SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  39
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

MEMPERTINGKATKAN
KEMAHIRAN MURID YANG
MUNDUR DAN LEMBAM

ABSTRAK
Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak
yang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapa
kebimbangan telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan permasalahan
yang melibatkan kelemahan dalam menguasai kemahiran 3M ini. Beberapa
penyelidikan telah dilakukan sehingga Kementerian Pendidikan menggubal dan
menyusun semula kurikulum sekolah. Ini semua bagi tujuan untuk mengatasi
permasalahan dalam menguasai kemahiran 3M. Kebanyakan murid yang mengalami
masalah ini banyak ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikuti
pelajaran yang diajar di dalam kelas arus perdana. Pada kebiasaannya murid-murid
pemulihan ini tidak jauh berbeza dengan murid-murid lain. Tetapi bila dari aspek
pendidikan seperti pencapaian mereka bila membaca, menulis serta mengira
perbezaannya amat ketara sekali. Dan ada beberapa pendapat yang mengatakan
murid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur atau murid lembam. Beberapa
faktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual, persekitaran
serta pun disebabkan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan sindrom down.
Ciri-ciri yang boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam ialah pada tahap
mereka sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam menguasai hurufhuruf dan menyebut suku kata. Walhal pada kajian yang pernah dibuat pada usia murid
menjangkau 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Penampilan
murid-murid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju sekolah yang
comot dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk difahami dan
ada juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf seperti huruf “b”, “d”, “p” dan
“q”. Murid-murid ini sering terkeliru dalam membezakan huruf-huruf ini. Dari sebutan
pula mereka tidak dapat menyebut huruf “r” dengan tepat. Ini dapat di buktikan melalui
ujian diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid ini. Pelbagai inisiatif yang boleh
diambil oleh orang di sekeliling bagi mengatasi serta membantu mereka untuk
menguasai kemahiran 3M. Oleh itu masyarakat tidak harus mempertikaikan mereka
yang tergolong diantara murid pemulihan atau lembam ini. Kemahiran anak-anak pada
kebiasaannya adalah berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu sendiri. Jika mereka
tidak cenderung dalam bidang pendidikan, mungkin terdapat kemahiran lain yang boleh
dicungkil dalam diri murid ini.

1
2009

1.0

KAJIAN KES (SK PINJI)

PENGENALAN

Masalah

Bagi menjalankan tugas yang diberi saya telah memilih beberapa sampel,
dengan itu saya memilih Mohamad Amirul Bin Azhar sebagai sampel yang akan saya
kupas pada kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa memasuki semasa kali
pertama saya memasuki kelas 3 Bestari. Di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk
mengajar kelas 3 Bestari bagi subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi suai kenal diantara
murid dan guru dijalankan murid ini tidak banyak bercakap. Kemudian bila kertas kerja
diberi, murid ini mengalami masalah dalam memahami arahan yang diberi oleh guru.
Selain itu, murid ini juga gagal menulis nama penuhnya dengan betul dan cantik.
Seterusnya, bila dirujuk kepada Pn. Lim Hoi, Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan
Pinji, murid ini merupakan salah seorang daripada murid pemulihan dan murid yang
lemah dari tahun tiga. Apa yang diceritakan oleh Pn Lim Hoi, Murid ini telah dimasukkan
kedalam kelas pemulihan sejak dari tahun dua selepas tidak melepasi Ujian Pelepasan
Kia2M.
Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan
menunjukkan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini. Di antara kelemahan
yang paling ketara adalah dari segi tulisan. Murid ini menghadapi dalam menulis
perkataan-perkataan dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid
ini terlalu buruk dan amat tidak berpadanan dengan usia murid ini.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Selain itu, masalah lain yang dihadapi murid ini ialah dari segi mengenali huruf-

huruf. Murid ini mengambil masa yang lama untuk mengenal huruf yang ditunjukkan
oleh guru. Di mana Ujian Diagnostik Lisan telah dijalankan, murid menghadapi masalah
dalam mengenal setiap huruf yang di tunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf
seperti “p”, “q”, “b” dan “d” murid-murid ini menghadapi masalah dalam mengingat
setiap perkataan yang di pamerkan secara rawak. Keyakinan diri murid ini juga agak
rendah. Setiap kali guru memberikan latihan yang melibatkan murid kehadapan, murid
ini selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan serta
tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Pada pemikiran murid ini, setiap jawapan yang
diberi adalah salah.
Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam
mengeja, murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di
dalam kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini
menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran. Guru-guru
lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak ketinggalan di
dalam pembelajaran.

1
2009

2.0

KAJIAN KES (SK PINJI)

LATAR BELAKANG MURID

Nama

:

Mohamad Amirul Bin Azhar

Tempat lahir :

Ipoh, Perak

Umur

:

9 Tahun

Bangsa

:

Melayu

Agama

:

Islam

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga
temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Pn. Lim Hooi. Murid ini perwatakannya
seperti kanak-kanak yang lain tetapi Muhamad Amirul agak aktif di luar kelas dan di
dalam kelas. Di sebabkan saya juga mengajarnya di dalam kelas arus perdana 3
Bestari, murid ini nampak agak berlainan kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan
soalan atau berkehendakan murid ini menjawab soalan. Murid ini merendah diri di
sebabkan dia berada di dalam kelas pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi
pasif dan kurang aktif dalam kelas.
Melalui temubual yang dibuat, murid ini mempunya 3 orang adik beradik sahaja.
Dia mempunyai kakak yang berada di tingkatan 5 dan juga seorang adik yang masih
tidak bersekolah. Bapanya bekerja sebagai Pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh
manakala ibunya bekerja di kilang.
Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang perhatian
daripada ibu bapa serta keluarganya. Di rumah menurut murid ini, ibu, bapa dan
kakaknya tidak membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi.
Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran.

3.0

PENYATAAN MASALAH

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Menurut

teori

perkembangan

Jean

Piaget

yang

dikeluarkan

bahawa

perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepadaempat peringkat iaitu :•

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

•

Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

•

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

•

Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
Kajian ini akan lebih menyentuh di dalam tahap operasi konkrit (7 hingga 12

tahun). Pada tahap ini kanak-kanak pada usia ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu;
•

Kebolehan mengklasifikasi – Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh
mengkategorikan sesuatu benda.

•

Pengekalan – Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh melihat kepada
perubahan bentuk ataupun sifat sesuatu benda.

•

Perkaitan Logik – Kanak-kanak pada tahap ini sudah membuat susunan atau
mencari benda tersembunyi.

•

Tingkah laku Prasosial – Kanak-kanak pada tahap ini sudah mempunyai
perasaan belas kasihan serta mengamalkan sikap perkongsian.
Manakala dalam teori pembelajaran Gange pembelajaran adalah sebagai satu

cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada
peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah
mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu:
I.

Pembelajaran isyarat.

II.

Pembelajaran rangsangan gerak balas

III.

Rangkaian.

IV.

