SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
KOLEKSI HADITH RASULULLAH S.A.W.

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat
seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain
dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan
di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba
mengubah ciptaan Allah s.w.t.
2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan
syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

BUMI AKAN MENJADI SAKSI
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang
bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu
apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan
RasulNya yang lebih mengetahui.
Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua
perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di
atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita
yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.
2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi
akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan
orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di
hari kiamat kelak.

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN
RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala
sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang
berpuasa tersebut."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah
disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasihsayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa
untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis
riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa
pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan
makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda
yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya
pada hari kiamat kelak.

CINTAKAN DUNIA
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni
kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka
salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w.
menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,
dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat
bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta
pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini,
menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun
mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka
selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjakinjak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza
agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu
sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu
wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak
dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan
harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan
tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk
berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.
Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan
kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

DOA MALAM LAILATUL QADAR
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu
sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada
malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha
Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan
penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon
keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada
malam lailatulqadar.
3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa
tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta
matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama
ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia
membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orangorang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

SETIAP UMAT ADA UJIANNYA
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. "
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah
kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang
demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia
hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta
yang haram.

SOLAT SUNNAT ENAM RAKAAT
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w
" Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia
diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun"

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam
Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali
kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan
sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya
mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:
1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman
manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA
Bersabda Rasulullah s.a.w
"Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu
rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga."

AMALAN PALING UTAMA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t
Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah
s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah
s.a.w:
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya.
Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua
orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada
jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin
menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu
dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan
ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta
benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara
yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan
bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya.
Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah
amalannya *
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan
Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan
umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi
kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala
jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

PENYESALAN DIHARI KIAMAT
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di
dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu
kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri
tidak mendapat apa-apa."
PENJELASANNYA
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia
untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan
keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah
yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan
seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran
dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan
demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama
ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai
seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang
guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya
memungut keuntungan -keuntungan yang abadi

PENANGGUHAN HUTANG
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau
membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan
Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara
menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua
hutang atau sebahagiannya sahaja.
2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan
mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.
3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada
mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

ADAB MAKAN DAN MINUM
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan
tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan
kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya
dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Kesimpulan Hadis:
1- Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara
adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai syaitan.
2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di dalam
persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah.
3- Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan
syaitan.

Contenu connexe

Tendances

Sunnah nabi muhammad
Sunnah nabi muhammadSunnah nabi muhammad
Sunnah nabi muhammadIzzah Ros
 
Urutan Peristiwa Kiamat Besar
Urutan Peristiwa Kiamat BesarUrutan Peristiwa Kiamat Besar
Urutan Peristiwa Kiamat BesarSuardi Al-Bukhari
 
Kenali Rasulullah s.a.w.
Kenali Rasulullah s.a.w.Kenali Rasulullah s.a.w.
Kenali Rasulullah s.a.w.Shaikh Mahdzar
 
Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)amirqayyum
 
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniSirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniNorliyatiMohdAmin
 
Kisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmiKisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmiArza Mukhib
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajOni Eksekutif
 
Amal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanAmal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanmr_haryono
 
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantanganMewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantanganMuhammad Idris
 
Kumpulan beberapa hadits shahih
Kumpulan beberapa hadits shahihKumpulan beberapa hadits shahih
Kumpulan beberapa hadits shahihWarnet Raha
 
Isra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawIsra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawlaode_07
 
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawPelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawfitriani2909
 
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)Hanxel Zelo
 

Tendances (19)

Sunnah nabi muhammad
Sunnah nabi muhammadSunnah nabi muhammad
Sunnah nabi muhammad
 
Urutan Peristiwa Kiamat Besar
Urutan Peristiwa Kiamat BesarUrutan Peristiwa Kiamat Besar
Urutan Peristiwa Kiamat Besar
 
Kenali Rasulullah s.a.w.
Kenali Rasulullah s.a.w.Kenali Rasulullah s.a.w.
Kenali Rasulullah s.a.w.
 
Kajian Fiqh Janaiz by WIFI
Kajian Fiqh Janaiz by WIFIKajian Fiqh Janaiz by WIFI
Kajian Fiqh Janaiz by WIFI
 
Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)
 
Israk
IsrakIsrak
Israk
 
2. teks israk mikraj
2. teks israk mikraj2. teks israk mikraj
2. teks israk mikraj
 
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniSirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
 
Kisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmiKisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmi
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'raj
 
Amal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanAmal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkan
 
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantanganMewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
 
Kitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamah
Kitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamahKitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamah
Kitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamah
 
Kumpulan beberapa hadits shahih
Kumpulan beberapa hadits shahihKumpulan beberapa hadits shahih
Kumpulan beberapa hadits shahih
 
Isra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawIsra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad saw
 
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawPelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
 
Jalan dakwah
Jalan dakwahJalan dakwah
Jalan dakwah
 
Ceramah israa' dan mikraaj 5 mei 2016
Ceramah israa' dan mikraaj  5 mei 2016Ceramah israa' dan mikraaj  5 mei 2016
Ceramah israa' dan mikraaj 5 mei 2016
 
