SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
SOalan Tugasan 2
Lecturer      Che Anuar bin Che Abdullah
Description   · Soalan tugasan 2 :

              ü Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi
              dalaman (psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah
              telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang
              professional dan berkesan.

              i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat (4) perkara
              utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru.

              ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan
              Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda.

              · Sila hantar tugasan 2 SEBELUM 9 April 2012 (Isnin).

              · Sila hantar tugasan 2 dalam bentuk SATU fail sahaja (termasuk cover, isi
              tugasan dan senarai rujukan) secara online dengan uploadkannya dalam sistem
              MyGuru3.

              · Format tugasan :

              ü Tulisan Times New Roman bersaiz 12

              ü Panjang tugasan antara 6-10 mukasurat

              ü Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan dan disertakan senarai
              rujukan

              ü Penulisan mengikut gaya UPSI / American Psychological Association (APA)
Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,
perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu
boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan
penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima
oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan
orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan
mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku
devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan
norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya
dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik.

        Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri,
kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataan
lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi
yang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu kognitif, rohani, fizikal dan sosial.

        Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan
bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya,
ideaideaahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula
dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan
daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah
kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan
tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan
peranannya.

        Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang,
menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran
kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjah
Aplikasi pendekatan Kohler:-Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan
sedia ada pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajar
menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran
secara turutan untuk menyelesaikant ug as an ya ng di be ri . C on to h y an g n ya ta ia la h
s em as a g ur u he nd ak me ng aj ar ka ra ng an bergambar dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perludidedahkan pertalian di antara satu
gambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapath u b u n g k a i t k a n p e n e r a n g a n
t e n t a n g g a m b a r - g a m b a r t e r s e b u t s e c a r a u r u t a n d e n g a n pengetahuan sedia ada
dan secara tidak langsung pelajar dapat menghasikan satu karanganyang lengkap dengan
menggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalamansedia ada dengan
pembelajaran baru mereka.Aplikasi Piaget:-Beliau menekankan bentuk pemikiran konkrit
kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada
pengalaman baru,daripada kasar kepadahalus,mengikut perkembangan otot-otot
individu. Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dandigalakkan melibatkan secara aktif dalam
pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasidan akomodasi.Contoh pembelajaran ini
ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk


http://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitif

http://dict.rewaz.org/search/browse/kognitif.re
Objektif

Selepas menghadiri program latihan ini, peserta akan dapat:

· pengetahuan tentang kepentingan pembangunan sahsiah untuk kecemerlangan organisasi

· membina sikap dan imej ke arah kecemerlangan organisasi

· meningkatkan hubungan dan bekerjasama dalam satu pasukan

Kandungan

· Hubungan anda dan organisasi

· ESQ dan hubungannya dengan pembangunan sahsiah

· Sikap dan imej ke arah kecemerlangan

o Membina imej diri

o Sikap cemerlang

· Motivasi diri ke arah kecemerlangan

o Panduan ceria bekerja

o Kemahiran meningkatkan diri

o Muhasabah diri

· Hubungan kemanusiaan

o Komunikasi berkesan

o Kerja sebagai satu pasukan

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan
rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunya
individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang
beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat mengawal
perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri. Manakala,
individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin,
tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah
dengan norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam
kontekspendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah
yangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam
masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia
merupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek
danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Guru merupakan penggerak
utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan
modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan
dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai
sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid.

PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikita
fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan
jugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.
Sahsiah
adalah perkataan Bahasa Arab yangmembawa maksud keperibadian atau peribadi
(KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat (kelakuan,
sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya. Ia juga
menggambarkan sifat personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu yanglain
(Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah
pengenalan Pembangunan Sahsiah

merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dan
cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995)
mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan
manusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi
caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah
Meng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu
secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,
cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi
dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang
khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman,
1995).
Pembangunan sahsiah
merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau
negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari dengan
segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak, peribadi
dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek, murni dan
berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah laku
secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-
ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi berlainan dengan orang
lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku
yang ditunjukkannya.
CIRI-CIRI GURU BERKESAN


   Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek
   pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting
   bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru
   di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang
   mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara.

