SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  25
Télécharger pour lire hors ligne
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 49 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 22 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 22: Laporan Perkhemahan Pengakap
Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan
laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.
KERANGKA IDEA
Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – perkhemahan pengakap
Idea 1 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir
Idea 2 penerangan, ketua patrol – mendirikan khemah – menyediakan alatan memasak
Idea 3 makan tengah hari – rehat selama dua jam – mencuci pakaian dan mandi-manda
Idea 4 malam, motivasi minda – penceramah, tuan imam – Sihat Jasmani, Ceria Rohani
Penutup perkhemahan berakhir – kemas barang, alatan perkhemahan – bergerak pulang
LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI
DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru
dari Sekolah Kebangsaan Seri Kandi, Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan perkhemahan
pengakap di Hutan Lipur Ayer Keruh, Melaka.
Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan
setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu, ada
anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak.
Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12:30 tengah hari. Kami juga diberi masa
untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-
manda di kawasan air terjun, Hutan Lipur Ayer Keruh.
Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah
disampaikan oleh Imam Masjid Bandar Melaka. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”.
Ceramah ini tamat pada pukul 11:30 malam.
Ahad, 27 Mei 2012, berakhirlah perkhemahan kami di Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada pukul 2:30
petang, kami diarahkan supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Pada
pukul 3:00 petang, kami bergerak pulang dengan menaiki bas sekolah.
Laporan disediakan oleh, 10 Jun 2012.
Ahmad Hakimi
(AHMAD HAKIKI BIN AHMAD DAHALAN)
Setiausaha Pertubuhan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.
49
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 50 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 23 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 23: Laporan Lawatan Sambil Belajar
Kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang di tempat kamu. Tuliskan
suatu laporan tentang lawatan kamu itu.
KERANGKA IDEA
Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – lawatan sambil belajar
Idea 1 tarikh lawatan – Persatuan Sains, anjur lawatan – ke kilang minyak kelapa sawit
Idea 2 melawat tangki minyak – minyak ditapis, dipanaskan – hasil, produk kelapa sawit
Idea 3 minyak disalurkan, loji khas – dibubuh bahan-bahan tertentu – hasilkan marjerin
Idea 4 hasilkan barangan kecantikan – kosmetik, sabun, pelembab – bauan yang harum
Penutup lawatan banyak manfaat – dapat melawat tempat lain – luaskan pengalaman
Laporan Lawatan Sambil Belajar
Persatuan Sains dan Matematik
Ke Kilang UNITATA, Hutan Melintang, Perak
Pada 12 Mei 2012, Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
sebuah kilang yang menghasilkan barangan daripada minyak kelapa sawit. Kilang yang dimaksudkan
ialah UNITATA yang terletak di Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan.
Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki berisi minyak kelapa sawit yang belum diproses.
Minyak ini ditapis dan dipanaskan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak. Antara minyak
yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin.
Minyak kelapa sawit itu disalurkan ke bahagian-bahagian tertentu. Misalnya, minyak untuk
menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas. Selepas itu, bahan-bahan seperti vitamin,
pewarna, dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati. Campuran ini akan disejukkan dan
ditinkan. Dengan itu, marjerin sudah sedia untuk dipasarkan.
Bagi menghasilkan barangan kosmetik seperti sabun wangi, pelembab kulit, dan pencuci muka,
loji yang lain pula digunakan. Kawasan loji itu juga menerbitkan bauan dan aroma yang harum.
Kosmetik ini dipasarkan di dalam dan di luar negara.
Lawatan ini banyak memberikan manfaat kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap
agar dapat mengadakan lawatan ke tempat yang lain pula bagi menyahut seruan “Cuti-cuti Malaysia”.
Bak kata pepatah, “jauh berjalan, luas pandangan”
Laporan disediakan oleh, 22 Mei 2012.
Atiqah Najwa
(ATIQAH NAJWA BINTI GHAZALI)
Setiausaha Persatuan Sains dan Metamatik,
Sekolah Kebangsaan Tebok Banjar, Teluk Intan.
50
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 51 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 24 LAPORAN TAHUNAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 24: Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Baling
Kamu sebagai setiausaha Kelab Bola Baling di sekolah kamu, kamu dikehendaki menyediakan laporan
mesyuarat agung tahunan kelab tersebut.
KERANGKA IDEA
Format laporan mesyuarat agung – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – kelab bola baling
Idea 1 senarai jawatankuasa – nama-nama anggota kelab – senaraikan mengikut tertib
Idea 2 mesyuarat agung tahunan – melantik anggota jawatankuasa – merancang aktiviti
Idea 3 aktiviti kecergasan fizikal – memantapkan stamina – melahirkan pemain yang cergas
Idea 4 adakan perlawanan persahabatan – dapat menilai prestasi – baiki kelemahan diri
Penutup kejayaan telah dicapai – tiga orang pemain, wakili negeri – harumkan nama sekolah
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Baling
Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu
Guru Penasihat : Encik Mohd Naser bin Mohd Lazim
Pengerusi : Khairul Nizam bin Abdul Jamil
Naib Pengerusi : Zulkarnain bin Othman
Setiausaha : Hafizuddin bin Amaruddin
Bendahari : Abdul Samad bin Norhan
Anggota Jawatankuasa : Hafis bin Hashim, Abd. Hadi bin Karim, dan Alias bin Sidek
Pada 26 Januari 2011, Kelab Bola Baling telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Mesyuarat
ini diadakan bertujuan untuk melantik anggota jawatankuasa 2011 yang baharu. Di samping itu,
merancang dan melaksanakan aktiviti kelab sepanjang tahun.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah latihan kecergasan fizikal kepada anggota kelab. Latihan
ini sangat penting bagi memantapkan stamina serta kecergasan fizikal para pemain. Seterusnya, dapat
melahirkan pemain bola baling yang cergas dan cekap.
Kelab Bola Baling juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola
baling sekolah yang berdekatan. Melalui perlawanan sebegini, para pemain dapat menilai prestasi
permainan mereka. Mereka juga boleh memperbaiki kelemahan masing-masing.
Beberapa kejayaan telah dicapai oleh anggota kelab. Tiga orang pemain iaitu Zulkarnain bin
Othman, Alias bin Sidek dan Haikal bin Wahid telah dipilih mewakili pasukan Terengganu dalam
pertandingan di peringkat MSSM. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah.
Laporan disediakan oleh, 14 November 2011.
Hafizuddin
(HAFIZUDDIN BIN AMARUDDIN)
Setiausaha Kelab Bola Baling,
SK Bukit Besar, Kuala Terengganu.
51
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 52 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 25 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 25: Laporan Mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia
Andaikan anda sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda. Anda diminta
menulis laporan aktiviti tentang mesyuarat bilangan pertama persatuan tersebut.
KERANGKA IDEA
Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan dan tarikh – laporan mesyuarat
Idea 1 mesyuarat bilangan pertama – tarikh mesyuarat diadakan – objektif utama mesyuarat
Idea 2 merangka aktiviti tahunan – menaikkan yuran tahunan persatuan – RM10.00 setahun
Idea 3 empat aktiviti utama dirancang – aktiviti kokurikulum akademik – sertai pertandingan
Idea 4 fokus, kejayaan tahun lepas – menyenarai kejayaan diperoleh – johan Pidato Diraja
Penutup cadangan, lawatan sambil belajar – tempat, ingin dilawati – mesyuarat ditangguhkan
LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA
PERSATUAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2012
SK TAMAN DATUK HARUN, PETALING JAYA
Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 18 Januari 2012
yang lalu. Objektif utama mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2012.
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah pengambilan anggota baharu bagi tahun 2012. Mulai
tahun 2012, yuran persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan.
Yuran persatuan telah menjadi RM10.00 setahun.
Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah dicadangkan. Persediaan murid-murid untuk menyertai
Kuiz Bahasa Malaysia. Memilih dua orang wakil untuk menyertai Pertandingan Bercerita dan seorang
wakil sekolah untuk menyertai pertandingan Pidato Diraja. Semua pertandingan bermula di peringkat
kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan.
Pada tahun lepas, peserta Kuiz Bahasa Malaysia telah berjaya memperoleh tempat ketiga di
peringkat daerah. Peserta Pertandingan Bercerita pula hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat
kelompok. Kejayaan cemerlang apabila peserta Pidato Diraja menjadi johan peringkat negeri.
Seterusnya, persatuan juga bercadang untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar. Antara
tempat yang telah dicadangkan ialah Pusat Sains Negara dan Syarikat Akhbar Utusan Malaysia.
Mesyuarat ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Laporan disediakan oleh, 23 JANUARI 2012.
Siratjuddin
(SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SK Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
52
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 53 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 26 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 26: Laporan Majlis Jamuan Pesaraan
Seorang guru yang mengajar di kelas kamu akan bersara wajib. Kamu dan kawan-kawan sekelas
kamu mengadakan satu majlis jamuan untuk beliau. Tulis laporan tentang majlis itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format tajuk laporan – tandatangan, nama, jawatan dan tarikh – laporan jamuan pesaraan
Idea 1 tarikh jamuan pesaraan – nama guru yang diraikan – tempat jamuan, menu jamuan
Idea 2 diraikan, guru agama – bersara wajib, usia 56 tahun – mengenang, menghargai jasa
Idea 3 ketua kelas, menyampaikan ucapan – menyatakan terima kasih – ilmu jadi pedoman
Idea 4 yang diraikan, sampaikan ucapan – luahan terima kasih – jamuan yang disediakan
Penutup murid-murid bersalaman – ingat segala nasihat ustaz – memberi hadiah istimewa
Laporan Majlis Jamuan Pesaraan
Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir
Pada 16 April 2012 yang lalu, murid-murid Tahun Enam Wawasan mengadakan satu majlis jamuan
pesaraan untuk Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir. Jamuan itu diadakan di kantin sekolah.
Menu jamuan yang dihidangkan ialah Nasi Beriani Gulam Rasul.
Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir ialah guru agama di SK Sungai Tungku, Teluk
Intan. Beliau akan bersara wajib pada usia 56 tahun pada 16 April 2012. Majlis jamuan pesaraan
tersebut diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau.
Pada majlis itu, ketua kelas mewakili rakan-rakan menyampaikan ucapan penghargaan. Hafis
bin Sallehuddin menyatakan ucapan terima kasih kepada Ustaz Haji Muhammad Ishak atas tujuk ajar
beliau. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan panduan dan pedoman hidup. Beliau juga
mendoakan semoga ustaz memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Kemudaian, Ustaz Haji Muhammad Ishak menyampaikan ucapannya. Beliau meluahkan rasa
terima atas jamuan yang diadakan. Hidangan yang disediakan istimewa dan aromanya amat
menyelerakan. Beliau juga mendoakan semoga kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
UPSR yang akan diduduki pada bulan September nanti.
Selepas menikmati juadah yang dihidangkan, murid-murid bersalaman dengan ustaz. Bagi kami,
ustaz ialah seorang guru yang sangat berdedikasi dan banyak menyuntik nasihat yang berguna.
Sebelum berpisah, kami menyampaikan hadiah istimewa kepada beliau.
Laporan disediakan oleh, 24 APRIL 2012.
Alissa Suriani
(ALISSA SURIANI BINTI MEOR HASHIM)
Setiausaha,
Tahun Enam Wawasan,
SK Sungai Tungku, Teluk Intan.
53
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 54 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 27 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 27: Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sebagai
ketua pengawas sekolah, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan
ucapan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan
Idea 1 nyatakan tujuan sambutan – bimbingan, pendidikan diberi perhatian – ibu bapa, guru
Idea 2 beruntung, dapat perhatian – usaha perlu diteruskan – acuan generasi akan datang
Idea 3 nasib kanak-kanak lain – kurang mendapat perhatian – kesihatan, akibat peperangan
Idea 4 umpama kain putih – ibu bapa, guru mencorakkannya – menjadi insan yang berguna
Penutup ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak” – mengharapkan ceria, bahagia – terima kasih
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan
rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap sempena
majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini.
Idea
Contoh
Impak
Kita semua telah sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan Hari
Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ini diadakan adalah untuk
memastikan segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi perhatian sewajarnya oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita amat beruntung sekali kerana
mendapat perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, pelbagai usaha perlu
diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa-apa yang kita kecapi
sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan acuan generasi akan datang.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupa akan rakan-
rakan yang kurang bernasib baik dari negara lain. Mereka tidak mendapat layanan yang
sepatutnya. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan.
Idea
Contoh
Impak
Kami umpama kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami
dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi manusia yang berguna. Insan yang
dapat menyumbang serta berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.
Idea
Contoh
Impak
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah ucapan “Selamat Hari Kanak-
