SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
Télécharger pour lire hors ligne
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
2012
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 1
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1. PENGENALAN 2
2. DEFINISI 3
3. MATLAMAT 4
4. OBJEKTIF 4
5. PUNCA DAN BIDANG KUASA 4
6. PELANTIKAN GURU PEMULIHAN /
GURU PEMULIHAN KHAS 5
7. PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 7
8. PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS 10
9. PERANAN PENTADBIR 13
10. PENUTUP 17
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 – Contoh Surat Pelantikan Guru Pemulihan 18
LAMPIRAN 2 – Cadangan Plan Susun Atur Perabot
Dan Peralatan Dalam Kelas Pemulihan Khas 19
LAMPIRAN 3 - Borang Pencalonan Kemasukan ke Program
Pemulihan Khas / Program LINUS 20
LAMPIRAN 4 - Profil Murid Pemulihan Khas / Program LINUS 21
LAMPIRAN 5 - Borang Pengumpulan Maklumat 23
LAMPIRAN 6 - Rekod Prestasi Ujian Diagnostik 25
LAMPIRAN 7 - Rekod Prestasi Individu 27
LAMPIRAN 8 - Borang Skor Ujian Saringan Bahasa Malaysia 28
LAMPIRAN 9 - Borang Skor Ujian Saringan Matematik (IKAM) 29
LAMPIRAN 10 -Surat Siaran yang berkaitan Program Pemulihan 30
Khas
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 2
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
1. PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di
sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran
iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan
satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan
memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan
dalam kelas.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras
Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat :
Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa
pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai
kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas
pemulihan khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang
mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah
sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu
kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi
masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik.
Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 3
menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai
tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.
2. DEFINISI
2.1 Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami
masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks
disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh
guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
( KPM 2001)
2.2 Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
Guru Pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang
menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di
universiti, institut perguruan mahu pun institut pendidikan guru
sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya Guru
Pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam
penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira)
2.3 Murid Pemulihan Khas
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984); murid pemulihan ialah
mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap
pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif
terhadap pembelajaran.
Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific Programme of
education Innovation for development” (1987) yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 4
ialah:
“Those that are categorised as having learning problems generally
display a disability in areas such as reading, spoken or written
language, mathematics and in skills related to perceptual processes
in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas,
some children find learning a difficult task.”
3 Matlamat
Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali
murid berkeperluan khas.
4 Objektif
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
4.1 menguasai kemahiran asas 3M
4.2 meneruskan pembelajaran di kelas biasa
4.3 membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap
pembelajaran.
5. Punca dan Bidang Kuasa
Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang berkaitan dengan Program
Pemulihan Khas)
5.1 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8594/PK/Jld.11(32) bertarikh 22 Jan.1985
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
5.2 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld. V(26) bertarikh 28 Jan.1986
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
5.3 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 5
5.4 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah
KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(34)bth.30 Jun 1989
(Guru Khas Pemulihan Khas Dan Penubuhan Kelas Khas
Pemulihan Di Sekolah Rendah)
5.5 Surat Siaran Bahagian Perkembangan Kurikulum
KP(BPK)400-32/6Jld.3 (61)
[Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1
Di Sekolah Rendah]
5.6 Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(1)bth. 23 Mac 2012
[Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan
Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)]
5.7 Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(18)bth. 03 Julai 2012
(Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS)
5.8 Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas
KPM.BPKHAS.300-2/2/3 (24) bth. 29 Oktober 2012
(Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012)
6. PELANTIKAN GURU PEMULIHAN / GURU PEMULIHAN KHAS
6.1 Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam melantik Guru
Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
6.1.1 Sijil Kursus Asas Pemulihan Khas yang dianjurkan
oleh KPM / JPN / PPD atau
6.1.2 Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Pemulihan
Khas 14 Minggu atau
6.1.3 Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) Pemulihan Khas 6
Bulan atau
6.1.4 Diploma Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KDP Sijil
Perguruan Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KSPK)
1 tahun). atau
6.1.5 Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Khas ( KPLI )
atau
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 6
6.1.6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Pemulihan
Khas)
atau
6.1.7 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
Pemulihan
6.1.8 Sekiranya seseorang guru pemulihan tidak
mempunyai kelayakan seperti di atas, maka
pengalaman mengajar Kelas Pemulihan Khas
sekurang-kurangnya 3 tahun boleh diambilkira.
6.2 Format Pelantikan
Pelantikan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas dilaksanakan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri secara bertulis. Surat pelantikan
hendaklah mengikut format surat pelantikan perjawatan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.
Guru besar perlu memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
jika terdapat kekosongan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
di sekolah.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 7
7. PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Proses pelaksanaan Program Pemulihan Khas adalah seperti dalam
carta aliran berikut:
CCAARRTTAA AALLIIRRAANN PPEELLAAKKSSAANNAAAANN
PPRROOGGRRAAMM PPEEMMUULLIIHHAANN KKHHAASS
Belum
Menguasai
Kemahiran
3M
Meneruskan
Pengajaran
Pemulihan
Sudah Menguasai
Kemahiran 3M
Belum Menguasai
Kemahiran 3M
Pencalonan &
Pengumpulan
Maklumat
Ujian
Saringan
Ujian Diagnostik dan
Ujian Pengamatan
Analisa Ujian Diagnostik &
Ujian Pengamatan
Penyediaan Rancangan
Pengajaran
Pengajaran Dan
Pembelajaran
Penilaian
Kelas Biasa (Kerja Susulan)
Sudah Menguasai
Kemahiran 3M
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 8
7.1 Pencalonan Murid
7.1.1 Pencalonan murid adalah berdasarkan kepada pencapaian dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.
7.1.2 Pencalonan daripada guru matapelajaran / guru kelas
7.2 Pengumpulan Maklumat Murid
7.2.1 Maklumat dan prestasi akademik murid akan
menentukan murid tersebut perlu mengikuti Program
Pemulihan Khas.
7.2.2 Maklumat berkaitan murid boleh diakses melalui Aplikasi
Pangkalan Data Murid(APDM)
7.3 Penilaian
7.3.1 Saringan dan Pelepasan
a) Fungsi Saringan:
Menentukan calon yang layak untuk mengikuti Program
Pemulihan Khas
 Tahap Satu – Saringan LINUS
 Tahap Dua – Instrumen Penentu Penguasaan Dua
Menulis dan Membaca (IPP2M) dan Instrumen
Kemahiran Asas Matematik(IKAM)
b) Fungsi Pelepasan
Instrumen yang disediakan dari semasa ke semasa oleh
Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk penyelarasan dan
penyeragaman ujian pelepasan yang seragam bagi
kebolehpercayaan pengumpulan data.
c) Instrumen Tahap Dua dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 9
7.3.2 Ujian Diagnostik
a) Fungsi:
Ujian Diagnostik perlu dijalankan untuk membantu Guru
Pemulihan / Guru Pemulihan Khas mengesan aras
kelemahan dan kekuatan murid secara khusus.
b) Instrumen:
Ujian Diagnostik disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sebagai panduan, guru boleh merujuk kepada Buku
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah
Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).
c) Ujian Pengamatan
Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindakbalas pancaindera. Ujian ini disediakan
untuk membantu mengesan murid membeza, mengumpul
dan membuat penumpuan sebagai persediaan untuk
mengikuti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai panduan
guru boleh merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M)
terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia (2000).
d) Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
Guru boleh merancang pembelajaran dan pengajaran murid
berdasarkan analisa ujian diagnostik.
7.4 Penyimpanan Rekod
Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan
berkesan, penyimpanan rekod kemajuan setiap murid adalah
sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan pembelajaran
dan pengajaran serta penilaian.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 10
7.5 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS perlu dijalankan oleh Guru Pemulihan / Guru Pemulihan
Khas dengan menyimpan semua dokumen untuk rujukan guru.
7.6 Tindakan Susulan
7.6.1 Murid-murid Pemulihan Khas melepasi Ujian
Saringan/Pelepasan akan dikembalikan semula ke kelas
arus perdana.
7.6.2 Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas sentiasa memantau
perkembangan pembelajaran murid yang telah menguasai
kemahiran 3M.
7.7 Murid Berkeperluan Khas
Murid Pemulihan Khas yang telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri
murid berkeperluan khas dan telah disahkan oleh pengamal
perubatan akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas.
8. PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS
8.1 Jadual Waktu
8.1.1 Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu
a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan
kelas berpandukan jadual waktu induk sekolah.
b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia
dan Matematik.
c) Jadual waktu mestilah dipamerkan di ruang
pengurusan dalam bilik darjah.
d) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada
Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah
8.1.2 Agihan Waktu Mengajar
a) 900 minit ke 1020 minit termasuk waktu persediaan
120 minit.