Pertalian berbahasa.

V.

Pembelajaran diskriminasi.

VI.

Pembelajaran konsep

VII.

Pembelajaran hokum

VIII.

Penyelesaian masalah.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme pula ada
mengatakan ianya boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah,
Mahani & Ramlah, 2002).

• Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu
konsep.
• Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

• Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
• Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
• Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
• Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.
• Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
• Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.
• Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
• Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

1
2009

4.0

KAJIAN KES (SK PINJI)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian masalah murid mundur dan lembamini yang dijalankan adalah berdasarkan
objektif-objektif berikut :
1)

Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat membatangkan suku

kata. Punca-punca masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran untuk mengenal
huruf, membatangkan suku kata dan membaca dapat dikenalpasti dengan adanya
kajian ini.
2)

Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang

mengalami masalah inil. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu murid
dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran.
3)

Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang

digunakan dalam mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kemunduran
dan lembam.
4)

Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan.

1
2009

5.0

KAJIAN KES (SK PINJI)

METADOLOGI

Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuatm, beberapa kaedah telah dilakukan
bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat.
Kaedah ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :1. Ujian Diagnostik
•

Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid pada awal saya mengajar murid
ini. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid. Selain itu, ujian ini juga untuk membina kumpulan dalam pengajaran yang
bakal dijalankan kelak.
2. Pengumpulan maklumat

•

Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori,
latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan
dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan
perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat
mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.
3. Pemerhatian

•

Bagi pemehatian, saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak
mula saya mengajar murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
tingakah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama muridmurid lain, keperibadiannya dan juga emosinya.
4. Temubual

•

Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini
sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, saya telah
menemubual Puan Lim Hooi yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak
murid ini di tahun dua ini bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak dari
awal di masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya adalah
bersama dengan guru kelas murid ini ini bertujuan mengetahui sifat peribadi
murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual
bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat
bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan.
Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan
untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada
ianya berpunca dari rumah atau pun sekolah.

1
2009
5.1

KAJIAN KES (SK PINJI)
Temubual Bersama Mohamad Amirul bin Azhar

Satu temubual bersama murid ini telah dijalankan. Ini bertujuan untuk
mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini berjalan
selepas waktu kelas pemulihan. Saya telah menemubual murid ini dan bertanyakan
berkenaan dengan latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai
pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) manakala ibunya bekerja di Kilang.
Dia juga mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang kakak yang berada di
Tingkatan Lima dan seorang adik yang masih tidak bersekolah. Menurutnya, setiap kali
pulang ke sekolah tiada siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau
menyiapkan kerja sekolah. Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan
kerja. Jadi murid akan menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja
dan bila di dalam kelas murid ini.
Tiada istilah mengulangkaji di rumah oleh murid ini. Bapa murid ini hanya
menghantar dan mengambil murid ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid
ini tiada bimbingan semasa di rumah. Hanya menerima sesi pembelajaran di sekolah
tiada di rumah. Ini menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

5.2

Temubual Bersama Guru Pemulihan Pn Lim Hooi.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Memandangkan murid ini telah berada di dalam kelas pemulihan selama hampir
dua tahun, jadi saya bercadang untuk menemubual Puan Lim Hooi bagi mengetahui
perkembangan murid ini. Menurut Puan Lim Hooi, pada permulaan murid ini memasuki
kelas pemulihan, murid ini tidak mengenal huruf langsung. Ini bermakna Puan Lim Hooi
akan mengajar murid ini dari permulaan lagi bagi mengenali huruf-huruf kecil dan huruf
besar.
Menurut Pn Lim juga, murid ini agak lambat dalam menerima pelajaran yang
diajar. Ianya akan mengambil masa yang lama bagi memastikan murid ini dapat
mengikuti isi pelajaran atau sesuatu kemahiran. Tumpuan yang lebih juga sering
diberikan kepada murid ini supaya murid ini mudah faham.
Setakat Puan Lim Hooi mengajar sehingga pertengahan murid ini di Tahun 3,
murid ini hanya boleh menguasai dalam membunyikan suku kata KV dan masih
tergagap-gagap kerana masih tidak boleh memastikan sebahagian huruf.
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh Puan Lim ialah kehadiran murid ini
kesekolah. Murid ini sering kali tidak hadir ke sekolah dengan berbagai alasan yang
tidak munasabah. Ini menambahkan kepayahan kepada Pn Lim untuk mengajar murid
ini. Sikap murid ini yang tidak minat dalam pembelajaran juga membuatkan murid ini
semakin jauh ketinggalan.

5.3

Temubual Bersama En Ratno Hadi (Guru Kelas 3 Bestari)

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Satu sesi temubual telah dijalankan bersama En Ratno Hadi yang merupakan
guru kelas kepada murid ini iaitu tahun 3 Bestari. Temubual bagi melihat sejauh mana
sifat murid ini di dalam kelas arus perdana biasa, Menurut En Ratno, murid ini sering
kali menghadapi masalah dalam menerima isi pelajaran yang diajar. Ini semua
disebabkan kegagalan murid ini untuk membaca. Selain itu, dari markah ujian dan
markah peperiksaan, murid ini sering sahaja tidak lulus.
Selain itu, masalah kehadiran murid ini agak serius kerana murid ini sering
sahaja tidak hadir ke sekolah walaupun telah diberikan amaran berulang kali. Ini juga
merupakan faktor penyumbang kepada ketinggalan murid ini dalam pelajaran. Pihak
sekolah telah berulang kali memberi nasihat kepada murid ini supaya hadir ke sekolah.
Tapi nasihat ini tidak mendatangkan kesan apa-apa. Murid masih kerap tidak hadir ke
sekolah.

5.4

Temubual Bersama En Siva Naidu (Guru Matapelajaran Sains)

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

En Siva Naidu merupakan guru bagi matapelajaran sains. Ketika saya
menemubual En. Siva banyak komen diberikan mengenai murid ini. Berkanaan dengan
tingkah laku murid ini semasa di dalam kelas, murid ini sering menyendiri dan kurang
memberi tumpuan kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Apa yang guru boleh
lakukan hanyalah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai isi
pelajaran yang diajar pada masa tersebut.
Perhatian yang penuh juga diberikan lebih kepada murid ini bertujuan supaya
murid ini tidak ketinggalan dari aspek pelajaran. Seperti guru lain juga, En. Siva
menyatakan kelemahan murid ini dalam membaca mengakibatkan murid ini sering
ketinggalan di dalam kelas. Memandangkan mata pelajaran sains diajar dalam Bahasa
Inggeris, ini lebih menyulitkan guru untuk mengajar murid ini.
Sebelum ini En Siva sering memberi kerja rumah kepada murid ini tetapi kerja
yang diberi jarang diselesaikan oleh murid ini. Oleh itu, En. Siva jarang memberi kerja
rumah kepada murid ini. Apa yang dilakukan hanya membimbing murid ini sepanjang di
dalam kelas agar murid ini tidak ketinggalan.