Profesional
   Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu
   bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu,
   mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk
   mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah
   seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap
   pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di
   dalam kelas bertambah baik dan matang.
          Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan
   kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri
   Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran
   sepanjang hayat.
          Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama
   rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini
   sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran
   bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik
   pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
   darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan
   kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan
   oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru.
   Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang
   dilaksakan oleh pihak sekolah.
          Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam
   amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang
terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ),
      penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan
      membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui
      strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan
      dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun
      guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah
      pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah.
             Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan
      pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar
      supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi
      sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan
      kaedah terbaik dalam pengajaran.
             Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian.
      Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya,
      bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin,
      bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan
      mereka guru yang berkesan.
             Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau
      mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan
      minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan
      kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri,
      pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah
      pendidikan.
             Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan
      pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan
      dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan
      teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.


Kreatif
      Menurut kamus Webster’s ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring something
      new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru.
Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran
       dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada
       perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea-
       idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
       Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar.
       Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum.
       Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk
       visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-
       media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran
       dan pembelajaran dapat dicapai.


Inovatif
       Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan
       membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau
       kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid-
       murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah
       merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik
       lagi.
           Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di
       Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru
       atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam
       pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk
       memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti
       sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan
       kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
       dan pembelajaran.
           Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan
       inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat
       membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu
       murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru
       membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk
memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau
   menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik.
       Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
   pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai
   untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat
   dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan
   daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu
   pengetahuan.

Integriti
   Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota
   perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan
   berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam
   pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja
   organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan
   kepada kepentingan awam.
            Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi.
   Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral
   principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan
   intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula
   mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness.
            Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut
   kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti
   penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di
   dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya
   sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid
   berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang
   adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
            Pada 6 September 2007, YB. Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran
   Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan
   Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya,
   Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang
  komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan
  dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan.
             Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid.
  Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada
  tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar,
  beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi
  yang terbaik.

Semangat Berpasukan
  Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan
  bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang
  berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja
  berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan
  dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan
  kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara
  individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan
  dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan
  kreatif.
             Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat beberapa
  perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai
  kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam
  kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja
  saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling
  menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri
  kerana mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan
  pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap
  matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan
  dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang
  terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan
  menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang
  pelbagai.
Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go
   Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang
   berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami
   tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu
   mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan
   menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan
   bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam
   mencapai matlamat yang sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama
   tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa
   menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat
   mereka.

Berorientasikan pelanggan
   Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah
   pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka.
   Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi
   perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang
   berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan
   berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini
   terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 :
   Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
          Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan
   Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen
   fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen
   penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah
   diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi
   mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati.
          Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-
   ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga
   urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan
   dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan
perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-
urusan sebegini.
       Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan
dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA
sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung
Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk
menepati masa.
       Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan
maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi
urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan
sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga
dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
       Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan
berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu, guru yang
mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan
oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga penting
selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat.
       Terakhir, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan
mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dan
suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, kebersihan
dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira.

0KESIMPULAN

Guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession
perguruan. Selain enam nilai Bitara yang telah digariskan, guru juga perlu mematuhi Kod Etika
Perguruan.

       Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkahlaku
manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan
undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru dapat mematuhi etika
perguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas mulia ini.
       Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikan
dan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri dengan melihat
kepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.