b) Agihan waktu mengajar bergantung kepada
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 11
keperluan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Matematik serta jumlah murid Pemulihan Khas.
c) Bagi sekolah yang mempunyai 2 sesi persekolahan:
I. Jika sekolah mempunyai 2 orang Guru
Pemulihan atau lebih guru boleh diagihkan
mengikut sesi persekolahan yang ditentukan
oleh pentadbir sekolah.
II. Jika sekolah mempunyai seorang guru, Guru
Pemulihan hendaklah memberi keutamaan
kepada murid Tahap 1,
III. Guru Pemulihan boleh berada di kedua-dua
sesi mengikut kesesuaian.
8.1.3 Jumlah Murid Dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Jumlah murid dalam pembelajaran dan pengajaran
hendaklah tidak melebihi 15 orang. Walau bagaimanapun
jumlah yang paling sesuai adalah tidak melebihi daripada
10 orang murid pada setiap sesi pembelajaran.
8.2 Pengurusan Fail
8.2.1 Tahap 1
Mengikut sistem fail dalam program LINUS
8.2.2 Tahap 2
Fail-fail seperti berikut perlu disediakan.
a. Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen
seperti berikut:
i. Borang Pencalonan.
ii. Profil Murid Pemulihan Khas.
iii. Ujian Saringan dan Diagnostik
iv. Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
v. IPMBDP dan ISD
vi. Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
vii. Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan
murid.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 12
b. Fail Lembaran Kerja Bahasa Malaysia / Matematik
(disediakan secara individu)
c. Fail Data Prestasi Murid (Individu) dan Kelas
d. Fail Perancangan Program Pemulihan Khas
merangkumi :
i. Pelan Tindakan Program
ii. Takwim program
iii. Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun
iv. Jadual Waktu
v. Borang Tindakan Susulan
e. Fail Pengurusan
Contoh: surat keluar / masuk
8.3 Rekod Kedatangan Murid
8.3.1 Rekod Kedatangan Murid di kelas Pemulihan Khas
hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid
setiap hari.
8.3.2 Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan
kehadiran murid ke kelas Pemulihan Khas.
8.4 Peruntukan Kewangan
8.4.1 Dasar Sedia Ada:
Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling“(Pekeliling Kewangan Bil:2/91 –
KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk
bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak
menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap
kecerdasan dan kebolehannya.
8.4.2 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG
bagi Bahasa Malaysia dan Matematik digunasama oleh Guru
Pemulihan untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk
Kelas Pemulihan Khas.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 13
8.5 Naik taraf kelas dan Peralatan
8.5.1 Program Pemulihan Khas telah menerima peruntukan naik
taraf dan peralatan melalui [RMK9/High-Impact Project-
(HIPs)].
8.5.2 Peralatan yang diterima oleh Program pemulihan Khas
perlu direkodkan inventorinya dan peralatan tersebut
hendaklah berada di dalam kelas pemulihan khas.
8.5.3 Kelas Pemulihan Khas yang telah dinaiktaraf melalui RMK9 /
HIPs perlu dikekalkan walaupun sekolah mendapat
bangunan baru yang mempunyai bilik pemulihan khas
kecuali dengan mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran
Negeri.
9. PERANAN PENTADBIR
9.1 Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
9.1.1 Memastikan semua sekolah rendah yang
diperuntukkan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan
Khas mengikut keperluan dipatuhi. Jawatan tersebut
adalah di luar norma.
9.1.2 Memastikan semua Guru Pemulihan / Guru
Pemulihan Khas di negeri melaksanakan Program
Pemulihan Khas dengan berkesan.
9.1.3 Bekerjasama dengan Sektor Pengurusan sekolah
yang menguruskan penempatan dan pertukaran
Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas.
9.1.4 Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah JPN.
9.1.5 Memastikan semua Guru Besar / pentadbir
memahami prosedur pelaksanaan Program
Pemulihan Khas.
9.1.6 Mengumpul, menyemak dan membuat analisa data
berkaitan Program Pemulihan Khas.
9.1.7 Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang
belum menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 14
9.1.8 Memberi penekanan agar Guru Besar memastikan
pengajaran dan pembelajaran pemulihan dalam
kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing.
9.1.9 Memastikan semua guru Pemulihan / Pemulihan
Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
9.1.10 Melakukan pemantauan Program Pemulihan Khas
secara berkala.
9.1.11 Merancang dan melaksanakan kursus/bengkel untuk
Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas.
9.1.12 Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan Program Pemulihan Khas.
9.1.13 Menyediakan laporan berkala pencapaian Program
Pemulihan Khas untuk dihantar ke Bahagian
Pendidikan Khas, KPM
9.2 Peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
9.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Program Pemulihan
Khas dan memastikan ia berfungsi sepenuhnya.
9.2.2 Memastikan semua Guru Pemulihan/ Guru Pemulihan
Khas melaksanakan Program Pemulihan Khas
dengan berkesan.
9.2.3 Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD.
9.2.4 Memastikan semua Guru Besar memahami prosedur
pelaksanaan Program Pemulihan Khas.
9.2.5 Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang
belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah.
9.2.6 Memberi penekanan agar Guru Besar memastikan
pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam
kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing.
9.2.7 Menjalankan pemantauan secara berkala di Program
Pemulihan Khas.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 15
9.2.8 Menyediakan laporan berkala pencapaian Program
Pemulihan Khas kepada JPN.
9.3 Peranan Guru Besar
9.3.1 Memastikan Program Pemulihan Khas dijalankan
mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
9.3.2 Memastikan Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah
di tubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa
tersebut.
9.3.3 Mengenalpasti dan mencalonkan guru yang
berkelayakan sebagai Guru Pemulihan / Guru
Pemulihan Khas.
9.3.4 Memastikan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
9.3.5 Sekiranya Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
cuti bersalin, cuti sakit berpanjangan, berkursus atau
menunaikan haji, Guru Besar perlu melantik seorang
guru ganti dan memastikan kelas pemulihan khas
dilaksanakan.
9.3.6 Guru bermasalah kesihatan, guru bermasalah disiplin,
guru kontrak, guru jawatan dalam kumpulan (pool)
tidak boleh dilantik sebagai Guru Pemulihan / Guru
Pemulihan Khas.
9.3.7 Guru Besar hendaklah menentukan Guru Pemulihan /
Guru Pemulihan Khas tidak dibebani dengan tugas-
tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas
Pemulihan Khas (seperti Pengerusi Buku Teks,
Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan, Setiausaha
Peperiksaan, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Guru
Data, Guru Kelas, Guru Disiplin, Setiausaha PIBG)
9.3.8 Kelas Pemulihan Khas TIDAK BOLEH DITUTUP oleh
pihak sekolah tanpa mendapat kebenaran daripada
pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian
Pelajaran Malaysia [Surat Siaran
KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)].
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 16
9.3.9 Program Pemulihan Khas sebagai salah satu Sasaran
Kerja Tahunan (SKT) Guru Besar.
9.3.10 Memastikan semua guru memahami prosedur
pelaksanaan Program Pemulihan Khas.
9.3.11 Memastikan data dikemukakan ke Pejabat Pelajaran
Daerah pada waktu yang ditetapkan.
9.3.12 Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan
untuk Kelas Pemulihan Khas ditempatkan di dalam
Kelas Pemulihan Khas.
9.3.13 Memantau dan mencerap pelaksanaan Program
Pemulihan Khas secara berkala.
9.3.14 Menyediakan kemudahan fizikal untuk Program
Pemulihan Khas seperti:
i) Sebuah bilik darjah yang kondusif dengan
keluasan 3 bay
ii) Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan
seperti dalam perkara (i) di atas hendaklah
mengadakan ruang yang bersesuaian
9.3.15 Memastikan peruntukan kewangan daripada PCG
Bahasa Malaysia, Matematik dan Bimbingan dan
Kaunseling kepada Program Pemulihan Khas.
9.3.16 Memastikan Kelas Pemulihan Khas tidak DITUTUP,
dan mengarah Guru Pemulihan / Guru Pemulihan
Khas menggantikan guru yang tidak hadir /
berkursus / bersalin / sakit berpanjangan dan
sebagainya ke sekolah pada tempoh yang panjang.
9.4 Peranan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
9.4.1 Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
9.4.2 Memastikan murid tahap 1 dan tahap 2 menguasai
kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT)
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 17
9.4.3 Menjalankan (IPMBDP) dan ISD kepada murid yang
kebarangkalian mempunyai ciri-ciri bekeperluan khas
9.4.4 Membantu guru-guru mata pelajaran dalam
mengenalpasti murid-murid yang perlu mengikuti program
pemulihan khas.
9.4.5 Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran,
guru bimbingan, ibubapa dan pihak-pihak lain untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap
kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang
murid.
9.4.6 Bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Program
Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.
9.4.7 Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai Program
Pemulihan Khas di peringkat sekolah.
9.4.8 Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh
KPM/JPN/PPD
10. PENUTUP
Garis Panduan ini mencadangkan tatacara dan amalan yang patut diikuti
oleh semua Guru Pemulihan dan juga semua pihak yang terlibat
dengan pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan akan dikemaskinikan
dari semasa ke semasa. Diharapkan ianya dapat memberi manfaat
kepada semua pihak demi membantu murid-murid yang menghadapi
masalah penguasaan asas 3M.
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 18
LAMPIRAN 1
LETTER-HEAD JPN
Ruj. JPN:
Tarikh :
Tuan/Puan/Encik/Cik
----------------------------------
(No. KP :..........................)
Melalui dan Salinan:
Guru Besar
......................................
......................................
Tuan/Puan,
PERLANTIKAN GURU PEMULIHAN
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik ........................................(No. KP
:.............................) telah dilantik sebagai Guru Pemulihan di SK.............................mulai
.................................
3. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
Kelas Pemulihan Khas secara sepenuh masa agar matlamat Program Pemulihan Khas untuk
membasmi masalah penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira) tercapai.
4. Komitmen dan kerjasama di antara tuan/puan dan pihak sekolah adalah diminta agar
kelicinan dan kejayaan Program Pemulihan Khas di sekolah ini sentiasa dapat dipertingkatkan.
5. Pelantikan ini hendaklah dipatuhi. Sebarang pertukaran Guru Pemulihan , mestilah
dirujuk kepada Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri untuk kelulusan.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
..................................................
( )
JPN.................
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 19
LAMPIRAN 2
CADANGAN PELAN SUSUN ATUR PERABOT DAN
PERALATAN DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS
15 19
1&2
5
20 21
16
6&7 11
12 9 17
13
17
8
10 20 21 17
3& 4
18 9 18 14
1. Meja Guru
2. Kerusi Guru
3. Kerusi Komputer
4. Meja Komputer
5. Meja Bulat / Meja Jepun
6. Meja Murid
7. Kerusi Murid
8. Meja Kerel
9. Rak ‘Multipurpose:’
10. Rak Buku
11. Rak Fail
12. White Board
13. White Board Esel Adjustable
14. Rak TV & VCD
15. Cermin Muka /Sinki
16. Cermin Tegak
17. Softboard
18. Rak Carta
19. Rak Manipulatif
20. Carpet
21. Display Board
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 20
LAMPIRAN 3
BORANG PENCALONAN
KEMASUKAN KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SESI (20....)
1. Nama Sekolah : ...........................................................................
2. Nama Murid : ...........................................................................
3. Kelas : ...........................................................................
4. Umur : ...........................................................................
5. Jantina : ...........................................................................
6. Jumlah Kedatangan : ...........................................................................
7. Sebab-sebab dicalonkan ke Program Pemulihan Khas
(Tandakan  pada kotak yang sesuai)
7.1. Gagal IPP2M Markah pelepasan II
(Nyatakan skornya)
7.2. Tidak melepasi Saringan Konstruk
(Nyatakan konstruk)
7.3. Masalah Kesihatan Nyatakan:............................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
7.4 Cadangan guru mata pelajaran
7.5. Permintaan ibu bapa
7.6. Cadangan Guru Besar
7.7. Lain-lain Nyatakan:.............................
...........................................
Tanda Tangan Guru Kelas: Tarikh : ..............................
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 21
LAMPIRAN 4
PROFIL MURID PEMULIHAN KHAS
A. Latar belakang Umum
1. Nama:..............................................................................
2. Umur:.......... tahun...........bulan. Tarikh Lahir:...............
3. Tempat dilahirkan:...........................................................
4. Jantina:............................................................................
5. Agama:............................................................................
6. Tarikh Masuk Sekolah:...................................................
7. Alamat Rumah:................................................................
8. Bandar/Luar Bandar:................Jauh dari sekolah:..........
9. Cara ke sekolah:..............................................................
10. Pekerjaan Bapa/Penjaga:................................................
11. Latar belakang Pendidikan:.............................................
(Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti)
12. Duduk Dengan Siapa:.....................................................
13. Bahasa Ibunda:...............................................................
14. Bahasa yang digunakan di rumah:..................................
15. Bilangan kanak-kanak di rumah:.....................................
16. Laki-laki:.......................Perempuan:................................
17. Bilangan penghuni dalam rumah:....................................
18. Kedudukan dalam keluarga:............................................
(Sulung, Tunggal, Bungsu dan sebagainya)
19. Bilangan anak ke sekolah dalam keluarga:.....................
20. Bantuan belajar di rumah:...............................................
21. Pengalaman Prasekolah:................................................
22. Sejarah Kelahiran:..........................................................
.........................................................................................
(Pramatang, overdew, demam panas, songsang,
kecederaan, lemas, penyakit kronik, dll )
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 22
B. Makanan Di Rumah
1. Sarapan : Ada/Tiada
2. Makan Tengahari : Ada/Tiada
3. Makan Malam : Ada/Tiada
C. Penggunaan Masa Lapang Serta Pendidikan Umum Di Rumah
Permainan: 1) Luar Rumah: ................................
........................................................
........................................................
........................................................
........................................................
Dalam Rumah: ...............................
........................................................
........................................................
........................................................
........................................................
1. TV : Ada/Tiada Video : Ada/Tiada
2. Radio : Ada/Tiada Perakam : Ada/Tiada
3. Komputer : Ada/Tiada Astro : Ada/Tiada
4. Surat Khabar : Ada/Tiada Bahasa:..........................
5. Majalah : Ada/Tiada Bahasa:..........................
6. Buku-Buku : Ada/Tiada Bahasa:..........................
D. Rumah/Perabot
1. Kuasa elektrik : Ada/Tiada
2. Bekalan Air : Paip/Telaga/Taliair/Sungai/Lombong
3. Kerusi : Ada/Tiada
4. Meja : Ada/Tiada
5. Jumlah Bilik :...............................................................
6. Jenis Rumah :...............................................................
Tandatangan Guru Pemulihan Khas:............................
(Potong mana yang tidak berkenaan)
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 23
LAMPIRAN 5
KELAS PEMULIHAN KHAS
BORANG PENGUMPULAN MAKLUMAT
TAHUN :-........................
NAMA MURID :..............................................................................
KELAS :..............................................................................
Maklumat dari :-
1. REKOD-REKOD SEKOLAH
i.Peribadi
ii.Prestasi
iii.Kesihatan
2. PERBINCANGAN DENGAN GURU BESAR
3. PERBINCANGAN DENGAN GURU KELAS
4. PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
5. BORANG RUJUKAN
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 24
6. PEMERHATIAN GURU PEMULIHAN
CATATAN
TERIMA TIDAK TERIMA
(Pada kotak yang sesuai tandakan dengan /)
Tandatangan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas:- _______________________
Nama Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas :-_______________________
Tarikh :-_________________
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 25
LAMPIRAN 6
KELAS PEMULIHAN KHAS
REKOD PRESTASI UJIAN DIAGNOSTIK
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA / MATEMATIK
TAHUN : ___________________
BIL
KEMAHIRAN YANG DIUJI
NAMA MURID
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 26
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3
BIL
NAMA MURID BIL NAMA MURID BIL NAMA MURID
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3
BIL
NAMA MURID BIL NAMA MURID BIL NAMA MURID
Nama Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas :-_____________________________
Tandatangan :-_________________________
Disahkan oleh :-_____________________________
(Guru Besar)
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 27
LAMPIRAN 7
KELAS PEMULIHAN KHAS
REKOD PRESTASI INDIVIDU
NAMA : -_____________________________________
TAHUN :-______________________________________
MATA PELAJARAN :-BAHASA MALAYSIA / MATEMATIK
BIL KEMAHIRAN YANG DIUJI TARIKH MARKAH CATATAN
Nama Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas :____________________________________
Tandatangan :_________________________
Disahkan oleh :_________________________
(Guru Besar)
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 28
LAMPIRAN 8
Borang Skor USBM(SR)
SKOR UJIAN SARINGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH
( MENGGUNAKAN IPP2M )
Kod Sekolah :...................... Daerah :..................................
Nama Sekolah :................................................................. No. Tel.:..................................
Bil
Nama Murid
(Susun ikut rangking markah
Tertinggi di atas)
Thn.
Jantina Kaum
Jumlah
Kehadiran
Tahun
Lepas
Bagi Skor
0 - 9
Skor (Tanda / )
L P M C I L 0 - 9 10-45 46-60
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
........................................... ........................................
Nama:
Guru Pemulihan Guru Besar
Cop Jawatan:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA:
SKOR 0 – 9 .. .. .. DICADANGKAN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SKOR 10 – 45 .. .. .. MASUK KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SKOR 46 – 60 .. .. .. KELAS BIASA
* Perbanyakkan borang ini jika tidak mencukupi
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 29
LAMPIRAN 9
SKOR UJIAN SARINGAN MATEMATIK
PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH
(MENGGUNAKAN IKAM)
NAMA :_________________________________
TARIKH LAHIR :______________________UMUR : ________ TAHUN :___________
SEKOLAH :_________________________________
Bil
Nama Murid
(Susun mengikut markah
tertinggi)
Jantina Kaum
MARKAH LULUS MENGIKUT TOPIK
1 2 3 4
L P M C I L A B C D E F G H
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
........................................... ........................................
Nama:
Guru Pemulihan Guru Besar
Cop Jawatan:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA:
Murid dianggap menguasai kemahiran asas matematik sekiranya lulus semua item yang diuji
* Perbanyakkan borang ini jika tidak mencukupi
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 30
LAMPIRAN 10
7. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8594/PK / Jld.11
(32) bertarikh 22 Jan.1985
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
8. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.
V(26) bertarikh 28 Jan.1986
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
9. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.
V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
10.Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK /
Jld.V(34)bth.30 Jun 1989
(Guru Khas Pemulihan Khas Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan
Di Sekolah Rendah)
11.Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KP/BPK/CPPK/03/02/001/(90)
bth.18 November 2008
(Status Kelas Pemulihan Khas Yang Telah Dinaiktaraf Dan
Penerimaan Peralatan PPSMI Pemulihan Khas)
12.Surat Siaran Bahagian Perkembangan KurikulumKP(BPK)400-32/6Jld.3
(61) bth. 22 April 2010
[Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1
Di Sekolah Rendah]
13.Surat Siaran Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
KPM.BPKHAS.300-2/3/13 bth. 17 Ogos 2011
(Pengesahan Murid Berkeperluan Khas Program LINUS Oleh
Pegawai Perubatan)
14.Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KPM>BPKHAS.300-2/2/3(10)
bth. 08 Ogos 2011
(Pelaksanaan Instrumen Senarai Semak Disleksia)
15.Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPDK)
201/005/02 Jld. 4(1)bth. 23 Mac 2012
[Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan Literasi dan
Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)]
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 31
16.Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPDK)
201/005/02 Jld. 4(18)bth. 03 Julai 2012
(Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS)
17.Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KPM.BPKHAS.300-2/2/3 (24)
bth. 29 Oktober 2012
(Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012)
GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 32