5.5

Temubual Bersama Bapa Mohamad Amirul (En.Azhar).

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Disebabkan

kesibukan

ibubapa

Mohamad

Amirul,

saya

hanya

boleh

menjalankan temubual bersama bapanya melalui talian telefon sahaja. Tetapi banyak
yang boleh saya perolehi dari perbualan yang dijalankan. Menurut bapa murid ini,
tingkah laku Mohamad Amirul memang agak aktif kerana dia merupakan satu-satunya
anak lelaki dalam keluarga ini. Menurut bapanya, sebelum ini Mohamad Amirul jarang
menelaah buku dan menunjukkan hasil kerjanya kepada bapanya.
Menurut bapanya, dia sememangnya agak sibuk kerana mencari pendapatan
untuk keluarganya bagi menampung keluarga ini. Ibunya juga bekerja di kilang
berhampiran. Ini menambahkan ibubapa murid ini kurang dapat memberi perhatian
kepada murid ini.
Sebelum ini, kakak Mohamad Amirul yang sekarang berada di tingkatan lima,
pencapaiannya pada tahap yang sederhana. Manakala adik kepada Mohamad Amirul
masih tidak bersekolah.

6.0

ANALISIS MASALAH

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Mohamad Amirul bin Azhar merupakan murid tahun 3 Bestari. Telah memasuki

kelas pemulihan khas sejak dari tahun 2 lagi. Jika dilihat dari segi fizikal murid ini,
perwatakannya sama sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang membezakannya
adalah dari segi pelajaran dan tingkah lakunya yang agak aktif. Aktif dimaksudkan disini
adalah murid ini sering menganggu murid-murid lain dan tidak melakukan kerja yang
diberi semasa di dalam kelas. Jadi guru-guru yang mengajarnya akan memberi
perhatian kepada murid ini agar murid ini tidak menganggu murid lain sepanjang proses
P&P. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf,
membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang
lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan
murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak
berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah
daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada
umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian
akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat
Muhammad Amirul ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan sebayanya yang
lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890), Newman (1937)
dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana
murid ini menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil
bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan
kerana murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid
kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.
Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar murid ini, saya merasakan murid
ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata serta perkataan jika murid ini
diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik minat pelajar ini. Dari
pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas arus perdana murid ini
menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan aktiviti P&P yang
dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada murid yang agak
bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada aktiviti yang
boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh kerana itu,
murid ini ketinggalan dalam pelajaran.
Bila Mohamad Amirul berada di dalam kelas pemulihan, keadaannya amat
berbeza. Murid ini lebih bergerak aktif kerana murid ini boleh menjawab soalan yang
diberi dengan lebih aktif berbanding di dalam kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti
pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat berbeza berbanding di dalam kelas arus
perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap pembelajaran di bahagikan
kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan. Oleh itu, tumpuan
boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak malu dan
tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
Jika dilihat kepada keadaan Mohamad Amirul ini, bimbingan untuk membaca
hanya diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada
murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di
rumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibubapa
atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di
sekolah. Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri
murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang
berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak
mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya
perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang
memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa
tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan
seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari
yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam
Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu
jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. Ini juga berlaku keatas Mohamad Amirul di
mana ibu dan bapanya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita
dapat lihat pekerjaan bapanya sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh
mengakibatkan ibunya juga terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau
lembam (otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai
juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan
disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor
ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah.
Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi
pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti
hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses
perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes
Mohamad Amirul, faktor persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya
murid ini lambat untuk menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti
ibu bapa dan kakaknya yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran murid ini
menjadikan Mohamad Amirul sering ketinggalan dalam pelajaran.
Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan
terpaksa dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar
supaya mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad
imbasan merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah
untuk memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu
perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan
menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid.
Sebahagian daripada murid-murid yang lembab atau mundur ini, sebahagian
daripada mereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau mental tetapi disebabkan
kurangnya dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi tumpuan semasa sesi
pengajaran dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh digunakan
oleh guru dalam mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Mohamad
Amirul dalam mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka
melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut Piaget perkembangan kognitif
kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat
deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (711 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga
seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak
mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika
murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang
sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat
bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya
mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi
sosial dan emosi. Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi
kandungan ilmu pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran.
Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui
kaedah fonik yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum
dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf ’m’ disebut apabila memakan
sesuatu makanan yang sedap iaitu ’emm’. Apabila murid sudah menguasai kemahiran
mengenal huruf, kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf.
Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna.
Kaedah ini telah saya gunakan kepada Mohamad Amirul dan menampakkan
keberkesanannya. Cuma ada beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah
dalam mengingat dan menyebut.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan

wujudnya masalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha
menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama
lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan
dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya,
peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si
anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang
sekelilingnya.

7.0

PENYELESAIAN MASALAH

7.1

Kaedah Mengatasi Kemunduran dan Masalah Lembam

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk
setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi
persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian
yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid
ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan
tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya.
Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan.
Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasi
masalah yang dihadapinya. Diantaranya ialah :-

7.1.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam
matapelajaran bahasa melayu dan juga matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiap
murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk
merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat
melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.
7.1.2 Kaedah Pengajaran
Pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid untuk memberikan
tumpuan serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya
mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :Kaedah Kumpulan

1
2009
•

KAJIAN KES (SK PINJI)
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan.
Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun
perbezaan minat.

•

Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding
individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang
demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.

•

Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi
sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberi dan berkongsi idea.

Kaedah Individu
•

Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja.
Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak
mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar.

•

Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid
berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

•

Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana saya
akan mengambil Muhammad Amirul untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi
dan sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit – 15 minit. Murid akan

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
diberi latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang
dijalankan sebelum ini. Cara ini amat berkesan sekali.

Kaedah Rakan Sebaya
•

Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan
dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.

•

Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan
yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan
pembelajaran saya pada hari berkenaan. Cara ini juga memberi keyakinan
kepada diri murid.

7.1.3 Permainan Dalam Pengajaran
Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk
bergerak bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih
memahami apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main
adalah membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan, dan
menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986)
juga ada menyatakan “...games can be used at all levels in language syllabus and with
all types of pupils from primary school children to adults...”. ini jelas menunjukkan

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

permainan dalam pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar
oleh guru.

