SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
STRATEGI MEMARTABATKAN
BAHASA MALAYSIA UPSR
SK KAMPONG BAHAGIA
36000 TELUK INTAN, PERAK
BAHAN RUJUKAN DAN PANDUAN
GURU-GURU BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 2 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Persiapan Temasya Sukan Olahraga
Gambar di bawah menunjukkan persiapan bagi temasya sukan olahraga di sebuah sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah ini.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M}
Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa
√ √ 3 / 5 2 / 4 1
KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}
siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}
1. Beberapa orang murid menghias rumah sukan masing-masing pada hari itu. {M}
2. Beberapa orang murid sedang menyusun sofa dan kerusi di khemah tetamu. {T}
3. Dua orang murid lelaki sedang membawa bakul besar yang berisi bola getah. {A}
4. Shamsul dan Khairuddin sedang mendirikan tiang bendera di tengah padang. {T}
5. Dua orang guru menyukat jarak di atas trek balapan dengan menggunakan pita. {A}
Tip Praktis UPSR 1
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 3 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Aktiviti Gotong-royong
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut.
1. seorang pemuda – membersihkan sawang – di luar dewan
2. lelaki itu – membersihkan longkang – guna penyapu
3. seorang lelaki – memasukkan sampah – karung plastik
4. seorang perempuan – menyediakan kuih-muih – jamuan
5. pemuda itu – menolak sampah sarap – kereta sorong
KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT
Siapa ? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa
1. Seorang pemuda sedang membersihkan sarang labah-labah di luar dewan. {A}
2. Lelaki itu mencuci dan membersihkan longkang dengan menggunakan penyapu. {A}
3. Seorang lelaki mengutip dan memasukkan sampah sarap ke dalam karung plastik. {T}
4. Seorang perempuan sedang menyediakan kuih-muih sebagai jamuan pada hari itu. {M}
5. Pemuda itu sedang menolak kereta sorang yang berisi penuh dengan sampah sarap. {A}
Tip Praktis UPSR 2
RANGKAI KATA SEBAGAI PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 4 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Aktiviti Bersama-sama Keluarga
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
AKTIVITI MENGISI MASA YANG TERLUANG
1 mengantung langsir 2 menyusun sofa 3 menyapu sampah
4 menyiram pokok bunga 5 mengecat pagar
KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT
Siapa ? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa
1 Puan Mahani hendak menggantung langsir baharu yang baru siap dijahitnya. {A}
2 Encik Sazali sedang mengemas dan menyusun sofa di ruang tamu rumahnya. {T}
3 Philip Han sedang menyapu sampah sarap di halaman rumahnya pada hari itu. {M}
4 Micheal Han Ai Mei sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman mini tersebut. {T}
5 Puan Han mengecat pintu pagar rumah mereka kerana catnya sudah mulai pudar. {A}
PANDUAN : SUNTIKAN KOSA KATA
Tip Praktis UPSR 3
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 5 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Mengemas Peralatan Hari kantin
Barangan Berasaskan Kelapa
Tip Praktis UPSR 4
Tip Praktis UPSR 5
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 6 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Ulasan Pengajaran (Keperihalan)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Yanie merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan
penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Yanie juga sangat rajin
membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Yanie akan menjaga
adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya amat manja dengan Yanie. Dia juga ringan tulang
membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.
Di sekolah, Yanie sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang
baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Yanie juga seorang yang berdisiplin.
Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari
sentiasa ceria dan bersih. Yanie juga sangat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka
berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Yanie dan kawan-
kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam
pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.
APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA
Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)
Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)
Aspek Nilai
(Ditentukan Daripada Teks)
Huraian {Idea Teks / Petikan}
(Keterangan Tentang Aspek Nilai)
Antaranya ... kita mestilah bertanggungjawab terhadap anggota keluarga
Selain itu ... kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu di rumah
Seterusnya ... kita haruslah penyayang terhadap adik-adiknya
Oleh itu ... kita dikehendaki berdisiplin menjaga kebersihan kelas
Kesimpulannya ... kita amat wajar berwawasan berusaha mencapai kejayaan
Lima pengajaran yang dapat membentuk modal insan gemilang. Antaranya, kita mestilah
bertanggungjawab terhadap semua anggota keluarga. Selain itu, kita sepatutnya ringan
tulang membantu ibu mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang
terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti menjaga kebersihan
kelas. Kesimpulannya, kita wajarlah mempunyai wawasan dengan cara berusaha untuk
mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
MODEL 1
PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 7 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Ulasan Amalan Baik (Dialog)
Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Nur Nadia
Shamimie
Nur Nadia
Shamimie
Nur Nadia
Shamimie
Nur Nadia
:
:
:
:
:
:
:
Shamimie, bulan hadapan pertandingan menceriakan kelas akan bermula.
Sudahkah dapat idea untuk menceriakan kelas kita nanti?
Ideanya sudah ada, Nadia. Mula-mula, kita ketatkan peraturan kebersihan
di dalam kelas kita. Semua murid memainkan peranan menjaga peralatan
yang ada di dalam kelas kita agar sentiasa bersih dan kemas.