Contenu connexe

Tendances

Pelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi sample
Pelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi samplePelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi sample
Pelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi sampleHaslin Bahkiar
 
Kertas kerja rimup 2019
Kertas kerja rimup 2019Kertas kerja rimup 2019
Kertas kerja rimup 2019junaidah75
 
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxLOMAN5
 
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANABORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANAJanet Jouti
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxSLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxNurulHazwani37
 
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1FaHmi Jengka
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
MODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptx
MODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptxMODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptx
MODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptxTHILAGESWARIAPKANAGA
 
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptxSlide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptxfarah793687
 
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmiKegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmimahandren mahandren
 
Contoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahContoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahNadzari Baharom
 
Laporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainan
Laporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainanLaporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainan
Laporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainanIna Amalina
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmNoor Hayati
 
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014Cikgu Hayati
 
Nota serah tugas guru sekolah rendah
Nota serah tugas guru sekolah rendahNota serah tugas guru sekolah rendah
Nota serah tugas guru sekolah rendahArrah Arrie
 
Program Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KT
Program Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KTProgram Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KT
Program Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KTinclassroom.blogspot.com
 
LAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdfLAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdfWinsonSiau2
 
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberPengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberRicca Bong
 

Tendances (20)

Pelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi sample
Pelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi samplePelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi sample
Pelan strategik pelan tindakan dan pelan operasi sample
 
Kertas kerja rimup 2019
Kertas kerja rimup 2019Kertas kerja rimup 2019
Kertas kerja rimup 2019
 
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
 
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANABORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxSLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
 
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
MODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptx
MODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptxMODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptx
MODUL LATIHAN PSO UNTUK DIRUJUK.pptx
 
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptxSlide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
 
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmiKegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
 
Contoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahContoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolah
 
Laporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainan
Laporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainanLaporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainan
Laporan tahunan kelab/persatuan & sukan/permainan
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebm
 
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
 
Nota serah tugas guru sekolah rendah
Nota serah tugas guru sekolah rendahNota serah tugas guru sekolah rendah
Nota serah tugas guru sekolah rendah
 
Manual pengguna modul pk1
Manual pengguna   modul pk1Manual pengguna   modul pk1
Manual pengguna modul pk1
 
Program Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KT
Program Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KTProgram Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KT
Program Intervensi Lima Langkah (pill) KHB-KT
 
LAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdfLAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdf
 
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberPengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
 

En vedette

Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015
Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015
Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015Mamasyiera Lyne
 
Carta gant pemulihan khas
Carta gant pemulihan khasCarta gant pemulihan khas
Carta gant pemulihan khasZaiwiyah Zay
 
Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...
Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...
Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...Mohd Umzarulazijo Umar
 
Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013
Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013
Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013yusmie
 
Rekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridRekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridjimizalia123456
 
Pemulihan khas( sk gombang)
Pemulihan khas( sk gombang)Pemulihan khas( sk gombang)
Pemulihan khas( sk gombang)Arifah Nur Zul
 
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (hazwaniahmad
 
Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008
Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008
Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008nuranis nabilah
 
Profil ppb individu
Profil ppb individu Profil ppb individu
Profil ppb individu Nor Lia
 