7.1.4 Motivasi, Nasihat dan Kata-kata Pujian

Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Amirul ini, saya sering akan
memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan
atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi
kepada murid ini agar Muhammad amirul sentiasa menanamkan sifat ingin belajar
dalam dirinya. Cara ini juga berkesan bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang
diungkapkan oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa
dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku
manusia.
Kata penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang
terbaik dalam sesi pengajaran. Kata-kata seperti, “bagus”, “teruskan usaha”, “cuba lagi”,
“baik” dan banyak lagi dapat membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya.
7.1.5 Sistem Token
Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau
pemberian hadiah.Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah
diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah
dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang
boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sistem ini dijalankan di dalam kelas
pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam
pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

8.0

TINDAKAN SUSULAN

8.1

Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme

Beberapa tindakan susulan telah saya pilih dalam menyelesaikan masalah
pembelajaran Mohamad Amirul. Saya akan menggunakan pendekatan dalam Teori
Pembelajaran Behaviorisme. Dalam teori pembelajaran behaviorisme saya akan
mengaitkannya dalam
A) Teori pelaziman Operan Skinner
B) Hukum pembelajaran Thorndike

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis,
bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang
konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka
yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan
Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun,
pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan
di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat
menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak
sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang berguna.
Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali
lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan
pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa
undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Oleh itu dalam teori pembelajaran behaviorisme, ahli-ahli psikologi Behavoris

berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku.
Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya
perhubungan rangsangan (stimuli) dengan

tindak balas(respon) organisma.

Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan
membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu
rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran
ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Selain itu penekanan terhadap
ganjaran juga dirumuskan di dalam teori behaviorisme ini. Mereka berpendapat bahawa
ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada
melakukannya.

8.2

Teori Pelaziman Operan (B.F. Skinner (1904 - 1990))

B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Diantara proses
dalm teori pelaziman Operan ialah :-

8.2.1 Pengukuhan Positif

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
Pengukuhan positif ialah memberikan suatu ganjaran setelah perlakuan itu

ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Sebagai
contoh, Muhammad Amirul membuat latihan atau melakukan aktiviti dan jika murid ini
membuat dengan kesungguhan dan memperoleh jawapan yang betul guru akan
memberi ganjaran dalam bentuk token seperti bintang atau pun yang berbentuk pujian
kepada murid. Dalam jangka masa panjang, ia akab menarik minat pelajar untuk
membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang guru beri dengan bersungguh-sungguh.
Secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahirannya dalam pembelajaran.

8.2.2 Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan setelah tingkah laku yang kurang elok ditunjukkan. Seperti contoh, jika
Mohamad Amirul melakukan kesilapan seperti mengganggu rakan-rakan atau membuat
bising di dalam kelas, guru akan menegur secara baik dan melakukan sedikit denda
seperti menolak markahnya dalam sistem token ekonomi atau melakukan kerja rumah
yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lain.
Dendaan adalah satu proses atau tatacara melemahkan untuk melemahkan atau
mengurangkan murid dari berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya,

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

dendaan adalah kesan negatif yang membawa pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan ini terbahagi kepada dua iaitu:i.

Dendaan Persembahan – dendaan persembahan berlaku apabila sesuatu
ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri
pelajar tersebut. Dendaan ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat
menakutkan pelajar. Jika Murid ini melakukan kesalahan seperti
melakukan bising dan mengganggu proses pembelajaran, guru akan
menegur murid dan jika teguran tidak berjaya, dendaan seperti menghafal
sifir di depan rakan-rakan berulang kali sehingga berjaya kuasai sifir
tersebut. Ini sekurang-kurang menimbulkan keserikan kepada murid dan
dalam masa yang sama, murid ini membantu dirinya dan rakannya dalam
pembelajaran menghafal sifir.

ii.

Dendaan penyingkiran – dendaan penyingkiran berkaitan dengan
penyingkiran ransangan. Sebagai contoh dendaan dijalankan dengan
tidak membenarkan murid terlibat dengan aktiviti permainan yang
dijalankan. Mohamad Amirul di dalam kelas sememangnya suka untuk
menganggu murid lain. Oleh itu, guru akan menarik sistem tokennya
kembali dan tidak membenarkan murid untuk terlibat dalam aktivit yang di
jalankan. Sebagai gantinya, guru memberi latihan kepada murid. Tindakan
ini sekurang-kurangnya memberi keserikan kepada murid kerana tidak
boleh bermain seperti rakan-rakan lain.

1
2009

8.3

KAJIAN KES (SK PINJI)

Teori Perikatan Atau Teori Ransangan dan Gerak Balas (Edward Lee

Thorndike)
Menurut Thorndike manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
Manakala motivasi, ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting dalam
membantu dalam pembelajaran manusia. Selain itu juga, pembelajaran manusia
berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas. Dalam hukum
pembelajaran Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum iaitu:i.

Hukum Kesediaan – di mana pelajar bersedia sebelum belajar. Ini amat
penting sebagai ransangan kepada pelajar untuk menumpukan dalam
pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Di dalam kelas pemulihan, set
induksi merupakan satu ransangan kepada pelajar. Jika induksi yang
menarik dan memikat hati murid akan menjadikan sesuatu pembelajaran
lebih menarik. Murid seperti Mohamad Amirul memerlukan ransangan
yang boleh memotivasikan dirinya sebelum belajar.

ii.

Hukum Latihan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Di dalam pengajaran berkumpulan yang diamalkan semasa kelas
pemulihan salah satu dari aktiviti pengajaran yang diamalkan adalah
melalui pengukuhan. Mohamad Amirul juga seperti murid-murid lain
memerlukan banyak latihan serta pengukuhan bagi memastikan setiap isi
pelajaran yang diajar tidak dilupakan.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)
iii.

Hukum Kesan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan
gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu
menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap. Ini adalah melibatkan
ganjaran dan denda. Jika gerak balas yang dilakukan adalah bersifat
kebaikan, guru akan memuji dan memberi ganjaran dalam bentuk token
atau benda. Tetapi jika gerak balas yang diberi adalah sebaliknya denda
akan dikenakan.

1
2009

9.0

KAJIAN KES (SK PINJI)

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad
Amirul bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan
sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas
dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan
sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam
membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam
kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam
memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.
Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yang
dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam
mengeja perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir ke
sekolah. Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomi
di pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir ke
sekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran
yang diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku
kata yang melibatkan terbuka dan tertutup.
Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru
pemulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain
serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

murid ini. Walaupun Mohamad Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah
dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima
pelajaran sama seperti murid-murid lain.

REFLEKSI

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Dalam

menyiapkan

tugasan

ini, saya

telah

melakukan

beberapa

kali

perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing.
Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak
bercanggah dengan kajian yang saya lakukan.
Pada permulaannya, saya telah mengesan sampel kajian saya pada kali ini.
Pada minggu kedua saya telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit
maklumat mengenai murid ini daripada guru pemulihan, Pn Lim Hooi. Kemudian saya
mengenalpasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnistik yang dijalankan
keatas murid ini. Kemudian saya menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan
dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan
direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan.
Kemudian, guru menjalankan sesi temubual bersama guru pemulihan, guru
kelas, guru mata pelajaran dan juga bapa kepada Mohamad Amirul. Sesi ini berjalan
dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang terlibat. Ini
sekurang-kurangnya dapat melicinkan kerja saya dalam mennyiapkan tugasan ini.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohamad Amirul sepanjang saya
membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus
dipuji kerana dia sanggup di denda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan
oleh guru kepadanya. Perubahan yang positif dalam diri Muhammad Amirul
membuatkan

saya

terharu

dengan

kaedah

yang

saya

jalankan

keatasnya.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan oleh semua pihak agar
murid ini boleh setanding dengan murid lain.
Dengan keyakinan yang ada pada Mohamad Amirul, saya yakin dia akan beroleh
kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Mohamad Amirul dan
segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru pembimbing dan warga sekolah
kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi saya memperoleh maklumat dalam
penghasilan kajian kes ini.