kanak Sedunia”. Semoga kita lebih ceria dan bahagia di bawah lembayung kasih sayang ibu
bapa dan asuhan guru-guru yang dedikasi.
Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
54
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 55 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 28 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 28: Majlis Perpisahan Guru Kelas
Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu diminta memberi ucapan
dalam majlis perpisahan tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan
Idea 1 bertukar sekolah – perasaan sedih, terharu – rasa kehilangan guru yang disayangi
Idea 2 dedikasi, tanggungjawab – jasa, pengorbanan dikenang – tunjuk ajar jadi panduan
Idea 3 memohon maaf – kesalahan tutur kata, tingkah laku – sukar untuk membalas jasamu
Idea 4 gembira bertugas, tempat baru – berkhidmat dengan selesa – semoga berjumpa lagi
Penutup mengakhiri ucapan, serangkap pantun – melahirkan penghargaan – terima kasih
Majlis Perpisahan Guru Kelas
Yang dihormati Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Puan Khadijah binti
Kamarulzaman, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan yang budiman. Selamat
sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang
berucap dalam majlis ini.
Idea
Contoh
Impak
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Puan Rosnani binti Ghani akan bertukar
sekolah. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan terharu atas pertukaran beliau. Pertukaran
beliau menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi.
Idea
Contoh
Impak
Beliau telah mengajar di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau
telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu membimbing dan
menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup.
Jasa beliau tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.
Idea
Contoh
Impak
Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Dedikasi mengambil kesempatan ini untuk
memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan tingkah laku kami selama ini. Jasa dan
budi baik cikgu sukar untuk kami membalasnya.
Idea
Contoh
Impak
Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan tugas
dengan selesa. Dengan setulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang
dicurahkan kepada kami. Harapan kami agar kita dapat berjumpa lagi.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
55
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 56 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 29 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 29: Ceramah Motivasi Minda
Anda ialah bekas pelajar sebuah sekolah, kini anda sedang melanjutkan pelajaran di Menara Gading.
Anda telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada muri-murid tahun enam yang bakal
menduduki peperiksaan UPSR di sekolah tersebut.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan
Idea 1 penceramah, perkenalkan diri – bekas murid – bertugas sebagai seorang pensyarah
Idea 2 kejayaan, usaha gigih – manfaat masa dengan baik – dapat kejayaan demi kejayaan
Idea 3 nasihat, rajin belajar – harapan ibu bapa, guru-guru – memulakan langkah kejayaan
Idea 4 kaitkan dengan bidalan Melayu – kejayaan, perlu usaha – kegigihan, kesungguhan
Penutup harapan penceramah – doakan, cemerlangan UPSR – terjamin, cerah masa depan
Ceramah Motivasi Minda
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, Guru Besar SK Padang Mat Sirat,
Langkawi, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Pada hari ini, saya amat berbesar hati
kerana diundang dan diberi kepercayaan untuk memberi ceramah kepada murid-murid tahun
enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Idea
Contoh
Impak
Saya ialah bekas murid sekolah ini, saya melangkah ke sekolah menengah dan
meninggalkan sekolah ini pada tahun 1985. Sekarang, saya bertugas sebagai seorang
pensyarah di Universiti Malaya. Pengkhususan saya adalah dalam bidang perubatan.
Idea
Contoh
Impak
Pencapaian saya sekarang adalah berkat didikan guru-guru dan usaha gigih saya sejak
di bangku sekolah rendah lagi. Saya sentiasa menfaatkan masa dengan aktiviti yang
berfaedah seperti membaca dan mengulang kaji pelajaran. Impaknya, saya memperoleh
kejayaan pada peringkat UPSR sehinggalah ke peringkat PHD.
Idea
Contoh
Impak
Kepada anda yang akan menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan agar belajar
bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan. Berikanlah segulung kejayaan atas
pengorbanan ibu bapa dan guru-guru. Itulah hadiah yang sungguh berharga buat mereka.
Ayuh! Mulakan langkah bijak anda menyusuri tapak-tapak kejayaan.
Idea
Contoh
Impak
Saya teringat bidalan Melayu yang berbunyi “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”. Bidalan ini mengingatkan kita bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek
tanpa usaha dan kegigihan. Oleh itu, belajarlah bersungguh-sungguh.
Idea
Contoh
Impak
Akhir kata, sebagai mengakhiri bicara, saya doakan semoga anda semua akan berjaya
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Kejayaan anda
merupakan jaminan masa hadapan yang lebih cerah. Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
56
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 57 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 30 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 30: Cara-cara Menabung
Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena Sambutan
Bulan Membaca. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, “Cara-cara Menabung”. Tulis ucapan
kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan
Idea 1 wang, keperluan hidup – menyimpan wang di dalam tabung – latihan berjimat-cermat
Idea 2 menabung, di dalam bank – lebih terjamin keselamatan – contoh bank perdagangan
Idea 3 mendapat pulangan keuntungan – bonus kepada penyimpan – tabungan bertambah
Idea 4 simpan di bank, lebih selamat – simpan di rumah, banyak risiko – pilih, cara terbaik
Penutup ucapan “Selamat Menyambut Kemerdekaan” – rancang masa depan – terima kasih
Cara-cara Menabung
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan,
Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan. Salam sejahtera saya ucapkan.
Sempena sambutan Bulan Membaca pada hari ini, saya diberi amanah untuk menyampaikan
ucapan yang bertajuk “Cara-cara Menabung”.
Idea
Contoh
Impak
Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Ada pelbagai
cara menyimpan wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam tabung.
Amalan menabung dapat melatih seseorang lebih berjimat-cermat.
Idea
Contoh
Impak
Menyimpan wang di dalam bank merupakan cara menabung yang digemari oleh rakyat
Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak institusi kewangan. Antaranya ialah Bank Simpanan
Nasional yang merupakan institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga
bank-bank perdagangan seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank.
Idea
Contoh
Impak
Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita juga boleh mendapat pulangan
keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh pihak bank berkenaan. Keuntungan perniagaan
ini dikenali sebagai bonus. Jika kita menyimpan wang walaupun sedikit setiap bulan, maka
wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.
Idea
Contoh
Impak
Wang yang disimpan di dalam bank lebih selamat berbanding daripada wang yang
disimpan di rumah. Wang yang disimpan di rumah terdedah kepada pelbagai risiko. Kitalah
yang akan menentukan cara yang terbaik untuk menabung.
Idea
Contoh
Impak
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat
menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Rancanglah masa hadapan anda dengan bijak
melalui amalan menabung. Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
57
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 58 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 31 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 31: Majlis Jamuan Perpisahan
Murid-murid tahun enam di sekolah kamu mengadakan majlis jamuan perpisahan sebelum mereka
meninggalkan alam sekolah rendah untuk melangkah ke sekolah menengah. Sebagai wakil murid,
kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, bertatasusila – terima kasih, nyata tujuan – wakil murid tahun enam
Idea 1 program, majlis perpisahan – melangkah ke sekolah menengah – jadikan panduan
Idea 2 ucapan, selamat berpisah – selamat tinggal cikgu – mendidik, tabah, tekun, sabar
Idea 3 berasa sungguh sedih – jasa guru terlalu banyak – rela berkorban untuk orang lain
Idea 4 berjanji, belajar bersungguh-sungguh – barisan pelapis – harumkan nama sekolah
Penutup doakan kesihatan guru – restu oleh guru-guru – agar terus berjaya, selamat berpisah
Majlis Jamuan Perpisahan
Selamat sejahtera, yang berusaha Pengacara Majlis, Guru Besar, barisan Penolong Kanan,
Guru Cemerlang, guru-guru, seterusnya, rakan-rakan yang budiman. Saya merakamkan
ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk berucap dalam majlis jamuan
perpisahan muri-murid tahun enam pada pagi ini.
Idea
Contoh
Impak
Hadirin yang dihormati,
Program ini merupakan suatu majlis perpisahan kita sebelum kita melangkah ke
sekolah menengah. Setelah enam tahun kita diasuh dan dibimbing, kini hampir tiba masanya
untuk kita melangkah setapak lagi ke alam awal remaja. Seribu satu macam nostalgia indah
yang tercatat di sekolah ini, kami akan jadikan panduan hidup.
Idea
Contoh
Impak
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan selamat berpisah kepada kawan-
kawan dan guru-guru. Di samping itu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada guru-
guru yang telah mendidik kami dengan tabah, tekun, dan sabar.
Idea
Contoh
Impak
Kami berasa sungguh sedih meninggalkan guru-guru yang telah banyak berjasa
kepada kami. Pengorbanan para guru tidak terbalas kerana jasa guru-guru tidak ternilai
banyaknya. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
Idea
Contoh
Impak
Kami berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita dan impian
murni kami. Seterusnya, kami akan buktikan bahawa kami adalah pewaris kepimpinan masa
hadapan. Kami juga berjanji akan mengharumkan nama sekolah.
Idea
Contoh
Impak
Kami juga berdoa semoga guru-guru senantiasa sihat dan dapat meneruskan usaha
untuk mengasuh dan mendidik. Kami berharap guru-guru mendoakan kami agar terus berjaya.
Selamat berpisah, semoga berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
58
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 59 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 32 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 32: Catatan Sambutan Hari Guru
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti
sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.
KERANGKA IDEA
Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas
Idea 1 8.00 pagi, ucapan Guru Besar – membaca perutusan khas – perutusan Hari Guru
Idea 2 8.45 pagi, sukaneka bermula – acara yang dijalankan – perlawanan bola baling
Idea 3 9.45 pagi, persembahan Hari Guru – persembahan nasyid – pementasan drama
Idea 4 11.00 pagi, rehat, jamuan – pelbagai kuih dihidangkan – sungguh menyelerakan
Penutup 11.45 pagi, penyampaian hadiah – akhiri sambutan – YDP PIBG sampaikan hadiah
Catatan Sambutan Hari Guru
RABU, 16 MEI 2012
7.45 pagi
Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2012.
Keadaan cuaca cerah pada hari itu. Semua guru dan murid-murid tampak ceria.
Idea
Contoh
Impak
8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar. Diikuti Cikgu Norlian membaca
perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Choo Saw Wan pula
membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Idea
Contoh
Impak
8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara rebut kerusi. Seterusnya acara lari bawa lilin dan isi air
dalam botol. Perlawanan bola baling juga diadakan antara murid dengan guru.
Idea
Contoh
Impak
9.45 pagi
Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid
tahun tiga menyanyikan lagu nasyid dalam bahasa Arab. Murid-murid tahun enam pula
mempersembahkan drama pendek yang berjudul “Guru Kampung”.
Idea
Contoh
Impak
11.00 pagi
Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersama-sama
guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut
dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami.
Idea
Contoh
Impak
11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun
ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ariffin bin Mat Rawi.
Idea
Contoh
Impak
59
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 60 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 33 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 33: Catatan Pertandingan Mendaklamasikan Sajak
Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat
daerah. Tuliskan catatan tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut.
KERANGKA IDEA
Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas
Idea 1 8.20 pagi, mengalu-alukan kehadiran – penerangan ketua hakim – sistem pengadilan
Idea 2 8.45 pagi, pertandingan bermula – 30 peserta, ambil bahagian – aksi para peserta
Idea 3 11.30 majlis penutup, Pengerusi MGB – berpuas hati – peserta menanti keputusan
Idea 4 11.45 keputusan diumumkan – dinobatkan juara pertandingan – penyampian hadiah
Penutup 11.55 majlis tamat, jamuan – tugas sudah selesai – Guru Besar tersenyum gembira
Catatan Pertandingan Mendaklamasikan Sajak
SABTU, 28 APRIL 2012
8.00 pagi
Murid-murid sudah memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru, pengerusi PIBG dan tetamu
jemputan masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pegawai Pendidikan
Daerah Kerian juga tiba untuk merasmikan majlis tersebut.
Idea
Contoh
Impak
8.20 pagi
Selaku pengacara majlis, aku mengalu-alukan kehadiran para jemputan. Sebelum
pertandingan dimulakan, ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan.
Idea
Contoh
Impak
8.45 pagi
Semua yang hadir bertumpu ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30
peserta telah mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan.
Idea
Contoh
Impak
11.30 pagi
Perasmian penutup dilakukan oleh Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kerian. Beliau
berpuas hati dengan prestasi para peserta. Semuanya berbakat dan berkebolehan.
Idea
Contoh
Impak
11.45 pagi
Keputusan diumumkan. Rosli bin Miswan dinobatkan sebagai juara mendeklamasikan sajak.
Nurul Amirah binti Redzuan mendapat tempat kedua dan Siti Fadhilah bin Alias di tempat
ketiga. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Kerian.
Idea
Contoh
Impak
11.55 pagi
Majlis bersurai. Tetamu dijemput menikmati jamuan di dataran kantin sekolah. Guru Besar
menepuk-nepuk bahuku. Beliau amat berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku
laksanakan. Guru kelasku tersenyum memerhatikan telatah kami.
Idea
Contoh
Impak
60
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 61 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 34 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 34: Menghadiri Majlis Sambutan Hari Jadi
Kamu telah diundang untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir kawan kamu. Tulis catatan tentang
sambutan hari lahir yang kamu hadiri tersebut.
KERANGKA IDEA
Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas
Idea 1 ibu menghantar ke rumah kawan – memenuhi jemputan – majlis sambutan hari lahir
Idea 2 tiba di rumah kawan – menyambut kehadiran, wajah ceria – mempelawa masuk
Idea 3 majlis sambutan dimulakan – bacaan doa selamat – agihkan kek kepada tetamu
Idea 4 menjamah hidangan – menyertai permainan, mencuit hati – pemenang dapat hadiah
Penutup tetamu mula minta diri – mengucapkan terima kasih – melangkah keluar, pulang
Menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir
KHAMIS, 26 JANUARI 2012
3.30 petang
Ibu menghantar saya ke rumah rakan saya, Siti Azrezan. Saya ke rumahnya kerana ingin
memenuhi hajat dan jemputan rakan saya itu. Saya hendak meraikan majlis sambutan hari
lahirnya yang ke-12.
Idea
Contoh
Impak
3.45 pagi
Saya tiba di rumah Siti Azrezan. Dia menyambut kedatangan saya dengan wajah yang ceria
sambil mempelawa saya masuk. Saya menyampaikan buah tangan kepadanya, dia
mengucapkan terima kasih kepada saya.
Idea
Contoh
Impak
4.00 petang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan dikuti upacara memotong kek. Kami turut
menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” bersama-sama. Seterusnya, Siti Azrezan
membahagi-bahagikan kek tersebut kepada kami semua.
Idea
Contoh
Impak
4.30 petang
Sambil menjamah hidangan yang disediakan, kami berpeluang menyertai permainan yang
mencuit hati. Permainan rebut kerusi, tiup dan pecah belon serta cari gula-gula misteri. Setiap
pemenang akan menerima hadiah yang disediakan oleh Siti Azrezan.
Idea
Contoh
Impak
5.00 petang
Tetamu dan rakan-rakan Siti Azrezan sudah mula minta diri untuk pulang. Saya dan rakan-
rakan yang hadir mengucapkan terima kasih seklai lagi. Ibu sudah menunggu saya di dalam
kereta, saya melangkah meninggalkan menujuk ke kereta ibu.
Idea
Contoh
Impak
61
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 62 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 35 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 35: Catatan Semasa Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin
Baru-baru ini, kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan
beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut.
KERANGKA IDEA
Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas
Idea 1 bersiap-siap ke tempat dituju – majlis kenduri kahwin – melalui pekan-pekan kecil
Idea 2 tiba di Taman Medan – disambut oleh pak long dan mak long – ke bilik pengantin
Idea 3 kehadiran para jemputan – membantu mengangkat hidangan – dihadiahi bunga telur
Idea 4 kehadiran pengantin lelaki – diarak, paluan kompang – majlis “makan beradab”
Penutup bersalam-salaman dengan anggota keluarga – pengantin baharu – sebelum pulang
Catatan Semasa Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin
AHAD, 4 DISEMBER 2011
6.00 pagi
Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak Ke
Taman Medan. Hari ini merupakan majlis kenduri kahwin sepupu saya.
Idea
Contoh
Impak
7.15 pagi
Kami bertolak ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah pekan,
antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru.
Idea
Contoh
Impak
10.30 pagi
Kami tiba di Taman Medan. Kami disambut oleh Pak Long Hamdan dengan penuh
kegembiraan. Kami berbual-bual dengan pak long dan mak long. Kemudian, saya dan ibu ke
bilik pengantin untuk memberi hadiah kepada pengantin, kakak Farahana.
Idea
Contoh
Impak
12.00 tengah hari
Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut
membantu mengangkat hidangan untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis
itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni.
Idea
Contoh
Impak
2.00 petang
Kehadiran pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang. Kemudian, pasangan “Raja
Sehari” menikmati hidangan “Makan Beradab” bersama-sama keluarga terdekat. Mereka
sama cantik, sama padan mengenakan pakaian songket berwarna ungu.
Idea
Contoh
Impak
5.00 petang
Kami bersalam-salaman dengan Pak Long Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak
Long Halimah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami.
Idea
Contoh
Impak
62
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 63 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 36 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 36: Pertandingan Kecerian Kelas
Sempena bulan kecerian sekolah, kamu dan rakan-rakan berganding bahu untuk membersihkan dan
menceriakan kelas kamu. Tulis catatan yang dilakukan untuk menghadapi pertandingan itu.
KERANGKA IDEA
Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas
Idea 1 Guru Besar, umum pertandingan kecerian – bermula minggu ini – kategori diadili
Idea 2 perbincangan, agih tugasan – guru kelas, jururunding – kelas kami mahligai kami
Idea 3 mula menceriakan kelas – hasrat, juara kecerian – cadangan penambah baikkan
Idea 4 kelas, berubah wajah – wujud pusat sumber mini – langsir, menambah seri kelas
Penutup kecerian kelas mula diadili – pengadil menghakimi – kategori yang telah ditentukan
Pertandingan Kecerian Kelas
Isnin, 5 Mac 2012
Guru Besar telah mengumumkan pertandingan kecerian kelas bermula pada minggu ini.
Pertandingan kelas ceria akan diadili seminggu sekali. Beberapa kategori telah ditetapkan
semasa pengadilan dijalankan oleh anggota jawatankuasa pertandingan.
Idea
Contoh
Impak
Selasa, 6 Mac 2012
Saya dan rakan-rakan mula mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan. Guru
kelas kami, Cikgu Murad bertindak sebagai jururunding kami. Kami berusaha mewujudkan
konsep KKMK “kelas kami, mahligai kami” secara kerjasama.
Idea
Contoh
Impak
Rabu, 7 Mac 2012
Pagi-pagi lagi, murid-murid yang bertugas sudah mula menceriakan kelas. Semua yang
terlibat sama-sama memainkan peranan agar KKMK membuahkan hasil. Cikgu Murad
memantau tugasan kami dan memberi pandangan untuk penambah baikkan.
Idea
Contoh
Impak
Khamis, 8 Mac 2012
Kini, kelas kami telah berubah wajah. Konsep KKMK berjaya mencerikan kelas, pusat sumber
mini dihiasi cantik di belakang kelas. Di samping itu, pelbagai bahan bacaan disusun begitu
kreatif. Langsir yang dipasang menambah seri kelas Enam Bestari.
Idea
Contoh
Impak
Jumaat, 9 Mac 2012
Hari ini semua kelas akan diadili. Debaran dirasai oleh semua murid kelas Enam Bestari.
Anggota jawatankuasa memeriksa semua sudut dan peralatan di dalam kelas. Kami berharap
agar dapat mengungguli pertandingan kecerian ini setiap minggu.
Idea
Contoh
Impak
63
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 64 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 37 SYARAHAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 37: Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar
Kamu terpilih mewakili sekolah kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang telah
ditetapkan semasa pertandingan itu ialah “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”.
Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
Idea 1 banyak tempat menarik – pantai, tanah tinggi – berkunjung ke tempat bersejarah
Idea 2 lawatan sambil belajar – menambah ilmu pengetahuan – melihat secara dekat
Idea 3 lawatan, memberi ketenangan minda – berehat di pulau – memberi nafas baru
Idea 4 memanfaatkan masa – terhindar daripada gejala sosial – berfikiran sihat, matang
Penutup ulasan, faedah lawatan – jauh berjalan, luas pengalaman – Cuti-cuti Malaysia
Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya
ucapkan. Pada pagi yang nyaman ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”.
Idea
Contoh
Impak
Kita amat beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati. Kita boleh
ke kawasan peranginan di puncak gunung, bersantai di tepi pantai, dan beriadah di kawasan
air terjun. Kita juga boleh berkunjung ke tempat bersejarah.
Idea
Contoh
Impak
Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama keluarga ataupun rakan boleh
menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke negeri Melaka, kita akan dapat
melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys.
Idea
Contoh
Impak
Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan minda setelah penat belajar. Sebagai
contoh, jika kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Langkawi, hati akan berasa
terhibur. Perasaan kita juga akan menjadi tenang. Emosi yang tenang dapat memudahkan kita
mengulang kaji semula pelajaran dengan lebih berkesan.
Idea
Contoh
Impak
Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita telah menggunakan masa lapang
dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika tidak turut serta, berkemungkinan juga kita bercampur
gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, barangkali kita terjebak dalam kegiatan yang
tidak sihat seperti melepak dan berpelesaran.
Idea
Contoh
Impak
Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikuti lawatan
sambil belajar. Sesunggunya jauh berjalan, luaslah pengalaman yang kita lalui. Oleh itu, sertai
Cuti-cuti Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
64
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 65 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 38 SYARAHAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 38: Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan
Kamu telah terpilih mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk
syarahan yang diberi ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu
itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
Idea 1 pencemaran sungai dan laut – sampah-sarap, sisa minyak – tidak bertanggungjawab
Idea 2 sisa toksik alirkan ke sungai, laut – pencemaran air berlaku – kos tinggi, merawat air
Idea 3 manusia bergantung kepada air – air tercemar, aktiviti tergendala – ganggu kesihatan
Idea 4 kesan pencemaran, hidupan air – rumpair, ikan pupus – pendapatan nelayan terjejas
Penutup pencemaran air merugikan kita – kempen sayangi sungai, laut – ucapan terima kasih
Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan
Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, panel
hakim yang arif dengan panji keadilannya, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.
Idea
Contoh
Impak
Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi
disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Idea
Contoh
Impak
Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang tetentu dengan mudah dialirkan
ke sungai dan ke laut. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran air yang berterusan. Kita
terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.
Idea
Contoh
Impak
Manusia menggunakan air untuk pelbagai kegunaan harian, pertanian dan
perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang
tercemar berbahaya kepada kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh memudaratkan
serta menyebabkan penyakit kulit, muntah-muntah, dan cirit-birit.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, pencemaran air juga dapat memberi kesan negatif kepada hidupan air,
seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Perkara ini akan memberi impak kepada
kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas.
Idea
Contoh
Impak
Hadirin yang budiman,
Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak
merugikan kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.
“Cintailah Sungai Kita”.
Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
65
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 66 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 39 SYARAHAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 39: Hidup Sepakat Membawa Berkat
Kamu akan menyertai satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia
sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah teks
syarahan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
Idea 1 maksud ungkapan, tajuk – kerjasama perlu diamal – dalam semua aspek kehidupan
Idea 2 amalan maufakat, ringan tulang – semangat bergotong-royong – nilai murni sejagat
Idea 3 rakyat pelbagai kaum – harmoni, hidup bekerjasama – jadikan satu amalan harian
Idea 4 amalan saling membantu – menjana semangat kejiranan – bangun bersama rakyat
Penutup ungkapan, wajar dihayati, segenap masyarakat – merealisasikan banyak kebaikan
Hidup Sepakat Membawa Berkat
Yang saya hormati Saudara Peneraju Agenda, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan
Penolong Kanan, para hakim penentu juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati.
Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah bunyi tajuk
syarahan saya pada pagi ini.
Idea
Contoh
Impak
“Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi keempat, hidup
sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula
bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dan sinonim dengan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan keturunan.
Idea
Contoh
Impak
Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh semangat permuafakatan dalam
masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat.
Idea
Contoh
Impak
Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam
keadaan yang harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama perlu dipupuk sejak
daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah
daripada rebungnya.
Idea
Contoh
Impak
Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya menjana semangat
kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat
dilaksanakan oleh kerajaan untuk faedah semua rakyat.
Idea
Contoh
Impak
Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan.
Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
66
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 67 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 40 SYARAHAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 40: Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang
Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan anda
ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
Idea 1 ibu bapa, banyak berjasa – curahkan kasih sayang – sewajarnya, hormat ibu bapa
Idea 2 ibu bapa, menyara kita – sabar hadapi kesusahan – keperluan diurus sempurna
Idea 3 memberi pendidikan sempurna – menghargai jasa – kasih sayang sepanjang hayat
Idea 4 sentiasa mendampingi kita – meleraikan segala masalah – rakan kongsi suka duka
Penutup keberkatan hidup anak – doa, restu ibu bapa – sayangi ibu bapa, ke akhir hayat
Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat
Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan
Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan
yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan menyampaikan syarahan
yang bertajuk “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”.
Idea
Contoh
Impak
“Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Mereka telah
mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada kita. Oleh itu, sewajarnya kita menghormati
ibu bapa sebagai membalas jasa. Jasa mereka terlalu agung bagi kita.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, ibu bapa telah membelanjakan wang ringgit yang banyak semata-mata untuk
menyara kita. Mereka tidak pernah merungut atas kesusahan mengurus kehidupan keluarga.
Segala keperluan kita diurusnya dengan sempurna.
Idea
Contoh
Impak
Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang sempurna kepada kita.
Pendidikan di sekolah mahupun pendidikan agama telah diberikan kepada kita. Oleh sebab
itu, kita amat perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Kasih sayang mereka kepada
kita adalah kasih sayang sepanjang hayat.
Idea
Contoh
Impak
Ibu bapa juga merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita
mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah
yang akan meleraikan segala kerumitan dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan
kongsi suka duka yang tiada tandingannya.
Idea
Contoh
Impak
Oleh hal yang demikian, maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita.
Ingatlah bahawa keberkatan hidup seseorang anak terletak pada restu dan doa kedua-dua
orang tuanya. Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka hingga ke akhir
hayat.
Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
67
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 68 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 41 SYARAHAN FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 41: Cara-cara Menjaga Kesihatan
Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pejabat pelajaran
daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Cara-cara Menjaga Kesihatan”. Tuliskan teks syarahan anda itu
selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
Idea 1 kesihatan, aset penting – amalan pemakanan sihat – dikawal, makanan seimbang
Idea 2 rajin melakukan senaman – peluh, kekotoran badan keluar – menjamin kesihatan
Idea 3 kebersihan anggota badan – menjaga kuku, rambut, gigi – hindari pembiakan kuman
Idea 4 amalkan gaya hidup sihat – kurangkan gula dan lemak – tidak merokok, minum arak
Penutup tempat tinggal, bersih – elakkan pembiakan serangga – jadikan rumahku mahligaiku
Cara-cara Menjaga Kesihatan
Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan
Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan
yang disenangi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Cara-cara Menjaga Kesihatan”.
Idea
Contoh
Impak
Kesihatan ialah aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilainya kepada setiap individu.
Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti sakit
jantung, darah tinggi, dan kencing manis. Kesihatan dapat dijaga dan dikawal melalui
pengambilan makanan yang seimbang.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, kita hendaklah bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Semasa
bersenam, peluh daripada badan kita akan keluar bersama-sama kotoran dalam badan.
Amalan bersenam juga dapat memberikan kesihatan yang lebih baik.
Idea
Contoh
Impak
Di samping itu, kebersihan badan merupakan satu daripada punca kesihatan seseorang
individu. Kita hendaklah menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan pakaian. Anggota
badan yang bersih dapat mengelakkan daripada pembiakan kuman.
Idea
Contoh
Impak
Hadirin yang saya hormati,
Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Kurangkan
pengambilan gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan kita. Kita tidak boleh
merokok, minum arak, mengambil dadah jika mahu kehidupan yang sempurna.
Idea
Contoh
Impak
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal supaya kita agar sentiasa bersih.
Hindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh membawa penyakit. Oleh itu,
wujudkanlah persekitaran “rumahku mahligaiku”.
Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
68
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 69 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 42 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 42: Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin
Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu
dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.
KERANGKA IDEA
Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan
Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat
Idea 2 mewakili kelas Enam Bestari – mengemukakan aduan – rosak lampu, kipas angin
Idea 3 lampu rosak, sukar belajar – kipas angin tidak berfungsi – tumpuan belajar terganggu
Idea 4 ganggu tumpuan belajar – mengharapkan tindakan sewajarnya – kesulitan berakhir
Penutup kerjasama, perhatian – ucapan terima kasih – ungkapan bertatasusila, akhiri surat
Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin
Ketua kelas,
Tahun Enam Bestari,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan. 26 Mac 2012.
Tuan,
ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu aduan. Aduan saya
ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami.
3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Lampu yang rosak juga
menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan
keadaan kelas kurang selesa.
4. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. Saya amat
mengharapkan agak pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga kesulitan
yang kami alami, akan segera berakhir.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan.
Saya yang benar,
Rizalman
(RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
Ketua kelas,
Tahun Enam Bestari. 69
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 70 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 43 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 43: Persetujuan Menyertai Acara Olahraga
Pasukan olahraga sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah. Selaku
setiausaha, tulis sepucuk surat bagi menyatakan persetujuan menyertai acara tersebut.
KERANGKA IDEA
Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan
Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat
Idea 2 memaklumkan surat diterima – terima kasih, terima undangan – menyertai kejohanan
Idea 3 diwakili, dua pasukan – bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan – acara 4 x 100 meter
Idea 4 harapan, memeriahkan kejohanan – melahirkan bakat baru – ucapan terima kasih
Penutup sudi mengundang pasukan olahraga – ucapan terima kasih – kata-kata akhiri surat
Persetujuan Menyertai Acara Olahraga
Setiausaha Persatuan Olahraga,
Sekolah Kebangsaan Dato Sagor,
36800 Kampong Gajah.
Penyelaras Sukan Tahunan ke-21,
Sekolah Kebangsaan Seberang Perak,
36800 Kampong Gajah,
Perak Darul Ridzuan. 28 April 2012.
Tuan,
Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya ucapkan atas
undangan untuk menyertai kejohanan sukan tahunan kali yang ke-21.
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan besar hati menerima undangan tersebut. Kami akan
menyertai kejohanan olahraga pada 26 April 2008 itu nanti. Sekolah kami akan diwakili oleh dua
pasukan bawah umur 12 tahun.
4. Kami akan menghantar pasukan 4 x 100 meter bagi kategori lelaki dan perempuan. Kami
berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan temasya sukan sekolah tuan. Justeru,
diharapkan kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat baru.
Kesudian pihak tuan mengundang kami, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan.
Saya yang benar,
Faizal Riza
(FAIZAL RIZA BIN ABDUL HANIF)
Setiausaha Persatuan Olahraga,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor. 70
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 71 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 44 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 44: Jemputan Menyertai Pertandingan Menulis Cerpen
Sekolah kamu terpilih menjadi penyelaras pertandingan menulis cerpen. Sebagai setiausaha, kamu
diminta menulis surat jemputan untuk menyertai pertandingan tersebut.
KERANGKA IDEA
Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan
Idea 1 pertandingan menulis cerpen – anjuran PPD Kuala Pilah – tarikh pertandingan
Idea 2 jemputan menyertai pertandingan – wakil sekolah – terbuka kepada murid tahap dua
Idea 3 pertandingan, mencungkil bakat – masa 60 minit – 300 hingga 350 panjang cerpen
Idea 4 bawa alat tulis sendiri – keperluan lain disediakan penganjur – 12 hadiah disediakan
Penutup kembalikan borang – seminggu sebelum pertandingan – kata-kata mengakhiri surat
Jemputan Menyertai Pertandingan Menulis Cerpen
Penyelaras Pertandingan Menulis Cerpen,
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu,
7200 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Setia,
72000 Kuala Pilah. 13 Ferbuari 2012.
Tuan,
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan
Pertandingan Menulis Cerpen. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 10 Mac 2012.
2. Sehubungan itu, saya dengan hormatnya menjemput seorang peserta dari sekolah tuan untuk
menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua sahaja.
3. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dalam kalangan murid bagi
menghasilkan cerpen. Tajuk cerpen akan diberi semasa hari pertandingan. Masa yang diberi kepada
peserta ialah 60 minit. Panjang cerpen antara 200 hingga 350 patah perkataan.
4. Para peserta dikehendaki membawa alat tulis sahaja. Keperluan-keperluan lain akan disediakan
oleh pihak penganjur. Dua belas hadiah akan disediakan untuk pertandingan ini.
Pihak tuan dikehendaki melengkapkan borang pertandingan yang dikepilkan dan kembalikan sebelum
atau pada 29 Februari 2012 . Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai.
Saya yang menjalankan tugas,
Denis Zulaiman
(DENIS ZULAIMAN BIN HASBOLAH)
Penyelaras Pertandingan Menulis Cerpen,
SK Kampung Batu, Kuala Pilah. 71
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 72 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 45 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 45: Aduan Bekalan Air Bersih
Anda hendak membuat aduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih di tempat kamu. Tulis
sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah tersebut.
KERANGKA IDEA
Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan
Idea 1 wakil kepada penduduk – aduan gangguan bekalan air – tekanan air yang rendah
Idea 2 gangguan sejak tiga minggu – timbul aneka masalah – mandi, membasuh, memasak
Idea 3 masalah tekanan air rendah – air mengalir perlahan – langsung terputus bekalan
Idea 4 air disalurkan keruh – bimbang menggunakan air paip – akan menjejas kesihatan
Penutup mengharapkan tindakan segera – atasi masalah, aduan – kata-kata mengakhiri surat
Aduan Bekalan Air Bersih
305, Blok A, Pangsapuri Seri Perdana,
Jalan Seroja 6/8A, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
46050 Petaling Jaya. 10 Januari 2012.
Tuan,
Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana
Saya mewakili penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat aduan tentang
masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang sangat rendah.
2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih sering berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu. Keadaan
ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan aktiviti seharian seperti
mandi, membasuh, dan memasak.
3. Tekanan air yang sangat rendah juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini
sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa
puncak, terutamanya waktu pagi air langsung tidak mengalir.
4. Selain itu, kami mendapati air yang disalurkan juga tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru
itu, kami berasa bimbang penggunaan air tersebut akan menjejaskan kesihatan.
Sehubungan dengan itu, kami berharap benar agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Sekian dimaklumkan.
Saya yang benar,
Syhamsuri
(SYHAMSURI BIN KAMARUDDIN)
Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana,
Kota Damansara, Petaling Jaya. 72
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 73 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 46 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS
TEMA: SEKOLAH Tajuk 46: Kebenaran Mengadakan Perkhemahan
Persatuan kadet sekolah anda akan mengadakan perkhemahan unit beruniform di padang sekolah.
Sebagai setiausaha, anda meminta kebenaran Guru Besar untuk mengadakan perkhemahan tersebut.
KERANGKA IDEA
Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan
Idea 1 kebenaran mengadakan perkhemahan – setiausaha kadet remaja – tarikh dirancang
Idea 2 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir
Idea 3 tujuan perkhemahan – kenali-mengenali, latih berdikari – tepati dan hargai masa
Idea 4 pengalaman baharu – tidur beramai-ramai dalam khemah – giliran berkawal malam
Penutup mengundang Guru Besar – merasmikan perkhemahan – harapan, mengakhiri surat
Kebenaran Mengadakan Perkhemahan
Persatuan Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
83000 Batu Pahat, Johor.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
83000 Batu Pahat. 6 April 2012.
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kadet Remaja 2012
Saya Mimi Farhana Ainuddin selaku Setiausaha Kadet Remaja ingin memohon kebenaran untuk
mengadakan perkhemahan Kadet Remaja 2012 pada hari Sabtu, 28 April 2012.
2. Perkhemahan tersebut akan diadakan di padang bola sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi dan
berakhir pada pukul 6.00 petang keesokan harinya.
3. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk kenal-mengenali antara anggota persatuan. Anggota
kadet juga dilatih supaya dapat berdikari melakukan aktiviti semasa perkhemahan. Mereka juga mesti
dilatih menepati masa bagi semua aktiviti yang dirancang.
4. Selain itu, anggota kadet merasai pengalaman baharu semasa berkhemah. Antaranya, tidur
beramai-ramai dalam satu khemah dan berkawal malam mengikut giliran.
Sehubungan dengan itu, kami berhasrat mengundang tuan untuk merasmikan Perkhemahan Kadet
Remaja 2012 pada kali ini. Kami berharap agar pihak tuan tidak keberatan untuk menerima undangan
ini. Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,
Mimi Farhana
(MIMI FARHANA BINTI AINUDDIN)
Setiausaha Kadet Remaja,
SK Seri Iskandar, Batu Pahat. 73