Minit curaitaklimat linus 2013
Minit curaitaklimat linus 2013Minit curaitaklimat linus 2013
Minit curaitaklimat linus 2013yunizar mohammad
 
Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141
Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141
Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141yuva nalajah
 
Skop kerja guru pemulihan khas
Skop kerja guru pemulihan khasSkop kerja guru pemulihan khas
Skop kerja guru pemulihan khasJunidah Sukiman
 
Projek serlah membaca
Projek serlah membacaProjek serlah membaca
Projek serlah membacajasmi jaafar
 
Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)
Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)
Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)Cikgu Hailmi
 
Seperator portfolio pppb
Seperator portfolio pppbSeperator portfolio pppb
Seperator portfolio pppbRavin Ravi
 
CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013
CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013
CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013Teacher Nasrah
 
Contoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor DiriContoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor DiriCikgu Hailmi
 

En vedette (20)

Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015
Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015
Pelan taktikal cakna pemulihan khas 2015
 
Carta gant pemulihan khas
Carta gant pemulihan khasCarta gant pemulihan khas
Carta gant pemulihan khas
 
Fail meja pemulihan
Fail meja pemulihanFail meja pemulihan
Fail meja pemulihan
 
Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...
Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...
Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Band...
 
Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013
Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013
Bahasa melayu lembaran kerja pemulihan khas 2013
 
Rekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridRekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja murid
 
Pemulihan khas( sk gombang)
Pemulihan khas( sk gombang)Pemulihan khas( sk gombang)
Pemulihan khas( sk gombang)
 
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
 
Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008
Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008
Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas 2008
 
Profil ppb individu
Profil ppb individu Profil ppb individu
Profil ppb individu
 
Minit curaitaklimat linus 2013
Minit curaitaklimat linus 2013Minit curaitaklimat linus 2013
Minit curaitaklimat linus 2013
 
Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141
Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141
Minit mesyuarat-linus-kali-pertama-20141
 
Skop kerja guru pemulihan khas
Skop kerja guru pemulihan khasSkop kerja guru pemulihan khas
Skop kerja guru pemulihan khas
 
LITERASI BAHASA KIA2M
LITERASI BAHASA  KIA2MLITERASI BAHASA  KIA2M
LITERASI BAHASA KIA2M
 
Projek serlah membaca
Projek serlah membacaProjek serlah membaca
Projek serlah membaca
 
partition fail guru
partition fail gurupartition fail guru
partition fail guru
 
Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)
Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)
Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)
 
Seperator portfolio pppb
Seperator portfolio pppbSeperator portfolio pppb
Seperator portfolio pppb
 
CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013
CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013
CARTA ORGANISASI PROGRAM LINUS 2013
 
Contoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor DiriContoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor Diri
 

Similaire à Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13

Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khasGaris panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khasKamarudin Kudong
 
Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)
Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)
Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)Mohd Anuar Ibrahim
 
Garis panduan
Garis panduanGaris panduan
Garis panduannani
 
Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1
Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1
Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1skttdi2
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asligemilangfaudzi
 
13. pelaporan pelan tindakan linus
13. pelaporan pelan tindakan   linus13. pelaporan pelan tindakan   linus
13. pelaporan pelan tindakan linusBintun Hj Abdul Aziz
 
Penting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanPenting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanAmirul Naim
 
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Ajis Kadir Ajis Kadir
 
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohPerancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohLina Gan
 
-pelan-taktikal-plc-docx.docx
-pelan-taktikal-plc-docx.docx-pelan-taktikal-plc-docx.docx
-pelan-taktikal-plc-docx.docxmdjais
 
Plan strategik matematik 2014 2016
Plan strategik matematik 2014 2016Plan strategik matematik 2014 2016
Plan strategik matematik 2014 2016Mohd Hafiz Ali
 
Format & contoh p strategik jpn 2014 16
Format & contoh p strategik jpn 2014 16Format & contoh p strategik jpn 2014 16
Format & contoh p strategik jpn 2014 16Zalita A Jamal
 
Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106ciknadiya
 
Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3
Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3
Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3SK Puncak Alam 3
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Mim Hamdan
 

Similaire à Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13 (20)

Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khasGaris panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas
 
Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)
Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)
Garis panduan pemulihan khas melaka 18.05.2012 (1)
 
Gp pemulihanterkini
Gp pemulihanterkiniGp pemulihanterkini
Gp pemulihanterkini
 
Garis panduan
Garis panduanGaris panduan
Garis panduan
 
Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1
Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1
Garis%20panduan%20kelas%20pemulihan%20khas1
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
 
13. pelaporan pelan tindakan linus
13. pelaporan pelan tindakan   linus13. pelaporan pelan tindakan   linus
13. pelaporan pelan tindakan linus
 
Penting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanPenting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihan
 
Modul peralihan
Modul peralihanModul peralihan
Modul peralihan
 
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
 
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohPerancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
 
Plan strategik hoki
Plan strategik hokiPlan strategik hoki
Plan strategik hoki
 
-pelan-taktikal-plc-docx.docx
-pelan-taktikal-plc-docx.docx-pelan-taktikal-plc-docx.docx
-pelan-taktikal-plc-docx.docx
 
Panduan pelaksanaan mmi
Panduan pelaksanaan mmiPanduan pelaksanaan mmi
Panduan pelaksanaan mmi
 
Plan strategik matematik 2014 2016
Plan strategik matematik 2014 2016Plan strategik matematik 2014 2016
Plan strategik matematik 2014 2016
 
Format & contoh p strategik jpn 2014 16
Format & contoh p strategik jpn 2014 16Format & contoh p strategik jpn 2014 16
Format & contoh p strategik jpn 2014 16
 
Pemulihan kelas-biasa-khas
Pemulihan kelas-biasa-khasPemulihan kelas-biasa-khas
Pemulihan kelas-biasa-khas
 
Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106
 
Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3
Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3
Perancangan strategik-ko-kurikulum-sk-subunit-bola-sepak-2014-2016-skpa3
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
 

Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13

  • 1. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2012 Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 1 KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1. PENGENALAN 2 2. DEFINISI 3 3. MATLAMAT 4 4. OBJEKTIF 4 5. PUNCA DAN BIDANG KUASA 4 6. PELANTIKAN GURU PEMULIHAN / GURU PEMULIHAN KHAS 5 7. PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 7 8. PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS 10 9. PERANAN PENTADBIR 13 10. PENUTUP 17 SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN 1 – Contoh Surat Pelantikan Guru Pemulihan 18 LAMPIRAN 2 – Cadangan Plan Susun Atur Perabot Dan Peralatan Dalam Kelas Pemulihan Khas 19 LAMPIRAN 3 - Borang Pencalonan Kemasukan ke Program Pemulihan Khas / Program LINUS 20 LAMPIRAN 4 - Profil Murid Pemulihan Khas / Program LINUS 21 LAMPIRAN 5 - Borang Pengumpulan Maklumat 23 LAMPIRAN 6 - Rekod Prestasi Ujian Diagnostik 25 LAMPIRAN 7 - Rekod Prestasi Individu 27 LAMPIRAN 8 - Borang Skor Ujian Saringan Bahasa Malaysia 28 LAMPIRAN 9 - Borang Skor Ujian Saringan Matematik (IKAM) 29 LAMPIRAN 10 -Surat Siaran yang berkaitan Program Pemulihan 30 Khas
  • 3. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 2 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 1. PENGENALAN Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas. Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM). Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3
  • 4. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas. 2. DEFINISI 2.1 Program Pemulihan Khas “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” ( KPM 2001) 2.2 Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas Guru Pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, institut perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya Guru Pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira) 2.3 Murid Pemulihan Khas Pusat Perkembangan Kurikulum (1984); murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific Programme of education Innovation for development” (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan
  • 5. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 4 ialah: “Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.” 3 Matlamat Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan khas. 4 Objektif Setelah mengikuti program ini murid dapat: 4.1 menguasai kemahiran asas 3M 4.2 meneruskan pembelajaran di kelas biasa 4.3 membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. 5. Punca dan Bidang Kuasa Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang berkaitan dengan Program Pemulihan Khas) 5.1 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8594/PK/Jld.11(32) bertarikh 22 Jan.1985 (Guru Khas Pendidikan Pemulihan) 5.2 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld. V(26) bertarikh 28 Jan.1986 (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah) 5.3 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
  • 6. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 5 5.4 Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(34)bth.30 Jun 1989 (Guru Khas Pemulihan Khas Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah) 5.5 Surat Siaran Bahagian Perkembangan Kurikulum KP(BPK)400-32/6Jld.3 (61) [Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 Di Sekolah Rendah] 5.6 Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(1)bth. 23 Mac 2012 [Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)] 5.7 Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(18)bth. 03 Julai 2012 (Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS) 5.8 Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KPM.BPKHAS.300-2/2/3 (24) bth. 29 Oktober 2012 (Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012) 6. PELANTIKAN GURU PEMULIHAN / GURU PEMULIHAN KHAS 6.1 Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam melantik Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas 6.1.1 Sijil Kursus Asas Pemulihan Khas yang dianjurkan oleh KPM / JPN / PPD atau 6.1.2 Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Pemulihan Khas 14 Minggu atau 6.1.3 Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) Pemulihan Khas 6 Bulan atau 6.1.4 Diploma Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KDP Sijil Perguruan Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KSPK) 1 tahun). atau 6.1.5 Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Khas ( KPLI ) atau
  • 7. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 6 6.1.6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Pemulihan Khas) atau 6.1.7 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pemulihan 6.1.8 Sekiranya seseorang guru pemulihan tidak mempunyai kelayakan seperti di atas, maka pengalaman mengajar Kelas Pemulihan Khas sekurang-kurangnya 3 tahun boleh diambilkira. 6.2 Format Pelantikan Pelantikan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri secara bertulis. Surat pelantikan hendaklah mengikut format surat pelantikan perjawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Guru besar perlu memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri jika terdapat kekosongan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas di sekolah.
  • 8. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 7 7. PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS Proses pelaksanaan Program Pemulihan Khas adalah seperti dalam carta aliran berikut: CCAARRTTAA AALLIIRRAANN PPEELLAAKKSSAANNAAAANN PPRROOGGRRAAMM PPEEMMUULLIIHHAANN KKHHAASS Belum Menguasai Kemahiran 3M Meneruskan Pengajaran Pemulihan Sudah Menguasai Kemahiran 3M Belum Menguasai Kemahiran 3M Pencalonan & Pengumpulan Maklumat Ujian Saringan Ujian Diagnostik dan Ujian Pengamatan Analisa Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan Penyediaan Rancangan Pengajaran Pengajaran Dan Pembelajaran Penilaian Kelas Biasa (Kerja Susulan) Sudah Menguasai Kemahiran 3M
  • 9. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 8 7.1 Pencalonan Murid 7.1.1 Pencalonan murid adalah berdasarkan kepada pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. 7.1.2 Pencalonan daripada guru matapelajaran / guru kelas 7.2 Pengumpulan Maklumat Murid 7.2.1 Maklumat dan prestasi akademik murid akan menentukan murid tersebut perlu mengikuti Program Pemulihan Khas. 7.2.2 Maklumat berkaitan murid boleh diakses melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) 7.3 Penilaian 7.3.1 Saringan dan Pelepasan a) Fungsi Saringan: Menentukan calon yang layak untuk mengikuti Program Pemulihan Khas  Tahap Satu – Saringan LINUS  Tahap Dua – Instrumen Penentu Penguasaan Dua Menulis dan Membaca (IPP2M) dan Instrumen Kemahiran Asas Matematik(IKAM) b) Fungsi Pelepasan Instrumen yang disediakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk penyelarasan dan penyeragaman ujian pelepasan yang seragam bagi kebolehpercayaan pengumpulan data. c) Instrumen Tahap Dua dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 10. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 9 7.3.2 Ujian Diagnostik a) Fungsi: Ujian Diagnostik perlu dijalankan untuk membantu Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas mengesan aras kelemahan dan kekuatan murid secara khusus. b) Instrumen: Ujian Diagnostik disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Sebagai panduan, guru boleh merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). c) Ujian Pengamatan Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindakbalas pancaindera. Ujian ini disediakan untuk membantu mengesan murid membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai persediaan untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai panduan guru boleh merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). d) Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Guru boleh merancang pembelajaran dan pengajaran murid berdasarkan analisa ujian diagnostik. 7.4 Penyimpanan Rekod Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesan, penyimpanan rekod kemajuan setiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan pembelajaran dan pengajaran serta penilaian.
  • 11. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 10 7.5 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) PBS perlu dijalankan oleh Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas dengan menyimpan semua dokumen untuk rujukan guru. 7.6 Tindakan Susulan 7.6.1 Murid-murid Pemulihan Khas melepasi Ujian Saringan/Pelepasan akan dikembalikan semula ke kelas arus perdana. 7.6.2 Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas sentiasa memantau perkembangan pembelajaran murid yang telah menguasai kemahiran 3M. 7.7 Murid Berkeperluan Khas Murid Pemulihan Khas yang telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas dan telah disahkan oleh pengamal perubatan akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas. 8. PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS 8.1 Jadual Waktu 8.1.1 Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas berpandukan jadual waktu induk sekolah. b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. c) Jadual waktu mestilah dipamerkan di ruang pengurusan dalam bilik darjah. d) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah 8.1.2 Agihan Waktu Mengajar a) 900 minit ke 1020 minit termasuk waktu persediaan 120 minit. b) Agihan waktu mengajar bergantung kepada
  • 12. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 11 keperluan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta jumlah murid Pemulihan Khas. c) Bagi sekolah yang mempunyai 2 sesi persekolahan: I. Jika sekolah mempunyai 2 orang Guru Pemulihan atau lebih guru boleh diagihkan mengikut sesi persekolahan yang ditentukan oleh pentadbir sekolah. II. Jika sekolah mempunyai seorang guru, Guru Pemulihan hendaklah memberi keutamaan kepada murid Tahap 1, III. Guru Pemulihan boleh berada di kedua-dua sesi mengikut kesesuaian. 8.1.3 Jumlah Murid Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Jumlah murid dalam pembelajaran dan pengajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang. Walau bagaimanapun jumlah yang paling sesuai adalah tidak melebihi daripada 10 orang murid pada setiap sesi pembelajaran. 8.2 Pengurusan Fail 8.2.1 Tahap 1 Mengikut sistem fail dalam program LINUS 8.2.2 Tahap 2 Fail-fail seperti berikut perlu disediakan. a. Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen seperti berikut: i. Borang Pencalonan. ii. Profil Murid Pemulihan Khas. iii. Ujian Saringan dan Diagnostik iv. Rekod Prestasi Ujian Diagnostik v. IPMBDP dan ISD vi. Hasil Penilaian yang telah dijalankan. vii. Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
