 Saya kurang pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah dengan Frog. 10 1 2 3 4 5 Saya percaya bahawa sistem ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran . iii.Kemudahan menggunakan VLE Frog 1 Saya menggunakan komputer peribadi di rumah. 1 2 3 4 5 2 Saya ada kemudahan internet di rumah. 1 2 3 4 5 3 Saya memberi nota dari rumah melalui VLE Frog. 1 2 3 4 5 4 Saya memberi latihan melalui VLE Frog semasa tiada di sekolah. 1 2 3 4 5 5 Saya mudah menggunakan VLE Frog semasa pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 6 Saya senang membuat pengumuman sekolah melalui Frog 1 2 3 4 5 7 Sekolah mempunyai talian internet. 1 2 3 4 5 8 Sekolah mempunyai talian internet di setiap kelas 1 2 3 4 5 9 Sekolah mempunyai talian internet yang pantas. 1 2 3 4 5 10 Sekolah mempunyai komputer yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran . 1 2 3 4 5 11 Sekolah mempunyai sistem Frog yang stabil. 1 2 3 4 5 12 Sekolah mendapat khidmat bantu dari Frog yang memuaskan. 1 2 3 4 5 13 Sekolah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk VLE Frog. 1 2 3 4 5 14 Sekolah mengadakan bengkel VLE Frog untuk murid-murid. 1 2 3 4 5 15 Sekolah telah memberikan password Frog kepada setiap murid. 1 2 3 4 5 Terima kasih . 19
  • 20. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS RUJUKAN Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di kalangan Guru-guru sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM. Akker, JV.D., Paul K. (1992) The Integration of Computer Use in Education. International Journal of Educatiopn Research, vol.17,pg. 65. Azizi Yahya et.al (2007) Menguasai Peyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Pub. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Azwan & Rozita (2002).Literasi komputer maklumat & komunikasi (TMK) guru-guru Sekolah Menengah: Satu kajian berbentuk “hand on. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17 yang diadakan pada 17-20 September, Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pp. 206-216. Bakhtiar Mansur (1995), Membina “Empowerment” Pengupayaan dalam pengurusan Pendidikan. Seminar, Pengurusan Pendidikan, IAB. Badrul Hisham Haji Alang (1998).Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PBPK) di Sekolah Menengah http:// motivasiutusan. 4mg.com/kerja 1.html.. Becker, H.J. (1991) How Computer Are used in United States School. Computer in Education Survey Journal Research, Vol 7(4) pg. 385. Ely, D.P (1993) Computer in Schools and Universities in the United States of America. Educational Technology, Vol.33(9), pg 53. Hamzah Hussain (1995). Latihan dalam Perkhidmatan : Satu Kajian mengenai Persepsi, Keberkesanan dan Keperluan Guru di Pahang. Tesis Sarjana UUM. Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jilid (13) 8291. 20