Contenu connexe

Tendances

Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 KssrPC Lim
 
Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4Shika Nara
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUMODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUAzya Ree
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Rashidah1996
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Pendahuluan karangan
Pendahuluan karanganPendahuluan karangan
Pendahuluan karanganAsnahAriffin
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Norsuhaila Ila
 
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMSiti Aminah Ramlan
 
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...Norazliah Ani
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Tuisyen Geliga
 
Jasamu memahat generasi gemilang
Jasamu memahat generasi gemilangJasamu memahat generasi gemilang
Jasamu memahat generasi gemilangRos Nita
 

Tendances (20)

Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssr
 
Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
Cara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuatCara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuat
 
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUMODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
 
Rangka karangan
Rangka karanganRangka karangan
Rangka karangan
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
 
2 teknik menjawab kertas 2
2 teknik menjawab  kertas 22 teknik menjawab  kertas 2
2 teknik menjawab kertas 2
 
Teknik menjawab 2017
Teknik menjawab  2017Teknik menjawab  2017
Teknik menjawab 2017
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Pendahuluan karangan
Pendahuluan karanganPendahuluan karangan
Pendahuluan karangan
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)
 
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
 
+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
Jasamu memahat generasi gemilang
Jasamu memahat generasi gemilangJasamu memahat generasi gemilang
Jasamu memahat generasi gemilang
 

En vedette

Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaMd Ramli Sabran
 
klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1fadhramli
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2fadhramli
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1afadhramli
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2fadhramli
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2afadhramli
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1fadhramli
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1fadhramli
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg bKamarudin Jaafar
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Md Ramli Sabran
 

En vedette (20)

TACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_CTACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_C
 
Bahagian012 C
Bahagian012 CBahagian012 C
Bahagian012 C
 
Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
TACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_ATACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_A
 
Bahagian012 A
Bahagian012 ABahagian012 A
Bahagian012 A
 
Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
BM "MAMPU"
BM "MAMPU"BM "MAMPU"
BM "MAMPU"
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2
 
klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1
 
Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 

Similaire à TACEM 012 Set-B2

Kertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawasKertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawastati hidayatie
 
Kem motivasi14
Kem motivasi14Kem motivasi14
Kem motivasi14Asri Wahab
 
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cpPaperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cpMohamad Hasifi Saffia
 
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiPerkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiROSLINDAWATI LIN
 
Transformasi Sekolah: SMK Kuala Penyu
Transformasi Sekolah: SMK Kuala PenyuTransformasi Sekolah: SMK Kuala Penyu
Transformasi Sekolah: SMK Kuala PenyuAbu Bakar Sani
 
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - ContohPPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - ContohCikgu Naqib
 
Pro forma waj3114-big fasa 6
Pro forma waj3114-big fasa 6Pro forma waj3114-big fasa 6
Pro forma waj3114-big fasa 6kayro1981
 
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011Khuzaini Ku
 
K.kerja perkhemahan
K.kerja perkhemahanK.kerja perkhemahan
K.kerja perkhemahancipankering
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
BUKU_PROGRAM_DBS.pptx
BUKU_PROGRAM_DBS.pptxBUKU_PROGRAM_DBS.pptx
BUKU_PROGRAM_DBS.pptxSuraya Sharip
 
Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2
Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2
Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2HiBukuTeksSekolah
 
Camping sejaya 2019
Camping sejaya 2019Camping sejaya 2019
Camping sejaya 2019hardtailscad
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Laporan bergambar perkhemahan 2015
Laporan bergambar perkhemahan 2015Laporan bergambar perkhemahan 2015
Laporan bergambar perkhemahan 2015Siti Ausah
 
Big sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifBig sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifNoor Dollah
 

Similaire à TACEM 012 Set-B2 (20)

Kertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawasKertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawas
 
Kem motivasi14
Kem motivasi14Kem motivasi14
Kem motivasi14
 
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cpPaperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiPerkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
 
hrm
hrmhrm
hrm
 
Transformasi Sekolah: SMK Kuala Penyu
Transformasi Sekolah: SMK Kuala PenyuTransformasi Sekolah: SMK Kuala Penyu
Transformasi Sekolah: SMK Kuala Penyu
 
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPMTeknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
 
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - ContohPPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
 
Pro forma waj3114-big fasa 6
Pro forma waj3114-big fasa 6Pro forma waj3114-big fasa 6
Pro forma waj3114-big fasa 6
 
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
 
K.kerja perkhemahan
K.kerja perkhemahanK.kerja perkhemahan
K.kerja perkhemahan
 
87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
BUKU_PROGRAM_DBS.pptx
BUKU_PROGRAM_DBS.pptxBUKU_PROGRAM_DBS.pptx
BUKU_PROGRAM_DBS.pptx
 
Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2
Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2
Pendidikan Khas Asas : 3M Bahsa Melayu (Masalah Pembelajaran) Tahun 2
 
Camping sejaya 2019
Camping sejaya 2019Camping sejaya 2019
Camping sejaya 2019
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Laporan bergambar perkhemahan 2015
Laporan bergambar perkhemahan 2015Laporan bergambar perkhemahan 2015
Laporan bergambar perkhemahan 2015
 
Big sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifBig sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatif
 

Plus de Md Ramli Sabran

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanMd Ramli Sabran
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaMd Ramli Sabran
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Md Ramli Sabran
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialMd Ramli Sabran
 

Plus de Md Ramli Sabran (7)

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato diraja
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 