  • 13. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 12 b. Fail Lembaran Kerja Bahasa Malaysia / Matematik (disediakan secara individu) c. Fail Data Prestasi Murid (Individu) dan Kelas d. Fail Perancangan Program Pemulihan Khas merangkumi : i. Pelan Tindakan Program ii. Takwim program iii. Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun iv. Jadual Waktu v. Borang Tindakan Susulan e. Fail Pengurusan Contoh: surat keluar / masuk 8.3 Rekod Kedatangan Murid 8.3.1 Rekod Kedatangan Murid di kelas Pemulihan Khas hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari. 8.3.2 Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke kelas Pemulihan Khas. 8.4 Peruntukan Kewangan 8.4.1 Dasar Sedia Ada: Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“(Pekeliling Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya. 8.4.2 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia dan Matematik digunasama oleh Guru Pemulihan untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk Kelas Pemulihan Khas.
  • 14. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 13 8.5 Naik taraf kelas dan Peralatan 8.5.1 Program Pemulihan Khas telah menerima peruntukan naik taraf dan peralatan melalui [RMK9/High-Impact Project- (HIPs)]. 8.5.2 Peralatan yang diterima oleh Program pemulihan Khas perlu direkodkan inventorinya dan peralatan tersebut hendaklah berada di dalam kelas pemulihan khas. 8.5.3 Kelas Pemulihan Khas yang telah dinaiktaraf melalui RMK9 / HIPs perlu dikekalkan walaupun sekolah mendapat bangunan baru yang mempunyai bilik pemulihan khas kecuali dengan mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri. 9. PERANAN PENTADBIR 9.1 Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 9.1.1 Memastikan semua sekolah rendah yang diperuntukkan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas mengikut keperluan dipatuhi. Jawatan tersebut adalah di luar norma. 9.1.2 Memastikan semua Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas di negeri melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan. 9.1.3 Bekerjasama dengan Sektor Pengurusan sekolah yang menguruskan penempatan dan pertukaran Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas. 9.1.4 Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah JPN. 9.1.5 Memastikan semua Guru Besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. 9.1.6 Mengumpul, menyemak dan membuat analisa data berkaitan Program Pemulihan Khas. 9.1.7 Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri.
  • 15. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 14 9.1.8 Memberi penekanan agar Guru Besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing. 9.1.9 Memastikan semua guru Pemulihan / Pemulihan Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri. 9.1.10 Melakukan pemantauan Program Pemulihan Khas secara berkala. 9.1.11 Merancang dan melaksanakan kursus/bengkel untuk Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas. 9.1.12 Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan Program Pemulihan Khas. 9.1.13 Menyediakan laporan berkala pencapaian Program Pemulihan Khas untuk dihantar ke Bahagian Pendidikan Khas, KPM 9.2 Peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 9.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas dan memastikan ia berfungsi sepenuhnya. 9.2.2 Memastikan semua Guru Pemulihan/ Guru Pemulihan Khas melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan. 9.2.3 Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD. 9.2.4 Memastikan semua Guru Besar memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. 9.2.5 Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah. 9.2.6 Memberi penekanan agar Guru Besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing. 9.2.7 Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas.
  • 16. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 15 9.2.8 Menyediakan laporan berkala pencapaian Program Pemulihan Khas kepada JPN. 9.3 Peranan Guru Besar 9.3.1 Memastikan Program Pemulihan Khas dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 9.3.2 Memastikan Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah di tubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa tersebut. 9.3.3 Mengenalpasti dan mencalonkan guru yang berkelayakan sebagai Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas. 9.3.4 Memastikan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 9.3.5 Sekiranya Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas cuti bersalin, cuti sakit berpanjangan, berkursus atau menunaikan haji, Guru Besar perlu melantik seorang guru ganti dan memastikan kelas pemulihan khas dilaksanakan. 9.3.6 Guru bermasalah kesihatan, guru bermasalah disiplin, guru kontrak, guru jawatan dalam kumpulan (pool) tidak boleh dilantik sebagai Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas. 9.3.7 Guru Besar hendaklah menentukan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas tidak dibebani dengan tugas- tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas Pemulihan Khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan, Setiausaha Peperiksaan, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Guru Data, Guru Kelas, Guru Disiplin, Setiausaha PIBG) 9.3.8 Kelas Pemulihan Khas TIDAK BOLEH DITUTUP oleh pihak sekolah tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia [Surat Siaran KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)].
  • 17. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 16 9.3.9 Program Pemulihan Khas sebagai salah satu Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Guru Besar. 9.3.10 Memastikan semua guru memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. 9.3.11 Memastikan data dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah pada waktu yang ditetapkan. 9.3.12 Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk Kelas Pemulihan Khas ditempatkan di dalam Kelas Pemulihan Khas. 9.3.13 Memantau dan mencerap pelaksanaan Program Pemulihan Khas secara berkala. 9.3.14 Menyediakan kemudahan fizikal untuk Program Pemulihan Khas seperti: i) Sebuah bilik darjah yang kondusif dengan keluasan 3 bay ii) Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) di atas hendaklah mengadakan ruang yang bersesuaian 9.3.15 Memastikan peruntukan kewangan daripada PCG Bahasa Malaysia, Matematik dan Bimbingan dan Kaunseling kepada Program Pemulihan Khas. 9.3.16 Memastikan Kelas Pemulihan Khas tidak DITUTUP, dan mengarah Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas menggantikan guru yang tidak hadir / berkursus / bersalin / sakit berpanjangan dan sebagainya ke sekolah pada tempoh yang panjang. 9.4 Peranan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas 9.4.1 Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 9.4.2 Memastikan murid tahap 1 dan tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT)
  • 18. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 17 9.4.3 Menjalankan (IPMBDP) dan ISD kepada murid yang kebarangkalian mempunyai ciri-ciri bekeperluan khas 9.4.4 Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu mengikuti program pemulihan khas. 9.4.5 Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 9.4.6 Bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 9.4.7 Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai Program Pemulihan Khas di peringkat sekolah. 9.4.8 Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD 10. PENUTUP Garis Panduan ini mencadangkan tatacara dan amalan yang patut diikuti oleh semua Guru Pemulihan dan juga semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Diharapkan ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan asas 3M.
  • 19. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 18 LAMPIRAN 1 LETTER-HEAD JPN Ruj. JPN: Tarikh : Tuan/Puan/Encik/Cik ---------------------------------- (No. KP :..........................) Melalui dan Salinan: Guru Besar ...................................... ...................................... Tuan/Puan, PERLANTIKAN GURU PEMULIHAN Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik ........................................(No. KP :.............................) telah dilantik sebagai Guru Pemulihan di SK.............................mulai ................................. 3. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas secara sepenuh masa agar matlamat Program Pemulihan Khas untuk membasmi masalah penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira) tercapai. 4. Komitmen dan kerjasama di antara tuan/puan dan pihak sekolah adalah diminta agar kelicinan dan kejayaan Program Pemulihan Khas di sekolah ini sentiasa dapat dipertingkatkan. 5. Pelantikan ini hendaklah dipatuhi. Sebarang pertukaran Guru Pemulihan , mestilah dirujuk kepada Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri untuk kelulusan. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, .................................................. ( ) JPN.................
  • 20. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 19 LAMPIRAN 2 CADANGAN PELAN SUSUN ATUR PERABOT DAN PERALATAN DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS 15 19 1&2 5 20 21 16 6&7 11 12 9 17 13 17 8 10 20 21 17 3& 4 18 9 18 14 1. Meja Guru 2. Kerusi Guru 3. Kerusi Komputer 4. Meja Komputer 5. Meja Bulat / Meja Jepun 6. Meja Murid 7. Kerusi Murid 8. Meja Kerel 9. Rak ‘Multipurpose:’ 10. Rak Buku 11. Rak Fail 12. White Board 13. White Board Esel Adjustable 14. Rak TV & VCD 15. Cermin Muka /Sinki 16. Cermin Tegak 17. Softboard 18. Rak Carta 19. Rak Manipulatif 20. Carpet 21. Display Board