Betul kata kamu tu. Bagaimanakah dengan perabot dan galeri mini kelas
kita? Saya rasa susun letaknya kurang menarik.
Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Saya syorkan supaya kita susun
semula perabot. Kita tambah bahan bacaan di galeri mini di samping itu,
kita alas meja guru dan meja murid dengan corak yang menarik.
Jika setuju, saya bercadang untuk menghadiahkan sebuah akuarium bagi
menambah seri suasana di galeri mini kelas kita itu.
Wah, itu sudah cukup bagus. Suasana kelas kita nampak lebih kondusif.
Mudah-mudahan kelas kita dinobatkan johan keceriaan pada tahun ini.
APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA
Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)
Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)
Aspek Nilai
(Ditentukan Daripada Teks)
Huraian {Idea Teks / Petikan}
(Keterangan Tentang Aspek Nilai)
Antaranya ... kita mestilah bijaksana idea untuk menceriakan kelas
Selain itu ... kita sepatutnya berdisiplin menjaga kebersihan kelas
Seterusnya ... kita haruslah daya kreatif mereka susun letak dan menghias
Oleh itu ... kita dikehendaki pengorbanan buah fikiran, tenaga, wang ringgit
Akhir sekali ... kita amat wajar impian / harapan untuk memenangi pertandingan
Lima amalan baik yang dapat jadikan panduan. Antaranya, kita mestilah bijaksana dan
mempunyai idea bernas bagi menceriakan kelas. Selain itu, kita sepatutnya berdisiplin
menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Seterusnya, kita haruslah mempunyai daya
kreatif menghias dan mereka susun letak perabot di dalam kelas supaya nampak lebih
menarik. Oleh itu, kita dikehendaki agar sedia berkorban tenaga, wang ringgit dan buah
fikiran bagi menjayakan program keceriaan kelas agar mencapai matlamatnya. Akhir
sekali kita amat wajar mempunyai impian untuk memenangi pertandingan keceriaan kelas
yang akan dilangsungkan itu nanti.
PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN
MODEL 2
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 8 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Ulasan Nilai Murni (Cerita Positif)
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada hari itu Fendy tidak ke sekolah kerana dia sedang bercuti. “Fendy! Sudahkah ayam-
ayam itu kamu berikan makanan? Kalau sudah, marilah kita angkut sayur-sayuran ini.
Tidak lama lagi, mungkin pemborong akan datang untuk mengambilnya,” kata datuknya.
Fendy hanya menurut perintah Haji Ghulam tanpa banyak soal. Di samping itu, dia berasa
sungguh gembira kerana dapat membantu datuknya mengusahakan ternakan ayam
kampung dan berkebun sayur di belakang rumah datuknya itu.
Semasa berada di kampung, Fendy semakin mesra dengan datuknya. Dia berasa
sangat seronok melihat anak-anak ayam berebut-rebut jagung kering yang ditaburnya di
atas tanah. Fendy juga melalui pengalaman yang berharga dan menyeronokkan semasa
menuai hasil pertanian seperti, kacang bendi, kacang panjang, timun, sawi, terung, kubis
dan petola. Fendy juga berasa lebih cergas kerana dapat mengeluarkan peluh di kebun
sayur datuknya. Datuknya juga bermurah hati memberi wang saku kepada Fendy kerana
sumbangan keringat Fendy kepada datuknya. Di samping mengisi percutiannya, Fendy
juga ikhlas melakukan kerja-kerja di kebun sayur dan di reban ayam datuknya itu.
APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA
Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)
Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)
Aspek Nilai
(Ditentukan Daripada Teks)
Huraian {Idea Teks / Petikan}
(Keterangan Tentang Aspek Nilai)
Antaranya ... kita mestilah ringan tulang memberikan ayam makanan
Selain itu ... kita sepatutnya menurut kata mengikut sahaja permintaan datuknya
Seterusnya ... kita haruslah gembira melakukan kerja dengan penuh minat
Oleh itu ... kita dikehendaki merebut peluang menternak ayam dan berkebun sayur
Konklusinya ... kita juga wajarlah prihatin memberi wang saku kepada cucunya
Lima nilai murni sebagai pelita hati. Antaranya, kita mestilah bersikap ringan tulang
seperti Fendy yang memberikan makanan kepada ayam peliharaan datuknya. Selain itu,
kita sepatutnya menurut kata seperti mentaati perintah orang yang lebih tua daripada kita.
Seterusnya, kita haruslah berasa gembira semasa melakukan kerja yang diamanahkan ke
atas kita. Oleh itu, kita dikehendaki bijak merebut peluang dengan cara menceburi bidang
penternakan dan pertanian. Konklusinya, kita wajarlah prihatin seperti Haji Ghulam yang
memberi wang saku kepada cucunya sebagai penghargaan.
PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN
MODEL 3
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 9 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Bahagian B
AYAT YANG LENGKAP
(Subjek + Predikat + Keterangan)
FORMULA AYAT
Siapa? + Apa? + Keterangan (Sebab)
Siapa? + Apa? + Keterangan (Cara)
Siapa? + Apa? + Keterangan (Tempat)
Siapa? + Apa? + Keterangan (Masa)
POLA AYAT
(Subjek + Predikat + Keterangan)
Syahmi beratur di kantin untuk membeli makanan dan minuman.