Contenu connexe

Tendances

Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Vince Here
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratsyafiq hussin
 
Konsep guru islam, timur dan barat
Konsep guru  islam, timur dan baratKonsep guru  islam, timur dan barat
Konsep guru islam, timur dan barathafizshima
 
Filsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamFilsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamyuandakusuma
 
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATFALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATSherly Jewinly
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
Falsafah pendidikan tradisional barat
Falsafah pendidikan tradisional baratFalsafah pendidikan tradisional barat
Falsafah pendidikan tradisional baratEricson Albert
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurAmir Ibrahim
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikVertigo Nopristine
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanUstat Penang
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 

Tendances (20)

Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Konsep guru islam, timur dan barat
Konsep guru  islam, timur dan baratKonsep guru  islam, timur dan barat
Konsep guru islam, timur dan barat
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Konsep guru islam, timur dan barat
Konsep guru  islam, timur dan baratKonsep guru  islam, timur dan barat
Konsep guru islam, timur dan barat
 
LANDASAN PSIKOLOGIS BK
LANDASAN PSIKOLOGIS BKLANDASAN PSIKOLOGIS BK
LANDASAN PSIKOLOGIS BK
 
Filsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamFilsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islam
 
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATFALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
Falsafah pendidikan tradisional barat
Falsafah pendidikan tradisional baratFalsafah pendidikan tradisional barat
Falsafah pendidikan tradisional barat
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistik
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
LANDASAN PSIKOLOGI PROSES PENDIDIKAN
LANDASAN PSIKOLOGI PROSES PENDIDIKAN LANDASAN PSIKOLOGI PROSES PENDIDIKAN
LANDASAN PSIKOLOGI PROSES PENDIDIKAN
 
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
 

Similaire à SAHSIAH TUGASAN

Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Rahmat Saputra
 
Konsep perkembangan dalam konstelasi
Konsep perkembangan dalam konstelasiKonsep perkembangan dalam konstelasi
Konsep perkembangan dalam konstelasiarlanridfan farid
 
Pengembangan Kepribadian guru.pptx
Pengembangan Kepribadian guru.pptxPengembangan Kepribadian guru.pptx
Pengembangan Kepribadian guru.pptxAiSuaebah2
 
Konsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku ManusiaKonsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku Manusiapjj_kemenkes
 
Subjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptx
Subjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptxSubjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptx
Subjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptxMukhammadLuqmanHakim4
 
1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf
1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf
1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdfBhinekaTemplate
 
Tugas Psikolog
Tugas PsikologTugas Psikolog
Tugas Psikologadenridwan
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Nor Rani Othman
 
LK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docx
LK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docxLK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docx
LK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docxSMKNegeri1BintangBay
 
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)syah Syahidan
 
Study eksploratoris karakter keguruan profesional mona.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional mona.docStudy eksploratoris karakter keguruan profesional mona.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional mona.docMahasiswa
 
Study eksploratoris karakter keguruan profesional.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional.docStudy eksploratoris karakter keguruan profesional.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional.docdanisyarkani
 
perkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxperkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxDeskijulianda
 
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirimakalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirisiakadurban
 

Similaire à SAHSIAH TUGASAN (20)

Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
Konsep perkembangan dalam konstelasi
Konsep perkembangan dalam konstelasiKonsep perkembangan dalam konstelasi
Konsep perkembangan dalam konstelasi
 
Pengembangan Kepribadian guru.pptx
Pengembangan Kepribadian guru.pptxPengembangan Kepribadian guru.pptx
Pengembangan Kepribadian guru.pptx
 
Konsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku ManusiaKonsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku Manusia
 
Subjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptx
Subjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptxSubjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptx
Subjek Pendidikan dan hakikat manusia Indonesia.pptx
 
Makalah baru
Makalah baruMakalah baru
Makalah baru
 
Rini Sri Wahyuni
Rini Sri WahyuniRini Sri Wahyuni
Rini Sri Wahyuni
 
1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf
1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf
1. SIKAP, PRIBADI DAN TINGKAH LAKU.pdf
 
Psikologi Ina
Psikologi InaPsikologi Ina
Psikologi Ina
 
Psikologi Ina
Psikologi InaPsikologi Ina
Psikologi Ina
 
Tugas Psikolog
Tugas PsikologTugas Psikolog
Tugas Psikolog
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 
LK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docx
LK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docxLK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docx
LK 1 - MODUL 1 PEDAGOGIK KONSEP DASAR ILMU PENGETAHUAN.docx
 
Learning 2
Learning 2Learning 2
Learning 2
 
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
 
Study eksploratoris karakter keguruan profesional mona.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional mona.docStudy eksploratoris karakter keguruan profesional mona.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional mona.doc
 