  • 21. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 20 LAMPIRAN 3 BORANG PENCALONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS SESI (20....) 1. Nama Sekolah : ........................................................................... 2. Nama Murid : ........................................................................... 3. Kelas : ........................................................................... 4. Umur : ........................................................................... 5. Jantina : ........................................................................... 6. Jumlah Kedatangan : ........................................................................... 7. Sebab-sebab dicalonkan ke Program Pemulihan Khas (Tandakan  pada kotak yang sesuai) 7.1. Gagal IPP2M Markah pelepasan II (Nyatakan skornya) 7.2. Tidak melepasi Saringan Konstruk (Nyatakan konstruk) 7.3. Masalah Kesihatan Nyatakan:............................ ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... 7.4 Cadangan guru mata pelajaran 7.5. Permintaan ibu bapa 7.6. Cadangan Guru Besar 7.7. Lain-lain Nyatakan:............................. ........................................... Tanda Tangan Guru Kelas: Tarikh : ..............................
  • 22. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 21 LAMPIRAN 4 PROFIL MURID PEMULIHAN KHAS A. Latar belakang Umum 1. Nama:.............................................................................. 2. Umur:.......... tahun...........bulan. Tarikh Lahir:............... 3. Tempat dilahirkan:........................................................... 4. Jantina:............................................................................ 5. Agama:............................................................................ 6. Tarikh Masuk Sekolah:................................................... 7. Alamat Rumah:................................................................ 8. Bandar/Luar Bandar:................Jauh dari sekolah:.......... 9. Cara ke sekolah:.............................................................. 10. Pekerjaan Bapa/Penjaga:................................................ 11. Latar belakang Pendidikan:............................................. (Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti) 12. Duduk Dengan Siapa:..................................................... 13. Bahasa Ibunda:............................................................... 14. Bahasa yang digunakan di rumah:.................................. 15. Bilangan kanak-kanak di rumah:..................................... 16. Laki-laki:.......................Perempuan:................................ 17. Bilangan penghuni dalam rumah:.................................... 18. Kedudukan dalam keluarga:............................................ (Sulung, Tunggal, Bungsu dan sebagainya) 19. Bilangan anak ke sekolah dalam keluarga:..................... 20. Bantuan belajar di rumah:............................................... 21. Pengalaman Prasekolah:................................................ 22. Sejarah Kelahiran:.......................................................... ......................................................................................... (Pramatang, overdew, demam panas, songsang, kecederaan, lemas, penyakit kronik, dll )
  • 23. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 22 B. Makanan Di Rumah 1. Sarapan : Ada/Tiada 2. Makan Tengahari : Ada/Tiada 3. Makan Malam : Ada/Tiada C. Penggunaan Masa Lapang Serta Pendidikan Umum Di Rumah Permainan: 1) Luar Rumah: ................................ ........................................................ ........................................................ ........................................................ ........................................................ Dalam Rumah: ............................... ........................................................ ........................................................ ........................................................ ........................................................ 1. TV : Ada/Tiada Video : Ada/Tiada 2. Radio : Ada/Tiada Perakam : Ada/Tiada 3. Komputer : Ada/Tiada Astro : Ada/Tiada 4. Surat Khabar : Ada/Tiada Bahasa:.......................... 5. Majalah : Ada/Tiada Bahasa:.......................... 6. Buku-Buku : Ada/Tiada Bahasa:.......................... D. Rumah/Perabot 1. Kuasa elektrik : Ada/Tiada 2. Bekalan Air : Paip/Telaga/Taliair/Sungai/Lombong 3. Kerusi : Ada/Tiada 4. Meja : Ada/Tiada 5. Jumlah Bilik :............................................................... 6. Jenis Rumah :............................................................... Tandatangan Guru Pemulihan Khas:............................ (Potong mana yang tidak berkenaan)
  • 24. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 23 LAMPIRAN 5 KELAS PEMULIHAN KHAS BORANG PENGUMPULAN MAKLUMAT TAHUN :-........................ NAMA MURID :.............................................................................. KELAS :.............................................................................. Maklumat dari :- 1. REKOD-REKOD SEKOLAH i.Peribadi ii.Prestasi iii.Kesihatan 2. PERBINCANGAN DENGAN GURU BESAR 3. PERBINCANGAN DENGAN GURU KELAS 4. PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA 5. BORANG RUJUKAN
  • 25. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 24 6. PEMERHATIAN GURU PEMULIHAN CATATAN TERIMA TIDAK TERIMA (Pada kotak yang sesuai tandakan dengan /) Tandatangan Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas:- _______________________ Nama Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas :-_______________________ Tarikh :-_________________
  • 26. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 25 LAMPIRAN 6 KELAS PEMULIHAN KHAS REKOD PRESTASI UJIAN DIAGNOSTIK MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA / MATEMATIK TAHUN : ___________________ BIL KEMAHIRAN YANG DIUJI NAMA MURID
  • 27. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 26 KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 BIL NAMA MURID BIL NAMA MURID BIL NAMA MURID KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 BIL NAMA MURID BIL NAMA MURID BIL NAMA MURID Nama Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas :-_____________________________ Tandatangan :-_________________________ Disahkan oleh :-_____________________________ (Guru Besar)
  • 28. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 27 LAMPIRAN 7 KELAS PEMULIHAN KHAS REKOD PRESTASI INDIVIDU NAMA : -_____________________________________ TAHUN :-______________________________________ MATA PELAJARAN :-BAHASA MALAYSIA / MATEMATIK BIL KEMAHIRAN YANG DIUJI TARIKH MARKAH CATATAN Nama Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas :____________________________________ Tandatangan :_________________________ Disahkan oleh :_________________________ (Guru Besar)
  • 29. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 28 LAMPIRAN 8 Borang Skor USBM(SR) SKOR UJIAN SARINGAN BAHASA MELAYU PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH ( MENGGUNAKAN IPP2M ) Kod Sekolah :...................... Daerah :.................................. Nama Sekolah :................................................................. No. Tel.:.................................. Bil Nama Murid (Susun ikut rangking markah Tertinggi di atas) Thn. Jantina Kaum Jumlah Kehadiran Tahun Lepas Bagi Skor 0 - 9 Skor (Tanda / ) L P M C I L 0 - 9 10-45 46-60 Disediakan Oleh: Disahkan Oleh: ........................................... ........................................ Nama: Guru Pemulihan Guru Besar Cop Jawatan: --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- NOTA: SKOR 0 – 9 .. .. .. DICADANGKAN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SKOR 10 – 45 .. .. .. MASUK KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS SKOR 46 – 60 .. .. .. KELAS BIASA * Perbanyakkan borang ini jika tidak mencukupi
  • 30. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 29 LAMPIRAN 9 SKOR UJIAN SARINGAN MATEMATIK PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH (MENGGUNAKAN IKAM) NAMA :_________________________________ TARIKH LAHIR :______________________UMUR : ________ TAHUN :___________ SEKOLAH :_________________________________ Bil Nama Murid (Susun mengikut markah tertinggi) Jantina Kaum MARKAH LULUS MENGIKUT TOPIK 1 2 3 4 L P M C I L A B C D E F G H Disediakan Oleh: Disahkan Oleh: ........................................... ........................................ Nama: Guru Pemulihan Guru Besar Cop Jawatan: --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- NOTA: Murid dianggap menguasai kemahiran asas matematik sekiranya lulus semua item yang diuji * Perbanyakkan borang ini jika tidak mencukupi
  • 31. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 30 LAMPIRAN 10 7. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8594/PK / Jld.11 (32) bertarikh 22 Jan.1985 (Guru Khas Pendidikan Pemulihan) 8. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld. V(26) bertarikh 28 Jan.1986 (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah) 9. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan) 10.Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK / Jld.V(34)bth.30 Jun 1989 (Guru Khas Pemulihan Khas Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah) 11.Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KP/BPK/CPPK/03/02/001/(90) bth.18 November 2008 (Status Kelas Pemulihan Khas Yang Telah Dinaiktaraf Dan Penerimaan Peralatan PPSMI Pemulihan Khas) 12.Surat Siaran Bahagian Perkembangan KurikulumKP(BPK)400-32/6Jld.3 (61) bth. 22 April 2010 [Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 Di Sekolah Rendah] 13.Surat Siaran Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran KPM.BPKHAS.300-2/3/13 bth. 17 Ogos 2011 (Pengesahan Murid Berkeperluan Khas Program LINUS Oleh Pegawai Perubatan) 14.Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KPM>BPKHAS.300-2/2/3(10) bth. 08 Ogos 2011 (Pelaksanaan Instrumen Senarai Semak Disleksia) 15.Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPDK) 201/005/02 Jld. 4(1)bth. 23 Mac 2012 [Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)]
  • 32. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 31 16.Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPDK) 201/005/02 Jld. 4(18)bth. 03 Julai 2012 (Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS) 17.Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KPM.BPKHAS.300-2/2/3 (24) bth. 29 Oktober 2012 (Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012)
  • 33. GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS UNIT PEMULIHAN KHAS, BPKHAS, KPM 32