Bibliografi

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur;
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distrubutors Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.
Azman Bin Kanil. (2000). ”Keberkesanan Ka edah Kuliah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.” Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.
Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia
University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/
education.htm 25 Julai 2009.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University.

Atas

talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 25 Julai 2009.

1
2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

1

Contenu connexe

Tendances

Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianHon Shan Shan
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PNurimani Yase
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanSohib AlQuran
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiHELMIZAM
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 

Tendances (20)

Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Tindakan susulan
Tindakan susulanTindakan susulan
Tindakan susulan
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 

En vedette

En vedette (8)

Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Kajian kes vandalisme
Kajian kes vandalismeKajian kes vandalisme
Kajian kes vandalisme
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
 

Similaire à SKILLS

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Jurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajarJurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajarKhairul Aswad
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
Kajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'baKajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'baLuqmanZaaba
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranKazirul Latif
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdfXaviJr5
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103zainuns
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
Laporan hasil observasi bk
Laporan hasil observasi bkLaporan hasil observasi bk
Laporan hasil observasi bkbaiq wulan
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
ANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdf
ANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdfANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdf
ANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdfLIDYANATALIAPASORONG
 

Similaire à SKILLS (20)

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Jurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajarJurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajar
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
Kajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'baKajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'ba
 
Isi makalah bk
Isi makalah bkIsi makalah bk
Isi makalah bk
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
Laporan hasil observasi bk
Laporan hasil observasi bkLaporan hasil observasi bk
Laporan hasil observasi bk
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
ANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdf
ANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdfANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdf
ANALISIS KESULITAN BELAJAR MTK_2021.pdf
 
Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 

SKILLS

  • 1. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MURID YANG MUNDUR DAN LEMBAM ABSTRAK Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapa kebimbangan telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan permasalahan yang melibatkan kelemahan dalam menguasai kemahiran 3M ini. Beberapa penyelidikan telah dilakukan sehingga Kementerian Pendidikan menggubal dan menyusun semula kurikulum sekolah. Ini semua bagi tujuan untuk mengatasi permasalahan dalam menguasai kemahiran 3M. Kebanyakan murid yang mengalami masalah ini banyak ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas arus perdana. Pada kebiasaannya murid-murid pemulihan ini tidak jauh berbeza dengan murid-murid lain. Tetapi bila dari aspek pendidikan seperti pencapaian mereka bila membaca, menulis serta mengira perbezaannya amat ketara sekali. Dan ada beberapa pendapat yang mengatakan murid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur atau murid lembam. Beberapa faktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual, persekitaran serta pun disebabkan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan sindrom down. Ciri-ciri yang boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam ialah pada tahap mereka sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam menguasai hurufhuruf dan menyebut suku kata. Walhal pada kajian yang pernah dibuat pada usia murid menjangkau 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Penampilan murid-murid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju sekolah yang comot dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk difahami dan ada juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf seperti huruf “b”, “d”, “p” dan “q”. Murid-murid ini sering terkeliru dalam membezakan huruf-huruf ini. Dari sebutan pula mereka tidak dapat menyebut huruf “r” dengan tepat. Ini dapat di buktikan melalui ujian diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid ini. Pelbagai inisiatif yang boleh diambil oleh orang di sekeliling bagi mengatasi serta membantu mereka untuk menguasai kemahiran 3M. Oleh itu masyarakat tidak harus mempertikaikan mereka yang tergolong diantara murid pemulihan atau lembam ini. Kemahiran anak-anak pada kebiasaannya adalah berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu sendiri. Jika mereka tidak cenderung dalam bidang pendidikan, mungkin terdapat kemahiran lain yang boleh dicungkil dalam diri murid ini. 1
  • 2. 2009 1.0 KAJIAN KES (SK PINJI) PENGENALAN Masalah Bagi menjalankan tugas yang diberi saya telah memilih beberapa sampel, dengan itu saya memilih Mohamad Amirul Bin Azhar sebagai sampel yang akan saya kupas pada kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa memasuki semasa kali pertama saya memasuki kelas 3 Bestari. Di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk mengajar kelas 3 Bestari bagi subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi suai kenal diantara murid dan guru dijalankan murid ini tidak banyak bercakap. Kemudian bila kertas kerja diberi, murid ini mengalami masalah dalam memahami arahan yang diberi oleh guru. Selain itu, murid ini juga gagal menulis nama penuhnya dengan betul dan cantik. Seterusnya, bila dirujuk kepada Pn. Lim Hoi, Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan Pinji, murid ini merupakan salah seorang daripada murid pemulihan dan murid yang lemah dari tahun tiga. Apa yang diceritakan oleh Pn Lim Hoi, Murid ini telah dimasukkan kedalam kelas pemulihan sejak dari tahun dua selepas tidak melepasi Ujian Pelepasan Kia2M. Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini. Di antara kelemahan yang paling ketara adalah dari segi tulisan. Murid ini menghadapi dalam menulis perkataan-perkataan dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid ini terlalu buruk dan amat tidak berpadanan dengan usia murid ini. 1
  • 3. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Selain itu, masalah lain yang dihadapi murid ini ialah dari segi mengenali huruf- huruf. Murid ini mengambil masa yang lama untuk mengenal huruf yang ditunjukkan oleh guru. Di mana Ujian Diagnostik Lisan telah dijalankan, murid menghadapi masalah dalam mengenal setiap huruf yang di tunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf seperti “p”, “q”, “b” dan “d” murid-murid ini menghadapi masalah dalam mengingat setiap perkataan yang di pamerkan secara rawak. Keyakinan diri murid ini juga agak rendah. Setiap kali guru memberikan latihan yang melibatkan murid kehadapan, murid ini selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan serta tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Pada pemikiran murid ini, setiap jawapan yang diberi adalah salah. Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam mengeja, murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran. Guru-guru lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak ketinggalan di dalam pembelajaran. 1
  • 4. 2009 2.0 KAJIAN KES (SK PINJI) LATAR BELAKANG MURID Nama : Mohamad Amirul Bin Azhar Tempat lahir : Ipoh, Perak Umur : 9 Tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam 1
  • 5. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Pn. Lim Hooi. Murid ini perwatakannya seperti kanak-kanak yang lain tetapi Muhamad Amirul agak aktif di luar kelas dan di dalam kelas. Di sebabkan saya juga mengajarnya di dalam kelas arus perdana 3 Bestari, murid ini nampak agak berlainan kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan soalan atau berkehendakan murid ini menjawab soalan. Murid ini merendah diri di sebabkan dia berada di dalam kelas pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi pasif dan kurang aktif dalam kelas. Melalui temubual yang dibuat, murid ini mempunya 3 orang adik beradik sahaja. Dia mempunyai kakak yang berada di tingkatan 5 dan juga seorang adik yang masih tidak bersekolah. Bapanya bekerja sebagai Pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh manakala ibunya bekerja di kilang. Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang perhatian daripada ibu bapa serta keluarganya. Di rumah menurut murid ini, ibu, bapa dan kakaknya tidak membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran. 3.0 PENYATAAN MASALAH 1
  • 6. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Menurut teori perkembangan Jean Piaget yang dikeluarkan bahawa perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepadaempat peringkat iaitu :• Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) • Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) • Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) • Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) Kajian ini akan lebih menyentuh di dalam tahap operasi konkrit (7 hingga 12 tahun). Pada tahap ini kanak-kanak pada usia ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu; • Kebolehan mengklasifikasi – Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh mengkategorikan sesuatu benda. • Pengekalan – Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh melihat kepada perubahan bentuk ataupun sifat sesuatu benda. • Perkaitan Logik – Kanak-kanak pada tahap ini sudah membuat susunan atau mencari benda tersembunyi. • Tingkah laku Prasosial – Kanak-kanak pada tahap ini sudah mempunyai perasaan belas kasihan serta mengamalkan sikap perkongsian. Manakala dalam teori pembelajaran Gange pembelajaran adalah sebagai satu cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada 1
  • 7. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu: I. Pembelajaran isyarat. II. Pembelajaran rangsangan gerak balas III. Rangkaian. IV. Pertalian berbahasa. V. Pembelajaran diskriminasi. VI. Pembelajaran konsep VII. Pembelajaran hokum VIII. Penyelesaian masalah. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme pula ada mengatakan ianya boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002). • Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. • Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. • Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. 1
  • 8. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) • Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. • Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. • Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”. • Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. • Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. • Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. • Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. • Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. • Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. • Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. • Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. 1
  • 9. 2009 4.0 KAJIAN KES (SK PINJI) OBJEKTIF KAJIAN Kajian masalah murid mundur dan lembamini yang dijalankan adalah berdasarkan objektif-objektif berikut : 1) Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat membatangkan suku kata. Punca-punca masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran untuk mengenal huruf, membatangkan suku kata dan membaca dapat dikenalpasti dengan adanya kajian ini. 2) Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang mengalami masalah inil. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran. 3) Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kemunduran dan lembam. 4) Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. 1
  • 10. 2009 5.0 KAJIAN KES (SK PINJI) METADOLOGI Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuatm, beberapa kaedah telah dilakukan bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :1. Ujian Diagnostik • Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid pada awal saya mengajar murid ini. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid. Selain itu, ujian ini juga untuk membina kumpulan dalam pengajaran yang bakal dijalankan kelak. 2. Pengumpulan maklumat • Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori, latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar. 3. Pemerhatian • Bagi pemehatian, saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak mula saya mengajar murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan 1
  • 11. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) tingakah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama muridmurid lain, keperibadiannya dan juga emosinya. 4. Temubual • Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, saya telah menemubual Puan Lim Hooi yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak murid ini di tahun dua ini bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak dari awal di masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan guru kelas murid ini ini bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan. Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada ianya berpunca dari rumah atau pun sekolah. 1