(Predikat + Keterangan + Subjek)
Baju kebaya moden berwarna biru muda itu sudah dijahit oleh ibu.
(Predikat + Subjek + Keterangan)
Hadiah di atas meja itu dibalut oleh Emi dan Era menggunakan reben dan kertas pembalut
hadiah.
(Keterangan + Subjek + Predikat)
Semasa persiapan Hari Anugerah Cemerlang, dua orang murid lelaki mengangkat rostrum di
atas pentas.
CONTOH : FAEDAH MEMBACA
Apa? menambah ilmu pengetahuan
IDEA
Bagaimana? rajin membaca
CONTOH Di mana? buku, surat khabar, majalah
IMPAK Mengapa? pandai, bijak, lulus atau berjaya
Satu daripada faedah membaca ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
dapat diperoleh apabila seseorang murid rajin membaca. Misalnya membaca buku, surat
khabar atau majalah. Justeru, murid yang gemar membaca akan menjadi pandai, bijak dan
mudah lulus dalam peperiksaan.
Tip Praktis UPSR 1
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 10 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
PEMETAAN IDEA BERPERINGKAT
1. TAHUN 2
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah.
{ayat tunggal + keterangan masa}
2. TAHUN 3
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah.
{ayat berlapis – ayat majmuk gabungan}
3. TAHUN 4
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti sekolah.
{pengembangan idea + keterangan masa}
4. TAHUN 5
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti pertengahan
penggal persekolahan sedang bermula.
{pengembangan idea + keterangan masa + peluasan kosa kata}
5. TAHUN 6
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Cuti pertengahan penggal
persekolahan tersebut saya gunakan untuk bersantai dan berekreasi.
{pengembangan idea + keterangan masa + ayat pasif + peluasan kosa kata}
1. Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat kamu. Ceritakan pengalaman
kamu menyaksikan sambutan Pesta Sukan Air tersebut.
PEMERINGKATAN IDEA
1. TAHUN 2
Pada cuti yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air. Saya dan keluarga bertolak
pada pukul 8:00 pagi. Kami sampai di pesta itu pada pukul 9:00 pagi.
Banyak acara yang diadakan pada hari itu. Suasana di pesta itu sungguh bising.
Pesta Sukan Air tersebut tamat pada pukul 12:30 tengah hari.
2. TAHUN 3
Pada cuti penggal yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air. Saya dan keluarga
bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta. Kami sampai di tapak pesta itu kira-
kira pada pukul 9:00 pagi.
Banyak acara yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju dan lumba perahu
panjang. Suasana di pesta itu sungguh bising dengan suara para pengunjung.
Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12:30 tengah hari.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 11 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
3. TAHUN 4
Pada cuti penggal yang lalu, saya dan keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air.
Kami sekeluarga bertolak ke pesta itu pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta.
Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9:00 pagi. Cuaca pada ketika
itu sangat cerah.
Banyak acara menarik yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju, perahu
panjang, dan perahu berhias.
Suasana di tapak pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung. Ada yang
membawa anak-anak dan ada juga yang berkunjung bersama-sama rakan.
Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12:30 tengah hari. Orang ramai
beransur pulang.
4. TAHUN 5
Pada cuti penggal pertama, saya bersama keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan
Air. Pesta tersebut diadakan di Tebing Sungai Sarawak. Kami bertolak pada pukul 8:00
pagi dengan menaiki kereta.
Kami sampai di tapak pesta itu sejam kemudian iaitu pada pukul 9: pagi. Cuaca
yang cerah pada ketika itu menjadi tarikan kepada para pengunjung.
Banyak acara menarik yang telah dipertandingkan pada hari itu seperti lumba bot
laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Kami berasa sungguh seronok menyaksikan
pertandingan tersebut.
Suasana di pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung dan para peniaga.
Ada yang membawa keluarga, anak-anak, malahan, ada juga yang berkunjung bersama-
sama rakan dan sahabat handai.
Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira pukul 12:30 tengah hari. Orang ramai
beransur pulang. Alangkah baiknya jika aktiviti ini diadakan lagi.
5. TAHUN 6
Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat saya. Saya bersama-sama
anggota keluarga telah berpeluang untuk menyaksikan Pesta Sukan Air tersebut.
Seawal jam 8:00 pagi, kami sekeluarga menaiki kereta dan bertolak ke tapak Pesta
Sukan Air yang diadakan di Tebing Sungai Sarawak.
Selepas satu jam perjalanan, kami tiba di tapak pesta tersebut kira-kira pada jam
9:00 pagi. Cuaca yang cerah pada ketika itu telah menarik perhatian banyak pengunjung
dan pelancong asing datang ke pesta tersebut.
Pelbagai acara menarik dipertandingkan pada hari tersebut seperti lumba bot laju,
perahu panjang, dan perahu berhias. Kami berasa seronok menyaksikan pertandingan
tersebut. Lebih-lebih lagi, pesta itu diadakan sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching.
Kehadiran para pengunjung yang begitu banyak menyebabkan suasana menjadi
riuh-rendah. Tidak ketinggalan juga suara para peniaga yang menjual barangan tertentu.
