SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
Télécharger pour lire hors ligne
TZ10103


TOPIK 2:    PENGENALAN KEPADA KBSR DAN
            KSSR
__________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;


     1. Menjelaskan kronologi perkembangan kurikulum bermula daripada Kurikulum
        Lama Sekolah rendah (KLSR) hingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah
       (KSSR).
     2. Mengetahui faktor-faktor penyebab perubahan sesuatu kurikulum.
     3. Menghuraikan implikasi perubahan kurikulum dari aspek pembangunan murid
       murid sejajar dengan perkembangan globalisasi.




PENGENALAN

       Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi
petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut
arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan
bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukan
dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang
dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

              "…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."

      (Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
                                                                         Pendidikan 1997]
 UMS
TZ10103

Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira keadaan dan
kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang
kurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains,
kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi keperluan dalam sistem
masyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap
yang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah. Pendidikan dalam kalangan kanak-
kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran kendiri, perhubungan dengan individu
serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yang
tinggi.

          Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikan
memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan
kurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan
kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar.
Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkan
kurikulum kepada para pelajar di sekolah.

          Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebih
terperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistem
pendidikan di negara kita.




2.1 SEJARAH                  KURIKULUM             PENDIDIKAN              SEKOLAH
    RENDAH

Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah
Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan
itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajah
Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi juga
telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga
kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan
dalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat
menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR).


 UMS
TZ10103

Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada          Januari 2011 yang
diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu.



2.1.1 Kronologi Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai
kemerdekaan hasil daripada Ordinan Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak
(1956). Laporan ini menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.

Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

       1.     Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.
       2.     Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
              utama.
       3.     Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah
              dan menengah.
       4.     Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
              bahasa pengantar.
       5.     Sekolah – sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
              Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
       6.     Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
       7.     Guru – guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan.
       8.     Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah
              (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
        9.    Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah
              Nazir Persekutuan ditubuhkan



2.1.2 Laporan Rahman Talib (1960)

Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang
dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan
untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan
 UMS
TZ10103

dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran
(1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa perubahan dan pindaan
yang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu;

       1.     Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
       2.     Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
       3.     Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
       4.     Murid naik darjah secara otomatik
       5.     Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15
              orang.
       6.     Pendidikan akhlak dititikberatkan.


2.1.3 Laporan Hussein Onn (1971)

       " Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan
       negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan
       politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa
       Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di
       sekolah- sekolah aliran Inggeris”.


                                                            (Laporan Hussein Onn, 1971)



Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran
ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan
Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak
dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan
pembangunan negara.




 UMS
TZ10103

       “ Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana
       kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga hal-
       ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi
       menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris
       ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa
       Inggeris terus menjadi bahasa kedua”.

                                                            (Laporan Hussein Onn, 1971)

Secara amnya, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan
kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap
Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem
pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula
merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama.
Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul
dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem
pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik,
menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian
pendidikan      tanpa      mengira      bangsa,      kaum     mahu       pun      agama.
       Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang
tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat
pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai
dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan
tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.




 UMS
TZ10103

2.1.4 Jawatankuasa Kabinet (1979)

Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan
kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru,
1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar
pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan
memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan
negara.Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ialah
Menteri Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan
aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah
Pendidikan Negara pada tahun 1988. Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 adalah seperti berikut;


       1.     Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira)
       2.     Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
              disiplin yang diingini
       3.     Penegasan           kepada          kurikulum          ala           Malaysia
       4.     Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
       5.     Peluang     melanjutkan   persekolahan   dari   9   tahun    ke     11   tahun
       6.     Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
              keseluruhan


Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telah
mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah
rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara.
       Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah
tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan
penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk
berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah
hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu
bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu



 UMS
TZ10103

sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar
(Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

       Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu
kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia
dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar,
pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri
individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan
jasmani, dan kesihatan.

       Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga
tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang
ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajib
dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem
pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga
diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan
Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada
perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut
ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan
kemanusiaan.
       Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan
pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan
Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992dan mula dilaksanakan di beberapa buah
sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994.

       Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang
terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi
aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di
bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum.




 UMS
TZ10103

Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut:

       (a)    Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa
              dipertingkatkan, serta memupuk nilai murni
       (b)    Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik)
       (c)    Kadar pemgembangan murid adalah mengikut individu
       (d)    Kebolehan minat dan keperluan murid yang pelbagai diambil kira.



2.1.5 Akta Pendidikan (1996)

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah
digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian
Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat
pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan
warganegara    yang    baik.   Falsafah   Pendidikan     Kebangsaan,     1996,    berbunyi   :


         “ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “



 FIKIR!                        Penerokaan Lanjutan



 1. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan semakan semula Kurikulum Baru Sekolah

    Rendah 1982 yang membawa kepada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

   1989.




