SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah.
Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan
perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu
pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk
merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid
bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang
sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk
murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang
sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap
murid.Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu
bapa.Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini
mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.
Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan penilaian.
Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian
manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan
melaporkan berdasarkan data yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan
maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan
1996 (Akta 550).
Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan
potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Hasil penaksiran dan
penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu
guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa
langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan
maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang
dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan
kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan
penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.
Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak
dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian,
dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.
Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian
dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut
adalah yang pertamanya mengenal pasti murid
yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga
menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang
hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu
sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga
pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri
seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan
bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.
Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,
perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan.
Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian.
Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah
yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat
kelak.Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod
Anekdot dan Rekod Berterusan.
Objektif
Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid.Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen
penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.
Menurut Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan
kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama,
membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan
pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan
kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong
kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.
Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan
seseorang murid itu serta mengenal pasti
pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke
semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui
proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran
dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan
pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat
umur mereka.
Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis
panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah
disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis
bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah
seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang
lebih autentik.
Prinsip
James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah
maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh
dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh
dipercayai dan konsisten.Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.
Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan
penilaian.Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara
berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat
perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh
itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja.
Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu
jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).
Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan
instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran.
Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang
pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga
adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan
aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk
merekod perkembangan fizikal kanak-kanak.Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik
digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-
kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.
Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian
perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman
harian kanak-kanak.seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak
formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil
yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan.Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip
yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan
dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.
Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?
· Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan
buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak.Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta
mempunyai isi yang padat dan berguna.Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam
laman sesawang melalui internet.Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak
menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara.
· Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya
mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya
dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan
penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk
mencambahkan lagi pemikiran.
· Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai
pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih
memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini.
Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali.
· Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang
diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.
· Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak
saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu
memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran
yang berkesan.
Konsep penilaian berterusan.
Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep
membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak kira masa
tertentu.Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke
peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan
pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan
pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester.Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang
masa.Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke
semasa.Penilaian berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru
memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di
prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil
tindakan susulan.
Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.
Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh
secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan
menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pastijbbj
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat
diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu
disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu
dinyatakan dengan ringkas dan jelas.Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam
konteks semula jadi.Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut
peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih
tepat dan kekal.Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai
Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal.Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga
dapat menggunakannya dengan mudah.Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa
ketiadaannya dengan membuat “flashback”.Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat
memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.Penggunaan Senarai Semak
adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.
Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan
kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak.
Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu
sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan
memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan
hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.
Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan
Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.
Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu
berlaku.
Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat
pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas
sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif.
Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau
naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang
terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh
berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.
Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus
kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian
perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara
terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat.Prosedur terakhir perlu diambil perhatian
adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan
terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang
keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan
pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan
Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod
Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu
akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula
antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu
juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih
tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25
orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid
agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

Contenu connexe

Tendances

Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
Arra Asri
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
Suhaiza Shuib
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Fanera Jeffery
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Azyyati Zainudin
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Wany Hardy
 

Tendances (20)

Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 

Similaire à Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak

Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Cik BaCo
 
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
Heppy6
 
Evaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islamEvaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islam
33335
 
Evaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islamEvaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islam
33335
 

Similaire à Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak (20)

Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Penilaian dalam pembelajaran aud
Penilaian dalam pembelajaran audPenilaian dalam pembelajaran aud
Penilaian dalam pembelajaran aud
 
MODUL
MODULMODUL
MODUL
 
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaian
 
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
 
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
 
Skripsi PENGARUH EVALUASI PILIHAN GANDA TERHADAP MENTAL BELAJAR SISWA
Skripsi PENGARUH EVALUASI PILIHAN GANDA TERHADAP MENTAL BELAJAR SISWA Skripsi PENGARUH EVALUASI PILIHAN GANDA TERHADAP MENTAL BELAJAR SISWA
Skripsi PENGARUH EVALUASI PILIHAN GANDA TERHADAP MENTAL BELAJAR SISWA
 
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
 
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
Makalah pengembangan sistem evaluasi pai 4
 
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
 
Evaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islamEvaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islam
 
Evaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islamEvaluasi pendidikan islam
Evaluasi pendidikan islam
 
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiMakalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
 
Konsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaranKonsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaran
 
EVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docx
EVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docxEVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docx
EVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docx
 
1. Makalah Penyusunan Instrumen Penilaian.docx
1. Makalah Penyusunan Instrumen Penilaian.docx1. Makalah Penyusunan Instrumen Penilaian.docx
1. Makalah Penyusunan Instrumen Penilaian.docx
 
Pengukuran dan pentafsiran
Pengukuran dan pentafsiranPengukuran dan pentafsiran
Pengukuran dan pentafsiran
 
Evaluasi
EvaluasiEvaluasi
Evaluasi
 

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak

  • 1. Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid.Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa.Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan. Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan penilaian. Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
  • 2. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat. Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.
  • 3. Objektif Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid. Menurut Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik.
  • 4. Prinsip James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten.Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil. Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian.Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan). Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak.Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran- kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak. Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak.seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan.Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.
  • 5. Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran? · Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak.Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna.Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet.Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara. · Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran. · Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali. · Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain. · Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan.
  • 6. Konsep penilaian berterusan. Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu.Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester.Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa.Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa.Penilaian berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.
  • 7. Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan. Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan. Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pastijbbj perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal.Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah.Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”.Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak. Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.
  • 8. Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang. Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit. Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat.Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang
  • 9. keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.