Ditambah lagi dengan pengunjung yang datang membawa keluarga dan anak-anak.
Keadaan bertambah sesak dengan kehadiran muda-mudi bersama-sama rakan mereka.
Menjelang tengah hari, kira-kira 12:30 tengah hari Pesta Sukan Air itu pun berakhir.
Para pengunjung beransur pulang. Begitu juga dengan kami sekeluarga. Saya berharap
agar aktiviti seumpama ini diadakan lagi sebagai tanda menyokong kempen “Cintailah
Sungai Kita.”
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 12 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Membudayakan Amalan Membaca
Bulan membaca telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru
ini. Tulis sebuah karangan tentang “Membudayakan Amalan Membaca”.
KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
Info amalan budaya membaca – terdapat pelbagai bahan bacaan – minda kelas pertama
Idea 1 kebaikan daripada pembacaan – menguasai pelbagai ilmu – pengetahuan bertambah
Idea 2 menajamkan daya pemikiran – menjadikan celik minda – otak menjadi lebih cerdas
Idea 3 tingkatkan penguasaan bahasa – laras bahasa baik – mudah mendapatkan bahan
Idea 4 tingkatkan prestasi diri – lebih berkeyakinan semasa bergaul – fikiran lebih matang
Penutup membaca, banyak baiknya – tambah ilmu pengetahuan – tonggak kemajuan negara
Membudayakan Amalan Membaca
Kita mestilah mengamalkan budaya gemar membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan
bacaan seperti buku, majalah, akhbar, risalah, jurnal dan sebagainya. Minat dan suka
membaca merupakan antara ciri-ciri minda kelas pertama.
Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembacaan. Amalan membaca
hendaklah dipraktikkan kerana melalui amalan ini seseorang individu dapat menguasai
pelbagai jenis ilmu. Ilmu pengetahuan kita akan bertambah dan berkembang.
Amalan membaca dapat menajamkan daya pemikiran kita. Justeru, kita akan
menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan dan isu semasa. Otak
kita akan menjadi lebih cerdas kerana selalu dirangsang dengan santapan ilmu.
Gemar membaca akan mengangkat martabat penguasaan bahasa seseorang. Jika
kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia, kita dapat mempertingkatkan lagi
penguasaan laras bahasa Malaysia dengan baik. Malahan, Kita juga mudah untuk
mendapatkan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di pasaran.
Mereka yang gemar membaca dapat meningkatkan prestasi dirinya. Mereka lebih
berkeyakinan semasa bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya. Mereka
bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan.
Kesimpulannya, amalan suka membaca membawa banyak kebaikan. Dengan
membaca juga, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bak
kata pepatah “Membaca Amalan Mulia”. Hal ini demikian kerana Masyarakat yang berilmu
pengetahuan menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara.
MODEL 1
MODEL 1
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 13 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012
KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK)
FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Pada cuti sekolah nanti, kamu sekeluarga bercadang untuk bercuti di rumah datuk dan nenek
kamu di kampung. Tulis sepucuk surat kepada mereka untuk menyatakan hasrat tersebut.
KERANGKA IDEA
Format format surat kiriman tak rasmi – alamat lengkap pengirim – tarikh dan tandatangan
Idea 1 pembuka kata, kata pujian – salam buat nenda berdua – keluarga sihat sejahtera
Idea 2 keluarga berkirim salam – mendoakan kesihatan nenda – risaukan kesihatan nenda
Idea 3 cuti sekolah hampir tiba – bercadang, pulang ke kampung – merindui nenda berdua
Idea 4 hendak membersihkan dusun – tebas rumput, anak pokok – baik untuk kesihatan
Penutup bicara panjang lebar – berjanji akan mengutus surat lagi – salam kasih dan sayang
Menyatakan Ucapan Terima Kasih
No. 64, Laluan Harmoni 5,
Taman Seri Segamat,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim.
29 April 2013.
Menemui nenda suami isteri yang berada di Changlon, Kedah. Ketika cucunda menulis
surat ini, cucunda sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Diharapkan nenda berdua juga
dalam lembayung kerahmatan daripada yang maha esa.
Nenda yang disayangi, ayahanda dan ibunda berkirim salam kepada nenda berdua.
Mereka selalu berdoa semoga nenda berdua dalam keadaan sihat. Kadang-kadang, mereka
berasa risau memikirkan kesihatan nenda yang tinggal berdua sahaja.
Untuk pengetahuan nenda, cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Kami bercadang
untuk pulang ke kampung dan bercuti di kampung. Di samping itu, kami juga ingin melepaskan
rindu kami kepada nenda berdua.
Kesempatan bercuti ini, ayahanda bercadang hendak membantu nenda membersihkan
dusun buah-buahan. Kata ayahanda, menebas rumput dan menebang anak-anak pokok dapat
mengeluarkan peluh. Kerja-kerja tersebut sangat baik untuk kesihatan malahan, dusun juga
dapat dibersihkan. Untung-untung durian berbuah lebat pada tahun ini, ujar ayahanda lagi.
Nampaknya sudah panjang lebar cucunda menulis warkah buat tatapan nenda berdua
kali ini. Jika ada kelapangan, insya-Allah cucunda akan menulis lagi. Cucunda akhiri dengan
ucapan salam kasih sayang daripada kami di sini. Sekian, wassalam.