  • 12. 2009 5.1 KAJIAN KES (SK PINJI) Temubual Bersama Mohamad Amirul bin Azhar Satu temubual bersama murid ini telah dijalankan. Ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini berjalan selepas waktu kelas pemulihan. Saya telah menemubual murid ini dan bertanyakan berkenaan dengan latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) manakala ibunya bekerja di Kilang. Dia juga mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang kakak yang berada di Tingkatan Lima dan seorang adik yang masih tidak bersekolah. Menurutnya, setiap kali pulang ke sekolah tiada siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau menyiapkan kerja sekolah. Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan kerja. Jadi murid akan menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja dan bila di dalam kelas murid ini. Tiada istilah mengulangkaji di rumah oleh murid ini. Bapa murid ini hanya menghantar dan mengambil murid ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid ini tiada bimbingan semasa di rumah. Hanya menerima sesi pembelajaran di sekolah tiada di rumah. Ini menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. 5.2 Temubual Bersama Guru Pemulihan Pn Lim Hooi. 1
  • 13. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Memandangkan murid ini telah berada di dalam kelas pemulihan selama hampir dua tahun, jadi saya bercadang untuk menemubual Puan Lim Hooi bagi mengetahui perkembangan murid ini. Menurut Puan Lim Hooi, pada permulaan murid ini memasuki kelas pemulihan, murid ini tidak mengenal huruf langsung. Ini bermakna Puan Lim Hooi akan mengajar murid ini dari permulaan lagi bagi mengenali huruf-huruf kecil dan huruf besar. Menurut Pn Lim juga, murid ini agak lambat dalam menerima pelajaran yang diajar. Ianya akan mengambil masa yang lama bagi memastikan murid ini dapat mengikuti isi pelajaran atau sesuatu kemahiran. Tumpuan yang lebih juga sering diberikan kepada murid ini supaya murid ini mudah faham. Setakat Puan Lim Hooi mengajar sehingga pertengahan murid ini di Tahun 3, murid ini hanya boleh menguasai dalam membunyikan suku kata KV dan masih tergagap-gagap kerana masih tidak boleh memastikan sebahagian huruf. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh Puan Lim ialah kehadiran murid ini kesekolah. Murid ini sering kali tidak hadir ke sekolah dengan berbagai alasan yang tidak munasabah. Ini menambahkan kepayahan kepada Pn Lim untuk mengajar murid ini. Sikap murid ini yang tidak minat dalam pembelajaran juga membuatkan murid ini semakin jauh ketinggalan. 5.3 Temubual Bersama En Ratno Hadi (Guru Kelas 3 Bestari) 1
  • 14. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Satu sesi temubual telah dijalankan bersama En Ratno Hadi yang merupakan guru kelas kepada murid ini iaitu tahun 3 Bestari. Temubual bagi melihat sejauh mana sifat murid ini di dalam kelas arus perdana biasa, Menurut En Ratno, murid ini sering kali menghadapi masalah dalam menerima isi pelajaran yang diajar. Ini semua disebabkan kegagalan murid ini untuk membaca. Selain itu, dari markah ujian dan markah peperiksaan, murid ini sering sahaja tidak lulus. Selain itu, masalah kehadiran murid ini agak serius kerana murid ini sering sahaja tidak hadir ke sekolah walaupun telah diberikan amaran berulang kali. Ini juga merupakan faktor penyumbang kepada ketinggalan murid ini dalam pelajaran. Pihak sekolah telah berulang kali memberi nasihat kepada murid ini supaya hadir ke sekolah. Tapi nasihat ini tidak mendatangkan kesan apa-apa. Murid masih kerap tidak hadir ke sekolah. 5.4 Temubual Bersama En Siva Naidu (Guru Matapelajaran Sains) 1
  • 15. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) En Siva Naidu merupakan guru bagi matapelajaran sains. Ketika saya menemubual En. Siva banyak komen diberikan mengenai murid ini. Berkanaan dengan tingkah laku murid ini semasa di dalam kelas, murid ini sering menyendiri dan kurang memberi tumpuan kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Apa yang guru boleh lakukan hanyalah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai isi pelajaran yang diajar pada masa tersebut. Perhatian yang penuh juga diberikan lebih kepada murid ini bertujuan supaya murid ini tidak ketinggalan dari aspek pelajaran. Seperti guru lain juga, En. Siva menyatakan kelemahan murid ini dalam membaca mengakibatkan murid ini sering ketinggalan di dalam kelas. Memandangkan mata pelajaran sains diajar dalam Bahasa Inggeris, ini lebih menyulitkan guru untuk mengajar murid ini. Sebelum ini En Siva sering memberi kerja rumah kepada murid ini tetapi kerja yang diberi jarang diselesaikan oleh murid ini. Oleh itu, En. Siva jarang memberi kerja rumah kepada murid ini. Apa yang dilakukan hanya membimbing murid ini sepanjang di dalam kelas agar murid ini tidak ketinggalan. 5.5 Temubual Bersama Bapa Mohamad Amirul (En.Azhar). 1
  • 16. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Disebabkan kesibukan ibubapa Mohamad Amirul, saya hanya boleh menjalankan temubual bersama bapanya melalui talian telefon sahaja. Tetapi banyak yang boleh saya perolehi dari perbualan yang dijalankan. Menurut bapa murid ini, tingkah laku Mohamad Amirul memang agak aktif kerana dia merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Menurut bapanya, sebelum ini Mohamad Amirul jarang menelaah buku dan menunjukkan hasil kerjanya kepada bapanya. Menurut bapanya, dia sememangnya agak sibuk kerana mencari pendapatan untuk keluarganya bagi menampung keluarga ini. Ibunya juga bekerja di kilang berhampiran. Ini menambahkan ibubapa murid ini kurang dapat memberi perhatian kepada murid ini. Sebelum ini, kakak Mohamad Amirul yang sekarang berada di tingkatan lima, pencapaiannya pada tahap yang sederhana. Manakala adik kepada Mohamad Amirul masih tidak bersekolah. 6.0 ANALISIS MASALAH 1
  • 17. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Mohamad Amirul bin Azhar merupakan murid tahun 3 Bestari. Telah memasuki kelas pemulihan khas sejak dari tahun 2 lagi. Jika dilihat dari segi fizikal murid ini, perwatakannya sama sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang membezakannya adalah dari segi pelajaran dan tingkah lakunya yang agak aktif. Aktif dimaksudkan disini adalah murid ini sering menganggu murid-murid lain dan tidak melakukan kerja yang diberi semasa di dalam kelas. Jadi guru-guru yang mengajarnya akan memberi perhatian kepada murid ini agar murid ini tidak menganggu murid lain sepanjang proses P&P. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf, membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat Muhammad Amirul ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan sebayanya yang lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana murid ini menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan. 1
  • 18. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar murid ini, saya merasakan murid ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata serta perkataan jika murid ini diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik minat pelajar ini. Dari pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas arus perdana murid ini menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada murid yang agak bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada aktiviti yang boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh kerana itu, murid ini ketinggalan dalam pelajaran. Bila Mohamad Amirul berada di dalam kelas pemulihan, keadaannya amat berbeza. Murid ini lebih bergerak aktif kerana murid ini boleh menjawab soalan yang diberi dengan lebih aktif berbanding di dalam kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat berbeza berbanding di dalam kelas arus perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap pembelajaran di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan. Oleh itu, tumpuan boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak malu dan tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Jika dilihat kepada keadaan Mohamad Amirul ini, bimbingan untuk membaca hanya diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu 1
  • 19. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di rumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibubapa atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di sekolah. Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. Ini juga berlaku keatas Mohamad Amirul di mana ibu dan bapanya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita dapat lihat pekerjaan bapanya sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh mengakibatkan ibunya juga terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga. Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang 1
  • 20. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes Mohamad Amirul, faktor persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya murid ini lambat untuk menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti ibu bapa dan kakaknya yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran murid ini menjadikan Mohamad Amirul sering ketinggalan dalam pelajaran. Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan terpaksa dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar supaya mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad imbasan merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah untuk memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid. Sebahagian daripada murid-murid yang lembab atau mundur ini, sebahagian daripada mereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau mental tetapi disebabkan kurangnya dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh digunakan oleh guru dalam mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Mohamad Amirul dalam mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad. 1
  • 21. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (711 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi. Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran. Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui kaedah fonik yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf ’m’ disebut apabila memakan sesuatu makanan yang sedap iaitu ’emm’. Apabila murid sudah menguasai kemahiran mengenal huruf, kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna. Kaedah ini telah saya gunakan kepada Mohamad Amirul dan menampakkan keberkesanannya. Cuma ada beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah dalam mengingat dan menyebut. 1
  • 22. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya, peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. 7.0 PENYELESAIAN MASALAH 7.1 Kaedah Mengatasi Kemunduran dan Masalah Lembam Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. 1
  • 23. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan. Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasi masalah yang dihadapinya. Diantaranya ialah :- 7.1.1 Ujian Diagnostik Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam matapelajaran bahasa melayu dan juga matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut. 7.1.2 Kaedah Pengajaran Pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid untuk memberikan tumpuan serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :Kaedah Kumpulan 1