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
 

Similaire à KOLEKSI HADITH

Hadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki AminuddinHadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki AminuddinRifki Aminuddin
 
TAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMU
TAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMUTAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMU
TAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMUibmn
 
26 fazilat dzikir
26 fazilat dzikir26 fazilat dzikir
26 fazilat dzikirajakr1ch
 
Enam hak seorang muslim
Enam  hak  seorang  muslimEnam  hak  seorang  muslim
Enam hak seorang muslimnuruluyun
 
Penawar kebingungan dan_kebimbangan
Penawar kebingungan dan_kebimbanganPenawar kebingungan dan_kebimbangan
Penawar kebingungan dan_kebimbanganmr_haryono
 
Perasa rukun & sifat pembimbing
Perasa rukun & sifat pembimbingPerasa rukun & sifat pembimbing
Perasa rukun & sifat pembimbingKamarudin Jaafar
 
Buletin Yasalunaka
Buletin YasalunakaBuletin Yasalunaka
Buletin Yasalunakadewankyai
 
Enam hak seorang muslim
Enam  hak  seorang  muslimEnam  hak  seorang  muslim
Enam hak seorang muslimnuruluyun
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 
Solusi Syariah Untuk Bisnis Saat Wabah
Solusi Syariah Untuk Bisnis Saat WabahSolusi Syariah Untuk Bisnis Saat Wabah
Solusi Syariah Untuk Bisnis Saat WabahAnas Wibowo
 
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptxFAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptxMuhammadbahrulUla
 
Keajaiban istighfar
Keajaiban istighfar Keajaiban istighfar
Keajaiban istighfar dhoan Evridho
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminSeptian Muna Barakati
 
Fatwa 026 wabah covid 19 (1)
Fatwa 026 wabah covid 19 (1)Fatwa 026 wabah covid 19 (1)
Fatwa 026 wabah covid 19 (1)Muhammad Zain
 

Similaire à KOLEKSI HADITH (20)

Hadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki AminuddinHadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki Aminuddin
 
TAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMU
TAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMUTAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMU
TAZKIRAH MEMULIAKAN TETAMU
 
26 fazilat dzikir
26 fazilat dzikir26 fazilat dzikir
26 fazilat dzikir
 
Enam hak seorang muslim
Enam  hak  seorang  muslimEnam  hak  seorang  muslim
Enam hak seorang muslim
 
Penawar kebingungan dan_kebimbangan
Penawar kebingungan dan_kebimbanganPenawar kebingungan dan_kebimbangan
Penawar kebingungan dan_kebimbangan
 
Perasa rukun & sifat pembimbing
Perasa rukun & sifat pembimbingPerasa rukun & sifat pembimbing
Perasa rukun & sifat pembimbing
 
Buletin Yasalunaka
Buletin YasalunakaBuletin Yasalunaka
Buletin Yasalunaka
 
Enam hak seorang muslim
Enam  hak  seorang  muslimEnam  hak  seorang  muslim
Enam hak seorang muslim
 
tafsir surah al hujurat
tafsir surah al hujurattafsir surah al hujurat
tafsir surah al hujurat
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Solusi Syariah Untuk Bisnis Saat Wabah
Solusi Syariah Untuk Bisnis Saat WabahSolusi Syariah Untuk Bisnis Saat Wabah
Solusi Syariah Untuk Bisnis Saat Wabah
 
Ruqyah yang benar
Ruqyah yang benarRuqyah yang benar
Ruqyah yang benar
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptxFAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
 
Keajaiban istighfar
Keajaiban istighfar Keajaiban istighfar
Keajaiban istighfar
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Fatwa 026 wabah covid 19 (1)
Fatwa 026 wabah covid 19 (1)Fatwa 026 wabah covid 19 (1)
Fatwa 026 wabah covid 19 (1)
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 

Dernier

Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxMarto Marbun
 
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxSaeful Malik
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxAfifahNuri
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 

Dernier (7)

Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
 
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 

KOLEKSI HADITH

  • 1. KOLEKSI HADITH RASULULLAH S.A.W. MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis: 1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan. BUMI AKAN MENJADI SAKSI Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis:
  • 2. 1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak. KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasihsayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak. CINTAKAN DUNIA
  • 3. Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud Keterangan Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjakinjak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t. Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah. DOA MALAM LAILATUL QADAR Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda: "Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat. 2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon
  • 4. keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar. 3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran. ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orangorang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut SETIAP UMAT ADA UJIANNYA Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram. SOLAT SUNNAT ENAM RAKAAT Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w " Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun" BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
  • 5. "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). Kesimpulan Hadis: 1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah. DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA Bersabda Rasulullah s.a.w "Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga." AMALAN PALING UTAMA Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima" Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w." Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ? Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah
  • 6. amalannya * Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157. PENYESALAN DIHARI KIAMAT Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." PENJELASANNYA Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi PENANGGUHAN HUTANG Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis:
  • 7. 1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. 3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang. ADAB MAKAN DAN MINUM Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim). Kesimpulan Hadis: 1- Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai syaitan. 2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah. 3- Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan syaitan.