Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Nota Tauhid M
1. QADHA DAN QADAR
Percaya kepada Qadha dan Qadar itu adalah salah satu daripada rukun iman, iaitu rukun iman yang keenam dan terakhir.
Qadar ialah penetapan Allah berlakunya sesuatu pada makhluknya atau (ketetapan Allah yang azali bagi semua makhluk
dan segala hal yang berlaku kepadanya).
Contoh:
Api sifatnya membakar.
Ketetapan bagi sifat api membakar itu telah dibuat oleh Allah semenjak azali lagi.
Qadha / Qada` ialah berlakunya kejadian mengikut ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah atau (Perlaksanaan Allah ke atas
tiap-tiap makhluk dan segala sesuatu yang berlaku mengikut ketetapan yang ditentukan Allah pada azali lagi).
Contoh:
Api yang sifatnya membakar itu apabila didekatkan dengan bahan-bahan seperti minyak ,gas, kertas dan sebagainya
maka akan menghasilkan kebekaran. Terbakarnya kertas itu merupakan perlaksanaan (Qada`) bagi ketetapan azali Allah
iaitu sifat api adalah pembakar.
Setiap apa yang berlaku pada makhluk sama ada baik atau buruk semuanya