Cucunda yang merindui,
Khairul Salleh
MODEL 2

More Related Content

Viewers also liked

Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
Md Ramli Sabran
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2
fadhramli
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2
fadhramli
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2
fadhramli
 
klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1
fadhramli
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1
fadhramli
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
fadhramli
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1
fadhramli
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
fadhramli
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2
fadhramli
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
fadhramli
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
Md Ramli Sabran
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
Md Ramli Sabran
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
nashahrin
 

Viewers also liked (20)

Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
BM "MAMPU"
BM "MAMPU"BM "MAMPU"
BM "MAMPU"
 
Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2
 
klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1
 
Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
Point Faedah aktiviti kokurikulum
Point  Faedah aktiviti kokurikulumPoint  Faedah aktiviti kokurikulum
Point Faedah aktiviti kokurikulum
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 

More from Md Ramli Sabran

More from Md Ramli Sabran (6)

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato diraja
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 

Tip b melayuset012-2013_2j

  • 1. STRATEGI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA UPSR SK KAMPONG BAHAGIA 36000 TELUK INTAN, PERAK BAHAN RUJUKAN DAN PANDUAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH: HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN
  • 2. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 2 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Persiapan Temasya Sukan Olahraga Gambar di bawah menunjukkan persiapan bagi temasya sukan olahraga di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah ini. FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M} Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa √ √ 3 / 5 2 / 4 1 KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa} siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.} 1. Beberapa orang murid menghias rumah sukan masing-masing pada hari itu. {M} 2. Beberapa orang murid sedang menyusun sofa dan kerusi di khemah tetamu. {T} 3. Dua orang murid lelaki sedang membawa bakul besar yang berisi bola getah. {A} 4. Shamsul dan Khairuddin sedang mendirikan tiang bendera di tengah padang. {T} 5. Dua orang guru menyukat jarak di atas trek balapan dengan menggunakan pita. {A} Tip Praktis UPSR 1
  • 3. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 3 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Aktiviti Gotong-royong Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut. 1. seorang pemuda – membersihkan sawang – di luar dewan 2. lelaki itu – membersihkan longkang – guna penyapu 3. seorang lelaki – memasukkan sampah – karung plastik 4. seorang perempuan – menyediakan kuih-muih – jamuan 5. pemuda itu – menolak sampah sarap – kereta sorong KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT Siapa ? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa 1. Seorang pemuda sedang membersihkan sarang labah-labah di luar dewan. {A} 2. Lelaki itu mencuci dan membersihkan longkang dengan menggunakan penyapu. {A} 3. Seorang lelaki mengutip dan memasukkan sampah sarap ke dalam karung plastik. {T} 4. Seorang perempuan sedang menyediakan kuih-muih sebagai jamuan pada hari itu. {M} 5. Pemuda itu sedang menolak kereta sorang yang berisi penuh dengan sampah sarap. {A} Tip Praktis UPSR 2 RANGKAI KATA SEBAGAI PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
  • 4. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 4 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Aktiviti Bersama-sama Keluarga Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah. AKTIVITI MENGISI MASA YANG TERLUANG 1 mengantung langsir 2 menyusun sofa 3 menyapu sampah 4 menyiram pokok bunga 5 mengecat pagar KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT Siapa ? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa 1 Puan Mahani hendak menggantung langsir baharu yang baru siap dijahitnya. {A} 2 Encik Sazali sedang mengemas dan menyusun sofa di ruang tamu rumahnya. {T} 3 Philip Han sedang menyapu sampah sarap di halaman rumahnya pada hari itu. {M} 4 Micheal Han Ai Mei sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman mini tersebut. {T} 5 Puan Han mengecat pintu pagar rumah mereka kerana catnya sudah mulai pudar. {A} PANDUAN : SUNTIKAN KOSA KATA Tip Praktis UPSR 3
  • 5. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 5 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Mengemas Peralatan Hari kantin Barangan Berasaskan Kelapa Tip Praktis UPSR 4 Tip Praktis UPSR 5