  • 24. 2009 • KAJIAN KES (SK PINJI) Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat. • Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah. • Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea. Kaedah Individu • Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar. • Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru. • Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana saya akan mengambil Muhammad Amirul untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi dan sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit – 15 minit. Murid akan 1
  • 25. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) diberi latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang dijalankan sebelum ini. Cara ini amat berkesan sekali. Kaedah Rakan Sebaya • Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini. • Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan. Cara ini juga memberi keyakinan kepada diri murid. 7.1.3 Permainan Dalam Pengajaran Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk bergerak bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih memahami apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main adalah membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan, dan menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986) juga ada menyatakan “...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults...”. ini jelas menunjukkan 1
  • 26. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) permainan dalam pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar oleh guru. 7.1.4 Motivasi, Nasihat dan Kata-kata Pujian Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Amirul ini, saya sering akan memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi kepada murid ini agar Muhammad amirul sentiasa menanamkan sifat ingin belajar dalam dirinya. Cara ini juga berkesan bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang diungkapkan oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku manusia. Kata penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang terbaik dalam sesi pengajaran. Kata-kata seperti, “bagus”, “teruskan usaha”, “cuba lagi”, “baik” dan banyak lagi dapat membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya. 7.1.5 Sistem Token Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah.Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau 1
  • 27. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sistem ini dijalankan di dalam kelas pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar. 1
  • 28. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) 8.0 TINDAKAN SUSULAN 8.1 Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme Beberapa tindakan susulan telah saya pilih dalam menyelesaikan masalah pembelajaran Mohamad Amirul. Saya akan menggunakan pendekatan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Dalam teori pembelajaran behaviorisme saya akan mengaitkannya dalam A) Teori pelaziman Operan Skinner B) Hukum pembelajaran Thorndike Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 1
  • 29. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Oleh itu dalam teori pembelajaran behaviorisme, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Selain itu penekanan terhadap ganjaran juga dirumuskan di dalam teori behaviorisme ini. Mereka berpendapat bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya. 8.2 Teori Pelaziman Operan (B.F. Skinner (1904 - 1990)) B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Diantara proses dalm teori pelaziman Operan ialah :- 8.2.1 Pengukuhan Positif 1
  • 30. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Pengukuhan positif ialah memberikan suatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Sebagai contoh, Muhammad Amirul membuat latihan atau melakukan aktiviti dan jika murid ini membuat dengan kesungguhan dan memperoleh jawapan yang betul guru akan memberi ganjaran dalam bentuk token seperti bintang atau pun yang berbentuk pujian kepada murid. Dalam jangka masa panjang, ia akab menarik minat pelajar untuk membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang guru beri dengan bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahirannya dalam pembelajaran. 8.2.2 Pengukuhan Negatif Pengukuhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan setelah tingkah laku yang kurang elok ditunjukkan. Seperti contoh, jika Mohamad Amirul melakukan kesilapan seperti mengganggu rakan-rakan atau membuat bising di dalam kelas, guru akan menegur secara baik dan melakukan sedikit denda seperti menolak markahnya dalam sistem token ekonomi atau melakukan kerja rumah yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lain. Dendaan adalah satu proses atau tatacara melemahkan untuk melemahkan atau mengurangkan murid dari berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, 1
  • 31. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) dendaan adalah kesan negatif yang membawa pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan ini terbahagi kepada dua iaitu:i. Dendaan Persembahan – dendaan persembahan berlaku apabila sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Jika Murid ini melakukan kesalahan seperti melakukan bising dan mengganggu proses pembelajaran, guru akan menegur murid dan jika teguran tidak berjaya, dendaan seperti menghafal sifir di depan rakan-rakan berulang kali sehingga berjaya kuasai sifir tersebut. Ini sekurang-kurang menimbulkan keserikan kepada murid dan dalam masa yang sama, murid ini membantu dirinya dan rakannya dalam pembelajaran menghafal sifir. ii. Dendaan penyingkiran – dendaan penyingkiran berkaitan dengan penyingkiran ransangan. Sebagai contoh dendaan dijalankan dengan tidak membenarkan murid terlibat dengan aktiviti permainan yang dijalankan. Mohamad Amirul di dalam kelas sememangnya suka untuk menganggu murid lain. Oleh itu, guru akan menarik sistem tokennya kembali dan tidak membenarkan murid untuk terlibat dalam aktivit yang di jalankan. Sebagai gantinya, guru memberi latihan kepada murid. Tindakan ini sekurang-kurangnya memberi keserikan kepada murid kerana tidak boleh bermain seperti rakan-rakan lain. 1
  • 32. 2009 8.3 KAJIAN KES (SK PINJI) Teori Perikatan Atau Teori Ransangan dan Gerak Balas (Edward Lee Thorndike) Menurut Thorndike manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat. Manakala motivasi, ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting dalam membantu dalam pembelajaran manusia. Selain itu juga, pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas. Dalam hukum pembelajaran Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum iaitu:i. Hukum Kesediaan – di mana pelajar bersedia sebelum belajar. Ini amat penting sebagai ransangan kepada pelajar untuk menumpukan dalam pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Di dalam kelas pemulihan, set induksi merupakan satu ransangan kepada pelajar. Jika induksi yang menarik dan memikat hati murid akan menjadikan sesuatu pembelajaran lebih menarik. Murid seperti Mohamad Amirul memerlukan ransangan yang boleh memotivasikan dirinya sebelum belajar. ii. Hukum Latihan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Di dalam pengajaran berkumpulan yang diamalkan semasa kelas pemulihan salah satu dari aktiviti pengajaran yang diamalkan adalah melalui pengukuhan. Mohamad Amirul juga seperti murid-murid lain memerlukan banyak latihan serta pengukuhan bagi memastikan setiap isi pelajaran yang diajar tidak dilupakan. 1
  • 33. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) iii. Hukum Kesan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap. Ini adalah melibatkan ganjaran dan denda. Jika gerak balas yang dilakukan adalah bersifat kebaikan, guru akan memuji dan memberi ganjaran dalam bentuk token atau benda. Tetapi jika gerak balas yang diberi adalah sebaliknya denda akan dikenakan. 1
  • 34. 2009 9.0 KAJIAN KES (SK PINJI) KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad Amirul bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini. Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yang dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam mengeja perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir ke sekolah. Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomi di pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir ke sekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang melibatkan terbuka dan tertutup. Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada 1
  • 35. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) murid ini. Walaupun Mohamad Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti murid-murid lain. REFLEKSI 1
  • 36. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah melakukan beberapa kali perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing. Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak bercanggah dengan kajian yang saya lakukan. Pada permulaannya, saya telah mengesan sampel kajian saya pada kali ini. Pada minggu kedua saya telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit maklumat mengenai murid ini daripada guru pemulihan, Pn Lim Hooi. Kemudian saya mengenalpasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnistik yang dijalankan keatas murid ini. Kemudian saya menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan. Kemudian, guru menjalankan sesi temubual bersama guru pemulihan, guru kelas, guru mata pelajaran dan juga bapa kepada Mohamad Amirul. Sesi ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang terlibat. Ini sekurang-kurangnya dapat melicinkan kerja saya dalam mennyiapkan tugasan ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohamad Amirul sepanjang saya membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus dipuji kerana dia sanggup di denda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru kepadanya. Perubahan yang positif dalam diri Muhammad Amirul membuatkan saya terharu dengan kaedah yang saya jalankan keatasnya. 1
  • 37. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan oleh semua pihak agar murid ini boleh setanding dengan murid lain. Dengan keyakinan yang ada pada Mohamad Amirul, saya yakin dia akan beroleh kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Mohamad Amirul dan segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru pembimbing dan warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi saya memperoleh maklumat dalam penghasilan kajian kes ini. Bibliografi 1
  • 38. 2009 KAJIAN KES (SK PINJI) Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya. Longman Malaysia. Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd. Azman Bin Kanil. (2000). ”Keberkesanan Ka edah Kuliah dalam Pengajaran dan Pembelajaran.” Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau. E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005. Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/ education.htm 25 Julai 2009. George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 25 Julai 2009. 1