TACEM 012 Set-B2

  • 1. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 49 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 22 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 22: Laporan Perkhemahan Pengakap Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu. KERANGKA IDEA Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – perkhemahan pengakap Idea 1 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir Idea 2 penerangan, ketua patrol – mendirikan khemah – menyediakan alatan memasak Idea 3 makan tengah hari – rehat selama dua jam – mencuci pakaian dan mandi-manda Idea 4 malam, motivasi minda – penceramah, tuan imam – Sihat Jasmani, Ceria Rohani Penutup perkhemahan berakhir – kemas barang, alatan perkhemahan – bergerak pulang LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI DURIAN TUNGGAL, MELAKA Pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Kandi, Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan perkhemahan pengakap di Hutan Lipur Ayer Keruh, Melaka. Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu, ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12:30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi- manda di kawasan air terjun, Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Bandar Melaka. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”. Ceramah ini tamat pada pukul 11:30 malam. Ahad, 27 Mei 2012, berakhirlah perkhemahan kami di Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada pukul 2:30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Pada pukul 3:00 petang, kami bergerak pulang dengan menaiki bas sekolah. Laporan disediakan oleh, 10 Jun 2012. Ahmad Hakimi (AHMAD HAKIKI BIN AHMAD DAHALAN) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Seri Kandi. 49 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 2. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 50 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 23 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 23: Laporan Lawatan Sambil Belajar Kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang di tempat kamu. Tuliskan suatu laporan tentang lawatan kamu itu. KERANGKA IDEA Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – lawatan sambil belajar Idea 1 tarikh lawatan – Persatuan Sains, anjur lawatan – ke kilang minyak kelapa sawit Idea 2 melawat tangki minyak – minyak ditapis, dipanaskan – hasil, produk kelapa sawit Idea 3 minyak disalurkan, loji khas – dibubuh bahan-bahan tertentu – hasilkan marjerin Idea 4 hasilkan barangan kecantikan – kosmetik, sabun, pelembab – bauan yang harum Penutup lawatan banyak manfaat – dapat melawat tempat lain – luaskan pengalaman Laporan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Sains dan Matematik Ke Kilang UNITATA, Hutan Melintang, Perak Pada 12 Mei 2012, Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan daripada minyak kelapa sawit. Kilang yang dimaksudkan ialah UNITATA yang terletak di Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki berisi minyak kelapa sawit yang belum diproses. Minyak ini ditapis dan dipanaskan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak. Antara minyak yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin. Minyak kelapa sawit itu disalurkan ke bahagian-bahagian tertentu. Misalnya, minyak untuk menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas. Selepas itu, bahan-bahan seperti vitamin, pewarna, dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati. Campuran ini akan disejukkan dan ditinkan. Dengan itu, marjerin sudah sedia untuk dipasarkan. Bagi menghasilkan barangan kosmetik seperti sabun wangi, pelembab kulit, dan pencuci muka, loji yang lain pula digunakan. Kawasan loji itu juga menerbitkan bauan dan aroma yang harum. Kosmetik ini dipasarkan di dalam dan di luar negara. Lawatan ini banyak memberikan manfaat kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap agar dapat mengadakan lawatan ke tempat yang lain pula bagi menyahut seruan “Cuti-cuti Malaysia”. Bak kata pepatah, “jauh berjalan, luas pandangan” Laporan disediakan oleh, 22 Mei 2012. Atiqah Najwa (ATIQAH NAJWA BINTI GHAZALI) Setiausaha Persatuan Sains dan Metamatik, Sekolah Kebangsaan Tebok Banjar, Teluk Intan. 50 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 3. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 51 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 24 LAPORAN TAHUNAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 24: Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Baling Kamu sebagai setiausaha Kelab Bola Baling di sekolah kamu, kamu dikehendaki menyediakan laporan mesyuarat agung tahunan kelab tersebut. KERANGKA IDEA Format laporan mesyuarat agung – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – kelab bola baling Idea 1 senarai jawatankuasa – nama-nama anggota kelab – senaraikan mengikut tertib Idea 2 mesyuarat agung tahunan – melantik anggota jawatankuasa – merancang aktiviti Idea 3 aktiviti kecergasan fizikal – memantapkan stamina – melahirkan pemain yang cergas Idea 4 adakan perlawanan persahabatan – dapat menilai prestasi – baiki kelemahan diri Penutup kejayaan telah dicapai – tiga orang pemain, wakili negeri – harumkan nama sekolah Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Baling Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu Guru Penasihat : Encik Mohd Naser bin Mohd Lazim Pengerusi : Khairul Nizam bin Abdul Jamil Naib Pengerusi : Zulkarnain bin Othman Setiausaha : Hafizuddin bin Amaruddin Bendahari : Abdul Samad bin Norhan Anggota Jawatankuasa : Hafis bin Hashim, Abd. Hadi bin Karim, dan Alias bin Sidek Pada 26 Januari 2011, Kelab Bola Baling telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik anggota jawatankuasa 2011 yang baharu. Di samping itu, merancang dan melaksanakan aktiviti kelab sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah latihan kecergasan fizikal kepada anggota kelab. Latihan ini sangat penting bagi memantapkan stamina serta kecergasan fizikal para pemain. Seterusnya, dapat melahirkan pemain bola baling yang cergas dan cekap. Kelab Bola Baling juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola baling sekolah yang berdekatan. Melalui perlawanan sebegini, para pemain dapat menilai prestasi permainan mereka. Mereka juga boleh memperbaiki kelemahan masing-masing. Beberapa kejayaan telah dicapai oleh anggota kelab. Tiga orang pemain iaitu Zulkarnain bin Othman, Alias bin Sidek dan Haikal bin Wahid telah dipilih mewakili pasukan Terengganu dalam pertandingan di peringkat MSSM. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah. Laporan disediakan oleh, 14 November 2011. Hafizuddin (HAFIZUDDIN BIN AMARUDDIN) Setiausaha Kelab Bola Baling, SK Bukit Besar, Kuala Terengganu. 51 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 4. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 52 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 25 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 25: Laporan Mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia Andaikan anda sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda. Anda diminta menulis laporan aktiviti tentang mesyuarat bilangan pertama persatuan tersebut. KERANGKA IDEA Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan dan tarikh – laporan mesyuarat Idea 1 mesyuarat bilangan pertama – tarikh mesyuarat diadakan – objektif utama mesyuarat Idea 2 merangka aktiviti tahunan – menaikkan yuran tahunan persatuan – RM10.00 setahun Idea 3 empat aktiviti utama dirancang – aktiviti kokurikulum akademik – sertai pertandingan Idea 4 fokus, kejayaan tahun lepas – menyenarai kejayaan diperoleh – johan Pidato Diraja Penutup cadangan, lawatan sambil belajar – tempat, ingin dilawati – mesyuarat ditangguhkan LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2012 SK TAMAN DATUK HARUN, PETALING JAYA Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 18 Januari 2012 yang lalu. Objektif utama mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah pengambilan anggota baharu bagi tahun 2012. Mulai tahun 2012, yuran persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran persatuan telah menjadi RM10.00 setahun. Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah dicadangkan. Persediaan murid-murid untuk menyertai Kuiz Bahasa Malaysia. Memilih dua orang wakil untuk menyertai Pertandingan Bercerita dan seorang wakil sekolah untuk menyertai pertandingan Pidato Diraja. Semua pertandingan bermula di peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan. Pada tahun lepas, peserta Kuiz Bahasa Malaysia telah berjaya memperoleh tempat ketiga di peringkat daerah. Peserta Pertandingan Bercerita pula hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Kejayaan cemerlang apabila peserta Pidato Diraja menjadi johan peringkat negeri. Seterusnya, persatuan juga bercadang untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar. Antara tempat yang telah dicadangkan ialah Pusat Sains Negara dan Syarikat Akhbar Utusan Malaysia. Mesyuarat ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. Laporan disediakan oleh, 23 JANUARI 2012. Siratjuddin (SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, SK Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. 52 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 5. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 53 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 26 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 26: Laporan Majlis Jamuan Pesaraan Seorang guru yang mengajar di kelas kamu akan bersara wajib. Kamu dan kawan-kawan sekelas kamu mengadakan satu majlis jamuan untuk beliau. Tulis laporan tentang majlis itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format tajuk laporan – tandatangan, nama, jawatan dan tarikh – laporan jamuan pesaraan Idea 1 tarikh jamuan pesaraan – nama guru yang diraikan – tempat jamuan, menu jamuan Idea 2 diraikan, guru agama – bersara wajib, usia 56 tahun – mengenang, menghargai jasa Idea 3 ketua kelas, menyampaikan ucapan – menyatakan terima kasih – ilmu jadi pedoman Idea 4 yang diraikan, sampaikan ucapan – luahan terima kasih – jamuan yang disediakan Penutup murid-murid bersalaman – ingat segala nasihat ustaz – memberi hadiah istimewa Laporan Majlis Jamuan Pesaraan Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir Pada 16 April 2012 yang lalu, murid-murid Tahun Enam Wawasan mengadakan satu majlis jamuan pesaraan untuk Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir. Jamuan itu diadakan di kantin sekolah. Menu jamuan yang dihidangkan ialah Nasi Beriani Gulam Rasul. Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir ialah guru agama di SK Sungai Tungku, Teluk Intan. Beliau akan bersara wajib pada usia 56 tahun pada 16 April 2012. Majlis jamuan pesaraan tersebut diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau. Pada majlis itu, ketua kelas mewakili rakan-rakan menyampaikan ucapan penghargaan. Hafis bin Sallehuddin menyatakan ucapan terima kasih kepada Ustaz Haji Muhammad Ishak atas tujuk ajar beliau. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan panduan dan pedoman hidup. Beliau juga mendoakan semoga ustaz memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kemudaian, Ustaz Haji Muhammad Ishak menyampaikan ucapannya. Beliau meluahkan rasa terima atas jamuan yang diadakan. Hidangan yang disediakan istimewa dan aromanya amat menyelerakan. Beliau juga mendoakan semoga kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada bulan September nanti. Selepas menikmati juadah yang dihidangkan, murid-murid bersalaman dengan ustaz. Bagi kami, ustaz ialah seorang guru yang sangat berdedikasi dan banyak menyuntik nasihat yang berguna. Sebelum berpisah, kami menyampaikan hadiah istimewa kepada beliau. Laporan disediakan oleh, 24 APRIL 2012. Alissa Suriani (ALISSA SURIANI BINTI MEOR HASHIM) Setiausaha, Tahun Enam Wawasan, SK Sungai Tungku, Teluk Intan. 53 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 6. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 54 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 27 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 27: Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sebagai ketua pengawas sekolah, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan Idea 1 nyatakan tujuan sambutan – bimbingan, pendidikan diberi perhatian – ibu bapa, guru Idea 2 beruntung, dapat perhatian – usaha perlu diteruskan – acuan generasi akan datang Idea 3 nasib kanak-kanak lain – kurang mendapat perhatian – kesihatan, akibat peperangan Idea 4 umpama kain putih – ibu bapa, guru mencorakkannya – menjadi insan yang berguna Penutup ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak” – mengharapkan ceria, bahagia – terima kasih Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini. Idea Contoh Impak Kita semua telah sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ini diadakan adalah untuk memastikan segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak. Idea Contoh Impak Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita amat beruntung sekali kerana mendapat perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, pelbagai usaha perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa-apa yang kita kecapi sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan acuan generasi akan datang. Idea Contoh Impak Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupa akan rakan- rakan yang kurang bernasib baik dari negara lain. Mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan. Idea Contoh Impak Kami umpama kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi manusia yang berguna. Insan yang dapat menyumbang serta berbakti kepada agama, bangsa, dan negara. Idea Contoh Impak Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah ucapan “Selamat Hari Kanak- kanak Sedunia”. Semoga kita lebih ceria dan bahagia di bawah lembayung kasih sayang ibu bapa dan asuhan guru-guru yang dedikasi. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 54 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 7. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 55 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 28 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 28: Majlis Perpisahan Guru Kelas Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu diminta memberi ucapan dalam majlis perpisahan tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan Idea 1 bertukar sekolah – perasaan sedih, terharu – rasa kehilangan guru yang disayangi Idea 2 dedikasi, tanggungjawab – jasa, pengorbanan dikenang – tunjuk ajar jadi panduan Idea 3 memohon maaf – kesalahan tutur kata, tingkah laku – sukar untuk membalas jasamu Idea 4 gembira bertugas, tempat baru – berkhidmat dengan selesa – semoga berjumpa lagi Penutup mengakhiri ucapan, serangkap pantun – melahirkan penghargaan – terima kasih Majlis Perpisahan Guru Kelas Yang dihormati Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Puan Khadijah binti Kamarulzaman, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan yang budiman. Selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini. Idea Contoh Impak Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Puan Rosnani binti Ghani akan bertukar sekolah. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan terharu atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi. Idea Contoh Impak Beliau telah mengajar di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu membimbing dan menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa beliau tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Idea Contoh Impak Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Dedikasi mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan tingkah laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu sukar untuk kami membalasnya. Idea Contoh Impak Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan tugas dengan selesa. Dengan setulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Harapan kami agar kita dapat berjumpa lagi. Idea Contoh Impak Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 55 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 8. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 56 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 29 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 29: Ceramah Motivasi Minda Anda ialah bekas pelajar sebuah sekolah, kini anda sedang melanjutkan pelajaran di Menara Gading. Anda telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada muri-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR di sekolah tersebut. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan Idea 1 penceramah, perkenalkan diri – bekas murid – bertugas sebagai seorang pensyarah Idea 2 kejayaan, usaha gigih – manfaat masa dengan baik – dapat kejayaan demi kejayaan Idea 3 nasihat, rajin belajar – harapan ibu bapa, guru-guru – memulakan langkah kejayaan Idea 4 kaitkan dengan bidalan Melayu – kejayaan, perlu usaha – kegigihan, kesungguhan Penutup harapan penceramah – doakan, cemerlangan UPSR – terjamin, cerah masa depan Ceramah Motivasi Minda Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, Guru Besar SK Padang Mat Sirat, Langkawi, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Pada hari ini, saya amat berbesar hati kerana diundang dan diberi kepercayaan untuk memberi ceramah kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Idea Contoh Impak Saya ialah bekas murid sekolah ini, saya melangkah ke sekolah menengah dan meninggalkan sekolah ini pada tahun 1985. Sekarang, saya bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaya. Pengkhususan saya adalah dalam bidang perubatan. Idea Contoh Impak Pencapaian saya sekarang adalah berkat didikan guru-guru dan usaha gigih saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya sentiasa menfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca dan mengulang kaji pelajaran. Impaknya, saya memperoleh kejayaan pada peringkat UPSR sehinggalah ke peringkat PHD. Idea Contoh Impak Kepada anda yang akan menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan agar belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan. Berikanlah segulung kejayaan atas pengorbanan ibu bapa dan guru-guru. Itulah hadiah yang sungguh berharga buat mereka. Ayuh! Mulakan langkah bijak anda menyusuri tapak-tapak kejayaan. Idea Contoh Impak Saya teringat bidalan Melayu yang berbunyi “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Bidalan ini mengingatkan kita bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kegigihan. Oleh itu, belajarlah bersungguh-sungguh. Idea Contoh Impak Akhir kata, sebagai mengakhiri bicara, saya doakan semoga anda semua akan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Kejayaan anda merupakan jaminan masa hadapan yang lebih cerah. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 56 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 9. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 57 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 30 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 30: Cara-cara Menabung Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena Sambutan Bulan Membaca. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, “Cara-cara Menabung”. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan Idea 1 wang, keperluan hidup – menyimpan wang di dalam tabung – latihan berjimat-cermat Idea 2 menabung, di dalam bank – lebih terjamin keselamatan – contoh bank perdagangan Idea 3 mendapat pulangan keuntungan – bonus kepada penyimpan – tabungan bertambah Idea 4 simpan di bank, lebih selamat – simpan di rumah, banyak risiko – pilih, cara terbaik Penutup ucapan “Selamat Menyambut Kemerdekaan” – rancang masa depan – terima kasih Cara-cara Menabung Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan. Salam sejahtera saya ucapkan. Sempena sambutan Bulan Membaca pada hari ini, saya diberi amanah untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk “Cara-cara Menabung”. Idea Contoh Impak Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Ada pelbagai cara menyimpan wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam tabung. Amalan menabung dapat melatih seseorang lebih berjimat-cermat. Idea Contoh Impak Menyimpan wang di dalam bank merupakan cara menabung yang digemari oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak institusi kewangan. Antaranya ialah Bank Simpanan Nasional yang merupakan institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga bank-bank perdagangan seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank. Idea Contoh Impak Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita juga boleh mendapat pulangan keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh pihak bank berkenaan. Keuntungan perniagaan ini dikenali sebagai bonus. Jika kita menyimpan wang walaupun sedikit setiap bulan, maka wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa. Idea Contoh Impak Wang yang disimpan di dalam bank lebih selamat berbanding daripada wang yang disimpan di rumah. Wang yang disimpan di rumah terdedah kepada pelbagai risiko. Kitalah yang akan menentukan cara yang terbaik untuk menabung. Idea Contoh Impak Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Rancanglah masa hadapan anda dengan bijak melalui amalan menabung. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 57 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 10. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 58 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 31 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 31: Majlis Jamuan Perpisahan Murid-murid tahun enam di sekolah kamu mengadakan majlis jamuan perpisahan sebelum mereka meninggalkan alam sekolah rendah untuk melangkah ke sekolah menengah. Sebagai wakil murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – terima kasih, nyata tujuan – wakil murid tahun enam Idea 1 program, majlis perpisahan – melangkah ke sekolah menengah – jadikan panduan Idea 2 ucapan, selamat berpisah – selamat tinggal cikgu – mendidik, tabah, tekun, sabar Idea 3 berasa sungguh sedih – jasa guru terlalu banyak – rela berkorban untuk orang lain Idea 4 berjanji, belajar bersungguh-sungguh – barisan pelapis – harumkan nama sekolah Penutup doakan kesihatan guru – restu oleh guru-guru – agar terus berjaya, selamat berpisah Majlis Jamuan Perpisahan Selamat sejahtera, yang berusaha Pengacara Majlis, Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, seterusnya, rakan-rakan yang budiman. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk berucap dalam majlis jamuan perpisahan muri-murid tahun enam pada pagi ini. Idea Contoh Impak Hadirin yang dihormati, Program ini merupakan suatu majlis perpisahan kita sebelum kita melangkah ke sekolah menengah. Setelah enam tahun kita diasuh dan dibimbing, kini hampir tiba masanya untuk kita melangkah setapak lagi ke alam awal remaja. Seribu satu macam nostalgia indah yang tercatat di sekolah ini, kami akan jadikan panduan hidup. Idea Contoh Impak Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan selamat berpisah kepada kawan- kawan dan guru-guru. Di samping itu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada guru- guru yang telah mendidik kami dengan tabah, tekun, dan sabar. Idea Contoh Impak Kami berasa sungguh sedih meninggalkan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami. Pengorbanan para guru tidak terbalas kerana jasa guru-guru tidak ternilai banyaknya. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Idea Contoh Impak Kami berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita dan impian murni kami. Seterusnya, kami akan buktikan bahawa kami adalah pewaris kepimpinan masa hadapan. Kami juga berjanji akan mengharumkan nama sekolah. Idea Contoh Impak Kami juga berdoa semoga guru-guru senantiasa sihat dan dapat meneruskan usaha untuk mengasuh dan mendidik. Kami berharap guru-guru mendoakan kami agar terus berjaya. Selamat berpisah, semoga berjumpa lagi. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 58 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 11. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 59 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 32 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 32: Catatan Sambutan Hari Guru Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut. KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas Idea 1 8.00 pagi, ucapan Guru Besar – membaca perutusan khas – perutusan Hari Guru Idea 2 8.45 pagi, sukaneka bermula – acara yang dijalankan – perlawanan bola baling Idea 3 9.45 pagi, persembahan Hari Guru – persembahan nasyid – pementasan drama Idea 4 11.00 pagi, rehat, jamuan – pelbagai kuih dihidangkan – sungguh menyelerakan Penutup 11.45 pagi, penyampaian hadiah – akhiri sambutan – YDP PIBG sampaikan hadiah Catatan Sambutan Hari Guru RABU, 16 MEI 2012 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2012. Keadaan cuaca cerah pada hari itu. Semua guru dan murid-murid tampak ceria. Idea Contoh Impak 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar. Diikuti Cikgu Norlian membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Choo Saw Wan pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Idea Contoh Impak 8.45 pagi Sukaneka dimulakan dengan acara rebut kerusi. Seterusnya acara lari bawa lilin dan isi air dalam botol. Perlawanan bola baling juga diadakan antara murid dengan guru. Idea Contoh Impak 9.45 pagi Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan lagu nasyid dalam bahasa Arab. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama pendek yang berjudul “Guru Kampung”. Idea Contoh Impak 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami. Idea Contoh Impak 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ariffin bin Mat Rawi. Idea Contoh Impak 59 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 12. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 60 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 33 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 33: Catatan Pertandingan Mendaklamasikan Sajak Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat daerah. Tuliskan catatan tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut. KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas Idea 1 8.20 pagi, mengalu-alukan kehadiran – penerangan ketua hakim – sistem pengadilan Idea 2 8.45 pagi, pertandingan bermula – 30 peserta, ambil bahagian – aksi para peserta Idea 3 11.30 majlis penutup, Pengerusi MGB – berpuas hati – peserta menanti keputusan Idea 4 11.45 keputusan diumumkan – dinobatkan juara pertandingan – penyampian hadiah Penutup 11.55 majlis tamat, jamuan – tugas sudah selesai – Guru Besar tersenyum gembira Catatan Pertandingan Mendaklamasikan Sajak SABTU, 28 APRIL 2012 8.00 pagi Murid-murid sudah memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru, pengerusi PIBG dan tetamu jemputan masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pegawai Pendidikan Daerah Kerian juga tiba untuk merasmikan majlis tersebut. Idea Contoh Impak 8.20 pagi Selaku pengacara majlis, aku mengalu-alukan kehadiran para jemputan. Sebelum pertandingan dimulakan, ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan. Idea Contoh Impak 8.45 pagi Semua yang hadir bertumpu ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30 peserta telah mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan. Idea Contoh Impak 11.30 pagi Perasmian penutup dilakukan oleh Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kerian. Beliau berpuas hati dengan prestasi para peserta. Semuanya berbakat dan berkebolehan. Idea Contoh Impak 11.45 pagi Keputusan diumumkan. Rosli bin Miswan dinobatkan sebagai juara mendeklamasikan sajak. Nurul Amirah binti Redzuan mendapat tempat kedua dan Siti Fadhilah bin Alias di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Kerian. Idea Contoh Impak 11.55 pagi Majlis bersurai. Tetamu dijemput menikmati jamuan di dataran kantin sekolah. Guru Besar menepuk-nepuk bahuku. Beliau amat berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku laksanakan. Guru kelasku tersenyum memerhatikan telatah kami. Idea Contoh Impak 60 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 13. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 61 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 34 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS TEMA: MASYARAKAT Tajuk 34: Menghadiri Majlis Sambutan Hari Jadi Kamu telah diundang untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir kawan kamu. Tulis catatan tentang sambutan hari lahir yang kamu hadiri tersebut. KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas Idea 1 ibu menghantar ke rumah kawan – memenuhi jemputan – majlis sambutan hari lahir Idea 2 tiba di rumah kawan – menyambut kehadiran, wajah ceria – mempelawa masuk Idea 3 majlis sambutan dimulakan – bacaan doa selamat – agihkan kek kepada tetamu Idea 4 menjamah hidangan – menyertai permainan, mencuit hati – pemenang dapat hadiah Penutup tetamu mula minta diri – mengucapkan terima kasih – melangkah keluar, pulang Menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir KHAMIS, 26 JANUARI 2012 3.30 petang Ibu menghantar saya ke rumah rakan saya, Siti Azrezan. Saya ke rumahnya kerana ingin memenuhi hajat dan jemputan rakan saya itu. Saya hendak meraikan majlis sambutan hari lahirnya yang ke-12. Idea Contoh Impak 3.45 pagi Saya tiba di rumah Siti Azrezan. Dia menyambut kedatangan saya dengan wajah yang ceria sambil mempelawa saya masuk. Saya menyampaikan buah tangan kepadanya, dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Idea Contoh Impak 4.00 petang Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan dikuti upacara memotong kek. Kami turut menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” bersama-sama. Seterusnya, Siti Azrezan membahagi-bahagikan kek tersebut kepada kami semua. Idea Contoh Impak 4.30 petang Sambil menjamah hidangan yang disediakan, kami berpeluang menyertai permainan yang mencuit hati. Permainan rebut kerusi, tiup dan pecah belon serta cari gula-gula misteri. Setiap pemenang akan menerima hadiah yang disediakan oleh Siti Azrezan. Idea Contoh Impak 5.00 petang Tetamu dan rakan-rakan Siti Azrezan sudah mula minta diri untuk pulang. Saya dan rakan- rakan yang hadir mengucapkan terima kasih seklai lagi. Ibu sudah menunggu saya di dalam kereta, saya melangkah meninggalkan menujuk ke kereta ibu. Idea Contoh Impak 61 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 14. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 62 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 35 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS TEMA: MASYARAKAT Tajuk 35: Catatan Semasa Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin Baru-baru ini, kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut. KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas Idea 1 bersiap-siap ke tempat dituju – majlis kenduri kahwin – melalui pekan-pekan kecil Idea 2 tiba di Taman Medan – disambut oleh pak long dan mak long – ke bilik pengantin Idea 3 kehadiran para jemputan – membantu mengangkat hidangan – dihadiahi bunga telur Idea 4 kehadiran pengantin lelaki – diarak, paluan kompang – majlis “makan beradab” Penutup bersalam-salaman dengan anggota keluarga – pengantin baharu – sebelum pulang Catatan Semasa Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin AHAD, 4 DISEMBER 2011 6.00 pagi Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak Ke Taman Medan. Hari ini merupakan majlis kenduri kahwin sepupu saya. Idea Contoh Impak 7.15 pagi Kami bertolak ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru. Idea Contoh Impak 10.30 pagi Kami tiba di Taman Medan. Kami disambut oleh Pak Long Hamdan dengan penuh kegembiraan. Kami berbual-bual dengan pak long dan mak long. Kemudian, saya dan ibu ke bilik pengantin untuk memberi hadiah kepada pengantin, kakak Farahana. Idea Contoh Impak 12.00 tengah hari Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu mengangkat hidangan untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni. Idea Contoh Impak 2.00 petang Kehadiran pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang. Kemudian, pasangan “Raja Sehari” menikmati hidangan “Makan Beradab” bersama-sama keluarga terdekat. Mereka sama cantik, sama padan mengenakan pakaian songket berwarna ungu. Idea Contoh Impak 5.00 petang Kami bersalam-salaman dengan Pak Long Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Long Halimah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Idea Contoh Impak 62 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 15. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 63 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 36 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 36: Pertandingan Kecerian Kelas Sempena bulan kecerian sekolah, kamu dan rakan-rakan berganding bahu untuk membersihkan dan menceriakan kelas kamu. Tulis catatan yang dilakukan untuk menghadapi pertandingan itu. KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas Idea 1 Guru Besar, umum pertandingan kecerian – bermula minggu ini – kategori diadili Idea 2 perbincangan, agih tugasan – guru kelas, jururunding – kelas kami mahligai kami Idea 3 mula menceriakan kelas – hasrat, juara kecerian – cadangan penambah baikkan Idea 4 kelas, berubah wajah – wujud pusat sumber mini – langsir, menambah seri kelas Penutup kecerian kelas mula diadili – pengadil menghakimi – kategori yang telah ditentukan Pertandingan Kecerian Kelas Isnin, 5 Mac 2012 Guru Besar telah mengumumkan pertandingan kecerian kelas bermula pada minggu ini. Pertandingan kelas ceria akan diadili seminggu sekali. Beberapa kategori telah ditetapkan semasa pengadilan dijalankan oleh anggota jawatankuasa pertandingan. Idea Contoh Impak Selasa, 6 Mac 2012 Saya dan rakan-rakan mula mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan. Guru kelas kami, Cikgu Murad bertindak sebagai jururunding kami. Kami berusaha mewujudkan konsep KKMK “kelas kami, mahligai kami” secara kerjasama. Idea Contoh Impak Rabu, 7 Mac 2012 Pagi-pagi lagi, murid-murid yang bertugas sudah mula menceriakan kelas. Semua yang terlibat sama-sama memainkan peranan agar KKMK membuahkan hasil. Cikgu Murad memantau tugasan kami dan memberi pandangan untuk penambah baikkan. Idea Contoh Impak Khamis, 8 Mac 2012 Kini, kelas kami telah berubah wajah. Konsep KKMK berjaya mencerikan kelas, pusat sumber mini dihiasi cantik di belakang kelas. Di samping itu, pelbagai bahan bacaan disusun begitu kreatif. Langsir yang dipasang menambah seri kelas Enam Bestari. Idea Contoh Impak Jumaat, 9 Mac 2012 Hari ini semua kelas akan diadili. Debaran dirasai oleh semua murid kelas Enam Bestari. Anggota jawatankuasa memeriksa semua sudut dan peralatan di dalam kelas. Kami berharap agar dapat mengungguli pertandingan kecerian ini setiap minggu. Idea Contoh Impak 63 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 16. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 64 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 37 SYARAHAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 37: Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar Kamu terpilih mewakili sekolah kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang telah ditetapkan semasa pertandingan itu ialah “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”. Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan Idea 1 banyak tempat menarik – pantai, tanah tinggi – berkunjung ke tempat bersejarah Idea 2 lawatan sambil belajar – menambah ilmu pengetahuan – melihat secara dekat Idea 3 lawatan, memberi ketenangan minda – berehat di pulau – memberi nafas baru Idea 4 memanfaatkan masa – terhindar daripada gejala sosial – berfikiran sihat, matang Penutup ulasan, faedah lawatan – jauh berjalan, luas pengalaman – Cuti-cuti Malaysia Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang nyaman ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”. Idea Contoh Impak Kita amat beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati. Kita boleh ke kawasan peranginan di puncak gunung, bersantai di tepi pantai, dan beriadah di kawasan air terjun. Kita juga boleh berkunjung ke tempat bersejarah. Idea Contoh Impak Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama keluarga ataupun rakan boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke negeri Melaka, kita akan dapat melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys. Idea Contoh Impak Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan minda setelah penat belajar. Sebagai contoh, jika kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Langkawi, hati akan berasa terhibur. Perasaan kita juga akan menjadi tenang. Emosi yang tenang dapat memudahkan kita mengulang kaji semula pelajaran dengan lebih berkesan. Idea Contoh Impak Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita telah menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika tidak turut serta, berkemungkinan juga kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, barangkali kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan berpelesaran. Idea Contoh Impak Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikuti lawatan sambil belajar. Sesunggunya jauh berjalan, luaslah pengalaman yang kita lalui. Oleh itu, sertai Cuti-cuti Malaysia. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 64 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 17. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 65 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 38 SYARAHAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 38: Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan Kamu telah terpilih mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan Idea 1 pencemaran sungai dan laut – sampah-sarap, sisa minyak – tidak bertanggungjawab Idea 2 sisa toksik alirkan ke sungai, laut – pencemaran air berlaku – kos tinggi, merawat air Idea 3 manusia bergantung kepada air – air tercemar, aktiviti tergendala – ganggu kesihatan Idea 4 kesan pencemaran, hidupan air – rumpair, ikan pupus – pendapatan nelayan terjejas Penutup pencemaran air merugikan kita – kempen sayangi sungai, laut – ucapan terima kasih Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji keadilannya, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Idea Contoh Impak Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Idea Contoh Impak Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang tetentu dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air. Idea Contoh Impak Manusia menggunakan air untuk pelbagai kegunaan harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar berbahaya kepada kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh memudaratkan serta menyebabkan penyakit kulit, muntah-muntah, dan cirit-birit. Idea Contoh Impak Selain itu, pencemaran air juga dapat memberi kesan negatif kepada hidupan air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Perkara ini akan memberi impak kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas. Idea Contoh Impak Hadirin yang budiman, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak merugikan kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. “Cintailah Sungai Kita”. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 65 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 18. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 66 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 39 SYARAHAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 39: Hidup Sepakat Membawa Berkat Kamu akan menyertai satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan Idea 1 maksud ungkapan, tajuk – kerjasama perlu diamal – dalam semua aspek kehidupan Idea 2 amalan maufakat, ringan tulang – semangat bergotong-royong – nilai murni sejagat Idea 3 rakyat pelbagai kaum – harmoni, hidup bekerjasama – jadikan satu amalan harian Idea 4 amalan saling membantu – menjana semangat kejiranan – bangun bersama rakyat Penutup ungkapan, wajar dihayati, segenap masyarakat – merealisasikan banyak kebaikan Hidup Sepakat Membawa Berkat Yang saya hormati Saudara Peneraju Agenda, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, para hakim penentu juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah bunyi tajuk syarahan saya pada pagi ini. Idea Contoh Impak “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi keempat, hidup sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dan sinonim dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan keturunan. Idea Contoh Impak Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh semangat permuafakatan dalam masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat. Idea Contoh Impak Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Idea Contoh Impak Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya menjana semangat kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk faedah semua rakyat. Idea Contoh Impak Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih. Idea Contoh Impak 66 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 19. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 67 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 40 SYARAHAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 40: Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Tulis teks syarahan itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan Idea 1 ibu bapa, banyak berjasa – curahkan kasih sayang – sewajarnya, hormat ibu bapa Idea 2 ibu bapa, menyara kita – sabar hadapi kesusahan – keperluan diurus sempurna Idea 3 memberi pendidikan sempurna – menghargai jasa – kasih sayang sepanjang hayat Idea 4 sentiasa mendampingi kita – meleraikan segala masalah – rakan kongsi suka duka Penutup keberkatan hidup anak – doa, restu ibu bapa – sayangi ibu bapa, ke akhir hayat Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Idea Contoh Impak “Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Mereka telah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada kita. Oleh itu, sewajarnya kita menghormati ibu bapa sebagai membalas jasa. Jasa mereka terlalu agung bagi kita. Idea Contoh Impak Selain itu, ibu bapa telah membelanjakan wang ringgit yang banyak semata-mata untuk menyara kita. Mereka tidak pernah merungut atas kesusahan mengurus kehidupan keluarga. Segala keperluan kita diurusnya dengan sempurna. Idea Contoh Impak Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang sempurna kepada kita. Pendidikan di sekolah mahupun pendidikan agama telah diberikan kepada kita. Oleh sebab itu, kita amat perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Kasih sayang mereka kepada kita adalah kasih sayang sepanjang hayat. Idea Contoh Impak Ibu bapa juga merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah yang akan meleraikan segala kerumitan dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan kongsi suka duka yang tiada tandingannya. Idea Contoh Impak Oleh hal yang demikian, maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita. Ingatlah bahawa keberkatan hidup seseorang anak terletak pada restu dan doa kedua-dua orang tuanya. Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka hingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 67 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 20. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 68 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 41 SYARAHAN FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 41: Cara-cara Menjaga Kesihatan Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Cara-cara Menjaga Kesihatan”. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan Idea 1 kesihatan, aset penting – amalan pemakanan sihat – dikawal, makanan seimbang Idea 2 rajin melakukan senaman – peluh, kekotoran badan keluar – menjamin kesihatan Idea 3 kebersihan anggota badan – menjaga kuku, rambut, gigi – hindari pembiakan kuman Idea 4 amalkan gaya hidup sihat – kurangkan gula dan lemak – tidak merokok, minum arak Penutup tempat tinggal, bersih – elakkan pembiakan serangga – jadikan rumahku mahligaiku Cara-cara Menjaga Kesihatan Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang disenangi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Cara-cara Menjaga Kesihatan”. Idea Contoh Impak Kesihatan ialah aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilainya kepada setiap individu. Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis. Kesihatan dapat dijaga dan dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang. Idea Contoh Impak Selain itu, kita hendaklah bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Semasa bersenam, peluh daripada badan kita akan keluar bersama-sama kotoran dalam badan. Amalan bersenam juga dapat memberikan kesihatan yang lebih baik. Idea Contoh Impak Di samping itu, kebersihan badan merupakan satu daripada punca kesihatan seseorang individu. Kita hendaklah menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan pakaian. Anggota badan yang bersih dapat mengelakkan daripada pembiakan kuman. Idea Contoh Impak Hadirin yang saya hormati, Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Kurangkan pengambilan gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan kita. Kita tidak boleh merokok, minum arak, mengambil dadah jika mahu kehidupan yang sempurna. Idea Contoh Impak Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal supaya kita agar sentiasa bersih. Hindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh membawa penyakit. Oleh itu, wujudkanlah persekitaran “rumahku mahligaiku”. Sekian, terima kasih. Idea Contoh Impak 68 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 21. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 69 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 42 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 42: Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut. KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat Idea 2 mewakili kelas Enam Bestari – mengemukakan aduan – rosak lampu, kipas angin Idea 3 lampu rosak, sukar belajar – kipas angin tidak berfungsi – tumpuan belajar terganggu Idea 4 ganggu tumpuan belajar – mengharapkan tindakan sewajarnya – kesulitan berakhir Penutup kerjasama, perhatian – ucapan terima kasih – ungkapan bertatasusila, akhiri surat Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin Ketua kelas, Tahun Enam Bestari, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 26 Mac 2012. Tuan, ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu aduan. Aduan saya ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami. 3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Lampu yang rosak juga menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan keadaan kelas kurang selesa. 4. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. Saya amat mengharapkan agak pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga kesulitan yang kami alami, akan segera berakhir. Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar, Rizalman (RIZALMAN BIN KHUSAIRI) Ketua kelas, Tahun Enam Bestari. 69
  • 22. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 70 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 43 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 43: Persetujuan Menyertai Acara Olahraga Pasukan olahraga sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah. Selaku setiausaha, tulis sepucuk surat bagi menyatakan persetujuan menyertai acara tersebut. KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat Idea 2 memaklumkan surat diterima – terima kasih, terima undangan – menyertai kejohanan Idea 3 diwakili, dua pasukan – bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan – acara 4 x 100 meter Idea 4 harapan, memeriahkan kejohanan – melahirkan bakat baru – ucapan terima kasih Penutup sudi mengundang pasukan olahraga – ucapan terima kasih – kata-kata akhiri surat Persetujuan Menyertai Acara Olahraga Setiausaha Persatuan Olahraga, Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, 36800 Kampong Gajah. Penyelaras Sukan Tahunan ke-21, Sekolah Kebangsaan Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah, Perak Darul Ridzuan. 28 April 2012. Tuan, Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya ucapkan atas undangan untuk menyertai kejohanan sukan tahunan kali yang ke-21. 3. Sehubungan dengan itu, kami dengan besar hati menerima undangan tersebut. Kami akan menyertai kejohanan olahraga pada 26 April 2008 itu nanti. Sekolah kami akan diwakili oleh dua pasukan bawah umur 12 tahun. 4. Kami akan menghantar pasukan 4 x 100 meter bagi kategori lelaki dan perempuan. Kami berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan temasya sukan sekolah tuan. Justeru, diharapkan kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat baru. Kesudian pihak tuan mengundang kami, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar, Faizal Riza (FAIZAL RIZA BIN ABDUL HANIF) Setiausaha Persatuan Olahraga, Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor. 70
  • 23. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 71 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 44 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 44: Jemputan Menyertai Pertandingan Menulis Cerpen Sekolah kamu terpilih menjadi penyelaras pertandingan menulis cerpen. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis surat jemputan untuk menyertai pertandingan tersebut. KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan Idea 1 pertandingan menulis cerpen – anjuran PPD Kuala Pilah – tarikh pertandingan Idea 2 jemputan menyertai pertandingan – wakil sekolah – terbuka kepada murid tahap dua Idea 3 pertandingan, mencungkil bakat – masa 60 minit – 300 hingga 350 panjang cerpen Idea 4 bawa alat tulis sendiri – keperluan lain disediakan penganjur – 12 hadiah disediakan Penutup kembalikan borang – seminggu sebelum pertandingan – kata-kata mengakhiri surat Jemputan Menyertai Pertandingan Menulis Cerpen Penyelaras Pertandingan Menulis Cerpen, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, 7200 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Setia, 72000 Kuala Pilah. 13 Ferbuari 2012. Tuan, PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan Pertandingan Menulis Cerpen. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 10 Mac 2012. 2. Sehubungan itu, saya dengan hormatnya menjemput seorang peserta dari sekolah tuan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua sahaja. 3. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dalam kalangan murid bagi menghasilkan cerpen. Tajuk cerpen akan diberi semasa hari pertandingan. Masa yang diberi kepada peserta ialah 60 minit. Panjang cerpen antara 200 hingga 350 patah perkataan. 4. Para peserta dikehendaki membawa alat tulis sahaja. Keperluan-keperluan lain akan disediakan oleh pihak penganjur. Dua belas hadiah akan disediakan untuk pertandingan ini. Pihak tuan dikehendaki melengkapkan borang pertandingan yang dikepilkan dan kembalikan sebelum atau pada 29 Februari 2012 . Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai. Saya yang menjalankan tugas, Denis Zulaiman (DENIS ZULAIMAN BIN HASBOLAH) Penyelaras Pertandingan Menulis Cerpen, SK Kampung Batu, Kuala Pilah. 71
  • 24. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 72 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 45 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS TEMA: MASYARAKAT Tajuk 45: Aduan Bekalan Air Bersih Anda hendak membuat aduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih di tempat kamu. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah tersebut. KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan Idea 1 wakil kepada penduduk – aduan gangguan bekalan air – tekanan air yang rendah Idea 2 gangguan sejak tiga minggu – timbul aneka masalah – mandi, membasuh, memasak Idea 3 masalah tekanan air rendah – air mengalir perlahan – langsung terputus bekalan Idea 4 air disalurkan keruh – bimbang menggunakan air paip – akan menjejas kesihatan Penutup mengharapkan tindakan segera – atasi masalah, aduan – kata-kata mengakhiri surat Aduan Bekalan Air Bersih 305, Blok A, Pangsapuri Seri Perdana, Jalan Seroja 6/8A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya. Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 46050 Petaling Jaya. 10 Januari 2012. Tuan, Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana Saya mewakili penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat aduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang sangat rendah. 2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih sering berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan aktiviti seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak. 3. Tekanan air yang sangat rendah juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa puncak, terutamanya waktu pagi air langsung tidak mengalir. 4. Selain itu, kami mendapati air yang disalurkan juga tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa bimbang penggunaan air tersebut akan menjejaskan kesihatan. Sehubungan dengan itu, kami berharap benar agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar, Syhamsuri (SYHAMSURI BIN KAMARUDDIN) Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara, Petaling Jaya. 72
  • 25. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 73 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 46 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 46: Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Persatuan kadet sekolah anda akan mengadakan perkhemahan unit beruniform di padang sekolah. Sebagai setiausaha, anda meminta kebenaran Guru Besar untuk mengadakan perkhemahan tersebut. KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan Idea 1 kebenaran mengadakan perkhemahan – setiausaha kadet remaja – tarikh dirancang Idea 2 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir Idea 3 tujuan perkhemahan – kenali-mengenali, latih berdikari – tepati dan hargai masa Idea 4 pengalaman baharu – tidur beramai-ramai dalam khemah – giliran berkawal malam Penutup mengundang Guru Besar – merasmikan perkhemahan – harapan, mengakhiri surat Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Persatuan Kadet Remaja, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, 83000 Batu Pahat, Johor. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, 83000 Batu Pahat. 6 April 2012. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kadet Remaja 2012 Saya Mimi Farhana Ainuddin selaku Setiausaha Kadet Remaja ingin memohon kebenaran untuk mengadakan perkhemahan Kadet Remaja 2012 pada hari Sabtu, 28 April 2012. 2. Perkhemahan tersebut akan diadakan di padang bola sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang keesokan harinya. 3. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk kenal-mengenali antara anggota persatuan. Anggota kadet juga dilatih supaya dapat berdikari melakukan aktiviti semasa perkhemahan. Mereka juga mesti dilatih menepati masa bagi semua aktiviti yang dirancang. 4. Selain itu, anggota kadet merasai pengalaman baharu semasa berkhemah. Antaranya, tidur beramai-ramai dalam satu khemah dan berkawal malam mengikut giliran. Sehubungan dengan itu, kami berhasrat mengundang tuan untuk merasmikan Perkhemahan Kadet Remaja 2012 pada kali ini. Kami berharap agar pihak tuan tidak keberatan untuk menerima undangan ini. Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan tugas, Mimi Farhana (MIMI FARHANA BINTI AINUDDIN) Setiausaha Kadet Remaja, SK Seri Iskandar, Batu Pahat. 73