  • 6. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 6 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Ulasan Pengajaran (Keperihalan) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Yanie merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Yanie juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Yanie akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya amat manja dengan Yanie. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Yanie sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Yanie juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Yanie juga sangat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Yanie dan kawan- kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah. APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA Penanda Wacana (Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat) Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Antaranya ... kita mestilah bertanggungjawab terhadap anggota keluarga Selain itu ... kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu di rumah Seterusnya ... kita haruslah penyayang terhadap adik-adiknya Oleh itu ... kita dikehendaki berdisiplin menjaga kebersihan kelas Kesimpulannya ... kita amat wajar berwawasan berusaha mencapai kejayaan Lima pengajaran yang dapat membentuk modal insan gemilang. Antaranya, kita mestilah bertanggungjawab terhadap semua anggota keluarga. Selain itu, kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti menjaga kebersihan kelas. Kesimpulannya, kita wajarlah mempunyai wawasan dengan cara berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. MODEL 1 PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN
  • 7. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 7 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Ulasan Amalan Baik (Dialog) Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Nur Nadia Shamimie Nur Nadia Shamimie Nur Nadia Shamimie Nur Nadia : : : : : : : Shamimie, bulan hadapan pertandingan menceriakan kelas akan bermula. Sudahkah dapat idea untuk menceriakan kelas kita nanti? Ideanya sudah ada, Nadia. Mula-mula, kita ketatkan peraturan kebersihan di dalam kelas kita. Semua murid memainkan peranan menjaga peralatan yang ada di dalam kelas kita agar sentiasa bersih dan kemas. Betul kata kamu tu. Bagaimanakah dengan perabot dan galeri mini kelas kita? Saya rasa susun letaknya kurang menarik. Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Saya syorkan supaya kita susun semula perabot. Kita tambah bahan bacaan di galeri mini di samping itu, kita alas meja guru dan meja murid dengan corak yang menarik. Jika setuju, saya bercadang untuk menghadiahkan sebuah akuarium bagi menambah seri suasana di galeri mini kelas kita itu. Wah, itu sudah cukup bagus. Suasana kelas kita nampak lebih kondusif. Mudah-mudahan kelas kita dinobatkan johan keceriaan pada tahun ini. APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA Penanda Wacana (Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat) Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Antaranya ... kita mestilah bijaksana idea untuk menceriakan kelas Selain itu ... kita sepatutnya berdisiplin menjaga kebersihan kelas Seterusnya ... kita haruslah daya kreatif mereka susun letak dan menghias Oleh itu ... kita dikehendaki pengorbanan buah fikiran, tenaga, wang ringgit Akhir sekali ... kita amat wajar impian / harapan untuk memenangi pertandingan Lima amalan baik yang dapat jadikan panduan. Antaranya, kita mestilah bijaksana dan mempunyai idea bernas bagi menceriakan kelas. Selain itu, kita sepatutnya berdisiplin menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Seterusnya, kita haruslah mempunyai daya kreatif menghias dan mereka susun letak perabot di dalam kelas supaya nampak lebih menarik. Oleh itu, kita dikehendaki agar sedia berkorban tenaga, wang ringgit dan buah fikiran bagi menjayakan program keceriaan kelas agar mencapai matlamatnya. Akhir sekali kita amat wajar mempunyai impian untuk memenangi pertandingan keceriaan kelas yang akan dilangsungkan itu nanti. PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN MODEL 2
  • 8. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 8 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Ulasan Nilai Murni (Cerita Positif) Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Pada hari itu Fendy tidak ke sekolah kerana dia sedang bercuti. “Fendy! Sudahkah ayam- ayam itu kamu berikan makanan? Kalau sudah, marilah kita angkut sayur-sayuran ini. Tidak lama lagi, mungkin pemborong akan datang untuk mengambilnya,” kata datuknya. Fendy hanya menurut perintah Haji Ghulam tanpa banyak soal. Di samping itu, dia berasa sungguh gembira kerana dapat membantu datuknya mengusahakan ternakan ayam kampung dan berkebun sayur di belakang rumah datuknya itu. Semasa berada di kampung, Fendy semakin mesra dengan datuknya. Dia berasa sangat seronok melihat anak-anak ayam berebut-rebut jagung kering yang ditaburnya di atas tanah. Fendy juga melalui pengalaman yang berharga dan menyeronokkan semasa menuai hasil pertanian seperti, kacang bendi, kacang panjang, timun, sawi, terung, kubis dan petola. Fendy juga berasa lebih cergas kerana dapat mengeluarkan peluh di kebun sayur datuknya. Datuknya juga bermurah hati memberi wang saku kepada Fendy kerana sumbangan keringat Fendy kepada datuknya. Di samping mengisi percutiannya, Fendy juga ikhlas melakukan kerja-kerja di kebun sayur dan di reban ayam datuknya itu. APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA Penanda Wacana (Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat) Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Antaranya ... kita mestilah ringan tulang memberikan ayam makanan Selain itu ... kita sepatutnya menurut kata mengikut sahaja permintaan datuknya Seterusnya ... kita haruslah gembira melakukan kerja dengan penuh minat Oleh itu ... kita dikehendaki merebut peluang menternak ayam dan berkebun sayur Konklusinya ... kita juga wajarlah prihatin memberi wang saku kepada cucunya Lima nilai murni sebagai pelita hati. Antaranya, kita mestilah bersikap ringan tulang seperti Fendy yang memberikan makanan kepada ayam peliharaan datuknya. Selain itu, kita sepatutnya menurut kata seperti mentaati perintah orang yang lebih tua daripada kita. Seterusnya, kita haruslah berasa gembira semasa melakukan kerja yang diamanahkan ke atas kita. Oleh itu, kita dikehendaki bijak merebut peluang dengan cara menceburi bidang penternakan dan pertanian. Konklusinya, kita wajarlah prihatin seperti Haji Ghulam yang memberi wang saku kepada cucunya sebagai penghargaan. PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN MODEL 3