 UMS
TZ10103


                 REKA BENTUK KURIKULUM

      KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

                                KOMUNIKASI

                                Kemahiran Asas

                        (Membaca, Menulis & Mengira)




                                 MURID




  MANUSIA DENGAN ALAM                            PERKEMBANGAN DIRI
      SEKELILINGNYA                                     INDIVIDU

  Kerohanian, Nilai dan Sikap                     Kesenian dan Rekreasi
      Kemanusiaan dan
                                                          Muzik
         Persekitaran
                                                       Seni Visual
      Pendidikan Islam
                                                   Pendidikan Jasmani
      Pendidikan Moral
                                                    Kemahiran Hidup
      Pendidikan Sivik &




                                    (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)


UMS
TZ10103

Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang
baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa
buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2000).

         Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan pelbagai modul pembelajaran telah
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai alternatif membantu guru-guru
memahami dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Antara modul tersebut ialah

         (a)   Modul Akses Pembelajaran Kendiri

         (b)   Belajar Cara Belajar

         (c)   Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan
               Pembelajaran

         (d)   Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

         (e)   Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran

         (f)   Pembelajaran Secara Kontruktivisme

         (g)   Pembelajaran Secara Kontekstual

         (h)   Pembelajaran Masteri

         (i)   Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran




Sehubungan dengan itu, sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran bagi semua
mata pelajaran KBSR edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi Huraian Sukatan
Pelajaran pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi setiap
Tahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002).

 UMS
TZ10103

Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang
sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang
berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah
membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya
mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat
antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara umumnya, perubahan besar penggunaan
KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah;

          (a)   penerapan       nilai        dalam      pengajaran       dan      pembelajaran
          (b)   penguasaan     dan      aplikasi   kemahiran   asas   dalam    aktiviti     harian
          (c)   menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang
                paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata
                pelajaran
          (d)   mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam
                topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat
          (e)   mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu
                Sains dan Kajian Tempatan
          (f)   pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua
                matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah.
          (g)   pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
                pembelajaran                   Matematik              dan                   Sains.


    FIKIR!                      Penerokaan Lanjutan



    1. Bincangkan kepentingan elemen kesepaduan diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu
      Sekolah Rendah dari aspek pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid


.




    UMS
TZ10103

2.1.6 Transformasi Kurikulum Pendidikan


       ” Proses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu
       dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan
       ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan
       mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa
       negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti
       dan inovasi. Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah-
       sekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi
       sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin
       mencabar,”

                             (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, 2010)

Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkan
pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikan
murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalam
pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang sama
mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu proses
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan
keperluan semasa.

       Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas
implikasi arus globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan ini
tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan
sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang
demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu
berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untuk
menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa
depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga
diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara ini




 UMS
TZ10103

                          TRANSFORMASI PENDIDIKAN
                     (ELEMEN – ELEMEN PEMBENTUKAN KSSR)




                                 BENTUK


         BAHAN                                             ORGANISASI




   PENGURUSAN
                                    KSSR                    KANDUNGAN
     KURIKULUM




                                                            PERUNTUKAN
     PENTAKSIRAN
                                                                 MASA

                                 PEDAGOGI




                                          (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)




Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal
berpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskan
oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi.          Dasar membangunkan
modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni
seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak
bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
serta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku
Menteri Pelajaran.


 UMS
TZ10103

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac
2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua
mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran
terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan
dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2010). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman
yang serba maju dan canggih kini.




       REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN
                                                Komunikasi
                                         Penggabungjalinan
                                         kemahiran bahasa secara
                                         lisan dan bukan lisan semasa
           Sains & Teknologi             berinteraksi                    Kerohanian, Sikap &
       Penguasaan pengetahuan sains,                                            Nilai
       kemahiran dan sikap saintifik
                                                                          Penghayatan amalan
       Penguasaan pengetahuan dan                                         agama,
       kemahiran matematik
                                                                          kepercayaan, sikap
       Penguasaan pengetahuan dan
                                                                          dan nilai
       kemahiran berasaskan
       teknologi                                  Insan
                                               seimbang                      Kemanusiaan
             Perkembangan                                                 Penguasaan ilmu dan
            Fizikal & Estetika                                            amalan tentang
       Perkembangan jasmani dan                                           kemasyarakatan dan alam
       kesihatan untuk kesejahteraan                                      sekitar setempat, negara
       diri                                                               dan global
                           imaginasi,
       Pemupukan daya imaginasi,                                          Penghayatan semangat
       kreativiti, bakat dan apresiasi
       kreativiti,                                                        patriotisme dan perpaduan
                                            Keterampilan Diri
                                         Pemupukan kepimpinan dan
                                         sahsiah diri melalui aktiviti                                2
                                         kurikulum dan kokurikulum




                                             (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)


 UMS
TZ10103

Berdasarkan rekabentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat terdapat enam tunjang
yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif
dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai
penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan
setiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan
kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang
dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa
pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik
darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid
dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

       Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya
mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati
identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang
fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu
yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi
teras kepada ini.

       Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan
Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya
memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang
perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan
(sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and
renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,
budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras
kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam
dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,
Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu,
 UMS
TZ10103

kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam
Sekitar.

       Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satua agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti
mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik,
rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri
ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti
(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah
mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti
sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam
penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai
pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

       Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi
murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari
dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang
pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu
dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga
perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan
apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi
dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya
pendidikan seni visual da muzik.

       Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk Tunjang
Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak
cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan

 UMS
TZ10103

ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains,
kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor
dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid
mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan
kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang
untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh
diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,
globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan
masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet
tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu
digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat
(transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

INSANKSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard
Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Penekanan adalah elemen
yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan
komunikasi. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktor
seperti;                                                                                     ;


           a)   Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
           b)   Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
           c)   Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

           d)   Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
           e)   Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran,
sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan dengan buku teks.

 UMS
TZ10103

Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripada
Standard Kandungan      dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran (Exemplar)turut
disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta
Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan
buku teks.
       Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid
sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-
guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan

       Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang
telah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan
inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian
perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya
saing. Fokus utama KSSR iaah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap
dan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada
pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks,
perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah
berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.




2.2 RUMUSAN

Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum
pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan
datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu,
penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan
mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi
negara ke arah negara maju.



 UMS
TZ10103



FIKIR!                     Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan perbandingan antara KBSR dan KSSR dari aspek;

      a)     bentuk
      b)     organisasi
      c)     kandungan
      d)     peruntukan masa
      e)     pedagogi
      f)     pentaksiran
      g)     pengurusan kurikulum
      h)     bahan




UMS

Contenu connexe

Tendances

Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiIzzyanSyazwani
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Nota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi PembelajaranNota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi Pembelajaranadeendra
 
小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520
小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520
小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520Joseph Ting Ik Leong
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRأمير الشفيق
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pcik noorlyda
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 

Tendances (20)

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Langkah Pembelajaran Masteri
Langkah Pembelajaran MasteriLangkah Pembelajaran Masteri
Langkah Pembelajaran Masteri
 
Nota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi PembelajaranNota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi Pembelajaran
 
小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520
小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520
小学华文课程标准 Bc y1-y5_20130520
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 

Similaire à 55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-

Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996Tan C.EAN
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia kebahagiaanaisyah
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 
sosiologi-pendidikan
sosiologi-pendidikan sosiologi-pendidikan
sosiologi-pendidikan CG Muhammad
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaJarAbdulRahim
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Nur Syamimi Ahmad Othman
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 

Similaire à 55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2- (20)

Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
 
Ctu dasar2
Ctu dasar2Ctu dasar2
Ctu dasar2
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
sosiologi-pendidikan
sosiologi-pendidikan sosiologi-pendidikan
sosiologi-pendidikan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Peng. m'sia presentation
Peng. m'sia presentationPeng. m'sia presentation
Peng. m'sia presentation
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 