Study eksploratoris karakter keguruan profesional.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional.docStudy eksploratoris karakter keguruan profesional.doc
Study eksploratoris karakter keguruan profesional.doc
 
perkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxperkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptx
 
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirimakalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
 

SAHSIAH TUGASAN

  • 1. SOalan Tugasan 2 Lecturer Che Anuar bin Che Abdullah Description · Soalan tugasan 2 : ü Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat (4) perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda. · Sila hantar tugasan 2 SEBELUM 9 April 2012 (Isnin). · Sila hantar tugasan 2 dalam bentuk SATU fail sahaja (termasuk cover, isi tugasan dan senarai rujukan) secara online dengan uploadkannya dalam sistem MyGuru3. · Format tugasan : ü Tulisan Times New Roman bersaiz 12 ü Panjang tugasan antara 6-10 mukasurat ü Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan dan disertakan senarai rujukan ü Penulisan mengikut gaya UPSI / American Psychological Association (APA)
  • 2. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu kognitif, rohani, fizikal dan sosial. Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, ideaideaahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
  • 3. Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjah Aplikasi pendekatan Kohler:-Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan sedia ada pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajar menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran secara turutan untuk menyelesaikant ug as an ya ng di be ri . C on to h y an g n ya ta ia la h s em as a g ur u he nd ak me ng aj ar ka ra ng an bergambar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perludidedahkan pertalian di antara satu gambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapath u b u n g k a i t k a n p e n e r a n g a n t e n t a n g g a m b a r - g a m b a r t e r s e b u t s e c a r a u r u t a n d e n g a n pengetahuan sedia ada dan secara tidak langsung pelajar dapat menghasikan satu karanganyang lengkap dengan menggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalamansedia ada dengan pembelajaran baru mereka.Aplikasi Piaget:-Beliau menekankan bentuk pemikiran konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,daripada kasar kepadahalus,mengikut perkembangan otot-otot individu. Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dandigalakkan melibatkan secara aktif dalam pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasidan akomodasi.Contoh pembelajaran ini ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk http://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitif http://dict.rewaz.org/search/browse/kognitif.re
  • 4. Objektif Selepas menghadiri program latihan ini, peserta akan dapat: · pengetahuan tentang kepentingan pembangunan sahsiah untuk kecemerlangan organisasi · membina sikap dan imej ke arah kecemerlangan organisasi · meningkatkan hubungan dan bekerjasama dalam satu pasukan Kandungan · Hubungan anda dan organisasi · ESQ dan hubungannya dengan pembangunan sahsiah · Sikap dan imej ke arah kecemerlangan o Membina imej diri o Sikap cemerlang · Motivasi diri ke arah kecemerlangan o Panduan ceria bekerja o Kemahiran meningkatkan diri o Muhasabah diri · Hubungan kemanusiaan o Komunikasi berkesan o Kerja sebagai satu pasukan Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah
  • 5. dengan norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam kontekspendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan jugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yangmembawa maksud keperibadian atau peribadi (KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu yanglain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah pengenalan Pembangunan Sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan manusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri- ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.
  • 6. CIRI-CIRI GURU BERKESAN Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara. Profesional Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah. Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang
  • 7. terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah. Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran. Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan. Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara. Kreatif Menurut kamus Webster’s ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring something new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru.
  • 8. Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea- idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media- media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Inovatif Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid- murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk
  • 9. memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan. Integriti Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness. Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada 6 September 2007, YB. Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan
  • 10. Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik. Semangat Berpasukan Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif. Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai.
  • 11. Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat mereka. Berorientasikan pelanggan Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati. Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri- ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan
  • 12. perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan- urusan sebegini. Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa. Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu, guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat. Terakhir, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dan suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, kebersihan dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira. 0KESIMPULAN Guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession perguruan. Selain enam nilai Bitara yang telah digariskan, guru juga perlu mematuhi Kod Etika Perguruan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkahlaku manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan
  • 13. undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru dapat mematuhi etika perguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas mulia ini. Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri dengan melihat kepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.