  • 9. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 9 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Bahagian B AYAT YANG LENGKAP (Subjek + Predikat + Keterangan) FORMULA AYAT Siapa? + Apa? + Keterangan (Sebab) Siapa? + Apa? + Keterangan (Cara) Siapa? + Apa? + Keterangan (Tempat) Siapa? + Apa? + Keterangan (Masa) POLA AYAT (Subjek + Predikat + Keterangan) Syahmi beratur di kantin untuk membeli makanan dan minuman. (Predikat + Keterangan + Subjek) Baju kebaya moden berwarna biru muda itu sudah dijahit oleh ibu. (Predikat + Subjek + Keterangan) Hadiah di atas meja itu dibalut oleh Emi dan Era menggunakan reben dan kertas pembalut hadiah. (Keterangan + Subjek + Predikat) Semasa persiapan Hari Anugerah Cemerlang, dua orang murid lelaki mengangkat rostrum di atas pentas. CONTOH : FAEDAH MEMBACA Apa? menambah ilmu pengetahuan IDEA Bagaimana? rajin membaca CONTOH Di mana? buku, surat khabar, majalah IMPAK Mengapa? pandai, bijak, lulus atau berjaya Satu daripada faedah membaca ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh apabila seseorang murid rajin membaca. Misalnya membaca buku, surat khabar atau majalah. Justeru, murid yang gemar membaca akan menjadi pandai, bijak dan mudah lulus dalam peperiksaan. Tip Praktis UPSR 1
  • 10. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 10 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 PEMETAAN IDEA BERPERINGKAT 1. TAHUN 2 Pada minggu lepas, saya pergi berkelah. {ayat tunggal + keterangan masa} 2. TAHUN 3 Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. {ayat berlapis – ayat majmuk gabungan} 3. TAHUN 4 Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti sekolah. {pengembangan idea + keterangan masa} 4. TAHUN 5 Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti pertengahan penggal persekolahan sedang bermula. {pengembangan idea + keterangan masa + peluasan kosa kata} 5. TAHUN 6 Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Cuti pertengahan penggal persekolahan tersebut saya gunakan untuk bersantai dan berekreasi. {pengembangan idea + keterangan masa + ayat pasif + peluasan kosa kata} 1. Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat kamu. Ceritakan pengalaman kamu menyaksikan sambutan Pesta Sukan Air tersebut. PEMERINGKATAN IDEA 1. TAHUN 2 Pada cuti yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air. Saya dan keluarga bertolak pada pukul 8:00 pagi. Kami sampai di pesta itu pada pukul 9:00 pagi. Banyak acara yang diadakan pada hari itu. Suasana di pesta itu sungguh bising. Pesta Sukan Air tersebut tamat pada pukul 12:30 tengah hari. 2. TAHUN 3 Pada cuti penggal yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air. Saya dan keluarga bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta. Kami sampai di tapak pesta itu kira- kira pada pukul 9:00 pagi. Banyak acara yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju dan lumba perahu panjang. Suasana di pesta itu sungguh bising dengan suara para pengunjung. Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12:30 tengah hari.
  • 11. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 11 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 3. TAHUN 4 Pada cuti penggal yang lalu, saya dan keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air. Kami sekeluarga bertolak ke pesta itu pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta. Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9:00 pagi. Cuaca pada ketika itu sangat cerah. Banyak acara menarik yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Suasana di tapak pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung. Ada yang membawa anak-anak dan ada juga yang berkunjung bersama-sama rakan. Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12:30 tengah hari. Orang ramai beransur pulang. 4. TAHUN 5 Pada cuti penggal pertama, saya bersama keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air. Pesta tersebut diadakan di Tebing Sungai Sarawak. Kami bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta. Kami sampai di tapak pesta itu sejam kemudian iaitu pada pukul 9: pagi. Cuaca yang cerah pada ketika itu menjadi tarikan kepada para pengunjung. Banyak acara menarik yang telah dipertandingkan pada hari itu seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Kami berasa sungguh seronok menyaksikan pertandingan tersebut. Suasana di pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung dan para peniaga. Ada yang membawa keluarga, anak-anak, malahan, ada juga yang berkunjung bersama- sama rakan dan sahabat handai. Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira pukul 12:30 tengah hari. Orang ramai beransur pulang. Alangkah baiknya jika aktiviti ini diadakan lagi. 5. TAHUN 6 Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat saya. Saya bersama-sama anggota keluarga telah berpeluang untuk menyaksikan Pesta Sukan Air tersebut. Seawal jam 8:00 pagi, kami sekeluarga menaiki kereta dan bertolak ke tapak Pesta Sukan Air yang diadakan di Tebing Sungai Sarawak. Selepas satu jam perjalanan, kami tiba di tapak pesta tersebut kira-kira pada jam 9:00 pagi. Cuaca yang cerah pada ketika itu telah menarik perhatian banyak pengunjung dan pelancong asing datang ke pesta tersebut. Pelbagai acara menarik dipertandingkan pada hari tersebut seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Kami berasa seronok menyaksikan pertandingan tersebut. Lebih-lebih lagi, pesta itu diadakan sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching. Kehadiran para pengunjung yang begitu banyak menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Tidak ketinggalan juga suara para peniaga yang menjual barangan tertentu. Ditambah lagi dengan pengunjung yang datang membawa keluarga dan anak-anak. Keadaan bertambah sesak dengan kehadiran muda-mudi bersama-sama rakan mereka. Menjelang tengah hari, kira-kira 12:30 tengah hari Pesta Sukan Air itu pun berakhir. Para pengunjung beransur pulang. Begitu juga dengan kami sekeluarga. Saya berharap agar aktiviti seumpama ini diadakan lagi sebagai tanda menyokong kempen “Cintailah Sungai Kita.”
