10. ii) Pengulangan kata bersinonim “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.” Perkataan minyak serta perkataan petrol dan diesel merupakan perulangan kata yang bersinonim atau sama makna.
11. iii) pengulangan hiponim “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.” Berdasarkan contoh di atas, minyak merupakan superordinat, manakala petrol dan diesel merupakan hiponim.
12. iv) Pengulangan kolokasi “ Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal negara , penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar bandar . ” Pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal negara, kadar kemiskinan dan jurang ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama, iaitu ekonomi .