55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-

  • 1. TZ10103 TOPIK 2: PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR __________________________________________________ HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat; 1. Menjelaskan kronologi perkembangan kurikulum bermula daripada Kurikulum Lama Sekolah rendah (KLSR) hingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Mengetahui faktor-faktor penyebab perubahan sesuatu kurikulum. 3. Menghuraikan implikasi perubahan kurikulum dari aspek pembangunan murid murid sejajar dengan perkembangan globalisasi. PENGENALAN Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukan dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. "…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." (Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] UMS
  • 2. TZ10103 Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira keadaan dan kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang kurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi keperluan dalam sistem masyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap yang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah. Pendidikan dalam kalangan kanak- kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran kendiri, perhubungan dengan individu serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yang tinggi. Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkan kurikulum kepada para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistem pendidikan di negara kita. 2.1 SEJARAH KURIKULUM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). UMS
  • 3. TZ10103 Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu. 2.1.1 Kronologi Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan hasil daripada Ordinan Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak (1956). Laporan ini menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah – sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru – guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan 2.1.2 Laporan Rahman Talib (1960) Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan UMS
  • 4. TZ10103 dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran (1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu; 1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma 2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. 3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. 4. Murid naik darjah secara otomatik 5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. 6. Pendidikan akhlak dititikberatkan. 2.1.3 Laporan Hussein Onn (1971) " Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah- sekolah aliran Inggeris”. (Laporan Hussein Onn, 1971) Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara. UMS
  • 5. TZ10103 “ Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua”. (Laporan Hussein Onn, 1971) Secara amnya, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. UMS
  • 6. TZ10103 2.1.4 Jawatankuasa Kabinet (1979) Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ialah Menteri Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988. Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 adalah seperti berikut; 1. Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) 2. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini 3. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia 4. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional 5. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun 6. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu UMS
  • 7. TZ10103 sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992dan mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum. UMS
  • 8. TZ10103 Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut: (a) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa dipertingkatkan, serta memupuk nilai murni (b) Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik) (c) Kadar pemgembangan murid adalah mengikut individu (d) Kebolehan minat dan keperluan murid yang pelbagai diambil kira. 2.1.5 Akta Pendidikan (1996) Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi : “ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “ FIKIR! Penerokaan Lanjutan 1. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan semakan semula Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1982 yang membawa kepada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 1989. UMS
  • 9. TZ10103 REKA BENTUK KURIKULUM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH KOMUNIKASI Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira) MURID MANUSIA DENGAN ALAM PERKEMBANGAN DIRI SEKELILINGNYA INDIVIDU Kerohanian, Nilai dan Sikap Kesenian dan Rekreasi Kemanusiaan dan Muzik Persekitaran Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Jasmani Pendidikan Moral Kemahiran Hidup Pendidikan Sivik & (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) UMS
  • 10. TZ10103 Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan pelbagai modul pembelajaran telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai alternatif membantu guru-guru memahami dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Antara modul tersebut ialah (a) Modul Akses Pembelajaran Kendiri (b) Belajar Cara Belajar (c) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (d) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (e) Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran (f) Pembelajaran Secara Kontruktivisme (g) Pembelajaran Secara Kontekstual (h) Pembelajaran Masteri (i) Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sehubungan dengan itu, sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran bagi semua mata pelajaran KBSR edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi Huraian Sukatan Pelajaran pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi setiap Tahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). UMS
  • 11. TZ10103 Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara umumnya, perubahan besar penggunaan KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah; (a) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran (b) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian (c) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran (d) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat (e) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan (f) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah. (g) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. FIKIR! Penerokaan Lanjutan 1. Bincangkan kepentingan elemen kesepaduan diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari aspek pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid . UMS
  • 12. TZ10103 2.1.6 Transformasi Kurikulum Pendidikan ” Proses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah- sekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar,” (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, 2010) Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikan murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalam pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang sama mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu proses perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan keperluan semasa. Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas implikasi arus globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini UMS
  • 13. TZ10103 TRANSFORMASI PENDIDIKAN (ELEMEN – ELEMEN PEMBENTUKAN KSSR) BENTUK BAHAN ORGANISASI PENGURUSAN KSSR KANDUNGAN KURIKULUM PERUNTUKAN PENTAKSIRAN MASA PEDAGOGI (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010) Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal berpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. UMS
  • 14. TZ10103 Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa Sains & Teknologi berinteraksi Kerohanian, Sikap & Penguasaan pengetahuan sains, Nilai kemahiran dan sikap saintifik Penghayatan amalan Penguasaan pengetahuan dan agama, kemahiran matematik kepercayaan, sikap Penguasaan pengetahuan dan dan nilai kemahiran berasaskan teknologi Insan seimbang Kemanusiaan Perkembangan Penguasaan ilmu dan Fizikal & Estetika amalan tentang Perkembangan jasmani dan kemasyarakatan dan alam kesihatan untuk kesejahteraan sekitar setempat, negara diri dan global imaginasi, Pemupukan daya imaginasi, Penghayatan semangat kreativiti, bakat dan apresiasi kreativiti, patriotisme dan perpaduan Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti 2 kurikulum dan kokurikulum (Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010) UMS
  • 15. TZ10103 Berdasarkan rekabentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, UMS
  • 16. TZ10103 kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satua agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual da muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan UMS
  • 17. TZ10103 ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. INSANKSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktor seperti; ; a) Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. b) Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. c) Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). d) Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. e) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran, sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan dengan buku teks. UMS
  • 18. TZ10103 Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran (Exemplar)turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru- guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang telah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Fokus utama KSSR iaah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum. 2.2 RUMUSAN Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. UMS
  • 19. TZ10103 FIKIR! Penerokaan Lanjutan 1. Bincangkan perbandingan antara KBSR dan KSSR dari aspek; a) bentuk b) organisasi c) kandungan d) peruntukan masa e) pedagogi f) pentaksiran g) pengurusan kurikulum h) bahan UMS