2. • Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:-
• Mengenali jenis-jenis soalan pemahaman
• Mengenal pasti jenis-jenis soalan pemahaman
• Membuat soalan pemahaman berdasarkan ketiga-tiga jenis ini
• Mencari jawapan bagi soalan-soalan tersebut
3. • Literal
• Berasaskan makna sebenar
• Jawapan boleh terdapat dalam teks secara jelas
• Inferens
• Kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta dalam teks
• Memerlukan jawapan yang perlu dicungkil daripada teks bacaan
• Penilaian
• Memerlukan penilaian pelajar berdasarkan keterangan yang
terdapat dalam teks bacaan
4. • Jawab soalan ini
Apakah yang akan terjadi jika Kamal
menunggu hingga hujan berhenti?
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kamal
menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah.
Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin
kencang. Kamal tiada pilihan lain. Jika dia menunggu
hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya.
Oleh itu, sambil memeluk erat begnya, dia meluru ke
sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng.
Kamal menarik nafas lega.
5. • Bina soalan literal yang lain menggunakan maklumat
daripada teks ini
Bagaimanakah cuaca pada hari itu?
Apakah yang terjadi dengan payung Kamal?
6. 1. Saya seekor haiwan. Saya mempunyai paruh. Saya
berkokok. Siapakah saya?
2. Saya kerap digunakan untuk menyimpan maklumat.
Saya juga boleh digunakan untuk melungsuri internet.
Siapakah saya?
3. Bulat bentuk saya. Saya ditendang. Saya disepak.
Siapakah saya?
4. Saya perlu memakai pakaian seragam. Saya menjaga
keamanan dalam negara. Saya boleh menangkap
penjahat. Siapakah saya?
7. • Jawab soalan ini
Mengapakah baju sekolah Kamal basah?
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kamal
menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah.
Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin
kencang. Kamal tiada pilihan lain. Jika dia menunggu
hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya.
Oleh itu, sambil memeluk erat begnya, dia meluru ke
sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng.
Kamal menarik nafas lega.
8. • Berdasarkan teks ini, buat satu soalan inferens yang lain.
Mengapakah Kamal menarik nafas lega?
Adakah Kamal lewat ke sekolah?
10. • Jawab soalan ini
Adakah perbuatan Kamal berlari ke sekolah
itu perlu? Jelaskan.
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kamal
menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah.
Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin
kencang. Kamal tiada pilihan lain. Jika dia menunggu
hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya.
Oleh itu, sambil memeluk erat begnya, dia meluru ke
sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng.
Kamal menarik nafas lega.
11. • Bina satu soalan penilaian berdasarkan teks yang sama.
Pada pandangan kamu, adakah Kamal seorang pelajar
yang bertanggungjawab?
Nyatakan 1 sikap Kamal yang boleh dicontohi. Jelaskan.
12. • Berdasarkan soalan-soalan yang telah kumpulan kamu
bina, kenal pasti pilih 1 literal, 1 inferens dan 1 penilaian
(jika tidak ada, bina soalan tersebut)
• Catitkan jawapan contoh.
• Tukarkan soalan-soalan SAHAJA dengan kumpulan yang
lain.
• Kumpulan tersebut haruslah menjawab soalan-soalan itu.
• Kembalikan kepada kumpulan asal untuk disemak.
13. • Tuliskan apa yang telah kamu pelajari pada hari ini
• Apakah manfaat yang telah kamu perolehi daripada
pembelajaran hari ini?
• Catitkan 1 perkara yang paling menarik dalam
pembelajaran hari ini.
14. • Lihat soalan-soalan pemahaman yang ada di muka surat
6
• Cari jawapan-jawapan bagi setiap soalan
• Catitkan sahaja dalam buku teks