Berikut merupakan Sukatan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27. Untuk Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 boleh rujuk di http://prof-hariz.blogspot.com/2014/07/contoh-soalan-peperiksaan-penpenguasa.html dan http://goo.gl/GFjHlh
1. PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE
1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di
mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan
tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang
ditetapkan.
3. Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum
peperiksaan bermula.
4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan
disenaraihitamkan.
6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum
menjawab.
9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui
maklumat terkini mengenai peperiksaan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN
PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan
perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan
antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,
keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan
dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan
menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta
kemahiran mengaplikasi maklumat.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data
untuk dianalisis.
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric
serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik,
pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur
gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial,
komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin
dan kejujuran.
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)