SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Badak Sumbu tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili
Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai
satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu.
Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Hitam (Diceros bicornis), Badak
Sumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika, Badak Kerbau (Dicerorhinus
sumatrensis), Badak Sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya
(Rhinoceros sondaicus) di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung
yang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya
spesis badak sumbu yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia
berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi
dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan
mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga
5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga
900 kilogram. Zirafah bentina biasanya rendah
sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah,
hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.
Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan
di kawasan padang rumput savana kering, tetapi
zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding
haiwan lain.. Zirafah pula membentuk gabungan
ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah,
tengkorak, pipi dan bahu yang panjang
membolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok.
Biasanya dahan kecil ditarik masuk ke dalam mulut
zirafah dengan menggunakan lidahnya yang
panjang dan kemudiannya kepalanya ditarik
sementara daunnya disisir melalui giginya yang
jarang seperti penggerat.
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Unta ialah mana-mana satu daripada dua
spesies ungulat yang mempunyai bilangan
jari kaki yang genap dalam genus Camelus,
iaitu: Camelus dromedarius (ponok
tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan
Asia barat; Camelus bactrianus (ponok
kembar) yang terdapat lebih jauh di utara
dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan
kawasan kering Asia dan Afrika utara.
Jangka hayat purata seekor unta antara 30
hingga 50 tahun. Istilah unta juga
digunakan secara umum untuk merujuk
kepada mana-mana satu daripada enam
haiwan yang seakan-akan unta dalam famili
Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat
jenis kamelid Amerika Selatan: Llama,
Alpaka, Guanako dan Vikuna.
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah
satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia
hidup di Afrika dan Asia. Harimau bintang
biasanya mempunyai bulu berwarna kuning
dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih
cerah di bahagian bawah. Harimau bintang
sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat
memanjat dengan sangat baik, dan banyak
masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya
makan mamalia sederhana besar, dan juga
burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang
memburu pada waktu yang berbeza dalam
sehari, dan mereka juga menggunakan cara
berbeza untuk memburu.
Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan
cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau
bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila
mengawan. Anak harimau bintang
meninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Panda Gergasi, Ailuropoda melanoleuca
("kaki-kucing hitam-dan-putih), merupakan
sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam
keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari
China tengah. Panda Gergasi hidup di
kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan
Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda
menjadi lambang kebangsaan bagi Republik
Rakyat China.
Panda Gergasi merupakan spesies terancam,
diancam oleh kehilangan habitat berterusan
dan kadar kelahiran yang rendah, kedua-dua
yang hidup liar atau dalam kurungan.
Sebanyak 1,600 dipercayai masih hidup di
dalam hutan. Panda Gergasi mempunyai
tapak tangan luar biasa, dengan “ibu jari” dan
lima jari; "ibu jari" merupakan tulang
pergelangan tangan yang diubahsuai. ia
hidup hampir sepenuhnya memakan buluh.
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Kangaroo ialah sejenis marsupial yang
tergolong dalam famili Macropodidae.
Dalam kegunaan am istilah ini
digunakan untuk menghuraikan spesis
terbesar dalam famili tersebut, iaitu
Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop
dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat
dalam genus Macropus. Famili tersebut
juga merangkumi banyak spesis yang
lebih kecil termasuk walabi, kanggaru
pokok, walaroo, pademelon dan
Quokka, iaitu jumlahnya 63 spesis yang
hidup. Kanggaru adalah endemik
kepada benua Australia, manakala
makropod yang lebih kecil ditemui di
Australia dan New Guinea.
Haiwan yang hidup di darat sahaja
Tupai ialah sejenis rodensia daripada
keluarga Sciuridae yang kecil hingga
sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan
yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai
biasanya merujuk kepada spesies-spesies
Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai
pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang
berasal dari Aisa, benua Amerika dan
Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang
serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga
Sciuridae juga merangkumi tupai terbang
serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah,
anjing prairi, dan woodchuck. Tupai
merupakan haiwan mamalia dan berdarah
panas. Tupai menjaga anaknya dan
merupakan haiwan yang memakan
tumbuh-tumbuhan secara amnya.