  • 12. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 12 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Membudayakan Amalan Membaca Bulan membaca telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Tulis sebuah karangan tentang “Membudayakan Amalan Membaca”. KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info amalan budaya membaca – terdapat pelbagai bahan bacaan – minda kelas pertama Idea 1 kebaikan daripada pembacaan – menguasai pelbagai ilmu – pengetahuan bertambah Idea 2 menajamkan daya pemikiran – menjadikan celik minda – otak menjadi lebih cerdas Idea 3 tingkatkan penguasaan bahasa – laras bahasa baik – mudah mendapatkan bahan Idea 4 tingkatkan prestasi diri – lebih berkeyakinan semasa bergaul – fikiran lebih matang Penutup membaca, banyak baiknya – tambah ilmu pengetahuan – tonggak kemajuan negara Membudayakan Amalan Membaca Kita mestilah mengamalkan budaya gemar membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, risalah, jurnal dan sebagainya. Minat dan suka membaca merupakan antara ciri-ciri minda kelas pertama. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembacaan. Amalan membaca hendaklah dipraktikkan kerana melalui amalan ini seseorang individu dapat menguasai pelbagai jenis ilmu. Ilmu pengetahuan kita akan bertambah dan berkembang. Amalan membaca dapat menajamkan daya pemikiran kita. Justeru, kita akan menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan dan isu semasa. Otak kita akan menjadi lebih cerdas kerana selalu dirangsang dengan santapan ilmu. Gemar membaca akan mengangkat martabat penguasaan bahasa seseorang. Jika kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia, kita dapat mempertingkatkan lagi penguasaan laras bahasa Malaysia dengan baik. Malahan, Kita juga mudah untuk mendapatkan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di pasaran. Mereka yang gemar membaca dapat meningkatkan prestasi dirinya. Mereka lebih berkeyakinan semasa bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya. Mereka bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan. Kesimpulannya, amalan suka membaca membawa banyak kebaikan. Dengan membaca juga, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bak kata pepatah “Membaca Amalan Mulia”. Hal ini demikian kerana Masyarakat yang berilmu pengetahuan menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara. MODEL 1 MODEL 1
  • 13. Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Perak 13 Teknik Praktis Tuntas B/Melayu Penulisan 012 KLINIK PRAKTIS TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012/1 (SK) FASILITATOR : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN – TELEFON : 05-6227793 / 019-5758131 Surat Kiriman Tidak Rasmi Pada cuti sekolah nanti, kamu sekeluarga bercadang untuk bercuti di rumah datuk dan nenek kamu di kampung. Tulis sepucuk surat kepada mereka untuk menyatakan hasrat tersebut. KERANGKA IDEA Format format surat kiriman tak rasmi – alamat lengkap pengirim – tarikh dan tandatangan Idea 1 pembuka kata, kata pujian – salam buat nenda berdua – keluarga sihat sejahtera Idea 2 keluarga berkirim salam – mendoakan kesihatan nenda – risaukan kesihatan nenda Idea 3 cuti sekolah hampir tiba – bercadang, pulang ke kampung – merindui nenda berdua Idea 4 hendak membersihkan dusun – tebas rumput, anak pokok – baik untuk kesihatan Penutup bicara panjang lebar – berjanji akan mengutus surat lagi – salam kasih dan sayang Menyatakan Ucapan Terima Kasih No. 64, Laluan Harmoni 5, Taman Seri Segamat, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim. 29 April 2013. Menemui nenda suami isteri yang berada di Changlon, Kedah. Ketika cucunda menulis surat ini, cucunda sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Diharapkan nenda berdua juga dalam lembayung kerahmatan daripada yang maha esa. Nenda yang disayangi, ayahanda dan ibunda berkirim salam kepada nenda berdua. Mereka selalu berdoa semoga nenda berdua dalam keadaan sihat. Kadang-kadang, mereka berasa risau memikirkan kesihatan nenda yang tinggal berdua sahaja. Untuk pengetahuan nenda, cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Kami bercadang untuk pulang ke kampung dan bercuti di kampung. Di samping itu, kami juga ingin melepaskan rindu kami kepada nenda berdua. Kesempatan bercuti ini, ayahanda bercadang hendak membantu nenda membersihkan dusun buah-buahan. Kata ayahanda, menebas rumput dan menebang anak-anak pokok dapat mengeluarkan peluh. Kerja-kerja tersebut sangat baik untuk kesihatan malahan, dusun juga dapat dibersihkan. Untung-untung durian berbuah lebat pada tahun ini, ujar ayahanda lagi. Nampaknya sudah panjang lebar cucunda menulis warkah buat tatapan nenda berdua kali ini. Jika ada kelapangan, insya-Allah cucunda akan menulis lagi. Cucunda akhiri dengan ucapan salam kasih sayang daripada kami di sini. Sekian, wassalam. Cucunda yang merindui, Khairul Salleh MODEL 2