Contenu connexe

Tendances

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)FaFai S.
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebutkuliahpismp09
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatifNadwah Khalid
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)ArifahAzlanShah2
 
Jenis pembelajaran gagne
Jenis pembelajaran gagneJenis pembelajaran gagne
Jenis pembelajaran gagneMayy Rone
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 

Tendances (20)

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
 
Jenis pembelajaran gagne
Jenis pembelajaran gagneJenis pembelajaran gagne
Jenis pembelajaran gagne
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 

Similaire à Haiwan yang hidup di darat sahaja

Kehebatan semut
Kehebatan semutKehebatan semut
Kehebatan semutNur Husna
 
SCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim Berbeza
SCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim BerbezaSCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim Berbeza
SCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim Berbezarosedainty
 
Program pemuliharaan ex situ
Program pemuliharaan ex situProgram pemuliharaan ex situ
Program pemuliharaan ex situSuhaiza Shuib
 
Haiwan rph 2
Haiwan rph 2Haiwan rph 2
Haiwan rph 2Ros Lina
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanAfifi Malaysia
 

Similaire à Haiwan yang hidup di darat sahaja (7)

Tabiat makanan haiwan
Tabiat makanan haiwanTabiat makanan haiwan
Tabiat makanan haiwan
 
Kehebatan semut
Kehebatan semutKehebatan semut
Kehebatan semut
 
SCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim Berbeza
SCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim BerbezaSCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim Berbeza
SCES3033 Kemandirian Spesies Haiwan & Tumbuhan di Kawasan Iklim Berbeza
 
Program pemuliharaan ex situ
Program pemuliharaan ex situProgram pemuliharaan ex situ
Program pemuliharaan ex situ
 
Haiwan rph 2
Haiwan rph 2Haiwan rph 2
Haiwan rph 2
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
 
Biologi
BiologiBiologi
Biologi
 

Haiwan yang hidup di darat sahaja

  • 1. Haiwan yang hidup di darat sahaja Badak Sumbu tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu. Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Hitam (Diceros bicornis), Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika, Badak Kerbau (Dicerorhinus sumatrensis), Badak Sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya (Rhinoceros sondaicus) di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesis badak sumbu yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
  • 2. Haiwan yang hidup di darat sahaja Zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram. Zirafah bentina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah. Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain.. Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjang membolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk ke dalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.
  • 3. Haiwan yang hidup di darat sahaja Unta ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu: Camelus dromedarius (ponok tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat; Camelus bactrianus (ponok kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah. Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan: Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna.
  • 4. Haiwan yang hidup di darat sahaja Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia. Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu. Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.
  • 5. Haiwan yang hidup di darat sahaja Panda Gergasi, Ailuropoda melanoleuca ("kaki-kucing hitam-dan-putih), merupakan sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China. Panda Gergasi merupakan spesies terancam, diancam oleh kehilangan habitat berterusan dan kadar kelahiran yang rendah, kedua-dua yang hidup liar atau dalam kurungan. Sebanyak 1,600 dipercayai masih hidup di dalam hutan. Panda Gergasi mempunyai tapak tangan luar biasa, dengan “ibu jari” dan lima jari; "ibu jari" merupakan tulang pergelangan tangan yang diubahsuai. ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh.
  • 6. Haiwan yang hidup di darat sahaja Kangaroo ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam famili Macropodidae. Dalam kegunaan am istilah ini digunakan untuk menghuraikan spesis terbesar dalam famili tersebut, iaitu Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat dalam genus Macropus. Famili tersebut juga merangkumi banyak spesis yang lebih kecil termasuk walabi, kanggaru pokok, walaroo, pademelon dan Quokka, iaitu jumlahnya 63 spesis yang hidup. Kanggaru adalah endemik kepada benua Australia, manakala makropod yang lebih kecil ditemui di Australia dan New Guinea.
  • 7. Haiwan yang hidup di darat sahaja Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Aisa, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah, anjing prairi, dan woodchuck. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.